Selasa, 1 Mei 2018

Usah gadai ilmu dengan tajuk berita yang diberi. 7414.

1/05/18
Presiden Pas menang kes fitnah Editor Serawak Report. 

SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memenangi semua permohonan interlokutori dalam kes saman fitnahnya terhadap Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown, kata Peguam mewakili Pas, Wan Rohimi Wan Daud.

Menerusi catatan di Facebooknya, Wan Rohimi Wan Daud kini berada di United Kingdom untuk mengikuti kes berkenaan di Mahkamah Tinggi London, hari ini.
"TGHH (Tok Guru Haji Hadi) menang semua lima permohonan interlokutori! Sarawak Report diperintah membayar keseluruhan kos 28,900 pound (RM155,791)," katanya lewat malam tadi.

Abdul Hadi sebelum ini, memfailkan saman fitnah terhadap Brown di Mahkamah Tinggi London pada 21 April tahun lalu.

Ia berkaitan laporan Sarawak Report pada 6 Ogos 2016 yang mendakwa Presiden PAS itu menerima dana RM90 juta sebagai usaha menarik sokongan parti itu menyokong BN dan Umno.- Sinar Harian

share: 
Batu vs Kayu: Presiden Pas menang kes fitnah Editor Serawak Report

Sehingga kini Hadi telah membayar RM1.6 juta untuk kesnya terhadap Sarawak Report.

Sarawak Report: Mahkamah London tetap bicara penuh 1-12 April 2019
MALAYSIA DATELINE

Mahkamah Tinggi London semalam menetapkan 1 hingga 12 April 2019 bagi perbicaraan penuh saman Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap Sarawak Report.

Mahkamah semalam menolak permohonan dalam permohonan (Interlokutori) dari Sarawak Report (SR) untuk mengenepikan saman itu dengan menetapkan perbicaraan penuh.

(Permohonan interlokutori dibuat untuk meringkaskan perbicaraan apabila sesuatu pihak yakin dengan kes itu. Namun hakim jarang membenarkannya untuk mempastikan keadilan terjamin dengan perbicaraan penuh)

Ekoran itu, mahkamah memerintahkan Sarawak Report membayar kos sebanyak RM156,000 (£28,900) selepas menolak permohonan itu.

Dengan arahan ini, sehingga kini SR telah membayar kos sebanyak RM1.078 juta (£200,000).

Peguam Carter Rock pula memberitahu mahkamah, sehingga kini Abdul Hadi telah membayar RM1.646 juta (£305,250) sebelum perbicaraan bermula.

Hakim Dingemans berkata, terlalu banyak isu yang berkaitan dan bertindih dalam kes ini yang memerlukan perbicaraan penuh.

Antaranya isu kepentingan awam berkaitan dengan laporan SR, hak untuk melaporkan isu politik yang menentukan samada Abdul Hadi berhak atau tidak menyaman SR.

Di England, sebuah parti politik tidak boleh menyaman.

Ekoran itu SR telah membuat petisyen bagi momohon satu perbicaraan awal untuk menentukan apakah Abdul Hadi atau Pas sebagai sebuah parti politik yang cuba menutup mulut SR dari melaporkan pengaliran wang dari Umno kepada parti politik lain.

Ia bertujuan untuk menjimatkan kos perbicaraan yang akan melibatkan beberapa juta ringgit kerana kos saman sivil di England sangat mahal.

Namun Hadi membantahnya dan hakim pula bersetuju bahawa tuntutan balas SR atas gangguan yang dibuat oleh Pas juga rumit untuk dibicarakan dengan cepat.

Antaranya termasuklah permohonan SR untuk menyekat pihak yang berkaitan dengan Hadi dari mengugut saksi di Malaysia.

Ekoran itu, mahkamah telah menetapkan perbicaraan penuh untuk kes ini April tahun 2019, iaitu setahun dari sekarang dan memerintah SR membayar kos permohonan interlokotori itu.

Peguam SR telah memaklumkan, antara bahan bukti yang akan dikemukakan ke mahkamah adalah audio yang dikatakan suara Nik Mohamad Abduh yang mengaku pemimpin Pas termasuk beliau dan Hadi telah menerima duit dari Umno.

Audio itu kini sedang dalam proses akhir untuk ditentukan kesahihannya.

Pas telah mengambil Carter Ruck’s, antara syarikat guaman yang termahal di London untuk mewakili Hadi dalam tindakan saman ini.

share: 
KERENGGA: Sehingga kini Hadi telah membayar RM1.6 juta untuk kesnya terhadap Sarawak Report.
.
Berita asal dari Free Malaysia Today.

Mahkamah UK arah Rewcastle-Brown bayar kos £28,900 kepada Hadi
FMT Reporters | May 1, 2018

Seorang peguam PAS berkata, perbicaraan penuh belum bermula dan tiada keputusan jika saman fitnah itu akan dibenarkan.
PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi di London mengarahkan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown membayar kos perundangan £28,900 (RM156,000) kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, malam ini. 

“Kita semua bersyukur dengan berita dari London. Apapun, di peringkat ini kita tunggu pengesahan dan info lanjut dari peguam kita di sana. Setakat yang saya faham perbicaraan penuh belum bermula dan belum ada keputusan akhir saman dan tuntutan kita dibenarkan atau tidak. 


“Untuk permohonan interlokutori, betul kesemuanya (5) dibenarkan oleh mahkamah dengan kos,” kata seorang peguam PAS yang menjelaskan keputusan mahkamah hari ini. 

Hadi memfaikan saman fitnah terhadap Rewcastle-Brown tahun lalu berhubung satu artikel yang diterbit laman web itu mendakwa PAS menerima RM90 juta dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

ref: 
Mahkamah UK arah Rewcastle-Brown bayar kos £28,900 kepada Hadi | Free Malaysia Today
Peguam PAS Wan Rohimi Wan-Daud
Tuesday, 1 May 2018
Kisah Sebenar Sebalik Kes Saman Fitnah Sarawak Report

Mahkamah Tinggi di London menolak permohonan Clare Rewcastle-Brown untuk membatalkan saman fitnah difailkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang antara lain atas alasan menakut-nakutkan saksi.

Peguam PAS, Wan Rohimi Wan Daud dalam catatan di Facebooknya berkata, mahkamah turut mengarahkan editor Sarawak Report (SR) itu membayar kos £28,900 (RM156,000) kepada plaintif, Hadi.

“TGHH (Tok Guru Haji Hadi) menang semua 5 permohonan interlokutori! Sarawak Report diperintah membayar keseluruhan kos £28,900,” katanya.

Sementara itu, setiausaha politik Hadi, Ahmad Samsuri Mokhtar menyambut baik berita itu dan berkata, PAS akan mengeluarkan satu kenyataan hari ini.

SR berkata, hakim buat sementara waktu menetapkan perbicaraan selama 12 hari mulai April tahun depan.

Katanya, hakim berpendapat ada banyak masalah bertindih dan saling berkaitan yang perlu ditentukan, termasuk sama ada Hadi mempunyai alasan untuk membawa kes itu pada mulanya.

SR memfailkan permohonan pembatalan saman fitnah itu disebabkan perbicaraan libel berkos tinggi di UK.

Sehingga kini, katanya, ia mengeluarkan £200,000 (RM1,079,542) untuk perbelanjaan pra-perbicaraan, manakala Hadi pula sudah membayar £305,250 (RM1,647,651). - free malaysia today

.

Tiada ulasan: