Ahad, 19 Ogos 2018

Cari salah orang lain sebab tidak sedar diri. 8072.


Tidak sedar diri. Jadi lupa bermuhasabah diri. 

Puak pembangkang yang sukar menerima hakikat setelah berpuluh tahun menjadi penguasa, sehingga menjadikan gerombolan pemimpin yang curang dan kleptokrasi sebagai pujaan hati

Di Malaysia inilah modal puak pembangkang yang asalnya mengaku pendamping parti keramat. Bila keramat kononnya sampai dunia tamat kiamat, takkan pernah dikalahkan. 

Walhal di tangan parti Umno merekalah, Singapura terlepas ke tangan Bangsa Cina yang asalnya pendatang yang diberi taraf Rakyat Malaya tanpa syarat, sebagai galang ganti jika Tanah Melayu mahu merdeka dari Penjajah British. Ironinya selepas itu 
Pulau Batu Putih pun jatuh ke tangan Singapur, Keretapi Tanah Melayu Malaysia Berhad dari Woodlands ke Tg Pagar pun tergadai dan Dua Blok Minyak kepada Brunai sebagai galang ganti jangan Brunai menuntut Limbang.

Itulah Umno keceluparan, kejahatan tersembunyi dan disembunyikan. Mereka suka jika rakyat Malaysia terutama Melayu jadi buta sejarah dan buta tentang Perlembagaan Negara, yang antara lain menyebutkan Bangsa Melayu sebagai Tuan kepada Tanah Melayu, Islam Agama Rasmi Negara, Hak Keistimewaan Raja-raja Melayu, Bangsa Melayu dan Bumiputra. 

Bila Melayu buta tentang sejarah, kebanyakan mereka jadi percaya Peristiwa Bukit Kepong, Muar, Johor., pada Khamis, 23 Februari 1950 adalah perjuangan Melayu, walhal waktu itu masih zaman Penjajah British. 

Mari tonton video berjudul Ketahuilah kita bahawa rakyat Malaysia 1 Malaysia Tolak DAP. Hakikatnya mereka tidak memperakui Rakyat Malaysia menolak Umno dan mewar-warkan kononnya Rakyat Malaysia telah menjatuhkan seorang Khalifah Islam. 
Sunday, 19 August 2018
UMNO TIADA LAGI MASA DEPAN, ELOK JUGA KJ KELUAR DENGAN SEGERA!!!

Hanya kerana menyatakan rasa tidak setujunya dengan kerjasama UMNO dan Pas dalam pilihanraya kecil Seri Setia serta menyokong usaha kerajaan Pakatan Harapan untuk menyiasat semula skandal 1MDB agar parti tidak terus mengusung "bangkai bernyawa" Khairy Jamaluddin disarankan agar segera keluar UMNO dan menyertai PKR atau DAP.

Dalam hal ini, ternyata yang mereka rapat atau pernah bekerja dengan Najib Razak masih tidak mahu menerima hakikat kalahnya UMNO dalam pilihanraya umum lalu adalah kerana skandal 1MDB.

Di mana salahnya KJ bercakap mahukan kebenaran mengenai 1MDB serta mengkritik kerjasama UMNO dan Pas?
Apakah sejak kalah ini UMNO makin tertutup dan langsung tidak boleh meraikan perbezaan pendapat? 

Bagaimanapun, oleh kerana dalam tempih 100 hari yang sudah berlalu menunjukkan UMNO masih tidak berubah, malah bertambah rasis, ditambah mungkin menjadi mirip seperti Pas dengan turut menjual agama untuk harga politik dunia setelah bekerjasama dengan parti itu, sebenarnya ada baiknya juga KJ memikirkan semua kedudukannya dalam UMNO.

Tiada makna lagi beliau kekal bersama parti itu kerana nilai perjuangannya sudah berbeza. Melayu bandar, mereka yang berpendidikan, kelas menengah dan orang muda, realitinya semakin menjauhi UMNO. Setelah kalah pada 9 Mei lalu, hakikatnya terlalu sukar untuk UMNO bangkit semula.


Ramai yang percaya, tiga kali pilihanraya umum lagi pun belum tentu UMNO mampu bangkit semula untuk kembali berkuasa. Jadi, untuk apa KJ harus membuang masa selama selama 15 tahun sebagai  pembangkang yang tidak cerdik dan tidak membina. 

Bukankah lebih baik menyertai parti kerajaan dan membina semula karier politiknya di landasan yang baru? PKR ada, DAP ada, malah Bersatu ada Amanah pun sentiasa terbuka. KJ, tinggalkan saja UMNO dan menyeberanglah ke sebelah sini dengan segera!! 

(ShahbudinHusin 19/08/2018)

https://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/08/umno-tiada-lagi-masa-depan-elok-juga-kj.html
Shahbudin dot com: UMNO TIADA LAGI MASA DEPAN, ELOK JUGA KJ KELUAR DENGAN SEGERA!!!

Tiada ulasan: