Isnin, 27 November 2017

6408. Bencana lidah kepada individu menurut Imam Al Ghazali.

Bismillahirrohmanirrohim. 

Bila berkata...
Bila berhujah... 
Bila memberi pendapat... 
Bila bercerita... 

Sama ada secara lisan atau bertulis dan Hindarilah dari membuka aib diri sendiri dan orang lain serta nilai tambahnya Jauhilah diri dari mencela diri sendiri dan mencelakakan orang lain 

Jangan kedekut. 
Maksudnya jangan sesekali kedekut untuk berbuat baik kepada diri sendiri. 

Aamiin Ya Allah Ya Rohman Ya Rohim Ya Rob... 
Wassalamu.



12 JENIS BENCANA LIDAH MENURUT IMAM AL-GHAZALI.

1. Perkataan yang tidak bermanfaat boleh membuatkan hati menjadi kasar.
                                  
2. Mereka yang banyak bercakap, cenderung dia banyak berbohong.

3. Bersembang kosong. Padahal ciri-ciri org yang beriman adalah mereka yang sentiasa menghindarkan diri daripada perkataan dan perbuatan yang tidak bermanfaat.

4. Akan menyebabkan pertengkaran dan dendam.

5. Banyak bicara akan menimbulkan permusuhan antara kelompok dan golongan.

6. Mereka akan berbohong dengan mengaku sebagai pakar suatu bidang.

 7. Ucapan yang mengandungi makian dan cacian.

8. Ucapan yang mengutuk sesorang atau satu golongan.

9. Ungkapan syair atau nyanyian boleh membangkitkan nafsu kebinatangan sesorang.

10. Senda gurau dan memperolok-olokkan orang lain. Rasululullah SAW bersabda :

"Sesungguhnya mereka yang mentertawakan teman-temannya, mereka akan jatuh ke dalam neraka, lebih jatuh dari bintang suria".

11. Membuka rahsia orang lain.

12. Bersumpah palsu.

 Semua itu merosakkan nilai-nilai amanah.

 Rasulullah SAW bersabda:

" Waspadalah terhadap pembohong dan orang orang yg zalim sama sama dalam neraka".

Seorang sahabat pernah  bertanya kepada Rasulullah SAW:

"Apakah penyebab terbesar orang masuk neraka?"

Baginda menjawab:

 "Kerana lidah dan kemaluannya". 

(HR At-Tarmizi)

Semoga Allah mengurniakan taufik kepada kita semua untuk menjaga lidah dari menuturkan sesuatu yang boleh mengundang murkaNya. Amiin.🍃💕

.

Tiada ulasan: