Rabu, 15 Ogos 2018

Hidup sebagai Melayu xmudah. Ancaman dari dalam dan dari luar. 8043.


Ancaman dari dalam dan dari luar. 

Ancaman dari dalam ialah keperibadian individu Melayu itu sendiri. 

Kesilapan dan “Kelemahan akan menjadi senjata serangan peribadi utama dan paling ampuh kepada pihak lawan atau kasarnya pihak musuh. 

Lebih malang “memaafkan atau meminta maaf” tidak dipandang satu kebaikan. Malah itu akan dijadikan sebagai satu kelemahan dan sampai satu tahap, akan timbul dakwaan nanti buat silap, boleh minta maaf lagi. Sedangkan Islam terjemahannya tidak sebegitu rupa dalam soal maaf memaafkan, sebagaimana yang ada dalam diri sesetengah individu Melayu. Baik tidak pekerti Melayu sebegitu. 

Bahan serangan dari dalam ini dari kalangan sebangsa, yang asalnya kawan atau sahabat menjadi lawan, akan membantu serangan dari pihak luar pula. Oleh yang demikian Melayu Bestari dulu-dulu pernah berpesan “Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.” Yang antara lain memberi pengertian waspadalah sentiasa. 

Melayu kaya dengan sikap mengungkit. Kisah silam yang banyak silap itulah yang akan diwar-warkan demi memburukan satu watak sebangsa. Mereka jenis ini tidak akan pernah peduli, seseorang itu telah berubah baik dan lebih baik dari pencaci dan pengungkit keperibadian orang lain. 

Melayu juga suka menjenamakan orang yang sebangsa dengannya, tetapi tidak sealiran. Jenama ini kadang-kadang dimulakan oleh bangsa lain tetapi Melayu yang merealisasikannya. Sebagai contoh Islam librel, Islam skular dan pelbagai jenama yang direka khas untuk memecah belahkan Melayu. Yahudi tentu seronok bila komunis, sosialis, demokrasi dan sebagainya yang diasaskan oleh bangsa mereka, telah diguna pakai banyak negara Islam sebagai gantian Sistem Pemerintahan Khalifah. 

Sistem pecah perintah memang jadi amalan kebanyakan Melayu yang prajudis, yang sentiasa mencari mangsa dan kawan sekongkolan tanpa peduli berdosa atau tidak. Itu sebab dengan mudah mereka ini mengkafirkan orang lain yang sebangsa dengannya. Lari sangat dari landas Islam. Nauzubillahminzalik. 

“.”

Anonymous15 August 2018 at 15:18
Masa dia PM dulu, dia sibuk dengan agenda kerajaan dan program untuk rakyat sehingga dia tiada masa untuk melayan semua fitnah dan dakyah yg dilempar kpdnya. Kini dia ada banyak masa...sudah banyak tohmahan dan fitnah berjaya ditepisnya. 

Dah makin terkedu TDM, PH & yg sekutu dgn nya. Nak dakwa pun tak berani, takut kalah sebab tak cukup bukti ke atas tuduhan2 rekaan fitnah itu.

Syabbas DSNR!

tajnur15 August 2018 at 15:35
Apabila rakyat puja pemimpin, ia membutakan pandangan dan menjumudkan pemikiran. 

Apabila pemimpin berkuasa, menipis dan membodohkan fikiran rakyat persis Firaun berjaya memfokus rakyat bahawa nabi Musa dan nabi Harun adalah dua ahli sihir yang terkemuka. Walhal dibelakang tabir, Firaun pula telah menggaji beribu2 ahli sihir sehingga rakyat buta pandangan dan bengong pemikiran.

Wednesday, 15 August 2018
NAJIB, AKTOR POLITIK TERBAIK SEPANJANG ZAMAN....

Semasa menjadi Perdana Menteri dahulu, Najib Razak boleh dianggap sebagai seorang pemimpin yang bermuka selamba, berwajah "sardin"  dan tidak peduli dalam banyak perkara tentang apa jua yang diperkatakan orang lain terhadap dirinya.

Beliau selalu bersikap tidak kisah dan tidak peduli bukan saja mengenai apa yang diperkatakan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang ketika itu, malah juga oleh orangramai.

Meskipun ketika itu cemuhan, kritikan, sindiran dan kata-kata sinis terhadapnya hampir sarat di media sosial, tetapi barangkali kerana merasa terlalu berkuasa sebagai Perdana Menteri, di samping pengampu dan pembodeknya sentiasa menyanyikan lagu-lagu syurga untuknya, maka itulah sebabnya beliau boleh tampil selamba, "menyardin"  sepanjang masa, tidak peduli apa-apa dan seolah-olah tiada dosa dilakukannya sebagai seorang pemimpin yang gajinya dibayar melalui titik peluh rakyat.

Walhal sebagai pemimpin, beliau seharusnya sentiasa peka serta prihatin dengan apa juga yang diperkatakan oleh orangramai mengenainya supaya dengannya beliau dapat sentiasa memperbaiki kelemahan dirinya.

Antara perkara yang selalu dikait dan diperkatakan secara serius, bukan saja oleh pihak pembangkang, tetapi juga orangramai tentang dirinya ialah berkaitan gaya hidup mewah, boros, membazir, berkenaan skandal 1MDB sehingga dalam akaun banknya ada beribu-ribu juta ringgit wang banyaknya, sistem pentadbiran, perlaksanaan projek tidak perlu serta pengurusan ekonomi negara.

Najib bukan saja tidak memperdulikan segala cemuhan, kritikan dan kata-kata sindiran yang ditujukan kepadanya, malah kerapkali pula seperti membalasnya dengan melakukan penampilan berjubah putih, bercampur gaul dengan para ulama  serta berucap dengan menyelitkan falsafah Islam dan sebagainya.

Di Parlimen pula, selain sesekali menyindir pihak pembangkang, Najib dalam waktu yang sama melalui kuasa yang ada pada Speaker Parlimen ketika itu yang 120 peratus memihak kepadanya, tiada soalan berkaitan 1MDB dan dana RM2,600 juta yang masuk ke akaun bank peribadinya dibenarkan dibangkitan atau ditanyakan kepadanya.

Memang tidak mudah melakukan seperti apa yang dilakukan oleh Najib itu. Sesetengah pihak melihat beliau sebagai aktor politik terbaik dalam politik sedunia yang mungkin hanya kalah kepada lakonan pelakon-pelakon yang membawa watak ketua menteri atau seumpamanya yang biasa ditonton dalam filem-filem yang diterbitkan di India saja.

Secara umumnya, itulah watak Najib ketika sedang berkuasa dahulu.

Bagaimanapun, selepas kalah pilihanraya dan hilang kuasa, watak Najib berubah segala-galanya.

Di samping perlu menghabiskan banyak masa dengan peguambelanya berikutan sehingga ini tujuh pertuduhan sudah dihadapkan kepadanya, Najib kini seolah-olah ada banyak masa yang terluang untuk menjawab hampir semua perkara yang diperkata atau terkait dengannya.

Tidak kita sama ada perkara itu berkaitan 1MDB, kedudukan ekonomi, GST, MRT, LRT, Jho Low, Equanimity dan lain-lainnya atau sama ada ia dibangkitkan oleh Tun Mahathir, Guan Eng, Tony Pua dan sesiapa saja, Najib pasti akan tampil dengan jawapan balasnya yang segera lagi pantas.

Tidak cukup dengan bercakap kepada media secara langsung, beliau juga selalu menulis untuk menjelaskan mengenai sesuatu perkara itu melalui medium media sosial yang kemudian kerapkali pula dipetik serta dijadikan bahan siaran oleh portal-portal berita.

Pendeknya, betapa aktifnya Najib selepas ketiadaan kuasa sekarang ini sehingga hampir tiada hari yang tiada berita mengenai dirinya.

Dalam erti kata lain, sebagai seorang pemimpin, walaupun jawatan yang tinggal buatnya ketika ini hanyalah sebagai Ketua UMNO dan Ahli Parlimen Pekan saja, Najib dilihat lebih bertanggungjawab berbanding ketika menjadi Perdana Menteri dahulu.

Ada juga yang berkata, ini bermakna Najib lebih layak jadi pemimpin pembangkang berbanding mengetuai kerajaan. Perkara itu sekurang-kurangnya betul dari segi sikap bertanggungjawabnya sebagai seorang pemimpin.

Sekali lagi, Najib juga sebenarnya berjaya tampil sebagai aktor politik terbaik sedunia kerana dalam beliau menjawab dan menjelaskan semua isu itu, tidak terlihat sama sekali rasa penyesalan, berdosa atau bersalah dalam dirinya.

Paling klasik, beliau turut menyatakan dosanya hanyalah kerana cuba melakukan yang terbaik untuk rakyat.

Semua jawapan dan penjelasannya adalah seolah-olah beliau sentiasa di jalan yang benar sedangkan hakikatnya kerana salah laku dan skandal yang melingkari dirinyalah yang menyebabkan UMNO dan BN ditolak oleh rakyat.

Itulah Najib dan kehebatannya.

Ketika berkuasa atau setelah kalah pilihanraya, Najib dengan ini memang layak digelar aktor politik terbaik di dunia dan di sepanjang zaman. 

(ShahbudinHusin 15/08/2018)
Posted by Shahbudin Husin at 15:08

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/08/najib-aktor-politik-terbaik-sedunia.html
Shahbudin dot com: NAJIB, AKTOR POLITIK TERBAIK SEPANJANG ZAMAN....

Wednesday, August 15, 2018

Hanya Peralihan 11% Undi Boleh Sebabkan Pakatan Tumbang

PAKATAN Harapan (PH) akan menjadi kerajaan satu penggal jika 11% daripada jumlah undi Melayu yang diterima pada pilihan raya umum lalu berpaling kepada Umno, dedah satu kajian.

Peralihan 11% undi pengundi Melayu menurut Ilham Centre, yang memberikan kuasa kepada pakatan empat parti itu untuk menggulingkan Umno dan gabungan Barisan Nasional (BN) dari Putrajaya.

Dan ketika kerajaan PH yang baru melepasi tempoh 100 hari bersejarah dalam pentadbirannya, Ilham Centre memberi amaran undi lebihan 11% yang diterima itu bukanlah sokongan “tulen”.

“Jumlah 11% itu mudah terjejas. Ia adalah undi protes terhadap Umno dan BN daripada orang Melayu kerana faktor Najib Razak,” kata Pemangku Pengarah Eksekutif Ilham Center, Mohd Azlan Zainal.

“Ia bukan sokongan benar-benar tulen kerana mereka bukan mengundi PH kerana suka atau percaya terhadap agenda PH. Ia kerana bantahan mereka terhadap Umno.”

Jumlah sokongan 11% itu boleh kembali kepada Umno dan BN sekiranya PH gagal memperbaiki ekonomi dan menangani kos sara hidup. Tidak kurang penting juga, sama ada PH boleh berjaya menguruskan isu perkauman dan agama.

Dalam satu tinjauan yang ditugaskan oleh The Malaysian Insight, 11% daripada lebih 1,600 pengundi Melayu yang terlibat dalam tinjauan Ilham Centre pada Jun dan Julai berkata mereka akan menukar undi pada pilihan raya akan datang.

“11% ini adalah undi protes terhadap BN dan Umno kerana Najib,” kata Azlan merujuk kepada bekas perdana menteri dan presiden Umno yang dicemari skandal.

PRU14 menyaksikan BN memenangi hanya 79 kerusi Parlimen daripada 133 yang dipegang pada 2013.

PH memenangi 116 kerusi persekutuan dalam PRU14, menjadikannya memperoleh majorit 112 kerusi di Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan.

Kira-kira 59% berkata mereka akan mengekalkan pilihan mereka pada PRU15 sementara 24% lagi tidak pasti.

Umno masih kuasai orang Melayu

Daripada 79 kerusi dimenangi BN, 54 adalah daripada Umno, parti Melayu yang berkuasa dalam gabungan itu.

Walaupun kini menjadi pembangkang, Umno masih menjadi parti dengan kerusi Parlimen paling banyak dengan saingan terdekatnya PKR iaitu 50 kerusi.

Fakta ini mencerminkan bagaimana Umno masih mempunyai sokongan majoriti orang Melayu yang membentuk kira-kira 60% atau 7.68 juta daripada 14.9 juta pengundi di negara ini.

Ini juga didedahkan dalam kajian Ilham Centre di mana 46% daripada responden mengatakan mereka memilih BN, diikuti parti Islam konservatif PAS 35%. PH menerima undi paling sedikit Melayu iaitu 17%.

Di antara ketiga-tiga parti ini, BN adalah gabungan pilihan kaum Melayu di tujuh negeri - Perlis, Pulau Pinang, Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

PAS menerima undi Melayu paling banyak di Kelantan dan Terengganu, manakala PH di Selangor dan kawasan Kuala Lumpur.

Parti Islam itu mampu menyerlahkan kehadirannya di Kelantan dan menawan semula Terengganu kerana gelombang anti-BN yang melanda negara ini, kata Azlan.

Memandangkan orang Melayu di kedua negeri ini tidak yakin PH adalah pilihan terbaik, mereka memilih PAS yang sudah sekian lama berakar umbi di pantai timur.

“Sokongan untuk PH di kalangan orang Melayu hanya kuat di kawasan bandar dan di bawah usia 50-an yang mempunyai tanggungan. Sokongan untuk BN lebih tinggi di kalangan warga emas di kawasan luar bandar.”

PH perlu jadi pelindung

Walaupun terdapat usaha PH untuk mengakhiri politik perkauman dan agama, tinjauan itu mendedahkan ia masih menjadi tabiat mengundi sebahagian besar orang Melayu.

Dalam senarai keutamaan kerajaan Malaysia yang baru, kira-kira 16% responden Melayu memilih “melindungi orang Melayu dan Islam” sebagai perkara paling utama.

Agenda ini mengalahkan menghapuskan rasuah dan membersihkan kerajaan sebanyak 10%.

Isu agama adalah keempat selepas kos sara hidup (32%), memenuhi janji dalam manifesto pilihan raya (20%) dan meningkatkan ekonomi (18%).

“Walaupun PH berjaya meningkatkan ekonomi dan mengurangkan tekanan hidup, ia hanya akan meningkatkan sokongannya di kalangan sebahagian orang Melayu, bukan semua,” kata Azlan sambil menambah orang Melayu mereka yang tinggal di pusat-pusat bandar.

“Bagi warga tua di kawasan luar bandar, yang mempunyai tanah sendiri dan pendapatan kecil daripada anak-anak yang telah dewasa, mereka ingin diyakini PH boleh melindungi orang Melayu dan Islam.

“Meyakinkan orang Melayu tentang kebimbangan kaum dan agama akan sangat penting bagi kerajaan PH dalam tempoh lima tahun akan datang.”

Kajian ini melibatkan 1,622 responden berusia di atas 21 tahun. Sekitar 16% adalah antara 21 dan 29 tahun, 30-39 tahun (19%), 40-49 tahun (28%), 50-59 tahun (21%), manakala hanya 14% yang berusia di atas 60 tahun.

Lelaki terdiri 51% daripada jumlah kesemua responden.

Lebih separuh responden berada di negeri utara, Selangor dan Wilayah Persekutuan. Majoriti tinggal di bandar (66%) dan selebihnya di pinggir bandar (19%) dan kawasan luar bandar (15%).

Kebanyakan daripada 1,622 responden adalah petani, nelayan atau bekerja di kampung (21%), ahli perniagaan (21%) dan pekerja kerajaan (16%).

Lebih separuh responden berada dalam kumpulan B40 (52%) manakala 31% berada dalam M40 dan 17%, T20. 

Kajian ini dilakukan melalui soal selidik dan wawancara mendalam dari 1 Jun hingga 30 Julai lapor The Malaysian Insight


https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2018/08/hanya-peralihan-11-undi-boleh-sebabkan.html
Anak Sungai Derhaka: Hanya Peralihan 11% Undi Boleh Sebabkan Pakatan Tumbang

AMANAH alukan siasatan SPRM ke atas pegawai kanan Mat Sabu

MALAYSIA DATELINE 

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata, beliau tidak akan berkompromi dalam soal integriti sekiranya terdapat sebarang kes membabitkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Tiada kompromi dalam soal integriti, kata Menteri Pertahanan
Beliau berpendirian sama dalam siasatan dilakukan SPRM di kementerian pertahanan yang diketuai oleh bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang.

“Saya juga mengalu-alukan siasatan Suruhanjaya Pencegahan SPRM terhadap sesiapa sahaja di Kementerian Pertahanan mahupun di pejabat saya.

“Saya juga bersedia memberikan komitmen dan kerjasama penuh kepada pihak SPRM.

“Bagi saya, tiada kompromi dalam soal integriti. Sekiranya terdapat apa-apa kes, SPRM bolehlah mendakwa individu yang terlibat mengikut saluran undang-undang sedia ada,” ujar Presiden AMANAH itu dalam kenyataan rasminya yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan hari ini.

Mohamad mengulas mengenai kenyataan balas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki, semalam, terhadap laporan portal Malaysiakini yang dipetik sumber mengesahkan berhubung siasatan terhadap pegawai kanan kepada menteri pertahanan itu kemungkinan berlaku salahguna kuasa dalam membayar hutangnya sebanyak RM800,000 bagi supaya namanya dikeluarkan daripada senarai muflis.

AMANAH alukan siasatan SPRM ke atas pegawai kanan Mat Sabu
Hari ini Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad dalam kenyataannya, dipetik berkata, pendirian parti itu yang mengalu-alukan usaha pencegahan rasuah dilakukan SPRM dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana ahlinya yang disiasat atau didakwa SPRM.

Dalam perkembangan sama Pemuda AMANAH Nasional menerusi kenyataan Naib Ketua Pemudanya Shazni Munir Mohd Ithnin hari ini, turut mengesa pimpinan parti itu ‘merehatkan’ pegawai kanan itu daripada menjalankan tugas bersama Menteri Pertahanan.

https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/08/amanah-alukan-siasatan-sprm-ke-atas.html
KERENGGA: AMANAH alukan siasatan SPRM ke atas pegawai kanan Mat Sabu

Siasatan SPRM ke atas pembantu Mat Sabu dedah perebutan jawatan

FMT Reporters 
KUALA LUMPUR: Siasatan ke atas seorang pembantu Mohamad Sabu melibatkan sejumlah wang yang dimasukkan ke akaun bank menunjukkan perebutan jawatan di kementerian dalam kalangan kawan-kawan dan rakan-rakan ahli politik Pakatan Harapan.

Seorang pembantu Mohamad dilaporkan sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ditugaskan untuk memastikan semua pembantu dan pegawai politik para menteri bebas daripada urusan meragukan sebelum dilantik secara rasmi.

Dipercayai SPRM sedang menyiasat transaksi berjumlah RM800,000 ke akaun bank pembantu itu, sejurus selepas Mohamad mengangkat sumpah menteri pertahanan.

Pembantu berusia pertengahan 40-an itu dikatakan dekat dengan presiden Amanah itu dan terpilih daripada berpuluh kawan-kawan rapat yang juga mahukan jawatan kanan bawah menteri itu.

“Dia seorang yang setia dan bersama Mohamad ketika susah dan senang, termasuk ketika Mohamad hilang pengaruh selepas diketepikan PAS dan kemudian meninggalkan parti itu untuk menubuhkan Amanah,” kata sumber yang dekat dengan pemimpin Amanah itu.

Sumber berkata sebaik sahaja Tun Dr Mahathir Mohamad menamakan Mohamad untuk portfolio pertahanan pada Mei, dia dibanjiri permintaan daripada kawan-kawan dan penyokong-penyokong yang mahu menjadi pembantunya.

“Tetapi dari awal lagi jelas orang itu akan terpilih kerana dedikasinya,” kata sumber itu.

Pilihan Mohamad bagaimanapun tidak disenangi ramai kawan-kawan yang juga mahu menjadi pembantu di kementerian utama itu.

“Ramai kawan-kawan yang kononnya ‘berhaluan kiri’ ini tidak ada pendapatan tetap. Ada antara mereka dari Amanah, ada dari parti komponen lain, serta aktivis yang perlukan kestabilan kewangan,” kata sumber itu.

“Kita tak boleh puaskan hati semua orang.”

Sumber berkata pendedahan tentang siasatan SPRM ke atas pembantu itu berbetulan dengan angkat sumpah minggu ini, dengan harapan ia boleh menggagalkan pelantikan dan mengosongkan jawatan itu.

“Satu lagi dakwaan yang dilontarkan bagi mengurangkan peluangnya termasuk menuduhnya seorang Syiah,” kata sumber itu dan berkata serangan sebegitu terhadap kem Mohamad “bukan aneh”

“Mohamad juga pernah dilabel Syiah oleh pengkritiknya kerana bersimpati dengan gerakan seperti Hizbullah,” kata sumber itu.

Sumber mengesahkan pembantu itu diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi sebelum Amanah ditubuhkan.

Perkara itu mesti diatasi dan satu-satunya cara untuk menyelesaikannya ialah wang untuk melangsaikan hutang tersebut.

Sumber berkata pembantu itu kemudian menemui kawan-kawan rapat – “kira-kira 12 orang” – untuk membantu dia menyelesaikan hutang peribadi berjumlah kira-kira RM800,000 itu.

FMT difahamkan semasa tapisan SPRM, pembantu itu menyerahkan dokumen mengandungi nama-nama orang yang meminjamkan wang dan setiap transaksi diperincikan.

“Wang didepositkan dalam pelbagai kadar, daripada sekecil RM10,000 sehingga RM100,000, hingga mencecah RM800,000.”

Masalah yang dihadapi pembantu itu bukan perkara luar biasa setiap kali menteri baru dilantik, lebih-lebih lagi selepas kemenangan Pakatan Harapan pada pilihan raya Mei lepas yang menyaksikan banyak jawatan politik kosong.

Ia termasuk jawatan setiausaha politik dan setiausaha akhbar, yang dilihat sebagai tulang belakang pejabat menteri terutama untuk mengendalikan persepsi umum.

Sementara itu, sumber berkata SPRM mungkin tidak akan menemui unsur-unsur rasuah dalam siasatan ini.

“Tetapi persepsi buruk sudah terpalit pada pejabat Mohamad, terutama bila dia memegang jawatan itu diiringi perasaan gembira orang ramai,” katanya.

at 8/15/2018 07:51:00 PTG
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/08/siasatan-sprm-ke-atas-pembantu-mat-sabu.html
KERENGGA: Siasatan SPRM ke atas pembantu Mat Sabu dedah perebutan jawatan

WEDNESDAY, AUGUST 15, 2018

Doa Nabi Mohammad SAW dan doa Nabi Ibrahim AS ketika berhadapan bahaya dan ancaman


http://www.ahmad-sanusi-husain.com/2018/08/doa-nabi-mohammad-saw-dan-doa-nabi.html#axzz5OFPugKIz
Ahmad Sanusi Husain.Com: Doa Nabi Mohammad SAW dan doa Nabi Ibrahim AS ketika berhadapan bahaya dan ancaman

Anonymous15 August 2018 at 17:05

RAFIZI RAMLI

BIODATA

Lahir: 14 September 1977
Tempat Lahir: Besut, Terengganu
Membesar: di Kemaman dan Kuala Kangsar
Keluarga: Ayah (bermula pesawah & ada tanah getah di Besut sebelum berhijrah ke Kemaman untuk cari kehidupan lebih baik, bermula sebagai tukang kayu sebelum menjadi kontraktor di awal tahun 90an), Mak (suri rumah sepenuh masa, kedua-dua ibu bapa saya menamatkan pendidikan setakat Darjah 6/Tingkatan 1)

Perkahwinan: Seorang isteri, seorang anak, seekor kucing

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

Pendidikan awal @ Sekolah Rendah Sultan Ismail, Kemaman (1984 – 1989)
Kolej Melayu Kuala Kangsar (1990 – 1994)
Anugerah Carey/Bolkiah sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan
Pingat Emas Presiden Kesatuan Pelajar 
Anugerah Pelajar Terbaik SPM 1994 (Fizik, Bahasa Melayu)
Anugerah Pelajar Terbaik SRP 1992
Johan Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh.
Pembahas terbaik Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh.

Johan Pertandingan Bahas Piala Sri Paduka Sultan Perak 1993
Presiden, Badan Revolusi Agama
Presiden, Pancaragam Tentera
Presiden, Persatuan Bahasa MelayuKetua Pengarang, The Malay College MagazineDianugerahkan biasiswa PETRONAS (Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik) dan ESSO (Geology) sebelum keputusan SPM diumumkan.

Morrison’s Academy, Scotland (1995 – 1996)
Anugerah AD Kippen, Pelajar Terbaik Fizik A-Levels 1996Anugerah John Knox, Pelajar Terbaik Kimia A-Levels 1996
PengawasOrkestra Morrison’s Academy

Leeds University (1996 – 1999)
Anugerah Arthur Crabtree 1997, 
Pelajar Terbaik Tahun Pertama Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik
Ijazah Kelas Pertama (Tahun Pertama dan Kedua)Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik

LATAR BELAKANG KERJAYA

Jeffreys Henry Chartered Accountants, London (1999 – 2003)
Lulus semua peperiksaan akauntan bertauliah dengan Institute of Chartered Accountants in England & Wales (ICAEW) dalam masa 2 tahun
Diterima sebagai ahli ICAEW pada 2003, selepas tamat tempoh minima latihan di firma perakaunan
Diterima sebagai ahli Malaysian Institute of Accountants (MIA) pada 2003 apabila pulang ke Malaysia.

PETRONAS/MTBE Malaysia Sdn Bhd (2003 – 2005)

Pengurus, Propane Dehydrogenation PlantPengurus termuda semasa dilantik

PETRONAS/Pejabat Naib Presiden, Urusniaga Petrokimia (2005 – 2007)

Pengurus Kanan (Perancangan Perniagaan, Operasi dan Teknologi Urusniaga Petrokimia)
Pengurus Kanan termuda semasa dilantik
Bertanggungjawab menguruskan kumpulan urusniaga petrokimia PETRONAS dengan aset melebihi RM30 bilion

PETRONAS/Petronas Carigali Sdn Bhd (2007 – 2009)

Pengurus Kanan (Perakaunan, Belanjawan dan Percukaian Antarabangsa)
Bertanggungjawab menguruskan hal ehwal kewangan 51 anak-anak syarikat PETRONAS Carigali yang terlibat dengan operasi huluan di peringkat antarabangsa, membabitkan belanjawan tahunan melebihi RM20 bilion

Pharmaniaga Berhad (2009)
Pengurus Besar

Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor (2009 – 2012 )
Ketua Eksekutif

National Oversight & Whistleblowers Centre (NOW) (2012 –  )
Pengasas dan Pengarah Eksekutif

Parlimen Malaysia (2013 –  )
Ahli Parlimen mewakili Pandan

INVOKE Malaysia (2016 –  )

Pengasas – INVOKE Malaysia adalah sebuah badan bukan berasaskan keuntungan yang membina kepakaran dalam bentuk teknologi dan aplikasi untuk membawa perubahan politik, ekonomi dan sosial.

PENGLIBATAN AKTIVISME MAHASISWA

Editor, The Mindweb iaitu makalah pelajar pra-universiti Malaysia di United Kingdom (1996)
Naib Pengerusi, United Kingdom Executive Council for Malaysian Students (UKEC) (1996 – 1997)
Pengerusi, United Kingdom Executive Council for Malaysian Students (1997 – 1999)
Pengerusi UKEC yang pertama mengetuai UKEC selama dua penggal berturut-turut
Pengerusi, Majlis Tindakan Ekonomi Pelajar Malaysia United Kingdom (1997 – 1998)
Bersama-sama mengeratkan kerjasama mahasiswa Malaysia di IPTA dan United Kingdom melalui kerjasama dengan PKPIM dan GAMIS (1998 – 1999)

PENGLIBATAN AKTIVISME REFORMASI/KEADILAN

Wakil Free Anwar Campaign (FAC) di Eropah, bertanggungjawab menjalankan kempen dengan Parlimen United Kingdom, Kementerian Luar UK dan Suruhanjaya Eropah (1999 – 2002)
Webmaster kedua dan kolumnis kepada FACPengasas Keadilan Antarabangsa Eropah pada tahun 2001
Kolumnis Seruan Keadilan, lidah rasmi parti (2001 – 2003)
Webmaster laman Pemuda Keadilan (pemuda-keadilan.org) (2001 – 2003)
Timbalan Pengerusi, Biro Antarabangsa, Pemuda Keadilan (2001 – 2002)
Bendahari, Pemuda Keadilan (2003)
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Keadilan, ahli termuda dilantik pada ketika itu (2003)dijemput untuk kembali aktif dengan parti pada tahun 2009dilantik sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan Bendahari MPN Terengganu (2009)

PENGLIBATAN SOSIAL

Mengendalikan kursus kerjaya dan biasiswa kepada pelajar-pelajar sekolah menengah (2006 – 2009)
Mengendalikan kursus kerjaya dan jatidiri kepada pelajar-pelajar IPTA/PKPIM (2006 – 2008)
Jurulatih pasukan bahas Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, Kolej Melayu Kuala Kangsar (2004 – 2009)
Pengurus Mighty Ducks Project, projek hoki Kolej Melayu Kuala Kangsar (2007 – 2010)

JAWATAN PARTI

Ketua Cabang Kemaman (2010 – )
Pengarah Strategi Pusat (2010 – 2014)
Dipilih sebagai Naib Presiden Pusat (2014 – )
Setiausaha Agung (2014 – 2016)
Bertanggungjawab menyusun langkah ke arah penubuhan Pakatan Harapan dalam tahun 2015
Ahli Majlis Presiden Pakatan Rakyat dan bersambung Pakatan Harapan (2010 – )

Shahbudin dot com: NAJIB, AKTOR POLITIK TERBAIK SEPANJANG ZAMAN....




Tiada ulasan: