Rumah Putih akui buat kesilapan ....
|
Sila tandatangani petisyen tersebut yang kini telah dilanjutkan
pula penyiaranya. Sila KLIK DI SINI |
Malam tadi siaran TV negara kita bukan main rancak menyiarkan berita mengenai penarikan keluar petisyen di laman webnya menggesa pentadbiran Barack Obama membebaskan pemimpin pembangkang yang dipenjarakan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kita berharap TV negara
akan turut menyiarkan pengakuan silap Rumah Putih hari ini mengenai
penarikan keluar petisyen tersebut. Laporannya seperti berikut :
Kedutaan Amerika
Syarikat di Malaysia berkata semakan penipuan standard Rumah Putih pada 9
Mac mendapati banyak tandatangan yang janggal pada petisyen Anwar itu
dan pelbagai petisyen lain berkaitan isu sama.
"Terdapat banyak
petisyen berkaitan isu ini, dan selepas penilaian susulan, Rumah Putih
dapati petisyen yang ditarik keluar itu bukan yang mengandungi tanda
tangan palsu," menurut kenyataan dikeluarkan kedutaan itu di laman
Facebooknya.
"Bertanggungjawab atas
kesilapan itu, Rumah Putih mengaktifkan semula petisyen yang bertajuk
'Make the Release of Malaysian Opposition Leader Anwar Ibrahim from
Prison a Top Priority for U.S. Policy Toward Malaysia' (Jadikan
Pembebasan Ketua Pembangkang Malaysia Anwar Ibrahim Keutamaan Tertinggi
bagi Dasar AS Terhadap Malaysia) itu.
"Ia juga memanjangkan
tarikh akhirnya mengambil kira masa yang hilang semasa petisyen itu
ditarik keluar. Tiada tandatangan yang dibuang," katanya. – 11 Mac,
2015. - sumber
Sumber: (
http://alhusseyn51.blogspot.com/2015/03/rumah-putih-akui-buat-kesilapan.html)
My Dashboard.
Wahabi Memusnahkan Peninggalan Sejarah Islam Tapi Membangunkan Syiar-Syiar Kafir.....
Tugu Geometri di Jeddah. Kaum Kabbalah seperti Freemasonry dan lainnya
dikenal juga sebagai Kaum Geometrian. Jangka dan Siku adalah salah satu
simbolnya.
Di saat sekarang ini, dunia tengah menyaksikan bagaimana situs-situs
bersejarah yang teramat penting dalam Islam yang berada di Saudi Arabia
dihancurkan satu-persatu hingga tiada lagi bersisa. Situs-situs Islam
tersebut dimusnahkan dan digantikan dengan pembangunan situs-situs
Dajjal yang sarat simbolisme penyembahan terjadap iblis. Ironisnya,
semua itu dilakukan kaum wahabi yang berkuasa di Saudi atas nama
pemurnian terhadap ketauhidan.
Kaum Wahabi agaknya lupa jika apa yang mereka kerjakan sekarang
ini–membongkar dan memusnahkan situs-situs Islam-adalah bid’ah, karena
dalam sirah Nabi SAW dan para Sahabat-Nya, orang-orang pilihan Allah Swt
ini tidak pernah membongkar situs-situs yang sudah ada. Ka’bah tidak
dibongkar, patung Lata dan Uzza tidak dibongkar, piramida Mesir tidak
dibongkar, dan lain sebagainya.
Alangkah anehnya orang-orang Saudi ini, mereka menghancurkan situs-situs
Islam tapi berlomba-lomba mendirikan simbol-simbol Dajjal di seantero
wilayahnya. Apa yang ada di kepala mereka? Wallahu’alam bishawab.
Inilah situs-situs Islam yang telah musnah, dibongkar oleh kaum Wahabi:
Rumah Muhammad SAW-Khadijah r.a.
Jika Umroh atau berhaji, di sisi timur halaman luar kompleks Masjidil
Haram, terdapat jejeran tiang-tiang lampu. Kita akan menemui di sana ada
satu tiang lampu yang selalu dikerumuni orang-orang yang sedang mengaji
Al-Qur’an, bahkan sambil menangis. Mereka bergerombol di bawah tiang
lampu itu. Banyak yang tidak paham, mengapakah tiang lampu itu
dikerubuti orang-orang dan tilawah serta berdoa di bawahnya? Bukankah
ada saat-saat di mana dalam masjid lengang, dan kenapa mereka masih
bergerombol di bawah tiang lampu itu?
Bagi yang paham sejarah Islam, mereka tahu jika di lokasi tempat tiang
itu berdiri dahulunya adalah rumah Nabi Muhammad SAW ketika membina
rumah tangga bersama Siti Khadijah r.a. Di sinilah dulu Nabi SAW dan
istrinya mengasuh anak-anaknya, hingga akhirnya Nabi hijrah setelah
rumah tersebut dikepung kaum musyrikin Quraish. Di tempat inilah dahulu
ayat-ayat Al-Qur’an banyak diturunkan. Sayangnya, sekarang tidak ada
sedikit pun sisa peninggalan rumah bersejarah tersebut selain tiang
lampu.
Di dalam sejarahnya, di lokasi bekas rumah Khadijah r.a. itu sempat
dibangun masjid oleh Muawiyah, lalu pada 1379 H (1959 M), masjid
tersebut diubah menjadi madrasah untuk perempuan. Enam tahun kemudian
dibongkar habis untuk kepentingan perluasan kompleks Masjidil Haram.
Tak jauh dari tiang lampu, sekitar 10 meteran, Saudi membangun sebuah
toilet dan kamar mandi terbesar di Masjidil Haram. Ini terletak di
antara lokasi bekas rumah Siti Khadijah r.a. dengan Abu Lahab, paman
Rasul SAW yang memusuhi Beliau. Di tempat inilah Fatimah dilahirkan dan
Malaikat Jibril juga pernah bertamu di sana.
Makam Ibunda Nabi SAW, Siti Aminah
Pada 1998, pemerintah Kerajaan Arab Saudi juga membongkar makam Siti
Aminah, ibunda Nabi Muhammad SAW. Sekarang tidak jelas di mana
lokasinya.
Rumah Abu Bakar r.a.
Hotel Hilton di Mekkah, lingkaran merah adalah
lokasi bekas rumah Khalifah Abu Bakar r.a.
Nasib serupa menimpa rumah Abu Bakar r.a. Rumah tersebut dihancurkan dan lokasinya dijadikan akses jalan menuju ke Hotel Hilton.
Tempat Nabi SAW Lahir
Jejak tempat di mana Rasul SAW lahir masih bisa dilacak, yaitu berupa
sebuah bangunan perpustakaan yang berada di sisi timur halaman Masjidil
Haram seluas lebih kurang 300 meter persegi. Ada tulisan huruf Arab di
atasnya: Maktabah Makkah Al-Mukarromah atau Perpustakaan Makkah al
Mukarromah.
Dahulunya, lokasi tempat lahirnya Nabi SAW ini sempat dibangun sebuah
masjid oleh al-Khairuzan, ibunda Khalifah Harun al-Rasyid dari Dinasti
Abbasiyah. Namun pada 1370 H (1950 M),masjid itu dirobohkan dan dibangun
perpustakaan umum oleh Syaikh Abbas Qatthan.
Namun ada kabar, bangunan ini pun akan dihancurkan, entah untuk didirikan bangunan apa.
Maqom Ibrahim a.s.
Maqom Ibrahim a.s., akan dibuat elektris
Maqom Ibrahim a.s. yang terletak di dekat Kakbah juga direncanakan akan
dihilangkan. Maqom Ibrahim adalah batu bekas jejak kaki Nabi Ibrahim
a.s. yang digunakan saat membangun Kakbah. Alasan penghancuran maqom
sangat sepele, yakni maqom tersebut dianggap menjadi biang kemacetan
ketika jamaah haji tengah tawaf.
Bagi jamaah yang mengetahui sejarah maqom ini, merekabiasanya berhenti
dan tak sedikit yang menangis. Ini yang dianggap berlebihan oleh ulama
Wahabi sehingga maqom Ibrahim a.s. akan dihancurkan.
Khusus untuk wacana menghilangkan maqom Ibrahim, pihak kerajaan Saudi
sudah menyiapkan beberapa skenario, termasuk bila rencana itu diprotes
keras. Salah satu caranya adalah dengan membuat maqom Ibrahim akan
tenggelam ketiak jamaah tawaf sedang padat, dan maqom tersebut akan
muncul kembali saat jamaah sedang lengang.
Masjid Jin dan Masjid Syajaroh
Tempat bersejarah lain yang kabarnya juga masuk dalam daftar dibongkar
adalah Masjid Jin dan Masjid Syajaroh (pohon) yang lokasinya tak
seberapa jauh dari Masjidil Haram. Kedua masjid itu letaknya berdekatan,
tepatnya di sebelah kiri jalan naik ke pekuburan Ma’la.
Sudah banyak dikisahkan bahwa dua masjid itu sangat bersejarah dan
terkait dengan mukjizat Nabi Muhammad SAW. Dalam sebuah riwayat
(dituturkan oleh al-Fakihi) diceritakan, suatu ketika Nabi didatangi
serombongan jin. Para makhluk halus itu minta bukti kenabian Muhammad
sebelum mereka masuk Islam. Maka, Nabi memanggil sebatang pohon yang
tumbuh tak jauh dari tempat Nabi SAW dihadang para jin.
Begitu dipanggil, pohon itu langsung tercerabut dari akarnya, dan datang
mendekat ke Nabi. Setelah itu, pohon tersebut disuruh Nabi SAW agar
balik ke tempat asalnya. Di tempat Nabi SAW didatangi para jin,
didirikan masjid, yang kemudian disebut Masjid Jin. Di tempat pohon yang
dipanggil Nabi itu, juga didirikan masjid, yang kemudian dinamakan
Masjid Syajaroh. Kedua masjid itu pernah diperbarui pada tahun 1421 H
(2001 M). Kedua masjid itu juga akan dirobohkan untuk perluasan
jalan.(bersambung/Rizki Ridyasmara -SUMBER : Eramuslim.com – )
Kepelikan dan keganjilan pengurusan negara kita
POJOK TENGAHARI Cuba perhatikan beberapa hal yang pelik tetapi sudah menjadi kebiasaan berlaku dalam negara "tigatujuhkosongsatutujuh" ini. Pertamanya mengenai isu syarikat pelaburan kementerian kewangan yang dipimpin Najib Razak 1MDB.
Parlimen diberi tahu hari ini kononnya wang lebihan pelaburan di kepulauan Cayman sebanyak AS1.103 juga telah pun dibawa balik.
Ia dibawa bukan ke negara ini, tetapi disimpan di Singapura. Al pelik ibnu ganjil. Alasan kenapa wang itu disimpan di Temasik ialah untuk memudahkan pengeluaran tunai kerana peraturan yang dibuat oleh Bank Negara Malaysia (BNM) ketat. Mengikut peraturan BNM setiap pengeluaran RM50 juta memerlukan kelulusan BNM.
Bukankah peraturan itu untuk mengawal dan menjaga aliran wang negara ini ke luar negara? Menjamin ringgit Malaysia selamat? Kalau kita buat peraturan itu tetapi kita tipu peraturan itu, jadilah kita macam Pak Pandir sahaja. Inilah keadaan negara "tigatujuhkosongsatutujuh" patutlah dua pesawat MAS hilang dan satu kena tembak hancur.
Satu lagi perkara mengenai, bayaran kepada peguam swasta bernama Shafei Abdullah yang menjadi kepala pendakwa dalam kes liwat melibatkan Anwar Ibrahim. Menurut kerajaan peguam berkulit hitam itu dibayar hanya RM1,000 sahaja. Betulkah atau pun angka itu tersalah lapor oleh portal berita yang mana angka sebenarnya RM1 juta. Saya baca beberapa kali tetapi sahih angka itu hanya RM1,000.
Logikkah nilai bayaran itu. Apakah kelabaan yang diperolehi oleh peguam berkenaan dengan pendakwaanya itu. RM1,000 tidak padan untuk beliau membeli kotak untuk menutup mukanya dari diludah oleh pendokong Anwar kerana kesal dengan tindakannya mengadakan road show menjelaskan butiran perbicaraan.
Inilah yang berlaku dalam negara "tigatujuhkosongsatutujuh".
Dan terbaru mengenai 1MDB, menurut maklumat daripada Pakatan Rakyat, kerajaan bersetuju untuk menyuntik sebanyak RM900 juta lagi modal tambahan kepada syarikat pelaburan milik Kementerian Keewangan itu. Keputusan itu dibuat dalam kelambu sahaja dan kebanyakan menteri parang tumpol tidak diberitahu.
Pelikkan menurut dua menteri parang tumpol, syarikat itu tidak rugi dan berdaya maju, bahkan ada wang lebih dari kepulauan Cayman, tetapi alih-alih RM900 juta lagi modal tambahan disuntik.
Inilah kepelikan dan keganjilan negeri "tigatujuhkosongsatutujuh". Hayalah... [wm.kl.1:34 pm 11/03/15]
Posted by mso.im
Sumber: (http://msomelayu.blogspot.com/2015/03/kepelikan-kelpelikan-yang-tidak-habis.html)
My Dashboard.
s3v3n
Tiada ulasan:
Catat Ulasan