Jumaat, 4 Mei 2018

Berita Pro BN. 7444.

Sudah 60 tahun lebih Allah kabulkan untuk dapat amanah mentadbir Kerajaan Malaysia. Ya Allah berilah peluang kepada kami Rakyat Malaysia berganti parti untuk menerajui Kerajaan Malaysia. Rugi sebab isu Islam, isu Bangsa, isu Raja dan aib, diulang siar sejak puluhan tahun dahulu. Aamiin.

Najib: Peneroka Felda rugi, jika pembangkang batal kontrak China
Bernama | March 25, 2018

Perdana menteri berkata, peneroka Felda terjejas jika pembangkang menang PRU14 dan membatalkan perjanjian dengan negara pengimport minyak sawit.
KUANTAN: Peneroka Felda di negara ini bakal berdepan masalah memasarkan hasil minyak sawit dan meninggalkan kesan kepada ekonomi negara, jika pembangkang menang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, ini kerana pembangkang akan membatalkan segala kontrak perjanjian dengan China, sekiranya parti itu menang pada PRU14.

“Kerajaan mengamalkan dasar hubungan baik dengan kuasa-kuasa ekonomi besar dunia, termasuk China dan India serta negara lain kerana mereka akan membeli minyak kelapa sawit yang dikeluarkan peneroka Felda di negara ini.

“Cuba bayangkan kalau mereka batalkan perjanjian itu, hubungan antara negara akan menjadi keruh…kalau keruh, minyak sawit ini tidak laku dan tidak boleh jual. Yang susah bukan mereka (pembangkang), tetapi peneroka Felda sendiri.

“Jangan jadi macam Selangor, pemimpin mereka dapat undi, tetapi rakyat dapat baldi kerana kegagalan kerajaannya menguruskan soal air,” kata Najib ketika berucap di majlis ramah mesra di Parlimen Paya Besar di Felda Lepar Hilir 1, malam tadi.

Turut hadir di majlis itu Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan pemangku Ketua Umno Bahagian Paya Besar, Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah.

Mengikut rekod, selain India dan Kesatuan Eropah, China merupakan antara negara terbesar yang membeli minyak sawit Malaysia.

Sehubungan itu, beliau meminta peneroka Felda yang menjadi penyokong kuat kerajaan BN selama ini membuat pilihan tepat pada PRU14.

Menurutnya, hasil hubungan diplomatik erat kerajaan dengan negara asing, termasuk Arab Saudi dan China membuka banyak ruang ekonomi dan faedah untuk rakyat, termasuk menerusi (eksport) hasil pertanian dan tambahan kuota haji.

Dalam pada itu, Najib turut menzahirkan komitmen untuk terus menjalankan agenda pembangunan di kawasan luar bandar.

“Sesetengah tempat lain, kehidupan mereka lebih mewah daripada sini. Ada tempat itu mereka mendapat segala kemudahan, tetapi tidak sekuat mana menyokong kerajaan BN, tetapi tempat seperti ini (Paya Besar) tetap kuat menyokong kita.

“Sebab itu kerajaan tidak akan lupakan agenda pembangunan di luar bandar supaya mereka seiring pembangunan di bandar, namun agenda di bandar tetap perlu diteruskan kerana kita perlu mengembangkan ekonomi.

“Apabila ekonomi berkembang, hasil negara akan bertambah dan kita dapat mengagihkannya ke luar bandar,” katanya.

ref: 
Najib: Peneroka Felda rugi, jika pembangkang batal kontrak China | Free Malaysia Today

BERITA  | MALAYSIA
Hasrat pembangkang batalkan perjanjian dengan China risiko ekonomi negara.
Diterbitkan pada Mac 24, 2018 23:55 MYT
Facebook  Twitter  Email  Google  whatsapp icon
Hasrat pembangkang batalkan perjanjian dengan China risiko ekonomi negara. 
Najib bersama Adnan mengaminkan doa ketika bacaan tahlil untuk 
Allahyarham Anggota Parlimen Paya Besar Datuk Seri Abdul Manan Ismail dan 
ADUN Leper Datuk Mohd Shohaimi Jusoh pada majlis Ramah Mesra Parlimen Paya Besar malam ini. --fotoBERNAMA

KUANTAN: Peneroka Felda di negara ini bakal berhadapan dengan masalah untuk memasarkan hasil minyak sawit sekaligus meninggalkan kesan kepada ekonomi negara jika pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata ini kerana mereka (pembangkang) menyatakan akan membatalkan segala kontrak perjanjian dengan negara China sekiranya parti itu menang pada PRU itu.

"Kerajaan mengamalkan dasar hubungan baik dengan kuasa-kuasa ekonomi besar dunia termasuk China dan India serta negara-negara lain kerana mereka akan membeli minyak kelapa sawit yang dikeluarkan oleh peneroka Felda di negara ini.

"Cuba bayangkan kalau mereka batalkan perjanjian itu, hubungan antara dua negara akan menjadi keruh... kalau keruh minyak sawit ini tidak laku dan tidak boleh jual, yang susah bukan mereka (pembangkang), tetapi peneroka Felda sendiri.

"Jangan jadi macam Selangor, pemimpin mereka dapat undi, tetapi rakyat dapat baldi kerana kegagalan kerajaannya untuk menguruskan soal air," kata Najib ketika berucap di Majlis Ramah Mesra di Parlimen Paya Besar di Felda Lepar Hilir 1 di sini malam ini.

Turut hadir di majlis itu Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pemangku Ketua UMNO Bahagian Paya Besar Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah.

Mengikut rekod, selain India dan Kesatuan Eropah, China merupakan antara negara terbesar yang membeli minyak sawit dari Malaysia.

Sehubungan itu beliau meminta supaya peneroka Felda yang menjadi penyokong kuat kerajaan BN selama ini membuat pilihan yang tepat pada PRU14.

Menurutnya hasil hubungan diplomatik yang erat kerajaan dengan negara-negara termasuk Arab Saudi dan China ini telah membuka banyak ruang ekonomi dan faedah untuk rakyat termasuk menerusi (eksport) hasil pertanian dan (peruntukan) tambahan kuota haji.

Dalam pada itu, Najib turut menzahirkan komitmen untuk terus menjalankan agenda pembangunan di kawasan luar bandar.

Beliau berkata, “Sesetengah tempat lain kehidupan mereka lebih mewah dari sini, ada tempat itu mereka mendapat segala kemudahan tetapi tidak sekuat mana menyokong kerajaan BN, tetapi tempat seperti ini (Paya Besar) tetap kuat menyokong kita.

“Sebab itu kerajaan tidak akan lupakan agenda pembangunan di luar bandar supaya mereka seiring dengan pembangunan di bandar, namun agenda di bandar tetap perlu diteruskan kerana kita perlu untuk mengembangkan ekonomi.

“Apabila ekonomi berkembang, hasil negara akan bertambah dan kita dapat mengagihkannya ke luar bandar,” katanya. -- BERNAMA

ref: 
Hasrat pembangkang batalkan perjanjian dengan China risiko ekonomi negara | Astro Awani

Saturday, April 04, 2015
TERKINI TENTANG DS NAJIB RAZAK & TUN DR MAHATHIR !
1. Beberapa hari ini kita bukan sahaja membincangkan perlaksanaan GST tetapi politik negara juga panas dengan artikel Tun Dr Mahathir Mohamad.

2. Isu yang ditulis oleh mantan Perdana Menteri kita ini bukan sahaja panas tetapi mendatangkan pelbagai reaksi sama ada di dalam Barisan Nasional, lebih-lebih lagi Pakatan Pembangkang.

3. Yang malunya ialah artikel Tun Dr Mahathir ini paling banyak diputar dan digunapakai oleh portal-portal pro-pembangkang dan pemimpin-pemimpin Pembangkang.

4. Mereka mungkin sengaja buat bodoh bahawa merekalah yang sebelum ini memaki hamun dan cuba menjatuhkan maruah Tun Dr Mahathir dengan pelbagai tohmahan keji dan gelaran buruk seperti MahaFiraun dan sebagainya.

5. Mereka inilah yang juga cuba menafikan segala teguran dan pendedahan Tun M tentang salah laku Anwar Ibrahim atau pun ketidakmampuan serta kesongsangan Pembangkang.

6. Tujuan mereka satu sahaja iaitu supaya rakyat tidak percaya dengan kenyataan Tun M itu.

7. Tetapi sekarang, pihak yang sama dengan tanpa malunya merujuk kepada kenyataan individu yang mereka tidak percaya itu. Seperti kahak hijau sendiri dijilat balik oleh Pembangkang. Shame.

8. Berbalik kepada artikel Tun Dr Mahathir. Persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh beliau adalah isu-isu semasa yang sudah melalui saluran-saluran sah dan pihak-pihak yang berwajib. Sama ada ianya institusi kehakiman mahu pun agensi perakaunan yang diiktiraf.

9. Kita tahu kronologi kepada isu-isu yang dipersoalkan oleh Tun M sama ada Sirul, Al-Tantuya atau pun 1MDB.

10. Dan persoalan-persoalan yang dikemukakan Tun M sudah ada jawapannya dan DS Najib Razak sendiri turut telah menjawab. Mungkin cuma perlu diperjelaskan kepada mantan Perdana Menteri atas inisiatif kita menghormati beliau.

11. Tetapi dalam masa yang sama, berlaku juga putar belit, fitnah, spin Pembangkang dan media-media pro-pembangkang yang sengaja mahu merosakkan pemahaman kita tentang isu-isu ini. Lebih teruk lagi apabila Pembangkang sudah tidak peduli lagi dengan dosa memfitnah dan berterusan memain-mainkan pembohongan mereka.

12. Kita juga tidak mahu pihak lain terutamanya Pakatan Pembangkang memperalatkan isu ini untuk mengalih perhatian rakyat  daripada segala kelemahan, ketidakmampuan dan pergaduhan yang sangat teruk dan memalukan kesemua pemimpin Pakatan Pembangkang. Harap Tun Dr Mahathir faham.

Inilah harapan MiM.

ref: 
Dr MiM: TERKINI TENTANG DS NAJIB RAZAK & TUN DR MAHATHIR !

10 TAHUN RAKYAT PULAU PINANG RUGI. 
14:41  PRU14, Zainal  No comments

MEMASUKI separuh masa kedua kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), parti politik bertanding sudah semestinya mendapat gambaran awal berhubung kecenderungan pengundi.

Pengamatan tersebut lebih kritikal bagi UMNO Pulau Pinang selaku pembangkang dalam merampas semula negeri itu daripada DAP.
Beban lebih besar digalas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, DATUK SERI ZAINAL ABIDIN OSMAN memandangkan hanya parti itu yang berjaya memenangi kerusi di negeri ini pada pilihan raya umum lalu. 

Dalam wawancara bersama wartawan Utusan Malaysia, MOHD. KHUZAIRI ISMAIL, beliau turut merumuskan pandangannya berhubung 10 tahun 
negeri ini di bawah pentadbiran DAP.

UTUSAN MALAYSIA: Selepas enam hari tempoh kempen, bagaimanakah Datuk Seri melihat situasi di negeri ini?

ZAINAL ABIDIN: ADA beberapa perkembangan menarik yang dapat saya perhatikan sepanjang tempoh berkempen setakat ini, antaranya yang paling ketara adalah ‘tsunami Cina’ yang semakin reda. 

Jika kita lihat di kebanyakan kawasan di negeri ini, pengundi Cina tidak seghairah atau begitu teruja dengan kempen pembangkang seperti pada dua pilihan raya umum lalu. 

Paling ketara adalah pada malam kelmarin iaitu ketika ceramah mega DAP yang dihadiri pemimpin utama pembangkang di padang sekolah Han Chiang, Georgetown. Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12), kira-kira 30,000 orang membanjiri padang itu yang menyaksikan DAP kemudiannya merampas negeri ini. 

Begitu juga pada PRU-13 yang mana kira-kira 20,000 orang mendengar ceramah mereka di tempat sama. Tetapi malam kelmarin, hanya antara 7,000 hingga 8,000 orang hadir dan ini pada saya menunjukkan DAP semakin hilang pengaruh ‘tsunami Cina’.

Pada pandangan Datuk Seri mengapakah situasi itu berlaku?

Masyarakat Cina sebenarnya melihat banyak kesilapan dan perkara yang dilakukan Kerajaan DAP Pulau Pinang yang tidak menyenangkan hati mereka. Antaranya dalam isu melibatkan pembangunan, kepadatan rumah yang tinggi, bukit yang ditarah, kesesakan, pencemaran alam sekitar, isu rasuah Ketua Menteri, terowong dan banyak lagi. 

Isu-isu ini membuatkan mereka memikirkan semula tentang sokongan terhadap DAP. Sekarang mengikut sentimen, kaum Cina yang sebelum ini berada bersama DAP mula kembali kepada kedudukan atas pagar. 

Sebab itu dalam beberapa hari akan datang iaitu sebelum hari mengundi, kita harap mereka dapat mengubah minda dan diyakinkan untuk bersama BN. 

Sebab selama 10 tahun sejak DAP merampas negeri ini, kaum Cina dan India tidak diwa­kili oleh pemimpin daripada Kerajaan Pusat dan keadaan ini adalah satu kerugian buat mereka.

Jika BN diberikan kerusi yang cukup dan kita boleh membentuk kerajaan negeri, sudah semesti­nya kita yakin kita dapat menjadi kerajaan yang jauh lebih baik dari­pada DAP ketika ini. 

Tetapi jika golo­ngan atas pagar belum beralih sepenuhnya kepada BN, tetapi memberi beberapa kerusi tambahan, kita juga boleh jadi pembangkang yang kuat di negeri ini.

Adakah keterlaluan untuk menyimpulkan masyarakat Cina di negeri ini mula kembali kepada BN?

Masyarakat Cina di negeri ini mereka agak berbeza dengan di tempat atau negeri lain. Mereka adalah kelompok pengundi yang menganalisis setiap perkara. Bukannya berdasarkan khabar angin atau sentimen semata-mata. 

Sebagai contoh pada 1969, sewaktu sokongan masyarakat Cina di seluruh negara bertambah kuat, tetapi masyarakat Cina di sini memilih Gerakan untuk menjadi kerajaan negeri. 

Tetapi dalam situasi berbeza, mereka juga pernah menolak orang paling berjasa di negeri ini iaitu Tun Dr. Lim Chong Eu yang pernah menjadi Ketua Menteri selama 21 tahun. 

Orang kedua paling berjasa dalam pembangunan negeri ini iaitu Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon juga pernah ditolak selepas menjadi Ketua Menteri selama 18 tahun. 

Saya melihat masyarakat Cina di negeri ini berani untuk menjadi berbeza dengan penduduk di negeri lain. Pada waktu DAP begitu kuat di seluruh negara, mereka memilih menyokong Gerakan. DAP misalnya pernah ada satu kerusi DUN sahaja di negeri ini. Tetapi sekarang mereka beri sehingga 30 kerusi kepada DAP dan sekutunya.

Bagaimanakah pula dengan prestasi UMNO negeri ini menje­lang PRU-14?

Bagi UMNO, kita yakin boleh menang sebahagian besar kerusi dan saya setakat ini juga berpuas hati dengan pergerakan jentera dan calon kita. Mereka bergerak secara tersusun dan tanpa masalah dan berjaya tangani lebih awal isu-isu yang mungkin timbul dan boleh mengganggu gerak kerja kita. 

Saya kira berbanding pilihan raya umum (PRU) dulu, PRU kali ini menunjukkan kita lebih susun dan terkawal sebab kita sudah rancang lama. Ini sebenarnya hanya kerja-kerja akhir (finishing touch) daripada usaha yang kita lakukan sejak beberapa tahun lalu. 

Kesungguhan jentera UMNO juga saya perhatikan luar biasa dan mereka berpegang kepada semangat yang mana apabila BN dan UMNO serta pemimpin mereka dilihat berada dalam keadaan tercabar, mereka akan bangkit mempertahankan parti dengan semangat kepartian dan kesukarelaan yang tinggi.

Mungkinkah ada ‘tsunami Melayu’ seperti didakwa pembangkang?

Memang ada yang bercakap tentang tsunami Melayu, tetapi tsunami itu kalau betul mahu terjadi akan menunjukkan tanda-tanda awal. Tetapi di Pulau Pinang, kita tidak melihat langsung adanya tanda-tanda itu. Keadaannya (sokongan orang Melayu) di sini sangat tenang, tidak ada gelora.

Ramai melihat Guan Eng lebih gemar berpolitik daripada menjadi Ketua Menteri. Apa panda­ngan Datuk Seri?

ZAINAL ABIDIN: Selama 10 tahun menjadi Ketua Menteri, saya melihat Guan Eng masih tidak dapat keluar daripada kepompong diri sebagai seorang pembangkang. Beliau tidak dapat meletak­kan diri atau berfikir sebagai Ke­tua Menteri. 

Sebab itu kita lihat segala pergerakan, kenyataan, perancangan dan kehidupannya lebih kepada politik. Ini mungkin kerana beliau dilatih sejak kecil sebagai pembangkang. Sebab itu apabila DAP menjadi kerajaan, Guan Eng tidak boleh tukar pendekatan sebagai pemimpin. Tindak-tanduk beliau juga tidak mencerminkan kewibawaan sebagai seorang Ketua Menteri.

Ini berbeza dengan negeri-negeri di bawah pentadbiran BN yang meletakkan agenda pembangunan, pembelaan serta kese­jahteraan rakyat sebagai perkara utama. Tetapi DAP meletakkan politik itu sebagai keutamaan yang mana bagi saya mereka tersilap meletakkan kepentingan. 

Pemimpin pembangkang terma­suk DAP sepanjang masa berpolitik sehingga perkara berkaitan rakyat bukan lagi menjadi keutamaan. Selepas 10 tahun, keada­an ini perlu diubah dan penduduk pun sudah penat melihat kelakuan politik mereka. Sebab itu penduduk negeri ini perlu bermula dengan sesuatu yang baharu iaitu memberi semula kepercayaan kepada BN untuk memerintah.

Selama 10 tahun di bawah pembangkang, apakah kerugian penduduk negeri ini yang ‘terpisah’ daripada Pusat?

ZAINAL ABIDIN: Kerugian utama adalah pembangunan tanah dan kelulusan pelan pembangunan. Sejak 10 tahun lalu, Kerajaan Pusat cuba sedaya upaya membangunkan rumah kos rendah, sederhana rendah dan mampu milik kerana memahami kesukaran penduduk memiliki kediaman sendiri. 

Sejak 2013 sehingga ke hari ini, kita sudah menghantar pelan untuk membina 10,000 unit rumah mampu milik itu kepada kerajaan negeri. Tetapi tiada satu pun pelan itu diluluskan.

Bidang kuasa kelulusan itu di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT) yang melalui Jawatankuasa Perancangan Negeri (SPC) yang diketuai Ketua Menteri. Tetapi pelan ini yang dikemukakan oleh tujuh agensi Kerajaan Pusat tidak diluluskan. 

Selain itu, sebanyak 30,000 unit sedang menunggu untuk dihantar bagi kelulusan perancangan kepada kerajaan negeri sebaik sahaja pelan awal diluluskan. Ini bermakna sekurang-kurangnya 40,000 unit rumah mampu milik boleh dibina untuk dimanfaatkan penduduk tetapi tidak diluluskan kerajaan negeri.

Isu pertukaran tanah pertanian juga antara yang menjadi kebimbangan, apakah pandangan Datuk Seri?

Perkara berkaitan kelulusan per­tukaran syarat tanah pertanian kepada tanah komersial juga menjadi kerugian besar kepada penduduk. Negeri ini ada banyak tanah pertanian seperti di Balik Pulau, Kepala Batas dan Nibong Tebal. 

Ini adalah tanah pertanian yang berada di kawasan luar bandar dan dimanfaatkan orang Melayu. Tetapi banyak tanah ini sudah ditukar syarat kepada ta­nah pembangunan komersial.

Ini pastinya satu kerugian kepada generasi masa depan sebab apabila semua tanah ini ditukar syarat, orang Melayu khususnya yang berada di luar bandar tidak lagi mempunyai kawasan untuk pertanian. 

Keadaan ini berlaku kerana kuasa kelulusan terletak pada kerajaan negeri. Kerugian rakyat juga adalah apabila banyak caj diperkenalkan dan dinaikkan kerajaan negeri seperti surcaj dan tarif air, caj tempat letak kereta dan kutipan tol yang masih dite­ruskan meskipun dijanjikan untuk dihapuskan. 

Selain itu ada juga caj yang dikenakan kepada pemaju. Ini adalah antara sebab mengapa harga rumah di negeri ini menjadi tinggi kerana pemaju memindahkan caj itu kepada pembeli.

Adakah bumiputera mendapat pembelaan sewajarnya?

Perkara bersangkutan dengan ekonomi luar bandar, bantuan usa­hawan atau agenda bumipu­tera tidak dilaksanakan sama ada secara langsung dan tidak langsung. 

Perkara ini terpaksa diambil alih oleh agensi kerajaan tetapi menerusi skop yang sangat kecil. Jika di bawah Kerajaan Pusat, pembangunan bumiputera menjadi agenda utama. Tetapi sekarang tidak ada agenda bumiputera di bawah Kerajaan DAP Pulau Pinang dan ini adalah kerugian kepada rakyat khususnya orang Melayu.

Adakah ini juga punca mengapa semakin banyak kampung Melayu hilang?

Di bawah BN, kita merancang supaya kira-kira 60 kampung tradisi Melayu yang terletak di tanah rizab dan tanah swasta di negeri ini dipertahankan. 

Keba­nyakan kampung ini dibuka atau menumpang di atas tanah milik pihak lain dan pada bila-bila masa akan dipindahkan apabila tuan tanah mendapat perintah mahkamah. 

Malangnya kerajaan negeri tidak bersungguh-sungguh mahu mempertahankan kampung tradisi dan warisan Melayu ini. BN pula berdepan kekangan kerana kerajaan negeri ini tidak sealiran dengan Kerajaan Pusat, meskipun kita ada perancangan untuk menyusun semula kampung-kampung Melayu ini untuk dibangunkan dan dipindahkan dalam menjaga kepentingan penduduk. 

Setakat apa yang kita termampu hanyalah sumbangan sekali bayar (one-off) untuk dana pembangunan. Tetapi kita tidak mampu menggunakan kaedah sebegini untuk menyelamatkan semua kampung warisan di negeri ini. Sebab itu kita perlukan pendekatan holistik untuk menyelamatkan kampung-kampung ini yang hanya boleh dilakukan sekiranya BN menjadi kerajaan negeri.

Sumber - Utusan Online

ref: 
10 Tahun Rakyat Pulau Pinang Rugi ~ PENANG ONLINE

(.)

Tiada ulasan: