Ahad, 12 Ogos 2018

Manggis. 8013.


EQUANIMITY

Gambar-gambar eQuanimity
https://www.google.com.my/search?hl=ms&tbm=isch&source=hp&biw=1366&bih=662&ei=imFvW569M8jz9QPZyqRw&q=gambar+najib+dengan+EQUANIMITY&oq=gambar+najib+dengan+EQUANIMITY&gs_l=img.12...5298.19652.0.21687.22.13.0.9.9.0.322.1093.10j1j0j1.12.0....0...1ac.1j2.64.img..1.13.1094.0..0j35i39k1.0.yXsYtRN5ZBw

Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak ialah ahli politik Malaysia dan merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia ke-6, yang mana beliau menjawat jawatan dari 3 April 2009 hingga 9 Mei 2018.

Bertahun-tahun isu orang asli ni Gua Musang Kelantan ni tak selesai. Mereka akhirnya bertekad seramai 200 orang berjumpa dengan Tun M. Selepas wakil mereka memberi penjelasan kepada Tun M akhirnya Tun M sendiri turun keluar dari pejabat bertemu 200 yang lain dan memberi penjelasan bahawa beliau akan cuba mencari penyelesaian yang terbaik...

Anwar Ibrahim dikunjungi Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di pejabat. Mereka menyentuh beberapa perkara terkait hal-hal melibatkan belia dan aktiviti-aktiviti kesukanan. AI juga menyingkap pengalaman beliau ketika memimpin kementerian belia dan polisi-polisi yang pernah diperkenalkan beliau.
Semoga Syed Saddiq dapat memimpin Kementerian Belia dan Sukan dengan baik dan membawa nafas baru kepada golongan muda.
Anwar Ibrahim was visited by the Youth and Sports Minister Syed Saddiq Syed Abdul Rahman at his office. They touched upon a number of issues pertaining to the youth and sports activities. AI looked back on his experience when he was leading the youth ministry and the policies introduced by him.
May Syed Saddiq continue to lead the Ministry of Youth and Sports in an excellent fashion and breathe new life to the youth.

Innalillahiwainnailaihirojiun.
Terima perkhabaran sedih Moulana Igsaan Bin Muhammad Salih Hendricks telah pergi menemui Ilahi. Beliau adalah mantan Presiden Majlis Kehakiman Islam, dan dikenali dengan upaya tanpa lelah beliau mendepani derita warga Palestin yang dihimpit rejim Zionis saban tahun.
Para pencinta keadilan dan kebebasan pasti menangisi pemergiannya yang ternyata suatu kehilangan besar buat umat. Dukungan berterusan beliau tatkala diduga dengan pelbagai mehnah dan pemenjaraan jelas meninggalkan kesan yang bukan kecil buat saya dan keluarga.
Semoga Moulana Igsaan dikurniakan Syurga Firdaus dan ditempatkan bersama kalangan mereka yang beriman.
It is with great sorrow to hear the news of the passing of Moulana Igsaan Bin Muhammad Salih Hendricks. He's the former President of the Muslim Judicial Council, and he was known for his undiminished efforts in alleviating the unending suffering of the Palestinians oppressed by the Zionist regime.
Proponents of justice and freedom will mourn his passing that proved to be a huge loss to the Ummah. His continued support throughout my tribulations and incarcerations left a huge mark on me and my family.
May Moulana Igsaan be endowed in Paradise and be placed among the believers.
ANWAR IBRAHIM


-0:54

19 Paparan
Doktunguapalagi Jom Redahsampairebah
Alhamdulillah,, Hidayah milik Allah tak semua orang yang mendapatnya dengan mudah Uncle Lee berusia 70 tahun memeluk agama Islam semoga perjalanan hidupnya di permudahkan dalam lindungan Allah,, Aamiinnn
MENCONTENG UNTUK PERUBAHAN™
merentasi realiti ..bukan sekadar bawah tempurung media pengampu ...

PAS nak suruh kerajaan PH selesai masalah di Kelantan pulak?

Selama ini, kita tengok PAS selalu hentam PH kerana gagal itu dan ini. Menurut artikel kat bawah, masalah orang asli di Kelantan sudah berlarutan beberapa tahun. Semenjak tahun 2013. Salah sendiri mana nampak. Masih suci dan hebat.

Sekarang PH pulak nak dipersalahkan. Isu di Kelantan nak biar PH uruskan ke? Memalukan.....

Anggota Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan berkata tanah adat yang dituntut masyarakat Orang Asli, Gua Musang adalah milik mutlak kerajaan negeri Kelantan.

Beliau juga mendakwa tindakan masyarakat orang asli menuntut tanah tersebut selepas dipertahankan NGO tertentu.

“Di Kelantan tidak wujud tanah adat untuk Orang Asli, tidak pernah ada dalam undang-undang tanah Kelantan dan tak pernah digazetkan (tanah adat orang Asli).

“Apa jadi masalah sekarang, kawasan kerajaan negeri yang menjadi kawasan balak diberi kebenaran dan permit pembalakan oleh jabatan perhutanan tetapi sebahagian Orang Asli ini ‘dibackup’ oleh beberapa NGO yang dakwa tanah itu tanah Orang Asli sedangkan itu tanah kerajaan sebab itu mereka buat blockade halang pembalak,” katanya semasa sidang media di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Gombak hari ini.

Setiausaha Agung PAS itu berkata walaupun dalam undang-undang Kelantan tiada istilah tanah adat Orang Asli namun kerajaan negeri telah menggazetkan kawasan rayau mereka yang membenarkan masyarakat itu melakukan aktiviti harian tanpa gangguan.

“Kerajaan negeri telah menggazetkan kawasan rayau Orang Asli iaitu kawasan perkampungan dan sekitarnya di mana dia boleh bercucuk tanam, ternakan dan sebagainya.

“Kerajaan tak akan keluar kebenaran kepada syarikat untuk keluar kayu balak dan sebagainya di kawasan yang di klasifikasikan kawasan rayau Orang Asli,” katanya sambil memaklumkan anggaran kawasan rayau orang asli meliputi belasan ekar.

Semalam kira-kira 200 Orang Asli dari Gua Musang, Kelantan menunggu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selama tujuh jam bagi meminta bantuan mewartakan tanah adat mereka, selepas kerajaan Kelantan pimpinan PAS gagal berbuat demikian.

Wakil masyarakat Temiar menemui Dr Mahathir berhubung pertikaian mengenai hak tanah adat dengan sebuah syarikat perladangan durian Musang King baru-baru ini.

Pengerusi Belia Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan, Nik Mohd Syafiq Dendi Abdullah berkata kerajaan negeri tidak mengambil sebarang tindakan untuk menyelesaikan isu tanah adat Orang Asli, selepas pertemuan pada 2013.

Dr Mahathir turut berjanji untuk berbincang dengan kerajaan negeri Kelantan bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu pencerobohan tanah wilayah adat Orang Asli di Gua Musang, Kelantan.

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata pihaknya bersedia bersemuka dengan kerajaan pusat bagi membincangkan isu Orang Asli.

“Saya rasa selama ni tak ada masalah Kelantan bincang dengan kerajaan pusat. Di Kelantan Orang Asli dilantik menjadi penghulu, duduk dalam organisasi kerajaan maksudnya ketua kampung, tidak ada masalah (untuk bincang dengan kerajaan),” katanya.
http://penburukonline.blogspot.com/2018/08/pas-nak-suruh-kerajaan-ph-selesai.html

MENCONTENG UNTUK PERUBAHAN™
merentasi realiti ..bukan sekadar bawah tempurung media pengampu ...

Hutang yang Najib buat boleh bayar keseluruhan pinjaman PTPTN

Hutang peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hampir sama banyak dengan kerugian yang dialami 1MDB, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Itulah jumlah wang yang belum dibayar kepada kerajaan atas apa yang dibelanjakannya untuk memberi pendidikan yang baik dan seterusnya peluang kerja dan pendapatan yang lebih cerah," kata beliau, dipetik laporan The Star.

1MDB menimbunkan hutang sebanyak RM42 bilion sebelum pentadbiran terdahulu cuba untuk mengawal kerugiannya pada 2015.

Walaupun pentadbiran bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mendakwa proses rasionalisasi hutang 1MDB sudah dibuat, kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) mendedahkan hutang 1MDB dibayar kerajaan persekutuan secara senyap.

Manakala itu, menangguhkan pembayaran balik hutang PTPTN bagi peminjam yang berpendapatan di bawah RM4,000 sebulan merupakan salah satu daripada janji manifesto HARAPAN.

Bagaimanapun, dasar ini belum dilaksanakan kerana pentadbiran HARAPAN masih mencari kaedah bagi menunaikan janji ini.
http://penburukonline.blogspot.com/2018/08/hutang-yang-najib-buat-boleh-bayar.html



Tiada ulasan: