Selasa, 28 Ogos 2018

Penyakit rasa tak bersalah menjadi duri dalam daging kepada diri peribadi individu. 8013.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh.

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
Meja www.peceq.blogspot.com  
Tuesday, 28 August 2018
Bila pesalah mahu dibawah ke pengadilan... 

Penganalisis politik menyifatkan kerajaan terlalu lambat bertindak dalam hal mereformasi institusi negara, selepas 100 hari pentadbiran mereka. 

Menurut pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Datuk Dr Mohamad Agus Yusoff, rakyat faham jika tol dan bayaran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) belum dapat dihapuskan, harga minyak tidak dapat diturunkan, dan gaji belum boleh dinaikkan. 

Katanya, ini kerana kesemua ini memerlukan wang, sedangkan negara kita dilanda beban hutang.

“Apa yang rakyat tidak faham ialah bila kerajaan lambat menyelesaikan janji dan harapan rakyat yang tidak melibatkan kos.

“Pertanyaan rakyat mudah. Bilakah penyangak, perasuah, pencuri dan penyeleweng kuasa hendak dibawa ke muka pengadilan. Mengapa begitu lambat?

“Bilakah reformasi institusi Parlimen, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dan kehakiman hendak dilaksanakan? Janji dan laungan untuk merubahnya dah terlalu kerap didengar. Isunya, apakah yang akan diubah dan bilakah akan bermula? Mengapa begitu lambat?,” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Agus menyatakan bilakah semakan semula terhadap undang-undang yang dikatakan drakonian dahulu seperti Akta Majlis Keselamatan Negara, Sosma dan lainnya hendak dipinda atau dimansuhkan.

“Di peringkat manakah proses semakan atau pemansuhan itu?


“Rakyat sebenarnya sudah jenuh menunggu untuk melihat reformasi institusi berlaku dalam negara. Harap sekali semuanya dapat dipercepatkan. Bertindaklah segera supaya negara kita boleh cepat melangkah ke depan,” katanya. - f/bk
Image may contain: text
FOREST CITY DAN SULTAN JOHOR DALAM PERANG MAHATHIR-CHINA

1. Kontroversi hubungan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir dengan China kini terus panas apabila beliau hari ini mengisytiharkan bahawa warga asing tidak akan dibenarkan untuk membeli dan tinggal di kediaman Forest City, Johor. Tindakan ini bakal memberi kesan kepada ribuan pembeli warga China. Malah, projek yang bernilai kira-kira RM400 bilion itu turut melibatkan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail. 

2. Pemilikan DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail dalam projek Forest City dilaporkan wartawan MalaysiaKini, Nigel Aw dalam laporan bertarikh 14 Julai 2014 yang bertajuk ‘The Case of Forest City and the Johor Sultan’ 
(https://www.malaysiakini.com/news/268649) manakala dalam edisi Bahasa Melayu bertajuk ‘Alkisah Forest City dan Sultan Johor’ (https://www.malaysiakini.com/news/268658).

3. Forest City diusahakan oleh kerjasama China-Johor melalui Country Garden Pacific View (CGPV).  Sebanyak 66 peratus pegangan CGPV dikuasai oleh tiga syarikat gergasi China iaitu Country Garden Waterfront Sdn Bhd, Country Garden Danga Bay Sdn Bhd, dan Country Garden Real Estate Sdn Bhd. 

4. Baki 34 peratus pegangan CGPV dimiliki Kerajaan negeri Johor iaitu Esplanade Danga 88 Sdn Bhd. 

5. Baginda Sultan Ibrahim merupakan pemilik saham terbesar Esplanade Danga 88 Sdn Bhd, dengan kawalan pegangan 64.4 peratus syarikat berkenaan.  Kerajaan negeri Johor melalui Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) pula hanya menguasai sekitar 20 peratus saham dalam syarikat tersebut.  

6. Projek raksasa yang dibangunkan Country Garden Holdings Co. tersebut menyediakan kira-kira 700,000 unit kediaman di mana antara pembeli majoritinya (70%) adalah dari China menerusi skim ‘Malaysia My Second Home’ MM2H.  

7. Malah, Tun Mahathir turut menegaskan bahawa tiada sebarang visa akan diberikan kepada warga asing untuk datang dan tinggal di sini.  Hal ini bermakna bahawa ribuan pembeli dari China tidak akan dibenarkan untuk mendiami kediaman yang telah mereka beli di Johor.

8.  Tindakan agresif Tun Mahathir ini dikaitkan dengan lawatan beliau ke China baru-baru ini di mana beliau telah mengumumkan hasrat untuk membatalkan projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dan dua projek saluran paip trans-Sabah (TSGP) di Beijing.  Kemudiannya Tun Mahathir mengatakan bahawa keputusan akhir pembatalan ECRL tertakluk pada jumlah pampasan yang perlu dibayar kerajaan kepada China pula.

9. Adakah langkah ini merupakan tindak balas Tun Mahathir kepada China yang dikatakan enggan mengalah kepada tuntutan beliau ketika lawatan ke sana minggu lalu? Perlu diketahui bahawa ketika lawatan Tun Mahathir ke China, China turut telah menghantar kapal ‘Coast Guard’ mereka ke Zon Ekonomi Eksklusif milik Malaysia berhampiran Beting Patinggi Ali. Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengirim dua kapal Kelas Kedah iaitu KD Selangor dan KD Kelantan sebagai reaksi balas.

10. Malah, Tun Mahathir sebelum ini turut mengisytiharkan bahawa ‘Tembok Besar China di Kuantan’ perlu dirobohkan – merujuk pada struktur projek Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP).

11. Apa yang pasti, tindakan ini bakal memberi impak besar ke atas projek Forest City, imej negara, hubungan Malaysia-China, dan secara khususnya, ke atas hubungan Tun Mahathir dan DYMM Sultan Johor.

12. ‘Pertembungan’ antara Tun Mahathir dengan Sultan Ibrahim pada hakikatnya telah berlangsung secara terbuka sejak awal tahun 2017 lagi apabila kedua-duanya saling berbalas kenyataan.  Rujuk Sinar Harian ‘Sultan Ibrahim bidas Tun M’ (http://www.sinarharian.com.my/nasional/sultan-ibrahim-bidas-tun-m-1.612797) dan ‘Tun M jawab Sultan Johor isu Forest City’ (http://www.sinarharian.com.my/nasional/tun-m-jawab-sultan-johor-isu-forest-city-1.613190).

13. DYMM Sultan Ibrahim mempertahankan projek Forest City sebagai peluang untuk membangunkan hartanah Johor di samping mengatakan bahawa projek berskala 2000 hektar terbabit adalah lot antarabangsa yang terbuka untuk dibeli oleh sesiapa sahaja warga asing – bukannya dari China sahaja – malah tiada beza dengan projek perumahan mewah di Selangor dan Pulau Pinang yang turut dijual kepada warga asing.

14. Tun Mahathir pula mengkritik projek Forest City sebagai menggadai kedaulatan negara dengan anggaran 700,000 warga asing yang membeli kediaman di sana akan memperoleh kewarganegaraan, sedangkan warga tempatan tidak berkemampuan sama sekali untuk memiliki kediaman tersebut.

15. Selain daripada kebimbangan demografi dengan kemungkinan kemasukan 700,000 warga asing (khususnya China di bawah skim Malaysia My Second Home MM2H), terdapat juga kebimbangan akan impak projek Forest City ke atas alam sekitar dan juga Pelabuhan Tanjung Pelepas.

16. Dari sudut pandang geopolitik, langkah pelaburan infrastruktur dan hartanah besar-besaran di luar negara oleh China ini adalah sebagai pelengkap kepada Strategi Agung (Grand Strategy) mereka iaitu Inisiatif OBOR (kini dikenali sebagai BRI): 

“Kebanyakan projek pelabuhan akan digabungkan dengan penciptaan bandar-bandar satelit gergasi di Johor dan Melaka, seperti Iskandar Malaysia di Johor dan Melaka Gateway yang turut disertakan dengan pelabuhan yang baru dibina.  

Di Melaka, akan ada empat buah pulau buatan daripada tanah yang ditambak, yang dibahagikan kepada 

(1) Pulau Pelancongan, Hiburan, dan Pembangunan Hartanah, 

(2) Pulau Zon Ekonomi Perdagangan Bebas, 

(3) Pulau Pelabuhan Melaka Gateway, 

Dan 

(4) Taman Perindustrian Maritim” (Evers 2017).

17. Hakikatnya, projek Forest City sudah menjadi persoalan sejak tahun lalu apabila kerajaan China mengetatkan pengaliran modal keluar dari negara China – sekali gus memberi impak negatif ke atas pembelian kediaman Forest City dalam kalangan warga China.  Ditambah dengan langkah terbaru oleh Tun Mahathir ini, dijangka lebih banyak isu dan permasalahan yang akan timbul.  

18. Bagaimana dengan pemilikan kediaman warga asing di Selangor dan Pulau Pinang? 

Apakah masa depan projek Melaka Gateway? 

Adakah imej kita akan merosot di mata dunia korporat kerana ‘mengganggu’ persetujuan pembelian warga China di Forest City? 

Ataukah 

Imej kita akan melonjak dengan laungan ketegasan mempertahankan kedaulatan tanah air?

19.  Dari sudut politik dan geopolitik pula, apa akan jadi pada hubungan Malaysia-China selepas ini? 

Adakah China akan menghentikan projek mereka seperti projek Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP)?  

Adakah China akan menghukum kita dengan pampasan yang tinggi dalam kes pembatalan ECRL? 

Bagaimana pula dengan hubungan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor dan Perdana Menteri Tun Mahathir susulan kes terbaru ini?

Semoga Allah peliharakan negara kita menjelang ulang tahun kemerdekaan ke-61 ini.

Oleh: Abdul Muein Abadi
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/08/forest-city-dan-sultan-johor-dalam.html
justice league28 August 2018 at 08:07
PENYAMUN SINDIR PEROMPAK
Najib sindir k'jaan HARAPAN tak pandai matematik
Diterbitkan 27 Ogs 2018, 10:54 malam | Dikemaskini 27 Ogs 2018, 11:15 malam

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mempersoalkan kemahiran matematik pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN).

Melalui kenyataan di Facebook, Najib merujuk isu Taman Perindustrian Malaysia-China (MCKIP) di Kuantan.

Najib menyorot bahawa MCKIP adalah taman perindustrian berkembar dengan Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia (QCMIP) di bandar Qinzhou di negara China.

Jelas Najib, memiliki 50 peratus tapak perindustrian di negara China yang mempunyai 1.4 bilion penduduk lebih baik berbanding memiliki 100 peratus taman perindustrian di Malaysia yang mempunyai 30 juta orang.

"MCKIP dimiliki oleh Malaysia dengan pegangan 51 peratus saham manakala syarikat-syarikat dari China dengan 49 peratus.

"CMQIP pula dimiliki oleh China dengan 51 peratus pegangan saham dan 49 peratus oleh Malaysia dengan keluasan tiga kali ganda lebih besar daripada MCKIP di Kuantan.

"CMQIP kini juga sangat berjaya dan hasil pengeluaran kilang-kilang di sana telah mencecah RMB10 billion (RM6 bilion) untuk tahun 2017 sahaja.

"Jika kita arif dalam matematik dan tidak kerap silap mengenai titik perpuluhan, sudah tentu kita faham bahawa memiliki 50 peratus tapak perindustrian untuk pasaran 1.4 bilion orang adalah lebih baik dari memiliki 100 peratus untuk pasaran 30 juta orang sahaja," katanya.

Najib berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam wawancara Malaysiakini selepas pulang dari negara China minggu lalu bahawa beliau mahu merobohkan tembok di MCKIP.

Selain itu, Najib juga merujuk kenyataan Anggota Parlimen Kuantan Fuziah Salleh yang menjelaskan bahawa tembok di MCKIP hanya mengelilingi kompleks kilang Alliance Steel sahaja dan bukan seluruh taman perindustrian itu.

"Kilang besi bukan tempat selamat buat orang awam keluar masuk dengan mudah. Oleh itu, bukan sesuatu yang mengejutkan jika kilang itu membina tembok sebagai langkah pengawalan dan keselamatan.

"Ini dah diperjelaskan sebelum ini tapi tenggelam dengan fitnah disebar HARAPAN.

"Fuziah memberitahu wartawan bahawa beliau akan menjelaskan kepada Dr Mahathir tidak lama lagi.

"Fuziah juga mengakui bahawa ramai dari kawasan parlimen beliau menghargai peluang pekerjaan di MCKIP dan tidak mahu pekerjaan mereka terjejas.

"Alhamdulillah, satu lagi fitnah sebelum PRU ke-14 terhadap kerajaan BN dulu telah diperbetulkan. Yang baik dituduh sebagai buruk," kata Najib.

Kenyataan terbaru Najib itu merupakan kenyatan kedua hari ini yang menyifatkan "fitnah terhadap BN diperbetulkan".


Terdahulu, Najib turut menyifatkan hal serupa berhubung kenyataan Timbalan Menteri Dalam negeri Datuk Azis Jamman berhubung angka kes kaum India tanpa kewarganegaraan.
Image may contain: 3 people, text
PENYAMUN TEGUR PEROMPAK

Najib: Satu lagi fitnah terhadap BN diperbetul
Diterbitkan 27 Ogs 2018, 6:00 petang | Dikemaskini 27 Ogs 2018, 6:24 petang

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menyifatkan pendedahan jumlah sebenar kes kaum India tanpa kewarganegaraan hari ini merupakan satu lagi 'fitnah' terhadap BN yang diperbetul.

"Alhamdulillah, satu lagi fitnah sebelum PRU14 terhadap kerajaan BN dulu telah diperbetulkan.

"Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Azis Jamman mengesahkan di dalam Dewan Negara bahawa jumlah kes bangsa India tanpa kewarganegaraan di Malaysia ialah 3,853 dan bukan 300,000 seperti didakwa oleh ramai pemimpin HARAPAN sebelum ini.

"Faktanya, 1,638 daripada 3,853 kes-kes ini juga telah diselesaikan di bawah kerajaan BN pimpinan saya dahulu," katanya.

Najib berkata demikian sebagai merujuk kenyataan Azis yang menjawab soalan senator T Mohan berhubung jumlah kes yang didakwa pemimpin HARAPAN.

Jelas Azis, setakat Mei tahun ini, terdapat 3,853 permohonan kewarganegaraan dan bukannya 300,000.

Mengulas lanjut, Najib menegaskan bahawa ketika menjadi perdana menteri, beliau memberi keutamaan kepada semua pihak tanpa mengira kaum berhubung kelayakan mendapat kewarganegaraan.

"Walaupun saya dan pemimpin-pemimpin MIC telah memberi penjelasan angka sebenar banyak kali namun kita sering dituduh sebagai menipu oleh beberapa pemimpin-pemimipin HARAPAN kaum India yang tegas bahawa jumlah kes melebihi 300,000.

"Mereka menggunakan isu ini sebagai isu utama untuk membuat demonstrasi dan dalam ceramah-ceramah untuk menaikkan kemarahan kaum India terhadap kerajaan BN.

"Kini, ramai dari pemimpin-pemimpin HARAPAN yang memainkan isu ini telah dilantik menjadi menteri dalam kerajaan baru.

"Dengan pendedahan kerajaan HARAPAN sendiri tentang jumlah kes yang sebenar, adakah mereka akan meminta maaf kerana telah 'tersalah kira' dua tempat titik perpuluhan?" katanya.

Tahun lalu, anggota parlimen DAP M Kulasegaran, Charles Santiago dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II menyorot isu kaum India yang tidak mempunyai kad pengenalan.

Pemimpin PKR pada 2013 pernah mengadakan perhimpunan di Jabatan Pendaftaran Negara di Putrajaya dan mendakwa seramai 300,000 kaum India di negara ini tiada dokumen pengenalan diri.


Pada Oktober 2017, Najib menjelaskan bahawa hanya 2,000 orang India yang terlibat dalam kes seumpama itu.
Image may contain: text
justice league28 August 2018 at 08:12
PAS: Menteri Pertahanan bagai ayam jantan bernajis di ekor
Diterbitkan 27 Ogs 2018, 4:33 petang | Dikemaskini 27 Ogs 2018, 4:46 petang

PAS menganggap Menteri Pertahanan Mohamad Sabu laksana seekor ayam jantan yang berkokok namun dicemari najis kerana membangkitkan semula isu parti itu menerima wang daripada Umno.

Ketua Penerangan PAS Pusat Nasrudin Hassan berkata isu itu dikaitkan dengan kerjasama antara parti itu dengan Umno bagi menghadapi pilihan raya kecil Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong.

Katanya, apa yang dilakukan Mohamad itu sebagai sesuatu yang "malang" kerana menteri terbabit sengaja mahu melupakan kes seorang pegawainya sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Beliau ibarat ayam jantan berkokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi," kata Nasrudin melalui satu kenyataan hari ini.

Beliau yang juga bekas calon PAS bagi kerusi parlimen Indera Mahkota berkata Mohamad serta anggota kabinet yang lain wajar mendengar teguran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengakui ada antara mereka tidak berpengalaman.

Justeru kata Nasrudin menteri terbabit wajar menambah baik fungsi mereka di kementerian masing-masing selain memikirkan langkah melaksanakan agenda untuk rakyat.

"Mereka tidak selayaknya terus-menerus melakukan fitnah lapuk yang entah berapa kali dikitar semula.

"Lebih memalukan apabika ia dikitar sendiri oleh sang menteri yang tidak ubah lagaknya seperti cybertrooper (askar siber) upahan," katanya.

Masih menjaja fitnah

Untuk rekod Mohamad ialah bekas timbalan presiden PAS sebelum beliau serta sejumlah pemimpin lain diketepikan perwakilan parti sewaktu pemilihan pad 2015.

Ekoran penyingkiran beramai-ramai itu Mohamad dan beberapa pemimpin kanan lain menubuhkan Parti Amanah Negara (AMANAH) yang kemudian menjadi salah satu seteru utama PAS selain DAP.

AMANAH, PKR dan DAP kemudian membentuk Pakatan Harapan (HARAPAN) sebelum Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menyertainya.

PAS tidak menyertai HARAPAN dan menubuhkan Gagasan Sejahtera bersama beberapa parti kecil bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-14. Dalam keadaan begitu PAS meletakkan matlamat sekurang-kurangnya menjadi king maker dalam usaha membentuk kerajaan pusat.

Bagaimanapun HARAPAN berjaya mengetepikan BN buat kali pertama dalam tempoh lebih 60 tahun, manakala PAS kekal menjadi pembangkang di peringkat pusat.

Kata Nasrudin amat malang apabila HARAPAN yang sudah menjadi kerajaan terus mengadakan siri jelajah ke seluruh negara untuk "menjaja fitnah".

Baca Mat Sabu: Isu integriti tidak akan dikompromi

"Sepatutnya mereka menumpukan fokus untuk memulihkan kegagalan menyempurnakan 10 janji 100 hari dan meningkatkan keyakinan rakyat serta pelabur, tetapi sibuk dengan agenda ceramah ala pembangkang untuk membentuk kembali persepsi lapuk yang telah mereka doktrinkan selama ini.

"HARAPAN sepatutnya mengambil pengajaran tempoh 100 hari pentadbiran yang menunjukkan prestasi gagal. Pelbagai masalah yang lebih buruk telah dilakukan satu demi satu.

"Rakyat terus ditekan dengan pelbagai sekatan kewangan. Bonus tidak diberi. Kenaikan gaji ditangguhkan. BR1M akan dihapuskan. Tol dikekalkan.

"SST (cukai jualan dan perkhidmatan) lebih menguntungkan peniaga. Harga petrol tidak turun. PTPTN (pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) tetap diteruskan. AES terus terpacak.


"Harga barang tidak turun secara signifikan. Polisi dan keputusan kerajaan banyak flip flop (berdolak-dalik). Apa sebenarnya yang kerajaan telah lakukan?" katanya.
Pemuda AMANAH mahu pegawai Mat Sabu direhatkan
Anne Muhammad | Diterbitkan 27 Ogs 2018, 4:24 petang | Dikemaskini 27 Ogs 2018, 6:16 petang

Isu pegawai kanan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka akan dibawa ke mesyuarat bulanan Parti Amanah Negara (AMANAH) minggu depan.

“Perkara ini pasti akan dibawa dalam mesyuarat AMANAH 4 September ini.

“Saya ingat kalau tak Pemuda bawa, pihak lain pun akan bawa perkara ini,” kata Ketua Pemuda AMANAH Mohd Sany Hamzan ketika dihubungi Malaysiakini.

Sany berkata pihaknya tidak dapat berkompromi dengan amalan yang didakwa itu dan menuntut pegawai tersebut direhatkan sementara SPRM melakukan siasatan.

Bagaimanapun, katanya, mereka tetap berpegang pada prinsip seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan.
Pada 14 Ogos lalu Malaysiakini melaporkan individu itu disiasat susulan dakwaan menerima RM800,000 daripada beberapa pihak untuk membantunya menyelesaikan hutang dan keluar dari status muflis.

Antaranya bayaran itu didakwa dibuat beberapa hari selepas Mohamad, presiden AMANAH, mengangkat sumpah sebagai menteri pertahanan.

Mohamad berkata beliau tidak akan berkompromi dalam soal integriti serta mengalu-alukan siasatan terhadap pegawainya itu.


Malaysiakini difahamkan pegawai itu masih bertugas seperti biasa.
Image may contain: 2 people, text
Majlis Penasihat Kerajaan tak perlu diteruskan, kata Jomo
Hariz Mohd | Diterbitkan 27 Ogs 2018, 10:58 malam | Dikemaskini 27 Ogs 2018, 11:02 malam

Tiada keperluan untuk meneruskan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) selepas tamat tempoh 100 hari pentadbiran Pakatan Harapan (HARAPAN) memandangkan ada banyak "salah tanggapan" terhadapnya, kata Jomo Kwame Sundaram.

Pakar ekonomi dan salah seorang anggota majlis itu berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagaimanapun boleh menggunakan khidmat mereka secara individu jika mahu berbuat demikian.

"Kita boleh teruskan tetapi bukan sebagai CEP. Terlalu ramai yang ada tanggapan salah tentangnya. Banyak kritikan dan tiada guna untuk menjawabnya. Tamatkan saja (CEP).

"Jika kerajaan mahukan anggota CEP memberi khidmat kepada kerajaan atau Tun Mahathir, boleh saja. Saya rasa semua dalam CEP sanggup membantu.

"Tetapi CEP sendiri sudah jadi kontroversi dan kerajaan tidak sepatutnya diganggu dengan kontroversi yang tidak perlu," katanya kepada pemberita selepas program di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di Kuala lumpur petang tadi.

Beliau menjawab soalan tentang kemungkinan majlis itu diteruskan melangkaui tempoh 100 hari minggu lalu.

Antara salah tanggapan itu, katanya lagi, adalah anggota CEP berada dalam majlis itu untuk manfaat peribadi, dan mereka telah melakukan "banyak perkara" walaupun ia tidak berlaku.

Katanya lagi, sokongan dan keadaan positif sewaktu majlis itu mula menjalankan tugas lama kelamaan semakin berkurangan.

"Jadi mengapa teruskannya, mengembalikan kontroversi secara sia-sia?"

Beliau berkata sebab mereka menerima tanggungjawab itu adalah untuk membantu Mahathir, dan beliau percaya perdana menteri memang memerlukan bantuan dalam beberapa perkara.


"(Selepas ini) Beliau patut memanggil kami secara individu untuk membantunya dalam tugas tertentu. Dan itu patut dilakukan," katanya lagi.
Hishammuddin Hussein - Keris Waving and Kissing
'Isu pegawai Mat Sabu lebih utama berbanding dana RM90 juta'
N Faizal Ghazali | Diterbitkan 27 Ogs 2018, 8:01 malam | Dikemaskini 27 Ogs 2018, 8:22 malam

Pemimpin PAS menegaskan isu pegawai kanan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), lebih utama berbanding dakwaan parti itu menerima dana RM90 juta daripada Umno.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar berkata, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu perlu memberi tumpuan terhadap isu melibatkan pegawai kanannya yang kini menjadi tumpuan ramai.

"Secara mudahnya biar Mat Sabu selesaikan dulu kes dakwaan terhadap pegawai dia dalam isu RM800,000.

"Selesaikan yang itu dulu, sebelum buat dakwaan kepada PAS. Itu lebih besar lagi, semua orang nak tahu betul ke tidak, duit daripada mana.

"Sedangkan dia (pegawai berkenaan) status bankrap sudah empat tahun, tiba-tiba dalam masa dua tiga hari boleh selesai RM800,000," katanya ketika ditemui media Kota Bharu, hari ini.

Terdahulu media melaporkan Mohamad yang juga presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) menegaskan pihaknya mempunyai bukti mengenai dana RM90 juta yang pernah dikaitkan dengan PAS sejak sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Katanya, bukti penerimaan dana itu daripada Umno akan dikemukakan selepas selesainya kes saman PAS terhadap Sarawak Report berhubung isu sama.

Sebelum ini Malaysiakini pada 14 Ogos lalu melaporkan SPRM sedang menyiasat pegawai kanan Mohamad susulan dakwaan menerima RM800,000 daripada beberapa pihak untuk membantunya menyelesaikan hutangnya dan dikeluarkan daripada status muflis.

Sumber-sumber memberitahu Malaysiakini bahawa pegawai itu diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi kira-kira empat tahun lalu.

Status itu kekal sehingga penghujung Mei lalu, apabila beberapa bayaran dikatakan dimasukkan ke dalam akaun jabatan itu oleh beberapa pihak untuk penyelesaian hutangnya.

Bagaimanapun Mohamad sudah menegaskan bahawa beliau tidak dapat berkompromi dalam soal integriti serta mengalu-alukan siasatan dilakukan ke atas kakitangan kementerian berkenaan.

Sementara itu, Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan mengalu-alukan sebarang bukti berhubung dakwaan PAS menerima dana RM90 juta itu.

"Dia kena kemukakan buktilah, sebab dakwaan itu lama dah kita dengar, sebelum pilihan raya umum lagi.


"Sampai sekarang pun tiada bukti," jelasnya.
Hishammuddin Hussein - UMNO Assembly 2016 Speech
Kini kita pula takut Akta Antiberita Tidak Benar, kata senator BN
Kow Gah Chie | Diterbitkan 27 Ogs 2018, 9:03 malam | Dikemaskini 27 Ogs 2018, 9:10 malam

PARLIMEN | Senator BN Datuk Seri Khairudin Abd Samad mengakui kini mereka pula bimbang Akta Antiberita Tidak Benar dan undang-undang kontroversi lain akan digunakan ke atas mereka.

"Rakan-rakan saya dalam pembangkang bisik pada saya, dulu kita yang buat undang-undang ini, kononnya nak sekat... tangkap pembangkang (dulu) kerana selalu sebarkan fitnah dan berita palsu.

"(Kini) kita jadi pembangkang (ada risiko) kena tangkap, cuba bayangkan," katanya disambut ketawa anggota Dewan Negara yang lain ketika sesi perbahasan Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2018 hari ini.

"Pembangkang jadi takut dan gusar, dulu luluskan undang-undang ini tetapi kini senjata makan tuan. Mereka sekarang yang (akan dilihat) sebar (berita palsu)," katanya lagi.

Selain akta itu, beliau mengakui pembangkang turut mendapati Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) sebagai bermasalah.

"(Maka) mereka minta saya bahas isu ini," katanya lagi yang juga Presiden Majlis Senator Malaysia.

Khairuddin berkata beliau difahamkan bahawa kerajaan dahulu mempunyai masalah dengan sesetengah media luar negara, seperti CNN, Sky News dan Al-Jazeera.

Perkara itu disampaikan ketika taklimat kerajaan ketika mahu meluluskan akta itu awal tahun ini, katanya lagi.


Sebelum itu. beberapa senator BN yang membahaskan pemansuhan akta tersebut juga mengakui motif politik di sebaliknya tetapi menegaskan ia boleh ditambahbaik untuk rakyat yang mungkin menjadi mangsa penyebaran berita palsu.
Hishammuddin Hussein - Holding Keris Dagger
Seriusnya penyakit rasa tak bersalah
DR HUZILI HUSSIN 11 OGOS 2018

HANYA mereka yang berjiwa besar sahaja boleh rasa dirinya bersalah. 

Selari dengan sifatnya yang mudah rasa bersalah, maka ucapan memohon maaf kepada individu dan kelompok yang dia telah lakukan kesalahan sentiasa meniti di bibirnya. Serentak dengan itu juga, mereka tidak akan mengulangi lagi perbuatan tersebut.

Namun berbeza dengan kelompok yang sentiasa rasa tidak bersalah, walaupun mereka tahu apa yang mereka lakukan itu tidak betul, mereka tetap mengulangi perbuatan tersebut. 

Penyakit rasa bersalah ini mudah sedikit untuk diubati berbanding dengan mereka yang berpenyakit rasa tidak bersalah. Kenapa sukar diubati?. Ini kerana mereka sendiri pun tidak mengakui mereka sedang ‘dihinggapi penyakit’

Jika kita menelusuri sikap rasa tidak bersalah terhadap apa jua perbuatan yang telah mereka lakukan di atas muka bumi ini tidak terhitung rasanya. Sikap rasa tidak bersalah ini tidak mengenal siapa; kaya atau miskin, belajar tinggi atau rendah, berpangkat atau tidak kesemuanya ada bahagian masing-masing.

Kadangkala rasa pening juga memikirkan bahawa orang berpendidikan tinggi pun boleh rasa tidak bersalah apabila berterusan merokok di khalayak ramai serta tempat yang telah diwartakan larangan merokok. Malah lagi rasa mual melihat orang yang berpangkat tidak sedikit pun rasa bersalah memandang rendah kepada golongan rakyat biasa.

Namun apa yang lebih menjengkelkan, ada yang pandai dalam bidang agama pun masih rasa tidak bersalah menipu, bercakap bohong, menghina serta pelbagai kesalahan lagi. Ada sahaja dalil digunakan untuk membetulkan apa yang tidak betul. Sungguh mengecewakan.

Sebetulnya, sepanjang saya mengendalikan perkhidmatan kaunseling, mereka yang datang dengan sikap rendah diri dan mengakui kesalahan yang dilakukannya lebih cepat pulih proses kaunselingnya berbanding dengan mereka yang hadir dengan sikap rasa tidak bersalah.

Biasanya klien yang rasa bersalah ini datang bertemu kaunselor secara sukarela berbanding dengan klien yang rasa tidak bersalah ini datang secara paksa kerana dirujuk oleh pihak ketiga.

Perkara yang paling sukar dialami oleh saya apabila mengendalikan sesi kaunseling dengan klien sebegini adalah untuk memecahkan keegoannya. Kata-kata klise yang selalu dilontarkan oleh klien ialah; “Saya datang ini kerana terpaksa dan tiada apa-apa yang hendak dibetulkan pada diri saya”.

Bukan mudah untuk memandu mereka semula ke atas landasan yang betul. Kesabaran, bersifat terbuka serta fokus terhadap matlamat akhir kaunseling boleh membantu kepulihan klien walaupun mengambil masa yang agak lama.

Secara prinsipnya, setiap manusia mempunyai keegoan masing-masing. Sebetulnya sifat ego ini telah dihuraikan secara mendalam oleh Sigmund Freud seorang pakar psikoanalisis semenjak tahun 1920an lagi.

Beliau telah memperkenalkan Teori Personaliti Freudian yang mempercayai bahawa setiap individu mempunyai tiga elemen dalam diri iaitu; id, ego dan superego di mana akhirnya akan mempengaruhi bentuk personaliti seseorang itu.

Menurut beliau, id adalah elemen nafsu atau naluri yang sentiasa meminta sesuatu untuk kepuasan diri sama ada baik atau buruk. Manakala ego adalah unsur yang sentiasa memenuhi kehendak nafsu dan tidak bersandarkan kepada nilai dan moral yang baik.

Superego pula, merupakan elemen yang sentiasa memandu keperluan nafsu ke arah jalan yang betul dan bermoral. Ini bermakna, personaliti individu yang buruk adalah disebabkan oleh penguasaan ego yang tinggi dalam diri di mana akur kepada segala keperluan nafsu walaupun dengan cara yang salah.


Sebetulnya, isu berkaitan sikap baik dan buruk manusia ini telah pun dibicarakan dalam al-Quran dengan cukup jelas.

Politik Madey yang bijak atau kita yang tak cerdik!
Elias Hj Idris
Orang kata Madey (dlm bahasa Ibrani maksudnya 'penipu') bijak berpolitik. 

Faktanya begitu kerana dia jadi PM selama 22 tahun dan 2 kali jd PM! Satu kejayaan politik yang sukar dipecahkan oleh sesiap pun? 

Apakah rahsia kebijaksanaan Madey tu? 

  • Pertama Madey tahu kehendak dan kefahaman politik majoriti rakyat.... 
  • Madey tahu selagi rakyat tidak menerima Islam selagi itu dia boleh terus berkuasa. 
  • Bukan setakat itu saja terdapat ramai Ilmuan Islam yang menjadi pengkagum Madey walaupun pemikiran dan tindakan Madey bertentangan dengan Islam.

Madey hanya tidak dapat menguasai PAS dan orang Pantai Timur. Sebab itu Madey cukup benci dgn PAS dan pak lebai kerana merekalah yang tidak mampu ditipunya.

Satu ciri penting pada dirinya, Madey tidak pernah percaya dengan orang lain kecuali dirinya! 

Lihatlah berapa ramai TPM di bawah Madey yang kena pancung? 
  • Hatta Pak Lah yang dipilih sendiri pun ditolaknya. 
  • Najib yang Madey angkat sendiri pun dijatuhkan secara cukup hina. 
Semua orang tidak layak bagi Madey untuk jadi PM selagi dia masih hidup! Anwar yang dulu musuh ketat Madey pun belum tentu jadi PM selagi Madey hidup lagi! Walaupun umur dah 93 tahun Madey masih tidak percaya orang lain untuk mentadbir negara ini.

Madey mungkin politikus yg hebat tapi bukanlah PM yang baik. 

Selama 22 tahun memerintah banyak skandal dan kegagalan beliau dalam memajukan negara; 
  • daripada skandal BMF, MAMINCO, PKZ, FOREX, BAKUN dan banyak lagi yang menghilangkan dan melesapkan ratusan bilion wang negara. 
  • Projek-projek yang gagal seperti Perwaja, Proton, MAS, TNB, Renong, Talam Corporation dsb. 
  • Jutawan kroni yang hilang seperti Tajudin Ramli, Amin Shah, Halim Saad dll serta jutawan yang kaya-raya yang masih servive seperti Vincent Tan, Ananda Krishnan, Robert Kuok, Ting Peik Kiing, Daim dsb.

Kegagalannya untuk membantu bumiputera jelas seperti gagalnya DEB mencapai sasaran. 

  1. Tanah rizab Melayu yang semakin hilang, 
  2. Gejala sosial yang semakin parah 
  3. Hatta projek-projek mewah yang dibuat tidak sedikit pun membantu bumiputera spt KLCC, Sepang Airport, F1 dll yang hanya menguntungkan kroni! 
Tanyalah pemimpin-pemimpin PH sekarang yang boleh senaraikan ribuan kegagalan dan penyalahgunaan kuasa oleh Madey. Belum dikira lagi isu Memali di mana 14 orang terkorban (kata Madey mereka mati katak!), Ops Lalang, pemecatan Anwar, ISA, OSA, serta undang-ndang draconian yang dibuat Madey.

Madey berjaya menjadi politikus hebat kerana pandai memanipulasikan orang dan isu. 

Dia boleh melagakan orang demi kepentingan politiknya. Dia melagakan Musa dengan Ku Li, Anwar dengan Ghafar Baba, malah Pak Lah dengan Najib. Hebatnya Madey sehingga dia boleh gunakan PKR dan DAP yang dibencinya untuk menjatuhkan Najib. Hebatnya Madey yang dapat jadi PM dalam keadaan partinya mempunyai kerusi yang paling sedikit (13 MP!).

Madey seorang politikus yang hebat sehingga sanggup bersama LGE, LKS, Anwar, Mat Sabu dll yang dulunya siang malam menyerang dan mencercanya. Dia boleh mengubah persepsi mereka daripada mengelarkannya sebagai 'Mahazalim', 'MahaFiraun', 'Bapa Pelingkup Negara kepada Negarawan Penyelamat Negara! Madey bukan saja berjaya kembali jadi PM, tetapi turut 'mensucikan dirinya daripada segala skandal dan kebejatannya yang terdahulu.

Dari segi politik Madey cukup hebat. 

Dia boleh menukar seorang pembenci menjadi khadum/pecacai paling setia. Bagaimana Madey boleh buat begitu dengan jaya dan bergaya? Dia tahu kehendak musuh politiknya. Lihat saja cara Madey mengawal kuasa; 

Pertama dalam membentuk kabinetnya. 

  1. Menteri kanan diberinya kepada DAP PAN dan PPBM. Dia tahu DAP nak Menteri Kewangan, dia bagi - takde masalah. 
  2. Menteri Pertahanan dia bagi kepada Mat Sabu yang tidak tahu apa-apa pun pasal pertahanan. 
  3. KDN dan pelajaran diberinya kepada PPBM. 
  4. Belia diberinya kepada seorang budak 26 tahun. 
  5. Menteri Pertanian diberi kepada Din Ayub - yang mampu mengira ikan kembung dalam laut!
  6. Dalam PKR diberinya kepada puak yang pro-Azmin seperti Zuraida. 
Hasilnya dalam kerajaan dia dapat kuasai dan dalam PKR pun berjaya dikawalnya. Tak percaya pergilah tanya Rafizi n the gang tentang percaturan Madey untuk meminggirkan Anwar!

Hebat kan Atuk 93?


Adakah Madey percaya kepada Anwar, DAP dan PAN? Jawapannya, tidak! 

  1. Madey hanya percaya kepada diri dia dan kroninya saja. 
  2. Sekarang secara terbuka Madey kata menteri-menterinya takda pengalaman dan tidak tahu tanggungjawab mereka. 
Lihat saja 

  1. LGE yang sibuk jadi pendakwa; 
  2. Menteri Pertahanan yang sibuk bercerita tentang kelemahan pertahanan negara! 
  3. Din Ayub pula sibuk nak tukar nelayan menjadi petani. 
  4. Menteri Pelajaran pula nak tukar kasut bebudak sekolah dan 
  5. Menteri agama sibuk pasal tandas untuk kaum maknyah, pondan dan Lgbt! 
Hasilnya Madey nak kekalkan Council of Eminent daripada kroni yang terpilih. Bijak kan Madey?

Madey dapat berkuasa kerana dia tahu Melayu mudah lupa.... 

  1. Madey berjaya mencatur segalanya kerana dia tahu kemahuan orang DAP kepada kuasa. 
  2. Madey berkuasa kerana dapat memecah-belahkan penentang beliau. 
  3. Madey berkuasa kerana pandai mengalihkan kesalahan kepada orang lain.. 
  4. Madey berkuasa kerana pandai berlakon dan memainkan sentimen orang. 

Inilah faktor Madey berjaya menjadi seorang politikus yang hebat, bukan sangat kerana dia bijak, tetapi kerana mereka yang mengikutnya tidak cerdik!


Teruskan istiqomah hingga kemenangan - undilah Pas!
https://ikanlepu.blogspot.com/2018/08/politik-madey-yang-bijak-atau-kita-yang.html

  • Nik Aziz selamatkan Pakatan, halang kerajaan‎ perpaduan di Selangor pada 2008







    Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat melahirkan kesedihan terhadap pemergian Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (kiri) yang meninggal dunia malam tadi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Februari, 2015.Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat melahirkan kesedihan terhadap pemergian Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (kiri) yang meninggal dunia malam tadi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Februari, 2015.Mengingati Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Liew Chin Tong, mengenang Mursyidul Am PAS itu kerana berjaya menyelamatkan Pakatan Rakyat (PR) apabila berjaya menghalang cubaan membentuk kerajaan perpaduan Umno-PAS di Selangor selepas Pilihan Raya Umum 2008.
    Pengarah Pendidikan Politik DAP itu berkata, kini juga tiba masanya untuk parti pembangkang itu kembali sehaluan.
    "Nik Aziz merupakan lelaki yang bijak. Jelas dalam tindakannya. Beliau menyelamatkan Pakatan pada 2008 selepas terdapat cubaan membentuk kerajaan perpaduan di Selangor.

    "Ini minggu yang amat menyedihkan untuk Pakatan dan ada keperluan untuk bertindak sehaluan," katanya, ketika ditemui The Malaysian Insider selepas forum anjuran Malaysiakini di Petaling Jaya lewat malam tadi. PAS dan Kelantan kehilangan pemimpin mereka yang paling berpengaruh, apabila Nik Aziz menghembuskan nafasnya yang terakhir pada umur 84 pada jam 9.45 malam tadi di rumahnya di Pulau Melaka, Kota Baru, Kelantan selepas sekian lama mengidap barah prostat.
    Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa yang berada di rumahnya mengesahkan perkara ini kepada The Malaysian Insider.
    Berada di sampingnya ialah isteri serta anaknya serta pemimpin PAS yang datang ke rumahnya di selepas mengetahui beliau sakit tenat sejak beberapa hari lalu.
    Salah seorang daripada panel forum itu, Naib Presiden PKR Chua Tian Chang turut berkata, ciri-ciri tulen ajaran Islam yang menghormati semua agama jelas terpancar daripada pentadbiran beliau.
    "Beliau adalah seorang lelaki yang lemah lembut. Inspirasi untuk ahli politik muda. Beliau mentadbir berdasarkan teladan.
    "Prinsipnya adalah nilai sebenar Islam dan menghormati semua agama. Nik Aziz sentiasa melihat gambaran yang lebih besar apabila berbincang tentang isu melibatkan kepentingan awam. Kita akan merindui kebaikan beliau, dan sifat lucu beliau," katanya.
    Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Nasional PAS Datuk Mujahid Yusof Rawa yang turut hadir sebagai panel forum berkenaan berkata, berita mengenai kematian Nik Aziz itu amat mengejutkan, dan beliau turut sedih dengan pemergian tokoh berkenaan.
    "Saya rasa amat sedih, terkejut mendengar berita tentang pemergian Nik Aziz. Beliau sakit hampir dua bulan lebih di hospital, keadaan beliau semakin buruk setiap hari.
    "Pemergian dia walaupun kita agak terkejut, kebetulan sehari selepas Anwar dipenjarakan, itu menambahkan lagi kesedihan kita hari ini," katanya.
    Menurut Ahli Parlimen Parit Buntar itu lagi, kematian Nik Aziz adalah bulan yang menyedihkan untuk PR, lebih-lebih lagi beliau menghembuskan nafas terakhir dua hari selepas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan selama lima tahun.
    "Saya yakin peninggalan beliau akan beri semangat untuk kita teruskan dan perjuangkan.
    "Saya akan ke Kota Baru malam ini, untuk memberi penghormatan terakhir, ini adalah hari menyedihkan untuk rakyat Malaysia, bukan sahaja PAS, beliau ada kejayaan sendiri di Kelantan, berjuang menentang ketidakadilan," katanya.
    "Secara keseluruhannya, ini adalah bulan menyedihkan buat PR. Anwar dan Nik Aziz adalah pemimpin besar. Nik Aziz pemimpin instrumental buat PR."
    Penaung NGO Negara-Ku Datuk Ambiga Sreenevasan turut melahirkan simpatinya, dan menyifatkan Nik Aziz seorang lelaki yang berperketi mulia.
    "Nik Aziz lelaki yang baik, cintakan kedamaian, beliau bercakap dengan penuh bersemangat dan berani.
    "Saya ucapkan takziah kepada keluarga beliau, walaupun kami hanya sekadar bertemu, tetapi tidak pernah berbual panjang," katanya. – 12 Februari, 2015.
    - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/nik-aziz-selamatkan-pakatan-halang-kerajaan-perpaduan-di-selangor-pada-2008#sthash.6TqtwKDn.QzZyY6ZS.dpuf


    Yang bahayanya kalangan ke 2 ... kaki betina (betina = penjual maruah) kaki sondol, kaki botol, kaki minum, tahi judi. Sudahlah bengap jadi tahi judi, walhal judi ni penipuan amat tinggi muslihatnya. Orang bengap mana reti main judi, sakan kena tipu jer. 


    Senang cerita sebahagian Melayu menangkan pelanggar Hukum Allah sebagai kepalanya. Ikan busuknya dari kepala. Sudahlah bengap suka pula orang keliling mengampunya. Walau kelaku buruk telah diketahui (tetapi disenyapkan oleh pengampunya dari pengetahuan Melayu ramai) memang tak boleh pakai. 

    Golongan bengap dan pengampu inilah yang merosakan Melayu banyak yang berpegang kepada Islam. Golongan ini jugalah menjadi buruan di zaman Penjajah dulu untuk dijadikan kepala. Senang cerita buruk sudah didalam kocek, maka tidak ikut kata penjajah, maka terbongkarlah rahsia peribadi buruk si kepala itu tadi (ugutan sang penjajah) Tidak patuh maka hilanglah kuasa, pengaruh dan darjat kehormatan dunia, sebab kesilapan diri menjadi duri dalam daging kepada diri sendiri. 

    Rupa-rupanya golongan bangsawan bengap serta pengampu-pengampunya ini masih bermaharaja lela di abad ke dua puluh satu ini. Nauzubillahminzalik. 

    Tektik-tektik inilah yang digunakan oleh bangsa lain terhadap bangsawan Melayu kategori bengap ini. Maka tergadailah tanah negeri yang kononnya Tanah Warisan Melayu, Tanah Rezeb Melayu bagai. Tidak pelik kalau bangsawan bengap yang jadi kepala, diugut negara luar untuk melepaskan sesuatu hak negara, yang negara asing punya kepentingan. Rugi tidak Melayu ramai, punya kepala yang membusuk? 

    Tak kisahlah Melayu bengap ini sedang sakit, telah hilang kuasa dan paling tidak dengan penuh rasa hina dan rendah diri kepada yang menciptanya, sedang bermuhasabah diri atas kealfaan, kesilapan dan kedurjanaan serta pengkhianatan terhadap Islam dan Melayu, satu waktu dulu.

    Alhamdulillah jika mereka telah jadi baik dan usah diungkit buruk mereka dulu-dulu, sebab diri kita sendiri pun belum tentu, sebab Allah anjurkan hamba Nya saling doa mendoakan yang baik-baik sesama makhluk Nya.  Aamiin. 

    Untung Islam Melayu punya bangsawan yang cerdik. Kisah bangsawan Melayu bengap serta pengampunya amat berbeza benar dengan kisah yang dibawakan dalam novel di bawah: Sadis Melayu dapat kepala yang membusuk... 


    http://peceq.blogspot.com/2018/08/busuk-ikan-dari-kepala-8111.html
    My Dashboard. 
    Fokas kepada kesilapan PH

    Kempen PH dalam PRU 14 hanyalah tertumpu kepada mencari keburukan kerajaan BN, terutama sekali kesalahan pemimpin-pemimpin UMNO. Pengundi termakan umpan mereka.

    Sekarang mereka memerintah. Dalam masa tiga bulan pun kita sudah dapat melihat konsesi (concession) yang diberikan kapada orang bukan Melayu/Islam yang diambil daripada orang Melayu/Islam. UMNO perlu exploit isu-isu itu untuk menyedarkan orang Melayu bahawa amaran bahaya kejatuhan kerajaan pusat kepada PH yang dikuasai oleh DAP sudah pun mula berlaku, dan banyak lagi akan mengikutinya.

    Pembangkang yang bertanggungjawab dan beradab

    Parlimen Malaysia telah hilang decorumnya. Perbahasan telah menjadi pertengkaran. Siaran langsung seolah-olah menggalakkan mereka berbuat demikian, kerana mereka akan dilihat sebagai hero oleh penonton.

    Saya syorkaan ahli-ahli UMNO tidak mengikut gelagat mereka. Tunjukkan Tunjukkan bahawa bangsa Melayu adalah satu bangsa yang beradab sopan, berbudi bahasa, malah dalam berhujah pun, Islam mengajar adabnya. (Perhatikan Bahasa Inggeris tidak ada perkatan yang sama dengan perkataan berhujah. Ia cuma ada perkataan “argue” yang juga bermakna bertengkar. Saya tidak tahu bahasa Mandarin dan Tamil.) Kita boleh tegas dan serius dengan cara yang terhormat.

    Kerjasama dengan PAS, Perkasa dan NGO-NGO Melayu/Islam

    Dalam keadaan sekarang, UMNO bersendirian adalah terlalu kecil untuk memberi impak yang secukupnya. Demikian juga PAS. Harapan untuk orang Melayu/Islam bersatu dalam satu parti tidak mungkin berlaku walaupun PAS adalah parti serpihan UMNO. Apatah lagi, selepas PRU 14, PAS telah mula angkuh. Dalam UMNO pun terdapat pemimpin-pemimpin yang terang-terang tidak mahu ada kesepakatan dengan PAS. Itu belum mengambil kira pandangan ahli-ahli Parlimen dan ADUN di kedua belah pihak. Mereka mempunyai kepentingan diri. Mereka takut kehilangan kedudukan masing-masing.

    Tetapi selagi PAS dan UMNO kekal bersendirian dan bertanding antara satu sama lain dalam pertandingan tiga penjuru atau lebih, di Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu, PRU 14 akan berulang. Itu PAS dan UMNO perlu sedar. Maka, demi agama bangsa dan negara, pemimpin-pemimpin UMNO dan PAS perlu mengetepikan kepentingan diri. Paling kurang, UMNO dan PAS perlu berkerjasama untuk mengelak pertandingan tiga penjuru atau lebih.

    Mula-mula, PRK Sungai Kandis nampak seperti satu permulaan yang baik. Tetapi, jika peratusan pengundi yang rendah yang keluar mengundi itu disebabkan oleh penyokong-penyokong PAS tidak keluar mengundi, kesimpulan yang saya boleh buat ialah “Malays never learn.”

    Jika beginilah keadaannya, saya khuatir, akan berpanjanganlah penguasaan DAP.

    Pada masa yang sama NGO-NGO seperti Perkasa hendaklah memberi sokongan padu untuk merealisasikan kerjasama ini. Jika itu dapat dilakukan dalam PRU 15 pun cukuplah.

    Rakan parti bukan Melayu

    Semasa UMNO kuat, parti-parti bukan Melayu, melutut untuk bersama-sama dengan UMNO. 

    Apabila BN yang diterajui UMNO kalah, semua lari. Saya percaya jika gagasan UMNO-PAS dapat diperkuatkan dan PAS keluar daripada kotak pemikiran Kelantan, ada parti bukan Melayu yang akan mendekatinya semula.

    Itu jugalah yang berlaku kepada PH. Selepas menang, parti yang menjadi anggota BN pun ada yang lari untuk menyertainya. Hal yang sama boleh berlaku sebaliknya apabila pakatan UMNO kuat semula.

    Kesimpulan

    Tiada siapa yang tahu apa akan berlaku di masa hadapan. Manusia hanya boleh mencongaknya, mungkin betul, mungkin tidak. Tetapi, pemimpin-pemimpin UMNO sendiri tahu kesilapan mereka. Betulkan kesilapan itu, perhati keadaan semasa pada sesuatu masa, sesuaikan strateji dengannya tanpa menjual malamat dan maruah. Saya fikir, itulah pendekatan yang patut dilakukan.

    Sekian.

    Tun Abdul Hamid Mohamad09 08 2018
    tunabdulhamid@gmail.com
    http://www.tunabdulhamid.my
    https://tunabdulhamid.me
    Cara patahkan hujah transgender
    XIFU NASER 28 OGOS 2018

    HUKUM fitrah kemanusiaan ialah jantina hanya ada dua iaitu lelaki atau wanita. Ini hukum asal mengikut syariah. Jantina adalah persoalan biologi sejak lahir.

    Tetapi Islam juga iktiraf ada masanya kemaluan bayi adalah samar. Contohnya, khunsa ialah situasi di mana bayi mempunyai dua kemaluan. Dalam kes ini, pakar biologi akan membuat keputusan tentang mana satu kemaluan akan dikekalkan.

    Walau bagaimanapun, istilah transgender di Barat bukan sahaja merujuk kepada situasi kesamaran kemaluan tetapi juga kepada situasi di mana seorang lelaki yang telah menjadi ayah dan suami selama 30 tahun, tiba-tiba ubah kemaluan lelakinya kepada kemaluan wanita. Dia sanggup tinggalkan anak dan isterinya hanya kerana secara psikologi sudah timbul perasaan kewanitaan! Akibatnya institusi keluarga runtuh.

    Kerana risiko keruntuhan keluarga yang tinggi, gerakan transgender mengalami tekanan yang tinggi untuk mencari hujah-hujah menghalalkan transgenderisme secara mutlak.

    Hujah utama yang paling kuat menyokong transgenderisme ialah hujah genetik. Transgender dakwa bah awa mereka dilahirkan begini kerana DNA dan struktur otak mereka memang lain.

    Pada 1995, pakar Neurobiologi, Dick Swaab, mendapati wujudnya beza struktur otak jantina lelaki dan wanita. Kemudian beliau juga mendapati struktur otak transgender lebih menyerupai struktur otak wanita.

    Teori ini sangat diragui kerana sampel hanyalah berdasarkan12 orang transgender! Dick Swaab telah menghabiskan 25 tahun hanya untuk kaji 12 sampel ini sahaja.

    Dengan tekanan politik yang bertubi-tubi ke atas sains untuk membuktikan Amerika tidak salah bila mengiktiraf perkahwinan sejenis, sebuah konsortium universiti-universiti Amerika sudah ditubuhkan. Ia berusaha mengumpulkan 10,000 sampel di mana 3,000 adalah transgender.

    Setakat ini masih tidak jumpa sebarang bukti biologi kukuh bahawa transgender ini adalah fitrah semula jadi. Bahkan Prof Paul McHugh yang juga Ketua Psikiatri John Hopkins Hospital dan mendapat penghormatan Khidmat Cemerlang di Universiti John Hopkins Medicine adalah antara mereka yang bersuara lantang mengatakan bahawa masalah transgenderisme ialah masalah psikologi, bukan biologi.

    Prof McHugh menentang pembedahan tukar jantina kecuali kes-kes luar biasa seperti ada dua kemaluan. Bahkan Prof secara terbuka menghentam transgender sebagai 'counterfeits' iaitu sebuah pemalsuan! Prof kata transgender perlu terapi psikologi supaya mereka terima gender semula jadi mereka sejak lahir. Kalau mereka dilahirkan dengan kemaluan lelaki, mereka perlu diberi terapi untuk terima identiti jantina mereka sebagai lelaki.

    Hujah biologi sebenarnya adalah hujah yang paling lemah. Kalau terdapat bukti biologi bahawa DNA atau struktur otak transgender adalah beza, maka timbul persoalan adakah setiap transgender sanggup scan otak mereka untuk buktikan bahawa DNA atau struktur otak mereka adalah selari dengan biologi transgender?

    Kalau terbukti tidak selari, ini bermakna mereka terpaksa terima hakikat bahawa mereka mengalami kesihatan mental! Saya rasa tiada transgender akan berani mengambil risiko yang tinggi ini.

    Satu lagi hujah popular ialah Prinsip Mudarat yang didukung oleh ahli falsafah liberal John Stuart Mills. Prinsip ini berkata bahawa selagi sesuatu perbuatan itu tidak memudaratkan orang lain, maka perbuatan ini baik. Transgenderisme adalah isu peribadi dan tidak memudaratkan orang lain.

    Prinsip ini telah dikritik hebat kerana gagal melihat realiti kehidupan yang kompleks. Bagaimana mungkin transgenderisme tidak memudaratkan isteri yang tiba-tiba dapat tahu suaminya sudah tukar menjadi wanita?
    Berhentilah main emosi rakyat, kata calon PAS pada HARAPAN
    Bernama | Diterbitkan 27 Ogs 2018, 11:16 malam | Dikemaskini 27 Ogs 2018, 11:24 malam

    PRK SERI SETIA | Kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) digesa supaya tidak bermain dengan emosi rakyat sebaliknya harus menunaikan janji-janji yang diberi sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

    Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia Dr Halimah Ali berkata, setiap bantuan yang dijanjikan perlu ditunaikan kepada rakyat yang memerlukan.

    Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai langkah kerajaan untuk mengurangkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) secara berperingkat sebelum ia dimansuhkan.

    "Sebelum PRU14 banyak perkara yang dijanjikan dan sebagainya. Bila dah jadi kerajaan, tiba-tiba (sekarang) berkata sebaliknya dan pelbagai alasan diberikan," katanya apabila ditemui semasa melakukan tinjauan mesra di Pasar Malam Kampung Lindungan, di Petaling Jaya, hari ini.

    "Kalau orang miskin, kenalah bagi zakat, bagi bantuan melalui jabatan kebajikan atau apa sahaja saluran seperti yang sepatutnya, setelah melakukan kajian mengikut kes," katanya.

    Sementara itu, bekas exco kerajaan Selangor itu berkata PAS mengutamakan serta mengutarakan budaya politik matang dan sejahtera demi keperluan rakyat.

    "PAS memperjuangkan budaya yang matang dan sejahtera dengan fikiran yang lebih rasional, di mana maklumat diberikan lebih tepat serta gambaran yang jelas daripada semua sudut dan bukannya separuh jalan,” katanya.

    Pada 8 September ini, Dr Halimah yang juga bekas ADUN Selat Klang berdepan satu lawan satu menentang calon HARAPAN Halimey Abu Bakar untuk mengisi jawatan sebagai ADUN Seri Setia.

    Kekosongan kerusi DUN tersebut berikutan kematian penyandangnya, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin akibat kanser usus pada 2 Ogos lepas.

    -Bernama

    s3v3n.
    IP

Tiada ulasan: