Supaya parti politik dan ahli politik tahu kehendak rakyat. Setelah 60 lebih tahun amanah diberi. Rakyat tak usik pun isteri PM² sebelum ini. Penyingkiran adalah penjernihan, bukan sebab tidak mengenang budi bagai.
Y 2020 ditamatkan riwayat gapaiannya, berganti dgn TN2050, tiga puluh tahun lebih dari sekarang. Penuh harapan tiada politik dendam sebab mangsanya tetap rakyat banyak.
JOM UNDI HARAPAN
FRIDAY, MAY 04, 2018
Pecah rekod: 62,000 ikuti siaran langsung Jelajah PH Putrajaya.
Lima hari sebelum pembuangan undi PRU 14, Jelajah Pakatan Harapan Putrajaya malam ini memecah rekod penonton siaran langsung melalui facebook apabila 62,000 menontonnya.
ref:
al- Husseyn: Pecah rekod: 62,000 ikuti siaran langsung Jelajah PH Putrajaya
KERENGGA: Pecah rekod: 62,000 ikuti siaran langsung Jelajah PH Putrajaya
...
Friday, 4 May 2018
ADAKAH ZAHID HAMIDI TIDAK SELAMAT DI BAGAN DATUK?
PRU 14 adalah pilihanraya yang pertama bagi Zahid Hamidi atas kedudukannya sebagai timbalan perdana menteri sejak dilantik memegang jawatan tersebut pada 2015 yang lalu.
Tetapi, tidak seperti pemimpin lain yang pernah menjadi orang nombor dua dalam parti dan kerajaan di sekian banyak pilihanraya umum sebelum ini, Zahid Hamidi setakat ini ternampak seperti tidak berfungsi di peringkat nasional.
Sehingga hari keenam kempen pilihanraya berlangsung sejak penamaan calon pada 28 April lalu, Zahid Hamidi hampir 100 peratus menumpukan masa dan aktivitinya di Bagan Datuk saja.
Pelbagai program turun padang, sama ada berkaitan UMNO dan BN, jentera pilihanraya tempatan, sekolah, NGO dan agensi di bawah kementeriannya telah diadakan di kawasan itu yang melibatkan kehadirannya.
Tidak terkecuali beberapa program masyarakat itu diadakan dengan disertai beberapa selebriti dan ahli sukan terkenal seperti Fattah Amin, Lee Chong Wei, M Daud Kilau dan sebagainya.
Jika ada pun satu dua program yang dihadirinya di luar Bagan Datuk, ia bagaimanapun hanyalah di sekitar negeri Perak semata-mata.
Kenapakah Zahid Hamidi tidak turun berkempen ke negeri-negeri lain membantu calon UMNO dan BN?
Mengapa sehingga ini hanya Najib Razak saja yang pergi ke sana dan ke mari menghadiri pelbagai program di seluruh negara untuk membantu kemenangan BN?
Jika kita perhatikan, semua timbalan perdana menteri sebelum ini, di samping menjaga kawasan sendiri, mereka juga sibuk pergi ke pelbagai negeri untuk berkempen dan bertemu rakyat setiap kali pilihanraya umum diadakan.
Dengan kedudukan sebagai pemimpin nombor dua dalam parti dan kerajaan, timbalan perdana menteri selalunya berperanan membantu perdana menteri dalam urusan kerajaan dan juga kerja-kerja parti.
Tambahan lagi, dalam tempoh berkempen yang boleh dikata agak terhad masanya, kalau mengharapkan perdana menteri saja yang pergi dari satu negeri ke negeri yang lain, memanglah tidak semua negeri atau kawasan hitam dapat dikunjunginya.
Sebab itu, dengan adanya pembahagian tugas antara perdana menteri dan timbalan perdana menteri, maka dapatlah lebih banyak negeri atau kawasan hitam mampu dikunjungi dan diberikan tumpuan.
Muhyiddin Yassin misalnya yang terakhir memegang jawatan itu sebelum Zahid Hamidi, beliau juga turut sibuk turun padang ke pelbagai negeri sewaktu pilihanraya umum 2013 yang lalu.
Namun, mengapakah Zahid Hamidi tidak menjalankan peranan tersebut pada pilihanraya 2018 ini?
Apakah Najib tidak memberi kebenaran kepada beliau untuk menjalankan tugas-tugas membantu itu?
Tapi atas sebab apa?
Adakah kerana Najib ingin memonopoli semua kerja kempen ke negeri-negeri dan tidak mahu Zahid Hamidi campurtangan dengannya?
Apakah Najib tidak percaya kepada timbalannya itu atau beliau merasakan Zahid Hamidi tidak banyak membantunya jika diberikan tugas tersebut?
Ataukah memang Zahid Hamidi sendiri minta dilepaskan daripada tugas tersebut kerana ingin menumpukan sepenuh masa dan tenaganya di Bagan Datuk saja?
Jika begitu, adakah Bagan Datuk merupakan kawasan kelabu dan tidak selamat lagi bagi Zahid Hamidi pada 9 Mei nanti?
Itukah yang menyebabkan kali ini Zahid Hamidi terpaksa meminta bantuan Fattah Amin dan Lee Chong Wei untuk memastikan kemenangannya? (ShahbudinHusin (04/05/2018)
ref:
Shahbudin dot com: ADAKAH ZAHID HAMIDI TIDAK SELAMAT DI BAGAN DATUK?

Angka itu dicapai ketika calon Perdana Menteri PH, yang juga arkitek Putrajaya Tun Dr Mahathir Mohamad memberikan ucapan bersebelahan dengan Masjid Tuanku Mizan.
Ketika Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz berucap, ia sudah memecah rekod 36,000 yang dibuat ketika Jelajah PH di Stadium Kuala Selangor apabila penonton mencapai 45,800.
Di samping penonton secara langsung, puluhan ribu penyokong juga memenuhi kawasan tapak letak kereta Masjid Tuanku Mizan itu.
Pecah rekod penonton siaran langsung.
“Terima kasih orang Putrajaya kerana datang malam ini. Adakah anda semua dibayar?” tanya Tun Dr Mahathir dalam ucapannya.
Anak Tuan Guru Nik Aziz, Nik Omar yang menjadi calon DUN Cempaka, Kelantan turut memberikan ucapan beliau malam ini selepas berucap di Shah Alam pada sebelah petangnya.
Hari ini adalah penampilan sulung beliau di luar Kelantan selepas menjadi calon PH.
ref:
al- Husseyn: Pecah rekod: 62,000 ikuti siaran langsung Jelajah PH Putrajaya
KERENGGA: Pecah rekod: 62,000 ikuti siaran langsung Jelajah PH Putrajaya
...
Friday, 4 May 2018
ADAKAH ZAHID HAMIDI TIDAK SELAMAT DI BAGAN DATUK?
PRU 14 adalah pilihanraya yang pertama bagi Zahid Hamidi atas kedudukannya sebagai timbalan perdana menteri sejak dilantik memegang jawatan tersebut pada 2015 yang lalu.
Tetapi, tidak seperti pemimpin lain yang pernah menjadi orang nombor dua dalam parti dan kerajaan di sekian banyak pilihanraya umum sebelum ini, Zahid Hamidi setakat ini ternampak seperti tidak berfungsi di peringkat nasional.
Sehingga hari keenam kempen pilihanraya berlangsung sejak penamaan calon pada 28 April lalu, Zahid Hamidi hampir 100 peratus menumpukan masa dan aktivitinya di Bagan Datuk saja.
Pelbagai program turun padang, sama ada berkaitan UMNO dan BN, jentera pilihanraya tempatan, sekolah, NGO dan agensi di bawah kementeriannya telah diadakan di kawasan itu yang melibatkan kehadirannya.
Tidak terkecuali beberapa program masyarakat itu diadakan dengan disertai beberapa selebriti dan ahli sukan terkenal seperti Fattah Amin, Lee Chong Wei, M Daud Kilau dan sebagainya.
Jika ada pun satu dua program yang dihadirinya di luar Bagan Datuk, ia bagaimanapun hanyalah di sekitar negeri Perak semata-mata.
Kenapakah Zahid Hamidi tidak turun berkempen ke negeri-negeri lain membantu calon UMNO dan BN?
Mengapa sehingga ini hanya Najib Razak saja yang pergi ke sana dan ke mari menghadiri pelbagai program di seluruh negara untuk membantu kemenangan BN?
Jika kita perhatikan, semua timbalan perdana menteri sebelum ini, di samping menjaga kawasan sendiri, mereka juga sibuk pergi ke pelbagai negeri untuk berkempen dan bertemu rakyat setiap kali pilihanraya umum diadakan.
Dengan kedudukan sebagai pemimpin nombor dua dalam parti dan kerajaan, timbalan perdana menteri selalunya berperanan membantu perdana menteri dalam urusan kerajaan dan juga kerja-kerja parti.
Tambahan lagi, dalam tempoh berkempen yang boleh dikata agak terhad masanya, kalau mengharapkan perdana menteri saja yang pergi dari satu negeri ke negeri yang lain, memanglah tidak semua negeri atau kawasan hitam dapat dikunjunginya.
Sebab itu, dengan adanya pembahagian tugas antara perdana menteri dan timbalan perdana menteri, maka dapatlah lebih banyak negeri atau kawasan hitam mampu dikunjungi dan diberikan tumpuan.
Muhyiddin Yassin misalnya yang terakhir memegang jawatan itu sebelum Zahid Hamidi, beliau juga turut sibuk turun padang ke pelbagai negeri sewaktu pilihanraya umum 2013 yang lalu.
Namun, mengapakah Zahid Hamidi tidak menjalankan peranan tersebut pada pilihanraya 2018 ini?
Apakah Najib tidak memberi kebenaran kepada beliau untuk menjalankan tugas-tugas membantu itu?
Tapi atas sebab apa?
Adakah kerana Najib ingin memonopoli semua kerja kempen ke negeri-negeri dan tidak mahu Zahid Hamidi campurtangan dengannya?
Apakah Najib tidak percaya kepada timbalannya itu atau beliau merasakan Zahid Hamidi tidak banyak membantunya jika diberikan tugas tersebut?
Ataukah memang Zahid Hamidi sendiri minta dilepaskan daripada tugas tersebut kerana ingin menumpukan sepenuh masa dan tenaganya di Bagan Datuk saja?
Jika begitu, adakah Bagan Datuk merupakan kawasan kelabu dan tidak selamat lagi bagi Zahid Hamidi pada 9 Mei nanti?
Itukah yang menyebabkan kali ini Zahid Hamidi terpaksa meminta bantuan Fattah Amin dan Lee Chong Wei untuk memastikan kemenangannya? (ShahbudinHusin (04/05/2018)
ref:
Shahbudin dot com: ADAKAH ZAHID HAMIDI TIDAK SELAMAT DI BAGAN DATUK?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan