Jumaat, 4 Mei 2018

Dari tahun 1969 hingga kini, lagu sama dimainkan. 7436.

1969 hadir pertama kali ceramah politik dengan sogokan wayang Jabatan Penerangan. (Salah guna hak kerajaan lah kan) Undi pembangkang Cina akan perintah... mari kita lihat siapa kencing siapa? 
Sebagai bukti momokan itu memakan diri yang memomok dan memangsakan rakyat Melayu Malaysia khasnya... Singapura dalam genggaman Cina. Siapa punya kerja? Parti Pembangkang? 

Pulau Pinang sebelum Lim Guan Eng ... Cina juga yang jadi Ketua Menteri ... Siapa punya kerja? Sekali lagi Parti Pembangkang? 

Kerja menipu tak sudah-sudah. Berubahlah dan jangan bersubahat dengan manusia politik talam dua muka, yang suka memainkan sentimen perkauman. Sedang Allah jadikan manusia berbilang-bilang suku, supaya bersatu padu. 

Yang jual Tanjung Pagar, siapa? Bukan yang menakut-nakutkan Melayu nanti Cina Perintah yang menggadaikannya? Begitu juga dengan Pulau Batu Putih. Parti yang digelar pembangkangkah yang menggadaikannya?. 

Itu belum sebut Proton, Felda, Tanah ATM, KWSP, LTAT, LUTH, TNB, KTM, Telaga Minyak sedekah kat Brunai, MAS, Armada MISC (yang masa kecil berjaya menaikkan semangat berwarga negarakan Malaysia) dan Dana Zakat dan lain-lain.  

Mengapa sekarang semua tergadai dan hancur... tidak amanah? tamak haloba? Lupa Allah SWT? Lupa Sakratulmaut? Lupa lubang kubur? Lupa akhirat? Sampai bila nak menegak dengan dunia dengan pentas dunia yang menipu?

Malaysia ditadbir Melayu, kalau Islam tidak jadi begitu. Nauzubillahminzalik.
Mengingatkan diri sendiri dan orang lain kerana Allah.

.

Tiada ulasan: