Khamis, 30 Ogos 2018

Kalau BN terutamanya Umno masih berkuasa, tentu di hari ini keadaan ceritanya berbeza. 8120.


Thursday, August 30, 2018
Sebelum tegur perlu selidik
SUSUPAN SUBUH

MENCONTENG UNTUK PERUBAHAN™
merentasi realiti ..bukan sekadar bawah tempurung media pengampu ...
Harakah hina Selangor dengan Darul LGBT .. hina siapa tu?

MENCONTENG UNTUK PERUBAHAN™
merentasi realiti ..bukan sekadar bawah tempurung media pengampu ...
Apa sikap PAS terhadap UMNO di negeri Terengganu?

101 ahli Umno-Pas masuk AMANAH di Dun Bintong
MALAYSIA DATELINE

Thursday, August 30, 2018
Fuh Tediaa !!! Terowong RM176 juta, tetapi tidak kemana-mana
Terowong RM176 juta, tetapi tidak kemana-mana

SPRM siasat kaitan Hasanah, 1MDB, wang tunai AS$12 juta

Thursday, August 30, 2018
YANG MANA MANALAH ..

Thursday, August 30, 2018
RM49 Juta Diseleweng Bekas Pengarah ME10?

Thursday, 30 August 2018
BILA LAGI PAKATAN HARAPAN NAK ADA MEDIANYA SENDIRI?

Thursday, August 30, 2018
Kes MEIO: USD6.3 Juta Dirampas, Seorang Lagi Datuk Ditahan

SPRM akan pamer hampir RM50j rampasan dari ejen perisik MEIO
Haris Mohd











Thursday, August 30, 2018
Sebelum tegur perlu selidik
SUSUPAN SUBUH

SALAH satu senjata untuk membunuh kerjaya seseorang ahli politik dan gerakannya sekaligus ialah, menimbulkan persepsi buruk kepadanya. Dengan berbuat demikian si penuduh itu biasanya orang yang cemburu yang mahu individu itu ditolak oleh orang ramai. Kadang-kadang tuduhan atau singgungan kepada mereka dibuat  kononnya atas tugas dakwah, atau untuk menegur semata-mata.

Tetapi cara teguran yang dibuat dengan mengait isu-isu sensitif tidak memberi keuntungan kepada individu berkenaan. Kadang-kadang ia seperti sengaja dibuat untuk menyusahkan orang yang ditegur. Isu yang sering dikaitkan ialah maksiat, wanita, jenayah dan juga akidah atau khilaf aliran agama. Inilah isu yang mudah dimakan dan ditelan oleh orang Melayu apalagi kalau ia disungutkan oleh orang berkelayakan misalnya digelar ustaz, atau lagi berdarjat Doktor Falsafah.

Saya suka merujuk kepada apa yang dilakukan ke atas Presiden Amanah, Mohamad Sabu. Nampaknya Menteri Pertahanan ini tidak habis-habis berhadapan dengan cubaan menghina dan merendahkan moralnya. Sebelum ini di viralkan gambar beliau berselfie dengan pramugari. Selepas itu dikaitkan pula beliau dengan Syiah.

Seorang ustaz yang ikut mengaitkan Mohamad Sabu dengan Syiah hanya kerana presiden Amnah itu bergambar berlatar belakangkan rak buku yang ada kitab Syiah. Itu sahaja. Dangkal sekali kebimbangan disuarakan oleh individu berkenaan yang lantas Mohamad terpaksa membuat penjelasan berkaitan hal itu.

Walaupun tujuan orang berkenaan ikhlas kononnya untuk menjaga reputasi Mohamad Sabu tetapi apabila ia mengaitkan itu itu dan dibuat dalam media massa ia menimbulkan persepsi buruk kepada Mohamad Sabu. Orang yang mempercayai terang-terang kepada keilmuan orang yang menegur itu akan menganggap Mohamad Sabu sebagai penganut fahaman Syiah. Menegur tanpa fatonah membahayakan lebih baik tidak berbuat demikian daripada melakukannya.

Inilah saya kata tidak ada sikap fatonah kepada mereka yang menegur Mohamad secara terbuka yang membabitkan isu-isu sensitif. Sepatutnya orang yang mahu menyelamatkan maruah Mohamad Sabu beliau menghubungi Mohamad Sabu secara personal dan menyatakan kebimbangan itu. Bukan mendesak Mohamad membuat penjelasan di khalayak yang berbauk skeptikal.

Macam mana anda sebagai pendakwah yang perlu mempunyai sifat toleransi, berhemah boleh berbuat begitu. Anda sepatutnya tidak mencetuskan tanggapan buruk kepada seseorang yang ditegur kerana kesannya berat. Bagi saya penegur bersikap begini, kurang bijak dan tidak ada perasaan ukhwah kepada orang yang ditegur.

Justeru penyokong atau ahli politik tidak mudah menerima teguran dibuat oleh para ilmuan agama di luar parti mereka. Mereka perlu mempercayai kepada pemimpin masing-masing berkaitan apa-apa isu agama dan moral yang timbul. Misalnya tentang Mohamad Sabu dikaitkan dengan Syiah itu, pendokong parti itu perlu mendengar apa ulasan dan teguran pemimpin agama dalam parti Amanah dahulu. Parti itu ada tokoh berkelayakan untuk membuat ulasan mengenai apa-apa yang ditimbulkan atau berlaku itu.

Dalam Amanah, ada Ahmad Awang, Abdul Ghani Shamsuddin yang ilmu agamanya tidak kurang hebatnya. Orang-orang ini perlu menegur jika ada sesuatu yang sumbang dan cacat. Selagi orang ini tidak tegur bermakna apa yang timbul itu masih belum kes berat. Masakan Ahmad dan Abdul Ghani bersubahat melindungi kecatatan dan kesumbangan.

Begitu juga dengan isu-isu agama yang timbul dikalangan pemimpin Pas, atau pun apa-apa ijtihad yang dibuat oleh parti itu, ia perlu mendapat dan diulas oleh para ulamanya. Majlis Syura Ulama (MSU) misalnya badan berautoriti dalam membuat apa-apa ulasan berkaitan agama. Maka mereka hendaklah dipercayai dan diyakini.

Individu diluar walaupun setinggi mana ilmu agamanya, bukan tidak ada hak tetapi sumbang apabila mereka bercakap untuk menegur apa-apa isu berkaitan agama seseorang pemimpin parti. Apa lagi kalau tuduhan dan teguran itu dibuat tanpa menyelidik sebaik mungkin dan ada niat tidak baik. Tuduhan secara rubbish begitu walaupun baik ia boleh menjadi buruk. Cara begitu menghilangkan hikmah dakwah yang dibawa itu.

[wm.kl.6:45 am 30/08/18]
Posted by mohd sayuti Omar at 6:52:00 AM
.: Sebelum tegur perlu selidik
http://msomelayu.blogspot.com/2018/08/sebelum-tegur-perlu-selidik.html

MENCONTENG UNTUK PERUBAHAN™
merentasi realiti ..bukan sekadar bawah tempurung media pengampu ...
Harakah hina Selangor dengan Darul LGBT .. hina siapa tu?

Selepas dikecam ramai, pihak Harakah hari ini membuat permohonan maaf atas siaran sebuah artikel yang dianggap menghina kerajaan Selangor.

Dalam kenyataan pendek dikeluarkan hari ini, jabatan pengarang akhbar rasmi PAS itu berkata, rencana berjudul PRK Seri Setia: PAS lawan Darul LGBT itu tidak ditujukan kepada rakyat Selangor atau institusi diraja negeri terbabit.

Namun, kata kenyataan itu, Harakah mendakwa berlaku "salah tafsir" terhadap rencana berkenaan.

"Harakah mengambil maklum salah tafsiran yang berlaku, dan dengan itu pihak sidang pengarang memohon maaf atas penerbitan bahan tersebut yang mengundang persepsi pelbagai," katanya.

Rencana itu ditulis wartawan veteran Subky Latif yang memang terkenal dengan ketajamannya mengulas sesuatu isu secara bersahaja.

Bagaimanapun tulisan yang tersiar dalam Harakah edisi 2376 itu menimbulkan kemarahan banyak pihak.

Selain dianggap semberono mengaitkan kerajaan negeri dengan alaman lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), ia juga secara tidak langung terarah kepada Sultan Selangor sebagai ketua negeri.

Doa hancurkan pakatan jahat

Ia menarik perhatian kerana rencana kolumnis berkenaan disiarkan menjelang kurang dari 10 hari lagi sebelum pilihan raya kecil Seri Setia dan Balakong.

PAS meletakkan bekas exco Selangor Dr Halimah Ali sebagai calonnya di Seri Setia, selain menggesa penyokong parti terbabit memberikan undi kepada MCA yang mewakili pembangkang di Balakong.

Untuk rekod ia bukanlah kali pertama PAS mengundang kritikan ramai dalam aktiviti politik mereka di Selangor.

Pada Mac lalu PAS Selangor turut menimbulkan kontroversi ekoran doa yang dibacakan salah seorang pemimpinnya Ahmad Dusuki Abd Rani. Ia berlangsung menjelang pilihan raya umum ke-14.

Antara lain doa dibacakan Ahmad Dusuki itu ialah:

"Di malam yang baik ini, Ya Allah, kami berkumpul di padang ini mengharapkan kejayaan kepada Parti Islam Se-Malaysia, PAS, khususnya di bumi Selangor ini dalam pilihan raya yang akan kami lalui.
Harakah hina Selangor dengan Darul LGBT .. hina siapa tu? ~ Menconteng Untuk Perubahan™
http://penburukonline.blogspot.com/2018/08/harakah-hina-selangor-dengan-darul-lgbt.html

MENCONTENG UNTUK PERUBAHAN™
merentasi realiti ..bukan sekadar bawah tempurung media pengampu ...
Apa sikap PAS terhadap UMNO di negeri Terengganu?
Menteri Besar Terengganu Dr Samsuri Mokhtar dilaporkan berkata, jalinan kerjasama antara PAS dengan Umno dilihat sebagai sebahagian daripada konsep Gagasan Sejahtera.

Kenyataan itu berkait dengan kerjasama PAS dan Umno dalam pilihan raya kecil (PRK) di Seri Setia.

Apa yang kita dapat lihat, keikhlasan Umno lebih ketara berbanding PAS apabila ramai pimpinan parti Melayu itu turun membantu kempen di Seri Setia berbanding PRK Sungai Kandis yang menyaksikan masih ada kejanggalan dan sorok-sorok dalam menyatakan sokongan.

PAS dan Umno mempunyai sejarah pertembungan yang agak lama walaupun pernah bersama dalam BN pada awal 1970-an.

Selepas tersingkir, hubungan PAS dan Umno menjadi buruk. Umno dianggap sebagai musuh utama untuk satu tempoh yang sangat panjang, atau lebih tepat hingga 2009.

Dasyatnya perpecahan ini hingga timbul isu sembelihan tidak sah, akad nikah tidak sah, kafir-mengkafir dan sebagainya.

Kemudian ia sedikit demi sedikit cuba dijernihkan pada melalui idea Kerajaan Perpaduan pada 2009 yang menjadi perbahasan hangat pada ketika itu namun tidak mampu pergi jauh kerana halangan Mursidul Am PAS ketika itu, almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Buktikan gagasan diterima

Pertembungan puluhan tahun itu sebenarnya adalah satu "barrier" hingga kerjasama PAS - Umno akan kekal dilihat janggal oleh sesetengah pihak walaupun ia sudah dijangka dan disebut sebut sejak beberapa tahun lalu.

Apabila Nik Abdul Aziz meninggal dan kumpulan menyokong Pakatan Rakyat di dalam PAS tersingkir, kini hanya ada satu halangan untuk merealisasikan cita-cita kerjasama Pas - Umno, iaitu "kejanggalan" yang disebut tadi.

Ia masih ada walaupun Samsuri mendakwa penyokong sudah makin menerima konsep Gagasan Sejahtera yang turut melibatkan Umno.

Ia dinyatakan selepas beberapa minggu lalu kita menyaksikan penyokong PAS masih enggan memberikan undi mereka kepada calon Umno di Sungai Kandis.

Saya percaya penyokong Umno mampu memberi undi kepada PAS di Seri Setia tapi tidak mustahil pada masa sama PAS sendiri akan kehilangan penyokong terdahulu.

Doktrin yang diterima ahli PAS untuk menentang Umno sejak puluhan tahun lalu tidak mudah untuk dilunturkan hanya dengan ucapan ucapan anti-DAP dan Pakatan Harapan.

Apatah lagi banyak isu isu berbangkit telah terjawab dan ternyata banyak antaranya adalah fitnah termasuklah apabila baru-baru ini ada muslimah PAS yang memfitnah Khalid Samad dan Mujahid Yusof.

PAS sebenarnya perlu bertindak lebih gigih untuk menjayakan kerjasama mereka dengan Umno walaupun itu bermakna mereka terpaksa menerima hakikat bahawa setiap dakwaan bekas pemimpin mereka - seperti Mohamad Sabu, Husam Musa dan Mahfuz Omar - sebelum ini akhirnya terbukti benar.

Sejak sekian lama pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) memang menegaskan bahawa PAS memang ingin bekerjasama dengan Umno sejak parti itu masih bersama Pakatan Rakyat.

Terengganu adalah negeri yang menyaksikan pertembungan paling keras antara PAS dan Umno suatu ketika dulu.

Di negeri itulah berlakukan sembahyang dua imam, isu sembelihan tidak sah dan amalan takfiri.

Dan hari ini, untuk mengeratkan kerjasama politik PAS dan Umno,, sesuailah ia dimulakan secara rasmi di di Terengganu. Jika ia berjaya dan diterima, maka tanpa banyak soal penyokong parti di negeri lain akan akur.

Terengganu sekarang ditadbir oleh PAS yang dipimpin Samsuri. Sekiranya benar Gagasan Sejahtera dan idea politik matang sudah diterima oleh penyokong PAS sebagaimana didakwa Samsuri, maka tiada salahnya kerjasama ini diwujudkan di negeri itu.

Ia sekali gus mampu meleburkan "barrier" yang terbina di antara PAS dan Umno sejak sekian lama.

Tiada alasan untuk terus menangguhkan lagi kerjasama di peringkat negeri-negeri, apatah lagi dengan keyakinan PAS bahawa idea itu disokong setiap ahlinya.

Kerjasama terpilih di negeri terpilih hanya akan memperlihatkan PAS sebenarnya bersifat berpilih-pilih untuk berkawan dan mementingkan parti sendiri semata-mata.

Sekiranya begitu, ia adalah petanda awal kegagalan kerjasama PAS-Umno yang belum pun memasuki hari ke-100.

Pakatan Harapan tentu sahaja tidak akan mendapat sebarang kelebihan melalui kerjasama PAS - Umno. Mereka mungkin hanya akan tersenyum melihat pemimpin PAS menelan kembali ludah mereka sebelum ini.

MUAMMAR QADDAFI ialah pembaca Malaysiakini.
Apa sikap PAS terhadap UMNO di negeri Terengganu? ~ Menconteng Untuk Perubahan™
http://penburukonline.blogspot.com/2018/08/apa-sikap-pas-terhadap-umno-di-negeri.html

101 ahli Umno-Pas masuk AMANAH di Dun Bintong
MALAYSIA DATELINE
Ir Shaharuddin Ismail (tiga dari kanan) dan Wan Kharizal Wan Khazim (empat dari kanan) 
selepas mengumumkan keluar parti sertai AMANAH.- Foto BH online.

Seramai 101 ahli Umno dan Pas di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Bintong mengumumkan keluar parti masing-masing hari ini dan menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH).

Bekas Ketua Penerangan Umno Perlis, Ir Shaharudin Ismail yang mewakili 30 bekas ahli Umno menyerahkan borang keahlian kepada Pengerusi AMANAH Perlis, Wan Kharizal Wan Khazim, di Pusat Aktiviti Wang Ulu, semalam, lapor bharian online.

Turut sama menyerahkan borang keahlian adalah bekas Ahli Jawatankuasa Pas Cawangan Kampung Telok Kacang yang mendakwa mewakili 71 ahli Pas kawasan berkenaan.

Shaharudin berkata, keputusan beliau bersama ahli Umno lain menyertai AMANAH adalah kecewa dengan pucuk pimpinan Umno yang tidak berubah.

“Pemilihan di peringkat cawangan dan bahagian masih berlaku politik wang, di peringkat pusat ketika pemilihan pula orang yang sama juga dikekalkan.

“Kita sangkakan orang lain akan terpilih tetapi orang lama kekal bermakna cara masih lama dan tiada perubahan,” katanya.

Ditanya kenapa memilih AMANAH berbanding Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan PKR, beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Kangar penggal lalu, berkata AMANAH dilihat lebih sederhana berbanding dua parti Pakatan Harapan (PH) itu.

“Bersatu dan PKR mendapat perhatian yang cukup meluas. AMANAH parti yang bersederhana dan ia sesuai dengan kami.

“Saya dan rakan lain menganggap AMANAH adalah parti masa hadapan yang sesuai dengan perjuangan kami,” katanya.
at 8/30/2018 09:29:00 PG
KERENGGA: 101 ahli Umno-Pas masuk AMANAH di Dun Bintong
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/08/101-ahli-umno-pas-masuk-amanah-di-dun.html

Thursday, August 30, 2018
Fuh Tediaa !!! Terowong RM176 juta, tetapi tidak kemana-mana
Terowong RM176 juta, tetapi tidak kemana-mana
Terowong RM176 juta, tetapi tidak kemana-mana
Terowong RM176 juta, tetapi tidak kemana-mana
ZAGREB - CROATIA. Warga Croatia di selatan negara itu meluahkan kemarahan berhubung sebuah terowong yang menelan belanja mencecah RM176  juta tetapi tidak menuju ke mana-mana.

Menurut stesen TV RTL Croatia, pembinaan terowong sepanjang 1,471 meter yang menembusi kawasan gunung berhampiran bandar Omis sudah dihentikan.

Terowong tersebut sepatutnya dihubungkan dengan jalan yang sedia ada dan menyelesaikan masalah lalu lintas yang teruk di bandar itu.

Terowong tersebut sepatutnya dihubungkan ke Jambatan Omis dan dianggap sebagai sebahagian daripada "projek infrastruktur penting" dalam menyediakan perjalanan yang lebih cepat bagi penduduk di antara bandar dengan jalan pesisir utama.

Laluan itu juga diharap dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas teruk yang dialami oleh penduduk semasa musim ramai pelancong.

Kerja pembinaan bermula enam tahun yang lalu, tetapi RTL menyatakan bahawa "semuanya berhenti" dan wang itu kini dibelanjakan bagi perkara lain, sekali gus mencetuskan kemarahan orang awam.

RTL menyatakan bahawa pihak berkuasa bandar mengakui bahawa projek mahal itu memalukan, dan mereka sudah berjanji untuk menyambung semula rundingan bagi memulakan kerja itu semula.
"Selepas cuti musim panas berakhir, kami jangkakan satu tender awam akan dibuka untuk pembinaan jambatan tersebut.

"Tender itu akan disiapkan menjelang akhir tahun ini jika segala-galanya mengikut rancangan. Kerja itu sepatutnya bermula pada tahun depan," kata Datuk Bandar Ivo Tomasovic. - Agensi

Posted by Abu Luqman at 8:12 AM
Fuh Tediaa !!! Terowong RM176 juta, tetapi tidak kemana-mana
http://ApaKhabarOrangKampung/fuh-tediaa-terowong-rm176-juta-tetapi.html

SPRM siasat kaitan Hasanah, 1MDB, wang tunai AS$12 juta
Para penyiasat SPRM yang mengendalikan kes bekas pengarah perisikan, Datuk Hasanah Abdul Hamid dilaporkan sedang meneliti kaitan wang AS$12 juta yang diselewengkan daripada dana pilihan raya dan 1MDB.

Menurut New Straits Times, wang AS$12 juta itu dibawa masuk dalam bentuk tunai melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekitar pertengahan April, 2018 didakwa bagi kegunaan pilihan raya umum ke-14.

Laporan itu menjelaskan para penyiasat masih menjejaki aliran wang itu tetapi mempunyai asas untuk yakin wang itu berkait dengan 1MDB.

Hasanah, yang juga bekas pengarah Malaysian External Intelligence Organisation (MEIO) ditangkap pada petang Selasa lalu selepas SPRM menahan reman bekas timbalannya dan enam kakitangan pentadbiran dan pegawai tadbir diplomatik (PTD) mengenai kehilangan dana pilihan raya.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan pengawal keselmatan di Jabatan Perdana Menteri didakwa mengambil RM3.5 juta wang tunai pada malam 9 Mei apabila mereka mendapat tahu BN kalah pilihan raya.

Wang itu dikatakan sebahagian daripada dana pilihan raya Umno.

Bagaimanapun, Malaysiakini tidak dapat mengesahkan secara bebas perkaitan antara dua kes ini.

Pada ketika itu, SPRM menahan 17 anggota keselamatan berhubung kes itu dan seterusnya membuat lebih banyak tangkapan.

Menjelang PRU14, Hasanah juga telah menulis kepada Agensi Perisikan Pusat AS (CIA) yang menggesa Amerika Syarikat untuk menyokong pentadbiran perdana menteri waktu itu, Datuk Seri Najib Razak dalam keadaan BN hanya mendapat kemenangan tipis dalam pilihan raya umum.

Kemudian, Hasanah memberitahu pemberita surat tersebut tiada kena-mengena dengan Najib.
-malaysiakini
at 8/30/2018 12:00:00 PTG
KERENGGA: SPRM siasat kaitan Hasanah, 1MDB, wang tunai AS$12 juta
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/08/sprm-siasat-kaitan-hasanah-1mdb-wang.html

Thursday, August 30, 2018
YANG MANA MANALAH ..

Yang mana ikhlas yang mana curang,
Yang mana padi yang mana lalang,
Yang mana cerdik yang mana bangang,
Yang mana lurus yang mana pincang,
Yang mana damai yang mana perang,
Yang mana dayus yang mana pejuang,
Yang mana mentah yang mana matang,
Yang mana dukun yang mana jembalang,
Yang mana kukuh yang mana goyang,
Yang mana samar yang mana terang,
Yang mana sesumpah yang mana orang,
Yang mana macai yang mana hulubalang,
Yana mana bendul yang mana tiang,
Yang mana sebarau yang mana seluang,
Yang mana kecut yang mana kembang,
Yang mana bernas yang mana sambang,
Yang mana terus yang mana simpang,
Yang mana kendur yang mana tegang,
Yang mana pipit yang mana enggang,
Yang mana ungkit yang mana ulang,
Yang mana angkut yang mana tumpang,
Yang mana risau yang mana sayang,
Yang mana pangkas yang mana tebang,
Yang mana balun yang mana pantang,
Yang mana geram yang mana berang,
Yang mana curah yang mana tuang,
Yang mana gatal yang mana jalang,
Yang mana usap yang mana pegang,
Yang mana sepak yang mana terajang,
Yang mana tunggul yang mana tunjang,
Yang genggam yang mana pegang,
Yang mana umpat yang mana bincang,
Yang mana serang yang mana perang,
Yang mana kuyu yang mana buntang,
Yang mana pinjam yang mana hutang.

Posted by al-lavendari at 10:16 AM
KomenSen: YANG MANA MANALAH ..
http://al-lavendari.blogspot.com/2018/08/yang-mana-manalah.html

Thursday, August 30, 2018
RM49 Juta Diseleweng Bekas Pengarah ME10?
Menurut New Straits Times, wang AS$12 juta yang diselewengkan daripada dana pilihan raya itu dibawa masuk dalam bentuk tunai melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekitar pertengahan April, 2018 didakwa bagi kegunaan pilihan raya umum ke-14.

Para penyiasat SPRM yang mengendalikan kes bekas pengarah perisikan, Datuk Hasanah Abdul Hamid dilaporkan sedang meneliti kaitan wang AS$12 juta yang diselewengkan daripada dana pilihan raya dan 1MDB.

Berikut adalah laporan tersebut..

KUALA LUMPUR: INVESTIGATORS are hot on the trail of the US$12 million (RM49 million) said to belong to the government, but allegedly found its way surreptitiously to the office of the Malaysian External Intelligence Organisation (MEIO). 

The New Straits Times has learnt that the money was brought into the country sometime in mid-April, just one week before the 14th General Election, allegedly to fund the polls. 

This developing case has since led the Malaysian Anti-Corruption Commission to arrest Datuk Hasanah Abdul Hamid, who is former chief of MEIO, her deputy, who is also a Datuk, and six other officers at their office. 

Sources told the NST that the money was brought into the country all at once through Kuala Lumpur International Airport. 

For the record, the biggest denomination of the United States currency is the US$100 bill. 

It is also learnt that authorities have strong grounds to believe that the money was linked to 1Malaysia Development Bhd. 

“Investigators are still following the trail to establish where the huge sum of money is,” the NST was told.

Authorities are looking into how the stacks of cash could have been transported out of the source country and into Malaysia undetected. Also in the scope of their probe are those who handled the money from start to end. 

Hasanah, 61, was remanded yesterday and will remain in MACC custody for five days.

She was picked up on Tuesday, a day after her deputy and the other six were remanded, to help shed light on the missing millions. 
She was serving in the division, which is formerly known as the Research Department, under the Prime Minister’s Department (PMD), until recently. 

MACC also remanded her deputy, as well as the other six, who are Administrative and Diplomatic Services (PTD) officers between Grades 44 and 48, for five days. 

It is understood that it was during these initial investigations that more details came up on the missing US$12million. 

This included the information that the missing amount was in US dollars. 

Investigators are probing the individuals for abuse of power for personal gratification. 

Both Hasanah and her deputy were arrested when they turned up at the MACC headquarters in Putrajaya, a day apart, to have their statements recorded. 

The rest were picked up from the office. 

They are in remand to facilitate probes under Section 23 of the MACC Act 2009 ~ New Straits Times

Hebat.. USD12 Juta dalam bentuk tunai boleh dibawa masuk dengan begitu mudah.. tentu ramai yang terlibat..

Kalau BN masih berkuasa tentu keadaannya tidak sama..
Posted by Anak Sungai Derhaka at Thursday, August 30, 2018
Anak Sungai Derhaka: RM49 Juta Diseleweng Bekas Pengarah ME10?

Thursday, 30 August 2018
BILA LAGI PAKATAN HARAPAN NAK ADA MEDIANYA SENDIRI?

Kerajaan Pakatan Harapan sudah mentadbir negara ini melebihi tempoh 100 hari sejak menang pada pilihanraya umum 9 Mei lalu.

Walaupun dalam tempoh 100 hari yang sudah berlalu itu, isu paling banyak diperkatakan ialah tentang janji manifesto Pakatan Harapan yang kononnya masih banyak tidak ditunaikan, tetapi sebenarnya ada perkara lain yang turut menjadi bualan, namun ramai orang seperti terlepas pandang mengenainya.

Perkara tersebut tidak lain ialah tentang penyebaran berita-berita palsu mengenai kerajaan dan pemimpin tertentu Pakatan Harapan yang jelas lebih menular dan berleluasa berbanding era BN dahulu.

Ia sama ada berita itu diputarbelit, direka atau diadakan daripada tiada dan kemudian disebarkan secara meluas melalui media sosial dan kumpulan-kumpulan Whatsapp.

Kerapkali juga berita-berita tertentu direka dengan menggunakan nama portal berita yang menjadi pilihan ramai bagi meyakinkan orangramai mengenainya.

Tidak saja Perdana Menteri, menteri-menteri dan pemimpin tertentu dalam Pakatan Harapan yang selalu menjadi sasaran, malah Mufti Perlis pun menjadi mangsa dengan berita palsu mengenai kononnya beliau bercakap mengenai wang pencen sebagai haram baru-baru ini.

Hakikatnya, apa saja yang boleh dijadikan untuk mengurangkan keyakinan kepada kerajaan, akan adalah pereka berita palsunya.

Tidak cukup dengan itu, media arus perdana tertentu juga kebelakangan ini sudah mula kembali dengan perangai lama dengan suka memutar belit berita fakta tentang pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan.

Nampaknya media arus perdana ini hanya insaf pada peringkat awal UMNO dan BN hilang kuasa saia, tetapi kemudian perangainya tetap sama seperti dahulu. 

Pemimpin-pemimpin kerajaan yang suka dan teruja dalam memberi ruang kepada media arus perdana membuat liputan program-program mereka hendaklah sedar bahawa media arus perdana, kecuali RTM dan Bernama yang merupakan milik kerajaan atau Astro dan Sinar Harian yang menjadi milik bebas, selainnya adalah tetap milik UMNO atau tauke mereka UMNO.

Oleh itu, para menteri dan mereka yang berjawatan dalam kerajaan hendaklah berpada-pada dan jangan terlalu memberi muka kepada media arus perdana berkenaan.

Bila-bila masa media tersebut boleh spin, putar belit atau melaga-lagakan apa yang pemimpin Pakatan Harapan perkatakan.

Ingat sekali lagi - tauke mereka tetap UMNO.

Dalam menangani penyebaran berita palsu dan kelakuan media arus perdana yang kembali dengan perangai lama itu,  satu-satunya cara yang berkesan ialah dengan dengan setiap parti atau menteri mesti mewujudkan pasukan media sosialnya sendiri.

Pasukan ini bukan saja berperanan menyebarkan segala perkembangan atau maklumat berguna kepada rakyat, tetapi juga mesti pantas menangkis dan memperbetulkan berita-berita palsu yang tersebar.

Kita harus sedar bahawa  UMNO sudah tiada isi lagi mahu diperjuangkan kepada masyarakat kerana mereka bukan lagi kerajaan dan juga kerana kerosakan besar yang ditinggalkan oleh Najib Razak dan Rosmah Mansor, lantaran melemahkah Pakatan Harapan melalui berita-berita palsu dan tidak benar adalah pendekatan pilihan mereka sekarang ini.

Dalam hal ini, meskipun ada SKMM yang sepatutnya menangani berita-berita palsu itu, tetapi nampaknya selepas PRU14 lalu agensi tersebut turut lesu berbanding sebelumnya.

Apakah SKMM masih bersimpati dengan kekalahan UMNO atau kerana ramai kakitangannya yang simpati dengan UMNO, lalu ia seperti tidak bertindak apa-apa sekarang ini?

Maka itu, Pakatan Harapan jangan bergantung harap kepada SKMM sebagaimana era Najib dahulu yang mana pantang ada berita palsu di media sosial, begitu pantas sekali tindakannya menangkap atau menyiasat sesiapa yang terlibat.

Langkah seterusnya ialah Pakatan Harapan wajib mewujudkan media arus perdananya sendiri dengan secepat mungkin. Jangan lagi bergantung kepada media arus perdana sedia ada.

Kalau sekarang pun media arus perdana sudah mula spin, putar belit dan bertindak melaga-lagakan sesama parti atau pemimpin dalam Pakatan Harapan, bayangkan bagaimana perangai mereka menjelang PRU15 akan datang?

Kita sudah jadi kerajaan, inilah masanya membentuk benteng penyebaran maklumat yang mantap. Jangan tunggu lama-lama.

Mulakan sekarang jika ingin Pakatan Harapan memerintah Malaysia dalam tempoh yang lebih lama. 
(ShahbudinHusin 30/08/2018)
Shahbudin dot com: BILA LAGI PAKATAN HARAPAN NAK ADA MEDIANYA SENDIRI?
http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/08/bila-lagi-pakatan-harapan-nak-ada.html

Thursday, August 30, 2018
Kes MEIO: USD6.3 Juta Dirampas, Seorang Lagi Datuk Ditahan
PETALING JAYA: Sebanyak AS$12 juta disyaki diseleweng penjawat awam dengan baki kira-kira AS$5 juta sedang dikesan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan penahanan lapan pegawai kanan Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Selain bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid yang direman selama lima hari bermula Rabu dan terkini seorang ahli perniagaan berstatus Datuk direman selama tujuh hari bermula hari ini.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, suspek terkini kes berkenaan ditangkap di Kelantan kira-kira pukul 11 malam Rabu sebelum dibawa ke Putrajaya untuk tindakan lanjut.

"Ahli perniagaan yang ditahan itu adalah rakyat Malaysia dan memiliki status Penduduk Tetap (PR) United Kingdom (UK)," katanya pada sidang media khas di ibu pejabat SPRM di Putrajaya, Khamis.  

Menurut Azam, setakat ini, pihaknya menjumpai kira-kira AS$6.3 juta daripada keseluruhan AS$12 juta wang yang disyaki diseleweng itu.

"Kita mengesyaki AS$12 juta telah dibawa masuk untuk kegunaan kerajaan dan kita cuma jumpa AS$6.3 juta dan baki lebih kurang AS$5 juta masih dikesan.

"Jumlah terbesar yang ditemui mencecah RM4.07 juta di kondo yang terletak di Cyberjaya, manakala selebihnya dijumpai di beberapa lokasi termasuk di pejabat JPM," katanya.

Tambah beliau, SPRM sedang menyiasat sama ada wang tersebut dibawa masuk sebelum atau selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Mei lalu.

"Kita syak wang itu dibawa masuk tiga bulan lalu dan siasatan sedang dilakukan untuk mengesahkan sama ada ia dibawa masuk sebelum atau selepas PRU14," katanya.

Dalam pada itu, Azam turut menafikan penangkapan yang dibuat ada kaitan dengan surat yang ditulis Hasanah kepada Agensi Penyiasatan Pusat (CIA) bertarikh 4 Mei lalu.

"Berlaku kekeliruan... ada yang katakan kes ini ada kaitan dengan isi surat kepada CIA tapi itu sebenarnya bukan," katanya.

Sebaliknya, beliau berkata siasatan terhadap kes tersebut menjurus kepada salah guna kuasa penjawat awam.

"Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai salah guna wang kerajaan," katanya sambil menambah kes itu disiasatan mengikut Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009.

Jelas beliau, setakat ini pihaknya sudah memanggil tiga warga asing untuk membantu siasatan.

"Menurut pegawai penyiasat tidak kurang 20 saksi dikesan untuk beri bantuan siasatan kes ini.

"Jadi saya meminta pihak yang ada maklumat mengenai baki wang itu disyaki disimpan dan digunakan supaya berhubung dengan pegawai SPRM," katanya lapor mStar

Posted by Anak Sungai Derhaka at Thursday, August 30, 2018
Anak Sungai Derhaka: Kes MEIO: USD6.3 Juta Dirampas, Seorang Lagi Datuk Ditahan
https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2018/08/kes-meio-rm63-juta-dirampas-seorang.html

SPRM akan pamer hampir RM50j rampasan dari ejen perisik MEIO
Haris Mohd
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas wang tunai bernilai berjuta-juta dolar AS hasil tangkapan beberapa pegawai risikan kerajaan, termasuk bekas ketua mereka Datuk Hasanah Abdul Hamid.

Sumber memberitahu Malaysiakini, penyiasat SPRM memperoleh maklumat mengenai wang tersebut serta lokasi ia disembunyikan selepas menyoal siasat sejumlah individu yang ditahan.

Difahamkan SPRM akan mendedahkan maklumat lanjut mengenai wang tersebut melalui sidang media di ibu pejabat agensi antirasuah itu di Putrajaya hari ini.

Semalam, Hasanah - yang diketepikan daripada jawatannya selepas Pakatan Harapan membentuk kerajaan - direman lima hari oleh SPRM bagi membantu siasatan berhubung dana tersebut.

Dia - bersama pegawai lain yang masih berkhidmat dengan agensi perisikan di bawah Jabatan Perdana Menteri itu - disiasat mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 atas tuduhan menyalahgunakan kuasa atau kedudukan.

Menurut laporan berita, SPRM sedang meneliti kemungkinan wujud kaitan antara dana berjumlah AS$12 juta itu dengan syarikat pelaburan milik kerajaan, 1MDB.

Dana AS$12 juta (RM49.5 juta pada kadar semasa) asalnya didakwa dikhaskan untuk perbelanjaan pilihan raya umum (PRU).

New Straits Times melaporkan dana itu dibawa masuk ke negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada pertengahan April lalu sebagai peruntukan bagi kerajaan BN ketika itu menghadapi PRU ke-14.

Nama Hasanah menjadi perhatian pada Julai lalu selepas sepucuk surat yang ditulisnya kepada pegawai kanan Agensi Perisikan Pusat (CIA) dibocorkan.

Surat itu dihantar Hasanah - ketika itu menjadi pengarah Pertubuhan Perisikan Luaran Malaysia Malaysian (MEIO) - bagi mendapatkan sokongan AS jika BN menang tipis PRU berkenaan.

at 8/30/2018 05:19:00 PTG
KERENGGA: SPRM akan pamer hampir RM50j rampasan dari ejen perisik MEIO
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/08/sprm-akan-pamer-hampir-rm50j-rampasan.html

Saya ingatkan Dr M tentang panas baran bekas KPN, kata Wan Azizah
FMT Reporters

GEORGE TOWN: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menyuarakan keraguannya berhubung keputusan kerajaan memilih bekas pegawai tertinggi polis yang memukul suaminya pada 1998 sebagai fasilitator baru rundingan damai di selatan Thailand.

Tan Sri Abdul Rahim Noor, yang memegang jawatan sebagai ketua polis negara dari 1994 hingga 1999, menumbuk mata Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga lebam pada 20 September 1998.

Wan Azizah berkata beliau “sangat tidak selesa” dengan pelantikan Rahim yang memainkan peranan dalam usaha rundingan damai antara Bangkok dengan pejuang Islam di selatan Thai, iaitu keputusan prerogatif Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Dalam temu bual dengan stesen radio BFM, katanya, beliau bertemu dengan Dr Mahathir baru-baru ini untuk menyuarakan pendapatnya.

“Dr Mahathir beritahu saya Rahim mempunyai pengalaman semasa pemberontakan dan aktiviti pengganas.

“Tetapi saya menjelaskan kepadanya kenapa anak perempuan saya ragu-ragu dengan keputusan itu akibat peristiwa lalu. Ia tidak mudah untuk kami menerimanya,” katanya.

“Dia (Dr Mahathir) berkata Rahim mempunyai pengalaman. Saya kata baiklah, dia ada sedikit panas baran.”

Beliau berkata adalah penting bagi Malaysia memberi tumpuan kepada perkara yang dihadapi supaya masalah itu dapat diselesaikan dan calon yang dipilih dapat menyampaikannya.

Apabila ditanya sama ada beliau sukar memaafkan Rahim berbanding Dr Mahathir, Wan Azizah berkata beliau akan “memaafkan semua”.

“Jika ada rasa dendam di hati saya, ia akan berbeza. Saya benar-benar berfikir, semoga saya berhati mulia, kami melakukannya dengan baik, banyak perkara yang kami bersyukur dan saya bertuah kerana mendapat rahmat dari Allah.

“Saya rasa saya boleh laluinya, tetapi kita adalah manusia dan kadang-kadang mengalami perasaan turun naik,” katanya.

Rahim, yang meletak jawatan pada 1999 kerana menyerang Anwar, dipenjarakan selama 2 bulan pada tahun berikutnya.

Beliau menggantikan Datuk Seri Ahmad Zamzamin Hashim yang dilantik oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum ini sebagai fasilitator rundingan damai antara Bangkok dengan pejuang Islam di selatan Thai.

Pelantikannya menerima kecaman daripada beberapa pihak, termasuk anak perempuan Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar, bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan veteran DAP Dr Boo Cheng Hau.
at 8/30/2018 02:04:00 PTG
KERENGGA: Saya ingatkan Dr M tentang panas baran bekas KPN, kata Wan Azizah6
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/08/saya-ingatkan-dr-m-tentang-panas-baran.html


.............................................. 

Tiada ulasan: