Sabtu, 25 Ogos 2018

Distance: Tanah Melayu. 8104.


Allah berfirman yang bermaksud; “Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya.” (QS: Al Imran 3:185) 
.” 
Pulau Pinang - Bukit Kayu Hitam 
Start Point: 121a, Jalan Kelawai, George Town, 10250 George Town, Pulau Pinang, Malaysia
End Point: Lebuhraya Utara - Selatan, Bukit Kayu Hitam, 06050 Bukit Kayu Hitam, Kedah, Malaysia

Driving Distance: 160 km , Duration: 2 hours 0 mins, Route: Lebuhraya Utara - Selatan/AH2/E1
Different Units: 159.71 km, 99.24 mi, 86.23 nmi
Straight line or air distance: 120.07 km, 74.61 miles, 64.79 nautical miles.
Back to Distance Calculator OR Jump to Directions Map

Ipoh - Pulau Pinang 
Start Point: 105, Jalan Sultan Abdul Jalil, 30000 Ipoh, Negeri Perak, Malaysia
End Point: 20, Solok Victoria Silk, George Town, 10400 George Town, Pulau Pinang, Malaysia

Driving Distance: 159 km , Duration: 2 hours 1 min, Route: Lebuhraya Utara - Selatan/AH2/E1
Different Units: 158.53 km, 98.5 mi, 85.6 nmi
Straight line or air distance: 125.42 km, 77.93 miles, 67.67 nautical miles.
Back to Distance Calculator OR Jump to Directions Map

KL - Ipoh 
Start Point: 51, Jalan Damansara, Kuala Lumpur Sentral, 50490 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
End Point: 105, Jalan Sultan Abdul Jalil, 30000 Ipoh, Negeri Perak, Malaysia

Driving Distance: 198 km , Duration: 2 hours 12 mins, Route: Lebuhraya Utara - Selatan/E1
Different Units: 197.56 km, 122.76 mi, 106.68 nmi
Straight line or air distance: 175.18 km, 108.85 miles, 94.53 nautical miles.
Back to Distance Calculator OR Jump to Directions Map

JB - KL 
Start Point: Jalan Kenyalang, Larkin Jaya, 80350 Johor Bahru, Johor, Malaysia
End Point: 51, Jalan Damansara, Kuala Lumpur Sentral, 50490 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Driving Distance: 331 km , Duration: 3 hours 26 mins, Route: Lebuhraya Utara-Selatan/E2
Different Units: 331.26 km, 205.84 mi, 178.87 nmi
Straight line or air distance: 292.56 km, 181.79 miles, 157.87 nautical miles.
Back to Distance Calculator OR Jump to Directions Map

Malaysia Distance Calculator, Driving Directions, Distance Between Cities, Distance Chart
https://distancecalculator.globefeed.com/Malaysia_Distance_Calculator.asp


Gambang - Rantau Panjang

Start Point: 8, Jalan Gambang, Kampung Sungai Belat, 26300 Gambang, Pahang, Malaysia
17200 Rantau Panjang, Kelantan, Malaysia

Driving Distance: 403 km , Duration: 4 hours 51 mins, Route: E8
Different Units: 402.84 km, 250.31 mi, 217.52 nmi
Straight line or air distance: 284.9 km, 177.03 miles, 153.73 nautical miles.
Back to Distance Calculator OR Jump to Directions Map

Johor Bahru - Gambang
Start Point: Jalan Kenyalang, Larkin Jaya, 80350 Johor Bahru, Johor, Malaysia
End Point: 8, Jalan Gambang, Kampung Sungai Belat, 26300 Gambang, Pahang, Malaysia

Driving Distance: 321 km , Duration: 4 hours 19 mins, Route: Lebuhraya Segamat - Kuantan/Lebuhraya Tun Razak/Route 12
Different Units: 320.68 km, 199.26 mi, 173.15 nmi
Straight line or air distance: 256.22 km, 159.21 miles, 138.26 nautical miles.
Back to Distance Calculator OR Jump to Directions Map

12 Pintu Sempadan di Seluruh Malaysia
January 20, 2017

Di Malaysia, kita berkongsi sempadan darat dengan beberapa negara jiran kita, seperti Thailand, Singapura (melalui Tambak Johor), Brunei dan Indonesia. Dalam artikel kali ini, admin akan menulis secara ringkas tentang pintu-pintu sempadan darat di Malaysia, iaitu 2 di Perlis, 2 di Kedah, 1 di Perak, 2 di Kelantan, 1 di Johor dan 4 di Sarawak.

1. Padang Besar, Perlis
Antara pintu sempadan paling terkenal di Malaysia. Di sinilah berakhirnya stesen keretapi paling utara di Malaysia sebelum perjalanan seterusnya ke Hatyai. Pintu sempadan ini dikunjungi ramai memandangkan di sini terkenal dengan kompleks beli belah bebas cukai.

2. Wang Kelian, Perlis
Di Wang Kelian pula, pintu sempadan ini terkenal dengan pasarnya yang menjual pelbagai barang bebas cukai daripada produk tempatan dan Thailand.

3. Bukit Kayu Hitam, Kedah
Pintu sempadan ini bolehlah dikatakan pintu sempadan paling sesak di utara memandangkan lokasinya yang terletak di penghujung Lebuhraya Utara-Selatan menjadikannya laluan utama untuk lori kontena selain laluan Padang Besar.

4. Durian Burong, Kedah (Kota Putra (Durian Burung) 

Kawasan sempadan ini agak kurang dikenali memandangkan lokasinya yang agak terpencil. Pekan/ bandar terdekat dengan pintu sempadan ini ialah Kuala Nerang, kira-kira 30km.
Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Kota Putra di Durian Burung  (N6° 28.357 E100° 42.486) mula beroperasi sepenuhnya pada 20 Januari 2010. Merupakan pintu masuk sempadan kedua di Negeri Kedah selepas Bukit Kayu Hitam. Manakala ICQS Ban Prakob (Thailand) yang masih dalam pembinaan (± 95%).

5. Pengkalan Hulu, Perak
Ini adalah satu-satunya pintu sempadan di negeri Perak. Ianya terletak di bandar paling utara di negeri Perak, Pengkalan Hulu yang menghubungkan ke Betong, Thailand. 

6. Bukit Bunga, Kelantan
Bukit Bunga merupakan laluan terbaru bagi sempadan Malaysia-Thailand. Ia dibuka pada tahun 2007 dan menghubungkan Bukit Bunga dan Ban Buketa di sebelah Thailand melalui Jambatan Persahabatan Malaysia-Thailand. Senario di sini tidak banyak bezanya dengan Wang Kelian.

Ianya terletak berdekatan Lebuhraya Timur-Barat.

7. Rantau Panjang, Kelantan
Kalau Perlis terkenal dengan kemeriahan bandar Padang Besar-nya, di sebelah Kelantan pula sangat terkenal dengan bandar / pekan Rantau Panjang. Dahulunya, kawasan ini disambungkan dengan laluan keretapi daripada Pasir Mas yang terus ke Thailand, namun dihentikan atas faktor keselamatan. 

8. Johor Bahru, Johor
Kebiasaannya apabila menyebut tentang Johor Bahru, kita akan memikirkan tentang suasana yang penuh pencakar langit dan pulau Temasek yang jelas dilihat dari seberang tambak. Berbeza dengan suasana di tempat-tempat lain, Kompleks Bebas Cukai Johor Bahru mempunyai rupa seakan-akan sebuah mall.

9. Miri, Sarawak
Di bahagian Sarawak pula, bandar Miri merupakan gerbang utama untuk masuk ke negara Brunei melalui Kuala Belait. Sebelum tiba ke sini, pemandu akan melalui sebuah jambatan yang panjang. Dahulunya , jambatan ini pernah mempunyai sejarah tolnya yang kontroversi kerana tiketnya bernilai RM10, jauh lebih mahal daripada tol Jambatan Pulau Pinang Kedua.

10. Tebedu, Sarawak
Kalau Miri menjadi penghubung ke Brunei, Tebedu pula merupakan pintu gerbang ke Kalimantan, Indonesia, malah merupakan satu-satunya sempadan "sah" di darat yang menghubungkan Malaysia dan Indonesia.

11. Limbang, Sarawak
Kedudukan Limbang yang diapit oleh kedua-dua bahagian Brunei menjadikan bandar ini unik sekali.

Di sinilah terletaknya Jambatan Persahabatan Malaysia-Brunei yang baru dibina. Sepertimana Pengkalan Hulu dan Miri, tiada sebarang kompleks membeli-belah bebas cukai di sini, sebaliknya terarah ke kawasan bandar.

12. Lawas, Sarawak
Lawas adalah sebuah lagi pintu masuk ke Brunei yang menghubungkan Sarawak dan daerah Temburong, Brunei. Dahulunya kawasan ini digelar sebagai "sin capital" seperti Danok di Thailand, namun kepesatan ekonomi telah mengubah pekan ini.

12 Pintu Sempadan di Seluruh Malaysia
http://kamusbergerak.blogspot.com/2017/01/10-pintu-sempadan-di-seluruh-malaysia.html

Laluan Kedua Malaysia-Singapura
By si bongkok - 22 August 2017
Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA), E3 ialah sebuah rangkaian jambatan lebuh raya yang menghubungkan Johor, Malaysia dengan Singapura. Lebuh raya sepanjang 44 kilometer itu menghubungkan bandar Senai di utara hingga ke sempadan Malaysia-Singapura iaitu di Tuas. Ia dibina untuk mengurangkan kesesakan di Tambak Johor.
dssgft
Laluan Kedua Malaysia-Singapura ini dibina pada tahun 1994 dan siap dibina pada tahun 1997, laluan kedua ini menjamin keselesaan dengan pelbagai kemudahan yang disediakan bagi memudahkan pengguna di kedua-dua negara dan juga pelancing asing.

Jambatan yang tersergam merentangi Selat Tebrau di Tanjung Kupang, Malaysia dan Tuas di Singapura telah dirancang pembinaannya sejak 1994 lalu. Ianya juga merupakan satu alternatif kepada orang ramai kerana laluan utama iaitu Tambak Johor sudah tidak mampu lagi untuk menampung jumlah pengguna yang semakin bertambah.
dssgft
Pembinaan laluan keduan berkenaan telah dirancang secara rapi oleh kedua-dua negara dan banyak kemudahan telah disediakan disepanjang laluan tersebut bagi memastikan keselesaan para pengguna. Sebaik sahaja melepasi tempat pemeriksaan di Tuas, Singapura, para pengguna akan dapat melihat jambatan sepanjang dua kilometer dengan mempunyai tiga lorong pergi dan balik.

Di tengah-tengah jambatan tersebut, terdapat tiga laluan kapal, yang mana satu setinggi 25 meter dan dua lagi setinggi 9 meter daripada permukaan air. Satu panduan pelayaran telah diletakkan oleh pihak yang berwajid di laluan kapal berkenaan bagi memudahkan dan menunjukkan arah laluan yang sepatutnya dipatuhi oleh kapal-kapal semasa menggunakan laluan berkenaan.
dssgft
Jambatan dan kemudahan yang disediakan itu juga mampu menampung kira-kira 200,00 kenderaan setiap hari iaitu empat kali ganda berbanding dengan Tambak Johor. Pada jarak kira-kira 2.6 kilometer dari jambatan berkenaan terdapat sebuah bangunan berwarna putih yang menempatkan pusat Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ).
dssgft
Kompleks CIQ ini terletak di kawasan seluas 54 hektar menyediakan sebanyak 64 buah pusat pemeriksaan bagi Kastam dan Imigresen untuk kenderaan yang memasuki negara ini di samping 34 pusat Imigresen untu kenderaan keluar dari negara ini.

Selain pusat pemeriksaan Kastam dan Imigresen, ia juga menempatkan plaza bagi kenderaan ringan termasuk bangunan pejabat, terminal bas, kompleks lori, tempat bermalam bagi lori, bangunan bagi pemeriksaan 100 peratus dan bangunan kuarantin. Bagi plaza kenderaan ringan, sebuah bangunan dua tingkat bagi agensi kerjaan turut disediakan di samping 24 lorong bagi kenderaan dan 10 lorong motosikal untuk kenderaan keluar dari negara ini.

Sementara bagi kenderaan yang memasuki negara ini, sebanyak 24 lorong bagi kenderaan disediakan untuk pemeriksaan Kastam dan Imigresen dan 10 lorong lagi bagi motosikal. Bagi bas awam yang keluar dari negara ini, tiga tempat menurunkan penumpang disediakan dan enam tempat bagi mengambil penumpang di samping tujuh tempat pemeriksaan bas disediakan.
dssgft
Sementara bagi bas pelancong yang keluar dari negara ini pula, sebanyak tiga tempat menurunkan penumpang dan empat tempat mengambil penumpang disediakan. Jumlah yang sama juga disediakan bagi bas-bas pelancong dan awam yang memasuki negara ini.

Bagi kompleks lori yang keluar dari negara ini, lapan tempat pemeriksaan kastam, enam pintu keluar kastam, empat pintu keluar Imigresen dan 36 lorong pemeriksaan lori disediakan. Bagi lori yang memasuki negara ini pula, sebanyak lapan tempat pemeriksaan kastam dan empat pintu keluar kastam dan satu pusat pemeriksaan Imigresen bagi lori kosong disediakan.

Lori yang bermalam di kawasan itu, sebanyak 204 petak letak lori disediakan dengan lima kawasan pemeriksaan yang dilengkapi dengan surau, kantin dan kemudahan awam yang lain. Selain daripada kemudahan-kemudahan itu, sebuah kawasan seluas 3.24 hektar disediakan untuk kuanrantin dan sebanyak 350 talian telefon disediakan.

Selepas melalui pusat CIQ itu, para pengguna akan dihubungkan dengan lebuh raya sepanjang 44 kilometer ke lebuh raya Utara Selatan, Lapangan Terbang Senai dan Bandaraya Johor Bahru. Perjalanan dari jambatan itu akan memgambil masa kira-kira 10 minit ke Singapura, 15 minit ke Johor Bahru dan 3 jam setengah ke Kuala Lumpur.
dssgft
Sebuah kawasan seluas 10,000 hektar di Gelang Patah, Bandar Nusajaya turut dibangunkan berhampiran dengan laluan kedua itu dengan dilengkapi dengan pembangunan komersil, industri, perumahan dan rekreasi. Projek Bandar Nusajaya itu yang dianggarkan bernilai RM9.5 bilion merupakan projek pembangunan hartanah swasta terbesar di Asia Tenggara.

Apa juga keadaannya, laluan kedua ini merupakan sebahagian daripada kesinambungan sejarah hubungan darat antara Malaysia dan Singapura yang telah terjalin apabila sebuah tambak yang dikenali sebagai tambak Johor dibina pada tahun 1924.

Laluan Kedua Malaysia-Singapura | Orang Johor
https://www.orangjohor.com/laluan-kedua-malaysia-singapura.html

Tiada ulasan: