▼"Sesungguhnya seorng muslim itu,apabila dia berjalan jalan da'wah, dia
tdk berjalan dngan hatinya sahaja.bahkan dbawa bersama hat
▼SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA IALAH KERANA ADANYA MAZMUMMAH DI DALAM HATI Luahan hati Ku sebagai seorng sahabat
.
▼Wahai Sahabat-sahabat'Ku, bersahabatlah dengan ukhuwah fillah, kerna
ada keindahan untuk itu Sahabat-sahabat"Ku, Kita Semakin hampir
dengan"Dunia akhir Zaman
Sahabat-sahabat"Ku, Kita Semakin hampir dengan"Dunia akhir Zaman
▼Harus diingat, kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar
secara tidak rasmi iaitu keluarnya Dajjal dan Yakjuj & Ma’juj.
Dajjal telah pun keluar dan kini berada dalam peringkat ‘sehari sama
seperti sebulan’ iaitu diluar dimensi masa manusia.
▼Manakala Yakjuj
& Ma’juj telah pun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin
Allah) telah runtuh di Georgia. Golongan mereka pada hari ini telah
menjadi Ashkenazi Jews & Zionist! Golongan mereka yang terakhir akan
keluar ialah selepas Dajjal dibunuh oleh Isa a.s.
▼Hanya 8 tanda-tanda
besar kiamat yang masih tinggal. Allahu A’lam.
1-Penaklukan
Baitulmuqaddis.Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah
bersabda: “Saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda
menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” –
Sahih Bukhari.
2-Zina bermaharajalela.“Dan tinggallah manusia2
yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar
(keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih
Muslim.
3-Bermaharajalela alat muzik.“Pada akhir zaman akan
terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. ” Ada yang bertanya
kepada Rasulullah saw; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda
menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan
penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah.
4-Menghias masjid &
membanggakannya.“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah
manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.
5-Munculnya kekejian.“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan
dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang
buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.
6-Ramai orang
soleh meninggal dunia.“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah
mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka
tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak
mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat
Ahmad.
7-Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.“Di antara
tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin
Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika
itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”- Riwayat
Thabrani.
8-Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya
sahaja.“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat
ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali
yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad.
9-Banyak wanita yang
berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.Diriwayatkan dari Abu Hurairah
lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul
pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti
telanjang”
10-Bulan sabit kelihatan besar.“Di antara tanda-tanda
telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan
sabit.”- Riwayat Thabrani.
11-Banyak dusta dan tidak tepat dalam
menyampaikan berita.“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang
datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu
dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya,
kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu
& memfitnahmu” – Sahih Muslim.
12-Banyak saksi palsu &
menyimpan kesaksian yang benar.“Sesungguhnya sebelum datang nya hari
kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang
benar.” – Riwayat Ahmad.
13-Negara Arab menjadi padang rumput
& sungai.“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali
menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim.
14-Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya
kelihatan muda.“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi
rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu
tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai.
15-Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam.“Apabila
umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah
putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling
buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” –
Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.
Sepuluh Tanda-tanda Kiamat yang Besar
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami
Rasulullah dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang.
Lalu
beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami
sedang berbincang tentang hari qiamat" Lalu Nabi bersabda: "Tidak
akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam
tanda-tandanya"
Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal,
binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin
Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di
timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir
sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau
manusia kepada Padang Mahsyar mereka" (H.R Muslimi)
Keterangan
Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah dalam hadis
ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat
hampir tibanya hari qiamat.
Sepuluh tanda itu ialah:Dukhan (asap) yang
akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan
orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
Dajjal
yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan
ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
Binatang besar yang
keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa
manusia tidak beriman lagi kepada Allah.
Matahari akan terbit dari
tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah tidak lagi menerima
iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang
berdosa.
Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau
akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan
beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleh orang-orang
Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
Keluarnya
bangsa Ya'juj dan Ma'juj yang akan membuat kerosakan di permukaan bumi
ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari
besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama
dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
Gempa bumi di Timur.Gempa
bumi di Barat. Gempa bumi di Semenanjung Arab. Api besar yang akan
menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari
arah negeri Yaman.
Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam
kitab Fathul Bari beliau mengatakan: "Apa yang dapat dirajihkan
(pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah
bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda
besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi
ini.
Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam
(setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari
tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang
akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan
disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu.
Barangkali
keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang
matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya".Daripada
Thauban
رضي الله عـنه berkata, “Rasulullah
صلى الله عليه وسلم bersabda:
“Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan
datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan
mengerumuni talam hidangan mereka.”Maka salah seorang sahabat bertanya,
“Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?”
Nabi
صلى الله عليه وسلم
menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama
buih pada waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu
dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati
kamu penyakit ‘wahan’ ”
Seorang sahabat bertanya: ”Apakah ’wahan’ itu
hai Rasulullah?”Baginda menjawab: ”Cinta dunia dan takut mati.”(Hadith
riwayat Abu Daud)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan