Khamis, 16 Ogos 2018

Raikan rasa kasih sayang dalam berpolitik. 8044.


Kepada siapa catatan ini dtujukan oleh Mufti Perlis agaknya


Saya percaya niat baik YB Dato Dr Mujahid dalam melakukan pendekatan dakwah yang berbeza. Dari konfrontasi kepada engagement. Kita mungkin berbeza pendapat tentang beberapa pendetilan. Saya juga ada berbeza pendapat dengan beliau. Namun saya hargai langkah ijtihad beliau dalam dakwah di era ini. Kita boleh berbeza dan berikan pandangan yang membina. Bukan asyik mencerca.

Sementara kelompok tertentu di negara ini aktiviti mereka sejak sekian lama asyik maki hamun, mencarut dan mencerca orang lain, apakah itu dakwah yang mencari keredhaan Allah? Sibuk tentang pendekatan orang lain, bagaimana dengan pendekatan kita dan apa yang cuba kita buat? Sejak sekian lama mengkafir, mencarut, memaki, mencerca, apakah telah bertambah kekuatan kepada umat ini?

DrMAZA.com
at 8/16/2018 04:25:00 PG 
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/08/agak-agak-kepada-siapa-catatan-ini.html
KERENGGA: Kepada siapa catatan ini dtujukan oleh Mufti Perlis agaknya

tumpang sekole...?
nasi kandaq kedai mamak, anak mami juai pesemboq, lepaih baca jangan dok syiok, kalu-kalu SB jengok kot dapoq...

16 August 2018

Bila SPRM siasat pembantu Mat Sabu...

Image result for mat sabu
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu sedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), jika ada kakitangan kementeriannya disiasat kerana terlibat rasuah.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengalu-alukan tindakan suruhanjaya itu dan kementeriannya juga bersedia memberikan komitmen serta kerjasama penuh kepada SPRM.

“Sekiranya terdapat apa-apa kes, SPRM bolehlah mendakwa individu yang terlibat mengikut saluran undang-undang sedia ada.

“Seperti kenyataan saya di Parlimen sebelum ini, dalam siasatan terhadap kementerian saya yang diketuai bekas ketua audit negara, Tan Sri Ambrin Buang, saya mengalu-alukan SPRM menyiasat sesiapa sahaja di kementerian ini mahupun di pejabat saya.”

Katanya, beliau tidak akan berkompromi dalam soal integriti.

Semalam, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan pihaknya sedang menyiasat pembantu politik Mat Sabu berhubung dakwaan menerima RM800,000 daripada beberapa pihak untuk membantunya menyelesaikan masalah hutang serta dikeluarkan daripada status muflis.
Image result for rafizi ramli
rafizi ramli
Sementara itu,Rafizi Ramli hari ini mempersoalkan penjelasan tentang sejumlah wang yang banyak dimasukkan ke akaun bank pembantu Menteri Pertahanan Mohamad Sabu yang sedang disiasat pihak berkuasa.

Rafizi berkata pembantu itu menerima 4 bayaran “meragukan” dalam tempoh 48 jam menurut dokumen-dokumen yang dilihatnya.

Bekas Ahli Parlimen Padan ini berkata dia diberitahu wang yang digunakan untuk melepaskan pembantu itu daripada status muflis hasil “biaya ramai” (crowdfunding).

“Saya sukar menerima alasan ini kerana saya juga tahu seorang lagi pimpinan Amanah iaitu Mazlan Aliman masih belum berjaya mengumpul dana mencukupi untuk membayar saman ke atasnya, sedangkan Mazlan lebih dikenali dari pembantu Mohamad Sabu ini,” katanya di Facebook.

Mazlan, seorang aktivis, didenda RM500,000 pada 2016 selepas didapati bersalah memfitnah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

Semalam, media melaporkan pembantu Mohamad disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ditugaskan untuk memastikan semua pembantu dan pegawai politik para menteri bebas daripada urusan meragukan sebelum dilantik secara rasmi.

Dipercayai SPRM sedang menyiasat transaksi berjumlah RM800,000 ke akaun bank pembantu itu, sejurus selepas Mohamad mengangkat sumpah menteri pertahanan.
Image may contain: text
Pembantu berusia pertengahan 40-an itu dikatakan dekat dengan presiden Amanah itu dan terpilih daripada berpuluh kawan-kawan rapat yang juga mahukan jawatan kanan bawah menteri itu.

Menurut sumber FMT, pembantu itu diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi sebelum Amanah ditubuhkan.

Sumber berkata pembantu itu kemudian menemui kawan-kawan rapat – “kira-kira 12 orang” – untuk membantu dia menyelesaikan hutang peribadi berjumlah kira-kira RM800,000 itu.

Rafizi,menggesa kerajaan memperkenalkan undang-undang yang mewajibkan perdana menteri, anggota jemaah menteri dan ahli keluarga mereka mengisytiharkan harta.

Naib presiden PKR itu berkata undang-undang juga harus dikenakan ke atas para wakil rakyat, menteri besar dan exco.

“Kes terbaru melibatkan seorang pembantu kanan menteri pertahanan ini sewajarnya menjadi teladan perlunya undang-undang pengisytiharan harta yang lebih ketat,” katanya. - fmt
71% puas hati Dr M sebagai PM... Story kat SINI dan SINI  
Image result for wan azizah
Wan Azizah most popular Minister... Story kat SINI dan SINI 
Wawancara bersama calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli 
Declare assets to public,reiterates Rafizi as MACC probes inister's aide...
PKR vice-president Rafizi Ramli has reiterated the importance of declaring assets to the public amid news that MACC is probing an aide to Defence Minister Mohamad Sabu.

He said that while the investigation could cause embarrassment to Pakatan Harapan, it could also serve as a lesson with regard to efforts to strengthen the coalition.

In a statement today, Rafizi appealed to the government to reconsider its decision to make it compulsory for ministers to declare their assets to MACC alone.

Instead, he said the federal government must introduce laws which make asset declaration to the public mandatory for those below:

Prime minister, cabinet ministers and their families
Menteris besar and state excos, including their families
All MPs and state assemblypersons, including their families
All senior government officials with the rank Jusa A and above and their families
All aides to the prime minister, deputy prime minister, ministers, menteris besar, excos, and their families

“This is the best method... If a politician does not want to declare his or her assets to the public, then this person is not qualified to be in the public sector and is more suited for the private sector.

“The latest case involving the minister's aide should serve as an example of the need for strict asset declaration laws,” said the PKR leader in a statement this afternoon.

According to Rafizi, the case also exposed the risks faced by members of the new Harapan government due to old habits.

He pointed out that while the government has changed, the same old players who are accustomed to offering bribes remain as suppliers.

“They also know which politicians or aides require money... There are also politicians and aides who are seduced by the offers of wealth, something they have not tasted when in the opposition.

“Because of this, those who deal with the federal government will attempt to get into the good books of the ministers, especially through their close aides,” he added.

Therefore, Rafizi said it is important to scrutinise the relationship between lobbyists and those dealing with the federal government to reduce the room for corruption.

“I am sure the federal government will introduce new rules to further tighten the code of ethics for government leaders and their officers.

“For example, the government can enforce a 'declaration of interest' for each meeting between the private sector or lobbyists and ministers or their officers,” he added.


Yesterday, Malaysiakini reported that MACC is investigating Mohamad's aide over an RM800,000 assistance he had allegedly received to settle his bankruptcy status. - mk
Related image
100 days almost up...
It really is a tough time for the PH govt now....
Having to put the country right with all the shit 
left by the previous govt....
And some quarters of the population is expecting 
too much too soon.....
Can't they just take a moment and ponder?
If they can put up with 'HELL' with the corrupt govt.
for more than 60 odd years, can't they just stay patient 
for just a little while longer?
The constant bashing and expectation of a miracle is
not helping at all!
Be our pillar of strength....
Give us your undivided support so we can carry out reforms
and implement projects beneficial to the Country....
With the opposition trying their usual best to create mayhem
with their politics of racism is not helping us at all.....
You can surely see for yourself we are doing the best....
Not sleeping on the job like the previous govt.....
And its normal too to see some slight show of defiance 
and unhappiness within the PH.....
We are a new coaltion with four parties under our wings
working as one entity for the first time....
There is surely bound to be some differences in opinion!
It's just normal and it happens everywhere....
Just don't write us off and condemn us !
We only need a little more time to fulfil our promises and 
make sure your vote for us didn't go to waste!
Give us your undivided moral support, ok?
This is what we ask of you....
No more no less....- f/bk Marc MitchellYeo
Image may contain: text

No automatic alt text available.


Image may contain: 1 person, eyeglasses and text
Melayu2 kaki nombor sila buat demo lepas solat jumaat.
Image may contain: 1 person, text


Raikan Demokrasi...
cheers.
http://alditta.blogspot.com/2018/08/bila-sprm-siasat-pembantu-mat-sabu.html

Kajian: 71 peratus puas hati Dr M sebagai PM

Menjelang pentadbiran 100 hari kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN), kajian oleh Merdeka Centre mendapati 71 peratus rakyta berpuas hati dengan kepimpinanan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.

Menurut kajian itu, peratus berkenan jatuh 12 peratus dalam tempoh antara 31 Mei dan 11 Ogos lalu.

Kajian Merdeka Center juga mendapati bahawa Dr Mahathir mencatatkan kedudukan peratusan yang tinggi di kalangan pengundi bukan Melayu dengan kaum India pada 93 peratus dan Cina pada 83 peratus, manakala di kalangan kaum Melayu, jumlah yang berpuas hati dengannya adalah pada 62 peratus.

Ahli politik berusia 93 tahun, yang menjadi perdana menteri untuk penggal kedua itu sebelum ini telah memimpin negara selama 22 tahun dari 1981 hingga 2003.
Beliau mendapat sokongan yang hampir setara di kalangan pengundi bandar dan luar bandar baik di Semenanjung Malaysia, mahupun di Sabah dan Sarawak serta dari pelbagai latar pendapatan dan kumpulan umur.

Peratus yang menyokongnya adalah tinggi di kalangan kakitangan kerajaan dan GLC iaitu pada 81 peratus.

Sementara itu, kerajaan HARAPAN juga diberikan penarafan positif oleh lebih dua pertiga daripada responden, iaitu pada 67 peratus.

Kajian juga mendapati 64 peratus responden berpendapat negara menuju "ke arah yang betul" dalam perkara-perkara mengenai kepimpinan dan isu semasa berikutan pilihan raya umum 9 Mei. Jumlah itu bagaimanapun menurun kepada 55 peratus pada bulan Ogos.
Tempoh yang sama juga menyaksikan peratusan mereka yang merasakan negara bergerak ke arah yang salah meningkat dari 12 peratus kepada 24 peratus.
-malaysiakini
at 8/15/2018 09:00:00 PTG
http://gigitankerengga.blogspot.com/2018/08/kajian-71-peratus-puas-hati-dr-m.html

Wednesday, 15 August 2018
BERITA GEMBIRA MENJELANG 100 HARI PAKATAN HARAPAN MENTADBIR NEGARA 

Hanya beberapa hari saja lagi genaplah 100 hari Pakatan Harapan memerintah negara ini sejak memenangi PRU14 pada 9 Mei lalu.

Sementara pihak UMNO sibuk menuntut 10 janji dalam 100 hari sebagaimana yang terkandung dalam manifesto pilihanraya, realitinya rakyat memahami semua janji itu ada yang sudah dilaksanakan dan ada sebahagian lagi bakal dilaksanakan.
Lantaran itu, mereka tetap gembira dan puas hati, bukan saja dengan kehadiran Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri, tetapi juga dengan hadirnya Pakatan Harapan mentadbir negara menggantikan BN.

Kajian oleh sebuah badan bebas ini memberi petunjuk yang nyata mengenai rasa puas hati dan kegembiraan rakyat itu.
Masihkah UMNO dan BN ada masa depan berikutan perkembangan ini? 

(ShahbudinHusin 15/07/2018)
Posted by Shahbudin Husin at 21:14
https://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/08/berita-gembira-menjelang-100-hari-ph.html
Shahbudin dot com: BERITA GEMBIRA MENJELANG 100 HARI PAKATAN HARAPAN MENTADBIR NEGARA

Gadis berhijab buka mata masyarakat Myanmar mengenai Islam
Reuters
Win Lae Phyu Sin mempunyai 600 pelajar yang menghadiri 
lebih 150 kelas solekan yang dijalankannya. (Gambar Reuters)
YANGON: Umat Islam dalam majoriti penganut Buddha di Myanmar biasanya sentiasa merendah diri kerana takutkan tindakan intimidasi, tetapi Win Lae Phyu Sin, salah seorang penulis blog mengenai penjagaan kecantikan bertindak sebaliknya.

Gadis berusia 19 tahun itu menjadi perhatian apabila melancarkan produk kecantikannya di Yangon baru-baru ini. Beliau tampil dengan solekan yang menyerlah, digayakan pula dengan gaun hijau putih berlengan panjang dan bertudung.

“Saya tidak menyesali keputusan saya memakai tudung,” kata blogger itu. “Tuhan kami memberi pelbagai cara untuk saya. Hijab ibarat kunci untuk saya. Saya boleh menggunakannya untuk pergi ke mana saya suka dan buat apa yang saya mahu.”

Umat Islam yang membentuk kira-kira 5% daripada populasi negara berjumlah 50 juta orang, berkata mereka tidak dapat membina masjid baharu dalam beberapa dekad dan berjuang untuk menyewa pangsapuri daripada pemilik tanah penganut Buddha.

Penganiayaan sistematik umat Islam semakin berkembang di Myanmar, kata kumpulan hak asasi, walaupun perhatian dunia memfokuskan kepada umat Islam Rohingya tanpa kerakyatan, di mana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan kumpulan bantuan berkata lebih 700,000 berhijrah ke negara jiran Bangladesh selepas tindakan kejam tentera negara itu, tahun lalu.

Tetapi ramai umat Islam dari semua etnik ditolak dokumen identiti negara mereka, dan dinafikan akses ke beberapa tempat ibadat, kata Rangkaian Hak Asasi Manusia Burma dalam satu laporan tahun lepas.

Bagi sesetengah pelajar Win atau juga dikenali sebagai Hafsah Bahnuu, tutorialnya bukan semata-mata bagaimana menggunakan pembayang mata dan celak, ia juga mengenai membina keyakinan dan kebanggaan dalam identiti yang sentiasa dipersoalkan penganut Buddha.

“Saya melihat dia memakai solekan dengan memakai tudung dan ia sangat cantik,” kata Hay Mann Aung, 20.

“Saya mahu menjadi cantik seperti dia.”

Usaha Win menyampaikan gaya fesyen orang Islam Myanmar menggunakan pakaian dan padanan tudung serta solekan yang menyerlah telah menarik minat orang ramai.

Beliau mempunyai 6,000 pengikut di media sosial Facebook dan 600 pelajar menghadiri lebih 150 kelas solekan yang dijalankan di studio sementara.
at 8/15/2018 10:00:00 PTG
http://gigitankerengga.blogspot.com/2018/08/gadis-berhijab-buka-mata-masyarakat.html
KERENGGA: Gadis berhijab buka mata masyarakat Myanmar mengenai Islam

Abdullah Sani dakwa Zuraida ugut isterinya

JANATUL FIRDAUS YAACOB

KUALA LUMPUR - Calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid mendakwa Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin telah menggunakan pengikutnya mengugut isteri beliau.

Ahli Parlimen Kapar itu berkata, beliau memiliki bukti termasuk dalam bentuk pesanan suara menerusi aplikasi WhatsApp berkaitan ugutan tersebut.

Menurutnya, ekoran ugutan tersebut, isterinya, Datin Faezah Ariffin telah membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Raja, Klang, malam semalam.

“Zuraida ini cukup pengkhianat dengan kata-katanya. Beliau bercakap pasal orang, diri sendiri macam itu.

“Kamu menteri, mustahil nak panggil budak hingusan, isteri saya ada buat laporan polis. Laporan polis ini jelas kerana ada sebut nama ‘Kak Zu mengarahkan saya untuk menghentam dan memastikan telanjangkan Datin Faezah’,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Jelas Abdullah Sani, sepatutnya Zuraida yang dikenakan tindakan disiplin dan bukannya dirinya kerana beliau tidak mengugut mana-mana pihak.

“Saya penakut, tak berani ugut orang, saya takut betul, saya jaga saya punya disiplin. Dia (Zuraida) suruh orang ugut isteri saya.

“Siapa yang lebih teruk? Saya atau dia lagi teruk? Saya nak betulkan keadaan, dia nak tekan orang, cakap dengan Zuraida jaga diri sendiri, disiplinkan diri sendiri, anda menteri, berkelakuan seperti menteri bukan seperti keanak-anakan,"desaknya.

Menurut Abdullah Sani, ugutan itu diterima selepas isterinya itu berucap dalam satu majlis PKR mengkritik Zuraida.

Hari ini, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, jawatankuasa disiplin PKR dan PH seharusnya mengambil tindakan ahli-ahli yang didapati melakukan serangan terbuka terhadap mana-mana pemimpin parti.

Sementara itu, Zuraida yang juga calon Naib Presiden PKR ketika ditemui media menafikan dakwaan tersebut malah mengakui beliau tidak tahu langsung mengenai tuduhan tersebut.

Beliau yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, tindakan Abdullah Sani membuat laporan polis itu wajar sekiranya dakwaan itu betul.

“Ugut apa? Nak telanjang? Haih (terkejut), saya rasa orang cakap tu dalam bahasa metafora hendak telanjang itu nak mendedahkan, bukan nak telanjangkan fizikal dia, saya tak rasa begitu tapi saya tak tahulah apa-apa,” katanya.

Ahad lalu, kem calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli di Seremban, Negeri Sembilan menyasarkan Zuraida yang didakwa tidak membawa banyak perubahan, sebaliknya menjadi punca pelbagai kepincangan semasa menerajui sayap parti itu

Semalam, Abdullah Sani mendakwa wujud pihak yang cuba mencantas laluan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menjadi Perdana Menteri ke -8.

at 8/16/2018 01:00:00 PG
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/08/abdullah-sani-dakwa-zuraida-ugut.html
KERENGGA: Abdullah Sani dakwa Zuraida ugut isterinya



















































Tiada ulasan: