DULU
[BERGAMBAR] Penemuan Manusia Raksasa Kaum ‘Ad Umat Nabi Hud a.s.
Aktiviti
eksplorasi gas wilayah selatan gurun pasir Arab telah menemui tengkorak
manusia bersaiz raksasa sangat mengejutkan. Wilayah di gurun pasir Arab
selatan ini disebut “Penempatan kosong” (Empty Quarter atau Rab
al-Khaliy). Fosil manusia raksasa itu ditemui oleh Pasukan The Aramco
Exploration.
Demi keselamatan tapak arkeologi tersebut, tentera Arab Saudi telah
menjaga kawasan penemuan ini dan tidak seorang pun dibenarkan memasuki
lokasi kecuali para pegawai eksplorasi Aramco.
Ada sesetengah pihak yang cuba menafikan penemuan ini dengan mengatakan
bahawa gambar ini adalah ‘super impose’. Ini adalah cubaan penafian dari
pihak yang ingin menentang kebenaran sejarah yang sebenarnya. Mereka
lebih gemar dan taksub kepada sejarah yang mengatakan manusia hasil dari
evolusi monyet dan beruk. Jadi apa pandangan anda?
Kemurkaan Allah Terhadap Kaum ‘Ad Umat Nabi Hud AS
Allah s.w.t. telah merakamkan dalam al-Qur’an sebuah kisah yang amat
mengerikan dan dahsyat pernah berlaku di atas muka bumi ini. Kisah
ini juga merupakan mesej untuk memberitahu betapa murkanya Allah s.w.t.
terhadap sikap dan tindakkan manusia yang menentang kebenaran dan
melampau sehingga menyebabkan kerosakan di muka bumi.
Kaum ‘Aad merupakan kaum yang mahir dalam seni bina sehingga mereka
mampu mendirikan bangunan dan gedung-gedung indah di setiap tempat
tinggi dengan harapan mereka dapat hidup selama-lamanya.
Allah s.w.t. mengutus kepada kaum ‘Aad seorang Nabi yang dilantik
daripada kalangan mereka iaitu Nabi Hud a.s. untuk memberi peringatan.
Malangnya kaum ‘Aad menolak dan mendustakan Nabi Hud a.s.
Allah s.w.t. merakamkan kisah tersebut dalam al-Qur’an :
“Dan (Hud berkata) : ‘Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu
bertaubatlah kepada-Nya, nescaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras
atasmu, dan Dia akan menambahkan kekuatanmu, dan janganlah kamu
berpaling dengan berbuat dosa.’
Kaum ‘Aad membalas : ‘Hai Hud, kamu tidak mendatangkan kepada kami
suatu bukti yang nyata, dan kami sekali-kali tidak akan meninggalkan
sembahan-sembahan kami kerana perkataanmu, dan kami sekali-kali tidak
akan mempercayai kamu. Kami tidak mengatakan melainkan bahawa
sebahagiaan sembahan kami telah menimpakan penyakit gila atas dirimu’.”
Allah s.w.t. menjelaskan bagaimana kaum ‘Aad dibinasakan dalam firman-Nya :
“Adapun ‘Aad (kaum Nabi Hud), maka mereka telah dibinasakan dengan
angin rebut yang kencang , yang melampau kencangnya, yang diarahkan
menyerang mereka tujuh malam lapan hari terus menerus. (Kalaulah engkau
menyaksikannya) maka engkau akan melihat kaum itu bergelimpangan mati ,
seolah-olah mereka , batang-batang pohon kurma yang (tumbang dan)
lompang. Dengan yang demikian dapatkah engkau melihat lagi sisa-sisa
mereka (yang masih hidup)?” (Surah al-Haaqqah ayat 6-8)
Kajian geografi menunjukkan bahawa tempat tinggal kaum ‘Aad ialah di
bumi Ahqaf yang terletak di sebelah utara Hadramaut. Disebelah utaranya
terletak Ar Rab’ Khali, manakala timurnya ialah Oman . Mereka ialah kaum
yang menyembah berhala, antaranya yang bernama Waddn, Suwa’an, Yaghus,
Ya’uq dan Nasran. Kaum ‘Aad yang dibinasakan ialah kaum ‘Aad yang
terdahulu (pertama). Adapun kaum ‘Aad yang terkemudian (kedua) mereka
menetap di Yaman.
Menurut cerita daripada penduduk Hadramaut . Sesungguhnya Nabi Hud a.s
menetap di Hadramaut selepas kaum ‘Aad di binasakan sehingga baginda
wafat dan dikebumikan ditimur Hadramaut iaitu dua marhalah daripada
bandar Turim berhampiran lembah (Barhut)
Allah s.w.t. telah menyebutkan kehebatan kaum ‘Aad dalam firman-Nya yang bermaksud : “Tidakkah
engkau perhatikan, bagaimana Tuhanmu lakukan terhadap kaum ‘Aad (yang
kufur derhaka). Iaitu penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan
yang tinggi tiangnya (sesuai dengan penduduknya.) (Surah al-Fajr ayat 6-7)
Seorang ahli arkeologi bernama Nicholas Clapp telah menemui lokasi
lagenda purba itu. Daripada penemuan arkeologi tersebut didapati bahawa
menara dan tiang-tiang yang disebutkan dalam al-Qur’an begitu
mengagumkan dan mempunyai bentuk-bentuk khas . Catatan sejarah mendapati
kaum ‘Aad adalah kaum yang terkaya di dunia. Mereka sangat maju dalam
pertanian ‘frankincence’ , salah satu tanaman yang paling berharga pada
waktu itu. Manakala hasil daripada penggalian , telah ditemui sisa
runtuhan sebuah kota yang amat luar biasa. Kota tersebut dikelilingi
dinding memiliki ukuran begitu luas dan istananya merupakan bangunan
yang sangat menakjubkan. Tiang-tiangnya memiliki teknologi arkitektual
yang tinggi, berbentuk bulat dan disusun dalam serambi yang melengkung,
berlapis emas atau perak. Ruang-ruang di antara tiang-tiang tersebut
sangat mengagumkan.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
“Adapun kaum ‘Aad, maka mereka berlaku sombong takbur di muka bumi
dengan tiada sebarang alasan yang benar , serta berkata : “Siapakah yang
lebih kuat daripada kami?” Dan (mengapa mereka bersikap demikian?)
tidakkah mereka memerhatikan bahawa Allah yang menciptakan mereka
(daripada tiada kepada ada) adalah lebih besar kekuatan-Nya daripada
mereka? Dan sememangnya mereka sengaja mengingkari tanda-tanda kekuatan
Kami (sedang mereka sedia mengetahui.) (Surah al-Fushilat ayat 15)
Begitulah sikap kaum ‘Aad sehingga mendatangkan kemurkaan Allah s.w.t .
Akibatnya mereka dibinasakan dengan taufan. – (Dipetik dari tulisan
Ustaz Mohd Wahid Abd. Hanif dari Majalah Solusi 05/2009
Penemuan Manusia Raksasa Kaum 'Ad - 4 Penemuan Arkeologi di Kota Iram
Pada awal tahun 1990 muncul keratan akhbar dalam beberapa surat khabar
yang terkemuka di dunia yang menyatakan “Kota Legenda Arabia yang Hilang
Telah Ditemui”, “Kota Legenda Arabia Ditemukan”, “Ubar, Atlantis di
Padang Pasir.” Yang membuat penemuan arkeologi ini lebih menarik adalah
kenyataan bahawa bandar ini juga disebut dalam Al-Quran. Ramai orang,
yang sejak dahulu beranggapan bahawa kaum ‘Ad sebagai-mana diceritakan
dalam Al Quran hanyalah sebuah legenda atau beranggapan bahawa lokasi
mereka tidak akan pernah ditemui, tidak dapat menyembunyikan kehairanan
mereka atas penemuan ini. Penemuan bandar ini, yang hanya disebutkan
dalam cerita lisan Suku Badwi, membangkitkan minat dan rasa ingin tahu
yang sangat mendalam.
Nicholas Clapp, seorang arkeolog amatur yang menemui kota legenda
yang disebutkan dalam Al Quran ini. Sebagai seorang Arabophile dan
pembuat filem dokumentari berkualiti, Clapp telah menjumpai sebuah buku
yang sangat menarik selama penelitiannya tentang sejarah Arab. Buku ini
berjudul Arabia Felix yang ditulis oleh seorang peneliti Inggeris
bernama Bertram Thomas pada tahun 1932. Arabia Felix adalah wakil Rom
untuk bahagian selatan semenanjung Arabia yang sekarang ini merangkumi
Yaman dan sebahagian besar Oman. Bangsa Yunani menyebut daerah ini
“Eudaimon Arabia”. Sarjana Arab abad pada pertengahan menyebutnya
sebagai “Al-Yaman As-Sa’idah” 20.
Semua nama tersebut bermaksud “Arabia yang Beruntung “, kerana
orang-orang yang hidup di daerah tersebut di masa lalu dikenali sebagai
orang-orang yang paling beruntung pada zamannya. Jadi apakah yang untung
itu?
Keberuntungan mereka sebahagian berkaitan dengan kawasan mereka yang
strategik menjadi perantara dalam perdagangan rempah ratus antara India
dengan tempat-tempat di utara semenanjung Arab. Di samping itu,
orang-orang yang berdiam di daerah ini menghasilkan dan mengedarkan
“frankincense” sejenis getah wangi dari pokok langka. Kerana sangat
disukai oleh masyarakat kuno, tanaman ini digunakan sebagai dupa dalam
berbagai upacara keagamaan. Pada saat itu, tanaman tersebut
sekurang-kurangnya sama berharganya dengan emas.
Thomas memaparkan tentang suku-suku yang “beruntung” ini dengan panjang
lebar dan menyatakan bahawa ia telah menemui jejak sebuah bandar purba
yang dibina oleh salah satu dari suku-suku ini. Itulah bandar yang
dikenali suku Badwi dengan sebutan “Ubar”. Pada salah satu perjalanannya
ke daerah tersebut, orang-orang Badwi yang hidup di padang pasir itu
menunjukkan pusat-pusat usang dan menyatakan bahawa pusat-pusat tersebut
mengarah ke bandar kuno Ubar. Thomas, yang sangat berminat dengan
perkara ini dan mahu mengkaji lebih dalam lagi.
Clapp, setelah mengkaji tulisan Thomas, yakin akan kewujudan bandar yang
hilang tersebut. Tanpa banyak membuang masa, beliau memulakan
penelitiannya. Clapp membuktikan kewujudan Ubar dengan dua cara.
Pertama, ia menemukan pusat-pusat yang menurut suku Badwi benar-benar
ada. Ia meminta NASA (Badan Luar Angkasa Nasional Amerika Syarikat)
untuk menyediakan foto satelit daerah tersebut. Selepas rundingan yang
panjang, beliau berjaya memujuk pihak yang berkuasa untuk memotret
daerah tersebut.
Clapp meneruskan mempelajari pelbagai manuskrip dan peta kuno di
perpustakan Huntington di California. Tujuannya adalah untuk menemukan
peta dari daerah tesebut. Setelah melalui penelitian singkat, ia
menemukannya. Yang ditemuinya adalah sebuah peta yang dilukis oleh
Ptolomeus, ahli geografi Yunani-Mesir pada tahun 200 M. Pada peta ini
ditunjukkan lokasi sebuah bandar tua yang ditemui di daerah tersebut dan
jalan-jalan yang menuju ke kota tersebut.
Sementara itu, beliau menerima khabar bahawa NASA telah melakukan
pemotretan. Dalam foto-foto tersebut, beberapa pusat kafilah dapat di
lihat, suatu hal yang sulit untuk dicari dengan mata kasar, tetapi boleh
dilihat sebagai satu kesatuan dari luar angkasa. Dengan membandingkan
foto-foto ini dengan peta tua yang di tangannya, akhirnya Clapp
menjumpai kesimpulan yang ia cari: pusat-pusat dalam peta tua sesuai
dengan pusat-pusat dalam gambar yang diambil dengan satelit. Tujuan
akhir dari jejak-jejak ini adalah sebuah tapak yang luas yang ditengarai
dahulunya merupakan sebuah bandar.
Akhirnya, lokasi bandar legenda yang menjadi subjek cerita-cerita lisan
suku Badwi dijumpai. Tidak berapa lama kemudian, penggalian bermula dan
peninggalan dari sebuah bandar mulai tampak di bawah gurun pasir.
Demikianlah, bandar yang hilang ini disebut sebagai “Ubar, Atlantis di
Padang Pasir”.
Lalu, apakah yang membuktikan bandar ini sebagai Bandar Kaum ‘Ad yang disebutkan dalam Al Quran?
Begitu runtuhan-runtuhan mula digali, diketahui bahawa bandar yang
hancur ini adalah milik kaum ‘Ad dan berupa tiang-tiang Iram yang
disebutkan dalam Al Quran, kerana di antara pelbagai struktur yang
di-gali terdapat menara-menara yang secara khusus disebutkan dalam
Al-Quran .
Dr. Zarins, seorang ahli pasukan kajian yang memimpin penggalian
mengatakan bahawa kerana menara-menara itu disebut sebagai bentuk khas
bandar ‘Ubar, dan kerana Iram disebut mempunyai menara-menara atau
tiang-tiang, maka itulah bukti terkuat setakat ini, bahawa tapak yang
mereka gali adalah Iram, bandar kaum ‘Ad yang disebutkan dalam Al Quran:
“Apakah kamu tidak memperhatikan, bagaimana Tuhanmu telah melakukan
terhadap kaum Aad (yang kufur derhaka). Iaitu penduduk “Iram” yang
mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi tiangnya, (sesuai dengan
penduduknya). Yang belum pernah diciptakan sepertinya (tentang besar dan
kukuhnya) di segala negeri (pada zamannya)?.” (Surah Al-Fajr 89: 6-8)
Hanya Allah Yang Maha Tahu samada kisah di atas berserta fotonya benar atau palsu. -hasnulhadiahmad.com
Komen:
4 Comments
Sumber: (
http://greenboc.blogspot.com/2015/03/penemuan-manusia-raksasa-kaum-ad-umat.html)
SEKARANG:
Jom Lihat Kediaman Mewah Salah Seorang Paling Kaya Di Dunia
Donald Trump merupakan taikun hartanah yang amat terkenal di dunia. Dia
memiliki beribu-ribu hartanah yang dianggarkan bernilai berbilion
ringgit.
Salah satu kediaman mewah milik Donald Trump dan isterinya Melania Trump
terletak di tiga tingkat teratas 'grand penthouse' di Trump Tower,
Manhattan, New York. Penthouse ini dihiasi dengan emas dan marmar yang
berharga
Sumber: (
http://dairishare.blogspot.com/2015/03/jom-lihat-kediaman-mewah-salah-seorang.html)
Tuan admin ini cerita dongeng, tolong semak di sini,
http://news.nationalgeographic.com/news/2007/12/071214-giant-skeleton.html
dan di sini
http://hoaxes.org/photo_database/image/giant_human_skeleton
Moga2 lahanat zaman ini ber ubah dan taubat menjadi manusia baik.