Dialognya "ala kacim" "alalaa kacim" - Ramai-ramai kami gunakan untuk menyakat dan yang paling teruk sekali "Ada seorang tuu" menyakat org lain boleh - Bila kita menyakat dia, abis kita dimusuhinya. Alhamdulillah usia mendewasakan masing-masing dan masing-masing telah menjadi sahabat yang baik setelah dewasa. Now ada yang masih hidup dan ada yang telah kembali ke Rahmatullah. Al Fatihah.
ِبِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِالمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
Berbalik kepada kisah yang dipaparkan di bawah tidak lebih kepada mengimbau aku kepada zaman kanak-kanak dulu. Sikap dan tingkah laku zaman budak-budak terbawa-bawa sehingga ke tua. Guna bermuhasabah diri supaya "Tidak menjadi tua kutuk" Nauzubillah. Sudah pandai - umur makin bertambah angkanya - masih lagi dengki mendengki dengan menyalah gunakan ilmu yang Allah beri pinjam. Astagfirullah.
Ilmu "kan" milik Allah. Aamiin Allahumma Aamiin.
Masa zaman budak-budak, ada jenis yang suka cari salah orang lain. Ada sejenis salah eja pun jadi bahan ejek, tetapi langsung tak tunjuk ejaan yang betul - Itulah masalahnya bila hidup di kalangan segelintir Melayu yang jiwanya penuh dengan PENYAKIT HASAD DENGKI. Kalau jiwanya Muslim tidaklah begitu jadinya. Itulah kenangan "Didengki" zaman budak-budak.
Hinggakan yang usianya lebih dari kita "Jiwanya penuh membuli" "Ehh mana boleh tulis surat dalam Bahasa Melayu, nanti mana orang tuu faham" Kawan aku ni jenis tak peduli - pos juga surat berbahasa Melayu. Alhmadulillah dapat "respon" pun, surat tersebut dari pihak berkenaan. Itulah kenangan "Dibuli" zaman budak-budak.
Ingatkan bila dewasa tak jumpa lagi kes-kes budak-budak dari rakan sebaya yang usianya dah berpuluh-puluh nombornya. Emmm, jumpa lagi. Hati penuh dengan hasad dengki "Ada hati nak jadi wakil rakyat" Adik beradik sendiri pun dimusuhi, gara-gara dengar cakap orang baru dalam keluarganya. Sudah jadi "Imam" pun masih mengamal cakap "Berbisik-bisik" di depan orang lain. Malang kalau orang itu masih tidak berubah dan terpilih sebagai wakil rakyat satu hari nanti dan entah bagaimana orang lain boleh nampak dia bagus jadi "Imam" Itulah sebenarnya Allah lindungi aib hambaNya dalam menyerlahkan kehebatan dan kelebihan seseorang "Manusia" kepada mata manusia yang lain yang bersifat hambaNya.
Kalau dalam alam haiwan ada yang sekadar "tolong tengok" - Jadi apa bezanya yang berperanan "tolong tengok" dalam alam manusia.
Kisah Nabi Ibrahim dengan seekor burung kecil
SEEKOR burung kecil
terbang, mengisi air dalam paruhnya, lalu menyiram ke atas api yang
membakar Nabi Ibrahim. Perbuatan itu diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu mereka menegur burung
itu. Bagi mereka perbuatan burung itu yang mengambil air dengan paruh
yang kecil, lalu menyiram ke atas unggun api yang besar itu, hanyalah perbuatan
sia-sia, kerana api yang membakar Nabi Ibrahim terlalu besar dan marak
menyala, pasti
sahaja takkan terpadam dengan air yang disiramkan itu.
TETAPI burung itu menjawab dengan penuh keyakinan ‘‘Memang ia tidak akan
memadamkan api tersebut, tetapi AKU LEBIH TAKUT KEPADA ALLAH, KERANA
ALLAH AKAN
MENYOAL AKU NANTI, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah dan Allah
tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu atau pun
tidak”
***SENTAP***
ISU NABI KENDURI ROTI
JALA CICAH KARI ... USTAZ KAZIM ELIAS KATA ITU PERBANDINGAN TETAPI BILA
DAH DENGAR RAKAMAN VIDEO BERKAITAN, LANGSUNG TIDAK KEDENGARAN IANYA
SUATU PERBANDINGAN PUN!!!!
Bukankah Ustaz Kazim Elias Dengan Jelas,Nyata Dan Terang Menyebut Dalam Ceramah Berkata "Kenduri Nabi
Yang Paling Mahai(Mahal),Roti Jala Cicah Kuah Kari..Paling
Mahai(Mahal)..Masyaalah .... Kalau Kita Ikut Yang Nabi Punya..Sempoi".
Masih Enggan Mengaku Ada Mengucapkan Ungkapan Seperti Di Atas???
Tiada pun Dalam Ceramah Itu, Di Sebut Ini Hanyalah Suatu Perbandingan Sahaja.
Mengapa Nak Putar Dan Enggan Mengaku Kesilapan .. Hinakah Kalau Mengaku Membuat Kesilapan???
Kalau
Dengan Bukti Video Pun Sanggup Enggan Mengaku .. Apa Jaminan Kalau
Tiada Rakaman Video Jika Ada Membuat Kesilapan Dan Kesalahan???
Tindakan
Shaibul Samaah Dato' Mufti Perlis Dato' Arif Perkasa Dr Maza Tidak
Memberikan Sokongan Kepada Ustaz Kazim Elias Sebagai Panel Forum Perdana
Ehwal Islam Memang Tepat Lagi Bijak.
Sumber: (
http://omakkau.blogspot.com/2015/03/isu-nabi-kenduri-roti-jala-cicah-kari.html)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan