بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah SWT.
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya” [QS. AL 'IMRAN (3):185]
•
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
•
Lidah seseorang menggambarkan hatinya
KUALA LUMPUR – Orang Melayu tidak perlu mengenang jasa UMNO dalam pendidikan anak bangsa kerana pendidikan adalah hak rakyat!
Exco Pemuda Pakatan Harapan, Mohd. Ashraf Mustaqim Badrul Munir berkata, orang Melayu tidak perlu mengingati jasa UMNO hanya kerana mereka berjaya mencapai tahap sekarang.
“Pendidikan merupakan hak rakyat. Ianya jelas merupakan tanggungjawab yang wajib dijalankan oleh mana-mana kerajaan di dunia.
“Jikalau UMNO ingin mengungkit, maka UMNO tak payah jadi kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Mohd. Ashraf Mustaqim dalam pada itu menyifatkan mahasiswa adalah kelompok cerdik pandai maka mereka tidak akan mempedulikan jasa UMNO kepada orang Melayu.
Justeru, beliau menyeru seluruh mahasiswa supaya memberi sokongan Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum akan datang.
Katanya, Pakatan Harapan memberi jaminan akan memberi pendidikan percuma kepada semua pelajar universiti termasuk Universiti Teknologi Mara (UiTM)
“Pakatan Harapan akan membawa kepada agenda pendidikan percuma yang memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum,” katanya. -MYNEWSHUB.CC
Sumber:http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/orang-melayu-tak-perlu-kenang-jasa-umno/
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan