Jumaat, 4 Mei 2018

Pendatang rosakan nama baik orang Rembau. 7243.

PERANG NANING (1831-1832): Benarkah Orang Rembau Pembelot? 
Posted by kelab melayu negeri sembilan on October 31, 2010 at 3:58 PM

Perang Naning telah meletus antara tahun 1831 hingga 1832 di antara Angkatan Naning dan tentera Kompeni Inggeris. Ia telah tercetus sebanyak dua kali. Kali pertama ianya telah dimenangi oleh Angkatan Naning yang di bantu oleh Yamtuan Muda Rembau, Raja Ali dan menantunya Sayyid Shaaban.

Namun peperangan kali kedua, Angkatan Naning telah ditewaskan oleh Kompeni inggeris dan Angkatan Naning yang di ketuai oleh Pemerintah Naning bernama Penghulu Abd Said atau Dholl Said telah berundur ke Seri Menanti di mana akhirnya beliau menyerahkan diri kepada Kompeni Inggeris.

Tercatat dalam banyak buku sejarah bahawa kekalahan Angkatan Naning berpunca akibat pembelotan orang-orang Rembau dan yang mendukacitakan Angkatan Naning mungkin akan dapat menewaskan Kompeni Inggeris buat kali kedua jika Sayyid Shaaban iaitu menantu kepada Yam Tuan Muda Rembau tidak memberitahu Kompeni Inggeris rahsia pertahanan Angkatan Naning.

Persoalannya benarkah orang Rembau adalah pengkhianat kepada bangsa sendiri sehingga tercetus kata nista yang ditujukan kepada orang Rembau “Rambau seRambaunya, Pakung seadonya”.......

Bagi memahami persoalan ini, beberapa kisah sejarah perlu difahami dan mungkin setelah menelusuri lembaran-lembaran sejarah ini kita mungkin memahami mengapa dan kenapa mengenai sejarah Perang Naning.
Ilustrasi Dholl Said bersama pembesarnya. 

Naning dan Inggeris

Naning adalah sebuah mukim atau daerah yang dibuka oleh orang Minangkabau dalam kurun ke 15. Dikisahkan orang-orang Minangkabau yang mudik ke Sungai Linggi telah pergi membuka kawasan Naning , bernikah kahwin dengan penduduk asli di sana dan akhirnya wujudlah sebuah “nagari” yang di namakan Naning. Naning juga adalah antara “nagari” terawal yang menjadi anggota gabungan “Nagari Sembilan” yang  bermuafakat untuk menjemput Raja dari Pagar Ruyong, Sumatera bagi menjadi Raja kepada “Nagari Sembilan”.

Sewaktu zaman Kesultanan Melayu Melaka, Naning adalah kawasan naungan Kerajaan Melaka. Setelah Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511, Naning bersama nagari-nagari lain telah turut “bertali ke Johor” dan memperakui kedaulatan dan kekuasaan Sultan Johor ke atas Naning. 

Namun setelah Melaka jatuh ke tangan Belanda pada 1641, Naning telah berbaik-baik dengan pihak Belanda dan sebagai tanda persahabatan Penghulu Naning telah bersetuju menyerahkan satu persepuluh dari hasil padi dan tanaman di kawasan Naning kepada Belanda di Melaka. Ini dibuat memandangkan kekuasaan Sultan Johor yang kian lemah. Sebagai balasan kepada pemberian Naning ini, Belanda telah mengiktirafkan Naning sebuah negeri yang bebas dan mempunyai pemerintahnya sendiri.

Ketika tentera Napoleon menakluki Eropah, Kompeni Hindia Timor Inggeris telah mengambil alih pentadbiran Melaka dari Belanda buat sementara waktu bagi membolehkan Belanda fokus kepada peperangan melawan tentera Napoleon. Pada masa itu Naning diperintah oleh Penghulu Abd Said atau dikenli sebagai Dholl Said yang mengambil alih jawatan Penghulu dari Penghulu Anjak. 

Sejarah awal tentang perhubungan antara Naning dan Inggeris boleh dilihat melalui termeterainya Perjanjian Naning pada tanggal 16-7-1801. 

Perjanjian sebanyak 12 Bab ini di tandatangani oleh Lt. Col. Aldwell Taylor bagi pihak Kompeni Inggeris dan Dholl Said bersama Dato’- Dato’ Lembaganya bagi pihak Naning.

Di sinilah titik tolak bermulanya persengketaan antara Inggeris dan Naning. Dholl Said dan Dato’-Dato’ Lembaganya telah gagal membaca muslihat Inggeris dalam usaha Inggeris untuk mengawal Naning. 

Dholl Said dan Dato’-Dato’ Lembaganya memikirkan bahawa Inggeris hanya meneruskan hubungan seperti Belanda dan Naning yang terdahulu tetapi jelas dalam Bab 1 Perjanjian itu tercatat:-

“Captain tersebut atau Penghulu atau Menteri-Menteri dan Dato’-Dato’ Lembaga berjanji dan bersumpah dalam Naning dan bagi pihak kesemua kaum Nning supaya taat dan jujur kepada Yang Berhormat Gabenor dalam majlis Mesyuarat, Fort St George dan begitu juga kepada Gabenor dan Pemerintah, Pekan dan Kota ini dan segala pemerintah –pemerintah yang ada sekarang atau dilantik oleh mereka dan lagi akan menumpukan taat setianya dalam segala perkara kepada Pihak Yang Berkuasa British sebagimana yang termesti dihantar dengan sedikit pun tidak boleh cuba membantah atu melawan Gabenor tersebut sama ada secara lngsung atau tidak langsung dan Bab-bab yang berikut hendaklah dipatuhi dan lain-lain Perjanjian yang telah diluluskan dengan negara lain yang menyentuh Brittish hendaklah di batalkan”

Manakala Bab 2 Perjanjian tersebut dinyatakan:-

“Jika ada sesiapa di Naning, anak-anak Minangkabau dan anak Melayu melanggar kehendak-kehendak Perjanjian ini atau pun tidak taat setia kepada Gabenor atau pegawainya, Penghulu dan Data’ Lembaga dengan perintah Gabenor hendaklah orang itu menyerahkan untuk dihukum sebagaimana sepatutnya”

Manakala Bab 3 Perjanjian tersebut turut menyatakan Penghulu, Dato-Dato Lembaga dan semua rakyat Naning hendaklah menyerahkan satu persepuluh daripada keluaran hasil padi dan hasil buah-buahan mereka kepada East India Company. (Kompeni Inggeris)

Perjanjian ini tidak disebutkan tempoh masa. Jelas dari terma Perjanjian ini bahawa ini adalah Perjanjian taat setia Naning kepada Inggeris. Inilah kesilapan Dholl Said kerana tidak memahami Perjanjian dan muslihat Inggeris walaupun pada masa itu tiada pihak yang memaksa beliau dan Dato’-Dato’ Lembaganya untuk menandatangani Perjanjian tersebut. Melalui Perjanjian ini dan kesilapan yang dilakukan oleh Dholl Said dan Dato’-Dato’ Lembaganya, keseluruhan Naning telah terikat di bawah kekuasaan dengan percaturan pihak Inggeris.

Setelah Perjanjian Inggeris -Belanda 1824, Inggeris telah mengambil alih kuasa ke atas Melaka secara mutlak. Bermula dari tahun tersebut Dholl Said mula merasa bahang dari Perjanjian tersebut. 

Dholl Said merasakan kuasanya sebagai pemerintah telah dibataskan hingga menyelesikan kes bunuh di nagari sendiri hendaklah dirujuk kepada Inggeris. Inggeris terus menerus berpegang kepada Perjanjian Naning 1801 termasuk menuntut satu persepuluh dari hasil tanaman kawasan Naning. Akhirnya Dholl Said bertindak melanggar Perjanjian tersebut.

Inggeris menggunakan alasan pelanggaran Perjanjian tersebut untuk mensabitkan Dholl Said sebagai penderhaka kepada Kerajaan inggeris. Inggeris pada 6-8-1831 telah menghantar 150 orang askar sepoi yang diketuai oleh Kapten Wylie untuk menangkap Dholl Said. Maka dengan itu tercetuslah Perang Naning yang pertama.

Yam Tuan Muda Rembau dan Sayyid Shaaban bin Sayyid ibrahim al Qadri. 

Pada asalnya tidak ada jawatan bergelar Yam Tuan Muda di Rembau. Rembau adalah sebuah nagari yang diperintah oleh Undang dari Suku Biduanda Jawa dan Suku Biduanda Jakun bergilir-gilir. 

Namun pada tahun 1795 Undang Rembau ke 10 dari Suku Biduanda Jawa, Dato Pekak telah terpecat angkara Ketua Waris Suku Biduanda Jakun bernama Kusil. Kusil kemudiannya mengisytiharkan diri beliau sendiri sebagai Undang Rembau ke 11. 

Cara beliau memecat Dato Pekak dan mengisytiharkan diri sebagai Dato Undang adalah tidak mengikut peraturan dan mendapat bantahan dari waris yang lain. 

Dato Kusil kemudiannya telah menabalkan seorang anak raja bernama Raja Asil bin Raja Adil selaku Yam Tuan Muda Rembau bagi mengukuhkan kedudukannya di Rembau. Sejak itu wujudlah jawatan yang digelar Yam Tuan Muda di Rembau.

Pada tahun 1812, Rembau diperintah oleh Dato Undang Bogok dari suku Biduanda Jawa. Pada masa itu Yam Tuan Muda Riau Raja Haji bin Daeng Celak telah datang ke Rembau dan akhirnya melarikan anak gadis Dato Undang Bogok. 

Dato Undang Bogok naik mrh dan memerangi Raja Haji dengan di bantu oleh Raja Ali dan Jeragan Abd Rahman iaitu Dato Muda Linggi ketika itu. Yam Tuan Muda Rembau menyebelahi Raja Haji. Dalam peperangn Rembau dan Raja Haji, Rembau telah menang dan Raja Asil telah melarikan diri ke Melaka untuk perlindungan. 

Jawatan Yam Tuan Muda Rembau yang ditinggalkan oleh Raja Asil di berikan kepada Raja Ali seorang keturunan Bugis yang cukup bijak mengambil peluang (opportunist). Kedudukan Raja Ali ini diperkuatkan dengan kehadirian menantunya Sayyid Shaaban Sayyid Ibrahim Al Qadri yang berketurunan Arab. Sayyid Shaaban mudah mendapat pengaruh kerana berketurunan Sayyid yang mana orang ramai menyangka beliau dari keturunan Nabi.

Di sini jelas dapat dilihat bahawa Yam Tuan Muda Rembau bukanlah disandang dari waris dan suku pemerintah Rembau tetapi oleh orang mendatang yang mendapat peluang dari kekemelutan kuasa di Rembau. 

Namun Raja Haji dan menantunya Sayyid Shaaban bijak mempengaruhi orang Rembau dan memperluaskan pengaruhnya di Rembau seolah-olah beliau adalah pemerintah di Rembau.Ini jelas dilihat dari permeteraian Triti Rumbowe (Rembau) pada 5-6-1819 dengan pihak Belanda yang mengiktiraf Raja Ali sebagai pemerintah Rembau.

Dholl Said juga turut melakukan kesilapan meminta pertolongan Raja Ali ketika Perang Naning kerana Raja Ali adalah seorang opportunis. Apabila Inggeris menghidu karektor opprtunis ini, setelah tewas dalam Perang Naning pertama, Inggeris telah berbaik dengan Raja Ali dan ini jelas dapat dilihat melalui Triti Persahabatan Rumbowe (Rembau) pada 30-11-1831 antara Inggeris dan Raja Ali.

Dalam Perang Naning pertama Raja Ali melalui menantunya Sayyid Syaaban telah memberi bantuan kepd Dholl Said dan membantu Dholl Said memenangi peperangan pertama tersebut. Tetapi dalam peperangan kali kedua Raja Ali yng berketurunan Bugis ini telah membelakangi Dholl Said dan yng lebih mendukacitakan Sayyid Shaaban telah memberitahu kepada Inggeris kawasan kubu Angkatan Naning dan memecahkan rahsia ilmu pasak yang dipasang oleh Angkatan Naning iaitu dengan menaburkan tulang babi dan anjing di kawasan – kawasan pertahanan Angkatan Naning.

Oleh kerana jasa Sayyid Shaaban tersebut melalui Triti Rumbowe (Rembau) 1832 antara Inggeris dan Raja Ali dan Sayyid Shaaban, Sayyid Shaaban di berikan suatu kawasan di hujung nagari Rembau bagi dirinya. Kawasan tersebut kini dikenali sebagai Tampin.

Adakah orang Rembau mengkhianati Dholl Said?

Pemerintah Rembau yang sebenarnya iaitu Dato Undang Rembau tidak pernah terlibat dalam peperangan Naning. Ini adalah semuanya hasil dari percaturan Raja Ali dengan dibantu oleh menantunya Sayyid Shaaban. Dua karektor “orang mendatang” yang mendapat kuasa akibat kemelut kuasa dan yang pandai mengambil peluang dari kekemelutan tersebut.

Dikisahkan oleh sejarah , Raja Ali yang merasakan dirinya amat berkuasa telah pada 1834 menabalkan dirinya sendiri sebagai Yam Tuan Besar Negeri Sembilan dan melantik anak menantunya sebagai Yam Tuan Muda Rembau. Tindakan tersebut telah menaikkan kemarahan Undang Rembau dan Undang-Undang yang lain seperti Sungai Ujong. Undang-Undang Luak telah bersatu memerangi Raja Ali dan Sayyid Shaaban yang akhirnya terusir ke Lukut dan Sayyid Shaaban lari ke Tampin. Sayyid Shaaban akhirnya tinggal di Tampin dan menggelarkan dirinya Yam Tuan Tampin . Di sana bermulanya salasilah Tunku Besar Tampin. Raja Ali kemudian telah kembali ke Tampin untuk bersama anak menantunya dan akhirnya mangkat di Keru pada 1850.

Dari kisah ini dapat difahami tentang agenda Raja Ali adalah untuk kepentingan diri sendiri semata-mata dan bukannya khalayak rakyat Rembau yang menjadi petualang dan pengkhianat bangsa. Niat Raja Ali mahu menjadi Yam Tuan Besar Negeri Sembilan jelas menunjukkan bahawa beliau sanggup melakukan apa sahaja bgi mencapaikan hajatnya termasuklah mengkhianati rakan serta sahabat sendiri.

Oleh itu setelah sekian lama terpahat dalam lembaran sejarah bahawa Orang Rembau adalah pengkhianat. Adakah mungkin persepsi ini boleh berubah sekiranya sejarah tersebut di sampaikan dengan sudut yang berbeza. Adakah berpunca dari kesilapan pemimpin Naning sendiri, orang Rembau dipersalahkan. Adakah disebabkan kerakusan mengejar kuasa oleh orang mendatang membuatkan Orang Rembau sejak sekian lama dikatakan pengkhianat bangsa? Fikir-fikirkn lah

Analisa Teladan dari Sejarah

Dari sudut-sudut lembaran Sejarah ini dapat dilihat Perang Naning sebagai suatu contoh peristiwa yang berlaku akibat dari kesilapan Pemerintah tersebut sendiri yang gagal secara bijak dan berhemah dalam mengesan muslihat musuh yang akhirnya membuatkan Negeri sendiri tergadai.

Ada pihak yang akan cuba mengambil kesempatan dalam kemelut perebutan kuasa atau perpecahan sekiranya berlaku.

Pemimpin yang hanya mementingkan diri sendiri menyebabkan diri boleh dibeli dan boleh mengorbankan serta mengkhianati bangsa sendiri.

Olahan oleh Kelab Melayu Negeri Sembilan rujukan kepada susunan sejarah oleh Allahyrham Tan Sri Samad Idris

ref:
PERANG NANING (1831-1832): Benarkah Orang Rembau Pembelot? - KELAB MELAYU NSDK

Sejarah
AL-KISAH ALOR GAJAH

Nama Alor Gajah berpunca daripada tabiat sekumpulan gajah liar yang kononnya diketua oleh seekor gajah putih. Gajah berkenaan dilihat sangat gemar berjalan secara berkumpulan mengikut alur sebatang sungai yang terdapat di bandar ini. 

Atas keadaan itu penduduk tempatan menamakan bandar ini sebagai Alor Gajah. Menurut Ketua Kampung Pekan Alor Gajah iaitu Tuan Baharuddin Mohd Tahir mengenai asal usul Alor Gajah, pada awalnya Alor Gajah adalah hutan. 

Dalam kurun ke-1500, apabila Portugis menyerang Melaka, Sultan Mahmud Shah lari ke Johor melalui Tangkak, Johor. Orang-orang lain pindah dari Melaka dan tiba di satu kawasan lebih kurang 2 kilometer selepas tapak pekan Alor Gajah. 

Tempat baru yang mereka tiba dikenali sebagai Melaka Pindah. Mereka menggunakan kuda untuk perjalanan mereka. Untuk mengangkut barang-barang, mereka menggunakan gajah. Akibat dilalui gajah-gajah, sebahagian hutan tersebut menjadi laluan atau alur yang dipanggil 'Alor Gajah'. 

Beberapa keluarga yang datang dari Melaka membuat rumah di laluan tersebut sebelum sampai di Kampung Melaka Pindah. Nama perkampungan ini menjadi Kampung Baru Alor Gajah. Sebelum tiba di Alor Gajah, terdapat satu kampung bernama Solok Gajah Mati, Mukim Sungai Petai yang mana di situlah gajah-gajah yang tua dilepaskan dan mati.

Selain itu, ada juga sejarah mengatakan Alor Gajah pada mulanya didiami oleh orang Minangkabau pada kurun ke-12. Apabila berlaku penghijrahan beramai-ramai penduduk Minangkabau ke bandar Tampin semasa pemerintahan Kesultanan Melayu maka wujudlah pemerintahan Melayu di Bandar Alor Gajah. 

Ada juga kisah mengatakan semasa zaman penjajahan British di Tanah Melayu seorang pegawai British telah ditempatkan di Alor Gajah bagi mengutip hasil. Sesuai dengan peranan dan tanggungjawab tersebut, Pejabat Daerah telah ditubuhkan agar perlaksaan tugas dapat dijalankan dengan sempurna. 

Alor Gajah juga terkenal dengan pahlawan Naning iaitu Dato' Dol Said yang menentang British dalam Perang Naning pada tahun 1832 di mana kawasan tersebut ialah hutan yang dipercayai menjadi laluan gajah-gajah liar. 

Untuk pengetahuan tambahan, menurut Tuan Haji Kassim, seorang bekas Pegawai Penempatan Pejabat Daerah, Alor Gajah, ada seorang askar Belanda yang terbunuh semasa berperang dengan pahlawan tempatan di hutan Alor Gajah. Kuda dan anjingnya menunggu dengan setia sebelah mayat askar itu selama beberapa hari sehingga turut mati bersama. Untuk mengenangkan kesetiaan kuda dan anjing tersebut bangkai haiwan tersebut telah dikuburkan sebelah kubur askar itu. 

Sempena kesetiaan binatang itu kepada tuannya, tempat ini telah dinamakan 'Allgeah' , yang lama kelamaan bertukar menjadi 'Alor Gajah'. 

Kubur-kubur itu masih wujud dan terletak di dalam kawasan Sekolah Kebangsaan Alor Gajah 1. 'Alligeah' ialah satu perkataan Belanda yang memberi makna kesetiaan dan dalam bahasa Inggeris bermaksud 'Allegiance' .

Gajah putih yang dikaitkan dengan sejarah asal nama Alor Gajah
Dataran keris Alor Gajah menjadi tumpuan utama orang ramai 
untuk berkumpul atau terdapat acara-acara besar di Bandar Alor Gajah

*Rujukan -  The Consice Oxford Dictionary, Oxford University Press, 1974 ; Family Word Finder, Reader's Digest, 1975 ; MPAG-Sejarah Alor Gajah

ref:
Sejarah

Perang Naning Berakhir 1832
15/06/2015 PEKHABAR SEJARAH
15 Jun 1832 – Pada tahun 1832 peperangan di antara pihak Kerajaan Inggeris di Melaka dengan Naning yang lebih dikenali sebagai Perang Naning berakhir.

Peperangan itu dikatakan berpunca daripada keengganan orang-orang Melayu Naning membayar 1/10 daripada hasil pendapatan mereka kepada pihak berkuasa Kerajaan Inggeris di Melaka.

Orang-orang Melayu Naning diketuai oleh Penghulunya, Dato’ Naning Abdul Said atau Dol Said. Setelah beberapa kali gagal memujuk Dato’ Naning supaya membayar ufti 1/10, pada bulan Julai 1831, satu pasukan seramai 150 orang askar Sepoi dengan dua buah meriam telah dihantar oleh kerajaan Inggeris ke Naning untuk menghancurkan pasukan Dato’ Naning dan orang-orangnya.

Askar-askar ini telah ditentang dan dikalahkan oleh orang-orang Dato’ Naning dengan bantuan daripada orang-orang Rembau yang diketuai oleh Syed Shaaban yang merupakan menantu Raja Ali.

Serangan ini adalah merupakan serangan yang pertama. Inggeris sedar bahawa kekuatan Naning dan Rembau tidak mudah dikalahkan.

Oleh itu dari bulan September 1831 hingga Januari 1832 beberapa siri rundingan di antara Raja Ali dari Rembau dan pihak kerajaan Inggeris di Melaka telah diadakan dan akhirnya pada 28hb Januari. 1832 satu perjanjian telah dipersetujui dan ditandatangani.

Mengikut perjanjian tersebut, kedua-dua pihak bersetuju tidak akan menyerang di antara satu sama lain dan Rembau diiktiraf sebagai sebuah negeri yang berdaulat dan mempunyai kuasa penuh dalam pentadbiran kerajaannya.

Sebagai ganjaran, Raja Ali menarik balik pasukannya daripada Naning dan mengurangkan kekuatannya kepada kira-kira 600 orang dan beberapa bulan kemudian bergabung dengan pasukan Inggeris.

Pada bulan April, 1832 pasukan Rembau yang diketuai oleh Syed Shaaban dan askar-askar Inggeris berjumlah kira-kira 1,200 hingga 1,400 orang yang diketuai oleh Kolonel Herbert menyerang Naning bagi kali yang kedua.

Dalam serangan kali kedua ini, dan setelah berlaku beberapa pertempuran selama lebih kurang dua bulan, Taboh, ibu negeri dan pusat gerakan Dato’ Dol Said dapat ditawan dan Dato’ Dol Said serta pengikut-pengikutnya berundur.

Dengan berakhirnya perang Naning pada hari ini dalam tahun 1832, telah memberi ruang kepada Inggeris untuk menawan Naning.

Perang Naning telah membuktikan semangat juang yang tinggi di kalangan orang-orang Melayu dalam mempertahankan maruah dan hak bangsa.

ref:
Arkib Negara Malaysia
Perang Naning Berakhir 1832 - PeKhabar

peranan penghulu mukim di naning pada zaman kolonial ...
mjs.um.edu.my/index.php/SEJARAH/article/download/9226/6533
pemimpin Naning. British telah menafikan hak Penghulu sebagai pemimpin Naning dan British juga tidak mahu Naning terikat dengan pentadbiran Penghulu. ... adalah seperti di bawah: Jadual 1. Senarai Penghulu Mukim Naning. Bil. Nama Penghulu. Nama tempat. Suku. 1. Bilal Manja. Ikan Lemak. Batu Belang. 2. Mamat.

sejarah malaysia: sorotan masa lalu, iktibar hari ini dan ... - ...
www.myjurnal.my/filebank/published_article/22909/001_023.PDF
Naning akan menghantar 1/10 daripada hasil tahunannya kepada Belanda di Melaka.4. 2 Mengenai perjuangan Sultan Ahmad dan Sultan Mahmud ini boleh rujuk Buyong Adil, Perjuangan Orang Melayu. Menentang Penjajahan Abad 15-19, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1983, him. 23-31. Jonathan Cave ...

SITI MAISARAH Bakar1 Lembaga Pembangunan Seni ...
ejournal.ukm.my/jebat/article/download/19131/6134
perang, membina kubu pertahanan, menjaga keamanan, menangkap pesalah, menjadi utusan Dato'Naning dan Lembaga serta mengutip cukai.28 Panglima mempunyai Tombak Bandaran yang telah diberikan kepadanya sebagai tanda. Jebat Volume 44 (1) (July 2017) Page | 92. Article: Siti Maisarah Bakar and ...

Rabu, 15 Mei 2013
BELOT-Rembau most wanted by Panglima Datuk Dol Said from Naning.

PERANG NANING 1831-1832: Benarkah orang Rembau pembelot?
Sekarang Naning terletak di daerah Alor Gajah Melaka dan dikenali sebagai Kg.Taboh Naning.

Perang Naning telah meletus antara tahun 1831 hingga 1832 di antara Angkatan Naning dan tentera Kompeni Inggeris. Ia telah tercetus sebanyak dua kali.

Kali pertama ianya telah dimenangi oleh Angkatan Naning yang di bantu oleh Yamtuan Muda Rembau, Raja Ali dan menantunya Sayyid Shaaban. Namun peperangan kali kedua, Angkatan Naning telah ditewaskan oleh Kompeni inggeris dan Angkatan Naning yang di ketuai oleh Pemerintah Naning bernama Penghulu Abd Said atau Dholl Said telah berundur ke Seri Menanti di mana akhirnya beliau menyerahkan diri kepada Kompeni Inggeris.

Tercatat dalam banyak buku sejarah bahawa kekalahan Angkatan Naning berpunca akibat pembelotan orang-orang Rembau dan yang mendukacitakan Angkatan Naning mungkin akan dapat menewaskan Kompeni Inggeris buat kali kedua jika Sayyid Shaaban iaitu menantu kepada Yam Tuan Muda Rembau tidak memberitahu Kompeni Inggeris rahsia pertahanan Angkatan Naning.

Persoalannya benarkah orang Rembau adalah pengkhianat kepada bangsa sendiri sehingga tercetus kata nista yang ditujukan kepada orang Rembau “ Rambau seRambaunya, Pakung seadonya”.......

Pembelot telah membocorkan rahsia Naning-:

"Tulang anjing dan tulang babi"

Kerana tidak ada jalan lain untuk mematahkan perang Naning, Syed Shaaban yang mengetahui kedudukannya perkubuan Naning, telah memerintahkan orangnya menembak dengan tulang anjing dan tulang babi ke arah tabuh kesaktian Naning.

Menyentuh benda-benda najis memang menjadi kepantangan benda-benda sakti dan orang-orang yang sakti. Oleh yang demikian, demi tersentuh saja tulang babi dan tulang anjing itu kepada tabuh, tabuh kesaktian itu pun tidaklah berbunyi lagi. Dan hilang pulalah kesaktian tanah itu.

Orang-orang halus yang membantu Datuk Dol Said dan penduduk-penduduk Naning menentang pencerobohan Inggeris telah terpaksa menghilangkan dirinya; kerana kesaktiannya telah dinodai dengan adanya tulang babi dan tulang anjing itu.

Ketika itu bersorak-soraklah serdadu-serdadu Inggeris - Rembau itu. Serdadu-serdadu itu telah melakukan suatu perbuatan yang tidak dapat dan tidak mungkin dapat dilupakan oleh orang-orang yang masih ingat sejarah Naning, iatu mereka membakar rumah-rumah dan merampas harta benda. Kerana kejadian yang tragik itulah maka serdadu-serdadu itu digelari oleh orang-orang Naning dengan gelaran " HULUBALANG LEPAS KE PADANG" (Lubalang lopaih ko padang).

Kerana kesaktian dirinya telah hilang - kehilangan baju dan kerisnya - dan kesaktian tabuh itu telah tiada lagi maka Datuk Dol Said telah tidak berdaya untuk melawan.

Lebih lanjut Kisah Naning sila rujuk buku sejarah Malaysia.

PEMBELOT DAN PENGKIANAT BANGSA DAN AGAMA TERUS WUJUD SEHINGGA KINI

ref:
Bila Pahat Berbunyi: BELOT-Rembau most wanted by Panglima Datuk Dol Said from Naning

.

Tiada ulasan: