Rabu, 15 Ogos 2018

Mulai Tahun 2010. Daghai Pondan Bapuk Mak nyah Diberi jenama baru.*Transgander* Kemudiannya Penjenamaan semula.*LGBT* 8042.



DAGHAI. PONDAN ..BAPUK..MAK NYAH..TRANSGENDER APA YANG PAS UMNO BUAT.

Sejak kelahiran
Ana.. Saya.. Aku.. I.. & Gua

Tahun 60-an
Mulai sedaq dgn kehidupan...

Tahun 70-an
Ceghedik ceghodong

Pandai menyeghonot pagaq zin 
Masuk funfare free
Nak tengok ghazal parti
Nak tengok *daghai* menaghi
Ada ketika menyelinap bawah pentas
Nak mengendap/ intai *pondan*
Sekali skala pi belakang pentas
Nak peghati *bapuk* make-up
Nak mengendap *mak nyah* duduk kepek paha

Mulai Tahun 2010..
Daghai
Pondan
Bapuk
Mak nyah
Diberi jenama baru........
*Transgander*

Kemudiannya
Penjenamaan semula.......
*LGBT*

Tahun 2018
Apbila PH menang
Gah.. megah dgn LGBT
Macamlah *Siti Kassim* baru lahir terus *besar lebar*...
Apabila PH menang 
*Nisha Ayob* baru beranak terus *besar panjang*...

Parti Kabilah Bani Melayou wujud sebaik Malayan Union ditamatkan..
Dah ada sejarah panjang........
Daghai
Pondan
Bapuk
Mak nyah

Kenapa Tahun 2018 baru tersentak dgn Transgander

Parti Khalifah ISLAM Malaysia wujud sebelum merdeka..
Dah ada sejarah panjang......
Daghai
Pondan
Bapuk
Mak nyah

Kenapa setelah PH berkuasa baru tersentak dgn LGBT

Daghai
Pondan
Bapuk
Mak nyah...
Bergerak aktif 
Di Jln Tanjung Bendahara, 
Beroperasi stiap malam 
Di Jln Stesen KTM, Alor Setaq.. 
Sama bangka dgn 
Parti Kabilah Bani Melayou
Dan 
Sama tua dgn
Parti Khalifah ISLAM Malaysia

Kenapa bila PH menang
Parti Khalifah ISLAM Malaysia
Baru tersentak dgn transgander
Dan 
Parti Kabilah Bani Melayou
Baru tersentot dgn LGBT

Selama lebih 60 tahun wujud d dunia
Parti Khalifah ISLAM Malaysia
Mempunyai 1001 ulama
Kenapa tak dakwah puak LGBT
Utk dpt pahala berganda

Dan 
60 tahun Parti Kabilah Bani Melayou berkuasa d Malaysia
Mempunyai 1001 institusi agama..
Kenapa tidak didik puak transgander
Utk dpt habuan dunia

Atau
Parti Kabilah Bani Melayou
Lebih mengutama 
*Agenda perkauman*?
*malah menghasut*..

Atau
Parti Khalifah ISLAM Malaysia
Lebih perhatian kpd 
*Agenda sentimen agama*
*Fatwanya lidah berubah2*

Anta.. Anti.. Ente.. Kami.. Awak.. Hang.. Ampa.. You & Lu......
Dgn transgander pun nak berpolitik

Dgn LGBT pun
Mahu dipolitik

Zaman UmNo Be End
Daghai
Pondan
Bapuk
Mak nyah
Kencing jamban perempuan ka..?

Zaman PEH d Kelantan, Terengganu, Kedah..
Daghai
Pondan
Bapuk
Mak nyah
Berak tandas lelaki ka..?

Masalah.. Mencipta Masalah..
Bukannya
Masalah Menyelesaikan Masalah..

Ana.. Saya.. Aku.. I.. & Gua
Peninnnnn.......
Bengong..!

Sumber Whatsapp. C&p

http://sisibukit.blogspot.com/2018/08/daghai-pondan-bapukmak-nyahtransgender.html
Daghai. Pondan ..Bapuk..Mak Nyah..Transgender apa yang PAS Umno buat. | SISI BUKIT

Konspirasi Menjatuhkan Anwar Ibrahim Dari Menjadi Perdana Menteri. Ini Jawapan Tun Mahathir Kepada Semua
  
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menafikan dakwaan kononnya beliau mempunyai kerjasama dengan Tun Daim Zainuddin bagi menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menjadi Perdana Menteri.

Menurut Dr. Mahathir, individu yang membuat dakwaan berkenaan perlu mengemukakan bukti kerana beliau tidak pernah pun memperkatakan perkara berkenaan.

“Dakwaan itu sangat ‘baik’, saya berpendapat orang (yang membuat dakwaan berkenaan) perlu menunjukkan bukti.
MAHATHIR MOHAMAD
“Saya tidak pernah bercakap dengan sesiapa mengenai perkara ini. Saya menjauhkan diri. Saya tiada urusan untuk campur tangan dengan hal dalaman parti lain,” katanya ketika ditanya pemberita mengenai dakwaan berkenaan dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) di Bangunan Perdana Putra, di sini hari ini.
Baru-baru ini, Ahli Parlimen Kapar, Abdullah Sani mendakwa Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berpakat dengan Daim yang merupakan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan bagi menghalang Anwar mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Dr. Mahathir. SUMBER : UTUSAN ONLINE 

INI KATA KATA TUDUHAN MENGENAI MENJATUHKAN ANWAR IBRAHIM 
Ahli Parlimen Kapar Abdullah Sani yang baru-baru ini menuduh ketua penasihat Putrajaya di belakang kempen menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri hari ini berkata dia boleh membuktikan dakwaan itu.

“Saya boleh buktikan tetapi kena ikut siri lawatan saya ke negeri-negeri, sebab yang penting ahli-ahli sendiri menghadam perkara itu,” katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini, merujuk kepada program bertemu ahli-ahli PKR di beberapa negeri menjelang pemilihan parti 2018.

Beliau berkata dia berpandukan kepada kenyataan-kenyataan Tun Daim Zainuddin yang mencerminkan “campur tangan cukup luar biasa” yang memberi isyarat kepada usaha memperlengahkan peralihan kuasa atau memperlekehkan Anwar.

“Kenyataan mengatakan Anwar tak sesuai di kedudukan itu, perlu tunggu Tun Dr Mahathir Mohamad melaksanakan komitmennya atau keperluan itu belum pada waktunya membuahkan persepsi ada cubaan campur tangan,” katanya.

Beliau berkata sebab itu dia mengambil keputusan untuk menyatakan sokongan kepada calon timbalan presiden, Rafizi Ramli.

“Untuk mengukuhkan kekuatan Anwar, saya terpaksa angkat Rafizi,” katanya.

“Komitmen Rafizi sudah menjurus kepada agenda reformasi. Keperluan sekarang parti ini didokong oleh pemimpin seperti itu,” katanya,.

Terdahulu Abdullah dilaporkan mendakwa Anwar akan berdepan masalah mengambil alih jawatan perdana menteri daripada Dr Mahathir jika Rafizi gagal menewaskan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam pemilihan timbalan presiden pada pemilihan akan datang.

Beliau dipetik sebagai berkata beberapa pihak yang pernah melakukan kesalahan terhadap Anwar sekali lagi berkomplot untuk menghalang beliau menjadi perdana menteri dan secara terbuka mendakwa bekas menteri kewangan mempunyai peranan dalam komplot itu.

“Saya tidak akan berganjak daripada apa yang saya bicarakan dan saya akan terus sorotkan perkara ini,” katanya.

Menjelang pilihan raya umum ke-14, pimpinan Pakatan Harapan mencapai satu konsensus di mana Dr Mahathir akan menyerahkan perdana menteri kepada Anwar selepas 2 tahun.

Anwar baru-baru ini memenangi jawatan presiden parti tanpa bertanding.
Dr Mahathir bagaimanapun dilaporkan berkata dia mungkin akan terus menjadi perdana menteri untuk 2 tahun atau lebih jika itu yang diinginkan rakyat. 

SUMBER : Free Malaysia Today
KREDIT : Buletin Netizen via Kicappedas
http://www.kualalumpurviral.com/2018/08/14/konspirasi-menjatuhkan-anwar-ibrahim-dari-menjadi-perdana-menteri-ini-jawapan-tun-mahathir-kepada-semua/
Konspirasi Menjatuhkan Anwar Ibrahim Dari Menjadi Perdana Menteri. Ini Jawapan Tun Mahathir Kepada Semua – KL Viral


Wednesday, 15 August 2018
Najib Bersuara Lagi 

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan agar Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua ditugaskan dalam usaha menghapuskan semua tol jalan raya bagi menepati antara janji utama manifesto PRU14 mereka. 

Cadangan itu disuarakan Najib susulan kenyataan Menteri Kerja Raya, Baru Bian di dalam Parlimen semalam yang menyatakan adalah sangat sukar untuk menghapuskan semua tol seperti yang dijanjikan kerana kos untuk berbuat demikian ialah sebanyak RM400 bilion. 
Najib berkata, Tony merupakan individu yang sesuai memandangkan Setiausaha Publisiti DAP itu sebelum ini pernah membuat pengiraan berhubung perkara itu, dengan kiraan lebih rendah berbanding yang dibuat kerajaan di bawah pentadbirannya.

Katanya, selepas dilantik sebagai Menteri Kewangan pada Oktober 2008, beliau telah menukar status Akta Rahsia Rasmi (OSA) supaya tidak lagi termaktub di bawah akta berkenaan dan akibatnya, semua perjanjian konsesi-konsesi tol jalan raya boleh disemak oleh orang ramai.

"Tidak lama selepas itu, kerajaan saya telah mengumumkan bahawa untuk menghapuskan kesemua konsesi tol jalan raya di negara ini, memerlukan kos  RM231 bilion.

"Tetapi, pada masa itu, Tony Pua menuduh kita sebagai penipu. Menurutnya, berdasarkan perkiraan dibuatnya, ia hanya melibatkan kos RM25 bilion sahaja, dan bukan RM231 bilion sebagaimana yang kita dedahkan," katanya menerusi entri terbaharu dalam Facebook miliknya hari ini.

Dalam pada itu, Najib dalam nada sinis yakin Tony dan DAP bukanlah penipu, malah pengiraan mereka lebih murah adalah tepat serta bukan hanya dibuat untuk menipu undi rakyat.

"Sekarang, saya juga pengguna jalan raya yang membayar tol. Oleh itu, saya juga turut gembira jika semua tol dihapuskan sebagaimana janji manifesto PH.

"Apatah lagi, syarikat konsesi-konsesi tol berkenaan bukan kroni mahupun rakan-rakan saya tetapi mereka adalah dari era seorang perdana menteri sebelum saya," katanya.

Menurutnya, ketika menjadi perdana menteri, beliau berterusan berusaha untuk menghapuskan banyak plaza tol di seluruh negara, malah pada tempoh itu, tidak ada satu tol lebuh raya yang dimiliki syarikat kerajaan bersama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Plus Highways Berhad menaikkan kadar tol walaupun sekali.

"Tetapi, harus diketahui bahawa kerajaan saya juga menghadapi kesukaran ketika itu untuk tidak membenarkan tol dimiliki pihak swasta dari menaikkan kadar tol kerana terikat dengan perjanjian konsesi yang dirunding dan dimeterai semasa Tun Dr Mahathir adalah Perdana Menteri ke-4," katanya.

Semalam, Baru Bian berkata, Kerajaan PH akan membuat keputusan berkaitan isu menghapuskan kutipan tol apabila keadaan ekonomi negara kembali stabil.

Beliau berkata, tindakan menghapuskan tol akan menyebabkan kerajaan perlu membayar pampasan dianggarkan bernilai RM400 bilion kepada syarikat-syarikat konsesi tol. 
- sinar
http://www.addindeen.com/2018/08/najib-bersuara-lagi.html
Addin: Najib Bersuara Lagi

Wednesday, August 15, 2018

Dr Mahathir beri isyarat ada bau busuk mengenai Pakatan Harapan


ULASAN


MALAM tadi bertempat di sebuah hotel di Petaling Jaya Dr Mahathir Mohamad mengadakan perjumpaan dengan para menteri, timbalan menteri dan juga wakil rakyat PH. Pertemuan itu tertutup dan tidak ada laporan dari mana-mana media massa.


Sehingga pukul 12:00 tengah hari kelmarin idak dapat diketahui apakah butiran taklimat di pertemuan itu.


Beberapa orang ahli parlimen yang ditanya juga keberatan untuk menceritakan tujuan dan hasil pertemuan itu. Hanya ada yang memberi tahu secara ringkas ia adalah pertemuan biasa tetapi memberi signifikan yang penting. Sementara yang lain pula memberi tahu Dr Mahathir mengingatkan yang PH adalah sebuah gabungan yang perlu diperkuatkan.


Dengan memetik dari berbagai maklumat lain, katanya dalam pertemuan itu Dr Mahathir memberi peringatan agar ahli gabungan senantiasa menjaga disiplin demi keutuhan kerajaan PH. Dalam keadaan PH berkedudukan sama rata, disiplin sangat perlu. Beliau juga diceritakan menegur ahli parlimen kerajaan supaya bersikap sebagai kerajaan bukan lagi seperti pembangkang.


Beliau juga memberi ingatan yang pihak pembangkang kini sedang menanti masa sahaja untuk menarik mana-mana ahli gabungan untuk bersama mereka. Jika ini berlaku nescaya gabungan PH dan kerajaan Harapan akan berkecai dan semua pihak akan terngangga dan terbeliak.


Ini adalah taklimat khas selepas terbentuknya kerajaan. Apabila Dr Mahathir mengadakan taklimat khas, ia boleh disifatkan ia penting. Boleh jadi beliau juga bercakap soal prestasi menteri dan timbalan menteri juga. Atau mungkin sudah ada desas desus sesuatu yang buruk akan berlaku kepada PH. Mungkin dia juga sudah terbau hamis dan hangitnya Pakatan Harapan?


Atau pun sebelum keadaan menjadi lebih buruk beliau mengambil tanggung jawab itu. Peringatan dan nasihat itu agak mengejutkan kerana dalam sibuk beliau boleh meluangkan masa untuk adakan perjumpaan itu. Jika ia tidak serius dan penting ia boleh ditangguhkan? Justeru pertemuan tersebut penting kalaupun tidak terdesak.


Memang diluar sana ada banyak tukang congak mengenai kedudukan kerajaan PH kini. Tukang-tukang congak itu lebih kepada berteori dengan kedudukan parti-parti dalam gabungan kini yang sama kuat dan seimbang. Mungkin juga sudah terdengar di telinga PM itu akan ada perancangan untuk memecah belahkan PH sehingga boleh mengancam kedudukannya?


Kenyataan Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini yang memberi bayangan kerajaan PH tidak akan sampai tiga tahun, sekali tilik ia semacam kelakar dan gimik sahaja, tetapi jika diperhalusi ia ada asas-asas kukuh berpandukan kepada komposisi parti pembangkang dan kerajaan kini. Dr Mahathir seorang yang mempunyai telinga lintah dan mata burung "malas" (night bird) yang dapat melihat waktu malam.


Apakah beliau telah juga membuat congakan mudah dengan mengambil kira pergolakan dan kemelut dalam PKR waktu ini kerana memilih pemimpin? Perkembangan dalam PKR ini mungkin menjadi kebimbangan kepadannya dan menghantar isyarat menakutkan.


Gerakan untuk menumbang Mohamed Azmin Ali mungkin sedang diperhati olehnya. Manakala tuduhan dan serangan melantun-lantun kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu yang dilihat ianya sebagai cetusan ke arah itu. Ia berketulan pula dengan ucapan kurang sopan daripada ahli parlimen Kampar, Abdullah Sani Abdul Hamid, yang mengaitkan dirinya bersama Daim Zainuddin sebagai dalang menghalang Anwar daripada menjadi PM? Konotasi ucapan Abdullah Sani meletakkan Azmin sebagai alat dirinya dan Daim sangat merbahaya.


Dr Mahathir mentafsir segala itu, dengan mengadunkan antara sepekulasi dengan realiti yang berlaku berpandukan kepada sejarah dan pengalaman. Pergolakan dalam PKR — perlawanan merebut jawatan yang menggunakan Anwar sebagai piala dan modal kempen baginya sesuatu yang tidak begitu kondusif. Walaupun ada penafian, kenyataan-kenyataan menyolok mata di sebalik kempen itu adalah pandangan peribadi, namun Dr Mahathir tidak mudah menerima sebagai seadanya.


Baginya dalam keadaan hari ini beliau tidak takut menghadapi apa sahaja risiko. Bagi beliau kejayaan menubangkan Najib Razak dan kerajaan kleptokrasi adalah klimek dalam politik, bukannya menjadi PM kedua. Tetapi beliau menyedari kandati pun seribu kali beliau memperkatakan beliau tidak bermaksud untuk berlama di kerusi PM tetapi orang tidak percaya, selagi beliau masih tercokol di situ dan Anwar terkulai dalam penantian?


Apa yang perlu difahami Dr Mahathir tidak menghadapi apa-apa kerugian kalau kerajaan PH hancur. Yang ruginya nanti ialah rakyat yang merindui sebuah kerajaan baharu. Paling menderita dan kompunan tentulah juga Anwar yang untuk kali kedua sesudah berada di anak tangga kedua terakhir untuk bersimpuh di atas jika apa yang berlaku kini tidak dikawal.


Dalam membendung segala kemungkinan buruk dan khianat ini daripada berlaku seharusnya Anwar memainkan peranan menjadi orang tua bersama dengan Dr Mahathir. Anwar lebih berautoriti untuk menjamin kestabilan kerajaan PH berbanding dengan Dr Mahathir.


Justeru, apa diseru dalam pertemuan semalam hendaklah dipegang sebaik mungkin. Kesemua orang dalam PH hendaklah menjaga disiplin, menjaga mulut dalam membuat kenyataan dan mengurangkan membuat congakan dan mengemukakan pelbagai teori percaturan yang boleh mengikis kepercayaan dan memusnahkan PH.


Catatan: Selepas kerajaan PH berusia lebih 100 hari saya akan mencatat pelbagai teori yang kini bergentayangan mengenai kerajaan PH. Teori dan desas desus inilah yang menyebabkan Dr Mahathir memanggil pertemuan semalam. 

Tunggu. [wm.kl.9:27 pm 14/08/18]

Posted by mohd sayuti Omar 

https://msomelayu.blogspot.com/2018/08/dr-mahathir-beri-isyarat-ada-bau-busuk.html
.: Dr Mahathir beri isyarat ada bau busuk mengenai Pakatan Harapan












































































































































































































































Tiada ulasan: