Isnin, 3 September 2018

Antara punca adanya puaka dalam bangsa Melayu. 8136.


اِيَّاكَ نَعْبُدُ وَاِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ
Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. (QS. Al-Fatihah:5)

The secret weapon of the Muslims, Prayer is the weapon of all Muslims. The effort without prayer is arrogant and prayer without usha is a lie 
Betulkah Melayu ini pembersih? dan mengapa PHD begitu tebal dalam kehidupan sesetengah orang Malay? 

PHD dalam persoalan di atas merujuk kepada tingkah laku songsang sesetengah orang Melayu iaitu “Penyakit hasad dengki.” Nauzubillahminzalik. Dalam menegur akan ada orang Melayu mengatakan teguran kita tidak betul, walau pun kita gunakan ayat “Mengingatkan diri sendiri terlebih dahulu dalam mengingatkan orang lain atau mengingatkan Melayu.” Malangnya dia Melayu itu, tidak tunjukan atau contohkan apa yang betul dalam membidas kononnya tidak betul. Selain kita dibekalkan dengan prestasi tinggi nilai-nilai syak dan wasangka atau prajudis.

Allah sudah peringatkan hamba-hamba Nya bahawa Al Quran membawa kebenaran dan mewajarkan betapa istimewanya keadilan dalam kehidupan. Kita juga diingatkan dengan pertanyaan tentang Hari Kiamat yang mungkin semakin dekat, sebagaimana yang telah Allah firmankan: 

اَللّٰهُ الَّذِىۡۤ اَنۡزَلَ الۡكِتٰبَ بِالۡحَقِّ وَالۡمِيۡزَانَ‌ؕ وَمَا يُدۡرِيۡكَ لَعَلَّ السَّاعَةَ قَرِيۡبٌ
Allah yang menurunkan Kitab (Al-Qur'an) dengan (membawa) kebenaran dan neraca (keadilan). Dan tahukah kamu, boleh jadi hari Kiamat itu sudah dekat? (QS. Asy-Syura:17)

Dalam kehidupan seharian dalam perbualan Melayu, kita saling ingat mengingatkan dengan berkata “Dunia akhir zaman.” dijawabnya bukan Dunia akhir zaman tetapi “Dunia dah moden.” Itulah antara bentuk bahasa sebahagian Melayu yang cuba menafikan niat baik seseorang, ditangkisnya segala mungkin. Lebih kaya dari seseorang yang dengki, dicarinya salah, miskin lagilah salah. 

Melayu kalau hal baik orang lain buat akan disembunyikan dan kalau hal buruk dicanang dan ditokok tambah, seolah-olah yang bercerita hal buruk orang lain itu telah sahih Syurga baginya dan Allah jadikan seseorang yang dicacinya, langsung tidak punya kelebihan dan hanya kekurangan semata-mata. Nauzubillahminzalik.

Salahkah kita doakan orang yang tidak kita senangi itu supaya Allah limpahkan taufik dan hidayah sebagaimana doa kita untuk diri kita dan orang lain yang juga ahli keluarga kita, sanak saudara kita, rakan taulan kita dan sebagainya.

Menyentuh soal pembersih, hal ini menyentuh soal peribadi sebahagian Melayu yang pengotor. Melayu suka belanja orang makan, Melayu suka berniaga makan minum, Melayu suka bekerja dalam bidang penyediaan makanan dan sebagainya. Natijahnya ada Melayu suka makan free, tetapi kedekut atau cenekel untuk belanja orang lain makan. Bimbang rugi tetapi menadah mulut sepenuhnya untuk makan dan minum free. Nauzubillahminzalik.
Dalam industri penyediaan makanan contohnya, pernah terfikir atau tidak? Kilang-kilang tersebut yang majoritinya dimiliki bukan Melayu dan menggajikan Melayu sebagai stafnya. Ulian tepung membuat biskut dan sebagainya jadi tempat tidur baring Melayu yang pengotor ini. Kononnya  “aah bukan kilang aku.” Itulah antara akibat kerja setakat makan gaji, tanpa memikir gaji itu untuk tanjakan diri supaya boleh makan dan boleh terus hidup, gaji itu untuk anak isteri atau famili makan.

Makanan dan minuman itu berkait rapat dengan penjagaan takwa dan iman. Menjaga kebersihan makanan dan minuman dengan kepastian halal haramnya, termasuk sumber atau dapatan makan minum itu dari sumber yang halal, supaya kita tidak menjadi orang yang bersubahat serta dapat mengelak diri dari kesalahan-kesalahan berpunca dari makanan dan minuman yang juga rezeki dari Allah. Allah telah berfirman: 

رَبَّنَاۤ اِنَّنَا سَمِعۡنَا مُنَادِيًا يُّنَادِىۡ لِلۡاِيۡمَانِ اَنۡ اٰمِنُوۡا بِرَبِّكُمۡ فَاٰمَنَّا  ۖرَبَّنَا فَاغۡفِرۡ لَنَا ذُنُوۡبَنَا وَكَفِّرۡ عَنَّا سَيِّاٰتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الۡاَبۡرَارِ‌ۚ
Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar orang yang menyeru kepada iman, (iaitu), “Berimanlah kamu kepada Tuhanmu,” maka kami pun beriman. Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan hapuskanlah kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami beserta orang-orang yang berbakti. (QS. Ali 'Imran:193)

Makanan dan minuman jadi punca Melayu jadi kebal berbuat jahat dan bermulut celupar atau bermulut longkang. 

Makanan dan minuman yang sepatutnya menjadi baja kepada kebersihan fizikal dan roh individu Melayu telah bertukar menjadi racun kepada jasad dan rohani insan berbangsa Melayu.

Untuk mendapat makanan dan minuman yang bersih Melayu perlukan individu yang kenal pahala dan dosa yang selaras sebagai Umat Nabi Muhammad Sallahualaihiwassalam. Semua itu bermula dari lingkungan kehidupan zaman bayi hinggalah kedewasaan yang semuanya bermula dari didikan di rumah.

Jangan hairan kalau bekalan air bersih pun tercemar bila berlakunya kejadian paip pecah. Air tanah yang kita dapat. Air berwarna yang sampai di kepala paip di dapur rumah kita. Puncanya Melayu yang setakat makan gaji dan pengotor itu telah dan sedang bekerja di industri penyediaan air bersih tersebut. Si pengotor inilah yang telah merosakan siasah diri sendiri dan Melayu amnya, yang sepatutnya mengikut fitrah kehidupan yang telah Allah perintahkan dan larangai. Inilah antara jawapan mengapa Melayu ada yang jadi bangsat.

Antara hasilnya saka dalam diri juga yang terpelihara akibat beroleh baja dengan memakan dan meminum benda yang tidak bersih luar dan dalam. Walau pun pada asalnya makanan dan minuman itu halal. 

Kalaulah Melayu itu belajar dan mengamal serta tidak menjadi Malayu yang lupa, tentu mereka tahu untuk berbuat baik kepada dirinya sendiri dan hasilnya menjaga keadilan kepada orang lain serta beramanah. 

Sudah barang tentu mereka akur dengan firman Allah Subhanahu Watalla yang berbunyi: 

سَنَدۡعُ الزَّبَانِيَةَ
Kelak Kami akan memanggil Malaikat Zabaniyah, (penyiksa orang-orang yang berdosa) 
(QS. Al-'Alaq:18)

Melayu rosak kerana makanan dan minuman. 

Antaranya:

1. Tidak mengamal Bismillah sewaktu menyediakan dan membersihkan makan dan minum. 

Cuci beras, cuci sayur-sayuran, cuci daging dan lain-lain tanpa membaca Bismillah akan memudaratkan makanan dan minuman tersebut. Termasuklah sewaktu memasak dan masa memakannya atau untuk minum penghapus dahaga. Begitu juga dengan doa makan. 

Berdiri semasa makan dan minum sudah semakin ketara di kalangan Melayu dan tidak segan silu makan air-krim sambil berjalan. Itulah Melayu yang katanya orang Islam. Bermaksiat sambil makan dan minum. Nauzubillahminzalik. 

Baca juga: p3C3q™: Menelanjangi Melayu Dari Sudut Sikap dan Perilaku Sebahagian Individu Didalamnya. 01
http://peceq.blogspot.com/2013/01/menelanjangi-melayu-dari-sudut-sikap.html
Ada 10 manusia yang dijamin Allah dalam al-Quran masuk neraka. Hal ini diceritakan ulang agar kita, hati-hati jangan meniru perangai mereka iaitu; 1. abu lahab 2. istri abu lahab 3. qobil anak Nabi Adam 4. kan'an anak Nabi Nuh 5. azar ayahanda Nabi Ibrahim 6. fir'aun 7. qarun, 8. hamman 9. manruj 10. isteri Nabi Luth. Dari Ali R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “DOA ADALAH SENJATA BAGI ORANG-ORANG MUKMIN, TIANG BAGI AGAMA DAN NUR BAGI LANGIT DAN BUMI.” ~Hadis Riwayat Hakeem 

2. Bergantung harap kepada pembantu rumah atau bibik dalam menyediakan keperluan makan dan minum sebuah rumah tangga. 

Semua ini kononnya atas desakan hidup, kejar hal dunia serta kononnya sibuk, kesuntukan waktu, sebab mengejar kemewahan dunia dan mengejar keperluan dunia yang serba melalaikan. 

Baca juga: p3C3q™: Pecah dan Perintah. 03. http://peceq.blogspot.com/2013/01/pecah-dan-perintah-03.html
Wajarkah Melayu berubah. Berubah meninggalkan tabiat buruk seperti hasad dengki, berpecah belah dan sebagainya. Beza Melayu itu bangsa. Islam itu Agama. Pada aku kalau Melayu itu minum arak... aku tak heran sebab dia Melayu ..kalau Islam tidak begitu sifat kelakuan makan minumnya. Tak kiralah kau golongan elit, golongan suka warna kuning, bangsawan or orang banyak. Macam ada satu India say "Melayu pun minum arak, kaki betina apa" Aku jawab aku setuju itu Melayu, kalau Islam tak begitu rupanya. 

3. Melupakan konsep “rewang.”

Hal ini biasa berlaku apabila Melayu mengadakan kenduri kendara atas sebab meraikan pernikahan. Konsep rewang telah diambil alih oleh Saudagar Melayu yang beroperasi sebagai “Penyedia Makanan.” atau “Katering.”

Asalnya Tuan Rumah Melayu berniat untuk belanja makan saudara mara dan sahabat handai serta hadirin sempena meraikan pernikahan anaknya. Ada sebahagian Saudagar Melayu yang diberi amanah tidak beramanah sebab bimbang rugi dan mengejar laba dunia dalam perniagaannya. Mereka mengambil kesempatan dengan mengabaikan rasa tanggung jawab dalam menggalas peranan yang diberikan. 

Baca juga: p3C3q™: 12. Keindahan dan Mengupayakan Diri Untuk Bersangka Baik.  http://peceq.blogspot.com/2013/01/012-keindahan-dan-mengupayakan-diri.html
Majlis bermula jam 11:00 pagi, kita sampai 11:30 pagi, nasi dan lauk pauk semuanya sudah sejuk. Lebih malang belum pun jam 2:00 petang lauk pauk sudah habis. Jatuh tidak maruah tuan rumah? Bila hal ini terjadi semua pihak berbalas-balas salah menyalah dan tuduh menuduh yang langsung tidak mendatangkan manafaat. 

Ada jenis lauk yang kalau dimakan akan menyebabkan perut memulas. Sebagai jalan tengah jika kita bertamu dalam majlis berkenaan, cukuplah sekadar kita menghadirkan diri. Sebagai tetamu berapa ramai yang bersikap “Datang dengan buta mata dan pulang dengan keadaan pekak.” Ertinya tidak menyebarkan kelemahan dan kekurangan tuan rumah dan menyembunyikan hal buruk yang didengari. Itu antara adab bertamu. 
4. Penyediaan makanan dan minuman di asrama sekolah-sekolah dan pusat-pusat latihan. 

Alangkah baiknya adab menyediakan makanan dan minuman di tempat tersebut terjaga dengan baik, supaya Melayu tidak memakan dan minum bahan yang tidak tercela kebersihan dan kesuciannya. 
Baca tentang PHD: p3C3q™: Penyakit Hasad Dengki. 30. http://peceq.blogspot.com/2013/01/penyakit-hasad-dengki-30.html

Penyakit hasad dengki sudah menjadi satu kelemahan Melayu. Sedar atau tidak musuh-musuh Melayu, mengambil kesempatan mempergunakan sikap hasad dengki yang sudah sebati dengan Melayu, sebagai satu cara untuk menjatuhkan Melayu itu sendiri. 

Musuh-musuh Melayu akan memperalatkan seorang Melayu untuk menjahanamkan Melayu yang lain.Dalam penyakit hasad dengki ini terisilah didalamnya perbuatan memfitnah. Fitnah bahasa mudahnya ialah membuat berita bohong dan termasuklah penyebaran berita bohong. 


Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263). 


Kesimpulannya begitu besar dan beratnya pengaruh makanan dan minuman dalam kehidupan seharian orang Melayu untuk menjadi manusia yang diredhai dan dirahmati Allah Subhanahu Watalla. Masing-masing juga punya peranan yang amat penting supaya senada dengan seruan Nabi Muhammad Sallahualaihiwassalam. 

“.”

9 Keuntungan Jadi Umat Nabi Muhammad SAW
Mihardi
Rabu, 1 Juli 2015 - 14:26 WIB

Sejak Allah SWT menciptakan alam semesta, kemudian menurunkan Nabi Muhammad SAW sebagai nabi terakhir, terlihatlah segala keistimewaan-keistimewaan bagi para pengikutnya yang belum pernah Allah berikan kepada umat sebelumnya.

Sang Khaliq atau Pencipta menjadikan umat ini sebagai umat terbaik, kemudian menjadikan mereka sebagai pewaris para nabi dan memberikan keleluasaan untuk menganut aturan yang menghukum apa yang mereka lakukan berdasarkan ijtihad (menetapkan hukum suatu perkara berdasarkan Alquran dan hadis).

Berikut sembilan keuntungan menjadi umat Nabi Muhammad SAW:

1. Sebagai Umat Akhir Zaman

Allah SWT telah memilih kita sebagai umat akhir zaman. Dimana tidak ada lagi umat lain yang akan diciptakan oleh Allah setelah kita.

Walaupun demikian, pada hari akhir nanti di padang mahsyar, Allah menyusun umat Nabi Muhammad di shaf pertama. Walaupun umat Nabi Adam As yang tak lain adalah umat pertama yang dijadikan Allah.

Ini menunjukkan betapa kasih dan sayang Allah kepada umat Nabi Muhammad SAW karena Allah tidak mau umat kekasih-Nya berada terlalu lama di padang mahsyar.

Coba bayangkan berapa lama umat manusia perlu berada di padang mahsyar. Karena, ada ribuan juta manusia yang dihisab seorang demi seorang oleh Allah SWT, dan Allah SWT telah memilih umat Nabi Muhammad SAW untuk dihisab terlebih dahulu berada di barisan pertama

2. Pahala Berlipat Ganda

Segala kebaikan yang dilakukan umat Nabi Muhammad akan dibalas dengan berlipat ganda. Satu amalan dibalas dengan 10 kebijakan. Jika kita salat berjamaah maka pahala yang kita dapatkan 27 derajat.

Begitu tanda sayang Allah SWT terhadap umat Nabi Muhammad SAW dibandingkan umat terdahulu. Kemudian satu kesalahan yang dilakukan akan mendapatkan ganjaran dengan satu dosa yang setimpal.

3. Syafa'at Nabi Muhammad SAW

Nabi Muhammad SAW adalah satu-satunya Nabi yang dapat memberikan syafaat atau pertolongan untuk umatnya di akhir zaman nanti. Sedangkan umat terdahulu tidak mempunyai pembela sebagaimana umatnya Nabi Muhammad.

Keistimewaan itu merupakan kasih sayang Allah terhadap umatnya Nabi Muhammad SAW. Maka itu, perbanyaklah membaza dzikir dan salawat untuk Nabi Muhammad sebagai kecintaan kita terhadap beliau.

Rasulullah SAW bersabda, "Aku adalah pemimpin anak Adam pada hari kiamat." Ini adalah sebuah pernyataan yang menunjukkan kepemimpinannya kepada semua manusia sebagai bentuk kenikmatan Allah dan kemuliaan yang diberikan-Nya kepadanya, bukan bentuk kesombongan. Allah SWT berfirman:

Wa-ammaa bini'mati rabbika fahaddits

"Dan terhadap nikmat Tuhanmu hendaklah engkau nyatakan (dengan bersyukur). (QS. Ad-Dhuha: 11)

Nabi Muhammad SAW adalah pemimpin semua manusia di dunia dan akhirat. Di akhirat, semua manusia mengakui kepemimpin dan keutamaannya, baik manusia yang beriman maupun durhaka, manusia yang bahagia maupun celaka. Sementara itu, di dunia, tidak semua manusia mengakui kepemimpinannya kecuali manusia yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.

4. Penangguhan Siksaan di Dunia

Umat Nabi Muhammad SAW tidak akan disiksa oleh Allah hingga tiba hari akhirat kelak. Nabi Muhammad SAW telah memohon kepada Allah supaya memberikan peluang kepada umatnya agar bisa bertaubat kepada Allah terhadap kesalahan-kesalahan yang dilakukan.

Meski demikian, manusia adalah ciptaan Allah yang mempunyai potensi berbuat baik atau jahat, taat atau durhaka. Setiap orang pernah berbuat dosa, kecuali yang dijaga Allah darinya.

"Dan kalau sekiranya Allah menghukum manusia disebabkan yang mereka perbuat, niscaya Dia tidak akan meninggalkan di atas permukaan bumi ini satu makhluk melata pun, akan tetapi Allah menangguhkan mereka sampai waktu yang telah ditentukan. Maka apabila datang ajal mereka, maka sesungguhnya Allah Maha Melihat hamba-hamba-Nya." (QS. Faathir: 45)

5. Malam Lailatul Qodar

Umat Nabi Muhammad diberikah malam seribu bulan atau Malam Lailatul Qodar. Malam yang hanya ada pada bulan Ramadan. Karena, sebelum Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul tidak ada bulan Ramadan atau bulan Ummatku (umat Nabi Muhammad).

Pada malam Lailatul Qodar juga diturunkannya Alquran. Deskripsi tentang keistimewaan malam ini dapat dijumpai pada Surat Al-Qadar ayat 4-5.

"Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan Malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar"

Allah subhanahu wa ta'ala berfirman:

Artinya: "Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah". (QS. Ali Imran: 110).

Satu kisah berkaitan dengan nabi yang digelar Kalamullah (nabi yang dapat berkata kata dengan Allah SWT) yaitu nabi Musa As.

Diriwayatkan oleh Abu Nuaim dari Abu Hurairah Radliyallahu anhu, Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda, bahwa ketika Nabi Musa diberi kitab Taurat, maka di dalamnya ia menemukan kabar tentang umat ini. Lalu Nabi Musa As bertanya kepada Allah:

"Ya Tuhanku!. Aku menemukan dalam lembaran-lembaran Taurat berita tentang umat yang disebut sebagai umat yang paling akhir dan paling terdepan. Maka jadikanlah mereka sebagai umatku".
Allah menjawab: "Mereka adalah umat Muhammad".

Nabi Musa bersabda: "Aku menemukan dalam lembaran Taurat umat yang kitab sucinya berada di hati mereka, sementara mereka membacanya. Jadikan mereka umatku!".

Allah berfirman: "Mereka adalah umat Muhammad"

Nabi Musa bersabda: "Ya Allah!. Aku menemukan dalam lembaran Taurat, umat yang dihalalkan makan harta rampasan (fa'i). Jadikan mereka umatku!".

Allah berfirman: "Mereka adalah umat Muhammad".

Nabi Musa bersabda: Ya Allah! Aku menemukan dalam Taurat, umat yang menjadikan shadaqah dalam perut mereka, sementara mereka mendapatkan pahala. Jadikan mereka umatku!".

Allah berfirman: "Mereka adalah umat Muhammad"

Nabi Musa bersabda: "Ya Allah! Aku menemukan dalam Taurat, umat yang ketika salah satu mereka menginginkan satu kebaikan tetapi tidak melakukankan, maka akan diberi satu pahala. Jika dilakukan, maka akan dicatat dengan 10 kebaikan. Jadikan mereka umatku!".

Allah berfirman: "Mereka adalah umat Muhammad"

Nabi Musa bersabda: "Ya Allah! Aku menermukan dalam Taurat, umat yang ketika di antara mereka menginginkan keburukan, lalu tidak dilakukannya, maka tidak akan dicatat baginya sesuatupun. Dan jika ia melakukannya maka hanya dicatatan satu keburukan. Jadikan mereka umatku!"

Allah berfirman: "Mereka adalah umat Muhammad"

Nabi Musa bersabda: "Ya Allah! Aku menemukan dalam Taurat umat yang diberi ilmu yang pertama dan ilmu yang terakhir. Lalu mereka memerangi Dajjal. Jadikan mereka umatku!"

Allah berfirman: "Mereka adalah umat Muhammad"

Nabi Musa bersabda: "Ya Allah! Jadikanlah aku sebagai umat Muhammad. Jika demikian, maka aku telah diberi dua perkara".

Allah berfirman: "Wahai Musa! Sesungguhnya Aku telah memilihmu di atas manusia dengan risalah dan kalamKu. Maka ambilah apa yang telah aku beri dan jadilah engkau dari golongan orang-orang yang bersyukur".

Nabi Musa bersabda: "Aku ridho Wahai Tuhanku!".

6. Dihalalkan Ghanimah

Ghanimah adalah hasil rampasan perang. Harta ini halal bagi umat Muhammad dengan segala ketentuan yang telah disyariatkan. Bagi umat terdahulu ghanimah tidak dihalalkan

7. Disucikannya Bumi

Bagi umat terdahulu, tidak semua bumi suci, sehingga mereka tidak melakukan ibadah kecuali di dalam tempat-tempat peribadatan mereka. Bagi umat Muhammad, seluruh bagian bumi suci dan sah untuk dijadikan tempat salat.

Debunya juga suci, sehingga sah untuk dijadikan alat untuk bertayammum.

Diriwayatkan dari Abu Umamah dalam kitab Shahih Al-Bukhari, Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda;

"Telah dijadikan bumi kesemuanya bagiku dan umatku sebagai masjid dan suci"

8. Disyariatkannya Wudhu

Al-Halimi menuturkan dalam hadits Al-Bukhari

"Sesungguhnya umatku akan dipanggil di akhirat nanti dengan panggilan Ghurrah muhajjalin, karena atsar wudlu".

Ibnu Hajar Al-Asqalani dalam Fathul Bari mengatakan, bahwa apa yang disampaikan Al-Halimi ini perlu dipertimbangkan. Karena dalam Al-Bukhari juga disebutkan kisah Sarah bersama malaikan yang memberinya Hajar, bahwa Sarah ketika Malaikat ingin mendekatinya, maka ia berdiri, berwudlu dan melakukan salat.

Oleh sebab itu, kesimpulan yang jelas adalah yang menjadi keistimewaan umat ini adalah Ghurrah dan Tahjil bukan wudlu' itu sendiri. Hal ini telah disharihkan dalam Riwayat Muslim dari Abu Hurairah berupa hadits marfu', Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda:

Bagi kalian sebuah tanda yang tidak dimiliki oleh seseorangpun dari selain kalian".

Tahjil adalah meratakan membasuh kedua tangan hingga lengan dan membasuh kaki hingga betis. Ghurrah adalah meratakan membasuh bagian depan kepala dan leher saat membasuh muka dalam wudlu'.

9. Dikumpulkannya Salat Lima Waktu

Bagi umat terdahulu salat lima waktu tidak diwajibkan.

Subuh, manusia pertama yang melakukan salat ini adalah Nabi Adam As, yaitu saat Adam diturunkan ke Bumi untuk menjadi khalifah (pengelola) di muka bumi. Konon Adam megerjakan salat dua rakaat, menjelang terbit fajar.

Rakaat pertama, sebagai tanda syukur karena terlepas dari kegelapan malam. Sedangkan rakaat kedua, bersyukur atas datangnya siang.

Zuhur, manusia yang pertama kali yang mengerjakan salat ini adalah Nabi Ibrahim As, saat Allah SWT memerintahkan kepadanya untuk menyembelih putranya Nabi Ismail As, dan Allah mengantikannya dengan seekor domba. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujud Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

Rakaat pertama, adalah sebagai tanda bersyukur bagi penebusan, yang kedua adalah tanda syukur atas dihilangkannya kedukaan dari dirinya dan anaknya, ketiga tanda syukur atas keridhaan Allah, dan keempat tanda syukur karena Allah menganti tebusannya.

Ashar, manusia yang pertama kali melakukannya adalah Nabi Yunus, saat dia keluar dari perut ikan Nun atau ikan paus. Ikan nun mengeluarkan Nabi Yunus dari perutnya ke tepi pantai, sedangkan waktu itu telah masuk waktu Ashar. Maka, bersyukurlah Nabi Yunus dan mendirikan salat empat rakaat karena terhindar dari empat kegelapan.

Rakaat pertama, kegelapan akibat kesalahan meninggalkan kaumnya. Kedua, kegelapan malam dalam lautan. Ketiga, kegelapan malam akibat berhari-hari lamanya di dalam perut ikan nun, dan keempat kegelapan dalam perut ikan nun.

Maghrib, manusia yang pertama mengerjakannya adalah Nabi Isa As, yakni Allah SWT mengeluarkannya dari kejahilan dan kebodohan kaumnya. Sedang waktu itu telah terbenam matahari.

Maka, nabi Isa bersyukur dan bersujud sebanyak tiga kali. Rakaat pertama adalah untuk menafikkan bahwa tiada tuhan selain Allah yang Maha Esa, kedua menafikkan zina yang dituduhkan atas ibunya, dan yang ketiga untuk meyakinkan kaumnya bahwa tuhan itu hanya satu dan bukan tiga.

Isya, manusia yang pertama melakukannya adalah Musa As, ketika itu Nabi Musa tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dalam dadanya penuh dengan duka cita. Allah swt menghilang kan semua perasaan duka citanya pada waktu malam.

Lalu, salatlah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur. Rakaat pertama sebagai tanda duka cita terhadap istrinya, kedua sebagai tanda duka cita terhadap Fir’aun, yang ketiga tanda duka cita terhadap saudaranya Harun, dan yang keempat adalah tanda duka cita terhadap anak Fir’aun.

Sebagaimana diketahui bahwa Nabiyullah Muhammad SAW menerima perintah salat pada 27 Rajab tahun 11 kenabian atau 2 tahun sebelum Nabi berhijrah ke Madinah. Salat lima waktu yang dilakukan adalah Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya.

Dan waktu salat sudah ditentukan oleh Allah dalam QS. Al-Isra : 78,

"Dirikanlah salat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula salat) Subuh. Sesungguhnya salat Subuh itu disaksikan (oleh malaikat)".

Ayat di atas menerangkan tentang waktu salat, dimana saat matahari tergelincir adalah Zuhur dan Ashar, kemudian salat yang dilakukan saat malam adalah Maghrib dan Isya, kemudian salat Subuh langsung disebutkan di ayat tersebut.

Tulisan ini diolah dari berbagai sumber dan pengetahuan.
(lis)
9 Keuntungan Jadi Umat Nabi Muhammad SAW
https://ramadan.sindonews.com/read/1018913/68/9-keuntungan-jadi-umat-nabi-muhammad-saw-1435735574/

Hari Raya dan Ziarah Kubur, Ini Penjelasan Ustaz Somad
Rusman Siregar
Kamis, 14 Juni 2018 - 09:35 WIB
Hari Raya dan Ziarah Kubur, Ini Penjelasan Ustaz Somad
Peziarah berdoa di hadapan makam keluarga di TPU Jeruk Purut, Jakarta Selatan, beberapa waktu lalu. Foto/Dok SINDO

Banyak kaum muslimin yang antusias melakukan ziarah kubur setelah salat ‘Ied. Sejauh mana kebenaran perbuatan ini menurut syariat Islam?

Dai kondang Ustaz Abdul Somad menjelaskan masalah ini dalam Buku yang disusunnya “30 Fatwa Seputar Ramadhan”. Ziarah kubur menurut hukum asalnya adalah sunnah karena mengingatkan manusia kepada akhirat. Disebutkan dalam hadits Rasulullah SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Hurairah, ia berkata, “Rasulullah SAW ziarah ke makam ibunya, beliau menangis, membuat orang-orang di sekelilingnya ikut menangis.”

Rasulullah SAW berkata: “Aku memohon izin kepada Tuhanku agar aku memohonkan ampun untuknya, Ia tidak memberikan izin untukku. Aku memohon izin agar aku ziarah ke makamnya, Ia memberi izin kepadaku. Maka ziarahlah kamu ke kubur, karena ziarah kubur itu mengingatkan kepada kematian”.

Ibnu Majah meriwayatkan dengan sanad shahih: “Dulu aku melarang kamu ziarah kubur. Ziarahlah kamu ke kubur, karena sesungguhnya ziarah kubur itu membuat zuhud di dunia dan mengingatkan kepada akhirat”.

Tidak ada waktu tertentu untuk melakukan ziarah kubur, meskipun sebagian ulama menyatakan pahalanya lebih besar jika dilakukan pada hari-hari tertentu seperti hari Kamis dan Jum’at karena kuatnya hubungan ruh dengan orang-orang yang meninggal dunia, meskipun dalilnya tidak kuat.

Dari ini dapat kita ketahui bahwa ziarah kubur setelah salat ‘Ied, jika tujuannya untuk mengambil pelajaran dan mengenang orang-orang yang telah meninggal dunia, ketika masih hidup dulu mereka sama-sama merayakan hari raya, memohonkan rahmat untuk mereka dengan berdoa, maka boleh bagi laki-laki. Adapun bagi perempuan, telah dibahas dalam fatwa sebelumnya.

Jika ziarah kubur setelah salat ‘Ied tersebut bertujuan untuk memperbaharui kesedihan, untuk takziah ke kubur, atau membuat kemah, atau menyiapkan tempat untuk kesedihan, maka hukumnya makruh. Karena takziah setelah tiga hari mayat dikebumikan dilarang secara haram atau makruh. Karena hari raya adalah hari senang dan bahagia, maka tidak selayaknya membangkitkan kesedihan di hari raya. (Fatwa Syekh ‘Athiyyah Shaqar).

(Dikutip dari Buku “30 Fatwa Seputar Ramadhan” yang disusun Ustaz Abdul Somad. Ustaz Abdul Somad memilih fatwa tiga ulama besar al-Azhar; Syekh ‘Athiyyah Shaqar, Syekh DR Yusuf al-Qaradhawi dan Syekh DR Ali Jum’ah, karena keilmuan dan manhaj al-Washatiyyah (moderat) yang mereka terapkan dalam fatwanya)

(rhs)
Hari Raya dan Ziarah Kubur, Ini Penjelasan Ustaz...
https://ramadan.sindonews.com/read/1313869/69/hari-raya-dan-ziarah-kubur-ini-penjelasan-ustaz-somad-1528800281

“.”
اِيَّاكَ نَعْبُدُ وَاِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ
Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. (QS. Al-Fatihah:5)

وَمَا مَنَعَهُمۡ اَنۡ تُقۡبَلَ مِنۡهُمۡ نَفَقٰتُهُمۡ اِلَّاۤ اَنَّهُمۡ كَفَرُوۡا بِاللّٰهِ وَبِرَسُوۡلِهٖ وَلَا يَاۡتُوۡنَ الصَّلٰوةَ اِلَّا وَهُمۡ كُسَالٰى وَلَا يُنۡفِقُوۡنَ اِلَّا وَهُمۡ كٰرِهُوۡنَ
Hal yang menghalangi nafkah mereka untuk diterima adalah karena mereka mengkufuri kepada Allah dan Rasul-Nya dan mereka tidak melaksanakan shalat, melainkan dengan malas dan tidak menginfakkan harta mereka, melainkan dengan rasa terpaksa. (QS. At-Taubah:54)

وَمَنۡ يَّقۡتُلۡ مُؤۡمِنًا مُّتَعَمِّدًا فَجَزَآؤُهٗ جَهَـنَّمُ خَالِدًا فِيۡهَا وَغَضِبَ اللّٰهُ عَلَيۡهِ وَلَعَنَهٗ وَاَعَدَّ لَهٗ عَذَابًا عَظِيۡمًا
Dan barangsiapa membunuh seorang yang beriman dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka Jahanam, dia kekal di dalamnya. Allah murka kepadanya, dan melaknatnya serta menyediakan azab yang besar baginya. (QS. An-Nisa:93)

سَنَدۡعُ الزَّبَانِيَةَ
Kelak Kami akan memanggil Malaikat Zabaniyah, (penyiksa orang-orang yang berdosa) (QS. Al-'Alaq:18)

اَللّٰهُ الَّذِىۡۤ اَنۡزَلَ الۡكِتٰبَ بِالۡحَقِّ وَالۡمِيۡزَانَ‌ؕ وَمَا يُدۡرِيۡكَ لَعَلَّ السَّاعَةَ قَرِيۡبٌ
Allah yang menurunkan Kitab (Al-Qur'an) dengan (membawa) kebenaran dan neraca (keadilan). Dan tahukah kamu, boleh jadi hari Kiamat itu sudah dekat? (QS. Asy-Syura:17)

رَبَّنَاۤ اِنَّنَا سَمِعۡنَا مُنَادِيًا يُّنَادِىۡ لِلۡاِيۡمَانِ اَنۡ اٰمِنُوۡا بِرَبِّكُمۡ فَاٰمَنَّا  ۖرَبَّنَا فَاغۡفِرۡ لَنَا ذُنُوۡبَنَا وَكَفِّرۡ عَنَّا سَيِّاٰتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الۡاَبۡرَارِ‌ۚ
Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar orang yang menyeru kepada iman, (yaitu), “Berimanlah kamu kepada Tuhanmu,” maka kami pun beriman. Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan hapuskanlah kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami beserta orang-orang yang berbakti. (QS. Ali 'Imran:193)

فَلَا تُعۡجِبۡكَ اَمۡوَالُهُمۡ وَلَاۤ اَوۡلَادُهُمۡ‌ؕ اِنَّمَا يُرِيۡدُ اللّٰهُ لِيُعَذِّبَهُمۡ بِهَا فِى الۡحَيٰوةِ الدُّنۡيَا وَتَزۡهَقَ اَنۡفُسُهُمۡ وَهُمۡ كٰفِرُوۡنَ
Maka janganlah harta dan anak-anak mereka membuatmu kagum. Sesungguhnya Allah akan menyiksa mereka dengan harta itu dalam kehidupan dunia dan kelak akan mati dalam keadaan kafir. (QS. At-Taubah:55)





























Tiada ulasan: