ISLAM teratas dalam segala segi tindak tanduk manusia bernama MUSLIM.
Malang bila seorang Muslim berpolitik atau cuit-cuit politik, mengenepikan ISLAM sebagai teras hidupnya.
Akibatnya bila berpidato, bila berblog, bila menghujahkan pendapat sama ada secara lisan atau bertulis, terhemburlah kata nesta, maki hamun, hina menghina, mewar-warkan ghaibah/aib serta bersubahat dengan hal yang sedemikian rupa. Nauzubillah.
Itulah yang diinginkan terjadi oleh pengasas demokrasi. Pokok penting demokrasi ialah Agama (Islam) tidak boleh dicampur adukan dengan politik. Akhirnya itulah yang terjadi manusia semakin rakus dengan politik kerana tidak pernah memikirkan (Agaknyalah) Mahkamah Allah. Tulisan-tulisan, aksi serta tanda lucah ahli politik dan kata-kata kesat, itulah bakan menjadi saksi di alam kubur dan di Alam Akhirat kelak. Astagfirullah.
***
Bekas duta: Obama terpedaya janji PM
Sebab sebenar di sebalik sikap berlembut Barack Obama terhadap Malaysia
adalah kerana presiden Amerika Syarikat itu percaya bulat-bulat dengan
kata-kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata bekas duta, John
Malott.
"Obama percaya dengan perkara yang diberitahu Najib kepadanya. Beliau terpedaya dengan kata-kata Najib.
"Beliau benar-benar percaya yang Najib mahu mereformasikan negaranya
tetapi ia dihalang oleh elemen konservatif di dalam partinya," tulis
Malott (kiri) dalam ulasan yang disiar Asia Sentinel semalam.
Menurut Malott, mereka yang arif dengan perkara tersebut mendedahkan
bahawa Obama enggan menekan Najib dalam isu hak asasi manusia dan
demokrasi termasuklah sewaktu kunjungannya ke Malaysia pada April tahun
lepas.
Ini kerana, kata Malott lagi, Obama bimbang tekanan itu akan menjadikan pendekatan Najib dalam dua isu tersebut bertambah keras.
Tambahnya, atas sebab yang sama jugalah kecaman Amerika Syarikat ke atas
pemenjaraan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya
disalurkan melalui pegawai pertengahan.
Kata Malott, pegawai-pegawai Amerika Syarikat memberitahunya yang Obama
"menyenangi" Najib dan presiden Amerika itu gembira meluangkan masa
bertemu dan berbual dengan Najib.
Jelasnya lagi, akhbar New York Times melakukan pemerhatian
tepat apabila menyifatkan perlawanan persahabatan golf Obama dan Najib
di Hawaii pada Disember tahun lalu sebagai istimewa.
Jarang-jarang sekali pemimpin dunia lain menikmati tahap hubungan sedemikian rupa dengan presiden US, katanya. Malaysiakini.
Link: (
atsixty-zakriali.blogspot.com)
***
SEBELUM TUN MAHATHIR MOHON KERAJAAN SEKARANG DISIASAT, ADALAH LEBIH
AFDAL MOHON KERAJAAN SIASAT DULU SEGALA PERTUDUHAN YANG DILEMPARKAN
TERHADAP PEMERINTAHANNYA SELAMA 22 TAHUN????
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam telah mengisytiharkan perang
terbuka terhadap kerajaan UMNO/BN Malaysia pimpinan Dato' Seri Najib Razak menerusi penulisan di laman blognya,
chedet.cc, dengan pelbagai serangan terutamanya 1Malaysia Development Bhd
(1MDB) dan Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Razak.
Oleh kerana beliau berasa ia tidak mengapa dan menjadi kesalahan untuk bertanya
banyak soalan berdasarkan apa yang orang lain yang memperkatakan sebagai
urusan yang penuh dengan keraguan oleh 1MDB dan Najib, mungkin sudah tiba masanya untuk dia
juga menjawab begitu banyak tuntutan rasuah dibuat terhadapnya.
Dr M harus bermula dengan membalas salah satu pengkritik beliau -
pengurus dana antarabangsa George Soros - yang mengariskan senarai yang
sangat panjang salah laku bekas PM itu dalam artikel yang disiarkan
dalam The Bangkok Post pada tahun 2012.
Soros telah memberikan alasan dan hujah yang amat jelas dan terang terhadap Dr M... antaranya:-
“Your 3 sons are worth US$8 billion. Where do they get this money? Of course, corruption.
“You are known as the Marcos of Malaysia, having enriched yourself to the tune of billions.
“You
have more foolishness than most people would believe. Billions are used
to build two high rise Petronas buildings that benefit nobody. They now
stand tall, a symbol of stupidity and irresponsibility.
“What is this reclamation of 10 islands off Kedah? Totally absurd and stupid. Of course, your benefit is 20%.”
“And
the bridge across from Malacca to Sumatra across international waters?
Why not build a bridge to the moon? I am sure you still can get your
20%.
“You called me a moron. How can a moron make so much money?
By allowing short-selling and borrowing millions of shares from your
banks, we fund managers made millions out of your inexperience and poor
regulations.
“You lose all Malaysians’ money, therefore you are the moron.”
Dan kemudiannya Barry Wain, bekas editor Asian Wall Street Journal
dan Penulis di Institut Kajian Asia Tenggara di Singapura.
Wartawan Australia, yang telah menetap di Asia selama lebih 40 tahun itu ,
telah menulis di dalam buku beliau pada tahun 2009, "Malaysia Maverick: Mahathir
Mohamad in Turbulent Times", bahawa Dr M telah membazirkan RM100 bilion
sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai Perdana Menteri.
Wain menulis bahawa sebahagian besar daripada penipuan, termasuk
percubaan kerajaan untuk memanipulasi harga timah antarabangsa dan
perjudian oleh Bank Negara dalam pasaran mata wang global, berlaku pada
1980-an.
Wain juga menulis bahawa Dr M menggunakan dana rahsia dengan
hasrat untuk menjadikan parti UMNO sebuah konglomerat raksasa dengan
pelaburan yang menjangkau hampir keseluruhan ekonomi negara.
Semua ini adalah tuduhan yang serius yang perlu dijawab oleh Dr M, yang setakat ini hanya menolak mereka dengan penafian kosong.
Sejak
beliau menjangkakan pentadbiran sekarang perlu dilihat bersih dengan
jawapan terperinci untuk apa yang terjadi dengan 1MDB ... Soalan bernilai 1 billion ringgit ... Adakah Dr M amat bersedia
bersedia untuk diperlakukan perkara yang sama bagi tuduhan masih belum
jelas terhadap dirinya?
Jika bersungguh dan bersedia apa kata
dirinya membuat pengistiharan agar kerajaan tubuh suatu Suruhanjaya
Siasatan DiRaja bagi menyiasat segala bentuk tuduhan yang dilemparkan
terhadap dirinya selama beliau memerintah negara selama 22 tahun
sehingga menerima pelbagai jolokan seperti Mahazalim dan Mahafiraun oleh
para pengkritiknya.
Tunjukan suatu teladan yang boleh rakyat rasa kesungguhan berniat kononnya mau kerajaan yang melakukan penyelewengan dihukum.
Jadikan slogan "KEPIMPINAN MELALUI TELADAN" yang pernah menjadi salah satu dari puluhan slogan semasa pemerintahannya menjadi realiti dan di pratikkan.
Beranikah Tun M sambut akan cabaran ini???????? (omakkau.blogspot.com)
***
Gambar sebahagian dari 11 ribu tahanan yang diseksa sehingga mati oleh regim Assad
(
gigitankerengga.blogspot.com)
***
Mahathir Buat Kejutan Lagi..
Skandal 1MDB Benar.. Ini Buktinya? Blog popular Tun Dr Mahathir
Mohamad kini tidak boleh diakses, beberapa jam selepas beliau menulis
mengenai perlunya siasatan dan audit forensik dijalankan terhadap
syarikat yang sarat menanggung hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Blognya, chedet.cc kini tertera kod 403 yang lazimnya bermakna tidak dibenarkan memasuki pelayan web.
Di laman utama turut tertera 'akaun ini digantung'.
Dr Mahathir menjadi antara yang lantang mengkritik 1MDB dan mendesak
siasatan penuh polis dilakukan terhadap syarikat dimiliki sepenuhnya
oleh kerajaan itu.
Putrajaya pada minggu ini mengesahkan memberi RM950 juta dalam bentuk
'standby credit' kepada syarikat pelaburan strategik negara itu untuk
menyelesaikan hutangnya yang mencecah RM42 bilion.
Difahamkan akaun itu tidak boleh diakses sejak 4.30 petang tadi.
Tahun lalu, Facebook dilaporkan menghalang blog chedet.cc milik Dr
Mahathir, dipercayai berikutan kritikan hebatnya terhadap Yahudi dalam
satu daripada postingnya.
Skandal 1MDB Benar.. Ini Buktinya? Sementara itu Star Online hari ini melaporkan Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (SKMM) menafikan ia ada kena mengena dengan laman
web itu dinafikan akses.
Pengarah Kanan Komunikasi Strategik SKMM Sheikh Raffie Abd Rahman
berkata: “Setahu saya, kami tidak ada kena mengena dengan perkara ini.
Saya cadangkan anda periksa dengan pemilik blog mengapa laman sesawang
itu tidak boleh dibuka.”
Kiriman terakhir Dr Mahathir tulis hari ini ialah mengenai perlunya
siasatan forensik polis dijalankan atas tuduhan terhadap 1MDB dan mereka
yang terbabit dengannya.
Dr Mahathir berkata “sekadar audit saja” tidak cukup dan jika tiada
tindakan diambil, sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional akan
merosot. Blog chedet.cc milik bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kini tidak boleh diakses.
Kiriman itu, teksnya disalin semula, dan kini dikongsi di laman akaun Facebook atas nama “Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohamad". Setakat ini, kiriman itu menerima 800 ‘likes’ dan dikongsi lebih 700 kali.
Akaun Facebook yang sama juga dalam satu kiriman lain tidak lama selepas itu berkata blog Dr Mahathir digantung.
"Tiba-tiba chedet.cc tak boleh buka…ada yang panas ke?"
Post mengenai penggantungan blog berkenaan menerima pelbagai reaksi daripada pengguna Facebook lain.
“Mereka boleh gantung ikut suka mereka, tetapi sekarang dunia digital. Pasti ada rekod di mana-mana,” kata seorang pengguna.
"1MDB ni kes mahkamah ke?kalu bkn nape suspended blog tu...mana
kebebasan bersuara," kata seorang lagi pengguna, sementara ada juga
mempersoalkan jika bekas perdana menteri itu kini jadi alat pihak
pembangkang untuk mengkritik Putrajaya.
***
SAYA TIDAK AKAN LINDUNGI SEBARANG KESALAHAN, DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG AKAN TETAP DI PERTAHANKAN TEGAS NAJIB.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, beliau tidak
akan melindungi sebarang kesalahan dan tindakan yang dikenakan mengikut
undang-undang.
Bercakap ketika merasmikan Konvensyen UMNO Kedah
selama dua hari, bermula hari ini, Najib yang juga Presiden UMNO
berkata, kedaulatan undang-undang akan dipertahankan.
“Saya sebagai Perdana Menteri dan presiden parti, akan sentiasa berusaha yang terbaik untuk parti dan negara.
“Jikalau
ada permasalahan, sama-sama kita tangani. Jikalau ada isu-isu,
sama-sama kita tanganinya. Kalau perlu, kita buat secara telus, kita
buat cara telus.
“Kalau ada apa-apa kesalahan, kita tidak akan
lindungi, kita betulkan, kita ambil tindakan ikut undang-undang.
Kedaulatan undang-undang kita mesti pertahankan,” katanya pada majlis
perasmian itu yang turut dihadiri Menteri Besar dan Pengerusi Badan
Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.
Konvensyen UMNO Kedah itu dihadiri perwakilan daripada kesemua 15 UMNO Bahagian di negeri itu.
Mengenai
cadangan kerajaan negeri Kedah berkaitan pembinaan Lapangan Terbang
Antarabangsa Kulim (KXP), Najib berkata, kerajaan pusat terlebih dahulu
perlu menunggu kajian dan laporan mengenainya yang sedang disiapkan
ketika ini.
“Kita tunggu report (laporan) dulu, belum siap lagi
reportnya. Ia akan dibentangkan kepada menteri dan kabinet,
mudah-mudahan hasrat dan niat itu, Tuhan akan makbulkannya,” katanya.
Untuk rekod, kerajaan negeri Kedah bercadang membina KXP bernilai RM1.6 bilion, bagi merangsang ekonomi di utara tanah air itu.
Sementara
itu, Perdana Menteri turut memberi reaksi terhadap permintaan kerajaan
negeri, supaya kerajaan pusat menukar pinjaman yang dibuat Kedah sebelum
ini, kepada geran.
“Saya kena tengok secara keseluruhannya,
kalau hendak hapuskan loan (pinjaman), saya kena tengok keseluruhannya.
Mana yang mampu, insya-Allah saya akan terus membantu Kedah,” kata
Najib.
Najib juga dilihat tidak akan bertolenrasi dgn sesiapa pun jika terdapat penyelewengan berlaku dalam mana-mana agensi kerajaan.
Buktinya apabila beliau sendiri mengarahkan Ketua Audit Negara menyiasat akaun 1MDB dalam kadar segera.
Begitu
juga dengan Felda yang kini sedang disiasat SPRM. Penyiasatan SPRM
terhadap Felda membuatkan Isa Samad seperti cacing kepanasan. Kerana
ianya turut melibatkan anak lelaki beliau. Difahamkan Isa berang apabila
Najib tidak melayan permintaannya agar SPRM tutup mata.
Kini
Isa cuba mengambil kesempatan menumpang sekaki serangan terhadap Najib
bersama-sama pembangkang dan Tun Mahathir. Dikatakan Isa telah
mengarahkan pegawai beliau, Zahid Mat Arip untuk memulakan serangan
terhadap Najib dan Rosmah.
Kini sudah pun menjadi (rahsia) umum yang Zahid Mat Arip telah pun memulakan kerja memburuk-memburukan PM dan isteri. (
omakkau.blogspot.com)
***
Usul kecam presiden Majlis Peguam gagal
Usul untuk mengecam Presiden Majlis Peguam Christopher Leong dalam
perhimpunan agung tahunan (AGM) badan itu oleh sekumpulan peguam 100
peguam, yang digelar G100, gagal.
Usaha itu hanya disokong oleh 161 peguam berbanding jumlah besar 1,194 yang menentangnya.
Usul itu bertujuan menggesa Leong menarik balik kenyataannya dan meminta
maaf berhubung ulasannya terhadap sabitan kes Liwat II melibatkan Datuk
Seri Anwar Ibrahim.
Perbahasan usul itu mengambil masa kira-kira 2 jam, termasuk penjelasan Leong sendiri.
Seorang peguam yang enggan namanya disebut berkata Leong tegas enggan memohon maaf.
“Leong berkata beliau tidak akan memohon maaf terhadap salah faham pengkritiknya.
“Kenyataannya tidak pernah menyerang kehakiman seperti apa difikirkan oleh G100,” katanya.
AGM Majlis Peguam berlangsung tertutup dan hanya untuk peguam sahaja.
Kira-kira 100 peguam pada 21 Februari mendesak Leong menarik balik
kenyataan dan memohon maaf terbuka berhubung sabitan kes Liwat II.
Rungutan ahli-ahli berkenaan berhubung kenyataan Leong bertarikh 11 Februari, sehari selepas Anwar disabitkan.
Leong, dalam kenyataan itu berkata Anwar "dianiaya" dan bukannya "didakwa". (atsixty-zakriali.blogspot.com)
My Dashboard.
Tiada Tuhan Yang Wajib Disembah melainkan Allah
Blogger
s3v3n
Tiada ulasan:
Catat Ulasan