Sabtu, 8 September 2018

Dubleg. 8164.


Dikandani raa ngugu, malah ngandani
Dikandani malah Ngandani. DubLeg.
FRIDAY, SEPTEMBER 07, 2018
Tidak akan kembali hari-hari yang telah berlalu
Posted by Editor at 20:35
Ahmad Sanusi Husain.Com: Tidak akan kembali hari-hari yang telah berlalu
http://www.ahmad-sanusi-husain.com/2018/09/tidak-akan-kembali-hari-hari-yang-telah.html

28 Ogos 2018 
Jangan kesali jika bukan jodohmu. Kisah Benar: Gadis Menyesal Ditinggalkan Bakal Suami Yang Baik 

Tadi masa aku scroll fb, ternampak ex selfie dgn wife dia di pelamin. 

Jelas terpancar bahagia di wajah mu. Aku tersenyum lemah. Hati jangan cakap laaa, sedih Allah sj yg tau.

Aku terkenang di mana silap ku sampai dia boleh kawin dgn perempuan lain. Yaaa kalau di banding aku dgn perempuan tu, memang dia jauh beza dgn aku. cantik, body pun boleh tahan.

Aku? 

Body pun macam taugeh tak cukup air. Aku dengan lelaki tu bukan baru sebulan dua. Relay kami sejak dari sekolah menengah. Dia lebih tua dari aku.

Seriously dia memang semboyy, di tambah lagi dgn minat dgn fashion. Bergaya mengikut trend terkini. Aku masih ingat masa dia pertama kali bekerja, tidak dinafikan, dia memang rajin. dia jenis yg tidak banyak cakap.. Bila aku marah, dia senyum sj. Apa pun perkataan yg keluar dari mulut ku, dia tetap layan aku baik2.

Diaa pandai masak. 

Sungguh dia lelaki sempurna dimata ku. Pendek kata, perempuan mana yg tak suka? Aku dikira beruntung pernah memilikinya. Dulu masa dia belum ada kerja, aku selalu merungut, sebab malu dgn kawan2 .

Tapi dia usaha, jual online, buat bisnes itu ini, semata2 belikan keperluan ku. Tiap2 bulan dia belikan baju, set makeup, masa dia kerja, bila suda gaji, dia ndak pernah lupa bahagian ku. Bila dia cuti, dia ajak aku jalan2, spendtime sama2. tapi aku. Ntah laaa. Alasan, malas, panas. hahaha. Maybe aku sudah bosan. Bukan tu sj, aku suka mencari salahnya, bila sudah dapat kesalahannya, aku maki dia sepuas2 hati ku dan biarkan dia balik2 merayu2 pujuk aku. Tapi bila aku buat salah, aku cepat2 ubah topik sbb aku malas mau pujuk. teruk kan.

Kami selalu begaduh dan masa berganti masa. 

Dia perlahan lahan berubah. Dia daa ada kereta. Daa ada lesen. Aku perasan. Bila aku cari pasal dgn dia, dia malas mau layan, dia nda pujuk macam dulu. Dia ndak ambik hati, dia ndak mintak maaf. Diaa iyaakan sejaa. 

Jauh. 

Makin hari makin jauh dan satu hari, terjawab laaa semua nyaa. Masa tu aku mau pegi rumahnya, aku tenampak perempuan hantar kan kek untuk dia. Tanpa banyak cakap aku pun pegi mengamuk. Berabis aku tumbuk perempuan tu and yesss, dia pertahankan perempuan tu. Dia suruh aku pulang .

Aku pun pulang. 

Hancur luluh hati ku. menangis tiada gunaa. Aku call diaa, dia ndak jawab, aku chat dia ndak balass. Yaa Allah, aku lupaa, rupanya masa tu harijadi nyaa. Bole nya aku lupa sedangkan dia sedikit pun ndak perna lupa harijadi ku.

Tapi ego ku setinggi langit. 

Malam tu dia datang ke rumah, bawa kek harijadi nyaa. Niat nya mau sambut harijadi dgn aku. Tapi aku? Aku halau dia. Aku buang kek tu di tanah. 

Aku cakap JANGAN CARI AKU LAGI. 

Lepas tu aku tutup pintu. Yes, kejam kan. Aku tengok ditingkap, dia kutip kek2 yg betaburan di tanah tu. 

Tapi aku buat bodoh seja. Lepas tu, bulan berganti bulan. Baru laa aku rasa broken habis aku mula call dia, whtsapp diaa, tapi dia ndak balass. 

Dia ndak ambil kisah sudaa.

Aku pegi rumah nya, dia kluar, dia bagi kad undangan. Aku menangis untuk kesekian kali nyaa dan berlalu. Silap aku, aku terlupa, bukan selamanya lelaki akan terus bersabar, dia suda bagi masa yg cukup lama utk usaha bina masa depan kami.

Aku yg sia2kan. Aku lupa, yg dia hmsm. Mana2 perempuan mau dengan dia. Dia pandai bergaya. Rajin bekerjaa. Betul janji Allah,

ORANG YG BAIK, UNTUK ORANG YG BAIK.

Dia pilih bahagia. Dia layak untuk bahagia. Dia tinggalkan aku langsung sedikit pun tidak menoleh ke belakang. Dia tinggalkan kenangan 6 tahun kami bersama2. Sedikit pun dia ndak pernah ungkit semua pemberian nyaa. Dia maafkan aku yg perna lukakan hati nyaa .

Aku? Meratap dan meratap. Hancur hati tgok perempuan tu cium pipi nyaa. Peluk mesra pinggangnya dan dia merelakan semuanya. Wahai kaum hawa, kesabaran lelaki tu ada batasnyaa. Ingat, di luar sana banyak yg lebih baik dari kau.
by, EMMA 
https://omakkauviral.blogspot.com/2018/08/kisah-benar-gadis-menyesal-ditinggalkan.html

FRIDAY, SEPTEMBER 07, 2018

Just when the caterpillar thought the world was ending, he turned into a butterfly

Ahmad Sanusi Husain.Com: Just when the caterpillar thought the world was ending, he turned into a butterfly
http://www.ahmad-sanusi-husain.com/2018/09/just-when-caterpillar-thought-world-was.html

Akibat lalai dalam perjuangan. 

Baru sedar ada perkara yang telah terlupa. 

Adakah Allah berikan peluang ke dua kepada orang atau pemimpin yang sama? Sedangkan Allah telah beri peluang selama 61 tahun sebagai penguasa. Semuga cerita di bawah membawa pengajaran dan keinsafan kepada diri kita semua. In Syaa Allah. Aamiin. 

Ada seekor katak yang nampak pemancing sedang memancing ikan.. Jadi katak itu pun masuk ke dalam air dan ingin berjumpa ikan.. 

Katak itu tegur ikan yang sedang memakan umpan yang dihulurkan oleh pemancing itu. Katak itu beritahu ikan.. 

"Jangan makan cacing ni, sebenarnya ini perangkap, kalau kau makan juga, kau akan di tangkap, perut kau akan di belah, kulit kau akan dibakar atas api. Mereka akan makan kau... (sebabnya katak ini tahu keadaan di atas darat ). 

Tapi ikan ini tak ambil endah teguran si katak dan bila sahaja ikan itu makan umpan, ikan itu di sentap dan ditarik naik keatas, ikan itu terkejut, dia nampak apa yang dikatakan oleh katak itu adalah benar. 

Dia yakin yang dia akan di bakar, kulitnya akan disiat, perutnya akan dibelah. Ikan itu sangat menyesal. Tapi, tak ada dah peluang untuk kembali dalam air. 

Ulama' beritahu.. 

Keadaan sama pada kita manusia, bila ada orang beritahu kepada kita keadaan kita nanti, padang masyhar, balasan neraka, balasan syurga, azab neraka, titian sirat, kita ambil tak endah saja. 

Bila sudah mati, hijab akhirat akan dibuka. Kita nampak manusia yang dibakar atas api. Orang yang akan diseksa kerana melakukan maksiat dan kemungkaran. 

Seperti mana keadaan ikan telah nampak apa yang berlaku di atas darat. 

Saudaraku yang disayangi ALLAH.. 

Kita hanya ada satu peluang sahaja untuk beramal di dunia ini. Jadi jangan bazirkan usia dan keringat kita dengan perkara yang sia-sia, terutamanya bab akidah pegangan kita islam. 

Semoga ALLAH beri kita kefahaman...  

In Syaa ALLAH, Aamiin... 🌷
Foto Ahmad Shuaib Ismail.

Ahmad Shuaib Ismail sedang bersama Azmy Awang dan 47 yang lain.

InsyaAllah bila Umno BN gabungan Pas GS PRU 15. Seperti Saya cadang

Selangor MB Pas Gs 
Perak MB Pas Gs
Kedah MB Pas Gs
Perlis Umno BN
Keĺantan Pas Gs
Terenguna MB Pas Gs
Pahang MB Umno BN
Johor MB Umno BN
Melaka KM Umno BN
Negari Sembilan Umno BN
Sabah KM Umno BN
Sarawak Umno BN PPB gabungan Sarawak
Pulau Pinang KM Umno BN


Gabungan Umno BN Pas Gs menang 175 kerusi parlimen Malaysia. PM Malaysia 8 Ds Zahid Hamidi atau DSN Timbalan PM Tuan Guru Abdul Hadi

Dapat 2/3 kerusi parlimen pinda perlembagan kuatkan kuasa Agong Sultan Raja Melayu hak Bumiputera hak rakyat bukan Islam. Laksakan hukum Islam sepenuhnya seperti negara Brunei

YM Tengku Ahmad Shuaib ibni Tengku Ismail Ibni Tengku Sham Ibni DYMM Tun Mutahir Pahang Darul Makmur
Umno Bandar Baru Bangi WARASIPRU15 Siri 580
7/9/2018 ///30

Foto
https://plus.google.com/photos/photo/112209851533887690464/6598413303805936770?sqid=117811740143524157778&ssid=3cf60d4a-7bde-4964-a784-683846c7e421

Ibnu umar: 
TRADISI NENEK MOYANG MEMBUAT KITA BERAT MENERIMA AJARAN ISLAM SECARA KAFFAH 
Saudaraku, mari kita baca sejarah: 

1. Kaum Nuh menolak dakwah Nabi Nuh 'alaihi sallam untuk mentauhidkan Allah Azza wa Jalla karena telah terjajah oleh tradisi nenek moyangnya yaitu menjadikan kuburan orang saleh sebagai berhala. 

2. Nabi Ibrahim 'alaihi sallam dibakar oleh raja karena menentang tradisi nenek moyang kaumnya yang menyembah patung. 

3. Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam di musuhi kaum dan keluarganya karena menabrak tradisi nenek moyang kaumnya.
Begitupun Nabi-Nabi sebelumnya yang dimusuhi oleh pemuja tradisi nenek moyang.

4. Ahmad bin Hambal, Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qayyim rahimakumullah dimusuhi dan dipenjara karena memperjuangkan sunnah dan membersihkan dari tradisi nenek moyang.

5. Sunan Kalijaga diagung-agungkan pengikutnya karena berhasil memasukkan tradisi nenek moyang ke dalam Islam walau ditentang oleh wali lainnya.

6. Ahmad Dahlan, pendiri Muhammadiyah dimusuhi dan dikafirkan oleh warga karena melakukan gerakan pembaharuan untuk membersihkan Islam dari tradisi-tradisi syirik.

Nah, di zaman now ini, ulama-ulama sunnah yang mendakwahkan tauhid anti syirik, dan sunnah anti bid'ah dibenci dan dimusuhi karena suka menabrak tradisi nenek moyang, sampai muncul gerakan membendung dakwah ini dengan nama Islam Nusantara sebagai gerakan untuk melindungi, melestarikan dan mengembangkan tradisi budaya nusantara yang bersumber dari nenek moyang.

Maha benar firman Allah atas keras kepala para penganut tradisi nenek moyang bila diseru kepada Al Quran dan As Sunnah, padahal pembuat tradisi itu bukanlah orang yang mendapat petunjuk dan tradisi nenek moyang bisa menyeret kita ke dalam neraka.

وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ اتَّبِعُوا مَا أَنْزَلَ اللَّهُ قَالُوا بَلْ نَتَّبِعُ مَا وَجَدْنَا عَلَيْهِ آبَاءَنَا ۚ أَوَلَوْ كَانَ الشَّيْطَانُ يَدْعُوهُمْ إِلَىٰ عَذَابِ السَّعِير

Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Ikutilah apa yang diturunkan Allah!" Mereka menjawab, "(Tidak), tetapi kami (hanya) mengikuti kebiasaan yang kami dapati dari nenek moyang kami." Apakah mereka (akan mengikuti nenek moyang mereka) walaupun sebenarnya setan menyeru mereka ke dalam azab api yang menyala-nyala (Neraka)? (QS. Luqman : 21) 

 وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ اتَّبِعُوا مَا أَنْزَلَ اللَّهُ قَالُوا بَلْ نَتَّبِعُ مَا أَلْفَيْنَا عَلَيْهِ آبَاءَنَا ۗ أَوَلَوْ كَانَ آبَاؤُهُمْ لَا يَعْقِلُونَ شَيْئًا وَلَا يَهْتَدُونَ

Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah," mereka menjawab, "(Tidak!) Kami mengikuti apa yang kami dapati pada nenek moyang kami (melakukannya)." Padahal, nenek moyang mereka itu tidak mengetahui apa pun dan tidak mendapat petunjuk. (QS. Al Baqarah:170) Dan ayat yang semisal yang juga tercantum di surat Al Maidah: 104.

Islam tidak anti tradisi, tetapi menolak tradisi bathil yang mengandung kesesatan dan kesyirikan.

Ayo, belajar dari sejarah dan kita tinggalkan tradisi nenek moyang yang meliputi takhyul/khurafat, bid'ah dan syirik, mari melaksanakan Islam secara kaffah sesuai kemampuan kita masing-masing, dan meninggalkan syariat nafsu orang-orang jahiliyah.

وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

"Dan taatlah kepada Allah dan Rasul (Muhammad), agar kamu diberi rahmat." (QS. Ali Imran:132).

Wallahu a'lam

Resmi PH berjaya mengekalkan Seri Setia dan Balakong
Rasmi: PH/DAP pertahan Balakong, MCA tertinggal jauh

PRK BALAKONG | Pakatan Harapan (HARAPAN) berjaya mengekalkan kemenangan di Balakong selepas calonnya Wong Siew Ki meraih majoriti 18,533 undi.

Berdasarkan keputusan rasmi yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Wong mendapat 22,508 undi, berbanding calon MCA Tan Chee Teong 3,975 undi.

Meskipun MCA mempertahankan depositnya hari ini, peratusan undi yang diterimanya tidak meningkat dengan ketara, iaitu hanya meningkat 4.1 peratus kepada 15 peratus.

PAS sebelum ini turun berkempen untuk MCA. Pada PRU lalu, PAS meraih 11.6 peratus di Balakong.

Sementara perkadaran undi calon HARAPAN pula meningkat daripada 77.5 peratus kepada 85 peratus.

Menurut SPR, peratus keluar mengundi di sana adalah 43 peratus. Jumlah layak mengundi pula 62,219.
-------------------------

Rasmi: PAKATAN HARAPAN/PKR pertahan Seri Setia

PRK SERI SETIA | Calon pakatan Harapan (HARAPAN) Halimey Abu Bakar berjaya mempertahankan kerusi Seri Setia dengan majoriti 4,027 undi.

Halimey mendapat 13,725 undi, sementara calon PAS Dr Halimah Ali meraih 9,689 undi.

Dengan peratusan keluar mengundi yang rendah, kemenangan majoriti dilihat bukan kayu ukur yang baik bagi Seri Setia dan Balakong.

Kayu ukur yang dilihat lebih sesuai adalah dengan membandingkan perkadaran undi PRK ini dengan keputusan PRU lalu.

Dengan sokongan BN, perkadaran undi PAS di kerusi itu meningkat 31 peratus, daripada 10.39 peratus pada pilihan raya umum (PRU) lalu kepada 41.4 peratus pada pilihan raya kecil kali (PRK) ini.

Jumlah itu melebihi jumlah perkadaran undi yang diraih PAS dan BN pada PRU lalu.

Perkadaran undi bagi HARAPAN pula menurun dari 66.62 peratus kepada 58.6 peratus.

SPR sebelum ini mengumumkan jumlah keluar mengundi adalah 44 peratus.
at 9/08/2018 10:00:00 PTG
KERENGGA: Resmi PH berjaya mengekalkan Seri Setia dan Balakong
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/09/resmi-ph-berjaya-mengekalkan-seri-setia.html

Test minda: 
Tyas Nasrikha - Google+
https://plus.google.com/109478977497107606303
Foto

Foto

Foto

Foto

Foto

Foto

Foto
3 September 2018. 
Pengakuan Benar Lelaki Ini Di REJECT Sebab Pakai Kereta Buruk 
Pengakuan Benar Lelaki Ini Di REJECT Sebab Pakai Kereta Buruk
Pengakuan Benar Lelaki Ini Di REJECT Sebab Pakai Kereta Buruk | Dah biasa dah tengok orang Malaysia ni yang pandang status hidup berdasarkan kereta yang dibawa. Tapi tak sangka pulak sampai macam ni sekali. 

Baru-baru ni menurut WORLD OF BUZZ, seorang lelaki dah berkongsi kekecewaan di Facebook bila rakan wanita dia enggan naik kereta Proton Wira miliknya. Amboi! 

Dalam perkongsiannya, dia berkata, “Baru kejap tadi saya memandu kereta Proton Wira untuk menjemput rakan saya di tempat kerja. Bila saya tiba, saya tekan hon beberapa kali untuk memberitahu yang saya dah sampai. Tapi bila dia nampak saya, dia buat-buat tak kenal.” 

Dia siap mesej saya dan beritahu lain kali kalau saya bawak Proton Wira, saya tak payah datang jemputnya.”

“Kereta ni saya dah bawak dari Johor ke Penang dan patah balik. Saya boleh naik ke Genting Highlands tanpa sebarang masalah. Lagipun, air-cond kereta saya masih sejuk dan siapa yang naik kereta saya akan terlindung. Saya tak faham kenapa dia tak nak naik kereta saya.”

Tiba-tiba kata dah book Grab 

Bila ditanya kenapa tak nak naik keretanya, wanita tu langsung tak menjawab soalan dan memberitahu yang dia dah pun book untuk naik Grab. Terkejut, lelaki itu memberitahu, “Saya dah sampai depan tempat kerja awak tapi awak lebih sanggup naik Grab daripada naik kereta saya? Proton Wira saya ni memalukan ke?”

Ramai yang simpati selepas membaca entri lelaki tersebut serta kecam wanita tu yang dikatakan terlalu materialistik, Ada juga yang lega sebab wanita itu hanya rakan dan bukan kekasihnya. 

Janganlah judge orang lain sampai tak nak naik keretanya. Proton Wira kereta yang hebat jugak tau, support kereta local! 

Pengakuan Benar Lelaki Ini Di REJECT Sebab Pakai Kereta Buruk ~ OMAK KAU VIRAL
https://omakkauviral.blogspot.com/2018/09/pengakuan-benar-lelaki-ini-di-reject.html

29 Ogos 2018
Kahwin Bukan Untuk 'Bersedap' Selalu
Kahwin Bukan Untuk 'Bersedap' Selalu | Suami dapat gaji bersih RM3,000.00 terus buat internet banking bayar: 

– Bil air RN30.00.
– Duit rumah RM700.00.
– Duit kereta RM700.00.
– Bil telefon suami dan isteri RM200.00.
– Bil elektrik RM170.00.
– Ansuran motor kapcai RM150.00.
– Yuran Tuisyen anak RM150.00.
– Tukar RN150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak anak untuk sebulan.


Jumlah Keseluruhan Habis dibelanjakan RM2,250.00. Lalu berbekalkan duit baki gaji RM750.00 balik ke rumah jemput isteri dari tempat kerja, terus disambut dengan isteri satu soalan ‘Hari ni hari gaji abang kan? Jom pergi beli barang dapur. Banyak dah habis sambil bawak bebudak makan luarlah mlm nie! Sebab I tak laratlah nak masak hari nie.. Lagipun, bebudak pun esok hari sabtu cutikan?’.

Suami mengangguk lemah terpaksa setuju demi anak dan isteri. Sampai di rumah disambut pulak dgn anak yang bongsu.. ‘Ayah.. Cikgu adik cakap ari Isnin, Cikgu nak RM20.00 untuk beli baju sukan yang baru..” 

Isteri spontan menyampuk.. ‘Mintak kat ayah.. Ayah baru dapat gaji..’ Sambil itu, anak yang sulung pula mencelah..

‘Ayah.. Kakak pun nak duit RM30.00 hari isnin nie.. Untuk beli Buku Rujukan.. Dah dekat nak periksa nie..’ 

Si suami terus mengeluarkan RM50.00 untuk anak bongsu dan anak sulong. Tinggal baki gaji RM700.00 (Baru hari pertama terima gaji tu..!!!).

Kemudian, selepas maghrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk makan dan berbelanja barang dapur. Sebelum itu suami singgah isi minyak kereta RM50.00 (Baki gaji RM650.00) langsung ke kedai makan dan makanlah anak beranak tersebut dgn bil makan berjumlah RM50.00 (Baki gaji RM600.00).

Setelah itu langsung pergi berbelanja barang dapur dengan jumlah RM250.00 (Baki gaji RM350.00) untuk beli barang kering dan RM50.00 (Baki gaji RM300.00) untuk beli barang basah.
Setelah semuanya selesai, pulanglah keluarga tersebut ke rumah dengan suami hanya tinggal gaji yang baru dapat pagi tadi sebanyak RM300.00 sahaja.

Maka tidurlah si suami dengan mata yang terkebil-kebil mengenangkan baki duit (Yang tinggal baki hanya RM300.00 dari jumlah gaji bersih RM3,000.00) dalam beberapa jam sahaja dapat gaji tadi.

Esoknya, pagi Sabtu, isteri suruh si suami belikan roti canai untuk sarapan pagi. Suami pun pergilah beli dengan modal RM5.00 dan surat khabar RM1.50 (Baki gaji RM293.50).

Manakala menjelang petang, si isteri dan anak-anak ajak suami jalan-jalan di Pasar Malam Jalan TAR sempena Malam Minggu. Si suami ikutkan jugak dalam keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak-anak. Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak Rm30.00 (Baki gaji RM263.50).

Sesampai di Jalan TAR, si isteri berkenan dengan Tudung Bawal berharga RM15.00 mintak dibelikan. Suami pun keluarkan duit bayar (Baki gaji RM248.50) .

Kemudian bila ke depan sedikit, bahagian pakaian kanak-kanak pula nampak baju tidur anak-anak yang berharga RM15.00 sehelai. isteripun selamba berkata.. ‘Bang.. Baju tidur bebudak ni pun dah lusuh. Belikan diaorang yang baru nie. Murah jer.. RM15 hengget..’

Suami pun keluarkan lagi RM30.00 untuk baju tidur anak-anak (Baki gajiRM218.50). 

Lalu terus pulang ke kereta untuk balik ke rumah bersama-sama. Tetapi dalam perjalanan nak pulang, anak-anak merengek dahaga dan lapar, mintak singgah di kedai makan untuk makan malam. Sang ayah kesiankan degan rengekan anak pun singgah lah di Kedai Makan Tomyam dan makan dengan membayar RM30.00 lagi. Jumlah keseluruhan baki yg tinggal selepas 48 jam dapat gaji ialah RM218.50.

Esok hari Ahad. Isteri suruh pergi kedai pagi-pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi. Suami bermodalkan lagi RM7.00 dan RM1.50 untuk suratkhabar. Tinggallah duit gaji genap RM210.00.

Malamnya pulak, beri pada isteri Rm150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta!!!

Maka bermulalah pagi hari Isnin si suami dengan berbekalkan modal baki gaji hari Jumaat kelmarin sebanyak RM60.00 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat, serta menghitung hari lagi untuk ke 25 hb/26 hb yang akan datang samada sampai atau tidak??

Selang seminggu selepas itu, pada hujung minggu isteri ajak balik kampung melawat ibu ayah dia di kampung. Suami katakan dengan muka sedih…

‘… Tidak ada modal. Tinggal baki gaji 60 Hengget je nak buat modal hidup sampai hujung bulan nie…’

Lalu isteri menjawab dgn sinis..

‘.. Kalau ajak balik kampung saya je, tak de duit.. Kalau ajak balik kampung saya je, Abang kata tak de duit.. Mana pergi duit gaji abang selama nie? Tak kan lah baru seminggu gaji tinggal baki 60 hengget? Sudah tak berduit.. Abang ada simpan pompuan lain ke..?”

Terpinga-pinga suami.. Confused..!! Blurred..!! Nak dijawab, jadi perang.. Nak diceritakan yang sebenar nanti, disalahkan balik, kata kita mengungkit hanya sebabkan belanjakan tudung RM15.00 tu…

Begitulah realiti kehidupan seorang suami yang penyabar demi melaksanakan amanah dan tanggungjawab.

p/s: Kepada yang masih bujang, sudah bersediakah anda untuk menghadapi situasi sebegini? ** Masa Depan Itu Dibeli Oleh Masa Sekarang. 

VIDEO DIBAWAH SEBAGAI PERHIASAN DAN TERDAPAT PENGAJARAN YANG PERLU DIAMBIL
https://omakkauviral.blogspot.com/2018/08/kahwin-bukan-untuk-bersedap-selalu.html
Foto Rin Du.
Alhamdulillah.

Pengundi di Balakong dan Seri Setia tetap mahukan ADUN Pakatan Harapan mewakili mereka.

Abaikan kata-kata pihak yang kalah. Walhal target mereka untuk menang tidak kesampaian.

Kempen mereka meriah cari salah PH, demi untuk melindungi pekong mereka. Zaman mereka perintah RM1bilion untuk Seri Setia, RM1 untuk Balakong sudah berakhir dan tidak berupaya berjanji bagai.

Hidup ibarat putaran roda. 
27 Ogos 2018. 
Wanita boleh sentap jika lelaki buat lima perkara ini. 
Wanita Boleh Sentap Jika Lelaki Buat 5 Perkara Ini | Kalau tetiba tengok wanita sentap, itu maknanya anda ada terlepas beberapa tanggung jawab yang penting patut anda tunaikan. Haa… bukan buat-buat saja buat ya, tetapi pasti ada sesuatu! Cukup sukar untuk lelaki fahami kehendak sebenar seorang wanita tetapi sebenarnya ada beberapa tip mudah untuk anda elak daripada ‘meragut’ emosi wanita tersayang setiap hari… 

1. Lupa tarikh penting

Jangan bagi alasan anda terlalu sibuk urusan kerja jika anda lupa bab tarikh-tarikh penting seperti ulang tahun perkahwinan, hari lahir anak, hari lahir isteri dan sewaktu dengannya. Perempuan yang memahami tidak meminta hadiah yang mahal-mahal, tetapi mencukupi jika lelaki mahu mengingati momen terindah. 
Malah zaman makin maju, anda boleh terus guna nada peringatan di telefon masing-masing. Lagi senang, terus bulat dan catat besar-besar di kalendar.

2. Berkira duit 

Mungkin tidak semua, tetapi memang wujud jenis sebilangan lelaki yang terlalu berkira dengan adik-beradik pasangan. Bukan tidak mampu berkongsi, mungkin kerana terlalu cermat. Cuba ubah, sesekali belikan hadiah buat keluarga pasangan. Mesti hati pasangan lebih senjang dan bertambah sayang.
3. Balik lambat 

Lewat mana mahu pulang mungkin isteri tidak kisah kalau segala yang diperlukan sudah disediakan oleh lelaki. Dan pastikan perempuan tidak keseorangan di rumah. Kalau tidak, anda juga yang rimas. Kejap-kejap sampai mesej atau mungkin panggilan telefon setiap setengah jam. Tetapi jika dapat isteri jenis tidak kisah, jangan pula lelaki ambil kesempatan balik lewat hingga ke pagi. Hidup berumahtangga kena fikir soal tanggungjawab dan keselamatan isteri. 

4. Bohong dan alasan

Ramai lelaki yang pilih jalan untuk menjaga hati orang yang disayangi sehingga masuk kes menipu. Ya, bukan niat hendak berbohong, tetapi jalan ini undang kemarahan perempuan dua kali ganda. Apa salahnya jika berterus terang walau terpaksa dengar bebelan perempuan. Perlu anda tahu, wanita bebel adalah sebab prihatin dan sayang! 

5. Abai nafkah 

Tidak romantik mungkin tidak mengapa. Namun jangan pula lelaki abaikan nafkah kepada perempuan bergelar isteri. Mungkin wanita yang sayangi bekerja, tetapi nafkah tetap wajib berjalan seperti biasa, ya. Rujuk sini:
SOAL WAJIB MEMBERI NAFKAH 

Seorang laki-laki jika menikahi seorang wanita, maka wajib baginya memberinya nafkah, hal ini didasari oleh beberapa hal: Allah berfirman:
وَلَهُنَّ مِثْلُ الَّذِي عَلَيْهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ ۚ

‘’Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajibannya dengan cara yang ma’ruf.’’ (QS.Al-Baqarah 228) Ibnu Katsir berkata,’’maksudnya, para isteri mempunyai hak diberi nafkah oleh suaminya yang seimbang dengan hak suami yang diberikan oleh isterinya, maka hendaklah masing- masing menunaikan kewajibannya dengan cara yang makruf, dan hal itu mencakup kewajiban suami memberi nafkah isterinya, sebagaimana hak- hak lainnya .’’ (Tafsir al-Qur’anil Adhim 1/272)

Rasulullah bersabda; 

وَلَهُنَّ عَلَيْكُمْ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ

‘’Dan mereka (para istri) mempunyai hak diberi rizki dan pakaian (nafkah) yang diwajibkan atas kamu sekalian (wahai para suami).’’ (HR. Muslim 2137). Para ulama bersepakat atas kewajiban seorang suami memberi nafkah isterinya, seperti yang dikatakan oleh Ibnul Mundzir, Ibnu Hazm, Ibnu Qudamah dan lainnya. 
Catatan: 

Tidak menjadi suatu kewajiban seorang suami, jika isteri menolak, atau keluarga wanita tersebut menghalangi suami untuk mendekati dan berhubungan dengan isterinya, hal itu lantaran kewajiban suami memberi nafkah sebagai timbal- balik dari manfaat yang diberikan si isteri. 
https://omakkauviral.blogspot.com/2018/08/wanita-boleh-sentap-jika-lelaki-buat-5.html 

26 Ogos 2018. 
Tak Senonoh!!!... Tertinggal anak di atas meja selepas kenyang makan. 
“Gempar! Dah kenyang makan ikan bakar, keluarga terlupa anak yang tertinggal ketiduran di atas meja!” demikian tweet pengguna Twitter yang viral di media sosial sejak malam tadi.

Teringat admin satu movie bertajuk The Game Plan tahun 2007. Dimana pelakonnya The Rock tertinggal anak yang bernama Peyton di dalam sebuah kelab malam.

Menurut Rizarul (@rizarul), kejadian itu berlaku di Medan Ikan Bakar Alai, Melaka dan beliau sendiri tidak menyangka insiden seperti ini boleh berlaku.

“Biasanya orang tertinggal handphone, wallet, sampah sarap, dulang + bekas makanan. Tetapi kali ini tertinggal anak woii!!” tulisnya.

Bagaimanapun kes itu selesai apabila keluarganya berpatah balik mengambil semula anak mereka yang tertinggal.

“Baru dapat call dari parents, baru perasan anak dia tertinggal. Kes selesai, bapanya datang ambil,” tulisnya.

Ibu bapa dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan tidak ralit dengan perkara lain sehingga terlupa pada anak sendiri. Semoga menjadi pengajaran kepada semua.

https://omakkauviral.blogspot.com/2018/08/tak-senonoh-tertinggal-anak-di-atas.html

25 Ogos 2018 
Kisah: Pengakuan isteri yang suaminya kedekut. 
Assalamualaikum min, aku dalam proses cerai dengan suami. Anak2 dia tak bagi kat aku. Takpe Allah maha besar. Dan takpe aku tau dia bapa yang baik 

Suami gaji 10k sebulan tapi bagi duit belanja sebulan rm10 saja-Allahu xcukup sangat

kami da kawen 10tahun. Aku kawen awal. Aku da terlalu penat. Takde dah kemanisan dalam perkahwinan kami. Sebab apa? Aku bukan nak aib kan dia.

Tapi aku da takde pendengar setia da. Kawan baik aku da meninggal. Mak aku yg dulunya pendengar setia aku pon pergi tinggalkan aku. Aku rindu dia min.. aku mengasuh anak orang. Sebulan 400. 150aku bayar wifi. 50 line hp aku.

100 susu anak dan buat minyak amik anak balik dan pergi sekolah, 100 lagi aku bayar bil elektrik sebab suami kata adik aku duduk dengan ktorg. Gaji suami aku dekat 10k sebulan (oil&gas). Nafkah aku takde sebab dia da beli lauk, byr kereta, byr rumah, motor.

Xpela.. selain dari mengasuh anak orang, kerja aku dari pukul 6pagi smpai 6.15petang amik anak sekola dan hntar anak sekolah. kadang2 tu sarapan pon aku tak sempat.

Xpela demi anak2.. minyak kereta aku jarang mintak sebab kalau aku mintak mesti dia marah dulu lepastu dia hulur rm10. Perjalanan aku dari rumah ke sekola anak makan 20minit.

Tu yang sekola rendah. Kalau yang tadika dalam 10minit pergi balik. Ko rasa cukup ke rm10 minyak tu min? Bila aku penat aku mengadu kat dia, dia ckp kerja dia lagi penat.

Cuba aku pergi kerja dan dia duduk rumah urus anak. Astagfirullah aku makan hati min.. aku bukan nak mengeluh.

Tapi apa salah kau dengar luahan aku. Bila aku sakit, aku luah yang aku sakit takot nak pergi klinik. Dia ckp kalau takut jangan ckap. Menyampah dengar. Ya Allah   .. min, aku da terlalu penat.. aku ckp dengan dia baju anak2 da koyak2.

Dia ckp kan banyak lagi. Aku yang uruskan anak2. Baju dorg. Aku tau.. oh yea, aku da 2 hari tinggalkan rumah.

Bila aku balik sekejap tengok anak2, kalau dulu masa aku ada sarapan anak2 g sekola pon takde. Sekarang sarapan tersedia, baju anak berganti… dah terlalu lama aku makan hati.

Aku ada bagi dia peluang. Tapi dia ckp aku yang tak paham dia. Egonya dia min.. min doakan urusan penceraian aku dipermudahkan. Bukan aku xfikirkan anak2. Dan bukan aku pentingkan diri. Tapi aku takut lama2 aku mental dan buat bukan2. Kepada suami ku, kalau kau baca ni. Ketahui la aku da terlalu penat. Aku tak sempurna. Duhai anak2 ingatla anak2 ibu tetap di hati ibu. Tq admin.

Ni jalan terakhir aku min.. aku xkerja. Xde duit. Puas da aku pikir apa jalan teebaik.. ya Allah min.. aku xmampu da.. aku penat

Aku takde siapa2 da min.. kawan2 aku xde.. mak ayah xde.. aku cuma da xmampu hidup dengan ego lelaki.. aku sakit min 
Kredit : zaudinsaad.blogspot.com
https://omakkauviral.blogspot.com/2018/08/kisah-pengakuan-isteri-yang-suaminya.html

Tidak rasmi: HARAPAN pertahan Seri Setia Dan Belakong
PRK SERI SETIA | Kiraan Malaysiakini mendapati calon pakatan Harapan (HARAPAN) Halimey Abu Bakar berjaya mempertahankan kerusi Seri Setia.

SPR sebelum ini mengumumkan jumlah keluar mengundi adalah 44 peratus, bererti calon yang berjaya mendapat 11,768 undi akan meraih kemenangan.

Setakat ini, HARAPAN sudah berjaya mendapat 12,525 undi.

Calon PAS Dr Halimah Ali setakat ini mendapat PAS 8,804 undi.

Tidak rasmi: DAP pertahan Balakong, MCA tertinggal jauh
8 Sep 2018, 7:13 pm (Dikemaskini 8 Sep 2018, 7:15 pm)

PRK BALAKONG | Pakatan Harapan (HARAPAN) berjaya mengekalkan kemenangan di Balakong. Undi yang diterima calonnya Wong Siew Ki telah melepasi jumlah yang diperlukan untuk menang.

Ketika kemas kini ini ditulis, HARAPAN telah mendapat 18,812 undi berbanding 2,983 undi untuk MCA.

Menurut SPR, peratus keluar mengundi di sana adalah 43 peratus. Jumlah layak mengundi pula 62,219.

Ini bermakna DAP telah mendapat lebih separuh daripada anggaran 26,765 undi pada PRK ini.

Dengan hanya 11,000 undi yang belum dikira, mustahil untuk MCA mengejar walaupun semua undi itu memihak kepadanya.
at 9/08/2018 09:10:00 PTG
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/09/tidak-rasmi-harapan-pertahan-seri-setia.html
KERENGGA: Tidak rasmi: HARAPAN pertahan Seri Setia Dan Belakong

SU Politik Azmin sangkal tuduhan Rafizi
N Faizal Ghazali 

Setiausaha Politik Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Hilman Idham menyangkal dakwaan Rafizi Ramli bahawa menteri hal ehwal ekonomi itu pernah meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tidak bertanding jawatan presiden pada pemilihan PKR tahun ini.

Berucap dalam program Reformasi 20 tahun di Kota Bharu semalam, Rafizi mendakwa ia bagi memberi laluan kepada Azmin sendiri untuk memimpin parti itu.

Menjawab dakwaan itu, Hilman berkata Azmin sememangnya ke Turki ketika Anwar menjalani pembedahan baru-baru ini tetapi ia atas arahan Anwar sendiri.

"Tiada siapa yang dibenarkan berjumpa Anwar semasa dan selepas pembedahan kecuali ahli keluarga. Selain itu hanya Azmin yang dibenarkan berjumpa.

"Jika Azmin yang beria-ria mahu berjumpa Anwar (untuk memintanya tidak bertanding), tentulah Anwar tak akan izinkan dia untuk menemuinya... Apa yang dikatakan Rafizi itu mustahil," kata Hilman (tiga dari kiri) ketika dihubungi Malaysiakini.

Semalam Rafizi mengecam Azmin kerana sanggup berbuat demikian ketika Anwar dalam proses pembedahan.

"Dia pergi ke Tukri untuk jumpa Anwar sendiri. Anwar tengah nak menjalani pembedahan dia boleh pergi jumpa dan kata, Datuk Seri (Anwar) tak payah bertandinglah biar saya jadi presiden parti.

"Kalau cerita ini tak betul saya tidak sebut," katanya dalam program itu yang merupakan sebahagian daripada kempen pemilihan kem "Reformasi 20 tahun" yang diketuainya.

Rafizi berkata beliau mendedahkan cerita itu bagi menjawab tohmahan segelintir pihak termasuk pemimpin PKR terhadap mereka yang mempersoalkan kesetiaan Azmin kepada Anwar.

Selain Rafizi, Anggota Parlimen Kapar Abdullah Sani Abdul Hadi juga menyerang Azmin sebelum ini yang menurutnya terlibat dalam komplot Tun Daim Zainuddin untuk menghalang Anwar menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.

Dalam pada itu, Hilman yang juga ADUN Gombak Setia meminta Rafizi tidak lagi menggunakan nama pemimpin dan mengadu-domba dalam kempennya.

"Sebagai calon timbalan presiden beliau patut berdiri atas kaki sendiri dan mengemukakan tawarannya kepada anggota. Tak perlu petik nama pimpinan.

"Ia tak akan menjadikan PKR sebagai parti yang kuat selepas pemilihan nanti," katanya lagi.

at 9/08/2018 08:57:00 PTG
KERENGGA: SU Politik Azmin sangkal tuduhan Rafizi
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/09/su-politik-azmin-sangkal-tuduhan-rafizi.html

29 Ogos 2018. 
Harga melampau-lampau maggi ketam RM120 semangkuk. 
Maggi Ketam
Harga Melampau-Lampau Maggi Ketam RM120 Semangkuk | Ketam mungkin diimport dari USA tak pun dari Britain dan negara-negara yang currency yang tinggi. Ni memang tahap kapak melampau-lampau. Bukannya restoren 5 bintang kot.

Bengangnya kalau kena tipu dekat kedai makan dan kena bayar harga yang tak masuk akal!

Seorang individu telah berkongsi pengalaman di Twitter kena tipu di kedai makan masa beli Maggi Ketam dekat Pantai Cahaya Bulan (PCB).
Sumber: Twitter  
Sumber: Twitter 
“Kedai takde air”
 Sumber: Twitter 
Individu tersebut ingin membuat pesanan Maggi tomyam tetapi peniaga tu beritahu di kedainya tiada air. Semua kedai tak boleh masak Maggi tomyam. 
Sumber: Twitter 
Peniaga tu bagi solution, suruh order Maggi ketam je sebab kuahnya dah sedia ada berbanding Maggi tomyam yang tak dapat dibuat. Terkejut total harga RM120! 
Sumber: Twitter  
Sumber: Twitter 
Rupanya penjual memang selalu tipu 
Sumber: Twitter 
Apabila diceritakan kepada bapanya, rupanya peniaga di situ memang dah biasa tipu pelanggan untuk membuat pesanan makanan yang mahal. Ya Allah! 

Individu itu juga memberitahu dia langsung tidak bertanya lebih dan hanya membayar jumlah yang dinyatakan. 
Sumber: Twitter 
Orang ramai yang baca tweet ni pun ada yang terperanjat dan ada juga yang mengatakan harga seperti itu adalah standard bila makan Maggi ketam di PCB.
Sumber: Twitter 
Sebagai pelanggan nampaknya kita kena lebih berhati-hati lepas ni. Tanya harga dulu tau! Takut kita pulak jadi mangsa. 
Harga Melampau-Lampau Maggi Ketam RM120 Semangkuk ~ OMAK KAU VIRAL
https://omakkauviral.blogspot.com/2018/08/harga-melampau-lampau-maggi-ketam-rm120.html
#maggiketam
#kpdnkk

30 Ogos 2018. 
Cerita sebenar sepuluh hari sebelum Merdeka komunis menyamar jadi penoreh cuba halang Peristiharan Merdeka. 
Cerita Sebenar 10 Hari Sebelum Merdeka Komunis Menyamar Jadi Penoreh Cuba Halang Pengisytiharan Merdeka
Tahu ker tidak tahu cerita ni? Kalau tak tahu admin nak cerita ni. Semua tahu, pengisytiharan kemerdekaan negara dilaungkan pada tanggal 31 Ogos 1957, tapi tak ramai tahu pasal peristiwa yang berlaku 10 hari sebelum negara kita mengecap kebebasan dari penjajah. 
Sumber: Utusan 
Askar komunis merangka serangan hendap 

Tanggal 20 Ogos 1957, seorang pegawai tentera dikenali sebagai Leftenan Hassan Osman merupakan individu yang dipertanggungjawabkan bertugas menjaga keamanan Tanah Melayu pada ketika itu. 

Platun 12 Kompeni D 5 Regimen Askar Melayu Diraja (RAMD) waktu tu ditugaskan untuk membuat pengawasan di kawasan rondaan Kompeni C, 6 RAMD kat Rawang. Platun ni membuat risikan teliti pergerakan komunis yang waktu tu sedang merangka serangan hendap terhadap majlis pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu. 
Sumber: Blog 
Leftenan Hassan merisik pergerakan komunis 

Sebaik sahaja dapat maklumat tu, Leftenan Hassan terus minta kebenaran untuk melakukan risikan demi menggagalkan usaha komunis ni. Lepas tu Hassan dan anggotanya terus pergi ke Ladang Getah Waterfall untuk meninjau pergerakan komunis. Ternyata memang wujud pergerakan komunis kat situ. 

Selesai je buat persiapan, Hassan dan anggotanya bersedia untuk membuat serangan hendap melalui kawasan berpaya pada 21 Ogos 1957, 10 hari sebelum merdeka. 
Sumber: Facebook 
Halang askar tembak komunis wanita 

Lepas tinjauan awal dorang nampak kelibat seorang komunis wanita menuju ke kawasan serang hendap. Hassan melarang tembakan dilepaskan sebab takut komunis lain perasan. 

Tak lama lepas tu muncul pula seorang komunis lelaki bergerak ke kawasan paya nak basuh muka. Bila tengok jumlah komunis yang sikit, Hassan jadi tak senang duduk sebab dia rasa ada ramai komunis kat situ. So dorang mengekori dua komunis tu. Tengok-tengok komunis tersebut pergi jumpa seorang rakan yang membawa beg dan senjata yang ditinggal di pangkal pokok kat lereng bukit. 
Sumber: Blog 
Nampak komunis berpakaian macam penoreh getah 

Jadi dorang terus ekori komunis tu dan nampak sekumpulan lelaki berpakaian seperti penoreh getah menuju ke arah komunis tu. Bimbang sesuatu yang tak elok menimpa penoreh getah berkenaan, Hassan melepaskan tembakan kepada salah seorang komunis. 

Dua orang komunis tadi terus melarikan diri tinggalkan barang-barang dorang kat lereng bukit. Kumpulan penoreh getah tu pun tiba-tiba melarikan diri. 
Sumber: Blog 
Komunis menyamar jadi penoreh nak hadir mesyuarat sabotaj pengisytiharan merdeka. Bila tengok penoreh getah tersebut turut melarikan diri, barulah Hassan sedar yang dorang tu bukan penoreh getah tapi pemimpin komunis dari seluruh Tanah Melayu! 

Dorang datang untuk menghadiri satu mesyuarat berkenaan cubaan mensabotaj pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu. Bila Hassan memeriksa barang-barang yang ditinggalkan, dia terjumpa bekalan makanan, barang kemas, duit dan dokumen bertulis yang mengandungi rancangan komunis untuk menggagalkan majlis pengisytiharan merdeka. 
Sumber: Utusan 
Dengan penemuan barang-barang ni, 35 orang pengganas yang cuba membuat onar 10 hari sebelum pengisytiharan kemerdekaan berjaya ditangkap. Tak dapat bayangkan kalau misi komunis ni berjaya…. 

Selamat menyambut hari kemerdekaan ke-61, Sayangi Malaysiaku! 
#komunis 
#merdeka 
DAHSYATVIRAL  
“Nak celebrate merdeka tapi orang asli ditindas…”
https://omakkauviral.blogspot.com/2018/08/cerita-sebenar-10-hari-sebelum-merdeka.html

Saturday, September 8, 2018
KISAH DUA HARI SATU MALAM DI TAMAN NEGARA, PAHANG.
Pada 5 dan 6, September yang lalu saya dengan kawan-kawan saya yang senasib  seramai 3 orang lagi telah bersepakat untuk memancing di Taman Negara. Ada banyak syarat yang perlu dipatuhi untuk memancing di sini. Anda boleh dapatkan maklumat tentang syarat dan peraturan di laman agensi yang berkaitan. Namun begitu urusannya sungguh mudah. Bot untuk sehari sewanya cuma RM350.00 dan dibayar selepas balik dari memancing di sebelah petangnya. Kami cuma dibenarkan memancing di antara jam 9 pagi hingga 5 petang sahaja.

Rumah tetamu pula, dibayar selepas kita sampai dan masuk di dalamnya. Kunci dilekatkan di tombol pintu. Kami sampai kira-kira 4 petang dan cuaca masih lagi panas berbahang. Terasa nyaman bila memasukinya kerana tuan rumah sudah pun buka airkon sebelum kami sampai. 

Tempahan rumah tetamu seperti tempahan bot juga tidak perlu bayar apa-apa duit muka, deposit atau pendahuluan. Semua urusan dibuat secara dalam talian atas dasar saling mempercayai antara satu sama lain. Tetapi bukan saya yang uruskan. Salah seorang kawan saya yang uruskan. Segala yang dirancang berjalan seperti yang dinginkan. Perjalanan dengan kereta dari Kuala Lumpur juga lancar. Kami cuma singgah sekejap di Temerloh untuk makan tengah hari lauk ikan patin di sebuah kedai di tepi sungai Pahang. 

Gambar 1: Kita menginap di rumah tetamu ini. Walaupun kita tetamu tetapi tetap juga kena bayar RM150.00 semalam.
Gambar 2: Setiap kali pergi  memancing, mesti kereta menantu pak mertua saya yang kena. Mentang-mentanglah kereta ni dah lama.
Gambar 3: Ruang di dalam rumah tetamu yang luas dan bersih sebelum ia menjadi tunggang langgang. Ada 3 katil bujang dan sebuah katil saiz queen di sediakan dengan 2 bilik mandi dan 2 tandas. Sungguh selesa.
Gambar 4: Rumah tetamu yang kita duduk ni betul-betul berhadapan dengan sungai Tembeling. Buka sahaja pintu kita akan menghadap sungai tersebut, tapi nak pergi ke sungai itu boleh tahan juga mata tangga yang perlu kita lalui. Kalau sakit lulut, lebih baik naik kereta kerana kereta memang boleh bawa sampai ke tebing sungai.
Gambar 5: Pada waktu pagi ketika kami hendak mudik sungai untuk ke tempat memancing, hujan turun dengan lebatnya. Mujur ia beransur-ansur reda dan bila kita mula memancing ia berhenti sepenuhnya. Kalau tidak, rumit juga nak mancing dalam hujan ni.
Gambar 6: Bot yang kami sewa dikendalikan oleh seorang jurumudi dan seorang lagi menjaga di depan. Memang selesa kami naik 4 orang.
Gambar 7: Sebuah 'port' tempat kami memancing. Kelihatan di belakang sana sebuah bot yang membawa pelancong menghilir sungai. Kehadirannya berjaya memecah ketenangan dan menakutkan ikan.
Gambar 8: Kelihatan sebuah lagi bot yang membawa pelancong Mat Saleh dari luar negara  yang datang beribu batu ke Malaysia semata-mata ingin menikmati keindahan flora fauna anugerah Allah. Mana-mana rakyat Malaysia yang belum sampai ke sini, eloklah datang. Pasti anda nak datang lagi.
Gambar 9: Ini adalah antara ikan yang berjaya saya naikan. Namanya baung. Yang saya tunjuk ini ikan yang tidak besar. Yang lain-lain pun kecil juga. Ikan yang besar-besar tak berani nak makan umpan kerana terganggu oleh bot membawa pelancong yang lalu lalang tak henti-henti. Saya rasa kesibukan trafik di sini mengalahkan LEKAS.
Gambar 10: Pemandangan sebahagian jajaran LEKAS yang saya lalui dalam perjalanan balik ke rumah.
Dipendekkan cerita kami bertolak balik kira-kira jam 6 petang menuju Gombak, tempat pertemuan kami sebelum bertolak.  Dari Gombak saya memandu sendirian balik ke Seremban melalui LEKAS. Kenderaan hala ke Seremban macam tak ada. Seram pulak rasanya. Sampai rumah kira-kira jam 12.20 pagi. Syukur alhamdulillah selamat saya pergi dan kembali semula ke rumah dengan membawa seribu kenangan dan keletihan yang melampau.

Nota kaki: Muka penulis sengaja dikaburkan kerana dia terlupa nak pakai mekap.
Posted by al-lavendari at 12:13 PM
KomenSen: KISAH DUA HARI SATU MALAM DI TAMAN NEGARA, PAHANG.
http://al-lavendari.blogspot.com/2018/09/kisah-dua-hari-satu-malam-di-taman.html

12:41 PTG      Pejuang Perubahan 
Kerusi parlimen dikosongkan untuk Anwar minggu depan

Satu kerusi parlimen bakal dikosongkan minggu depan untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding bagi merealisasikan matlamat Penasihat PKR itu diangkat menjadi Perdana Menteri kelapan.

Perkara tersebut dinyatakan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dalam Ceramah Reformasi 2.0 yang diadakan di Tunjong, malam tadi.

Rafizi bagaimanapun tidak menjelaskan selanjutnya berhubung usaha itu sebaliknya meminta semua pihak bersabar untuk mengetahui kerusi mana yang dimaksudkan itu.

“Langkah pertama untuk menjadikan Anwar sebagai Presiden parti sudah selesai dan langkah kedua pula adalah untuk menjadikan Anwar sebagai ahli Parlimen.
“Saya nak beritahu, minggu depan akan ada satu kerusi parlimen dikosongkan untuk Anwar bertanding.

“Minggu depan Insya-ALLAH satu kerusi dikosongkan dan insya-ALLAH Anwar Ibrahim akan kembali ke Parlimen,” katanya.

Sehingga kini, hanya tiga kerusi sahaja iaitu Sungai Petani, Selayang dan Sungai Siput yang bersedia menawarkan diri memberi laluan bagi pengosongan kerusi parlimen tersebut.

Beliau berkata, pihaknya mempunyai dua kepentingan yang perlu diutamakan dalam agenda PKR iaitu menjadikan Anwar sebagai presiden parti dan ahli parlimen serta perdana menteri kelapan.

“Kami duduk berbincang dengan Anwar, datuk seri jangan ambil mudah. Ingat orang luar dan dalam akan bagi ruang. Tidak cukup jadi ketua umum,”katanya dipetik Sinar Harian.
mdl
Panas!! Kerusi parlimen dikosongkan untuk Anwar minggu depan ~ AGEN PERUBAHAN ®
http://agendsai.blogspot.com/2018/09/panas-kerusi-parlimen-dikosongkan-untuk.html

Bekas orang kuat Jamal, Mejar Razali sertai AMANAH
Faisal Asyraf 

Mejar (B) Razali Zakaria, yang pernah bersama kumpulan pelampau Baju Merah pimpinan Datuk Seri Jamal Yunos mengesahkan bahawa dirinya telah menyertai AMANAH dan bakal menerajui cawangan Cheras Baru.

Razali berkata surat untuk membuka cawangan dan senarai nama ahli jawatankuasa telah dikemukakan kepada jawatankuasa pusat bulan lalu.

Bekas Ketua Umnor Bandar Tasik Jaya itu berkata beliau kini menunggu surat kelulusan rasmi serta tarikh daripada jawatankuasa pusat untuk merasmikan cawangan itu.

"Buat masa ini saya telah mendapatkan kira-kira 50 orang (untuk menyertai AMANAH). Ada banyak lagi yang mahu menyertai tetapi saya meminta mereka untuk datang semasa pelancaran," katanya dalam satu mesej teks kepada Malaysiakini.

Razali berkata ini adalah selaras dengan janjinya untuk mempertahankan kerajaan Pakatan Harapan di bawah pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan berjanji akan mendapat lebih banyak ahli, khususnya dari Umno dan PAS untuk menyertai AMANAH.

Ditanya sama ada timbul sebarang bantahan ketika beliau merancang untuk menyertai parti itu, Razali berkata tidak ada bantahan tetapi sebaliknya beliau dialu-alukan.

Pada Jun lalu, Razali yang sering bersama Jamal dalam beberapa protes jalanan mengumumkan dirinya meninggalkan Umno pada satu sidang akhbar di Seremban.
at 9/07/2018 09:19:00 PTG
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/09/bekas-orang-kuat-jamal-mejar-razali.html

Friday, 7 September 2018
KENAPA TIDAK MAZLEE SENDIRI YANG MENGUNDUR DIRI?

Walaupun sudah beberapa hari berlaku, isu berkaitan kedudukan Mazlee Malik sebagai Presiden UIA masih lagi belum berakhir.

Secara umum, lebih banyak pihak melahirkan rasa tidak setuju dengan Mazlee sebagai Menteri Pendidikan dan dalam masa yang sama turut menjadi Presiden UIA.

Ia dikatakan bercanggah dengan manifesto Pakatan Harapan yang mahu memastikan universiti bebas daripada campurtangan  orang politik.

Meskipun pihak yang menyokong Mazlee cuba berhujah dengan mengatakan Anwar Ibrahim dan Najib Razak ketika menjadi Menteri Pendidikan dahulu turut memegang jawatan Presiden UIA, hujah itu sebetulnya tidak boleh dipakai sekarang. 

Ini kerana ketika itu adalah era UMNO, manakala sekarang pula era Malaysia Baru.

Lagi pun, apakah Pakatan Harapan masih mahu meniru UMNO yang sudah ditolak rakyat?
Bukankah Malaysia Baru perlu berbeza dengan UMNO?

Sementara di kalangan masyarakat terus wujud pro dan kontra berhubung perkara itu, Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, perlantikan Mazlee akan dikaji semula oleh kerajaan.

"Ramai yang beri pendapat. Kita selalu sensitif dengan pendapat orang ramai dan kita akan kaji semula. 

"Kita boleh ubah pendirian kita," tambah Tun Mahathir lagi.

Dalam waktu yang sama, Mazlee juga dilaporkan mahu mendapatkan nasihat Perdana Menteri berhubung kedudukannya itu.

Kata Mazlee, apabila dirinya sebagai Menteri Pendidikan dilantik sebagai Presiden UIA, beliau akan bekerja secara percuma tanpa gaji tetap, elaun atau kemudahan tertentu, manakala jika individu lain dilantik ke jawatan itu ia akan melibatkan hampir setengah juta ringgit bagi bayaran gaji dan elaun.

"Sebab itu, saya kena runding dengan pihak atasan - Sultan Pahang sebagai pihak yang melantik saya dan juga dengan Tun Mahathir," katanya lagi.

Kenapa Mazlee perlu susah-susah dan terus mahu menyusahkan Tun Mahathir?
Beliau perlu sedar bahawa masyarakat mahu Pakatan Harapan berbeza dengan kerajaan UMNO dahulu dan sebagai pemimpin, beliau perlu menggunakan kebijaksanaannya sendiri.

Janganlah dibangkitkan soal gaji, eluan atau alasan Anwar dan Najib juga pernah memegang jawatan itu kerana ia tidak relevan sebenarnya. 

Lagi pun, bukan hujah atau alasan itu yang mahu didengar oleh rakyat. 

Yang menjadi persoalan, kenapa tidak beliau secara sukarela menolak atau mengundur diri saja daripada jawatan itu?

Kenapa perlu mahu mendapatkan nasihat Tun Mahathir atau membiarkan kerajaan membuat keputusan mengenai dirinya?

Bukankah lebih wajar Mazlee sendiri tidak menyusahkan Tun Mahathir dan kerajaan dalam hal yang beliau sendiri boleh melakukannya dengan lebih mudah? 
(ShahbudinHusin 07/09/2018)
http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/09/kenapa-tidak-mazlee-sendiri-yang.html 

10 makanan seludup pilihan kaki wayang Malaysia
Butterkicap Team
Kaki wayang di Malaysia cukup pandai dalam membuat aksi-aksi ala-ala Ethan Hunt dalam Mission Impossible khususnya, menyeludup makanan luar yang ‘diharamkan’ oleh pihak pawagam kerana bertih jagung dan air berkarbonat tidak cukup untuk menghilangkan gian kunyah semasa menonton filem kegemaran anda.

Jadi, apakah antara makanan seludup pilihan kaki wayang ini? Adakah mereka lebih suka membawa makanan berat seperti nasi lemak mahupun burger atau lebih sukakan makanan ringan seperti keropok? Jawapan pada persoalan anda itu kami senaraikan di bawah:

1. Samosa

Bagi peminat filem Hindi, anda pasti akan berasa sangat lapar sepanjang 3 jam penuh drama, tangisan, lagu dan tarian. Popcorn saiz besar yang anda beli pun rasa tak cukup untuk menghilangkan rasa lapar yang menggigit perut.

Daripada hilang fokus untuk menghayati drama hindi yang sedang ditayangkan di depan anda, gigitlah beberapa ketul samosa ayam atau daging sambil berangan-angan menari keliling pokok dengan kekasih anda.

Ingat, bawa bekas ya untuk serdak-serdak samosa itu. Janganlah buat kerja jahat dan tinggalkan bukti pula!

2. Cekodok

Bagi mereka yang lapar semasa menonton wayang tapi tidak mahu makan sesuatu sehingga menjadi terlalu kenyang, anda pasti memilih untuk menyeludup snek-snek ringan seperti cekodok untuk dijamah sebagai kudapan.

Rasa pisang cekodok yang enak ditambah pula keasyikan mengunyah pasti membuatkan masa berlalu dengan pantas sehingga anda tidak sedar anda sedang menggigit jari anda.

3. Keropok Lekor

Makanan seterusnya yang selalu diseludup oleh kaki wayang ialah snek kegemaran ramai ketika menonton televisyen di rumah. Rasa keropok lekor yang liat-liat rangup ini cukup sesuai untuk anda melepaskan gian menggigit semasa melihat babak cemas atau suspens dalam filem yang ditayangkan.

4. Pisang Goreng

Antara snek seludup terbaik pilihan kaki wayang ialah pisang goreng yang rangup. Pisang goreng merupakan salah satu makanan seludup di pawagam kerana mudah dibawa, tidak berbau dan yang paling penting, boleh disembunyikan dengan mudah di dalam beg teman wanita anda.

Namun begitu, pastikan anda makan pisang goreng dengan mulut tertutup supaya tak mengganggu orang lain yang menonton filem bersama-sama dengan anda. Sudahlah tak beretika, tak senonoh pula itu!

5. Cucur Udang

Seperti cekodok, cucur udang disukai kaki wayang kerana tekstur cucur yang lembut dan panas membuatkan anda terasa seperti menonton wayang di rumah dan bukannya di panggung wayang. Kalau itulah suasana yang anda inginkan ketika keluar menonton filem, muat turun saja filem tersebut di rumah dan makanlah cucur udang anda di sana.

Kenapa? Kalau anda tidak bawa tisu, tangan anda yang berminyak akan meninggalkan kesan yang pasti membuatkan pengguna seterusnya berasa marah dan geram dengan anda.

6. Buah Potong

Jika anda sedang berdiet dan ingin mengurangkan berat badan anda, snek pilihan anda pastilah buah-buahan potong. Hilanglah sedikit rasa dahaga anda dek letusan jus semula jadi buah yang anda kunyah itu.

Kalau dah tahu nak buat kerja jahat, janganlah pula pilih buah-buahan berjus seperti tembikai untuk dimakan. Anda mungkin rasa kenyang, tapi kesan melekit yang anda tinggalkan tidak akan dihargai oleh pencuci mahupun individu yang duduk di tempat anda.

7. Sushi

Bagi golongan pencinta makanan Jepun, anda pasti tidak dapat berhenti makan sushi walau sesaat sekalipun termasuklah ketika menonton wayang. Oleh sebab itulah ada di antara anda yang memilih untuk membawa sushi masuk ke dalam panggung.

Ya, mungkin anda berfikir sushi makanan yang tidak mengotorkan tangan anda mahupun panggung tetapi bau ikan mentah yang datang dari sushi anda itu mungkin mengganggu konsentrasi pengunjung lain yang alah dengan ikan ataupun lapar.

8. Donat

Peminat makanan manis pasti sukakan makanan seludup ini. Donat yang berkrim dan enak tidak rangup sehingga mengganggu orang lain apabila anda menggigit donat yang dibawa tetapi ingat, krim yang ada di atas atau di dalam donat yang anda bawa itu.

Jangan terlalu asyik menonton filem sampai habis krim donat itu tercalit pada orang sebelah dan kerusi anda. Kalau anda membawa donat bergula, ingatlah untuk bawa bekas. Tiada sesiapa yang suka tikus merayap di kaki semasa mereka menonton wayang.

9. Takoyaki

Takoyaki merupakan pilihan seludup kaki wayang yang juga peminat makanan Jepun. Takoyaki yang bersaiz kecil, tidak begitu berminyak dan mudah untuk dimakan dianggap sebagai makanan yang paling bertimbang rasa dan tidak mengganggu sesiapapun.

Namun begitu, bau takoyaki yang kuat mungkin akan membuatkan tembelang anda pecah di pintu masuk dan menyebabkan anda terpaksa menderma takoyaki anda kepada abang tiket.

10. Roti dan pastri


Pilihan terakhir kaki wayang ialah roti dan pastri seperti sandwic untuk dinikmati di dalam panggung. Tak mengapa kalau anda bawa roti kering masuk ke dalam tetapi jika sandwic yang berinti basah seperti telur mayonis yang dipilih, makanlah dengan hati-hati. 

Pastikan telur yang anda guna dalam sandwic bukan telur busuk, ya. Jika tidak, ada pengunjung yang akan letakkan sandwic itu di kepala anda nanti. 

Itulah antara 10 makanan seludup pilihan kaki wayang di Malaysia. Saya pasti ada banyak lagi makanan yang dibawa masuk oleh kaki wayang ke panggung.

Satu sahaja pesanan saya. Jangan ingat kakitangan panggung tak tahu apa yang anda lakukan. Lebih baik beli sahaja makanan di kaunter panggung daripada menanggung kesedihan menderma makanan anda kepada abang-abang tiket. Artikel ini diterbitkan dalam butterkicap.comat 

9/08/2018 09:07:00 PG
KERENGGA: 10 makanan seludup pilihan kaki wayang Malaysia
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/09/10-makanan-seludup-pilihan-kaki-wayang.html


31 Ogos 2018. 
Jom Baca Empat Puluh aduan popular isteri terhadap suami. Nombor  lima belas paling win?
MARI BACA 40 ADUAN POPULAR ISTERI TERHADAP SUAMI NOMBOR 15 PALING WIN
Perkahwinan tak selalunya indah. Bak kata pepatah "kalau takut dilanda ombak jangan berumah ditepi pantai". Banyak sungguh aduan yang diterima oleh mahkamah syariah dan non government organization (NGO) berkenaan luahan rasa tidak puas hati golongan isteri terhadap suami.

1. Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak buat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia tidak boleh bimbing saya soal agama.

2. Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang hantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian.

3. Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di Sabah . Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik.Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan.Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya.

4. Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit saya.Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur semua di bahu saya. Dia cuma beri “benih” sahaja.

5. Suami mahu anak ramai dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi, belum pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu anak/tukar lampin. Kalau alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga.

6. Bapa tak pernah mengajar saya sembahyang dan puasa. Suami pun sama juga. Terpulanglah kepada saya nak dalami ilmu agama sendiri.

7. Ramai menuduh saya jahat apabila bercerai dahulu. Bekas suami memang nampak warak, tetapi siapa pun tidak tahu saya merana kerana suami mahu seks tiap2 malam dan suka liwat saya.

9. Suami tetap ‘mahu’ walaupun ketika saya datang bulan. Jika tidak dituruti dia mengancam mahu cari perempuan lain.

10. Saya dipukul suami ketika mengandung anak kedua dahulu kerana saya tidak mahu beri dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Dia penganggur dan gila main muzik sahaja. Duit tu dia nak beli gitar.

11. Bekas suami saya dahulu memang kacak, kaya dan berkedudukan. Namun, saya lebih rela bercerai kerana dia ketagih hubungan seks sesama jenis.

12. Saya rasa benar-benar terhina kerana suami mengabaikan keluarga apabila asyik bercinta dengan “maknyah”.

13. Hancur hati saya apabila terserempak suami memakai coli dan seluar dalam saya. Rupa2nya dahulu dia “maknyah” dan berkahwin dengan saya kerana menuruti kehendak emaknya.

14. Suami tidak pernah azan atau qamatkan kedua-dua anak kami sebaik sahaja dilahirkan dahulu.

15. Suami tidak mengaku anak lelaki bongsu zuriatnya, walaupun muka si anak 99.9% muka dia. Semua kerana suami cemburu sangat pada bos saya. Biarlah dia terus menfitnah saya kalau itu memberi kepuasan kepadanya.

16. Saya dah tak larat menasihati suami supaya sembahyang. Bulan puasa dia suruh saya masak macam biasa. Anak2 keliru melihat gelagat bapa mereka. Saya didik lain, si bapa tunjuk “contoh” lain.

17. Apabila marah, suami suka mengungkit setiap sen yang dibelanja untuk saya, sampaikan tambang haji saya ke Makkah yang dia bayarkan 3 tahun dahulu masih terus diungkit setiap kali bergaduh.

18. Suami tetap mahu saya masak macam biasa, hubungan seks 2-3 x seminggu dan rumah tidak boleh bersepah… walaupun saya sedang sarat mengandung.

19. Setiap kali mengandung, pandai2lah saya berjimat cermat untuk belanja bersalin. Apabila dah sampai waktu nak beranak, kemas kain baju sendiri, tahan teksi, pergi hospital sendiri. Jika nasib baik, suami jemput, kalau tidak pandai2lah saya balik rumah dengan anak.

20. Memang saya bengkak kerana suami sanggup memaki hamun saya depan anak kerana tidak memandu berhati2 sehingga kemalangan dan merosakkan kereta kesayangannya.

21. Siapa tidak sayang emak. Tetapi, saya tidak boleh tahan kalau suami sanggup bergolok-bergadai semata2 mahu penuhi hajat emaknya yg berselera besar. Duit gajinya tak pernah cukup sebab bayar hutang kad. Terpaksalah saya menyara anak2.

22. Kalau anak nak minta duit beli buku sekolah, suami asyik kata ‘takde duit’. Kalau nak beli joran dan umpan, ada pula. Saya perhatikan saja gelagat. Nak tengok sampai setakat mana ‘lemaknya’.

23. Suami gila beli nombor ekor. Biasanya, dia suka tulis angka 1-10,letak di dalam mangkuk buat cabutan. lepas tu kalau ada nombor yg mengena, 2-3 hari tak keluar bawak teksi.

24. Tabiat suami saya memang pelik. Kalau ada masalah saja mesti cari bomoh, lepas itu tanam macam2 jenis tangkal, mesti dia nak pergi ‘bersangkak’.

25. Sewaktu bercinta mmg saya tahu suami kaki judi tetapi dia berjanji nak berhenti lepas kahwin. Tak cukup gaji, barang kemas saya digadaikan. Orang datang tuntut hutang perkara biasa~pernah rumah kami dibaling tahi.

26. Ketika bapa meninggal dunia dulu, baru kami tahu dia ada 3 isteri lain dan anak masih kecil. Rupa2nya selama ini emak tahu arwah suka kahwin cerai di merata2 tempat. Emak tidak peduli, asal arwah tidak menganggu hidupnya.

27. 3-4 bulan suami ‘hilang’ itu perkara biasa. Kadang2 sampai setahun. Saya tak perlu cari kerana tahu mesti dia di Serenti. Biasanya, dia kena ’serkup’ waktu tengah tarik ganja dengan kawan.

28. Anak ke-3 kami terencat sedikit. Suami penagih kronik dan sekarang dah ada tanda2 HIV.

29. Suami saya memang warak. Sembahyang tak pernah tinggal. Tetapi, saya tidak boleh tahan panas barannya. Kalau marah, habis dibaling barang2 rumah. Kalau pukul, anak dibaling macam bola.

30. Pernah saya nasihat suami jangan suka terima rasuah. Dia degil. Mula2 cuma hamper, kemudian barang kemas. Akhir sekali duit berpuluh2 ribu. Apabila dia kena cekup polis saya nak kata apa? Terpaksalah saya sara anak sementara dia di dalam penjara.

31. Sejak berniaga, suami gila karaoke. Kononnya nak rai pelanggan. Kesudahannya dia yang sangkut dengan GRO Filipina di situ. Sekarang perniagaanya lingkup dan dia dah ikut perempuan Filipina tu balik negeri. Dengar khabar dah dapat anak luar nikah.

32. Dulu hidup kami senang juga. Tetapi, selepas suami kena buang kerja sebab ketagih dadah dan selalu ponteng kerja, terpaksalah saya kerja kilang nak sara anak2.

33. Kalau seronok beristeri muda, mengapa mesti nak banding2kan kehebatan si madu di ranjang dengan saya? Tak puas lagi menyakitkan hati saya selama ini?

34. Kami memang miskin. Saya buat macam2 benda untuk tambah pendapatan. Jualan langsung, buat kuih, jual nasi lemak, jaga anak orang, upah sembat baju kurung. Suami saya lain pula ceritanya. Malam jadi “jaga”.. siang dia kerja tidur atau melangut di kedai kopi.

35. Bab duit ringgit saya tak nafikan suami memang bertanggungjawab. Saya dapat banglo besar, kereta besar, belanja mewah. Tetapi jiwa saya kering. Suami sayang anak, tetapi masih membiarkan saya melihat “gigitan cinta” perempuan lain di badannya.

36. Pakcik saya memang hebat sewaktu muda. Kacak, bijak dan kerja besar. Isteri 2-3 orang, kekasih keliling pinggang. Anak ramai. Tetapi selepas pencen, dia papa kedana sebab duit KWSP habis bayar hutang. Kesudahannya, semua isteri minta cerai dan anak lenyap. Akhirnya dia mati seorang diri di katil hospital wad kelas tiga. Jenazahnya di urus abang saya dan pihak hospital.

37. Saya bekerja, suami bekerja. Tetapi, apabila pulang dari pejabat, suami terus capai kunci motor besarnya, merambu dengan kawan2 macam orang muda…sampai tergadai Maghrib dan Isyak. Tinggallah saya di rumah sorang diri terkial-kial menguruskan anak.

38. Walaupun sudah lama masuk Islam… mandi hadas? Saya masuk Islam kerana mahu kahwin dengan suami. Tetapi dia tidak pernah sekali pun beritahu saya perlu mandi hadas selepas bersetubuh atau datang bulan. Dia sendiri pun tak pernah buat.

39. Bagi saya perkahwinan sebenarnya lebih menguntungkan lelaki kerana mereka dapat buktikan kejantanan kepada kawan2 apabila isteri hamil, dapat pengurus tetap menjaga kain baju mereka, dapat tukang masak percuma, dapat joli lebih sebab isteri juga bekerja dan bantu sara keluarga serta dapat seks halal. Isteri dapat apa? Tugas bertambah dan silap haribulan berendam airmata…


40. Selepas 15 tahun berkahwin, rasa2nya gelaran saya sudah berubah. Dahulu ‘isteri’ sekarang ‘pengurus anak-anak’. Hubungan dengan suami amat dingin.Kami hanya bercakap pekara penting sahaja. Hubungan seks hanya 2-3 bulan sekali. Itupun saya yang ‘terhegeh-hegeh’ . Saya pelik benar kerana dia bukan kaki perempuan dan memang confirm tiada isteri lain.

https://omakkauviral.blogspot.com/2018/08/jom-baca-40-aduan-popular-isteri.html

tumpang sekole...?
nasi kandaq kedai mamak, anak mami juai pesemboq, lepaih baca jangan dok syiok, kalu-kalu SB jengok kot dapoq...

08 September 2018

3 persoalan tentang kerjasama PAS-MCA di Balakong... 
Related image

Image result for mca dan pas kerjasama
Jika tiga presiden terawal MCA; Tun Tan Cheng Lock, Tun Dr Lim Chong Eu dan Tun Tan Siew Sing masih hidup, mereka pasti terkejut dengan kerjasama antara MCA/Umno/PAS dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong bagi menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan mengembalikan rejim yang rasuah, salah guna kuasa dan tidak mempunyai rekod yang baik sebelum ini. 

Tiga soalan yang bermain-main di fikiran rakyat Malaysia adalah: 
Pertama: Mengapa PAS mahu membantu MCA di PRK Balakong. 

Pada PRU 9 Mei, calon dari DAP dan Pakatan Harapan Eddie Ng untuk DUN Balakong memperoleh 41,768 undi sementara calon PAS mendapat 6,230 undi dan calon MCA mendapat 5,874 undi. Ini menunjukkan bahawa calon PAS mendapat lebih undi berbanding calon MCA, meskipun kedua-dua mereka kehilangan deposit. 

Adakah calon MCA bertanding hanya untuk mengekalkan depostinya dalam PRK ini? 

Namun, yang menghairankan adalah mengapa Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang bimbang calon MCA berisiko kehilangan deposit pada PRK tersebut tanpa bantuan PAS, sehingga mengarahkan pemimpin kanannya seperti Setiausaha Agung PAS untuk berkempen bagi pihak MCA pada PRK ini? 

Adakah ini petanda bahawa kerjasama MCA/Umno/PAS akan terbentuk pasca PRU14? 
Kedua: Mengapa MCA meminta bantuan pemimpin Umno yang mengisytiharkan bahawa selepas PRU14, orang Melayu kononnya hilang kuasa politik, DAP kononnya adalah musuh orang Melayu dan Islam dan DAP kononnya mahu memansuhkan Institusi Raja-raja Melayu dan menubuhkan Negara Republik – membawa politik perkauman, agama, kebencian, ketakutan dan pembohongan yang tidak bertanggungjawab dan bahaya sehingga ke tahap yang lebih ekstrem daripada sebelum PRU lalu. 

Adakah pemimpin MCA bersetuju dengan kepalsuan dan pembohongan yang dilaungkan pemimpin Umno? Adakah pemimpin MCA berani menegur pemimpin Umno supaya berhenti menyebarkan penipuan atau menghalang mereka daripada hadir ke ceramah anjuran MCA di Balakong? 

Bagaimana pemimpin MCA boleh meminta bantuan pemimpin Umno yang mendakwa orang Melayu hilang kuasa politik tetapi dalam masa sama menuduh DAP meminggirkan kepentingan dan hak orang Cina di Malaysia? 
Image result for mca dan pas kerjasama
Ketiga: Mengapa MCA begitu terdesak sehingga perlu meminta bantuan daripada PAS untuk mengelak kehilangan deposit dalam PRK Balakong? 

Selain tiga presiden terawal MCA, Tun Tan Cheng Lock, Tun Dr Lim Chong Eu dan Tun Tan Siew Sing yang pastu terkejut dengan kerjasama antara MCA/Umno/PAS, terdapat enam lagi presiden MCA yang masih hidup. Adakah mereka menyokong kerjasama tersebut? Menarik untuk kita dengar pandangan mereka berhubung isu itu. - LKS 
Image may contain: 2 people, text
Afidavit Siti Rahayu bongkar kegiatan Najib dan Shafee... 

Afidavit (Akuan Bersumpah) yang ditandatangani pegawai Jabatan Peguam Negara, Siti Rahayu Mohd Mumzaini MENGESAHKAN pembayaran RM9.5 juta telah dibuat oleh bekas perdana menteri, Najib Razak kepada peguam Muhammad Shafee Abdullah melalui dua urusniaga bank pada 2013 dan 2014. 

Dalam afidavit berkenaan, dua cek telah dikeluarkan oleh Najib pada 13 September 2013 sebanyak RM4.3 juta satu lagi pada 14 Februari 2014 sebanyak RM5.2 juta melalui akaun bank AmIslamic Bank Berhad. 
No automatic alt text available.
Penerimanya telah dikenalpasti sebagai Muhammad Shafee Abdullah melalui dua keping cek penerimaan melalui akaun bank CIMB Bank miliknya pada 13 September 2013 bernilai RM4.3 juta dan satu lagi pada 17 Februari 2014 berjumlah RM5.2 juta. 

Afidavit itu dibuat sebagai maklum balas kepada rayuan Anwar Ibrahim di Mahkamah Rayuan mengenai kes liwatnya yang telah mendapat pengampunan diraja. 

Anwar ketika perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhujah beliau dinafikan perbicaraan yang adil kerana pihak pendakwaan menerima bayaran daripada Najib, yang juga pencabar politiknya. 
No automatic alt text available.
Anwar dalam suatu kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya berkata beliau menerima afidavit tersebut yang menyertakan keterangan mengenai bayaran RM9.5 juta itu. 

"Pelantikan seorang pendakwa raya bukanlah amalan biasa bagi peguam negara, dan lebih ganjil lagi bila yang dilantik itu seorang kenalan rapat Najib, yang terlibat secara material di dalam kes tersebut. 

"Shafee juga menjadi saksi kejadian konspirasi terhadap saya yang berlaku di dalam kehadiran Najib, yang membuatkan kedua-dua pihak ini berkemungkinan menjadi saksi.
Image may contain: text
"...Shafee telah menerima RM 9.5 juta dari akaun peribadi Najib sewaktu beliau bertugas sebagai pendakwa raya dalam rayuan kes saya menghancurkan kredibiliti beliau sebagai seorang agen Jabatan Peguam Negara yang tidak berat sebelah," kata Anwar. 

Anwar pada tahun 2010 dituduh dan dibicarakan atas dakwaan kononnya meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan. 

Saiful, sebelum menuduh Anwar meliwatnya, telah secara peribadi bertemu dengan Najib. Bekas perdana menteri pada waktu itu berkata Saiful bertemu dengannya untuk membincangkan biasiswa. 
No automatic alt text available.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Anwar daripada salah laku tetapi pihak pendakwaan merayu kes itu di Mahkamah Rayuan, kali ini dengan Shafee ditugaskan sebagai pendakwa raya luar. 

Mahkamah Rayuan telah menolak keputusan pembebasan Anwar pada tahun 2014 dan Mahkamah Persekutuan menegaskan keputusan itu sekali lagi pada Februari 2015. 

Anwar kemudiannya dipenjarakan dan dibebaskan pada Mei tahun ini, berikutan pengampunan diraja selepas perubahan kerajaan persekutuan. - f/bk 
Not to prosecute Anwar but to fix him. Shafee was at Najib's house when Saiful met Najib. 

Who did Shafee pay from the RM9.5 million he received from Najib? 

Story kat SINI dan SINI  
Image may contain: 1 person, text
Ram Thru Toll Gates – Ahmad Maslan Should Be Arrested For Instigating Violence and Even Terrorism... 

After 4 months of silence since the spectacular defeat of Barisan Nasional (BN) coalition government, UMNO warlord Ahmad Maslan re-appears from his hideout. And boy, he hasn’t lost his shine as a joker. As usual, he spoke faster than his grey cells could process. If the police really do their jobs, he would be in trouble for instigating violence, even terrorism. 

Today, Mr. Maslan shares yet another great idea on how to avoid paying tolls. Campaigning for MCA (Malaysian Chinese Association) for the Balakong by-election, he proudly told a crowd of 50 people – “They (new government) said they want to stop toll collection. Did they? I hope there are those among us who are brave. Ram through the tollgate. Anywhere. Drive through the boom barrier.” 

He told voters who are unhappy with the Pakatan Harapan coalition government’s failure to abolish tolls to take the law into their own hands. Amusingly, at the same time he cowardly said – “If you are arrested, don’t look for me. You have to answer it. How will you do it? You have to figure that out. If anything happens, you might be arrested and brought to court.” 

Perhaps Ahmad Maslan still thinks he’s amongst the smartest within UMNO party, considering his new boss UMNO President Ahmad Zahid Hamidi spoke very little English. After all, this is the guy who boastfully told all and sundry he was the top student out of 177, with a CGPA of 3.85, when he studied for his MBA at Universiti Kebangsaan Malaysia. 

However, he can easily be charged for instigating or inciting violence for urging the people to smash into toll gates. Heck, he could even be investigated and charged for terrorism. Maslan may think it was a joke but his suggestions could be misinterpreted by radicalized and extreme individuals as an endorsement to carry terror attacks on public properties. 
Balakong By-Election - MCA Wee Ka Siong and UMNO Ahmad Maslan
Had Mr. Maslan issued such statement in the United States, he would have been arrested and grilled by FBI for potentially planning to conduct terrorism on American soil. Last year, Sayfullo Saipov, a 29-year-old from Uzbekistan who came to the United States in 2010, drove a rented Home Depot truck into a pedestrian and bike path in Lower Manhattan, killing eight people and injuring 11.

The method of attack mimics other ISIS-directed and inspired attacks around the world in recent years, including in Nice, France, and London. To a radicalized terrorist, there’s not much difference between ramming a car through toll gates and slamming a vehicle into a crowd of people. It does not need a decade of complicated planning to pull off an attack.

All you need is a car, truck, or van, a crowd of people, and in the case of Ahmad Maslan – persuasion, encouragement or endorsement to kill. That is why vehicles have become the terrorists’ weapon of choice in recent years. On July 14, 2016, a Tunisian-born French resident drove a 19-ton truck through crowds celebrating Bastille Day in Nice, murdering 86 people and injuring hundreds more

Already, UMNO extremists and racists such as Tajuddin Abdul Rahman has been spewing hatred among Malay-Muslims that Chinese, Christians and Communists have essentially taken over the power of the country. Ahmad Maslan’s idea of ramming a car through toll gates could easily misunderstood and add fuel to fire of extremism – sparking very dangerous consequences. 
Related image
Known as the “fried rice” minister, Maslan is same guy who had previously lectured people who couldn’t make ends meet due to GST (goods and services tax) to cook at home to avoid the tax. To prove his formula actually works, the former deputy international trade and industry minister had even demonstrated how he did it at home – happily fried rice and posted on social media.

He had argued that people like Mahathir (then in the opposition camp) don’t understand GST for suggesting that the tax was bad. Maslan was adamant that everything under the roof will be 4% cheaper because mathematically, the 6% GST was 4% lesser than 10% SST (sales and service tax). What a genius MBA graduate from Universiti Kebangsaan Malaysia.

This half-past-six UMNO leader is also the same person whose solution for the 32-million populations who had problem putting food on the table to work two, three or more jobs. Using himself as an example, Ahmad Maslan proudly claimed that he actually had three jobs – as a MP (Member of Parliament), deputy minister and (political party) UMNO information chief.

In reality, Ahmad Maslan is nothing but an UMNO coward who is both frustrated and confused for losing power after 61 years in power. Besides Mas Ermieyati Samsudin (former Deputy Minister of Tourism and Culture) who had received RM50,000 and Shahrir Samad (RM1 million), Maslan reportedly received RM2 million from Najib – money that could be linked to 1MDB scandal. - ft 
Image may contain: 2 people, text

Image may contain: 2 people, text

Image may contain: people sitting
Hangpa tengah dok main fb/wassup ke? Orang tua umoq 93 ni tengah kerja lagi ni... 
cheers. 
http://alditta.blogspot.com/2018/09/3-persoalan-tentang-kerjasama-pas-mca.html

SATURDAY, SEPTEMBER 08, 2018

10 positive phrases for customer service 

PKR kosongkan kerusi untuk Anwar minggu depan
N Faizal Ghazali

Satu kerusi parlimen yang dimenangi PKR pada pilihan raya umum lalu akan dikosongkan pada minggu depan untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke parlimen.

Perkara itu diumumkan calon timbalan presiden PKR, Rafizi Ramli sambil menegaskan bekas timbalan perdana menteri itu akan kembali ke parlimen dalam masa terdekat.

"Saya nak beritahu, minggu depan akan ada satu kerusi parlimen dikosongkan untuk Anwar bertanding.

"Minggu depan Insya-Allah satu kerusi dikosongkan dan insya-Allah Anwar Ibrahim akan kembali ke parlimen," katanya ketika berceramah di program #Reformasi20Tahun di Kota Bharu, malam tadi.

Rafizi yang juga Naib Presiden PKR berkata, beliau tidak kisah dengan segelintir anggota parlimen partinya yang tidak mahu memberi laluan untuk Anwar kembali ke parlimen kerana masih ramai yang sudi.

Bekas anggota parlimen Pandan itu berkata, jika pemimpin seperti penyandang Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dan Timbalan Presiden Datuk Seri Azmin Ali enggan memberi laluan ia tidak menjadi masalah.

"Zuraida tak nak bagi (kerusi) tak apa, Azmin tak nak bagi tak apa. Ramai lagi orang lain yang sanggup beri laluan," katanya.

Tambah Rafizi, pihak mempunyai dua kepentingan yang perlu diutamakan dalam agenda PKR iaitu menjadikan Anwar sebagai presiden parti dan anggota parlimen serta perdana menteri kelapan.

"Kami duduk berbincang dengan Anwar, datuk seri jangan ambil mudah. Ingat orang luar dan dalam akan bagi ruang. Tidak cukup jadi ketua umum.

"Kita susun yang pertama pertandingan dan pemilihan kali ini Anwar jadi presiden parti," katanya.

at 9/08/2018 02:41:00 PTG
KERENGGA: PKR kosongkan kerusi untuk Anwar minggu depan
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/09/pkr-kosongkan-kerusi-untuk-anwar-minggu.html

Saturday, 8 September 2018
ALAHAI MENTERI PENDIDIKAN.....

Semacam ada yang tidak kena dengan Menteri Pendidikan, Mazlee Malik sejak beliau memegang jawatan itu.

Selain beberapa kontroversi sebagai Menteri Pendidikan sebelum ini, beliau seperti sengaja menempah satu lagi kecaman ramai apabila bersetuju menerima perlantikan sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia atau UIAM.

Mempertahankan perlantikan itu, Mazlee berkata kedudukannya itu tidak melibatkan sebarang pembayaran gaji dan elaun, malah menjimatkan duit universiti berbanding jika orang lain yang dilantik yang memerlukan bayaran gaji dan elain berjumlah hampir setengah juta ringgit.
Ini bukan soal gaji, elaun atau berapa banyak wang universiti dapat dijimatkan, tapi Malaysia Baru mesti dinampakkan berbeza dengan era BN dahulu.

Alahai YB Dr. Mazlee....janganlah guna hujah yang lebih kurang macam Ahmad Maslan?

Sebelum kecoh-kecoh berkaitan dirinya sebagai Presiden UIAM, Mazlee juga telah melantik Penasihat khasnya di Kementerian Pendidikan, Wan Saiful Wan Jan sebagai Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau PTPTN.

Yang lebih menarik, demi mewajarkan perlantikan itu, beliau berkata, Wan Saiful yang kalah bertanding di Parlimen Pendang dalam PRU14 lalu dilantik sebagai Pengerusi PTPTN kerana orang lain tidak mahu jawatan tersebut.
Kahkahkah....bagaimana Mazlee tahu orang lain tak mahu jawatan itu?

Adakah pernah ditawarkan kepada orang lain sebelum ini?

Sekali lagi...alahai....

Satu lagi perlantikan di bawah kementerian Mazlee yang turut menjadi bualan ramai ketika ini ialah apabila Setiausaha Politiknya, Mohd Nizam Morad dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah, Universiti Utara Malaysia atau UUM bermula 1 Ogos lalu.

Tidakkah dengan Setiausaha Politik  Menteri Pendidikan duduk dalam Lembaga Pengarah UUM ia merupakan satu bentuk campurtangan politik dalam hal ehwal universiti?
Apa pula agaknya kewajaran Mazlee berkaitan Setiausaha Politiknya itu menjadi Ahli Lembaga Pengarah UUM?

Turut menjadi bualan ramai ialah berhubung perlantikan Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani sebagai Naib Cancelor UUM bermula 26 Ogos lalu kerana beliau dikatakan baru saja mendapat gelaran Profesor, selain perlantikannya dilaporkan kerana pengaruh Mohd Nizam.

Untuk kali yang ketiga....alahai Mazlee, belum setahun jadi menteri dah macam-macam hal celaru yang berlaku.


Tak kesiankah dengan Tun Mahathir, parti dan kerajaan yang terpaksa menanggung semua beban karenahmu? 
(ShahbudinHusin 08/09/2018)
Shahbudin dot com: ALAHAI MENTERI PENDIDIKAN.....
http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/09/alahai-menteri-pendidikan.html

Saturday, 8 September 2018
"ANA DATANG TEMPAT ENTE, JANGAN PULA ENTE TAK DATANG KE TEMPAT ANA"

“Ana akan datang ke Muktamar Agung Pas,” kata Presiden UMNO, Zahid Hamidi.

“Ana juga akan bawa timbalan presiden, naib-naib presiden, setiausaha agung, ketua pemuda dan yang lain-lain,” tambah Zahid Hamidi lagi yang sejak sekian lama menghilang diri dan tiada khabar berita, tapi muncul buat kali pertama dalam kempen di Seri Setia, semalam.

Dengan berjanji “ana akan datang itu”, dalam hati Zahid Hamidi tentunya terpahat harapan kepada Hadi Awang yang maksud tepatnya, “ente jangan lupa pula datang ke Perhimpunan Agung UMNO di PWTC nanti.”

“Kalau boleh bawalah juga lain-lain pemimpin kanan Pas yang lain, kalau boleh termasuk anak Allahyarham Nik Aziz Nik Mat iaitu Nik Abduh,” barangkali inilah juga harapan yang ada dalam hati Zahid Hamidi.


Muktamar Pas tahun ini akan diadakan hujung minggu depan di Kuala Terengganu, manakala Perhimpunan Agung UMNO akan berlangsung pada hujung bulan ini di PWTC, Kuala Lumpur.
Logiknya, jika Zahid Hamidi sudah sudi hadir ke Muktamar Pas, maka Hadi Awang juga wajib membalasnya dengan turut hadir ke Perhimpunan Agung UMNO.

Kalau Zahid Hamidi membawa pemimpin-pemimpin kanan UMNO bersamanya, maka Hadi Awang juga mestilah diiringi oleh pemimpin-pemimpin kanannya sama.

Jangan pula nanti setelah Zahid Hamidi hadir bersama delegasi pemimpin kanannya, Hadi Awang hanya mewakilkan dirinya kepada Tuan Ibrahim Tuan Man, Mustaffa Ali atau sesiapa yang lain.

Kecil hati Zahid Hamidi kalau begitu jadinya!

Harapan Zahid Hamidi seterusnya selepas “ana datang ke tempat ente dan kemudian ente pula hadir ke tempat ana,” tentulah  mahu melihat berlangsungnya “perkahwinan” UMNO dengan Pas.

Kira-kira kata-kata Zahid Hamidi - “Tuan Guru Hadi, takkan kita nak biarkan saja UMNO dan Pas bebas berkawan tanpa ikatan apa-apa.

“Tak manis dipandang orang dan ramai pula nanti yang keliru dibuatnya.

“Kalau dapat “dikahwinkan”  UMNO dan Pas ini bukankah lebih elok jadinya?”

“Tiada masalah lagi kalau nak berpeluk, berpegang tangan atau bergandingan di pentas-pentas ceramah selepas itu.”

Zahid Hamidi selanjutnya tentu juga berharap begini:

“Lagi pun Tok Guru, UMNO bukan ada kawan yang lain lagi. Begitu juga dengan Pas, bukan ada sesiapa pun selain UMNO nak berkawan dengan Pas sekarang ini.

“Hanya UMNO yang nak berkawan dengan Pas dan hanya Pas yang nak berkawan dengan UMNO. 

“Maka, eloklah kita kahwinkan saja parti kita ini.”

Di Marang Terengganu, Hadi Awang tiba-tiba dikatakan tak berapa lena tidurnya sejak Zahid Hamidi mengatakan “ana akan datang ke Muktamar Pas” bersama rombongan pemimpin kanan UMNO pada hujung minggu depan.


Di dalam hati Hadi masih mencari-cari jawapan - “ana nak pijakkan kaki ke PWTC atau cukup dengan menghantar wakil  seperti Tuan Ibrahim dan Stopa Ali saja?” 

(ShahbudinHusin 08/09/2018)
http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/09/datang-tempat-ente-jangan-pula-ente-tak.html

Tiada ulasan: