Isnin, 5 Februari 2018

Malaysia kebanjiran warga asing. Suruh dia bertanding dengan saya di Langkawi, kata Tun Mahathir. Maka, ketika kerajaan mahu merangka undang-undang mengekang berita palsu ini, siapakah yang mereka mahu sasarkan sebenarnya? Pembangkang atau diri mereka sendiri? Sudahkah kerajaan dan pemimpin-pemimpin UMNO menatap cermin untuk melihat kebenaran? 7078.

ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ

ماشاءالله

سبحان الله

الله اکبر

    سُبْحَانَ اللَّهِ اَللَّهُمَّ صَلِّي عَلَى سَيّدنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلۓِ سَيّدنَا مُحَمَّدٍ الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Allah berfirman yang bermaksud; “Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya.” (QS: Al Imran 3:185) 


أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّـيْطٰنِ الرَّجِيْمِ

بسم الله الرحمن الرحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، 

وعلى آله وصحبه أجمعين
.Foto SitiNorazakiah Aho.
Antara kesan politik ... Malaysia kebanjiran warga asing. 

Hospital swasta jadi sarang Mat Bangla...

ali allah ditta pada tumpang sekole...? - 3 jam yang lalu

*Di mana silapnya? Persoalan yang menjadi pertanyaan apabila kontraktor utama yang dianugerahkan kontrak untuk kerja-kerja pembersihan dan pencucian telah memberikan pula kepada lain-lain sub kontraktor.* *Tindakan kontraktor utama itu terbongkar apabila Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Pulau Pinang membuat serbuan di sebuah hospital yang terletak di George Town , Pulau Pinang.* *Lebih mengejutkan ianya sebuah Hospital ternama dan jumlah yang berjaya 'disapu' atau ditangkap di lokasi kejadian adalah seramai 32 orang yang disyaki bekerja sebagai Tukang Cuci d... lagi »
Hospital swasta jadi sarang Mat Bangla... 

Di mana silapnya? Persoalan yang menjadi pertanyaan apabila kontraktor utama yang dianugerahkan kontrak untuk kerja-kerja pembersihan dan pencucian telah memberikan pula kepada lain-lain sub kontraktor. 
Tindakan kontraktor utama itu terbongkar apabila Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Pulau Pinang membuat serbuan di sebuah hospital yang terletak di George Town, Pulau Pinang. 

Lebih mengejutkan ianya sebuah Hospital ternama dan jumlah yang berjaya 'disapu' atau ditangkap di lokasi kejadian adalah seramai 32 orang yang disyaki bekerja sebagai Tukang Cuci di hospital berkenaan. 

Memetik laporan daripada Facebook rasmi Jabatan itu, kesemua warga asing yang diberkas gagal mengemukakan dokumen perjalanan atau pas yang sah semasa serbuan dilakukan. 

Tindakan yang tidak bertanggungjawab itu terbongkar selepas Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Pulau Pinang membuat serbuan di sebuah hospital di Georgetown, Pulau Pinang. 

Siasatan awal mendapati jumlah warga asing yang ditangkap itu telah gagal mengemukakan dokumen perjalanan atau Pas yang sah semasa serbuan dilakukan. Selain daripada lokasi berkenaan beberapa lagi lokasi telah diserbu antaranya 8 buah rumah Pangsapuri Mutiara yang terletak di Batu Feringhi, sebuah Pejabat yang terletak di Jalan Belissa dan sebuah Restoran Nasi Kandar yang terletak di Jalan Teluk Bahang. 

Seramai 54 orang warga asing telah diperiksa di semua lokasi dan hasilnya seramai 42 orang PATI telah bejaya ditangkap. Mereka yang ditangkap terdiri daripada 28 orang warga Bangadesh , 3 orang lelaki, 7 orang perempuan, 1 orang kanak-kanak lelaki dan 1 orang kanak-kanak perempuan warga Indonesia, 1 orang lelaki warga India dan 1 orang lelaki warga Mesir kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen dan Peraturan-peraturan Imigresen. 

Kesemua PATI yang ditangkap telah dibawa untuk ditahan di Depot Imigresen Juru untuk siasatan lanjut. Tanggungjawab menjaga Kedaulatan dan Keselamatan negara bukan hanya terletak pada satu pihak semata-mata, seiringan dengan itu tindakan membanteras PATI juga harus melibatkan semua pihak dan segenap lapisan masyarakat. 


Sumber: 

Teringat dulu dipanggil pendatang haram xterima. Maka berubahlah kepada PATI

JANTANKAH MENANTU PAK LAH? 

Susulan perlekehan Khairy Jamaluddin bahawa Tun Mahathir Mohamad tidak mungkin dapat membangunkan Langkawi tanpa UMNO dan BN, Pengerusi Pakatan Harapan itu mencabar KJ bertarung dengannya di pulau itu dalam PRU 14 akan datang ini.
Suruh dia bertanding dengan saya di Langkawi, kata Tun Mahathir.

Sebagai seorang yang diketahui umum tidak mungkin mendapat jawatan dalam UMNO dan kerajaan jika tidak menjadi menantu Pak Lah, KJ seharusnya berani menunjukkan kejantanannya menyahut cabaran Tun Mahathir itu.

Setidak-tidaknya dengan menyahut cabaran itu, KJ berani menunjukkan beliau mahu  dan boleh berdiri sendiri dalam karier politiknya.

Jika menang, KJ dengan sendirinya dapat membuktikan bahawa pengundi Langkawi lebih memilih UMNO dan BN berbanding Tun Mahathir.

Dengan itu, maka benarlah UMNO dan BN yang membangunkan Langkawi dan yang diharapkan oleh pengundinya untuk terus membangunkan pulau itu, bukannya Tun Mahathir.

Kiranya tewas pula, KJ akan membuktikan beliau tidaklah pelahap sangat dengan jawatannya dalam kerajaan sekarang yang ditanggapi umum diperolehinya kerana kedudukannya sebagai menantu kepada Pak Lah.

Sekurang-kurangnya,  beliau akan dilihat sebagai berani dan jantan jugalah akhirnya, walaupun kehilangan jawatannya.

Cuma, benar-benar jantankah KJ? (ShahbudinHusin 04/02/2018).


Sumber: 


BERITA PALSU, MEDIA KERAJAAN DAN PEMIMPIN UMNO LEBIH DAHSYAT MELAKUKANNYA. 

Begitu ramai pemimpin UMNO dan kerajaan bercakap mengenai undang-undang mengekang berita palsu sekarang ini. Ada yang mengatakan ia suatu keperluan, meminta undang-undang itu disokong semua orang dan tidak kurang yang menyatakan sesiapa yang melakukannya tidak akan terlepas daripada tindakan.

Cara mereka bercakap seolah-olah hanya pihak pembangkang atau mereka yang condong kepada perubahan saja yang gemar menyebar berita palsu ini. 

Seolah-olahnya juga pemimpin UMNO dan kerajaan serta media yang ditaja oleh mereka tidak pernah sama sekali terlibat dalam berita palsu, sebaliknya hanya menjadi mangsa belaka.

Benarkah begitu?

Untuk melihat yang mana benar dan yang mana palsu, cuba kita imbas kembali beberapa kenyataan Najib Razak mengenai 1MDB dan wang RM2,600 juta yang masuk ke akaun peribadinya sebelum ini.

Daripada beliau pada mulanya menafikan perkara itu, kemudian mengakuinya dan beberapa kenyataannya yang berbeza-beza mengenai satu perkara, tidaklah itu sebenarnya berita palsu?

Malah, dua hari lalu apabila Najib mengatakan hutang 1MDB berjumlah RM42 bilion tidak hilang dan asetnya lebih besar daripada itu, ia adalah jelas suatu lagi berita palsu daripadanya yang baru kembali daripada menunaikan umrah, menziarahi makam Rasulullah serta masuk ke dalam Kaabah.

Bukankah sebelum ini juga Najib mengakui 1MDB adalah suatu kegagalan kerajaan?

Kenapakah Najib asyik merapu dan tidak konsisten tentang 1MDB yang bagi rakyat adalah suatu malapetaka bagi negara?

Begitu juga dengan kenyataan Zahid Hamidi yang mengakui pernah berjumpa dengan wakil keluarga penderma RM2,600 juta kepada Najib, tetapi apabila diasak untuk berterus-terang siapakah yang ditemuinya itu, sehingga sekarang senyap terus kata-katanya, tidakkah ia suatu berita palsu?

Lebih dari itu, Zahid Hamidi juga pernah gah membuat dakwaan mengenai dalang Lahad Datu, amalan syiah yang melibatkan Mohamad Sabu, kad pengenalan biru Tun Mahathir Mohamad yang didakwanya bertulis "Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty" dan beberapa perkara lain yang gagal dibuktikannya, bukankah ia satu lagi berita palsu yang nyata?

Dalam beberapa kenyataan pemimpin UMNO yang berbeza dan bercanggah antara satu sama lain ketika mempertahankan Najib berhubung wang RM2,600 juta yang diterimanya, apakah ia bukan berita palsu?

Ketika Ahmad Maslan dengan bangga menyatakan GST akan menurunkan harga barang, tetapi semunya terbukti tipu belaka sehingga kini, tidakkah ia juga berita palsu?

Dalam waktu yang sama, cuba juga kita lihat media-media arus perdana seperti akhbar dan televisyen yang semakin tidak laku dan diketepikan rakyat, terutama dalam laporannya berkaitan politik, berapa peratuskah berita benar yang ada di dalamnya?

Ada yang mengatakan dalam media arus perdana sekarang, hanya laporan waktu sembahyang dan keputusan nombor ekor saja berita yang benar dan boleh dipercayai.

Tidakkah dengan semua perkembangan ini, media arus perdana sudah menjadi penyebar berita palsu berlesen paling utama dalam negara?

Jika media arus perdana pun sudah begitu dahsyat kelakuannya, usah dibayangkan lagi bagaimana ganas dan rakusnya media baru, media sosial dan blog serta portal yang ditaja oleh UMNO dan pemimpin-pemimpin tertentu dalam menyebarkan berita-berita palsu melalui tulisan-tulisan mereka setiap hari.

Yang nyata, hampir semuanya palsu, rekaan dan khayalan semata-mata yang dilaporkan sedemikian rupa hanya untuk memastikan kerajaan kleptokrasi terus kekal berkuasa.

Maka, ketika kerajaan mahu merangka undang-undang mengekang berita palsu ini, siapakah yang mereka mahu sasarkan sebenarnya? 

Pembangkang atau diri mereka sendiri? 

Sudahkah kerajaan dan pemimpin-pemimpin UMNO menatap cermin untuk melihat kebenaran? (ShahbudinHusin 04/02/2018)


Sumber: 



رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين
Daftar Isi Al-Quran dan Terjemahan - Silakan Klik untuk membacanya:
  1. Surat Al Fatihah (Pembukaan)
  2. Surat Al Baqarah (Sapi Betina)
  3. Surat Ali 'Imran (Keluarga 'Imran)
  4. Surat An Nisa' (Wanita)
  5. Surat Al Ma'idah (Hidangan)
  6. Surat Al An'am (Binatang Ternak)
  7. Surat Al A'raf  (Tempat Tertinggi)
  8. Surat Al Anfal (Rampasan Perang)
  9. Surat At Taubah (Pengampunan)
  10. Surat Yunus (Nabi Yunus A.S.)
  11. Surat Hud (Nabi Huud A.S.)
  12. Surat Yusuf (Nabi Yusuf A.S.)
  13. Surat Ar Ra'd (Guruh)
  14. Surat Ibrahim (Nabi Ibrahim A.S.)
  15. Surat Al Hijr (Daerah Pegunungan)
  16. Surat An Nahl (Lebah)
  17. Surat Al Israa' (Memperjalankan Di Malam Hari)
  18. Surat Al Kahfi (Gua)
  19. Surat Maryam (Maryam)
  20. Surat Thaha (Thaahaa)
  21. Surat Al Anbiya' (Kisah Para Nabi)
  22. Surat Al Hajj (Ibadah Haji)
  23. Surat Al Mu'minun (Orang Mukmin)
  24. Surat An Nur (Cahaya)
  25. Surat Al Furqaan (Pembeda)
  26. Surat Asy Syu'ara' (Penyair)
  27. Surat An Naml (Semut)
  28. Surat Al Qashash (Cerita)
  29. Surat Al 'Ankabuut (Laba-Laba)
  30. Surat Ar Ruum (Bangsa Rumawi)
  31. Surat Luqman (Luqman)
  32. Surat As Sajdah ((Sujud)
  33. Surat Al Ahzab (Golongan Yang Bersekutu)
  34. Surat Saba' (Kaum Saba')
  35. Surat Fathir (Pencipta)
  36. Surat Yaasiin
  37. Surat Ash Shaffat (Yang Bershaf-Shaf)
  38. Surat Shaad
  39. Surat Az Zumar (Rombongan-Rombongan)
  40. Surat Al Mu'min (Orang Yang Beriman)
  41. Surat Fushshilat (Yang Dijelaskan)
  42. Surat Asy Syuura (Musyawarah)
  43. Surat Az Zukhruf (Perhiasan)
  44. Surat Ad Dukhaan (Kabut)
  45. Surat Al Jaatsiyah (Yang Berlutut)
  46. Surat Al Ahqaaf (Bukit Pasir)
  47. Surat Muhammad (Nabi Muhammad SAW)
  48. Surat Al Fath (Kemenangan)
  49. Surat Al Hujuraat (Kamar-Kamar)
  50. Surat Qaaf
  51. Surat Adz Dzaariyaat (Angin Yang Menerbangkan)
  52. Surat Ath Thuur (Bukit)
  53. Surat An Najm (Bintang)
  54. Surat Al Qamar (Bulan)
  55. Surat Ar Rahmaan (Yang Maha Pemurah)
  56. Surat Al Waaqi'ah (Hari Kiamat)
  57. Surat Al Hadid (Besi)
  58. Surat Al Mujadilah (Wanita Yang Mengajukan Gugatan)
  59. Surat Al Hasyr (Pengusiran)
  60. Surat Al Mumtahanah (Wanita Yang Diuji)
  61. Surat Ash Shaff (Barisan)
  62. Surat Al Jumu'ah (Hari Jum'at)
  63. Surat Al-Munafiqun (Orang-Orang Munafik)
  64. Surat At Taghabun (Hari Ditampakkan Kesalahan-Kesalahan)
  65. Surat Ath Thalaaq (Talak)
  66. Surat At Tahrim (Mengharamkan)
  67. Surat Al Mulk (Kerajaan)
  68. Surat Al Qalam (Pena)
  69. Surat Al Haqqah (Kiamat)
  70. Surat Al Ma'arij (Tempat-Tempat Naik)
  71. Surat Nuh (Nabi Nuh A.S)
  72. Surat Al Jin (Jin)
  73. Surat Al Muzzammil (Orang Yang Berselimut)
  74. Surat Al Muddatstsir (Orang Yang Berselimut)
  75. Surat Al Qiyamah (Hari Kiamat)
  76. Surat Al Insaan (Manusia)
  77. Surat Al Mursalat (Malaikat-Malaikat Yang Diutus)
  78. Surat An Naba´ (Berita Besar)
  79. Surat An Naazi´ (Malaikat-Malaikat Yang Mencabut)
  80. Surat 'Abasa (Bermuka Masam)
  81. Surat At Takwir (Menggulung)
  82. Surat Al Infithar (Terbelah)
  83. Surat Al Muthaffifiin (Orang-Orang Yang Curang)
  84. Surat Al Insyiqaaq (Terbelah)
  85. Surat Al Buruuj (Gugusan Bintang)
  86. Surat Ath Thaariq (Yang Datang Di Malam Hari)
  87. Surat Al A´Laa (Yang Paling Tinggi)
  88. Surat Al Ghaasyiyah (Hari Kiamat)
  89. Surat Al Fajr (Fajar)
  90. Surat Al Balad (Negeri)
  91. Surat Asy Syams (Matahari)
  92. Surat Al Lail (Malam)
  93. Surat Adh Dhuhaa (Waktu Dhuha)
  94. Surat Alam Nasyrah /Al Insyirah (Bukankah Kami Telah Melapangkan)
  95. Surat At Tiin (Buah Tin)
  96. Surat Al 'Alaq (Segumpal Darah)
  97. Surat Al Qadr (Kemuliaan)
  98. Surat Al Bayyinah (Bukti Yang Nyata)
  99. Surat Al Zalzalah (Goncangan)
  100. Surat Al 'Adiyat (Kuda Perang Yang Berlari Kencang)
  101. Surat Al Qari'ah (Hari Kiamat)
  102. Surat At Takatsur (Bermegah-Megahan)
  103. Surat Al 'Ashr (Masa)
  104. Surat Al Humazah (Pengumpat)
  105. Surat Al Fiil (Gajah)
  106. Surat Quraisy (Suku Quraisy)
  107. Surat Al Ma'un (Barang-Barang Yang Berguna)
  108. Surat Al Kautsar (Nikmat Yang Banyak)
  109. Surat Al Kafirun (Orang-Orang Kafir)
  110. Surat An Nashr (Pertolongan)
  111. Surat Al Lahab (Gejolak Api)
  112. Surat Al Ikhlas (Memurnikan Keesaan Allah)
  113. Surat Al Falaq (Waktu Subuh)
  114. Surat An Naas (Manusia)
....................................

Tiada ulasan: