Isnin, 27 November 2017

6407. Peraturan Baru Ke Thailand.


Bismillahirrohmanirrohim. 

Bila berkata...
Bila berhujah... 
Bila memberi pendapat... 
Bila bercerita... 

Sama ada secara lisan atau bertulis dan Hindarilah dari membuka aib diri sendiri dan orang lain serta nilai tambahnya Jauhilah diri dari mencela diri sendiri dan mencelakakan orang lain 

Jangan kedekut. 
Maksudnya jangan sesekali kedekut untuk berbuat baik kepada diri sendiri. 

Aamiin Ya Allah Ya Rohman Ya Rohim Ya Rob... 
Wassalamu.


Pelancong Malaysia Sila Peka Dengan Peraturan Baru Ke Thailand. 

Menurut Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd Afandi Abu Bakar berkata, Thailand akan menguatkuasakan syarat baharu untuk memasuki negaranya, melalui pintu masuk sempadan Malaysia-Thailand mulai 1 Oktober ini.

Beliau turut mengingatkan rakyat Malaysia supaya peka dan mematuhi peraturan baharu itu serta menggunakan dokumen perjalanan yang sah semasa berurusan di sempadan.Tambahnya, antara peraturan baru yang diperkenalkan ialah.pelancong yang membawa kenderaan sendiri, perlu mengisytiharkan kenderaan serta penumpangnya dengan mengisi borang masuk kepada Jabatan Imigresen dan Kastam Thailand. "Pemandu yang gagal mengisytiharkan kenderaan akan dikenakan denda sehingga empat atau lima kali ganda nilai kenderaan atau kenderaan ditahan dan penjara selama dua tahun," katanya. 

Ujarnya lagi, pihaknya sedang berhubung dengan pihak berkuasa Thailand bagi mendapatkan maklumat lebih terperinci berkaitan peraturan baharu itu dan akan dimuat naik di laman web Kementerian Luar. Katanya, ada syarat-syarat kemasukan tersebut telah lama dikuatkuasakan, namun pihak berkuasa Thailand berkata perubahan itu dibuat bagi memudah dan memperkemas daftar masuk rakyat asing ke Thailand.

Mohd Afandi berkata, dua buah kenderaan Malaysia telah ditahan pihak berkuasa Thailand berhubung kesalahan melanggar kesalahan masuk dalam tempoh sepanjang tahun ini hingga Ogos lepas.Tambah beliau, kira-kira 250 orang rakyat Malaysia sedang menjalani hukuman penjara di Selatan Thailand atas pelbagai kesalahan.Sumber : Astro Awani. 

Tiada ulasan: