Selepas Johor, Melaka pula tawar harta tanah kepada Singapura.
Kejatuhan
ringgit, projek keretapi laju Kuala Lumpur-Singapura dan pengenalan
beberapa langkah meredakan industri hartanah Singapura menyebabkan
pemaju-pemaju Malaysia di luar Johor Bharu turut mengintai peluang untuk
memikat pelabur daripada republik itu.
Terbaharu, pemaju pembangunan bercampur di Melaka cuba memikat pelabur-pelabur daripada Singapura. Dengan
lebihan bekalan hartanah di Malaysia, penganalisis menjangkakan para
pemaju akan terus memperolehi pelaburan daripada negara di seberang
tambak itu.
Menawarkan projek merangkumi taman tema seluas
500,000 kaki persegi, pusat membeli-belah dan tiga buah hotel, Hatten
Group berjaya mencairkan hati rakyat Singapura.
Biarpun hanya
mengadakan dua 'roadshow' sahaja, Hatten Group mampu menarik lebih 60
rakyat Singapura untuk membeli kedai dan suite hotel di Harbour
City@Pulau Melaka. Kedai-kedai tersebut berharga di antara
RM150,000 sehingga RM3.7 juta sementara suite hotel berharga di antara
RM270,000 sehingga RM1.2 juta.
Roadshow kedua yang
dijalankan hujung minggu lalu menarik ramai pelabur Singapura
terutamanya yang berada di usia pertengahan walaupun pemaju mensasarkan
lebih ramai golongan muda Singapura yang berusia sekitar 30-an dan
menjadikan Malaysia sebagai hartanah pertama mereka.
Ketua
Jualan dan Pemasaran Hatten Group, Cassandra Tio berkata, industri
pelancongan kesihatan yang berkembang pesat di Melaka telah menyebabkan
ramai rakyat negara itu dan Indonesia terbang ke Malaysia.
Seorang
pelabur berpendapat, Melaka adalah destinasi pilihan pelancong dan
merupakan alternatif kepada Johor terutamanya wilayah Iskandar yang
menjadi bualan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
“
Melaka
berbeza, tambahan pula ia adalah sebuah bandar raya bersejarah. Sebelum
ini kebanyakan pemaju menawarkan hartanah di Kuala Lumpur dan Johor
sahaja.”
“
Lagipun saya masih bimbang mengenai Johor kerana ianya tidak begitu selamat”
kata W. Lee, 55 tahun.
Seorang
lagi pelabur berpotensi yang hanya mahu dikenali sebagai Lim 40 berpendapat sektor pelancongan di Melaka mempunyai potensi yang sangat
tinggi. “
Kelemahan ringgit bermakna kami mampu melabur pada harga yang rendah. Tambahan pula, pasaran hartanah di Singpura tidak bagus untuk pelaburan”
katanya. Posted & copy by RAKYAT MARHAEN
Sumber: (
Atsixty-ZakriAli.)
Siapakah Kambing Yang Bakal Dicat Hitam Dalam Isu 1MDB?
Pendedahan
demi pendedahan mengenai syarikat pelaburan 1MDB yang kini sudah
menjadi tajuk berita antarabangsa semakin menunjukkan kemungkinan ianya
bertukar menjadi skandal kewangan terbesar dalam era Najib Razak.
Bermula
dengan hutangnya yang tinggi, pelaburan yang diragui dan simpanan di
Pulau Cayman yang tidak pasti, 1MDB kini memasuki episod pendedahan
bagaimana wangnya didakwa dilarikan untuk kepentingan peribadi.
Selain
itu, bagaimana hutang 1MDB berjumlah RM2 bilion daripada dua bank
tempatan dikatakan turut dibayar oleh bilionaire terkemuka, Ananda
Krishnan dan cubaan pinjaman tambahan RM3 bilion daripada kerajaan juga
ditolak kabinet kerana ramai menteri tidak menyetujuinya,
menambah-parahkan lagi imej dan persepsi awam terhadap syarikat anak
emas Perdana Menteri itu.
Secara
langsung ia mengesahkan bahawa kecaman bekas Perdana Menteri, Mahathir
Mohamad mengenai syarikat itu ada benarnya. Ramai juga ketika ini yang
bersetuju dengan Mahathir bahawa "tiada 1MDB pun tak apa"
Walaupun
dalam banyak urusniaga, pelaburan dan kecurangan yang menjadi isu dalam
1MDB, nama Jho Low sering dikaitkan, tetapi kaitannya dengan Najib
tentu saja sukar dielakkan kerana ahli perniagaan playboy yang
mengamalkan gaya kehidupan rambu-ramba di Hollywood itu juga mempunyai
hubungan rapat dengan Riza Aziz, anak lelaki Rosmah Mansor.
Selain
Jho Low dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan isteri Perdana
Menteri melalui Riza, Najib sendiri dilaporkan beberapa kali bertemu
dengannya di luar negara, termasuk ketika bercuti di Eropah tahun lalu.
Dengan
pendedahan terbaru yang semakin menyentap hati rakyat berkaitan dakwaan
RM2.5 bilion wang 1MDB cuba dilarikan oleh Jho Low dalam urusniaga
dengan PetroSaudi beserta pelbagai bukti komunikasi yang disertakan,
tuntutan agar kebenaran diperjelaskan kepada umum, termasuk penubuhan
Suruhanjaya Diraja semakin kuat bergema sekarang ini.
Tetapi
apa yang menariknya ialah Pejabat Perdana Menteri dengan pantas telah
mengeluarkan kenyataan bahawa Najib tidak terlibat secara langsung dalam
operasi harian syarikat itu, sebaliknya ia diuruskan oleh satu kumpulan
profesional dan berpengalaman.
Juga disebut bahawa kedudukan Perdana Menteri hanyalah sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB saja.
Memahami
bahawa kecurigaan dan kecurangan dalam 1MDB selama ini melibatkan bukan
angka sekupang dua yang tentulah mustahil taraf "prebet" atau "koperal"
berupaya melakukannya, konsep pertanggungjawaban sebenarnya lebih
terpikul di bahu Najib selaku Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan
Pengerusi Lembaga Penasihatnya.
Bolehkah dipercayai pelaburan dan pengeluaran wang dalam jumlah yang besar boleh dilakukan tanpa pengetahuan Najib?
Mengelak
daripada memikul tanggungjawab dengan alasan tidak terlibat dalam
operasi harian tidak lebih merupakan alasan untuk "cuci tangan" saja
sedangkan jika 1MDB mencapai kejayaan dan kecemerlangan, sudah tentulah
semuanya akan diwar-warkan sebagai buah tangan dan hasil fikiran orang
yang yang terlibat dalam operasi harian tadi.
Ketika itu juga tentunya alasan tidak terlibat dalam operasi harian tadi tidak berbangkit sama-sekali.
Apakah
kenyataan tidak terlibat dalam operasi harian ini suatu bentuk
percubaan mengolah kepercayaan ramai bahawa Najib tidak terlibat dan
tidak wajar dipalitkan dengan apa juga kecurigaan dan kecurangan dalam
1MDB?
Adakah
ini juga bermakna "seekor kambing" sedang dicari untuk dilumurkan cat
hitam dan ditunjukkan kepada umum sebagai orang yang bersalah?
Kalau
Najib sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB tidak harus dikaitkan
semata-mata kerana tidak terlibat dengan operasi hariannya, apakah
"kambing hitam" itu Lodin Wok Kamaruddin, Pengerusi 1MDB sekarang?
Mungkinkah
juga bekas CEOnya, Mohd Hazem Abdul Rahman atau penggantinya sekarang,
Arul Kanda Kandasamy sebagai "kambing pilihan kedua dan ketiga" untuk
ditumpahkan cat hitam itu?
Atau "kambing-kambing" lain sedang dicari untuk dimangsakan? (SH 03/03/2015)
Akhirnya Pemuda UMNO sedar mereka buat kerja tak berfaedah..
Selepas diserang hebat, Pemuda Umno berkata mereka tidak akan lagi
memberi penerangan kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim secara terbuka,
sebaliknya hanya akan mengadakan secara tertutup dan jika ada
permintaan.
Sesi penerangan juga akan dijalankan tanpa ketua
pendakwa raya kes itu, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah seperti yang
diadakan di Kelana Jaya dan Permatang Pauh bulan lepas, kata Ketua
Penerangan Pemuda Umno Jamawi Jaafar.
"Sesi dalaman ini dijalankan tanpa ketua pendakwa raya kes, Tan Sri
Muhammad Shafee Abdullah. Kita tidak namakan 'roadshow' sebab 'roadshow'
ini dari negeri ke negeri. Kita tidak mahulah popularkan nama Anwar
Ibrahim di luar," kata Jamawi seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian
hari ini.
Jamawi berkata penerangan secara dalaman ini akan dibuat kepada ahli dan jentera Pemuda Umno. "Tapi kita buat secara dalaman program penerangan ini untuk memberi
kefahaman termasuk kepada ahli dan semua jentera penerangan Pemuda
Umno," katanya.
Jamawi berkata, Pemuda Umno tidak akan berhenti menjelaskan kepada orang
ramai, tapi ia akan dilakukan dalam skala kecil tanpa publisiti. "Kita akan teruskan dari semasa ke semasa. Malah mana-mana pihak yang
jemput untuk beri penjelasan kita akan beri. Selagi kita ada permintaan,
kita akan teruskan tapi dalam kumpulan skala kecil saja tanpa
publisiti," katanya.
Acara Jelajah Liwat Pemuda Umno diadakan sebaik saja Anwar dipenjarakan
menampilkan Shafee untuk menjelaskan keputusan bersalah ketua
pembangkang itu.
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, program jelajah seluruh
negara itu diadakan sekarang memandangkan proses kehakiman kes tersebut
kini selesai.
Bagaimanapun, langkah tersebut dikritik pengamal dan pakar undang-undang.
Beliau didakwa melanggar Akta Profesion Undang-Undang 1976 apabila
dikatakan mencari publisiti bagi kemenangannya dalam kes itu lapor The
Malaysian Insider
Tiada ulasan:
Catat Ulasan