Selasa, 1 Mei 2018

Amalan Pada Malam Nisfu Sya’ban. 7413. (نبي محمد صلى الله عليه وسلم)

Nabi Muhammad 


AMALAN PADA MALAM NISFU SYA’BAN BAHAGIAN A (UMUM)

ASAL PERKATAAN NISFU SYA’BAN

Nisfu Sya’ban terhasil daripada 2 perkataan; Nisfu ( ن فْص ( bermaksud ‘setengah’, manakala Sya’ban ( َ ان َ ب ْ ع َ ش ( ialah bulan kelapan dalam bulan-bulan Islam. Nisfu Sya’ban adalah malam ke-15 pada bulan Sya’ban.

NAMA YANG BANYAK MENUNJUKKAN KEMULIAANNYA Para ulama’ mengatakan, kelebihan yang ada pada bulan Rejab ada pada 10 yang AWAL; sebab itulah malam 1 Rejab sangat istimewa. Kelebihan yang ada pada bulan Sya’ban pula ada pada 10 yang PERTENGAHAN; sebab itulah malam Nisfu Sya’ban sangat luar biasa. Begitulah pula, kelebihan yang ada pada bulan Ramadhan ada pada 10 yang TERAKHIR; sebab itu malam Lailatul Qadar sangat besar ganjarannya1.

Oleh kerana malam Nisfu Sya’ban mempunyai kelebihan yang banyak dan mulia, ia mempunyai beberapa nama termasuklah:

(1) Lailah al-Mubarakah (malam yang berkat)

(2) Lailah al-Qasamah wa at-Taqdir (malam pembahagian qadha’ dan qadar)

(3) Lailah at-Takfir (malam penghapusan dosa)

(4) Lailah al-Ijabah (malam diperkenankan doa)

(5) Lailah al-Hayah (malam hidup iaitu hati dihidupkan Allah agar tidak lupa kepada-Nya)

(6) Lailah asy-Syafa’ah (malam mendapat syafaat)

(7) Lailah al-Bara’ah (malam perlepasan dari api neraka) (8) Lailah al-Barakah (malam penuh keberkatan)

(8) Lailah al-Barakah (malam penuh keberkatan)

 1 Lihat Tuhfah al-Authon wa al-Ikhwan, Syaikh Ahmad bin Muhammad Said al-Linggi, ms. 77.

(9) Lailah at-Ta’zhim (malam keagungan)

(10) Lailah al-Qadr (malam penentuan)

(11) Lailah al-Ghufran (malam pengampunan)

(12) Lailah al-‘Itq min an-Nar (malam perlepasan dari api neraka)

(13) Eid al-Malaikah (malam Hari Raya kepada para malaikat)2 dan lain-lain.

Semua nama ini tidak lain, merujuk kepada kemuliaan yang ada pada malam tersebut.

KELEBIHAN MALAM NISFU SYA’BAN (1)
2 Lihat nama-nama ini dalam Kelebihan Malam Nisfu Sya’aban karangan Syaikh Muhammad Fuad alMaliki, ms. 21. 3 Hadith Shahih riwayat Imam Ahmad di dalam Musnadnya, Ibnu Hibban di dalam Shahihnya, AthThobrani dalam Al-Mu’jam al-Kabir dan Al-Mu’jam al-Ausath, Abu Nu’aim dalam Hilyah al-Auliya’, AlMunziri dalam At-Targhib, Ibnu Majah, Al-Bazzar dalam Al-Musnad dan Al-Baihaqi. 4 Riwayat Ahmad dalam Musnadnya

(3) Sayyidina Usamah bin Zaid pernah bertanya kepada Nabi yang dia tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat dengan penuh semangat melainkan pada puasa bulan Sya’ban. Rasulullah menjawab:

 ( نبي محمد صلى الله عليه وسلم ) 






“Tuhanku, kemurahanMu telah menunjukkan aku kepada-Mu, kebaikanMu telah mendekatkan aku kepada-Mu, aku mengadu kepada-Mu perkara yang tidak tersembunyi lagi pada pengetahuanMu dan aku memohon kepada-Mu perkara yang tidak susah padaMu, kerana ilmuMu tentang keadaanku telah mencukupi daripada permohonanku. Wahai Tuhan Yang Menghapuskan bebanan orang-orang yang kesusahan, hapuskanlah daripadaku semua yang aku hadapi, sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau. (Ya Allah), Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniya, tolonglah daku), sesungguhnya aku adalah dari kalangan orang-orang yang menganiyai diri sendiri, (dengan berkat dan benarnya firmanMu): “Maka Kami perkenankan permohonan doanya (Nabi Yunus) dan Kami selamatkannya dari kesusahan yang menyelubunginya, dan sebagaimana Kami menyelamatkannya, Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada kami).” Ya Allah, Tuhan Yang Memiliki Kurniaan…..sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Perkasa dan Maha Mulia. Semoga Allah sentiasa mencurahkan rahmatNya kepada Nabi Muhammad (نبي محمد صلى الله عليه وسلم), keluarga Baginda dan seluruh para sahabatnya.”

(iv) Doa Nabi Adam 
 
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang tersembunyi dan apa yang terzahir daripadaku, maka terimalah permohonan maafku, dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku dan di sisiku, maka ampunkanlah dosa-dosaku, dan Engkau mengetahui hajatku, maka perkenankanlah permintaanku. Ya Allah, sesungguhnya aku bermohon kepada-Mu iman yang mengembirakan hatiku, keyakinan yang benar, sehingga aku tahu bahawa apa sahaja musibah yang menimpaku, itu tidak lain melainkan apa yang telah Engkau taqdirkan ke atasku dan kurniakanlah aku redha dengan apa yang telah Engkau putuskan ke atasku, wahai Tuhan Yang Mempunyai keagungan dan kemuliaan.” 

Imam Al-Azraqi meriwayatkan dengan sanadnya, bahawa ketika diturunkan dari syurga, Nabi Adam telah melakukan tawaf 7 kali di sekeliling Ka’bah. Baginda kemudiannya bersolat 2 rakaat mengadap Ka’bah. Selepas itu, Baginda pergi ke Multazam dan berdoa dengan doa ini. Lalu Allah mewahyukan kepada Nabi Adam: “Wahai Adam, sesungguhnya engkau telah berdoa kepadaKu dengan doa-doa dan Aku telah memperkenankannya. Tidaklah berdoa seseorang dari kalangan anak cucumu dengannya, melainkan Aku hapuskan keresahan dan kesusahannya. Aku tahan daripadanya barangnya yang hilang. Aku cabutkan kefaqiran dari hatinya. Aku jadikan kekayaan di antara dua matanya. Aku kurniakan kepadanya keuntungan setiap orang yang berniaga dan datang dunia kepadanya dalam keadaan terpaksa, sekalipun dia tidak mahu kepada dunia tersebut.”24

(v) Al-Allamah Sayyid Al-Winna’i berkata bahawa antara doa yang afdhal dibaca pada malam Nisfu Sya’ban ialah: 
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, lagi Maha Mulia yang suka kepada keampunan, maka ampunilah dosaku. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu keampunan, keafiatan dan kesejahteraan yang berterusan di dalam agama, dunia dan akhirat.” 

(4) Bermohonlah kepada Allah Ta’ala untuk segala hajat dunia dan akhirat. 

(5) Pada malam ini, sangat baik memperbanyakkan beristighfar (memohon keampunan) dan bertaubat dari dosa-dosa besar dan kecil serta meminta keampunan Allah  untuk ibu bapa dan keluarga kita. 

Al-Allamah al-Muhaddith Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki menjelaskan: 
“Istighfar merupakan seagung-agung dan seutama-utama amalan yang sewajarnya orang Islam yang bersungguh dengan agamanya untuk menyibukkan diri dengan istighfar pada waktu-waktu yang memiliki keutamaan seperti di bulan Sya’ban dan malam pertengahannya (malam Nisfu Sya’ban). Istighfar adalah termasuk di dalam sebab-seban dimudahkan rezeki. Fadhilatnyanya dijelaskan oleh nas-nas Al-Qur’an dan hadith Penghulu kepada semua kekasih (Rasulullah نبي محمد صلى الله عليه وسلم). Pada kelebihan yang ada dalam istighfar ialah ia menghapuskan dosa, merongkaikan kesulitan, menghilangkan kesedihan dan mengubat duka cita.” 

24 Rujuk Tarikh Makkah, Abu Walid al-Azraqi, 2/370 dan Fi Rihab al-Bait al-Haram, Al-Muhaddith Sayyid Muhammad ibn Alawi al-Maliki, ms. 52. Sayyid Muhammad al-Maliki mengatakan: “Sanad hadith ini baik.”

(i) Jangan sekali-kali lupa membaca Sayyidul Istighfar (penghulu istighfar) kerana menurut hadith riwayat Al-Bukhari daripada Syaddad bin Aus bahawa Rasulullah (نبي محمد صلى الله عليه وسلم) mengatakan sesiapa yang membacanya pada waktu siang dengan yakin dan meninggal siangnya juga sebelum malam, dia ahli syurga dan sesiapa yang membacanya pada waktu malam dengan yakin dan meninggal malamnya juga sebelum pagi, dia ahli syurga. 

Inilah bacaannya:
“Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan melainkan Engkau. Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu. Aku berada dalam janji untuk mentaatimu sejauh kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu daripada keburukkan yang pernah aku lakukan. Aku mengakui semua nikmat yang telah Engkau berikan dan aku mengakui semua dosa yang pernah aku kerjakan. Oleh itu, ampunilah semua dosaku kerana tidak ada yang boleh mengampuni dosa selain Engkau.” 

(ii) Doa memohon keampunan untuk kedua orang tua sama ada yang masih hidup atau telah meninggal dunia. 
“Ya Tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku dan rahmatilah keduanya sebagai mana keduanya merahmatiku di waktu kecil.”

(iii) Memohon keampunan untuk diri sendiri (baca 70 kali atau 100 kali)
“Aku memohon keampunan kepada Allah Yang Maha Agung dan aku bertaubat kepadaNya.” 

(6) Bacalah mana-mana zikir, tasbih dan selawat. 

(a) Tahlil

(i) Bacalah syahadatain (dua kalimat syahadah) sebanyak-banyaknya (untuk malam ini boleh dibaca umpamanya 100 atau 300 kali).  
Dua kalimat syahadah adalah kalimah yang sangat mulia. Ia sangat baik dibaca bila dan di manapun, lebih-lebih lagi pada malam Nisfu Sya’ban yang penuh berkat ini. Al-Allamah alMuhaddith Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki mengatakan: 
“Sewajarnya seorang muslim mengambil peluang pada waktu-waktu yang penuh keberkatan, di tempat-tempat yang ada kelebihan, khususnya bulan Sya’ban dan malam Nisfunya (malam Nisfu Sya’ban) dengan memperbanyak padanya menyibukkan diri membaca dua kalimah syahadah: “La Ilaha Illallah Muhammad Rasululullah.”

(ii) Bacalah bacaan ini 10 kali:
“Tiada Tuhan melainkan Allah sebelum adanya setiap sesuatu. Tiada Tuhan melainkan Allah setelah luput setiap sesuatu. Tiada Tuhan melainkan Allah, kekal Tuhan kami dan binasalah setiap sesuatu.”

(iii) Bacalah 100 kali (ia dibaca juga setiap hari sepanjang bulan Sya’ban):
“Tiada Tuhan melainkan Allah dan tidaklah kami beribadah kecuali kepadaNya. Kami mengikhlaskan diri dalam agama, walaupun dibenci oleh orang-orang kafir.”

(b) Selawat

(i) Bacalah selawat ini (atau mana-mana selawat) 100 kali:
“Ya Allah, berselawatlah ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad ( نبي محمد صلى الله عليه وسلم ) dan ke atas keluarga penghulu kami, Nabi Muhammad ( نبي محمد صلى الله عليه وسلم ) .”

(c) Tasbih

(i) Bacalah tasbih ini 100 kali:
“Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi.”

(ii) Baca juga tasbih ini 100 kali:
“Maha Suci Allah dan dengan segala kepujianNya, Maha Suci Allah Yang Maha Agung.”

(iii) Bacalah juga bacaan tasbih, tahmid, tahlil, takbir dan hauqalah ini 100 kali:
“Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah dan tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar (Agung), tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Agung.”

(7) Hidupkan malam ini dengan membaca Al-Qur’an.

(i) Baik juga membaca ayat 1 hingga ke-8, Surah Ad-Dukhan, sebanyak 30 kali
Keterangan:

Al-Allamah Asy-Syarji telah menyebutkan di dalam Fawa’idnya bahawa barang siapa membaca awal Surah Ad-Dukhan sehingga firman Allah Ta’ala: “… Al-Awwalin”, pada awal malam bulan Sya’ban sebanyak 15 kali sehingga malam ke 15 (malam Nisfu Sya’ban), kemudian membaca 30 kali (pada malam Nisfu Sya’ban itu), kemudian berzikir, berselawat dan berdoa apa yang dihajatinya, InsyaAllah akan cepat diperkenankan hajatnya oleh Allah Ta’ala25 .

(8) Mendirikan sembahyang-sembahyang sunat terutama sekali sembahyang sunat Tasbih 

(9) Bacaan ketika sujud dalam solat malam (terutamanya solat Tahajjud) semasa qiyamullail (juga pada malam lain di bulan Sya’ban)

25 Lihat Tuhfah al-Awthon wa al-Ikhwan, Al-Arif billah, Syaikh Ahmad bin Muhammad Sa’id al-Linggi, ms. 82)

“Aku berlindung dengan keampunan-Mu dari balasan siksa-Mu dan aku berlindung dengan keredhaan-Mu dari kemurkaan-Mu dan aku berlindung dengan-Mu (dari kejahatan yang datang) dari-Mu kepada-Mu. Tidaklah mampu aku memuji-Mu seperti mana Engkau memuji Zat-Mu sendiri.”

(10) Lakukanlah apa sahaja kebaikan dan hasanat yang boleh mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala.

والله أعلم بالصواب وإليه المرجع والمآب

Disusun oleh: Al-Faqir ilallahil Qadir, Ustaz Muhadir bin Haji Joll, Ghafarallaahu lahuu wa li masyaayikhihii wa liwaalidaih 14 Sya’ban 1438H/ 11 Mei 2017M Selangor Darul Ehsan.

26 Riwayat Ibnu Majah

RUJUKAN:

1) Amalan Pelbagai Shalat Sunat: Amalan Bulan Rejab dan Sya’ban (Bahagian Ketiga), Syaikh Haji Wan Mohd. Shaghir Abdullah, Kuala Lumpur: Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara & Khazanah Fathaniyah, 1425H/2004M, (ms. 18-19).

2) Bada’i az-Zuhur (Segugus Bunga Nan Indah), Al-Alim al-Allamah az-Zaki, Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani, dikumpul oleh Syaikh Haji Wan Mohd. Shaghir Abdullah, Kuala Lumpur: Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara & Khazanah Fathaniyah, 1997M, Jilid Kedua, (ms. 67-71).

3) Doa Malam Nisfu Sya’aban, Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki al-Hasani, terjemahan Al-Musnid Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al-Maliki, Negeri Sembilan: Sofa Production, Cetakan Kedua, 1429H/2008M, (ms. 21-78).

4) Fazilat Bulan Rejab Sya’ban Ramadzan, Budiman Radzi, Alor Setar, tanpa penerbit, 1408H/ 1988M, (ms. 16-21).

5) Himpunan Doa dan Wirid Istimewa, Dr. Muhamed Hussein, Jakarta: Pustaka Dundia Pustaka Jaya, Cetakan Ketujuh 1982, (ms. 55-59).

6) Majmu’ah Musammah bi Tuhfah al-Awthon wa al-Ikhwan fi Zikr Badh al-Azkar wa al-Awrad wa al-Ad’iyah allati tata’allaqu bi al-Awqat wa al-Azman (Jawi), Al-Arif billah, Syaikh Ahmad bin Muhammad Sa’id bin Jamaluddin al-Linggi al-Malayuwi, Cetakan Kedua dengan kebenaran Kerajaan Negeri Sembilan (N.S.1135/49), (ms. 77- 82).

Tiada ulasan: