Jumaat, 17 Ogos 2018

Membina siasah manusia dengan Membina sebuah negara. 8053.


Pendidikan. 

Beriringan mendidik adalah satu pelaburan ibu bapa untuk anak-anaknya, yang juga merupakan pelaburan negara untuk warga negara genarasi masa depannya. Pelaburan ini mengambil masa untuk melihat pulangannya. Penyerlahan pelaburan tersebut hanya dapat dilihat seawalnya, apabila seorang anak atau seorang warga negara itu mencecah usia lapan belas tahun. 

Sama ada anak itu menjadi ahli keluarga yang berguna dan warga negara yang boleh diharap adalah bergantung besar kepada gaya didik ibu bapa di rumah dengan dibantu oleh kerajaan di sekolah-sekolah. 

Peranan ibu bapa amat penting sebagai asas pendidikan sebelum anak mereka ke sekolah saban hari dan hasilnya akan terlihat bila anak itu berusia lapan belas tahun. Apakah anak mereka mempunyai sikap bertanggung jawab kepada dirinya sendiri? Bertanggung jawab ini akan dapat dilihat bila mereka meninggalkan alam persekolahan dan sambung belajar sama ada di kolej atau universiti. 

Setelah menjangkau usia lapan belas tahun mereka akan meninggalkan rumah dan tinggal jauh dari pandang mata ibu bapa. Kepada mereka yang gagal cemerlang mereka berpeluang sambung belajar di Kolej Komuniti, Giat Mara dan sebagainya. Kepada yang lebih berjaya akan sambung belajar di Metrikulasi, Universiti dan lain-lain.

Disini kita akan nampak perbezaan antara mereka yang kurang cemerlang dengan yang lebih berjaya. Perangkap pertama ialah disiplin diri. Mereka yang kurang berjaya, bila dapat peluang sambung belajar, sepatutnya berusaha lebih gigih untuk lebih berjaya dengan membuang jauh tabiat atau perwatakan buruk yang membuatkan mereka gagal. 


Moral pelajar yang cemerlang lebih menghormati tuan rumah tempat mereka menyewa berbanding mereka yang gagal cemerlang tetapi berjaya juga menyambung pengajian setelah berusia lapan belas tahun? Kesedaran dua golongan usia lapan belas tahun ini jauh berbeza. 

Yang gagal menyerlah sebahagiannya tidak berusaha untuk mengecapi kejayaan. Mereka terus berseronok tanpa memikir ibu bapa mereka yang jauh di mata sentiasa berusaha menyediakan wang untuk mereka terus sambung belajar. Ada juga yang cemerlang jadi lupa diri dan akhirnya melingkup sebab pengabaian jati diri. Lupa mengapa boleh terus hidup. 

Merekalah harapan keluarga, contoh kepada adik beradik dan mereka jugalah pemikul tanggung jawab sebagai penyambung genarasi akan datang untuk kejayaan dan kemakmuran negara. 

Sebagai satu catatan harus diingat zaman Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Pelajaran Malaysia, pemberatan pakaian untuk pelajar berugama Islam dititik beratkan. 
Sekadar hiasan. 
Kita boleh lihat individu yang moralnya tidak disenangi ramai, bayangkanlah apa yang ibu bapa mereka didik sebelum mereka berusia lapan belas tahun. Itulah titik permulaan seseorang anak menjadi lelaki sejati dan perempuan bukan betina. Betina jual maruah dan perempuan menjaga maruah. Itulah perbezaannya. 

Membina negara. 

Sedia maklum negara telah bertukar tangan daripada pemerintah keramat kepada pemerintah baru yang diterajui Pakatan Harapan. 
Sekadar hiasan. 
Setakat ini belum pernah dengar YAB Tun Mahathir Perdana Menteri Malaysia., mengajak, menyeru pemuda-pemuda dan warga negara Islam penuhkan Masjid dan Surau bersolat Subuh Berjemaah. 
Secara peribadi Pakatan Harapan memerlukan sekurang-kurangnya lima penggal untuk membuktikan mereka adalah pengendali Kerajaan Persekutuan yang lebih baik dari era kerajaan sebelumnya. Ertinya Pakatan Harapan memerlukan dua puluh lima tahun untuk menyerlahkan sebagai sebuah kerajaan berwibawa. 

Penggal pertama adalah lebih kepada penetapan/setting. Dalam penetapan akan berlaku banyak penyuntingan. Ada yang perlu dikekalkan dengan penambah baikan, perlu diubah atau disingkirkan terus. Pelaburan kepada pendidikan tetap menjadi teras supaya jati diri pemuda dan pemudi benar-benar harapan agama, bangsa dan negara. 

Penggal ke dua pemantapan kepada penggal pertama. Penetapan tanpa peduli suara rakyat sudah tentu akan membuat Pakatan Harapan tidak merasa nikmat pemerintahan penggal ke dua. Pakatan Harapan juga tidak membiar pemain politiknya yang tersasar dari garis normal sebagai pemimpin yang bagus. Seperti di penggal pertama suara pemimpin yang mengkritik, tidak sewenang-wenangnya dihukum sebagai lawan, sedangkan natijahnya itulah suara-suara yang akan membawa kepada pentadbiran Pakatan Harapan mengatasi halangan untuk ke penggal berikutnya. 

Penggal ke tiga ialah persiapan sebelum menjangkau usia lapan belas tahun pemerintahan. Jika Pakatan Harapan seumpama seorang anak, begitulah keberhasilannya akan semakin menyerlah dari tahun ke tahun supaya Era Malaysia Baru semakin berjaya membuka mata majoriti Rakyat Malaysia. 

Penggal ke empat meneruskan persediaan untuk menyambut usia ke lapan belas. Berapa ramai pemimpin hebat yang lahir? Berapa ramai pemimpin yang kandas setakat ini? Apakah rasuah semakin mengecil, oh kawan saya, adik abang kakak saya? Sepatutnya Malaysia Baru semakin berkembang dan Ringgit Malaysia semakin mengukuh. 

Penggal ke lima, sampai masanya menuai keberhasilannya, tidak seperti kegagalan Wawasan 2020 (sebab tukar PM) dan begitu juga dengan T2050. Sebenarnya dalam jangka masa dua puluh tahun, sesebuah negara boleh berubah wajah kepada lebih baik, berbanding untuk merosakannya cukup hanya lima tahun pentadbiran. 
Perlukah Rakyat Malaysia mempunyai pemimpin seperti ini?  














Perlu Pencerahan...  

.

Tiada ulasan: