Rosmah mula menyusahkan semua orang.
Shahbudin Husin
Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor
akan mengadakan majlis kenduri kahwin anak perempuan sulung mereka,
Nooryana Najwa pada penghujung Mac depan.Beberapa majlis diatur iaitu
untuk tetamu diraja, jemputan luar negara, pemimpin kerajaan, korporat,
pemimpin dan ahli Umno serta pengundi di Pekan.
Tetapi
kira-kira sebulan sebelum majlis itu berlangsung, perbualan ramai
mengenai kekayaan dan sumber kewangan perdana menteri semakin menjadi
perbualan, bukan saja dalam negara bahkan sudah merebak seantero dunia.
Ia tidak
lagi mengenai kos cat rambut (sebagaimana yang disebut Rosmah walaupun
istilah yang sebenarnya ialah mewarnakan rambut) atau upah menempah
baju, pemilikan barang kemas, beg tangan atau pembelian hartanah mewah
di Amerika Syarikat (AS), tetapi kini turut berjangkit kepada isu harta
peninggalan allahyarham Tun Razak, bekas perdana menteri kedua yang juga
merupakan bapa Najib.
Berikutan
jawapan Pejabat Perdana Menteri atau PMO kepada New York Times kekayaan
dan perbelanjaan mewah Rosmah sebagaimana yang dihebohkan dalam
pelbagai media, sebahagiannya merupakan harta pusaka bapanya,
keempat-empat adik Najib lantas mengeluarkan kenyataan bersama menolak
tanggapan tersebut.
Keempat-empat
adik Najib secara jelas menyatakan bapa mereka terkenal dengan sifat
jimat cermat dan integriti yang tinggi serta melahirkan rasa bimbang
mengenai spekulasi harta peninggalan itu.
Jika
difahami kenyataan bersama empat adik Najib itu jelas tertumpu kepada
semakin meningkatnya pelbagai pendedahan mengenai kemewahan dan gaya
hidup yang diamalkan kakak ipar mereka, Rosmah.
Ini
kerana yang ternampak bermewah bukan Najib dan anak-anaknya tetapi lebih
melibatkan Rosmah dengan anaknya bersama suami terdahulu, Reza Aziz
yang merupakan anak tiri perdana menteri.
Sebaliknya
anak Najib, sama ada daripada perkahwinan terdahulu atau dengan Rosmah,
tidak pula kedengaran mengamalkan gaya hidup mewah dan memiliki
hartanah yang mahal-mahal.
Sudah
tentu jika segala kemewahan itu dikaitkan dengan harta peninggalan Tun
Razak, ia bakal mencemarkan nama baik bekas perdana menteri yang juga
dikenali dengan Bapa Pembangunan itu.
Jika
sebelum ini gaya hidup dan kemewahan Rosmah sudah banyak membimbangkan
ramai pemimpin Umno di peringkat akar umbi dengan mengatakan seolah-olah
mereka ada tugas tambahan untuk mempertahan dan membela isteri perdana
menteri pula, kini jelas adik-beradik Najib semakin dibasahi tempiasnya.
Sebelum
itu juga rakyat pelbagai lapisan sudah banyak bercakap mengenai
kemewahan dan gaya hidup Rosmah berikutan terdedahnya di media satu demi
satu mengenai pemilikan atau pembelian barangan mewahnya itu.
Dengan
rekod pernah menolak pembinaan kolam renang untuk kegunaan anak-anaknya
menggunakan duit kerajaan di Seri Taman atas alasan berjimat cermat dan
tidak mahu menyalahgunakan wang kerajaan, apa yang didedahkan melalui
pelbagai kemewahan melibatkan Rosmah dan Reza ini secara tidak langsung
mampu "membunuh" semua legasi baik Tun Razak dan berlawanan sekali
dengan keperibadiannya sebenar yang memang menjadi pengetahuan umum
selama ini.
Dan
menjelang majlis perkahwinan anak perempuan Najib dan Rosmah nanti,
pastilah sekali lagi isu perbelanjaan dan kemewahan akan berbangkit
kembali. Di sana sini ketika ini sudah mula kedengaran sosek-sosek
tentang jamuan, perhiasan, cenderahati kepada tetamu, pertukaran
langsir, karpet, rombongan ke Kazakhstan dan sebagainya yang melibatkan
majlis tersebut.
Sekali
lagi, segala kemewahan ini lebih dikaitkan dengan kehendak Rosmah
berbanding dengan keinginan anaknya sendiri yang melangsungkan
perkahwinan itu.
Apakah
jika segala kemewahan itu terdedah nanti, PMO sekali lagi mengaitkannya
sebagai perbelanjaan peribadi Najib yang sebahagiannya datang daripada
harta pusaka Tun Razak juga?
Sama ada
hubungan Najib dengan adik-beradiknya mulai retak atau tidak disebabkan
elemen kemewahan yang tidak terkawal ini, hakikatnya kebimbangan
mengenai subjek Rosmah sudah semakin meluas ketika ini.
Dalam erti kata lain, kesusahan yang diakibatkan "First Lady" ini semakin dirasai dan mula menyentap hati ramai orang.
Rosmah mula menyusahkan
semua orang
Shahbudin Husin
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah
Mansor akan mengadakan majlis kenduri kahwin anak perempuan sulung
mereka, Nooryana Najwa pada penghujung Mac depan.Beberapa majlis diatur
iaitu untuk tetamu diraja, jemputan luar negara, pemimpin kerajaan,
korporat, pemimpin dan ahli Umno serta pengundi di Pekan.
Tetapi kira-kira sebulan sebelum majlis itu berlangsung, perbualan ramai
mengenai kekayaan dan sumber kewangan perdana menteri semakin menjadi
perbualan, bukan saja dalam negara bahkan sudah merebak seantero dunia.
Ia tidak lagi mengenai kos cat rambut (sebagaimana yang disebut Rosmah
walaupun istilah yang sebenarnya ialah mewarnakan rambut) atau upah
menempah baju, pemilikan barang kemas, beg tangan atau pembelian
hartanah mewah di Amerika Syarikat (AS), tetapi kini turut berjangkit
kepada isu harta peninggalan allahyarham Tun Razak, bekas perdana
menteri kedua yang juga merupakan bapa Najib.
Berikutan jawapan Pejabat Perdana Menteri atau PMO kepada New York Times
kekayaan dan perbelanjaan mewah Rosmah sebagaimana yang dihebohkan
dalam pelbagai media, sebahagiannya merupakan harta pusaka bapanya,
keempat-empat adik Najib lantas mengeluarkan kenyataan bersama menolak
tanggapan tersebut.
Keempat-empat adik Najib secara jelas menyatakan bapa mereka terkenal
dengan sifat jimat cermat dan integriti yang tinggi serta melahirkan
rasa bimbang mengenai spekulasi harta peninggalan itu.
Jika difahami kenyataan bersama empat adik Najib itu jelas tertumpu
kepada semakin meningkatnya pelbagai pendedahan mengenai kemewahan dan
gaya hidup yang diamalkan kakak ipar mereka, Rosmah.
Ini kerana yang ternampak bermewah bukan Najib dan anak-anaknya tetapi
lebih melibatkan Rosmah dengan anaknya bersama suami terdahulu, Reza
Aziz yang merupakan anak tiri perdana menteri.
Sebaliknya anak Najib, sama ada daripada perkahwinan terdahulu atau
dengan Rosmah, tidak pula kedengaran mengamalkan gaya hidup mewah dan
memiliki hartanah yang mahal-mahal.
Sudah tentu jika segala kemewahan itu dikaitkan dengan harta peninggalan
Tun Razak, ia bakal mencemarkan nama baik bekas perdana menteri yang
juga dikenali dengan Bapa Pembangunan itu.
Jika sebelum ini gaya hidup dan kemewahan Rosmah sudah banyak
membimbangkan ramai pemimpin Umno di peringkat akar umbi dengan
mengatakan seolah-olah mereka ada tugas tambahan untuk mempertahan dan
membela isteri perdana menteri pula, kini jelas adik-beradik Najib
semakin dibasahi tempiasnya.
Sebelum itu juga rakyat pelbagai lapisan sudah banyak bercakap mengenai
kemewahan dan gaya hidup Rosmah berikutan terdedahnya di media satu demi
satu mengenai pemilikan atau pembelian barangan mewahnya itu.
Dengan rekod pernah menolak pembinaan kolam renang untuk kegunaan
anak-anaknya menggunakan duit kerajaan di Seri Taman atas alasan
berjimat cermat dan tidak mahu menyalahgunakan wang kerajaan, apa yang
didedahkan melalui pelbagai kemewahan melibatkan Rosmah dan Reza ini
secara tidak langsung mampu "membunuh" semua legasi baik Tun Razak dan
berlawanan sekali dengan keperibadiannya sebenar yang memang menjadi
pengetahuan umum selama ini.
Dan menjelang majlis perkahwinan anak perempuan Najib dan Rosmah nanti,
pastilah sekali lagi isu perbelanjaan dan kemewahan akan berbangkit
kembali. Di sana sini ketika ini sudah mula kedengaran sosek-sosek
tentang jamuan, perhiasan, cenderahati kepada tetamu, pertukaran
langsir, karpet, rombongan ke Kazakhstan dan sebagainya yang melibatkan
majlis tersebut.
Sekali lagi, segala kemewahan ini lebih dikaitkan dengan kehendak Rosmah
berbanding dengan keinginan anaknya sendiri yang melangsungkan
perkahwinan itu.
Apakah jika segala kemewahan itu terdedah nanti, PMO sekali lagi
mengaitkannya sebagai perbelanjaan peribadi Najib yang sebahagiannya
datang daripada harta pusaka Tun Razak juga?
Sama ada hubungan Najib dengan adik-beradiknya mulai retak atau tidak
disebabkan elemen kemewahan yang tidak terkawal ini, hakikatnya
kebimbangan mengenai subjek Rosmah sudah semakin meluas ketika ini.
Dalam erti kata lain, kesusahan yang diakibatkan "First Lady" ini
semakin dirasai dan mula menyentap hati ramai orang.
shahbudindotcom.blogspot.com
Copy and WIN :
http://bit.ly/copynwin
Sumber:
Gambar2 Pegawai Komunikasi Najib Gemar Berparti Timbul Persoalan.
Baru-baru
neh ketika Anwar Ibrahim dimasukkan ke dalam penjara, nama Paul Stadlen
naik. Putrajaya dilaporkan telah bertindak cepat dan pantas dalam
menyediakan kenyataan media kepada umum berikutan keputusan kes
perbicaraan liwat II yang melibatkan Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari
Azlan.
'Main
person' dalam tindakan tersebut ialah Paul Stadler. Ini kerana dia
mempunyai jawatan tertentu dalam team komunikasi Najib Razak.
Tindakan
itu kemudiannya mendapat kritikan meluas pembangkang yang mempersoalkan
tindakan pantas kerajaan dalam mengeluarkan kenyataan media tentang
perbicaraan kes liwat II.
Bahkan
ada yang membuat perbandingan respon kerajaan dalam isu liwat II dengan
isu MH370. Bagi aku perbandingan neh memang karut marut. Liwat
dibicarakan dalam mahkamah. Ada tarikh. Ada hari. Kita tahu kerana ianya
berjadual. Maka tak pelik juga kerajaan dah sediakan kenyataan media
untuk sebaran awam selepas keputusan dibacakan.
MH370 ialah tragedi. Adakah sesiapa menjadualkan tragedi sehingga kita boleh prepare kepada kenyataan media. Nampak tak?
Berbalik
kepada isu Paul Stadler. Paul Stadler ialah bekas boss kepada Apco
Malaysia. Najib kini tidak lagi menggunakan perkhidmatan APCO Malaysia
bagi menguruskan hal-hal berkaitan komunikasi dan media Putrajaya bagi
peringkat antarabangsa. Namun perkhidmatan Paul diserap ke dalam
pentadbiran Najib dalam 'National Communications Team'. Satu team yang
penuh dengan 'permainan politik'.
Antara perkara yang Paul perlu tanggani dari segi persepsi ialah isu-isu yang membabitkan kes 1MDB dan IPO.
Dan ini apa yang dilaporkan oleh Sarawak Report ;
Rujukan : sini.
Antara perkara2 yang dilakukan oleh unit komunikasi PM ialah ;
1. Mencalarkan intergriti Mahathir
2. Mencemarkan reputasi Anwar Ibrahim di luar negara (fitnah)
Selain menguruskan semua bentuk komunikasi seperti kenyataan media kepada wartawan asing.
Paul
Stadler dibayar sangat mahal bagi menjalankan tugasnya. Yang menjadi
pertikaian juga, apakah sudah tiada orang Malaysia bagi mengalas tugas
tersebut.
Selain
dari mempersoalkan bayaran yang mahal bagi menggunakan perkhidmatan
Paul Stadler. Gaya hidup 'party boy' Paul Stadler juga dipersoalkan
kerana dikaitkan dengan bayaran mahal yang dia terima dari Putrajaya.
Paul
dikatakan hidup senang lenang hasil dari perjanjian dan jawatan di unit
komunikasi Putrajaya. Di samping PM seringkali menyeru rakyat berjimat
cermat tetapi dalam waktu sama PM sanggup mengupah warga asing dengan
upah yang lumayan dan warga asing itu pula menunjukkan gaya hidup yang
melampau2 sehingga dipertikaikan sedangkan dia ialah salah seorang
pegawai kanan Najib Razak dalam unit komunikasi.
Jangan
tidak tahu. Pentadbiran Najib dikaitkan dengan banyak hubungan dengan
perunding asing yang menyebabkan jutaan ringgit dihabiskan kerajaan bagi
menggunakan khidmat firma2 tersebut.
Berikut adalah beberapa gambar2 party boy yang membabitkan Paul Stadler untuk 'mata' korang menghayatinya.
9 Reasons Why Malaysians Are Super Excited To Be 'Kambing' Home For CNY This Goat Year
s3v3n
Tiada ulasan:
Catat Ulasan