Rabu, 22 Ogos 2018

Kepakaran - hanya kurnia Allah buat sementara. 8086.


😊💛 EID IDUL ADHA MUBARAK 💛😊

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh .
Selamat siang salam sejahtera bagi kita semua .
Special untuk sahabat seiman yang sedang merayakan hari raya Idul Adha 1439 H .

Dengan merapatkan sepuluh jadi dalam kerendahan hati saya mohon maaf lahir dan batin atas kesalahan dan kesilapan saya dalam bertutur kata baik di sengaja maupun tidak di sengaja .
Maafkan saya sahabat hatiku 😊🙇‍♀️🙇‍♀️🙇‍♀️🌼🌼🌼
Foto
💚💕💚💕💚💕💚💕💚💕💚💕💚💕💚💕💚💕💚
🙇‍♀️🙇‍♀️🙇‍♀️🙇‍♀️🙇‍♀️🙇‍♀️🙇‍♀️🙇‍♀️🙇‍♀️🙇‍♀️🙇‍♀️🙇‍♀️🙇‍♀️🙇‍♀️🙇‍♀️🙇‍♀️🙇‍♀️🙇‍♀️🙇‍♀️
👣👣👣👣👣👣👣👣👣👣👣👣👣👣👣👣👣👣👣
🕌🕌🕌🕌🕋🕋🕋🕌🕌🕋🕌🕌🕋🕋🕋🕌🕌🕌🕌
🍃🌳🌿🍃🌳🌿🍃🌳🌿🍃🌳🌿🍃🌳🌿🍃🌳🌿🍃
Google+

Sahabat adalah seseorang yang mau menunjukkan di mana letak kesalahanku, bukan seseorang yang membicarakanku di belakang dan membiarkanku tetap dengan kesalahan yang ku buat tanpa tahu apa yang salah..

Sahabat adalah seseorang yang tidak menumbuhkan perasaan negatif dalam hati dan pikiranku..
Foto
Sahabat adalah seseorang yang menegurku manakala aku membicarakan orang lain..

Sahabat adalah seseorang yang tidak membiarkanku menghabiskan waktu dengan sia-sia untuk sekedar mengobrol tanpa makna..


Sahabat adalah yang seseorang tidak pernah berbicara kasar dan mempengaruhiku untuk ikut bicara kasar..

Sahabat adalah seseorang yang ingin aku menjadi lebih baik..

Sahabat adalah seseorang yang membuatku berpikir positif dan tidak berprasangka buruk..

Namun, yang pasti Sahabat adalah manusia biasa yang tak lepas dari salah dan lupa..

Maka, Sahabat yang baik adalah teman yang mau berbesar hati meminta maaf jika salah, dan memaafkan kesalahan Sahabat yang berbuat salah.
Google+

Foto
Foto
Nice Friendship CommunityFoto
♥Islam Agamaku dan Muhammad Nabiku♥

♥Islam Agamaku dan Muhammad Nabiku♥
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ
وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد

*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد

*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد

🌹ρєякσиgѕιαи🌹

🎙Ustaz Halim Nasir
🕌Masjid Ar Rahman- pekan sg petani
📚Kitab Fiqh Aulawiyyat - m.s 185
(sambungan tajuk baru- membezakan kufur,syirik dan nifaq)

▶Ulamak membahagikan dalam berbagai versi:

(1) Kufur orang jahil.
▪tidak ada ilmu tetapi bercakap macam ada ilmu dan memesongkan fakta.
▪wajib cari ilmu, bila tidak ada ilmu dia jadi jahil.
▪kufur jenis ini ada harapan jadi baik sekiranya dia belajar mencari ilmu.

(2) Kufur qhinar.
▪kufur jenis ini kufur keras kepala ataupun kepala batu.
▪kufur jenis ini dia tahu sesuatu itu benar tentang nabi dan Allah tetapi dia tidak mahu beriman.
▪ada juga dipanggil kufur firaun- firaun tahu tentang adanya Allah dan kebenaran yg dibawa oleh nabi tetapi sebab sombong dan bongkak,dia enggan beriman.
▪ramai yang lawan islam dan mereka adalah sebaris dengan firaun.

(3) Syirik besar : manusia meletakkan Allah sama makhluk dengan Allah.
▪menduakan Allah dengan makhluk lain.
▪mengagongkan manusia dengan manusia.
▪manusia jenis ini Allah haramkan masuk syurga.

(4) Syirik kecik
▪beribadah bukan kerana Allah dan utk mahkluk lain.
▪nak menunjuk² dikatakan rajin beribadah.
▪ibadahnya sia² dan tiada ganjaran pahala.
▪perbuatannya menjahanamkan amalannya sendiri.
▪dapat letih sahaja.
▪pahala terhapus.
▪beribadah hanya untuk Allah barulah dapat pahala.

والله أعلم بالصواب
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا
#semogabermanfaat
#jomkongsikebaikan
#salamdakwah
Foto

Foto

Foto

Foto

Foto

Foto

Foto

Foto

Foto

Foto

Foto

Foto

Foto

Foto

Foto

Foto Beranimasi

Foto Beranimasi

Foto Beranimasi
Kes culik, bunuh selesai
MyMetroUtama
Mohd Sabran Md Sani
sab@hmetro.com.my
KECEKAPAN pasukan khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor mengesan penjenayah bukan saja berjaya menyelamatkan mangsa culik, malah menemui rangka manusia yang hangus dibakar dalam ladang kelapa sawit berhampiran Kampung Panchor, Pagoh, semalam.
Mayat dipercayai mangsa culik sejak 18 Julai itu ditemui hasil soal siasat ke atas sekumpulan 13 lelaki yang ditahan dalam beberapa siri serbuan di beberapa lokasi di negeri ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata, penemuan rangka itu hasil soal siasat ke atas 13 suspek berusia 19 hingga 39 tahun yang ditahan bagi membantu siasatan dua kes culik berasingan.


Katanya, pihaknya menerima dua laporan polis dari keluarga dua mangsa, mendakwa ahli keluarga masing-masing dilarikan dan mereka diminta menyerahkan wang.


“Laporan polis pertama diterima pada 18 Julai lalu daripada keluarga mangsa lelaki yang dilarikan seseorang di Skudai , keluarga berkenaan mendakwa mereka dihubungi pihak tidak dikenali meminta wang tebusan.


“Siasatan dijalankan namun ketika itu kami berdepan kesukaran mengesan penjenayah dan mangsa kerana tiada maklumat lanjut,” katanya menerusi kenyataan akhbar, hari ini.


Beliau berkata, pada 19 Ogos lalu, polis menerima satu laporan polis daripada keluarga seorang lelaki di Paloh, Kluang, memaklumkan anaknya dilarikan dan sejumlah wang diminta untuk membebaskan mangsa.


Katanya, berdasarkan siasatan dan maklumat yang dikumpul, polis percaya kejadian pertama dan kedua dilakukan kumpulan sama.


Menurutnya, hasil siasatan dilakukan pasukan khas dianggotai pegawai serta anggota Bahagian Siasatan Khas Cawangan Jenayah Berat (D9) IPK Johor, pihaknya menahan dua lelaki di rumah di Pagoh, Muar, 11.30 malam Isnin lalu.


“Ketika itu, kami berjaya menyelamatkan mangsa kedua yang dikurung dan dijaga dua suspek dalam rumah berkenaan dan maklumat yang diberikan membantu kami menemui rangka manusia tidak sempurna di tempat pembuangan sampah di Pagoh, semalam.


“Pada 12.30 tengah malam tadi, kami menahan enam lelaki di rumah di Yong Peng, Batu Pahat, manakala empat lelaki ditahan di hotel bajet di Jalan Wong Ah Fook, Johor Bahru, 11.30 pagi, hari sama.


“Selain itu, hasil kerjasama erat Polis Republik Singapura, kami berjaya menahan suspek lelaki terakhir di negara berkenaan pada jam 1 tengah hari sama,” katanya.


Menurutnya, selepas menemui rangka manusia yang sudah dibakar itu, polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


“Buat masa ini, rangka yang ditemui itu belum dapat dipastikan identiti sebenar sama ada mangsa pertama atau milik individu lain.


“Kami perlu menunggu keputusan pengesahan asid deosiribonukleik (DNA) daripada pihak hospital,” katanya.


Menurutnya, semua 13 suspek lelaki ditahan reman selama 12 hari hingga 1 September ini bagi membantu siasatan.


“Siasatan lanjut masih diteruskan dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.


Media semalam melaporkan polis menemui rangka manusia hangus dalam ladang kelapa sawit berhampiran Kampung Panchor, Pagoh.


Difahamkan, mangsa seorang lelaki bersama mangsa lain dilaporkan hilang dari daerah berhampiran dan ditahan sekumpulan lelaki, sebelum seorang daripada mereka dipercayai dibunuh dan dibuang ke kawasan berkenaan.


NSTP difahamkan kerja pencarian tulang mangsa dilakukan kira-kira 6 petang di kawasan berhampiran tempat pembuangan sampah haram dan polis turut menggunakan lampu limpah berikutan keadaan gelap.

Berita berkaitan:
• Jumpa rangka manusia dibakar
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Ogos 2018 @ 5:54 PM
https://www.hmetro.com.my/utama/2018/08/370479/kes-culik-bunuh-selesai


Tiada ulasan: