Sabtu, 25 Ogos 2018

Katanya “Betul juga.” 8103.


Allah berfirman yang bermaksud; “Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya.” (QS: Al Imran 3:185) 
.” 
Foto Dun Lunas.
Dun Lunas

Ceremah sempena 100hari ph..x mendapat sambutan..patut depa x mau guna mini stadium Keladi..padang yg besaq kelemboi pon x penoh..penceramah pertama seorg pemuda dari parti PPBM
dng yakin memberi Alasan mlm ni x qamai sebab Mlysia vs Jepun..pulak dah..ada ja alasan puak ni..tapi x pa la..kita harap esok mlm depa buat lagi sekali..sebab esok x,ada bola..camna ada brann??
Kena Muhasabah diri dah ph..selama 100hari hampa kencing x mau²..lencun pegundi ph.
Pegundi petugas ph masa pru14 pon x nampak muka..
#gambar sekadar hiasan.
Kencing pon agak patut padan
Pegundi ph dah perasan
Yg depa kena kencing sampai sakit badan.

Foto Muhd Burhanuddin Al Bai.

Dun Lunas berkongsi siaran.
Oleh Ustaz Nazmi:
Menteri x baca Hadis Nabi ke? Kenapa dilayan sangat golongan yg dilaknat oleh Nabi?
Kamu lebih cerdik dari Nabi ke?
Ustaz dalam PH dah xde maruah ke?
Abis sume dah jadi sotong???

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَ: لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُتَشَبِّهِينَ مِنَ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ، وَالْمُتَشَبِّهَاتِ مِنَ النِّسَاءِ بِالرِّجَالِ
Yang bermaksud, daripada Ibnu ‘Abbas, katanya, “Rasulullah saw mela‘nat lelaki yang meniru-niru gaya perempuan, dan perempuan yang meniru-meniru gaya lelaki.”
Begitu juga hadith,
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: لَعَنَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُخَنَّثِينَ مِنَ الرِّجَالِ، وَالْمُتَرَجِّلاَتِ مِنَ النِّسَاءِ وَقَالَ: أَخْرِجُوهُمْ مِنْ بُيُوتِكُم
Yang bermaksud, daripada Ibnu ‘Abbas. katanya, “Nabi saw mela‘nat lelaki yang berperangai pondan dan perempuan yang berperangai lelaki. Baginda bersabda, usirlah mereka dari rumah kamu.”
Begitu juga hadith,
عن أبي هريرة رضي الله عته قال: لَعَنَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الرَّجُلَ يَلْبِسُ لِبْسَةَ المَرْأَةِ، وَالمَرْأَةَ تَلْبِسُ لِبْسَةَ الرَّجُلِ
Yang bermaksud: Daripada Abi Hurairah r.a berkata: Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki. (Hadith Riwayat Abu Daud: 4098 muka surat 27 dalam Bab libas An-nisak Juzuk 4)
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan al-Tabrani, Abdullah bin Amru bin al-As r.a telah melihat Ummu Sa‘id binti Abu Jahal berjalan seperti seorang lelaki dengan pedang tersisip di pinggangnya lalu Abdullah berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda,
لَيْسَ مِنَّا مَنْ تَشَبَّهَ بِالرِّجَالِ مِنَ النِّسَاءِ، وَلاَ مَنْ تَشَبَّهَ بِالنِّسَاءِ مِنَ الرِّجَالِ
Yang bermaksud, Bukanlah daripada kalangan umatku perempuan meniru lelaki dan lelaki meniru perempuan.
Laknat dalam hadith di atas merupakan celaan yang sangat berat kepada pelaku. Ianya menunjukkan betapa kerasnya larangan Rasulullah terhadap perbuatan tersebut. Dalam kitab Fath al-Bari, al-Tabari menjelaskan laknat ( لعن ) bermakna tidak harus ( لا يجوز ) iaitu haram. Manakala al-Syeikh Abu Muhammad bin Abi Hamzah berkata: Laknat ( اللعن ) itu menunjukkan bahawa perbuatan tersebut adalah sebahagian daripada dosa-dosa besar
Foto Dppk Jerai.
https://www.facebook.com/1158463144284936/photos/pcb.1380493328748582/1380493272081921/?type=3&theater
Foto Dppk Jerai.
https://www.facebook.com/1158463144284936/photos/pcb.1380493328748582/1380493295415252/?type=3&theater
Akhirnya Najib jawab tiga soalan Guan Eng
RAZIATUL HANUM A.RAJAK

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akhirnya menjawab tiga soalan yang dikirimkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sejak minggu lalu.

Najib dalam satu kenyataan di Facebooknya pagi ini berkata jawapannya ialah 'tiada' bagi ketiga-tiga soalan tersebut.

"Untuk ketiga-tiga soalan yang ditujukan kepada saya oleh Guan Eng mengenai isu GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) baru-baru ini, jawapan saya ialah 'tiada, tiada dan tiada'," katanya.

Selasa lalu, Guan Eng mengulang tiga soalan kepada Najib dalam kenyataan media yang pernah ditanyakan minggu lalu.

Dalam pada itu, menurut Najib, Guan Eng bertindak bijak apabila tidak membuat laporan polis sendiri berhubung dakwaan BN telah merompak wang GST.

"Saya dimaklumkan bahawa Guan Eng telah diminta memberi kenyataan kepada pihak polis berdasarkan laporan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

"Guan Eng tidak membuat laporan polis sendiri terhadap dakwaannya kononnya BN telah "merompak" wang GST sebanyak RM18 bilion semasa sesi Parlimen yang memberikannya imuniti.

"Ini adalah langkah bijak oleh Guan Eng kerana membuat laporan polis yang palsu adalah salah di sisi undang-undang," katanya.

Sebelum ini, persidangan Dewan Rakyat kecoh apabila Guan Eng mendakwa BN merompak RM18 bilion daripada tabung bayaran balik cukai input GST.

Najib juga mempertikaikan dakwaan Guan Eng bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pecah amanah kerana tidak mengembalikan cukai pendapatan dan cukai keuntungan hartanah yang terlebih bayar sebanyak RM16.046 bilion dari zaman silam sehingga 31 Mei 2018.

"Kerajaan mengutip cukai pendapatan sebanyak RM130 bilion setiap tahun. Jika 10 tahun, ia berjumlah RM1.3 trillion. Jika benar RM16 bilion belum dibayar balik ia hanya 1 peratus dari kutipan bagi tempoh 10 tahun.

"Ada banyak sebab mengapa LHDN tidak dapat membayar balik termasuk faktor pekerja ataupun syarikat asing yang tidak lagi berada atau beroperasi di negara ini, syarikat yang sudah tutup ataupun orang yang tidak dapat dikesan.

"Malah, kegunaan 'set-off' (tolak-selesai) untuk kredit cukai bukan sesuatu yang luar biasa dan sering digunakan dalam negara ini dan di luar negara," katanya.

Bekas Presiden Umno itu turut menyatakan tiada keperluan sebenarnya melayan dakwaan bermotifkan politik mahupun berdepan dengan orang yang mungkin tidak tahu polisi atau cara wang tunai kerajaan diuruskan.

"Namun, saya percaya rakyat perlu tahu dan diberi kefahaman apakah sebenarnya yang berlaku berlandaskan fakta.

"Lebih baik kerajaan PH menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk kedua-dua isu GST dan cukai lebih bayar dengan serta-merta kerana melibatkan wang kerajaan sebanyak RM35 bilion bagi mencari kebenaran.

"Ini bagi memastikan adakah kerajaan BN, Kastam dan LHDN telah melakukan pecah amanah ataupun kerajaan PH hanya meneruskan permainan politik mereka," katanya.

-sinarharian
at 8/24/2018 11:33:00 PTG
KERENGGA: Akhirnya Najib jawab tiga soalan Guan Eng
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/08/akhirnya-najib-jawab-tiga-soalan-guan.html
Inilah antara gambaran yang diberikan oleh penyokongnya dan keluar kata-kata Betul juga.” 

Plat ‘MALAYSIA 1’ terima bidaan tertinggi RM1,111,111 juta
MALAYSIA DATELINE
Nombor pendaftaran khas ‘MALAYSIA 1’ telah dijual pada bidaan tertinggi RM1,111,111, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata bidaan itu adalah yang tertinggi dalam sejarah dan nombor pendaftaran tersebut kini dimiliki oleh Aldi International Sdn Bhd, sebuah syarikat pelaburan di Johor Bahru.

Syarikat itu juga berjaya membida ‘MALAYSIA 2’ pada harga RM422,000 dan ‘MALAYSIA 4’ (RM162,000).

Menurut Loke, 10 nombor pendaftaran tertinggi bagi siri ’MALAYSIA 1 hingga MALAYSIA 999’ merekodkan jualan berjumlah RM3.62 juta.

“Kerajaan telah dapat hasil kutipan keseluruhan untuk pendaftaran khas MALAYSIA sebanyak RM13.16 juta,” katanya pada sidang media mengumumkan hasil pembidaan bagi siri nombor pendaftaran khas ‘Malaysia’ bersempena Hari Kebangsaan 2018 hari ini lapor Bernama.

Loke berkata nombor pendaftaran MALAYSIA 2020 tidak dibuka untuk bidaan kerana ia dikhaskan bagi kenderaan rasmi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“PM akan membawa kereta plat MALAYSIA 2020 pada sambutan Hari Merdeka,” katanya.

Dalam pada itu, Loke berkata kerajaan kehilangan kira-kira RM100 juta dari segi perolehan hasil pembidaan nombor pendaftaran khas kenderaan di bawah pentadbiran terdahulu.

Katanya ketirisan berlaku apabila kerajaan sebelum ini mengeluarkan nombor khas kepada badan bukan kerajaan dan syarikat untuk dijual pada harga tender sebanyak RM1 juta bagi setiap siri.

“Satu siri katakan kita kumpul RM5 juta. Dah terdapat 30 lebih kali (siri sebelum ini). Jadi, sudah lebih RM100 juta ketirisan yang sepatutnya kerajaan kutip,” katanya.

Justeru, Loke berkata pihaknya akan membuka bidaan nombor pendaftaran khas setiap dua bulan bagi menambah hasil kerajaan.

at 8/24/2018 09:00:00 PTG
KERENGGA: Plat ‘MALAYSIA 1’ terima bidaan tertinggi RM1,111,111 juta
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/08/plat-malaysia-1-terima-bidaan-tertinggi.html

PH buat jelajah pertama selepas menang PRU14
MALAYSIADATELINE 
Pakatan Harapan (PH) buat pertama kalinya mengadakan program Jelajah Malaysia Baharu selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lalu.

Program Jelajah Malaysia Baharu yang akan berlangsung pada malam esok, 25 Ogos di Dataran Harapan Stargate Alor Setar dijangka akan dibanjiri lebih 10,000 penyokong dan rakyat negara ini.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka akan menyampaikan amanat penting mengenai pentadbiran negara termasuk menyentuh mengenai janji yang dibuat melalui manifesto sebelum PRU14 lalu.

Pengarah program, Dr Abdul Rahman Ahmad, berkata Kedah terpilih menjadi negeri pertama menganjurkan program jelajah ini.

“Matlamat program ini adalah untuk memberi penjelasan mengenai isu berkaitan Malaysia Baharu yang akan disampaikan oleh Perdana Menteri sendiri selain amanat penting untuk rakyat Kedah memahami proses peralihan pentadbiran baharu.

“Ia termasuklah penjelasan mengapa ada janji yang dibuat sebelum ini terpaksa ditunda…akan ada penjelasan mengenai manifesto termasuk isu tol dan penghapusan hutang FELDA.

“Secara kebetulan, Kedah menjadi negeri pertama pelaksanaan program ini yang akan turut menjelajah ke seluruh negara selepas ini, ” katanya dipetik NSTP.

Program Jelajah Malaysia Baharu dijadual berlangsung pada jam 8.30 malam di perkarangan Pejabat PH Kedah dengan kehadiran pemimpin utama PH termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Turut hadir, Menteri Pertahanan yang juga Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu; Menteri Kewangan yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Abdul Rahman, yang juga Ketua Sekretariat PH Kedah berkata, empat pemimpin utama PH termasuk Dr Mahathir sendiri masing-masing akan diberikan peluang berucap pada program berkenaan.

at 8/25/2018 09:46:00 PG
KERENGGA: PH buat jelajah pertama selepas menang PRU14
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/08/ph-buat-jelajah-pertama-selepas-menang.html


Foto Khairul Anuar.

AMANAH Padang Serai lapor polis dakwa pemilik akaun FB fitnah gelar munafik terhadap Mat Sabu
MOHD ALI HASHIM
Laman FB yang didakwa memfitnah Mohamad Sabu
Tindakan melampau pemilik akaun FB yang memuat naik gambar sembelihan korban membezakan antara Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu menyebabkan Ketua AMANAH Padang Serai, Abdul Razak Salleh membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim semalam.

Menurut Abdul Razak, laporan tersebut meminta pihak polis supaya menyiasat dan mengambil tindakan segera terhadap fitnah yang dibuat oleh pemilik akaun FB tersebut

Malah katanya lagi, dakwaan pemilik akaun yang menamakan dirinya sebagai Dun Lunas tersebut amat serius dan harus disiasat dengan kadar segera.

Dakwaan yang dimuat naik melalui akaun FB tersebut mempamerkan foto sembelihan lembu korban oleh Hadi Awang dan satu lagi adalah sembelihan yang dilakukan oleh Mohamad Sabu.

Ia juga mencatatkan pertanyaan ‘sembelihan ulama dengan sembelihan munafiq, tuan-tuan nak pilih nak makan sembelihan siapa’.

Ditambah lagi dengan persoalan oleh pemilik akaun tersebut dengan mencatatkan ‘ benda nak jadi darah daging ni….cer fikir ‘ .

Kata Abdul Razak lagi, tindakan memuat naik perbandingan kedua-dua foto tersebut serta perkataan yang dicatatkan adalah suatu penghinaan kepada Presiden AMANAH.

at 8/25/2018 02:23:00 PTG
KERENGGA: AMANAH Padang Serai lapor polis dakwa pemilik akaun FB fitnah gelar munafik terhadap Mat Sabu
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/08/amanah-padang-serai-lapor-polis-dakwa.html

MENCONTENG UNTUK PERUBAHAN™
merentasi realiti ..bukan sekadar bawah tempurung media pengampu ...
Provokasi melampau ke atas Mat Sabu
Tindakan melampau pemilik akaun FB yang memuat naik gambar sembelihan korban membezakan antara Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu menyebabkan Ketua AMANAH Padang Serai, Abdul Razak Salleh membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim semalam.

Menurut Abdul Razak, laporan tersebut meminta pihak polis supaya menyiasat dan mengambil tindakan segera terhadap fitnah yang dibuat oleh pemilik akaun FB tersebut

Malah katanya lagi, dakwaan pemilik akaun yang menamakan dirinya sebagai Dun Lunas tersebut amat serius dan harus disiasat dengan kadar segera.

Dakwaan yang dimuat naik melalui akaun FB tersebut mempamerkan foto sembelihan lembu korban oleh Hadi Awang dan satu lagi adalah sembelihan yang dilakukan oleh Mohamad Sabu.

Ia juga mencatatkan pertanyaan ‘sembelihan ulama dengan sembelihan munafiq, tuan-tuan nak pilih nak makan sembelihan siapa’.

Ditambah lagi dengan persoalan oleh pemilik akaun tersebut dengan mencatatkan ‘benda nak jadi darah daging ni….cer fikir‘ .

Kata Abdul Razak lagi, tindakan memuat naik perbandingan kedua-dua foto tersebut serta perkataan yang dicatatkan adalah suatu penghinaan kepada Presiden AMANAH.

Provokasi melampau ke atas Mat Sabu ~ Menconteng Untuk Perubahan™
http://penburukonline.blogspot.com/2018/08/provokasi-melampau-ke-atas-mat-sabu.html

Saturday, 25 August 2018
SIASATAN 1MDB SEMAKIN MENUNJUKKAN TANDA POSITIF

Kerajaan jelas memperlihatkan sikap yang semakin serius hari demi hari  dalam mengambil tindakan berhubung siasatan skandal 1MDB.

Semua ini selaras dengan keinginan rakyat yang memberi undi kepada kemenangan Pakatan Harapan dalam pilihanraya umum lalu ialah untuk melihat semua yang terlibat dalam skandal itu dapat dibawa ke muka pengadilan.

Selain lapan pertuduhan jenayah telah dikemukakan keatas Jho Low dan bapanya di mahkamah Putrajaya semalam, waran tangkap terhadap dua beranak itu juga turut dikeluarkan.
Waran tangkap itu bertujuan untuk membolehkan pihak polis bekerjasama dengan Interpol bagi menjejaki Jho Low dan bapanya yang dipercayai berada sama ada di China atau Dubai dan seterusnya  melakukan ekstradisi selepas  mereka berjaya ditangkap nanti.

Diharap dengan langkah terbaru ini, dunia akan menjadi sempit bagi Jho Low, bapanya serta semua yang terkait dengan 1MDB.

Najib Razak juga diharapkan tidak gelabah dengan tindakan terbaru kerajaan pimpinan Tun Mahathir Mohamad ini kerana yang mahu dicari hanyalah dan mengembalikan semula sebanyak mungkin wang rakyat yang telah dicuri.
Kepada rakyat Malaysia, kita semua hendaklah bersabar dan terus memberi sokongan kepada kerajaan dalam apa jua tindakan yang diambil berhubung perkara penyiasatan skandal 1MDB.

Semoga, dengan sokongan kita semua, dalam tempoh 100 hari yang seterusnya Pakatan Harapan mentadbir negara ini,  bukan saja Jho Low dan bapanya dapat dijejaki dan dibawa balik untuk diadili, bahkan sedikit demi sedikit kebenaran hakiki tentang skandal 1MDB akan terungkai jua akhirnya.

Selain itu, kapal Equanimity yang baru-baru ini diserahkan kepada kita oleh Indonesia dengan persetujuan Amerika Syarikat juga telah mendapat kebenaran mahkamah untuk dijual.

Selepas ini, sebuah jet peribadi milik Jho Low yang sejak sekian lama tersadai di Singapura juga dalam proses untuk dibawa balik serta dijual sama.
Setidak-tidaknya, hasil jualan itu dapat juga dikembalikan kepada kantung kewangan negara yang sebelumnya digunakan untuk membayar segala hutang 1MDB.

Yang nyata, perkembangan ini menunjukkan perkembangan siasatan pihak berkuasa semakin menunjukkan hasil yang positif.

Berdasarkan apa yang dilakukan kerajaan ini, kita tentunya semakin yakin bahawa orang jahat tidak akan selamanya lepas bebas dan tupai yang pandai melompat-lompat pun selalunya akan jatuh ke tanah akhirnya. 

(ShahbudinHusin 25/08/2018)
Shahbudin dot com: SIASATAN 1MDB SEMAKIN MENUNJUKKAN TANDA POSITIF
https://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/08/siasatan-1mdb-semakin-menunjukkan-tanda.html

Sumber: Anggota khas ATM masih berkhidmat untuk Hishammuddin

EKSKLUSIF | Tiga anggota khas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) didakwa sehingga kini masih menjadi pegawai pengiring kepada bekas menteri pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Sumber ATM dan kementerian pertahanan memberitahu Malaysiakini bahawa dua pegawai tersebut adalah anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL).

Menurut mereka, masing-masing berumur 37 tahun dan 41 tahun dengan tahun akhir khidmat pada 2020 dan 2021.

Pegawai pengiring ketiga pula adalah seorang komando, dakwa sumber lagi.

Tiada banyak maklumat tentang komando itu namun sumber mendakwa dia antara individu yang dalam satu gambar yang dimuatnaik Hishammuddin di Twitter minggu ini.

Anggota PASKAL berumur 41 tahun itu dilihat sebahagian daripada pengiring Hishammuddin dalam gambar bertarikh 30 Jun 2018.

Tiga pegawai tersebut dilaporkan telah berkhidmat dengan Hishammuddin sejak beliau menjadi menteri pertahanan pada 2013.

Bagaimanapun ia sepatutnya tamat selepas beliau tidak lagi memegang portfolio itu berikutan kekalahan BN pada PRU ke-14.

Sumber ATM juga mendakwa ketiga-tiganya kini mendapat dua gaji, iaitu daripada ATM dan Hishammuddin.

"Sepatutnya mereka tentera tak boleh bekerja dengan sesiapa tetapi ini mereka bekerja pula dengan Hishammuddin, malah bukan separuh masa sebaliknya sepenuh masa," kata sumber itu.

Malaysiakini sedang menanti maklum balas daripada kementerian pertahanan. Hishammuddin pula setakat ini belum membalas pertanyaan Malaysiakini berhubung perkara ini.

at 8/25/2018 04:00:00 PTG
KERENGGA: Sumber: Anggota khas ATM masih berkhidmat untuk Hishammuddin
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/08/sumber-anggota-khas-atm-masih.html


.................

Tiada ulasan: