Rabu, 29 Ogos 2018

Mereka iri hati kepada pencapaian saya selama ini. 8118.


Wednesday, 29 August 2018
BAGAIMANA JIKA AZMIN KECUNDANG KEPADA RAFIZI?

Siapa akan menang dalam pertandingan antara Azmin Ali dengan Rafizi Ramli?

Ini adalah soalan yang paling banyak ditanyakan di mana-mana apabila memperkatakan tentang pertandingan jawatan timbalan presiden yang bakal berlaku dalam PKR yang pengundiannya akan berlangsung bulan depan.

Sesetengah pihak merasakan Azmin akan menang dalam persaingan tersebut berdasarkan kedudukannya dalam kerajaan serta rekod cemerlangnua sebagai Menteri Besar Selangor sebelum ini.

Meskipun Azmin dilihat belum berkempen sebagaimana kem

Rafizi yang diketahui sudah bergerak ke beberapa negeri dan mencetuskan kontroversi, mereka percaya Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu ada kelebihan dalam mengekalkan jawatannya.

Sesetengah pihak yang lain pula penuh yakin Rafizi mampu membuat kejutan dan menumbangkan Azmin kali ini.

Pihak yang menyebelahi Rafizi ini meluahkan keyakinan itu berdasarkan bakat menonjol yang diperlihatkan Rafizi selama ini, selain percaya bekas Ahli Parlimen Pandan itu memang merupakan pilihan Anwar Ibrahim yang sudah pun menang tanpa bertanding sebagai Presiden PKR.

Kata mereka, Rafizi tidak akan bertanding menentang Azmin jika tidak mendapat sokongan penuh daripada Anwar.

Anwar pula, kata mereka, tidak mungkin akan membiarkan Rafizi yang bertanding dengan kebebasan menggunakan isu berkaitan dirinya sebagai bakal Perdana Menteri yang dikatakan mungkin dihalang menuju jawatan itu oleh Azmin, berakhir dengan kekalahan begitu saja.

Lebih-lebih lagi, selain Nurul Izzah iaitu anak Anwar sendiri berada dalam kem Rafizi dan Saifuddin Nasution selaku Setiausaha Agung PKR pula begitu kuat berkempen dengan menjual nama Anwar sebagai mahukan orang seperti Rafizi sebagai pemimpin nombor dua dalam parti itu, jika Azmin terus menang ia tentu saja sesuatu yang akan memalukan nama Anwar akhirnya.

Untuk itu, tambah mereka, walaupun Anwar dilihat berkecuali dan pernah mengatakan kedua-dua calon itu adalah daripada penyokong kuatnya, beliau dikatakan pasti akan berusaha untuk memastikan kemenangan kepada Rafizi berbanding benar-benar tidak memihak kepada sesiapa yang akhirnya akan menyebabkan Azmin dapat mengekalkan jawatannya.

Anwar yang sedang dalam pendakian untuk kali kedua menuju jawatan Perdana Menteri juga dikatakan tentu lebih mahu laluannya menjadi lancar atau tidak terganggu, apa lagi menyesal jika akhirnya nanti terbukti bahawa Azmin benar-benar merupakan penghalangnya kepada jawatan Perdana Menteri itu.

Isu Anwar sebagai bakal pengganti Tun Mahathir yang digunakan dengan meluas oleh kem Rafizi diyakini banyak pihak akan berjaya mempengaruhi ahli-ahli PKR untuk memihak kepada bekas Ahli Parlimen Pandan kerana mereka memang sudah sekian lama mahukan Anwar berjaya memegang jawatan tersebut dalam perjuangan kariernya.

Jika itu yang lebih mungkin akan berlaku dan berterusan dalam hari-hari seterusnya, ternampak bahawa peluang Rafizi kelihatan lebih cerah berbanding Azmin.

Maka, apa akan jadi kepada Azmin jika beliau kecundang kepada Rafizi?

Adakah Azmin akan terus kekal berada dalam kabinet sebagai menteri atau PKR akan mencadangkan namanya digugurkan berikutan kedudukannya bukan lagi dalam hireaki parti serta untuk memastikan laluan Anwar tidak terhalang lagi?

Atau mungkinkah, dengan kekalahan itu akan membuka laluan untuk Azmin menyertai Bersatu? (ShahbudinHusin 29/08/2018)
Shahbudin dot com: BAGAIMANA JIKA AZMIN KECUNDANG KEPADA RAFIZI?
http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/08/bagaimana-jika-azmin-kecundang-kepada.html

MENCONTENG UNTUK PERUBAHAN™
merentasi realiti ..bukan sekadar bawah tempurung media pengampu ...
Benarkah kerajaan Arab Saudi taja Najib buat haji?
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menyangkal dakwaan kononnya kerajaan Arab Saudi menaja Datuk Seri Najib Tun Razak menunaikan haji serta menyediakan pesawat khas kepada bekas perdana menteri itu.

"Ingin saya tegaskan dakwaan tersebut tidak benar sama sekali," katanya dalam kenyataan hari ini berhubung dakwaan yang tular itu.

“Tiada sebarang pesawat khas mahupun tajaan yang diberikan kepada bekas perdana menteri berkenaan," tegas Mujahid.

- Bernama

12 April, 2013
Kisah keterlibatan Mahathir, Najib dengan freemason!
Kepada Tuhan Saya Berserah

Dengan segala takzim dan rendah hati saya menawarkan diri untuk bertanding jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan Mac 2009 kelak.

Maklumat Peribadi ::

Nama : Dato' Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak
Tarikh Lahir : 23 Julai 1953
Tempat Lahir : Kuala Lipis, Pahang

Status Perkahwinan : Berkahwin dengan Datin Paduka Seri Rosmah Mansor
5 orang cahayamata (3 lelaki dan 2 perempuan)
1. Mohd. Nizar
2. Puteri Norliza
3. Mohd.. Nasifuddin
4. Nooriyana Najwa
5. Norashman Razak

Pendidikan : 1974 - B.A. (Hons) Industrial Economic - Nottingham University, United Kingdom

Portfolio : Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan

Alamat Pejabat :

Pejabat Timbalan Perdana Menteri,
Aras 4, Blok Barat,
Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia

No Telefon : 603-88881950
No Faks : 603-88880035

:: Kerjaya ::

2004 Timbalan Perdana Menteri
2008 Menteri Kewangan
1999 - 2008 Menteri Pertahanan
1995 - 1999 Menteri Pendidikan
1990 - 1995 Menteri Pertahanan
1987 - 1990 Menteri Belia dan Sukan
1986 - 1987 Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan
1982 - 1986 Menteri Besar Pahang
1982 - 1986 Pengerusi Lembaga Kemajuan Negeri Pahang
1982 - 1986 Pengerusi Majlis Perbandaran Kuantan
1981 - 1982 Timbalan Menteri Kewangan
1980 - 1981 Timbalan Menteri Pendidikan
1978 - 1980 Timbalan Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos
1974 - 1976 Eksekutif Petronas

:: Politik ::

Sept. 2004 Timbalan Presiden
1993 - Sept. 2004 Naib Presiden
1997 Pengerusi Biro Pendidikan
1988 - 1993 Ketua Pemuda
April 1987 Memangku Ketua Pemuda
1986 Pengerusi BN Negeri Pahang
1986 - 1987 Timbalan Ketua Pemuda
1983 - 1988 Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan UMNO Negeri Pahang
1982 - 1983 Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan UMNO Negeri Pahang
1982 - kini Ketua UMNO kawasan Pekan, Pahang
1980 - 1982 Timbalan Ketua, UMNO kawasan Pekan, Pahang
1978 - 1986 Ahli EXCO Pemuda UMNO Pusat
1976 - 1980 Ketua Pergerakan Pemuda UMNO kawasan Pekan, Pahang

:: Sosial ::
1980 - kini Ahli Kehormat FreeMason Malaysia
1995 Presiden SEAMEC
1988 - 1996 Pengerusi Yayasan Gerak Bakti Kebangsaan
1982 - 1986 Pengerusi Pahang Foundation
1977 - 1979 Pengerusi Majuternak
1977 - 1979 Persatuan Belia Malaysia, Ahli Royal Sentul Golf Club, Ahli Royal Selangor Golf Club, Ahli Raintree Club, Ahli Royal Pahang Golf Club
Ahli Subang Golf Club, Ahli Saujana Resort (M) Bhd, Ahli Royal Darul Makmur Golf Club, Ahli Lake Club Club, Ahli Air Force Recreational Club

Saya telah diserang oleh musuh-musuh saya kononnya saya mengamalkan upacara agama Hindu. Semua bolehlah merujuk kepada Dato' Sri S Samy Vellu yang mana beliau boleh mengesahkan bahawa saya tidak pernah bersama-sama dengan beliau di sebarang majlis upacara agama Hindu. Saya sanggup bersumpah dengan nama Tuhan bahawa saya adalah seorang Muslim yang beriman denganNya.

Saya terus dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya. Saya sekali lagi ingin bersumpah dengan nama Tuhan bahawa saya tidak pernah mengenali darihal Altantuya. Saya sanggup dihadapkan ke mana-mana mahkamah demi membersihkan semula nama saya yang cuba dicemari oleh mereka yang iri hati kepada pencapaian saya selama ini dalam membangunkan bangsa dan negara. Saya ingin menafikan komunikasi SMS saya dengan peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah mempunyai sebarang unsur salah guna kuasa.

Saya ingin menafikan sekeras-kerasnya berkenaan dakwaan saya terlibat dalam skandal perolehan helikopter Eurocopter Cougar EC-725. Ianya dibuat melalui proses dan peraturan seperti yang ditetapkan. Kementerian Pertahanan menerima keputusan dan persetujuan dari Kementerian Kewangan untuk memilih tender Eurocopter dan Kementerian Pertahanan mengeluarkan LOI kepada penender itu pada 15 September 2008. LOI boleh dikeluarkan pada bila-bila masa dan secara kebetulan ia dikeluarkan pada 15 September 2008. Saya ingin menyatakan kesediaan saya untuk disiasat oleh PAC atau BPR!

Saya mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa Perwakilan khususnya amat bijak dalam membuat pilihan mereka untuk menentukan pemimpin pada Mac depan.. Mereka bijak menilai siapakah pemimpin sebenar yang membela bangsa dan siapakah yang pernah belot kepada perjuangan Umno dan menjadi agen negara asing.

TAWARAN SAYA SEBAGAI PRESIDEN UMNO

Saya akan mempertahankan ketuanan Melayu sehingga ke titis darah yang terakhir sekiranya saya mendapat mandat Perwakilan Umno sebagai Presiden Umno pada Pemilihan Mac 2009. Inilah janji dan ikrar saya kepada Almarhum ayahanda saya sebelum beliau meninggal dunia.

Saya akan membentuk Majlis Penasihat Presiden dengan dianggotai oleh tokoh-tokoh Umno yang telah bersara terutamanya bekas Perdana Menteri bagi menghargai pandangan dan idea mereka dalam membawa negara mencapai Wawasan 2020. Saya akan memastikan bahawa keluarga saya tidak akan terlibat dalam perniagaan atau campur tangan dalam urusan pentadbiran negara. Saya akan menunaikan tanggungjawab saya tanpa sebarang pengaruh negara luar.

Kita sedar bahawa BN agak tercalar sedikit dalam keputusan Pilihanraya Umum Mac lepas. Saya akan melakukan apa sahaja bagi mengembalikan kegemilangan Umno dan Barisan Nasional. Saya tidak akan teragak-agak untuk menggunakan apa cara sekalipun bagi menghapuskan elemen-elemen perosak kestabilan dan keamanan dalam negara.

Akhir sekali saya ingin menyatakan kesediaan saya untuk bekerjasama dengan mana-mana pemimpin Umno yang mendapat mandat Perwakilan Mac depan. Masa depan bangsa yang bersifat "Glokal" akan terus megah berdiri dalam mengharungi arus globalisasi.

Kepada Tuhan saya berserah!
sumber : Malaysia Today
user posted image
MALAYSIA FREEMASON video ~ towards 1World government
Dr. Mahathir hadir di Mesyuarat Bilderberg?? 

Beberapa orang melayu yang telah menganggotai Freemason terdiri dari Tan Sri Kadir Yusoff, Datuk Harun M. Hashim, Dato' Amin Al-Jeffri, Abd. Rahim Ismail, Syahril Rezwan dan beberapa Sultan Tanah Melayu.

Di Malaysia today juga telah mempamirkan butir-butir peribadi Najib Razak yang tercatat sebagai Ahli Kehormat Freemason sejak dari tahun 1980.

Dan maklumat yang aku temui, Dr. Mahathir juga telah dijemput untuk menghadiri mesyuarat anjuran Freemason di Portugal. Operasi agenda New World Order ini sedang mempengaruhi kita dibawah sedar.
Bilderberg List for 1999 Clinton, Pope to attend 1999 Bilderberg meeting

CLINTON, POPE TO ATTEND BILDERBERG '99

U.S. President Bill Clinton and the aging Pope John Paul II are found on a "Partial Guest List" of individuals expected to attend the 1999 Bilderberg meeting that will be taking place in Portugal June 3rd - June 6th. The meeting is expected to include a globilization summit wherein nations that cling to their sovereign identities will be denounced by its leadership.

BILDERBERG '99: Partial Guest List
Ackerman, Duane - CEO Bell South
Ahern, Bertie - Prime Minister of Ireland
Alberthal, Les - CEO of Electronic Data Systems (EDS)
Albright, Madeleine - US Secretary of State
Al Saud, Waleed Bin Talal Bin Abdulaziz - Saudi Prince
Amichai, Yehuda - Israeli poet
Annan, Kofi - UN Secretary General
Arafat, Yasser - Chairman Palestinian Authority
Armstrong, Michael - CEO of AT&T Corrporation
Arison, Ted - Israeli Financier
Assad, Hafez - President of Syria
Aznar, Jose Maria - President of Spain
Belluzzo, Richard - CEO - Silicon Graphics-SGI
Berkshire Hathaway - Warren Buffet
Bolkiah, Hassanal - The Sultan of Brunei
Byers, Brook - Partner KPCB
Beyster, J. R. - Founder and CEO of SAIC
Bialkin, Ken - Skadden Arps
bin-Mohamad, Mahathir - PM of Malaysia
Blair, Tony - Prime Minister of UK
Bondevik, Kjell Magne - Prime Minister of Norway
Bonsignore, Michael - CEO Honeywell
Braverman, Avishai - President of Ben-Gurion University
Bronfman, Charles - Canadian businessman
Buffet, Warren, CEO Berkshire Hathaway
Cardoso, Fernando Henrique - President of Brazil
Case, Daniel - Chairman & CEO of H& Q
Case, Stephen - CEO of America On-Line-AOL
Caufield, Frank - AOL Board & Partner KPCB
Cayne, James - CEO of Bear Stearn
Chalsty, John - CEO of DLJ
Chambers, John - CEO of Cisco Systems
Chirac, Jacques - President of Franc
Chrétien, Jean - Prime Minister of Canada
Clinton, Bill - President of the United States
Cohen, Abby - Market Strategist, Goldman Sachs
Corzine, Jon - CEO of Goldman Sachs
Coulter, David - Former CEO of Bank of America
Cresson Edith - EC Commissioner
Daschle, Thomas - Senator, Minority Leader, US Senate
DeGier, Hans - CEO of Warburg Dillon Read
Dehaene, Jean-Luc - Prime Minister of Belgium
Dell, Michael - Dell Computers
Denham, Bob - Salomon Smith Barney
Dinstein, Yoram - President of Tel Aviv University-TAU
Disney, Roy - Vice Chairman & Nephew - Walt Disney
Ebtekar, Massoomeh - Vice President of Iran
Eisenberg, Erwin - Heir to Eisenberg Group
Ellison, Larry - CEO of Oracle
Engibous, Tom - Texas Instruments-TI
Esrey, Bill - CEO of Sprint
Estrada, Joseph - President of the Phillipines
Fahd, King - Leader of Saudi Arabia
Fan, Rita - Chairwoman Provincial Legislature China
Fisher, Max - Chairman, Republican National Jewish Coalition-NJC
Fisher, Richard - CEO of Morgan Stanley Dean Witter
Fortune 1000 - Group Focus Letter
Frankel, Jacob - Bank of Israel
Friedlander, Yehuda - Rector of Bar Ilan University
Fuld, Fichard - CEO of Lehman Brothers
Gates, Bill - CEO of Microsoft
Gerstner, Lou - CEO of IBM
Glavin, Christopher - Motorola - Strategy Focus
Goh Chok Tong - Prime Minister of Singapore
Goldberg, Ed - Merrill Lynch - Strategy Focus
Grafton, Bob - CEO of Arthur Andersen Worldwide
Grasso, Richard - CEO, New York Stock Exchange-NYSE
Greer, Phil - Weiss Peck & Greer
Grove, Andy - Former CEO of Intel
Gujral, I.K. - Former Prime Minister of India
Habibie, B. J. - Indonesia's Prime Minister
Hammerman, Stephen - Vice Chairman Merrill Lynch
Harari, Chaim - President of Weizmann Institute
Hariri, Rafik - Prime Minister of Lebanon
Hashimoto, Ryutaro - Former Prime Minister of Japan
Hastert, Dennis - GOP - Speaker of the US House of Representatives
Hayuth, Yehuda - President of Haifa University
Honeycutt, Van - CEO Computer Sciences Corporation-CSC
Horovitz, Avraham - GM - UMI Israel Chief Scientist
Howard, John - Prime Minister of Australia
Hussein, King - of Jordan and The Crown Prince Hassan (HK: Deceased)
Ichan, Carl - Wall Street Financier
Jackson, Judge Thomas Penfield - US District Court - Washington D. C.
Jiang Zemin - President of China
Jobs, Steven - Apple Computers
Jospin, Lionel - Prime Minister of France
Kangas, Edward - CEO Deloitte, Touche, Tohmatsu - International-DTTI
Kaveh, Moshe - President of Bar Ilan University
Khatami, Mohammed - President of Iran
Kim, Dea.jung - President of South Korea
Kim Young-sam - Former President of South Korea
Kissinger, Kissinger - former US Secretary of State
Kok, Wim - Prime Minister of the Netherlands
Koller, Arnold - President of Switzerland
Komansky, David - CEO of Merrill Lynch
Kohl, Helmut - Former Chancellor of Germany
Lane, Neal - Former Director of the NSF
Laskawy, Phil - CEO of Ernst & Young-EY
Lavie, Arie - Former Chief Scientist - Israel
Lee Kuan-Yew - President of Singapore
Lee Teng-hui - President of Taiwan
Leon, Moshe - Director General, PM's Office Israel
Lerner, Alex - Israeli Scientist
Levin, Gerald - CEO Time Warner, Inc.
Li Peng - Prime Minister of China
Livingston, Robert - GOP Nominee as - US Speaker of the House
Lott, Senator Trent - GOP Senate Majority Leader - US Senate
Magidor, Menachem - President of Hebrew University
Mandella, Nelson - President of South Africa
Marron, Donald - CEO of Paine Webber Group - Enterprise Strategy
McGinn Richard - CEO of Lucent- Enterprise Strategy
McNealy, Scott - CEO of Sun Microsystems
Middelhoff, Thomas - CEO Bertelsmann & AOL Director
Mitchell, George - Former GOP Senate Majority Leader
Moore, Nicholas - Chairman of PriceWaterhouse Coopers-PWC L.L.P.
Mubarak, Hosni - President of Egypt
Murdoch, Rupert - Austrialian Media Owner
Narayanan, K.R. - Former President of India
Ne'eman, Yaacov - Former Israeli Finance Minister
Ne'eman, Yuval- Israeli Physicist
Obuchi, Keizo - Prime Minister of Japan
Oz, Amos - Israeli writer
Palmer, Robert - CEO of Digital Equipment Corporation-DEC
Paulson, Henry - Co-Chairman Goldman Sachs
Persson, Goran - Prime Minister of Sweden
Pfeiffer, Eckhard - CEO of Compaq
Phelan, John - Former CEO NYSE & Director of ML and the BCG
Phypers, Dean - Former CFO of IBM
Platt, Lewis - CEO Hewlitt Packard-HP
Pope John Paul II - Pontiff of the Roman Catholic Church-RCC
Pottruck, David - Charles A. Schwab & Company
Primakov, Yevgeny - Russian Prime Minister
Prodi, Romano - Former Prime Minister of Italy
Purcell, Philip - CEO of Morgan Stanley Dean Witter
Ramos, Fidel - Former President of Philippines
Raymond, Lee - CEO Exxon
Redstone, Sumner - CEO of Viacom - HBO
Reichman, Uriel - President of the Inter Disciplinary Center- IDC Israel
Reichmann, Paul - Canadian Businessman
Rodin, Judith - President of the University of Pennsylvania
Roosa, Robert - Former Chairman Brown Brothers Harriman (of blessed memory)
Samuelson, Paul - MIT Economics Nobel Laureate
Santer, Jacques - President of the European Commission-EC
Schiro, James - CEO PriceWaterhouse Coopers-PWC
Schroeder, Gerhard - German Chancellor
Schwab, Charles - Charles A. Schwab & Company
Sharman, Colin - Chairman KPMG
Shipley, Walter - CEO of Chase Manhattan Bank
Spielberg, Stephen - Hollywood Film Producer
Slahor, Paul - Founding Investor in IPC
Slavin, Shmuel - Director General of Israel's Finance Ministry
Smith, Jack - CEO of General Motors-GM
Soros, George - President of the Soros Fund
Spector, Norman - Publisher Jerusalem Post
Tadmor, Zeev - President of Technion
Trotman, Alexander - CEO of Ford Motor Company
Tung Chee-hwa - Hong Kong Chief Executive
Turner, Ted - CEO Turner Broadcasting Systems-TBS - CNN
Vajpayee, Atal Behari - Prime Minister of India
Wang Changyi - China's Ambassador to Israel
Wang, Charles - CEO of Computer Associates International-CAI
Weill, Sandy - CEO Travelers-Citigroup
Weinbach, Arthur - CEO of Automatic Data Procesing-ADP
Weinbach, Lawrence - CEO of Unisys
Yair, Yoram - Former Israel Defense Forces
Yehoshua, A.B. - Israeli writer
Yeltsin, Boris - President of Russia
Zedillo, Ernesto - President of Mexico
Zeroual, Liamine - President of Algeria

Artikel berkaitan FREEMANSON MALAYSIA 
sumber SINI
The Sniper: Kisah keterlibatan Mahathir, Najib dengan freemason!
http://thecybersniper.blogspot.com/2013/04/kisah-keterlibatan-mahathir-najib.html



Hanz Azdi berkata...
Great bro !

Gua dah lama dah suspek benda ni...Pemimpin UmNO-BN mesti ada terlibat agenda Freemason, illuminati, satanic, lead by an oracle.

Patut la depa macam haramjadah aje principal depa selama ni... nak kata depa buat kerja Islam tak cukup bagus mana, sekular yg lebih... SAH..bahaya depa ni!

12 April 2013 11:16 PTG

SEJARAH "DAWN RAID" - KISAH SERANGAN KUALA LUMPUR KE ATAS BURSA LONDON
Tuesday, June 27, 2017 Posted by Roslan Alan
Sebuah kisah yang sudah pun menjadi sejarah yang ingin dikongsikan. Kisahnya agak panjang. Harap baca supaya dapat difahamkan dengan apa yang Tun maksudkan

["Jangan bagi tahu seluruh dunia apa yang kamu buat, tapi buktikanta"].

Sejarah “Dawn Raid” — Serang Hendap Kuala Lumpur ke Atas Kota London pada 1981

Kisah benar kejayaan sekumpulan anak Melayu mengambil kembali tanah-tanah di Malaysia yang dipegang Inggeris selama 160 tahun dengan serangan terancang ke atas ibu kota Britain
Oleh: Lela Iskandar Suhaimi

Pada 7 haribulan September tahun 1981, kota London digemparkan dengan pengambilalihan mengejut syarikat perladangan Guthrie di London. Guthrie yang berusia lebih 100 tahun dan merupakan antara syarikat perladangan terbesar British jatuh ke tangan pihak asing di dalam masa 4 jam sahaja.

Apa yang lebih mengejutkan ialah syarikat tersebut jatuh ke tangan kerajaan Malaysia, di bawah pimpinan Dr. Mahathir Muhammad yang baru memegang jawatan Perdana Menteri selama 2 bulan.

Berbeza dari 3 Perdana Menteri sebelum ini, Mahathir dirakamkan oleh ahli sejarah sebagai Perdana Menteri pertama yang tidak merokok, tidak minum arak dan tidak meminati sukan golf. Dan jika pemegang jawatan sebelum beliau berdarah raja, berpendidikan British dan mengekalkan hubungan baik dengan Inggeris, Mahathir pula belajar di Universiti Malaya Singapura, tidak mempunyai rakan berbangsa Inggeris dan terkenal dengan sikap anti-penjajahnya.

Sebelum menjadi Perdana Menteri lagi, beliau mengkritik dasar Inggeris yang membuka Tanah Melayu seluas-luasnya kepada pendatang dari India dan China, sekaligus menyebabkan orang Melayu terpinggir.

2 tahun sebelum beliau menjadi Perdana Menteri, pihak Inggeris menarik semula subsidi pendidikan kepada pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Britain dan menaikkan yuran kepada pelajar asing, tetapi tidak kepada pelajar Eropah.

Ia memberikan tamparan hebat kepada 17,000 pelajar Malaysia di negara itu yang terbeban dengan yuran pengajian yang meningkat 3 kali ganda secara tiba-tiba. Malaysia juga pada waktu itu tidak mampu menyerap pelajar-pelajar ini kerana ia hanya mempunyai 2 buah universiti.

Mahathir yang ketika itu merupakan Menteri Perdagangan memberi amaran bahawa tindakan ini akan merugikan Britain dalam jangka masa panjang. Namun begitu, amaran beliau tidak diendahkan.

Tidak lama kemudian, London menolak permohonan Malaysia agar syarikat penerbangan MAS diberi hak mendarat tambahan di lapangan terbang Heathrow. Tetapi pada masa yang sama, Inggeris mencabar kewibawaan kerajaan Malaysia apabila sebuah pesawat supersonic Concorde miliknya menceroboh ruang antarabangsa Subang dalam perjalanannya ke Singapura.

Mahathir melihat ini sebagai sikap angkuh British yang masih memperlakukan Malaysia seperti tanah jajahannya.

Keangkuhan British bukan sahaja disedari oleh Mahathir dan ahli-ahli politik Melayu, tetapi turut dirasai oleh penjawat awam seperti pengerusi PNB, Dato Ismail Ali. Secara kebetulan, abang ipar Mahathir ini juga adalah bekas Gabenor Bank Negara yang terlibat menggesa Guthrie menubuhkan Guthrie-Ropel.

Beliau juga adalah antara tokoh utama yang menubuhkan PNB — satu agensi yang ditugaskan khas bagi menjayakan DEB.

Sewaktu menjawat jawatan gabenor Bank Negara lagi, beliau menunjukkan sikap tidak mesra kepada Inggeris. Mark Gent, iaitu pengerusi Guthrie ketika itu berkata, beliau dan pengarah urusan Guthrie, Eric Griffith-Jones hampir pasti akan diarah oleh Ismail Ali untuk “menunggu di luar pejabatnya selama ½ jam” setiap kali mesyuarat diadakan.

Sewaktu Ismail menjadi gabenor juga, wang negara yang disimpan di bank Inggeris seperti HSBC dan Chartered dipindahkan ke bank tempatan. Bank-bank asing pula tidak lagi diberi peluang membuka cawangan di Malaysia.

Seperti Mahathir, beliau juga tidak berpuashati dengan orang Inggeris kerana sungguh pun PNB memiliki 25% saham Guthrie, tiada wakil PNB yang dirujuk dalam mesyuarat untuk menentukan hala tuju syarikat. Ini termasuk keputusan Guthrie menjual beberapa kepentingannya kepada MPH, sebuah syarikat koperasi milik hartawan-hartawan Cina di Malaysia pada awal 1981.

Syarikat MPH yang memiliki aset yang banyak ini pernah cuba membeli bank UMBC (iaitu antara bank terbesar negara ketika itu) sehingga menyebabkan Mahathir campurtangan. Agar ia tidak didominasi bangsa Cina, Mahathir memastikan PERNAS dan Petronas juga mempunyai kepentingan dalam UMBC.

Kedua-dua tokoh ini melihat bahawa jika pengambilalihan demi pengambilalihan MPH diteruskan, bangsa Cina semakin hampir mengganti orang Inggeris menguasai ekonomi negara ini.

Atas sebab ini, Ismail membuat keputusan nekad. Guthrie mesti diambilalih secepat mungkin.

Kerjasama Pelbagai Pihak

Setahun sebelum menjadi Perdana Menteri, Mahathir yang merupakan Menteri Perdagangan dan Tengku Razaleigh Hamzah selaku Menteri Kewangan telah di maklumkan oleh Ismail Ali bahawa beliau merancang untuk mengejutkan Inggeris dengan pengambilalihan syarikat mereka.

4 bulan sebelum serangan, pasukan di PNB yang diterajui oleh pengurus pelaburan bernama Khalid Ibrahim diberi tugas khas untuk meneliti dan merangka strategi bagi memastikan semua berjalan lancar.

Khalid yang pernah bekerja di Barings London (iaitu syarikat yang menjadi penasihat kewangan Guthrie), pakar-pakar pelaburan PNB dan penasihat dari bank saudagar N. M. Rothschild & Sons Ltd diarahkan untuk mengkaji secara rahsia samada Guthrie boleh diambilalih. Jika positif, mereka diarahkan merangka strategi terperinci bagaimana ianya boleh dibuat.

Hasil dari penelitian mereka, kumpulan ini menjumpai satu kelemahan dalam akta bursa saham London yang boleh dieksploitasi. Dengan kelemahan ini, satu serang hendap ekonomi untuk mengambilalih Guthrie boleh dibuat. Syaratnya ianya dibuat sepantas dan serahsia mungkin hingga Inggeris tidak sempat melakukan pertahanan.

Dengan persetujuan Mahathir, modal pengambilalihan (sebanyak 282 juta pound) diambil dari tiga punca – Petronas, PERNAS dan menerusi satu skim amanah saham baru yang ditawarkan kepada orang Melayu 4 bulan sebelum serangan. Skim ini dinamakan Amanah Saham Nasional (ASN).

Untuk memastikan Inggeris tidak menyedari bahawa kerajaan Malaysia berada di belakang pengambilalihan ini, Khalid diarahkan oleh Rothschilds untuk membuka bank akaun di Switzerland untuk tujuan pembayaran saham.

Guthrie menjadi sasaran kerana selain dimiliki pelabur Ingeris, saham-saham Guthrie pada waktu itu juga dipegang oleh beberapa syarikat bukan Inggeris yang mesra kepada PNB. Antara syarikat tersebut antaranya adalah Genting, Bank Simpanan Nasional, Kuwait Investment Office dan OCBC.

Dengan pegangan sedia ada sebanyak 25%, PNB memerlukan 15% saham sahaja lagi bagi menjadikan keseluruhan pegangannya ke 40% , sekaligus menjadikannya sebagai pemegang saham utama Guthrie.

Untuk ini, N. M. Rothschild & Sons Ltd dilantik bagi membeli saham Guthrie dari pelabur besar bagi pihak PNB, manakala Rowe & Pittman pula dilantik menjadi broker bagi membeli saham Guthrie dari pelabur-pelabur kecil.

Ideanya di sini ialah agar sebahagian besar saham Guthrie di Malaysia dan di London dibeli serentak sebelum bursa dibuka, dan ia mesti dibeli tanpa disedari oleh pihak pengurusan Guthrie sendiri.

Untuk memastikan kejayaan serangan rahsia ini, hanya sekumpulan kecil perancang sahaja yang terlibat secara langsung. Mohammad Desa Pachi, yang juga Ketua Eksekutif PNB ketika itu juga tidak diberitahu secara terperinci bagaimana operasi ini akan dilaksanakan.

Hari serangan akhirnya diputuskan — 7 September, pukul 9 pagi waktu London (4 petang waktu Malaysia).

Mengikut rancangan, kesemua yang terlibat akan mendapatkan persetujuan penjual-penjual sebelum bursa dibuka. Apabila ia dibuka, PNB akan mengisytiharkan berita menggemparkan ini dan menguruskan dokumentasinya sahaja — sekaligus memberi kejutan kepada Guthrie dan pemegang saham lain.

Yang rumitnya ialah memastikan pembelian ini dilakukan secara rahsia. Kerana jika ia terbongkar awal, harga saham Guthrie bakal melambung tinggi dan pengurusan Guthrie akan bertindakbalas untuk menggagalkan serangan hendap ini.

Di Malaysia Khalid yang diberi tugas menguruskan pembelian di sini optimis bahawa Bank Simpanan, Genting dan Kuwait Investment Group akan menerima tawaran PNB kerana ketiga-tiganya dianggap “mesra” dengan PNB.

Dato Ismail pula bergegas ke Singapura pada hari itu untuk berjumpa dengan pengerusi OCBC. Rancangannya ialah untuk meyakinkan pihak OCBC untuk menerima tawaran membeli saham Guthrie yang dipegang bank itu pada pukul 3:30 ptg, dan menghantar notis penerimaan pada pukul 3:45 petang.

Di London, Rowe & Pittman serta Rothschilds hanya menunggu lampu hijau dari Malaysia untuk membeli saham-saham Guthrie dari pelabur Inggeris pada pagi tersebut.

Sewaktu di Singapura, Ismail dan pengerusi OCBC, Tan Chin Tuan berbincang mengenai pembelian saham Guthrie sewaktu makan tengahari. Perbincangan yang memakan masa lama itu akhirnya berakhir dengan satu berita kurang enak. OCBC menolak tawaran PNB.

Ismail menelefon Khalid dan memberitahu berita buruk tersebut. Tetapi oleh kerana Khalid telah berjaya membeli saham dari Kuwait, Bank Simpanan dan Genting, mereka tiada jalan lain kecuali meneruskan serangan.

Di London, sebaik menerima lampu hijau, kedua-dua firma yang diupah PNB memulakan proses pembelian sepantas mungkin. Bank saudagar Rothschilds berjaya memujuk M&G Investment Trust, sebuah syarikat amanah saham Inggeris (yang memegang 17% dari Guthrie) menjual 11% saham Guthrie miliknya.

Broker-broker Rowe & Pittman yang ditugaskan membeli saham dari pelabur kecil Britain pula berjaya mengumpulkan sasaran 5% saham dari orang Inggeris.

Walaupun tanpa saham OCBC, dalam masa 4 jam, PNB berjaya memiliki 8 juta saham, atau 50.41% dari keseluruhan syarikat, tanpa disedari atau keizinan pihak pengurusan Guthrie.

Lewat tengahari waktu London, Guthrie jatuh ke dalam genggaman Malaysia.

Mahathir Terus Menekan British
Glasgow Report

Laporan akhbar Glasgow Herald di London pada 8 Sept 1981

Pengerusi Guthrie, Mark Gent hanya sedar bahawa bahawa syarikatnya jatuh ke tangan Malaysia setelah mendengar berita itu di radio.

Pengambilalihan secara tiba-tiba dengan mengeksploitasi kelemahan system bursa London oleh bekas tanah jajahannya sendiri menyebabkan kerajaan British malu besar.

Walaupun ada broker di London memujinya sebagai urusniaga “licik” media London kebanyakannya menyelar serangan ini sebagai “nasionalisasi pintu belakang” 

Sebagai tindakbalas, London kemudiannya bertindak meminda peraturan di Bursa Saham London bagi memastikan syarikat-syarikat lain milik British seperti Dunlop tidak jatuh dengan cara sama.

Sebulan selepas itu, London dikejutkan lagi dengan pengumuman baru Mahathir.

Mahathir mengumumkan bahawa Malaysia akan memboikot barangan dan perkidmatan dengan British melalui kempen yang dinamakan Buy British Last. Mahathir yang marah kerana spekulasi timah dunia di London mengakibatkan harga eksport utama Malaysia jatuh mendadak, telah mengarahkan agar semua kontrak kerajaan kepada pihak British dibekukan.

Tindakan Mahathir ini memberi kesan besar kepada kontrak semasa dan akan datang British berjumlah 1.25 billion pound sterling yang sepatutnya diterima oleh British. Kontrak Dunlop untuk membekal tayar kepada kerajaan sejak 1963 lagi contohnya kini diberi kepada sebuah syarikat Amerika Syarikat sehingga menyebabkan Dunlop menjual kepentingan mereka kepada MPH.

Dalam masa 3 bulan, saham-saham Guthrie perlahan-lahan dijual kepada PNB. Pada akhir tahun 1981, 100% Guthrie berada di bawah pegangan anak tempatan.

Ismail akhirnya mengambilalih pengurusan Guthrie dan memindahkan ibu pejabat operasi Guthrie dari London ke Kuala Lumpur sebagai tanda berakhirnya penguasaan Inggeris ke atas syarikat tersebut.

Tidak lama selepas Dawn Raid juga, Mahathir memboikot Persidangan Negara-Negara Komanwel (negara bekas jajahan British) yang diterajui oleh Britain. Menurutnya, mesyuarat itu hanya melebihkan kepentingan orang berkulit putih.

Oleh kerana H&C memiliki tanah ladang getah, kelapa sawit dan aset bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara lain seperti di India, New Zealand dan Taiwan, PNB juga menjadi tuan tanah baru kepada asset-aset Inggeris dari seluruh dunia.

Dengan pemilikan baru ini, PNB selaku wakil orang Melayu muncul sebagai pemilik tanah ladang terbesar di dunia.

Lebih manis lagi, dalam temuramah dengan wartawan tempatan, Khalid memberitahu bahawa setelah PNB menjual aset Guthrie di luar Malaysia, keuntungan yang didapati melebihi jumlah kos yang diguna sewaktu Dawn Raid.

Kata Khalid “..kita sebenarnya mendapat Guthrie secara percuma.”

Nota:

1. Penulis merakamkan jutaan terima kasih kepada Dr. Shakila Yacob atas kesudian memberi manuskrip kajian beliau bersama Nicholas J. White untuk rujukan penulis.

2. Penulis memaparkan tulisan ini sebagai rencana ilmiah, dan tidak berminat untuk memihak kepada mana-mana individu atau parti politik.

SEJARAH "DAWN RAID" - KISAH SERANGAN KUALA LUMPUR KE ATAS BURSA LONDON | Laksamana Bukit Bintang
http://laksamanabukitbintang.blogspot.com/2017/06/sejarah-raid-kisah-serangan-kuala.html

Dari Penjual Kelapa Salai, Akhirnya Ke Menteri Besar Selangor
Saturday, September 22, 2012 Posted by Roslan Alan
Memandang dengan wajah yang sayu, anak itu tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan rumah salai kelapa yang dibina bersama neneknya dari rentung dijilat api.

Pada hari itu, bukan sahaja salah satu punca pendapatan keluarganya hilang, malah dia harus mencari jalan melangsaikan upah yang perlu dibayar kepada beberapa orang perkerja.

Tertekan dengan kejadian itu, semangatnya tidak patah, malah dia mampu berdiri di hadapan keluarganya bagi menyatakan kesediaannya untuk bertanggungjawab atas kejadian tersebut, sedangkan ketika itu dia cuma berusia 12 tahun.

Akibatnya, anak itu kehilangan biasiswa persekolahan dan terpaksa membuat kerja sambilan dengan  mengajar matematik kepada anak-anak seorang tauke Cina yang bersekolah di darjah tiga dan empat.

Akhirnya, hasil titik peluh anak kampung itu, beliau berjaya meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarganya.

Peristiwa kebakaran rumah salai itu memberi kesan sangat mendalam di hati kecil anak itu dan masih kekal dalam ingatanya.

Pada 1979, 21 Tahun selepas kejadian kebakaran rumah salai neneknya, anak kecil yang  pernah menjual kelapa salai itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Permodalan Nasional Berhad.

Dua tahun kemudiannya, nama penjual kelapa salai itu menjadi sebutan masyarakat dan korporat antarabangsa. 
Ini atas kejayaan mengetuai operasi ‘dawn raid’ di Bursa Saham London dengan ‘membawa pulang’ syarikat ladang kelapa sawit gergasi Malaysianized Guthrie (kini dikenali sebagai Kumpulan Guthrie Bhd).

Dua puluh tujuh tahun selepas kejayaan ‘dawn raid’, anak itu dinobatkan pula sebagai Menteri Besar Selangor yang ke-14.

Demikian antara liku-liku kehidupan pernah ditempuhi Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sempat dirakamkan beliau dalam buku sulongnya, ‘Fearless: From Kampung Boy To CEO’.

Buku tersebut dilancarkan oleh isteri Menteri Besar Selangor, Puan Sri Salbiah Tunut dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Sunway Pyramid hari ini.

Selain menceritakan pengalaman beliau ketika meningkat dewasa, Abdul Khalid turut menyelitkan tips-tips berguna dalam mengejar impiannya untuk dikongsikan bersama masyarakat.

Antara pengajaran penting yang dikongsikan Khalid dalam buku setebal 76 halaman ini, beliau amat menitikberatkan sikap bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.

Selain isi kandungan yang padat dengan pengalaman perit dan lucu buku ini bertambah menarik kerana dipersembahkan dengan gaya penyampaian seolah-olah Abdul Khalid berkomunikasi secara intim dan mesra dengan pembaca.

Ketika ditemui semasa pelancaran, Abdul Khalid memberitahu, buku yang dihasilkannya ini merupakan perintis kepada penulisan bacaan yang lebih berat.

“Banyak kali rakan-rakan saya minta saya tulis buku pengalaman saya sebagai ahli korporat.

“Jadi saya hasilkan buku ini dahulu sebagai permulaan kepada penulisan yang lebih berat, lebih bersifat akademik,” katanya kepada media selepas pelancaran buku tersebut.

Menurut Abdul Khalid, hasil jualan buku yang berharga RM25 senaskhah ini akan disumbangkan ke rumah-rumah kebajikan.

Buku ini sudah pun berada di pasaran dan boleh didapati di kedai-kedai terkemuka.

Dari Penjual Kelapa Salai, Akhirnya Ke Menteri Besar Selangor | Laksamana Bukit Bintang
http://laksamanabukitbintang.blogspot.com/2012/09/dari-penjual-kelapa-salai-akhirnya-ke.html

Khalid Ibrahim - Tokoh Yang Tidak Boleh Di Beli, Tetap Setia Pada Parti
Thursday, April 10, 2014 Posted by Roslan Alan
Ketika krisis tampok MB Selangor sedang berada dikemuncak semasa panasnya Kajang Move, dikhabarkan datang sekumpulan individu yang MENDAKWA dari PAS Selangor datang bertemu dengan Tan Sri Khalid Ibrahim. Mereka menyarankan agar TSKI keluar dari PKR dan menyertai PAS (yang pastinya dari puak UG), sebagai ganjaran kerusi Menteri Besar dikekalkan pada TSKI, berikutan dengan bilangan ADUN PAS yang tertinggi dalam DUN Selangor.

Namun tawaran tersebut di TOLAK dengan hormat oleh TSKI yang memilih untuk terus  setia bersama PKR. Ini disahkan oleh TSKI di akhbar Sinar Harian .

TSKI walau pun ditohmah dan diasak kiri dan kanan dari dalam Parti PKR sendiri dan juga musuh nombor satunya umno, tetap tidak berganjak. Bagi beliau bukan harta dan jawatan yang dikejarnya, kerana beliau sememangnya tokoh korporat yang telah berjaya. Demi sayangnya beliau pada Parti dan Rakyat Selangor beliau memilih untuk terus berpolitik demi kesejahteraan Negeri Selangor dan Bumi Malaysia ini.

Beliau mungkin tidak berapa bijak berpolitik tetapi bakat serta kebijaksanaan beliau dalam perniagaan dan menguruskan ekonomi merupakan aset yang amat berharga pada Negeri Selangor khususnya dan ianya diakui rakan dan lawan. Beliau TSKI sepatutnya diletakkan sebagai Pemimpin Tertinggi Parti bergandingan dengan DSAnwar Ibrahim. Gandingan kedua tokoh hebat ini amat menguntungkan Parti dan juga Negeri Selangor dan akan memberikan pukulan hebat pada musuh nombor satu mereka iaitu umno.
Terbukti dengan apa yang telah terjadi dengan Kajang Move dimana umno bertindak menghalang DSAI bertanding dengan menggunakan kuasa mahkamah. Andai ditakdirkan DSAI bertanding dan pastinya menang tempoh hari, saki baki umno Selangor pastinya akan terhakis teruk dengan gandingan DSAI dan TSKI. Inilah yang amat membimbangkan Putrajaya dimana DS Najib sendiri yang terpaksa bertindak kotor kerana gandingan tersebut mampu merempuh dan memecahkan halangan ke Putrajaya.

Khalid Ibrahim - Tokoh Yang Tidak Boleh Di Beli, Tetap Setia Pada Parti | Laksamana Bukit Bintang
http://laksamanabukitbintang.blogspot.com/2014/04/khalid-ibrahim-tokoh-yang-tidak-boleh.html
Tan Sri Khalid Ibrahim : Jasa Dan Pengorbanannya Terhadap Parti, Rakyat Negeri Selangor Dan Negara.
Monday, April 28, 2014 Posted by Roslan Alan
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilahirkan pada tahun 1946 di Kampung Jalan Raja Abdullah, Jeram, Batu 20, Kuala Selangor dan merupakan anak watan kebanggaan penduduk di kawasan tersebut. 

Kisah beliau bolehlah diumpamakan seperti sebuah cerita klasik rakyat dimana daripada seorang anak kampung biasa beliau meningkat naik menjadi pemimpin terkemuka dunia korporat. Kini, Tan Sri Khalid Ibrahim adalah Menteri Besar di negeri terkaya dan termaju, Selangor Darul Ehsan.

Dalam dunia korporat samada di arena nasional mahupun antarabangsa, nama Tan Sri Khalid bukanlah nama asing. Penerima anugerah "CEO Of The Year 1997" mula dikenali apabila berjaya mengambil alih syarikat perladangan tertua dan terbesar di Eropah, Guthrie Plc melalui satu insiden yang dipanggil "Down Raid" atau "Serangan Subuh".

Usaha pengambilalihan ( M&A ) secara mengejut itu telah mengejutkan pasaran saham London juga pemain utama dan terkenal dalam industri perladangan di seluruh dunia.

Beliau mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Jeram sekitar awal 1950an dan menduduki peperiksaan Special Malay Class. Khalid Ibrahim seterusnya menyambung pelajaran di sekolah Inggeris di Kampung Kuantan. Beliau melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya dan lulus cemerlang dengan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi. Khalid Ibrahim kemudian memperolehi Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Queensland, Australia.

Khalid Ibrahim, anak jati Kuala Selangor sebelum dilantik menjadi Menteri Besar Selangor adalah Pengerusi Dana Amanah Millenia Berhad dan ahli lembaga pengarah Sirim Berhad. Beliau juga dilantik sebagai penasihat Bank Pembangunan Islam (IDB), Jeddah. Selain itu beliau adalah Ahli Lembaga, Institut Penyelidikan Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS), Majlis Produktiviti Kebangsaan dan Ahli Kehormat Majlis Penasihat Perniagaan Persidangan Ekonomi Asia-Pasifik (APEC).

Jasa Tan Sri Khalid Pada Parti Keadilan Rakyat yang tidak diketahui umum ialah beliau telah berjaya menyelamatkan Premis HQ PKR itu dari dilelong oleh pihak bank.

Parti Keadilan Rakyat telah menandatangani perjanjian sewaan bangunan 5 tingkat Ibu Pejabat Parti selama 5 tahun bermula Julai 2008 dengan bayaran sebanyak RM20,000 sebulan. 

Namun justeru tunggakan yang mencecah setinggi RM600,000 setakat Jun 2011, mengakibatkan pihak Affin Bank bertindak untuk MELELONG bangunan tersebut.

TSKI DENGAN DANA BELIAU SENDIRI TELAH MENYUMBANGKAN SEBANYAK RM4.600.000.00 MEMBOLEHKAN PKR MEMBELI DAN MEMILIKI BANGUNAN TERSEBUT! 

Malang dan amat menyedihkan HQ PKR Selangor disita kerana individu yang bertanggungjawab memimpin PKR Selangor gagal menguruskan kewangan Parti dengan telus dan membazir. Peremis tersebut disita akibat gagal menjelaskan sewa bulanan yag telah tertunggak selama berbulan-bulan. Anda boleh ikuti kisahnya disini! 
Tan Sri Khalid Ibrahim juga dalam diam dan tampa diketahui umum malah ahli Parti sendiri, beliau juga telah membantu membayar saman, kos guaman serta makan minum para demonstran serta pemimpin PR yang ditahan pihak berkuasa!
Dan beliau juga membantu dengan sumbangan peribadi kos PRU 12 dan PRU 13 serta PRK Sabah, Sarawak serta Semenanjung yang ditandingi PKR sejak 2008 dengan jumlah keseluruhan mencecah RM6 juta.
Malah beliau turut memberikan sumbangan peribadi bagi kos perbelanjaan Mesyuarat Agung serta Kongres Tahunan sejak 2006 hingga 2013, Konvensyen Pakatan Rakyat Peringkat Nasional dan Negeri Selangor dari 2006 hingga 2013 yang berjumlah RM1.5 juta.
Sumbangan peribadi beliau yang amat bermakna dan menjadi kebanggaan Pakatan Rakyar dan PKR khususnya ialah Bas serta Treler Jelajah Rakyat. Sejumlah RM600 ribu telah disumbangkan beliau bagi tujuan pengubahsuaian dan kemudahan, tidak termasuk kos kenderaan tersebut!
Dalam satu ceramahnya, Tan Sri Khalid Ibrahim meminta penyokongnya tidak mengungkit sumbangan peribadinya kepada PKR selama ini kerana menyifatkan parti itu jauh lebih berjasa.

“Jangan ambil kira pemberian saya kerana PKR beri lebih banyak daripada itu. Bukan harta tetapi peluang untuk saya menjalankan tugas, cita-cita supaya Malaysia dipimpin orang yang amanah dan bertanggungjawab. “Kalau diambil kira, itu tak berapa ikhlas. Habislah (pahala). Biar Allah yang tentukan ganjaran. Sebab itu saya minta (sumbangan peribadi) tidak diambil kira. Itu kira hangus,” katanya yang membuat pengumuman bertanding kerusi Timbalan Presiden PKR.

Beliau berkata demikian pada program Majlis Kasih Bertaut dengan tema Menuju Reformasi Tulen; Integriti, Telus dan Bersih, di kediaman rasminya. 

Abdul Khalid merujuk kenyataan pengacara majlis ketika memperinci keperibadian sebenarnya dengan mendedahkan sumbangannya kepada PKR yang selama ini disorok dari pengetahuan umum. 

Antaranya, menyelamat bangunan ibu pejabat PKR dari dilelong pada 2011, membantu pembiayaian kempen Pilihan Raya Umum (PRU) 12 dan 13 melalui wang poketnya sendiri.

Abdul Khalid juga menyumbangkan bas dan treler Jelajah Merdeka Rakyat sepanjang kempen PRU 13 yang menyaksikan 52 peratus pengundi menyokong Pakatan Rakyat.

Malah, pengacara majlis itu mengakui  pendedahan sedemikian tidak disukai Abdul Khalid tetapi beranggapan fakta itu perlu diketahui ahli parti.

Apatah lagi, kata pengacara itu, Abdul Khalid selama dilabel ‘kedekut’ sedangkan ADUN Pelabuhan Klang itu, banyak membantu parti termasuk dalam aspek kewangan.
http://laksamanabukitbintang.blogspot.com/2014/04/tan-sri-khalid-ibrahim-jasa-dan.html

Enam Tahun Khalid Menjadi Budak Belasahan Sebagai BODOH POLITIK!
Thursday, May 08, 2014 Posted by Roslan Alan
Sepanjang enam tahun Khalid menjadi budak belasahan sebagai bodoh politik, tidak peduli politik dll; Dia tidak peduli semua itu sebaliknya terus fokas kepada pembinaan sebuah negeri yang sentiasa hendak dirampas oleh BN. 

Khalid berjaya mengintepretasi "Selangor as The Launch Pad to Putrajaya" 

Dengan kekangan peruntukan oleh pusat biarpun Selangor adalah penyumbang terbesar kepada KDNK Malaysia, Khalid mampu dan membuktikan bahawa kekangan itu hanyalah perkara yang boleh diatasi.

Agak ironis sekali Khalid turut di asak oleh sekutu dalam PR bila dia keras dengan memisahkan politik dari kerajaan.

Kejayaan di Selangor layak menjadi SAMPLING ATAU PERCONTOHAN yang melayakkan PR menduduki Putrajaya.

Sekali lagi saya tekan kan, ini zaman Rakyat Menguasai Kerajaan, bukan politik atau parti menguasai kerajaan.

Psikologi di sebalik TSKI bertanding TP... Ini satu pertandingan yang dia sendiri buat keputusan.

Bermakna, sebagai orang yang bijak dalam kira kita, Khalid sudah bikin kira kira. Dia sudah lihat dimana keperluan, di mana kelemahan yang perlu di perbaiki. Enam tahun dia tumpu pada negeri dan berjaya.

Enam tahun juga PKR Selangor terbiar tanpa kemajuan.

Bila Khalid melangkah kekancah politik kepartian, bermakna dia sudah sedia. Manusia seperti Khalid bila sudah bersedia, sudah buat kira kira kita akan lihat impak yang sangat besar.

Reformasi itu yang sudah ujud sekian lama dan hampir hilang rohnya perlu dilaungkan dengan nada yang lebih bermakna, lebih menyeluruh, dari jalan, menular ke pentadbiran serta urus tadbir politik yang mapan. 
Menuju Reformasi Tulin adalah jalan yang lebih jelas untuk ke Putra Jaya. Kombinasi NGAM DSWA dan Tim presiden Tan Sri Khalid Ibrahim no 3 dengan pelapis teruji naib presiden seperti Nurul Izzah, Tian Chua, serta Mustaffa Kamil Ayub no 11.

Dalam kapal perang kita tak mampu untuk melihat Kapten dan Vice captain yang berlainan misi. Gabungkan kedua2 cantik....
Dari  FB Mat Oo
Hapus Amalan Calun "PAYUNG TERJUN" Jika Di Pilih Timbalan Presiden - Khalid Ibrahim
Tuesday, April 22, 2014 Posted by Roslan Alan
KUANTAN: "Jika saya dipilih sebagai Timbalan Presiden Keadilan yang baru, saya pasti tiada lagi calon payung terjun seperti yang berlaku pada PRU13 lalu.. kita mahu suara akar umbi memilih pimpinan untuk diangkat sebagai calon pada PRU akan datang", demikian kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pada Majlis Tautan Kasih di Hotel MS Garden dekat sini malam tadi. 

Khalid turut menyatakan beliau berkempen secara profesional dan tidak akan mengutuk mana-mana calon lain seperti yang dilakukan oleh pihak berkenaan."Ahli PKR boleh menilai apa yang telah saya lakukan di Selangor", kata Khalid. Beliau menolak tuduhan kononnya dia kedekut dan tidak membantu PKR secara keseluruhannya dengan kedudukan MB Selangor yang disandang beliau sejak enam tahun lalu. 

"Saya diamanahkan jaga duit rakyat.. duit ibu tunggal.. duit anak yatim.. tidak cium bau syurga jika saya gunakan duit rakyat untuk tujuan lain.. sebab iti saya berhati-hati", katanya lagi.

"Sebab itu saya tawarkan bertanding jawatan ini (Timbalan Presiden), kerana sudah tiba masanya saya membantu mantapkan parti secara keseluruhannya, selepas berjaya di Selangor", kata beliau sambil mendapat tepukan gemuruh dari kalangan penyokongnya yang hadir.

Lebih 200 orang penyokong PKR yang dari Pahang dan Terengganu hadir pada program malam tadi. Khalid akan bersaing dengan Azmin Ali, Saifuddin Nasution dan seorang calon lain bagi jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan PKR kali ini. Khalid turut menolak fitnah yang dilemparkan kononnya dia dibayar oleh UMNO BN dalam isu memeterai perjanjian air Selangor baru-baru ini.  

"Kerajaan Pusat terpaksa bayar harga lebih untuk MOU itu, kenapa pula nak bayar saya.. ini kerja gila... kalau mereka untung tak apalah.. Sekarang meraka tanggung kerugian dek perjanjian itu.. kenapa mahu bayar saya pula", kata Khalid.

Beliau turut mengulas isu pemecatan pegawai kontrak oleh PKNS dan menyatakan deklarasi MRT (Menuju Reformasi Tulen) pada majlis itu malam tadi. Turut hadir ialah calon Ketua Wanita Pusat, YB Rodziah Ismail, Mustafa Kamil Ayub (Calon Naib Presiden), Yahya Shaari (Calon Naib Presiden) dan ramai lagi. 

Ucapan Khalid menyentuh hari hadirin di dalam dewan bila beliau menceritakan apa yang dilakukan untuk membela rakyat di negeri Selangor sejak menjadi Menteri Besar enam tahun lalu. Perkara itu turut disokong oleh Mustafa Kamil dan Rodziah Ismail. Turut menyampaikan ucapan ialah Dato'Fauzi Abdul Rahman (Pengerusi MPN Pahang). Razali Alias (Ketua Penerangan PKR Pahang), Saravanan (PKR Bera) dan Aidil (PKR Kuantan).

"Kita perlu menjadi satu parti yang dihormati oleh kalangan rakan-rakan kita. Kalau kita ikhlas dan jujur didalam menjalankan pentadbiran kita akan dengan tidak secara langsung akan dihormati kalangan Pakatan Rakyat."

"Dalam ertikata lain kita lihat PRU 12  di Selangor yang lalu dimana PKR  memenangi 15 kerusi DUN, manakala DAP 13 dan PAS 8.  Dan PKR diberi kerusi Menteri besar untuk mentadbir Selangor." ujar Khalid.

"Berbanding PRU 13 tahun lepas dimana PAS memenangi 15 kerusi manakala DAP 15 dan PKR hanya memenangi 14 kerusi." 

"Kalau kepimpinan kita tidak dihormati, telus dan berintegriti sudah tentu parti sekutu kita tidak akan menyerahkan kerusi Menteri Besar kepada kita, walau pun mereka mempunyai majoriti yang lebih dari kita." ujarnya lagi.

Program berakhir sekitar jam 11.30 malam dengan sidang media dan kemudiannya Khalid mengadakan pertemuan tertutup dengan beberapa orang pemimpin peringkat cabang-cabang sebelum bertolak balik ke Shah Alam. 
http://laksamanabukitbintang.blogspot.com/2014/04/hapus-amalan-calun-payung-terjun-jika.html

KHALID IBRAHIM: SELEPAS GUTHRIE KINI "SELANGOR WATER RESCUE" 
Sunday, April 20, 2014 Posted by Roslan Alan
Sejarah kebanggaan nasional iaitu lewat tengahri waktu London tanggal 7sept 1981 di sebuah hotel di london. Apabila dengar berita mengejutkn di corong radio lelaki tokoh korporat Mark Gent tergamam, kepala mula berdenyut serta kepala berpinar-pinar sekelip mata syarikat gergasi bertaraf dunia yg d terajui nya itu terlepas dri genggaman.

Tokoh koporat sedar semuanya sudah terlambat. Lebih 150 tahun menguasai Malaysianized GUTHRIE, kini tiada apa yang boleh dilakukan untuk menghalang syarikat perladangan terbesar British itu kembali ke pangkuan Malaysia.

Tokoh korporat British yang menguasai syarikat gergasi tersebut ditewaskan dlm masa 4 jam melalui "serangan terancang" oleh sekumpulan anak tempatan Malaysia yang diketuai oleh Khalid Ibrahim.

Serangan itu dititipkan dalam sejarah korporat antrabngsa sebagai 'DAWN RAID' atau serangan pada waktu subuh ia itu di waktu tempatan.

Sejak itu anak muda Khalid Ibrahim yg ketika itu berusia 35 tahun ketika operasi dawn raid keatas bursa London mula mnjadi sebutan dunia ketika Britiah anggap operasi tersebut sebgai "nasionalis pintu belakang" (lantaran dimalukan oleh anak tempatan bekas tanah jajahannya) Malaysia angkat peristiwa itu sebgai kejayaan mengembalikan hak yang hilang.hari ini selepas 33tahun operasi dawn raid itu makin dilupai oleh ramai anak muda.
Kini MB TSKI menjalankan satu lagi operasi berbeza tapi dengan matlamat serupa- "Selangor Water Rescue" atau menyelamat industri air Selangor.

Sekiranya dawn raid mngembalikn hak rkyat keatas perladangan nasional, operasi air jauh lebih penting demi mengembalikan hak rakyat Selangor keatas sumber terpenting kehidupan - AIR.

Operasi menyelamatkan industri air selangor dibuat bagi membebaskn "belenggu penjajahan korporat tempatan" operasi kali ini bukan lagi serangan mengejut pda waktu subuh seprti."dawn raid" tapi pada siang hari dengan dilimpahi flash kamera media.

Ia suatu operasi panjang  dan memenatkan tambahan pula berhadapan serangan demi serangan dari tokoh tertentu meskipun rundingan demi rundingan dengan korporat tempatan tetapi ketamakan dan kerakusan menyukarkan operasi tersbut.

Rundingan bersama kerjaan persekutuan dan syarikat konsesi menemui jalan buntu berlarutan selama 5 tahun ternyata ia memerlukan satu strategi licik dngan pengetahuan dan pengalaman mendalam serta kemahiran rundingan yang tinggi.

Kebijaksanaan Khalid Ibrahim memberi kelebihan pabila dengan bijak mnjadikan projek Langat 2 sebgai senjata dalam rundingan itu.

Selepas bergelut pelbgai rintangan akhirnya operasi mnyelamat indstri air memasuki fasa baru setelah temetrainya MOU antara kerajaan negri dan persekutuan yang memberikn kelebihan pada kerajaan negeri.

Walaupun ia tidak memuktamad tetapi operasi itu cukup melegakan semua pihak. Mereka menggangap fasa baru ini umpama "cahaya di hujung terowong"
- Mohd Khairul / Ampang MOVE 
http://laksamanabukitbintang.blogspot.com/2014/04/khalid-ibrahim-selepas-guthrie-kini.html

Wednesday, August 29, 2018
Bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Ditahan SPRM
PUTRAJAYA: Seorang bekas ketua pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini kerana disyaki terbabit dalam salah guna kuasa dan penyelewengan dana milik kerajaan bagi peruntukan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Datuk Hasanah Abdul Hamid, 61, yang menulis surat kontroversi kepada Agensi Risikan Pusat (CIA) sebelum PRU-14 meminta sokongan Amerika Syarikat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN), ditahan jam 4.15 petang semalam selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini.

Hasanah dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini bagi mendapatkan perintah reman.

Sumber memberitahu siasatan awal mendapati wanita itu bersama tujuh lagi pegawai kanan terbabit menyalahgunakan wang peruntukan itu bagi tujuan peribadi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, mengesahkan penahanan bekas ketua pengarah terbabit.

“Suspek (bekas ketua pengarah) akan direman di Mahkamah Majistret Putrajaya esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009,” katanya dalam satu kenyataan.

Penahanan itu dilakukan sehari selepas SPRM menahan timbalan ketua pengarah bahagian sama di Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang juga bergelar Datuk bersama enam pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) bahagian berkenaan bagi membantu siasatan kes yang sama.

Timbalan ketua pengarah itu bersama enam PTD terbabit yang berusia antara 34 hingga 49 tahun ditahan di Kompleks B, JPM serta Ibu Pejabat SPRM di sini, semalam.

Timbalan ketua pengarah bahagian itu serta enam PTD terbabit direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes berkenaan yang membabitkan nilai jutaan ringgit.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini, selepas membenarkan permohonan SPRM.

Difahamkan, suspek masing-masing menjawat jawatan Gred 44 hingga Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) B.

Suspek berusia antara 34 hingga 49 tahun itu ditahan di Kompleks B, JPM serta Ibu Pejabat SPRM di sini, semalam.

Semua suspek yang berpakaian lokap SPRM dan tangan bergari tiba di Kompleks Istana Kehakiman di sini, jam 9.05 pagi diiringi pegawai SPRM.

Awal bulan ini, seramai 15 pengawal keselamatan di JPM ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung salah guna kuasa dan penyelewengan dana PRU-14 berjumlah RM3.5 juta.

Bagaimanapun, mereka dibebaskan dengan jaminan SPRM pada 12 Ogos lalu 
lapor Berita Harian

Posted by Anak Sungai Derhaka at Wednesday, August 29, 2018

https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2018/08/bekas-ketua-pengarah-organisasi.html

Tu Dia!! Pemimpin Umno tinggal harta pusaka RM2 billion
Harta RM2 bilion: Ibu Jamaluddin Jarjis tuntut pusaka
Hafiz Yatim

Ibu kepada bekas menteri, Allahyarham Datuk Seri Jamaluddin Jarjis menuntut mendapatkan bahagian yang sah atau faraid daripada peninggalan harta pusaka anak lelakinya yang dikatakan bernilai RM2.1 bilion.

Bagi permohonan berkenaan, Aminah Abdullah, 83 tahun yang kini menetap di Setiawangsa mahu Mahkamah Syariah mengeluarkan sijil faraid terhadap bahagiannya.

Atas sebab ini juga, Aminah telah mengemukakan satu senarai hartanah termasuk rumah di Kuala Lumpur, di Arab Saudi dan di Amerika Syarikat serta senarai aset, termasuk saham yang dimiliki oleh menteri itu dan yang dikatakan telah diwariskan kepada cucu-cucunya sebagai pusaka.

Di bawah undang-undang Islam, ibu yang masih hidup berhak mendapat satu perenam peninggalan harta pusaka, sementara balu yang masih hidup mendapat satu perlapan daripada bahagian itu dan anak-anak menerima jumlah baki harta pusaka berkenaan.

Hal ini rekodkan untuk pengurusan kes di Mahkamah Tinggi Syariah di Kuala Lumpur di mana Aminah diwakili peguam kanan, Kamar Ainiah Kamaruzzaman.

Aminah berkahwin dengan ayah Jamaluddin yang pernah menjadi ketua polis Pahang, sebelum bercerai pada tahun 1954.
at 8/29/2018 07:37:00 PTG
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/08/tu-dia-pemimpin-umno-tinggal-harta.html
KERENGGA: Tu Dia!! Pemimpin Umno tinggal harta pusaka RM2 billion

Khalid Samad akan pastikan nasib Buskers OKU terbela
4:41 PTG      Pejuang Perubahan
Khalid akan pastikan nasib Buskers OKU terbela
Hari ini Presiden Karyawan Malaysia (Karyawan) dan sekumpulan Buskers Orang Kurang Upaya (OKU) bertemu dengan Menteri Wilayah Persekutuan susulan alat muzik mereka dirampas penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sehingga tular di media sosial.

Susulan itu Khalid Samad telah berbesar hati untuk bertemu dengan sekumpulan buskers untuk mendengar sendiri permasalahan yang berlaku.

Sekumpulan Buskers OKU itu hadir di Pejabat DBKL dan Khalid telah mendengar aduan dan luahan hati mereka.

“Saya akan cuba lakukan yang terbaik bagi memastikan nasib mereka terbela,” ujar Khalid dalam kenyataannya hari ini.
Khalid Samad (dua dari kiri) menerima aduan mengenai permasalahan buskers OKU sambil diperhatikan Freddie Fernandez (kanan).
Pertemuan itu turut dihadiri Presiden Karyawan Datuk Freddie Fernandez.

Freddie dalam kenyataan pada Ahad lalu, dipetik berkata, komitmen menteri wilayah yang baru itu diyakini dapat menyelesaikan isu yang timbul dengan penuh muhibah.

“Karyawan melahirkan kesyukuran dan amat kagum dengan perhatian yang diberikan oleh menteri yang begitu mengambil berat perihal ini sehingga sanggup meluangkan masa bagi mencari penyelesaian terbaik berhubung perkara ini.

“Komitmen daripada menteri untuk turun berjumpa ini satu rahmat kepada semua penghibur jalanan.

“Ini kerana beliau sudi untuk mendengar sendiri penjelasan segala permasalahan yang timbul dan pastinya akan diselesaikan dengan penuh muhibah,” katanya dalam satu kenyataan dipetik.

Baru-baru ini tular di media sosial tindakan penguatkuasa DBKL menyita alat muzik kumpulan ‘buskers’ OKU itu hingga mencetuskan cemuhan pengguna media sosial.

Berikutan itu, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam menyatakan kesediaannya bertemu dengan kumpulan terbabit selepas Hari Raya Aidiladha bagi mencari jalan penyelesaian.
mdl
Khalid Samad akan pastikan nasib Buskers OKU terbela ~ AGEN PERUBAHAN ®
http://agendsai.blogspot.com/2018/08/khalid-samad-akan-pastikan-nasib.html
Wednesday, 29 August 2018
KALAU ALLAHYARHAM JJ ADA RM2.1 BILION, BAGAIMANA DENGAN BEKAS MENTERI2 UMNO YANG LAIN?
Meskipun kita barangkali harus terus mengingati tragedi malang helikopter terhempas yang mengakibatkan kematian Allahyarham Jamaluddin Jarjis bersama lima yang lain pada 2015 lalu, tetapi dengan adanya saman tuntutan faraid oleh ibunya sendiri, Aminah Abdulllah terhadap harta peninggalannya yang dikatakan berjumlah RM2.1 bilion, ramai di antara kita tentunya turut terkejut dengan jumlah kekayaan bekas menteri itu.

Jika dulu ramai yang terkejut dan bersedih dengan kemalangan ngeri itu, kini jumlah kekayaannya pula yang membuatkan ramai terkejut sekali lagi.

Soalan umum yang paling banyak tercetus hari ini tentunya ialah daripada mana dan bagaimana beliau mengumpul kekayaan sebanyak itu?

Adakah ketika menjadi menteri dahulu beliau pernah membuat perisytiharan harta yang sama banyaknya?

Bagaimana dengan Jabatan Hasil Dalam Negeri dan SPRM, adakah kedua-dua agensi itu tahu mengenai jumlah harta dan kekayaan Allahyarham Jamaluddin Jarjis sebelum ini?

Soalan lain yang sama pentingnya juga ialah jika Allahyarham Jamaluddin Jarjis ada kekayaan sebanyak itu, bagaimana pula dengan taraf kekayaan bekas-bekas menteri UMNO yang lain yang sejak 9 Mei lalu sudah kehilangan jawatan mereka?

Tidak mahukah Jabatan Hasil Dalam Negeri dan SPRM segera membuka banyak fail mulai sekarang? (ShahbudinHusin 29/08/2018)
Shahbudin dot com: KALAU ALLAHYARHAM JJ ADA RM2.1 BILION, BAGAIMANA DENGAN BEKAS MENTERI2 UMNO YANG LAIN?
https://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/08/kalau-allahyarham-jj-ada-rm21-bilion.html

Tiada ulasan: