Ahad, 12 Ogos 2018

Parlimen perlu menjadi kuasa imbang yang baik kepada Kabinet dan Eksekutif. 8014.


Kadangkala orang yang terlalu baik dengan kita, itulah sebenarnya yang suka jadi penyanyi kepada orang lain. Oleh itu sentiasalah berhati-hati dengan orang sekeliling dan fahamkan nyanyiannya serta jangan 100% percaya... 

Anwar jumpa Tun M bincang perkasa parlimen
  1:01 PTG      Pejuang Perubahan   

Selepas menunaikan solat Jumaat semalam, Penasihat Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad di Putrajaya.
Anwar jumpa Tun M bincang perkasa parlimen
Dalam pertemuan tersebut kedua mereka telah mengadakan perbincangan tentang pelbagai isu.

“Perbincangan melibatkan banyak perkara, antaranya isu-isu politik mutakhir di dalam dan luar negara, selain turut disentuh adalah soal reformasi dan pembaharuan di Parlimen yang ternyata produktif dan positif,” memetik maklumat dalam Facebooknya.

Katanya, beliau turut menegaskan bahawa Parlimen perlu menjadi kuasa imbang yang baik kepada Kabinet dan Eksekutif dan ia mendapat respons yang baik daripada Perdana Menteri.

Pada pertemuan itu Tun Mahathir sempat mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran kepada Anwar Ibrahim.
https://agendsai.blogspot.com/2018/08/anwar-jumpa-tun-m-bincang-perkasa.html

MENCONTENG UNTUK PERUBAHAN™
merentasi realiti ..bukan sekadar bawah tempurung media pengampu ...
Bukti Pakatan Harapan menyokong penuh LGBT

ULASAN | Merujuk kepada pertemuan saya bersama aktivis transgender Nisha Ayub semalam, ingin saya tegaskan bahawa pertemuan itu tidak bermakna saya setuju dengan semua yang diperjuangkan mahupun mengiyakan perbuatan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

Nisha telah menghubungi saya sendiri untuk mengadakan pertemuan dan saya menerima kehadirannya dengan ikhlas memandangkan isu berkaitan transgender perlu diselami serta difahami, khususnya yang berkaitan dengan peranan institusi agama bagi menangani fenomena ini.

Nisha turut menegaskan beliau bukan ikon bagi komuniti LGBT sebaliknya hanya seorang aktivis yang memperjuangkan nasib golongan mak nyah yang sering disisihkan serta memberi galakan agar mereka keluar daripada 'industri seks'.

Pada pertemuan semalam juga, tiada langsung isu berkaitan hak sama rata melibatkan perkahwinan sama jantina dibangkitkan.

Pertemuan itu lebih kepada perbincangan bagaimana untuk mengatasi masalah diskriminasi terhadap golongan mak nyah serta mengatasi masalah mereka termasuk penghayatan soal-soal agama dan beribadat secara khusus.

Berhubung isu gambarnya digantung dan diturunkan di pameran fotografi Georgetown, Nisha berkata beliau tidak dimaklumkan bahawa gambarnya digunakan dalam pameran tersebut.

Malah beliau juga memberitahu beliau tidak kisah tentang penurunan gambar berkenaan.

Apa yang paling utama ketika ini ialah, kita perlu hapuskan budaya benci dan diskriminasi kepada komuniti tersebut terutama di tempat kerja mahupun di tempat-tempat awam.

Kita tidak boleh mengamalkan dasar pilih kasih dalam menjalankan kerja-kerja dakwah malah Islam juga tidak menggalakkan umatnya untuk menyakiti manusia yang lain.

Hak mereka sebagai rakyat Malaysia tidak boleh dinafikan.

DATUK DR MUJAHID YUSOF adalah menteri di jabatan perdana menteri (hal ehwal agama).
http://penburukonline.blogspot.com/2018/08/bukti-pakatan-harapan-menyokong-penuh.html

Sunday, August 12, 2018
Felda terlalu bermasalah, janji 100 hari sukar buat peneroka
Posted By: Pentadbiron: August 12, 2018

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) berpendapat kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak dapat menunaikan janji untuk menghapuskan hutang peneroka dalam masa 100 hari pentadbiran.
Felda terlalu bermasalah, janji 100 hari sukar buat peneroka
Pengerusinya, Mazlan Aliman berkata, ini kerana kerajaan pimpinan PH masih lagi tidak mendapat penyata sebenar peneroka.“Oleh kerana pengurusan tertinggi Felda belum dapat menangani isu penyata hutang peneroka, janji itu tidak boleh dilaksanakan. “Disebabkan Pengerusi Felda Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor pun dah ada, kita minta supaya pengurusan tertinggi Felda dapat menyiapkan terlebih dahulu hutang sebenar peneroka.

“Apabila jumlah sebenar hutang peneroka diperoleh, barulah kerajaan boleh memansuhkan hutang itu,” katanya ketika dihubungi FMT. Beliau berkata demikian mengulas mengenai 10 janji dalam masa 100 hari pertama pentadbiran iaitu menghapuskan hutang-hutang tidak wajar yang dipaksa ke atas peneroka Felda.

17 Ogos ini, genap 100 hari PH memerintah negara selepas memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan memerlukan “toleransi” masa bagi menyelesaikan masalah hutang tersebut. “Bagi saya warga Felda faham, tapi yang penting ialah langkah-langkah ke arah itu mesti dimulakan oleh Felda. “ANAK bukan sahaja memantau tapi berharap apabila ia menjadi dasar manifesto oleh kerajaan pakatan yang baru. Mereka kena akur dan memastikan ia sebolehnya mengikut apa yang dirancangkan.” 

Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Sunday, August 12, 2018
http://wrlr.blogspot.com/2018/08/felda-terlalu-bermasalah-janji-100-hari.html

Sunday, August 12, 2018
PEMILIHAN PKR: KOPERASI UNTUK SEMUA AHLI MELIBATKAN DIRI TANPA BEREBUT JAWATAN
Faiz Zainudin  | August 12, 2018

Calon timbalan presiden PKR Rafizi berkata, beliau lebih berminat mengemudi koperasi milik ahli PKR sesuai dengan kepakaran yang dimilikinya.
Image result for rafizi ramli
Rafizi juga berkata, jika PH, khususnya PKR, tidak bekerja dari sekarang menarik undi orang Melayu, gabungan itu akan tumbang pada pilihan raya umum akan datang.
Calon timbalan presiden PKR, Rafizi Ramli berkata tidak seperti orang lain, beliau tidak berminat menjadi seorang menteri walaupun memenangi jawatan itu dalam pemilihan parti itu kali ini.
Sebaliknya kata Rafizi, beliau lebih berminat mengemudi koperasi milik ahli PKR sesuai dengan kepakaran yang dimilikinya.

“Saya tidak minat jawatan menteri, saya tak minat masuk (pejabat) kena ‘clock in’, jalan salah kena tegur, saya minta kalau jadi timbalan presiden, saya lebih berminat untuk usahakan sebuah koperasi PKR dan ia sesuai dengan latar belakang saya dalam bidang pengurusan koporat. “Dengan adanya koperasi PKR, selepas ini tidak ada lagi ahli berebut-rebut jawatan, nak jadi ketua kampung macam orang Umno ke orang PAS ke. Nak hidup senang kita sama-sama berniaga, kami latih. 

“Siapa kata kalau jadi orang politik tidak boleh kaya kecuali makan duit kerajaan. PKR akan buktikan kalau lantik saya (sebagai timbalan presiden), saya buat koperasi la,” katanya dalam program jelajah Debat Reformasi 20 Tahun peringkat Negeri Sembilan di Seremban malam tadi. Bekas Ahli Parlimen Pandan dan penyandang jawatan naib presiden PKR itu bakal berdepan penyandang timbalan presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam pertandingan yang dianggap kritikal dalam penentuan hala tuju masa depan parti itu.

Dalam pada itu, Rafizi juga berkata, jika Pakatan Harapan (PH) khususnya PKR, tidak bekerja dari sekarang dalam menarik undi Melayu, kemungkinan besar gabungan itu akan tumbang pada pilihan raya umum ke-15 akan datang. “Sokongan Melayu kepada PH dalam pilihan raya lepas adalah kurang berbanding PAS dan Umno. Kalau PAS dan Umno pinang meminang satu lawan satu dengan PH dalam pilihan raya umum ke-15, dan dalam keadaan kita abaikan akar umbi dan tidak sensitif dengan permintaan rakyat, kita boleh kalah,” katanya, selain menambah PH perlu mengelak budaya Umno menawarkan jawatan kepada ahli kerana ia akan memakan diri.

Siri jelajah Debat Reformasi 20 Tahun diadakan sempena pemilihan PKR bulan depan bagi mengerakkan agenda reformasi mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Sunday, August 12, 2018
http://wrlr.blogspot.com/2018/08/pemilihan-pkr-koperasi-untuk-semua-ahli.html

Sunday, August 12, 2018
Gagal ‘refund’ GST punca barang tidak turun walau GST 0%
Posted By: Selena Tayon: August 12, 2018 Print Email

Ketirisan tabung amanah pembayaran-balik Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak RM19.4 bilion amat menjejaskan perniagaan. Pendedahan Menteri Kewangan Lim Guan Eng itu disekalikan dengan pengumuman bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) tiada wang untuk pembayaran balik seterusnya kerana baki yang tinggal hanyalah RM1.486 bilion akibat terlalu banyak wang dibazirkan oleh kerajaan terdahulu.

Mengulas hal itu, Exco Perak Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin berkata, pendedahan Menteri Kewangan merupakan bukti nyata ekonomi telah dirosakkan oleh rejim BN dan itulah penyebab kenaikan harga barang dan muflisnya perniagaan sepanjang 3 tahun lalu.
Gagal 'refund' GST punca barang tidak turun walau GST 0%
“Mantan kerajaan BN telah merosakkan ekonomi negara. Disebabkan pengurusan GST yang tempang, banyak kilang ditutup dan pelabur asing lari. “Jika PH kalah pada 9 Mei lalu maka Malaysia tentu sudah muflis hari ini. Juga disebabkan oleh GST yang gagal diuruskan dengan sempurna banyak kilang-kilang saiz sederhana (pekerja seramai 30 hingga 50 orang) sedang mengalami kesusahan.

“Ada yang sudah berpindah ke negara jiran mengakibatkan ramai rakyat kita menjadi penganggur,” katanya kepada Suara pakatan daily. Nizar menambah, walaupun kerajaan PH sedang berusaha sedaya-upaya untuk memperbetulkan keadaan, situasi masih kritikal dan oleh sebab itulah kerajaan PH belum lagi boleh menurunkan harga minyak dan mengembalikan subsidi untuk barang keperluan asas.

Menurut Nizar, ramai di antara peniaga kecil dan peruncit merungut harga barang tidak turun dengan banyak walaupun sudah tiada GST tetapi ini semua adalah kerana ekonomi negara belum dibaikpulih.
“Pemimpin-pemimpin BN termasuk mantan Perdana Menteri, Najib Razak seringkali menggesa Kerajaan PH supaya jangan menuduh Pentadbiran BN merosakkan ekonomi negara tetapi kalau bukan BN yang berbuat demikian, siapa lagi? Makhluk asing ke?” sinisnya.

Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Sunday, August 12, 2018
http://wrlr.blogspot.com/2018/08/gagal-refund-gst-punca-barang-tidak.html

Sunday, August 12, 2018
Tumpu tunaikan janji manifesto, kurangkan kritik BN – Rafizi
Posted By: Redzuanon: August 12, 2018

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mendakwa kerajaan sekarang lebih kerap mengkritik dan membongkar kesalahan kerajaan BN dulu berbanding usaha melaksanakan manifesto Pakatan Harapan (HARAPAN).

Dalam wawancara bersama Berita Harian hari ini, beliau menegur perkara itu dan menawarkan formula 80:20 – 80 peratus tumpuan kepada rancangan yang ingin dilaksanakan dan 20 peratus kritikan terhadap pentadbiran BN.

Katanya, beliau faham menteri dan anggota parlimen HARAPAN di Dewan Rakyat “menyampah” dengan BN yang seperti tiada kena-mengena dengan masalah tinggalan kerajaan dulu yang perlu dihadapi pentadbiran kini.
Tumpu tunaikan janji manifesto, kurangkan kritik BN - Rafizi
“…Sebab itu timbul kritikan, sindiran, serangan serta macam-macam pembongkaran. Kalau pun hendak menegur, biarlah 20 peratus saja manakala 80 peratus ditumpukan kepada rancangan kita dan apa yang mahu kerajaan laksanakan,” katanya seperti dipetik.

Beliau berkata antara perkara yang perlu diberi tumpuan oleh kerajaan adalah isu harga barang, harga minyak dan kedudukan ekonomi negara.

Bekas anggota parlimen Pandan itu sendiri dilihat mengambil langkah berbeza iaitu dengan menyuarakan kritikan terhadap kerajaan – antaranya dalam isu kemungkinan kenaikan tarif elektrik dan cadangan kereta nasional ketiga.

Beliau berkata lagi, rakyat faham masalah yang dihadapi kerajaan HARAPAN dalam memikul tinggalan kerajaan dulu dan boleh memberi masa untuk kerajaan menyelesaikannya. “Namun, kalau rakyat melihat (kerajaan) tidak ada kerja lain, asyik tumpu kepada pembongkaran dan menyerang pembangkang maka kesabaran rakyat akan terhakis dengan lebih cepat,” katanya lagi seperti dipetik.

Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Sunday, August 12, 2018
http://wrlr.blogspot.com/2018/08/tumpu-tunaikan-janji-manifesto.html

Sunday, August 12, 2018
DATIN FAEZAH : KETUA WANITA PKR HANYA TAHU "PROJEK"
Faiz Zainudin  |  2018

Faezah turut mendakwa Zuraida seorang pemimpin 'kaki projek' dan mendesak ahli PKR menolak 'geng kartel' dalam parti.
Image result for zuraida kamaruddin facebook
Zuraida Kamaruddin didakwa tidak membawa banyak perubahan, 
sebaliknya menjadi punca pelbagai kepincangan semasa menerajui sayap parti itu.
Kumpulan pro Rafizi Ramli, yang memperjuangkan agenda reformasi, dilihat lebih terkedepan dalam mengerakkan kempen dan menyerang lawan.

Malam tadi di Seremban kumpulan itu mensasarkan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin yang didakwa tidak membawa banyak perubahan, sebaliknya menjadi punca pelbagai kepincangan semasa menerajui sayap parti itu. “Kita lihat kepincangan berlaku sejak akhir-akhir ini, kalau kita biarkan Zuraida Kamaruddin dan sekutunya menerajui Wanita PKR maka pincanglah pergerakan Wanita seperti yang berlaku sekarang,

“Wanita PKR sekarang tidak berfungsi seperti yang sepatutnya. Kita lihat hari ini apakah yang terjadi setelah kuasa diberi kepada dia (Zuraida). “Dah jadi menteri dia naik kepala,” kata calon naib ketua Wanita PKR, Datin Faezah Ariffin dalam ceramah sempena program jelajah Debat Reformasi 20 Tahun peringkat Negeri Sembilan malam tadi.

“Apa kenyataan dia baru-baru ini? Dia kata bukan semua daripada kita PKR boleh beri kerusi kepada Anwar. Patut ke dia buat kenyataan macam itu? Kalau dia tak nak beri takpalah, orang lain semua boleh beri,” kata Faezah lagi.
Image result for fauziah salleh timbalan menteri
fauziah salleh timbalan menteri
Beliau merujuk kepada laluan yang perlu diberikan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding dalam satu pilihan raya kecil bagi membolehkan beliau dipilih sebagai seorang Ahli Parlimen dan memudahkan proses peralihan kuasa bagi jawatan perdana menteri.

Mengulas lanjut, Faezah menyeru ahli PKR menolak Zuraida dengan mendakwa Ahli Parlimen Ampang itu seorang “kaki projek”, sekali gus meminta mereka memberi sokongan kepada calon ketua Wanita mewakili kumpulan pro-Rafizi, Fuziah Saleh mengemudi sayap parti reformasi itu.

“Kalau dia (Fuziah) menang beliau akan dilantik menjadi ketua wanita Pakatan Harapan. Kita mahu wanita berkualiti. Kita dah beri Zuraida cukup masa, tetapi yang dia tahu ialah ‘projek’. Saya yakin ada di antara kita yang dia jumpa cakap akan bagi projek itu dan ini. Apa akan jadi dengan PKR kalau inilah yang diterapkan kepada ahli kita,” katanya lagi.

“Ini kita perlu kekang. Kali ini kita kena pilih ketua Wanita yang boleh membawa keadilan. Kita kena pastikan ‘geng kartel’ ini terkubur dan tidak ada ruang dalam PKR hari ini,” kata beliau.

Faezah berkata, berdasarkan pengalaman Fuziah sebagai Ahli Parlimen selama 3 penggal, banyak perubahan boleh dilakukannya sekiranya dia berpeluang menerajui sayap wanita parti.

Fuziah, yang merupakan Ahli Parlimen Kuantan akan ditentang oleh Haniza Talha sementara Zuraida bertanding merebut jawatan naib presiden PKR dalam pemilihan kali ini.

Zuraida dan Haniza dikatakan menyokong penyandang timbalan presiden parti itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang bakal berhadapan cabaran bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli untuk jawatan orang No 2 parti itu.

Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Sunday, August 12, 2018
http://wrlr.blogspot.com/2018/08/datin-faezah-ketua-wanita-pkr-hanya.html

Sunday, August 12, 2018
Abdullah Sani dakwa Kem Rafizi diwujudkan elak pengkhianat kuasai PKR, halang Anwar jadi PM

Calon Majlis Pimpinan Pusat PKR, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, keputusan menyokong Rafizi Ramli sebagai timbalan presiden PKR kerana beliau lebih baik daripada penyandang, Azmin Ali. Abdullah Sani Abdul Hamid menggesa ahli PKR memilih pasukan Rafizi Ramli bagi memastikan tidak tiada kacau bilau dalam pentadbiran Anwar Ibrahim.
PETALING JAYA: Seorang pemimpin PKR berkata, senarai pilihan atau “cai” yang diketuai Rafizi Ramli diwujudkan bagi mengelakkan pengkhianat dan kumpulan kartel menguasai pucuk pimpinan parti serta menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri.

Calon Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, keputusan menyokong Rafizi sebagai timbalan presiden PKR kerana bekas ahli Parlimen Pandan itu lebih baik daripada penyandang, Datuk Seri Azmin Ali.

“Kita tahu kebelakangan ini banyak pihak yang cuba halang Datuk Seri Anwar jadi perdana menteri, kita tahu mereka menzalimi Datuk Seri Anwar,” katanya dalam jelajah “Debat Reformasi 20 Tahun” di Negeri Sembilan, malam ini yang turut dihadiri Rafizi.
Image result for abdullah sani kapar
abdullah sani kapar
“Kalau tidak pilih Rafizi hari ini (sebagai timbalan presiden PKR), sudah tentu sukar Datuk Seri Anwar (menjadi) perdana menteri.”

Sehubungan itu, Sani menggesa ahli PKR memilih pasukan Rafizi dalam pemilihan parti akan datang.

“Jangan ada halangan untuk angkat Datuk Seri Anwar jadi perdana menteri. Tiada pilihan, Rafizi yang akan kita nobat menjadi timbalan presiden PKR dan ikuti 4 naib presiden.

“Kenapa perlukan gabungan ini? Sebab kita tidak mahu ada pengkhianat, penjenayah ini duduk dalam pimpinan tertinggi.

“Siapa yang mahu kita angkat? Nurul Izzah Anwar, Datuk Johari Abdul, William Leong dan S Kesavan, pilihan lain tidak ada untuk pastikan tiada kacau bilau dalam pentadbiran Anwar.” Sani turut mengkritik kumpulan kartel dalam PKR tanpa menyebut menamakan sesiapa. “Allah tidak akan ubah nasib kaum itu, kalau kaum itu tidak mahu mengubah nasib mereka, yang baik dari Allah, yang tak baik dari mereka yang menyokong kartel.”

Berikut pasukan Rafizi yang akan merebut jawatan tertinggi PKR:
Calon naib presiden:
Nurul Izzah Anwar (Ahli Parlimen Permatang Pauh)
Datuk Johari Abdul (Ahli Parlimen Sungai Petani)
William Leong (Ahli Parlimen Selayang)
S Kesavan (Ahli Parlimen Sungai Siput)

Calon ketua Wanita:
Fuziah Salleh (Ahli Parlimen Kuantan)

Calon timbalan ketua Wanita:
Rodziah Ismail (Adun Batu Tiga)

Calon ketua Pemuda:
Akmal Nasir (Ahli Parlimen Johor Bahru)

Calon timbalan ketua Pemuda:
Raymond Ahuar (Ketua Pemuda PKR Sabah)

Calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP):
Datuk Abdullah Sani (Ahli Parlimen Kapar)
Aminuddin Harun (Menteri Besar Negeri Sembilan)
Syed Ibrahim Syed Noh (Ahli Parlimen Ledang)
Dr Idris Ahmad (Adun Ijok)
Wong Chen (Ahli Parlimen Subang)
Lee Chean Chung (Adun Semambu)
June Leow (Ahli Parlimen Hulu Selangor)
G Manivannan (Adun Hutan Melintang)
R Summugam (Adun Bukit Selambau)
Nik Nazmi Nik Ahmad (Ahli Parlimen Setiawangsa)
Datuk Abdul Halim Hussain (Adun Batu Maung)
Bun Lai (Ketua Cabang PKR Klang)
Mohamad Imran Abd Hamid (bekas ahli Parlimen Lumut)
Dr S Streram (PKR Rantau)
Dr Zaleha Ismail (PKR Johor)
Nurin Aina (Ahli Parlimen Merbok)
Mohd Amin Abdul Mem (Ketua Cabang Semporna)

Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Sunday, August 12, 2018
http://wrlr.blogspot.com/2018/08/abdullah-sani-dakwa-kem-rafizi.html

MENCONTENG UNTUK PERUBAHAN™
merentasi realiti ..bukan sekadar bawah tempurung media pengampu ...

Dulu PAS malu-malu, sekarang semakin nyata

Antara sebab kenapa kerajaan BN tumbang semasa PRU 14 yang lalu adalah kerana skandal 1MDB, kecelaruan institusi penting negara, peningkatan kos sara hidup, GST dan sebagainya.

1MDB menjadi topik utama rakyat sebelum PRU 14. Ibarat kata orang, kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. Laporan DOJ, pendedahan demi pendedahan sehinggalah semuanya terbukti selepas Kementerian Kewangan era pemerintahan kerajaan PH mendedahkan kerajaan terpaksa menanggung hutang 1MDB sehingga tahun 2039.

Lebih mengejutkan lagi apabila Lim Guan Eng mendedahkan kerajaan telah membayar bagi pihak 1MDB hutang mereka. Kerajaan bermakna RAKYAT. Rakyat bermakna kita semua.

Dan lebih memeranjatkan lagi apabila PAS sudi bekerjasama dengan UMNO yang punca semua masalah. PAS tidak boleh kata itu semua punca Najib. Najib adalah nakhoda. Nakhoda ada pembantu kanan, kiri, belakang, depan dan anak kapal. Mereka semua dalam satu team yang dinamakan Barisan Nasional.

Dulu PAS berselindung di sebalik apa jua takrifan dan istilah untuk 'menghalalkan' kerjasama dengan mereka yang telah merosakkan ekonomi negara. Sekarang beberapa pemimpin PAS secara terang-terang mengajak pengundi membantu UMNO di Sungai Kandis.

Kini giliran PAS meminta bantuan UMNO untuk PRK Seri Setia. Walaupun nak kata 'mantik' ke, 'plastik' ke, tapi cuba baca petikan di bawah ini:

Pas menjangkakan Umno akan membantu calon parti Islam itu untuk memenangi PRK Dun Seri Setia yang dijadualkan pada bulan depan.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keyakinan itu dizahirkan apabila Umno tidak menempatkan calon mereka bagi  merebut kerusi yang ditinggalkan bekas Adun PKR, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin yang meninggal dunia pada 2 Ogos lalu.

“Kita tengok muka dia (Umno) macam nak tolong.

“Kita harap mungkin apabila mereka tak turunkan calon, pengundi Umno akan mengundi... tolong Pas,” katanya di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad, di sini, hari ini.

Tuan Ibrahim yang dilantik sebagai Pengarah PRK Dun Seri Setia mengumumkan buat masa ini, Pas telah menyenarai pendek tiga nama calon yang akan dimuktamadkan 15 Ogos nanti.

“Ada yang pernah bertanding pilihan raya umum lepas dan  ada calon baharu,” kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Sementara itu, ketika ditanya kesudian Pas untuk membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turun membantu dalam siri kempen di PRK Dun Seri Setia, Tuan Ibrahim hanya berkata, pihaknya mengalu-alukan bantuan semua pihak.

“Dalam Pas kita ada beberapa perkara yang boleh dan tidak  boleh. Bahkan petugas Pas sedang memahami situasi pengundi dan sensitiviti masyarakat setempat, itu perlu ambil kira,” ujarnya.

Bagi perkembangan PRK Dun Balakong pula, beliau yakin pengundi Pas di situ akan memberi undi.

“Balakong, BN tak letak calon, MCA guna logo sendiri. Ini percubaan mereka untuk keluar daripada logo BN.

“Bila Pas tak letak calon, mungkin ahli Pas yang akan beri undi,” jelasnya.
http://www.sinarharian.com.my/politik/tengok-muka-umno-macam-nak-tolong-pas-1.867343

Memang betul, UMNO sudah jadi pembangkang. Namun kesilapan-kesilapan mereka masih dalam proses pembetulan oleh pihak Pakatan Harapan.

Cumanya kita nak tanya, apakah 'kerjasama' tersebut HALAL bagi PAS?

Kita amat yakin, seperti kata Sultan Perak, isu perkauman dan lapuk ditolak pengundi, dan kali ini jika PAS masih bersama UMNO dengan teori lama. Mereka akan gulung tikar lagi.
http://penburukonline.blogspot.com/2018/08/dulu-pas-malu-malu-sekarang-semakin.html

Sunday, 12 August 2018
LOGIKKAH BARANG2 BERHARGA DISIMPAN DI RUMAH BESAN?

Dilaporkan bahawa kononnya kurang separuh daripada barangan yang dirampas sebelum ini di kediaman dan kondo yang dikaitkan dengan Najib Razak serta dikaitkan dengan 1MDB adalah merupakan milik Rosmah Mansor.
Selebihnya ia dikatakan milik besan Rosmah iaitu Maria Nazarbayez, selain ada juga yang merupakan kepunyaan anak Najib sendiri, Nooryana Najwa.

Pernahkah kita dengar seseorang menyimpan berkotak-kotak beg tangan mewah dan berbeg-beg barangan kemas di rumah besannya?

Jika kita sendiri sebagai besan, adakah kita akan meletakkan barangan berharga seperti itu di rumah besan kita?

Kahkahkah....

Putar...Abang Halim...putar...

Sebelum ini, Najib turut dilaporkan berkata, wang tunai berjumlah RM114 juta yang dirampas bersama barangan kemas dan beg tangan itu juga adalah kepunyaan UMNO yang merupakan lebihan yang tidak digunakan dalam pilihanraya lalu.

Pengakuan Najib itu dibuat di sebalik fakta yang didedahkan oleh pihak polis bahawa wang tunai itu adalah dalam 29 jenis mata wang asing.

Sebagaimana pengakuan Najib itu menimbulkan keraguan yang nyata, dakwaan sejumlah barangan yang dirampas itu merupakan milik besan Rosmah juga menimbulkan tanda tanya yang sama kepada kita.

Logikkah ia? (ShahbudinHusin 12/08/2018)
http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/08/logikkah-barang2-berharga-disimpan-di.html


Tiada ulasan: