Sabtu, 18 Ogos 2018

Pengulang ulas gemar tepuk. 8071.


Sekutu rapat dalam parti pun dah mula xboleh tahan dengan najib? Bau badan dan gaya kepit najib sudah semakin tidak menarik bagi mereka yang pernah jadi pengampu tegar. teepuuuuK!!!

ILMU RASA
Written By amirulyaacob on Saturday, August 18, 2018 | 3:10 PM

"Rasa" adalah satu perkataan yang digunakan untuk pelbagai makna. "Rasa" tidak dapat dilihat dengan mata kasar, kerana ianya hadir di dalam diri manusia. Ia hanya dapat "dirasai". Dipanggil juga sebagai perasaan.
Oleh kerana ia tiada dapat dilihat kerana sifatnya yang tersembunyi dalam diri maka seseorang yang ingin menzahirkannya dalam bentuk perbuatan, dipanggil sebagai "tunjuk perasaan".

Adalah menjadi fitrah manusia untuk "merasa". Sungguhpun ia tidak dapat dilihat, disentuh atau diketahui bentuk seginya namun "rasa" tersebut dirasai dengan pengalaman yang berbeza.

Ada yang secara biologi seperti rasa manis gula, masin garam, masam limau, pahit kopi, rasa lazat dan sebagainya.

Ada pula secara emosi seperti rasa marah, rasa geram, rasa gerun, rasa sedih, rasa gembira, girang, rasa ngeri, rasa tenang, malu, rasa stress, rasa kecewa, hampa, benci, gundah gulana, tertekan, rasa gelora jiwa dan lain-lain.

Ada secara mental seperti rasa gelisah, rasa resah, keluh kesah, rasa bingung dan hairan, rasa pilu, cemas, rasa terpesona, rasa seronok, rasa khayal, syok, bosan, nostalgia, simpati, rasa minat, rasa geli, jijik, angau, rasa perasan dan lain-lain.

Ada secara nafsu seperti rasa bangga dan kagum diri, rasa hebat, rasa dendam, dengki, iri, cemburu, gila bayang, angau dan lain-lain.

Ada pula secara hati seperti rasa cinta, rindu, redha, pasrah, asyik, intim, rasa yakin dan lain-lain.

Ada secara umum seperti rasa berdekatan, rasa berjauhan, rasa bersama, rasa berpisah, rasa kerdil, rasa ngam, kamcing, akrab, rasa cukup, rasa fakir, rasa hina, rasa rendah diri, rasa teringat2 dan lain2.

Semua "rasa" yang dinyatakan diatas semua ini, ada jenis rasa yang boleh membawa 2 makna (serampang dua mata), makna pada sisi positif dan juga negatif. Contohnya benci boleh bermaksud permusuhan yang menyebabkan persengketaan dan pada sisi lain seseorang yang merasa benci kepada perbuatan maksiat yang menyebabkan dia memghindarinya.

Sesuatu "rasa" itu juga boleh digunakan untuk perkara zahir dan batin, nyata dan ghaib. Seperti rindu, rindu kepada anak2 dan juga rindu kepada akhirat.

"Rasa" didalam bahasa Arab ialah zauq, shu'ur dan istish'ar. Ilmu Tasawuf dipanggil sebagai ilmu rasa atau ilmu zauqi kerana ilmu ini mengajarkan bagaimana untuk berinteraksi dengan "rasa-rasa" diatas, bagaimana untuk mengawalnya, bagaimana menghindarinya dan bagaimana mencapainya.

Oleh itu, walaupun ia bersifat zauqi/perasaan namun ia masih termasuk dalam konteks ilmu syariah kerana ilmu Tasawwuf disebut sebagai ilmu syar'iyyah qalbiiyyah. Ia adalah untuk mencapai makam Ihsan( menjadi hamba Allah seolah-olah melihat Allah, jika tidak, hendaklah merasa diri dilihatNya). Dipanggil "seolah-olah melihat" kerana ia berlalu pada medan "rasa".

Akhiran, skop "rasa" adalah sesuatu yang agama kita suruh untuk menyantuninya sebagai amal qalbi yang hendaklah wujud dalam penghayatan tauhid dan ibadah zahir. Maka pada medan makna ini, maka tiada salah jika ia difahami dengan beberapa nama iaitu ilmu rasa, tauhid zauqi, tauhid ihsani, tauhid irfani, tauhid amali dan tauhid sufi.

Ia hanyalah istilah2 yg berbeza namun maksudnya ialah sama iaitu mencapai matlamat iman, islam dan ihsan,tanpa dipisah-pisahkan.

WalLahua'lam...

https://suatuperjalananmaya.blogspot.com/2018/08/ilmu-rasa.html
Foto pengguna
Tindak balas Turki dan negara rakan membuat saham Amerika merudum hari ini

Saham AS jatuh, lira naik kerana Turki membalas dengan tarif. Saham AS mengalami hari paling buruk dalam tujuh minggu di Bursa Saham AS ekuiti di seluruh dunia merosot dan komoditi jatuh pada hari Rabu.

Kontrak minyak dan logam jatuh mendadak dan dolar memudar selepas mencecah paras tertinggi dalam 13 bulan pada hari sebelumnya.

Lira Turki meningkat untuk hari kedua berbanding dolar, naik 7 peratus pada hari Rabu selepas pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pelabur yang bertujuan untuk mengurangkan mata wang.

Mata wang Euro juga kembali menguat setelah berita Qatar berjanji untuk melabur $15 bilion di Turki, mengurangkan kebimbangan mengenai pendedahan bank-bank Eropah.

Indeks dolar turun 0.03 peratus, dengan euro naik 0.04 peratus menjadi $1.1346.

Latar belakang semua ini adalah peningkatan ketegangan perdagangan global, dengan Beijing memfailkan aduan dengan Organisasi Perdagangan Dunia untuk menentukan kesahihan dasar tarif dan subsidi AS.

Turki juga menaikkan tarif ke atas beberapa produk AS "sebagai tindak balas terhadap serangan sengaja kerajaan Amerika terhadap ekonomi kita," kata Naib Presiden Fuat Oktay di Twitter.

Minyak mentah AS turun 3.18 peratus kepada $64.91 setong dan Brent kekal pada $70.75, turun 2.36 peratus pada hari selepas data menunjukkan peningkatan mingguan kejutan dalam stok minyak mentah AS, sambil menambah kebimbangan mengenai prospek pertumbuhan ekonomi global yang lemah.

Sementara itu, China berada dalam tumpuan utama kerana yuan merosot hampir 0.8 peratus kepada 6.9514 setiap dolar, mencapai tahap paling lemah sejak Januari 2017.

Penurunan keuntungan yang tidak dijangka untuk syarikat teknologi gergasi Tencent mengejutkan para pelabur dan menambah kebimbangan baru-baru ini tentang kesihatan ekonomi China. Tencent, syarikat permainan dan pemesejan, dan ia adalah syarikat teknologi paling berharga di China.

Awal minggu ini, laporan mengenai pertumbuhan output kilang, perbelanjaan pengguna dan jualan runcit di China adalah lebih perlahan daripada jangkaan.

Syarikat teknologi besar termasuk Alibaba dan Baidu dari China dan gergasi teknologi Amerika Syarikat termasuk Facebook dan Microsoft jatuh.

Indeks ekuiti muncul MSCI turun 1.8 peratus selepas jatuh lebih daripada 20 peratus daripada intraday tinggi pada hari sebelumnya. Mata wang Amerika Latin juga tergelincir.

Indeks S & P 1500 & Perlombongan turun 4.8 peratus, penurunan satu hari terbesar sejak Mac.

Emas jatuh 1.6 peratus kepada $1174.58 setiap auns.

Tembaga kehilangan 4.02 peratus kepada $5801.00 per tan dan zink turun 6.3 peratus dan menyentuh paras terendah sejak Oktober 2016.

"Tembaga dan komoditi lain pada mulanya mencerminkan kemerosotan di China tetapi kini telah dikompaun oleh jangkaan kelemahan ekonomi," kata Kristina Hooper, ketua strategi pasaran global di Invesco di New York.

Purata perindustrian Dow Jones turun 137.51 mata atau 0.54 peratus kepada 25162.41, indeks Standard & Poor's 500 turun 21.59 mata atau 0.76 peratus kepada 2818.37 dan komposit Nasdaq turun 96.78 mata atau 1.23 peratus, kepada 7774.12.

Indeks indeks FTSEurofirst 300 dari pan-Eropah turun 1.41 peratus dan indeks saham MSCI di seluruh dunia merosot 1.10 peratus.

Indeks Volatiliti CBOE, Wall Street menyebut "ketakutan ketakutan," menambah 1.33 mata kepada 14.64 selepas melonjak ke lebih tinggi enam minggu daripada 16.86 pada permulaan sesi.

Notis Perbendaharaan AS 10 tahun terakhir naik 9/32 pada harga untuk menghasilkan 2.8641 peratus, daripada 2.895 peratus lewat Selasa.

Sokongan yang tidak dijangka untuk Turki vs. Sekatan AS

Itali, Jerman dan EU secara terbuka menyatakan sokongan mereka untuk Turki!

Kebanyakannya kerana mereka tahu bahawa jika ia bertambah buruk, Euro akan terkesan, terutamanya Itali.

China dan Rusia juga telah menunjukkan sokongan mereka yang boleh diramalkan. Termasuk sudah tentu, sekutu-sekutu biasa seperti Azerbaijan, Pakistan dan Qatar.

Menghairankan, Kuwait, Iran dan Iraq juga menyuarakan sokongan lisan mereka untuk Turki.

Orang di Turki membeli Lira secara besar-besaran, walaupun ada laporan yang sebaliknya di beberapa saluran media pro-Israel/Trump. 

Parti pembangkang seperti MHP dan mengejutkan Iyi Parti telah mengumumkan sokongan mereka kepada kerajaan.

Perniagaan berskala besar turut memboikot elektronik AS dan berhenti memberi iklan kepada media AS dan media sosial.

- Sumber Daily Sabah, WAFF Forum
Kredit : Sahabat Erdogan
at 8/18/2018 08:00:00 PTG
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/08/tindak-balas-turki-dan-negara-rakan.html
KERENGGA: Tindak balas Turki dan negara rakan membuat saham Amerika merudum hari ini

Kempen beli Lira bantu Turki hadapi serangan ekonomi
MALAYSIADATELINE
Seorang rakyat Malaysia yang menetap di Istanbul Turki menyeru kepada semua rakyat negara ini untuk bekerjasama membantu Turki di dalam perang ekonomi yang sedang Washington lancarkan ke atas Istanbul sekarang.

Perkara pertama yang perlu dibuat rakyat negara ini katanya, menukar sebanyak mungkin matawang asing yang ada di dalam tangan kepada Turkish Lira.

Menurut beliau yang menggunakan nama Mehmet Izudin Gül, pertukaran itu akan membantu mengukuhkan kembali nilai 1 Lira yang lebih seminggu lepas adalah bersamaan 80sen Malaysia.

“Sejak serangan Washington, Lira telah ‘drop’ sejauh 59sen, paling teruk dalam tempoh dua dekad ini.

“Krisis ini adalah ‘real’. Ini bukan main-main. Atas level pengalaman peribadi – Jumaat lepas, ketika serangan Washington ini mencapai titik klimaksnya, semua Döviz (money changer) di seluruh Istanbul sekelip mata menutup pintunya dan berhenti beroperasi.

“Bank-bank Turki tidak lagi membenarkan sebarang ‘currency trade’ di dalam sistem mereka. Ustaz Alang Mohd Firdaus Madzlan yang mendarat di Istanbul Atatürk Airport ketika itu melihat sendiri bagaimana döviz-döviz di airport semuanya tutup. Bahkan, Imam Abdullah Turki datang sendiri ke rumah Ayah demi menceritakan hal tersebut di samping berpesan agar memboikot segala barangan Amerika buat masa ini.

“Pesanan Imam itu adalah bertitik tolak daripada galakan Erdogan sendiri apabila beliau menyarankan agar rakyat Turki berhenti membeli produk elektronik Amerika dalam salah satu ucapan terbarunya. Turki sendiri akan lebih mempergiatkan industri pembuatan mereka,” tulisnya dalam satu kenyataan yang kini telah menjadi viral.

Kini katanya, komuniti yang paling aktif dalam membantu Turki adalah bangsa Arab di kawasan Teluk, mungkin kerana nostalgia purba mereka yang pernah lama bernaung di bawah pemerintahan Turki Uthmaniyyah.

Jelasnya, Kuwait adalah yang paling mula-mula sekali membantu, sejak hari pertama krisis minggu lepas, rakyat Kuwait telah berbondong-bondong beratur di ‘money changer’ mereka untuk membeli Lira.

Begitu juga bangsa Arab, katanya yang paling ramai beratur di outlet-outlet seluruh Istanbul sekarang.

“Dengan kejatuhan Lira, mereka mengambil peluang ini dengan memborong sebanyak mungkin barangan-barangan berjenama di Turki. Namun, Erdogan memandang positif perkara ini. Pesan sang Presiden, “Layani pelancong-pelancong Arab ini sebaik-baiknya. Kerana mereka mempunyai Dolar & Euro.” Setiap pertukaran yang mereka lakukan, akan sangat-sangat membantu menstabilkan kembali nilai Lira,” ujarnya.

Emir Qatar telah membuat investasi sebanyak 15 billion USD kepada Erdogan dan Turki semalam, tindakan bijak Emir Qatar ini katanya, terbukti berhasil apabila nilai 1 Lira melonjak kepada 69sen Malaysia selepas investasi itu berlaku.

“Jadi, masanya memang telah tiba untuk anda memberikan bantuan. Jika anda tidak punya Dollar atau Euro untuk ditukar, Ringgit pun anda boleh gunakan untuk membuat pembelian ke atas Lira. Sudah cukup kalau setiap seorang rakyat negara Malaysia yang berpopulasi lebih 30 juta itu menukar sebanyak RM100 seorang kepada Turkish Lira.

“Anda kena bantu kubu terakhir umat Islam ini dengan setiap titikan darah yang anda ada. Jangan sesekali membiarkan ia diganggu gugat. Rebahnya Turki saat ini menandakan tersungkurnya umat Islam di akhir zaman. Selama ini, Erdogan telah bersusah payah berjuang untuk menjatuhkan sistem sekular di Turki sehingga Islam di Turki telah kembali pulih seperti sekarang,” rayu beliau.

at 8/18/2018 04:02:00 PTG
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/08/kempen-beli-lira-bantu-turki-hadapi.html
KERENGGA: Kempen beli Lira bantu Turki hadapi serangan ekonomi

Lavel pengulang-ulas gemar tepuk: 

Tolong bagi tau Mat Nuar....banyak sangat foreplay pun tak bagus juga....boleh hilang keghairahan dan anti climax...at the same time tergopoh- gapah xdan tak sabo- sabo boleh menyebabkan pre- mature ejaculation....maknonyo molopeh layi nak jadi PM. untuk kesekian kalinyo
...
Sebaiknya Mat Nuar duduk diam- diam, pi sembang di kedai kopi jumpa oang-orang kampong serata tempat...berkenalan dan bersembang...jangan sembang bab politik tapi hal biasa- biasa....bila penat pegi surau wirid dan berdoa kpd Allah seiklas hati....jika dikehendakiiNya jadilah kdmu PM...jika tidak memang bukan rezeki kamu..... banyak menyebuk sana sini bikin ramai orang meluat sama kamu....
https://www.blogger.com/profile/16202787384017313039

Satu lawan satu di Seri Setia & Belakong

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia dan Balakong akan menyaksikan pertembungan satu lawan satu masing-masing antara calon Pakatan Harapan dan PAS dan DAP.

Di Seri Setia ia melibatkan calon HARAPAN, bekas anggota Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Halimey Abu Bakar, 46, dan calon PAS, yang juga bekas anggota Exco kerajaan Selangor, Dr Halimah Ali, 58.

PRK Balakong pula akan menyaskikan pertandingan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan dan MCA antara Tan Chee Tiong (MCA) dengan Wong Siew Ki (DAP).

Pegawai Pengurus PRK DUN Seri Setia, Datuk Mohd Azizi Mohd Zain membuat pengumuman itu pada pukul 10.37 pagi di pusat penamaan calon di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MPBJ) di sini, hari ini.

Mohd Azizi berkata pihaknya menerima borang pencalonan daripada calon HARAPAN pada pukul 9.10 pagi, manakala daripada calon PAS, pukul 9.15 pagi.

Proses penamaan calon yang berlangsung selama sejam ditutup pada pukul 10 pagi. - Bernama

: Menguji pengaruh pembangkang PAS, MCA selepas PRU-14.... 
https://www.blogger.com/profile/03234646516623814580


Admin FB Kelab Maya Mahathir alami “Sakit Punggung”

Admin Fb page Kelab Maya Mahathir mendakwa undian atas talian mereka telah disabotaj oleh gerakan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri dan dibantu oleh FB page Tentera Troll Kebangsaan Malaysia dan Mykmu.net yang didakwa merupakan kumpulan cyberdedak pembangkang.

Ini kerana apabila undian tersebut ditutup, 88% tidak berpuas hati dengan PH manakala 12% sahaja yang berpuas hati.

Keputusan yang tidak memihak kepada admin FB Page tersebut telah menyebabkan beliau mengalami kesakitan punggung (butthurt).

Berikut merupakan kenyataan penuh admin fb page Kelab Maya Mahathir:
#CUBAAN_SABOTAJ_KERAJAAN_PH_DIBWH_PIMPINAN_AYAHANDA_TUN!

Admin telah tahu dan dimaklumkan dari awal oleh beberapa sahabat bahawa jangan buat polls kerana setiap polls yg dijalankan di media sosial oleh Kumpulan Penyokong Kerajaan ini akan dicabul oleh satu gerakan yg mendokong DSAI sebagai Perdana Menteri dan dibantu oleh Kumpulan Cyberdedak Pembangkang seperti Tentera Troll Kebangsaan Malaysia dan Mykmu.net.

Malah kita tahu Kumpulan #CyberTaliban dari #Parti_Perasan_Surga telah sedaya upaya berkempen dan menjadikan polls di page2 penyokong kerajaan nampak seolah2 rakyat tidak berpuas hati dengan Kerajaan Ayahanda Tun. Cuba bandingkan poll #sebelum_disabotaj yg menunjukkan 85% rakyat #menyokong dan #berpuashati dgn kerajaan pimpinan Ayahanda Tun.

Hakikatnya admin lampirkan bukti. 54 ribu pengguna fb telah mengambil bahagian daalm poll ini yang kebanyakkannya dari kumpulan yg admin sebutkan tadi sebab keputusan akhir poll ini menunjukkan 88% ketidakpuasan hati rakyat manakala 12% menunjukkan sebaliknya.

Usah risau, kerana 258 Ribu pengguna yg melihat post ini hanya 52 ribu @ 21% pengguna fb shj yg mengambil bahagian manakala yg lain masih memberikan peluang dan yakin dengan Kerajaan PH dibawah kepimpinan Ayahanda TDM. 100 hari dari 1825 hari lagi ada untuk kerajaan memimpin negara jadi usahkan meroyan mcm babi kena belacan. – Admin Din JDT

Terdahulu, TTKM melaporkan beberapa undian di fb pages menunjukkan 67%-90% tidak puas hati dengan prestasi 100 hari PH memerintah.

Malah, fb page penjilat kerajaan (JiKera) no 1, Suara Rakyat juga menunjukkan keputusan pengundian yang hampir sama dimana hampir 80% tidak berpuas hati.

Sumber : TTKM

: Kalau ada dikalangan anak muda sekarang mendapat cerita bagaimana Atuk mereka semasa menjadi PM ke-4 sudah tentu mereka tahu mereka pasti benar-benar dikencing.... 
Malang Pitas dibalik 'projek udang kerajaan' Najib

Gabungan parti politik di peringkat nasional menawarkan alternatif yang lebih stabil berbanding dengan landskap politik Sabah yang berubah-ubah, terdiri daripada parti-parti politik yang berseteru dan kesetiaan yang sering beralih.

Pada tahun 2010, Mastupang Somoi cukup teruja apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan sebuah projek ternakan kolam udang komersil akan dibina di kampung halamannya di Pitas, wilayah utara Sabah. Sepanjang hidupnya Mastupang Somoi hanya menjadi penyokong tegar BN.

Kolam udang bernilai RM1.23 bilion itu dikatakan bertujuan untuk mengurangkan kemiskinan dengan membawa industri, pekerjaan dan bekalan air bersih mengalir serta harapan untuk sebuah kehidupan yang lebih baik.

Walau bagaimanapun, selepas empat tahun kolam udang itu mula beroperasi, Mastupang (gambar) menjadi salah seorang pemimpin yang membantah projek itu.

Baru-baru ini, wartawan Malaysiakini yang mengadakan lawatan ke Pitas berkesempatan menaiki sampan yang didayung, melihat ke beberapa kawasan paya bakau di sepanjang aliran muara Sungai Telaga dan anak-anak sungainya bagi menyaksikan betapa besarnya kawasan hutan bakau yang telah musnah atau mati terhapus akibat projek kolam udang tersebut.

Penduduk kampung mendakwa bahawa aliran air masin masuk ke muara telah sengaja dialihkan sementara lebih daripada 2,000 ekar hutan terdiri daripada beribu-ribu pokok bakau ditebang bagi memberi laluan kepada ladang itu.

Sejak zaman berzaman, masyarakat kampung di situ menjadikan hutan paya bakau ini sumber rezeki untuk mendapatkan ikan, ketam dan spesis kerang tempatan yang dipanggil lokan. Bagaimanapun, sumber rezeki ini semakin sukar dicari pada tahun-tahun kebelakangan ini.
Kalau tak tunai, maksudnya tipu pengundi’
NOR KHALILAH GUSTI HASSAN 18 OGOS 2018
FacebookTwitterWhatsAppEmailMore1.4K
‘Kalau tak tunai, maksudnya tipu pengundi’
Andansura (kiri) dan Mujibur Rahman

KUANTAN - Wakil rakyat Pas berpendapat janji 100 hari yang didendangkan kerajaan PH mengecewakan sebilangan besar rakyat di negara ini apabila banyak janji tidak tertunai seperti tempoh yang disebutkan.

Adun Berserah, Andansura Rabu berkata, ini kerana rakyat memberikan sokongan kepada PH ber­dasarkan tawaran yang dibuat oleh pihak-pihak yang bertanding.

Malangnya, tawaran tersebut tidak ditunaikan seperti tempoh yang dijanjikan.

“Semua tawaran yang dibuat mestilah sesuatu yang bersifat realistik dan boleh dilaksanakan. Jika tidak, ia adalah satu penipuan kepada pengundi-pengundi,” katanya.

Sementara itu, Adun Chenor, Mujibur Rahman Ishak pula berkata, dalam tempoh 100 hari pemerintahan, kerajaan perlu melihat sejauh mana pelaksanaan manifesto yang telah ditunaikan.

Sebagai contoh, katanya sehingga kini rakyat masih menantikan bilakah harga petrol akan diturunkan.

Menurutnya, sekiranya kerajaan menyedari bahawa manifesto itu sukar untuk dilaksanakan, kerajaan perlu memohon maaf kepada rakyat.

“Segala kelewatan sepatutnya kerajaan perlu memohon maaf kepada rakyat. Rakyat mahukan perbezaan dengan pemerintahan sebelum ini.

”Maka dalam tempoh 100 hari yang telah berlalu, PH perlu membuat kajian terhadap janji manifestonya dan sanggup memohon maaf kepada rakyat bagi manifesto yang belum terlaksana.

“Jangan ada sifat berdendam dengan kerajaan terdahulu tapi membangunkan negara untuk kesenangan rakyat,” katanya.
Harga Proton naik RM1,500 ke RM3,000 lepas SST
9 OGOS 2018
FacebookTwitterWhatsAppEmailMore5.8K
Proton
Proton - Foto Bernama
A-A+ (Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Proton Edar Sdn Bhd menjangka harga kenderaan jenama tempatan akan meningkat sekitar RM1,500 hingga RM3,000 apabila Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) diperkenalkan semula September depan.

Justeru, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd, Abdul Rashid Musa menasihatkan orang ramai membeli kereta itu sekarang, iaitu ketika dalam tempoh peralihan daripada kadar sifar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada SST untuk menikmati penjimatan.


"Kita menjangka harga kenderaan Proton akan meningkat selepas pelaksanaan SST, cuma angka tepat belum dapat dipastikan memandangkan kerajaan belum lagi mengumumkan mekanisme cukai ini. "Pengiraan peningkatan harga ini (RM1,500-RM3,000) dibuat berdasarkan tindakan kerajaan terdahulu memperkenalkan GST bagi menggantikan SST di mana terdapat pengurangan dalam harga kereta Proton sekitar RM1,500 hingga RM3,000 pada waktu itu.

"Justeru, apabila SST diperkenalkan semula, kami menjangka akan ada peningkatan harga dalam kuantum sama," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penyampaian hadiah program 'Proton Wealth on Wheels (WOW) Challenge' di sini hari ini.

Abdul Rashid berkata, semua kenderaan Proton masih boleh ditempa memandangkan stok masih mencukupi untuk memenuhi permintaan dalam tempoh peralihan sistem percukaian itu daripada kadar sifar GST kepada SST.

Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya jangan terlalu memilih warna kereta dan varian sekiranya mahu kenderaan diserahkan kepada mereka dengan kadar segera.

WOW adalah program hasil kerjasama Proton dan Grab Malaysia bagi memberi cabaran kepada pemandu perkhidmatan itu untuk menamatkan cabaran berdasarkan penggunaan bahan api dan perbatuan tertinggi.

Dipecahkan kepada tiga kategori iaitu kereta Proton Iriz, Saga dan Persona, setiap pemenang membawa pulang 'baucar jualan' untuk pembelian kereta Proton baharu bernilai RM6,888. - Bernama

Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman sedang mempersiapkan sebuah pasukan untuk menghentikan sebarang cubaan melakukan penipuan pada pilihan raya umum nanti.

“Macam-macam perkara yang hendak ditipu. Saya bagaimanapun sedang ‘monitor’ perkara ini, selagi saya di barisan depan, saya tidak akan benarkan semua ini berlaku.

“Saya sedang siapkan jentera, tuan-tuan jangan takut, undi yang tuan berikan adalah rahsia. Jadi kita boleh keluarkan kerajaan ini,” katanya pada himpunan “Sayang Malaysia Hapuskan Kleptokrasi” di Padang Timur, hari ini.

Rashid yang juga naib presiden PPBM mendakwa hanya pegawai tertinggi kerajaan yang menyokong kepimpinan Barisan Nasional (BN).

“Selagi ada kerajaan yang memimpin sekarang ini, negara kita tidak akan menjadi baik. Kita harus malu pada dunia yang kini mengutuk kita, yang tidak mengutuk hanyalah pegawai tertinggi kerajaan,” dakwanya.
Media Kerajaan Kaburi ekonomi negara



Buka Minda..Mari telusuri tulisan ini.. kemudian berfikir lah...
Arahkan kotak fikir supaya lain Kali bertindak sesuatu mesti untungkan agama, bangsa dan rakyat...

Sebenarnya aku malas nak menulis ttg politik beberape mnggu ni. Malas bukan disebabkan x minat tp, aku sedang jd cctv sambil ketawa dgn gelagat pemimpin ph yg x ubah spt badut2 umno dulu.

Walau berganti kerajaan rupanya x berganti pun persembahan badut politik cma namanya je berbeza.

Media ttp kekang berita pembangkang, mengagung2kan pemerintah walaupun terlalu byk konar baring yg lucu.

Dah hampir seratus hari perintah tiada perubahan apa pun yg ph lakukan. Gst sifar je tu pun bakal diganti dgn sst yg pastinya akan naikkn harga barang malah lebih tinggi dr pemerintahan lama.

Negara pun ttp terus membuat hutang baru walaupun kononnya membatalkan projek mega. Buktinya pengeluaran bon2 bernilai 22bilion kerajaan ph.

Tutup la bangkai busuk tu dgn tabung harapan ttp juga terhidu.

Dasar pendidikan negara pula jd semakin huruhara dgn pengumuman utk pengiktirafan sijil uec yg tak diiktiraf pun oleh negara luar kecuali taiwan.

Yg peliknya sijil ni bukan berteraskan sistem pendidikan nasional tp sistem yg direka oleh pelampau rasis dong zong. Siapa dong zong ni, mulia sgt ke mereka hingga khadam melayu yg x tahu apa2 sokong sgt sistem pendidikan yg diasaskan oleh golongan pelampau rasis ni.

Malah ikut kajian apa yg dibawa oleh dong zong ni la punca keharmonian nasional beratakan.

Kemudianya islam dijaga oleh golongan songsang agama dgn menyatakan Allah suruh jaga agama lain. Ayat mana dia takwilkan pun x tahu la sedangkan Allah sgt mengutuk dan memberi ancaman keras kpd kekafiran.

Pertanian juga jd bahan lawak, tomato, ikan kembung mmg win. Terbaru ladang ternakan lembu yg jumlahnya x sampai 100 ekor purata utk ladang2 yg beribu hektar mmg menghiburkan utk dijadikan bahan gelak.

Dr sudut ekonomi lg la cacamerba. Janji menifesto tinggal sbg janji yg x tertunai, dosanya kerajaan tanggung lak tu. Jom tepuk tangan pd lawak ni. 👏🏻👏🏻👏🏻👏🏻👏🏻

Kos sara hidup rakyat x de satu pun menunjukkn penurunan. Barang semakin mahal, hidup rakyat mmg terhimpit.

Sekutu rapat dalam parti pun dah mula xboleh tahan dengan najib? Bau badan dan gaya kepit najib sudah semakin tidak menarik bagi mereka yang pernah jadi pengampu tegar. teepuuuuK!!!

Saturday, 18 August 2018
MALANG SEORANG BEKAS PRESIDEN.....

Najib Razak mencatat satu sejarah yang tidak pernah berlaku kepada mana-mana bekas Presiden UMNO sebelum ini.

Hanya selepas 100 hari UMNO hilang kuasa yang punca utamanya adalah skandal 1MDB yang terkait secara langsung dengannya, bekas Perdana Menteri itu dilaporkan akan diminta "berehat" daripada mencampuri sebarang urusan berkaitan parti itu.

Ini berikutan ramai pemimpin UMNO sudah bersuara menyatakan kehadirannya terus bersama parti itu akan menghalang kepimpinan baru melaksanakan perubahan, selain beliau juga dianggap beban yang merumitkan lagi usaha mengembalikan semula sokongan rakyat.

Ada juga pemimpin UMNO yang menganggap Najib sudah jadi sejarah, justeru beliau diminta tidak perlu sibuk-sibuk lagi dengan hal ehwal parti yang pernah kecundang ditangannya.

Tindakan meminta seorang bekas Presiden UMNO untuk "berehat"  daripada mencampuri urusan UMNO tidak pernah berlaku kepada sesiapa sebelum ini dan Najib merupakan yang pertama dikenakan peraturan tersebut.

Sudahlah hilang kuasa, berdepan kes di mahkamah dan menghadapi kecaman awam berikutan penemuan wang tunai, barang kemas serta beg tangan mewah yang dianggarkan bernilai RM1.1 bilion di kediamannya, Najib kini seakan-akan dipinggirkan pula oleh kepimpinan UMNO sedia ada yang ingin menjauhkan diri daripadanya.

Malang sungguh nasib seorang bekas Presiden UMNO dan bekas Perdana Menteri yang bernama Najib Razak ini!!

Dengan peraturan baru ini, Najib dengan sendirinya tidak akan dialu-alukan untuk turun berkempen dalam pilihanraya kecil Seri Setia dan Balakong sebagaimana yang yang dilakukannya di Sungai Kandis sebelum ini.

Meskipun UMNO tidak bertanding dalam kedua-dua pilihanraya kecil itu, apabila UMNO menguatkuasakan ketetapan  "merehatkan" Najib, maka sudah tentu Pas dan MCA yang bertanding di Seri Setia dan Balakong juga tidak mengalu-alukan kehadiran bekas Perdana Menteri itu.

Sebelum ini,  Najib juga mencipta sejarah sebagai satu-satunya bekas Presiden UMNO yang pernah didakwa di mahkamah selepas tidak lagi memegang jawatan itu.

Semua bekas presiden UMNO selama ini bukan saja tidak pernah didakwa di mahkamah, bahkan mereka menerima penghormatan yang tinggi sebaik saja bersara.

Tetapi, Najib barangkali akan menghabiskan banyak masanya di mahkamah untuk membela diri atas pertuduhan yang akan dihadapinya. 

Setakat ini tujuh pertuduhan sudah dikenakan kepadanya dan mungkin lebih banyak pendakwaan lagi sedang menunggunya selepas ini.

Jika pendakwaan di mahkamah itu berakhir dengan hukuman penjara, Najib sekali lagi akan mencipta sejarah sebagai bekas Presiden UMNO yang pertama menerima hukuman tersebut.

Selain itu, jika mahu dikira sebagai sejarah ketika memegang jawatan dalam kerajaan pula, Najib juga satu-satunya Perdana Menteri yang pernah ada wang sebanyak RM2,600 juta atau mungkin lebih dalam akaun bank peribadinya.

Ketika ada jawatan atau selepas hilang jawatan, Najib nampaknya sentiasa ada sejarah yang diciptanya. 

(ShahbudinHusin 18/08/2018).
Posted by Shahbudin Husin at 20:44
https://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/08/malang-seorang-bekas-presiden.html
malang-seorang-bekas-presiden.html

....

Tiada ulasan: