Isnin, 3 September 2018

Gugatan. Tergugat. Menggugat. 8138.


Firman Allah: 
اِيَّاكَ نَعْبُدُ وَاِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ
Maksudnya: 
Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. 
(QS. Al-Fatihah:5)
Monday, September 3, 2018
Dakwaan Azmin Tak Setia Kepada Anwar Hanya Persepsi Kata Wan Azizah
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan dakwaan calon timbalan presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak konsisten dalam menyatakan kesetiaannya kepada Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hanyalah persepsi semata-mata.

Katanya, kemungkinan persepsi itu sengaja ditimbulkan bagi menghangatkan suasana pemilihan PKR yang bakal berlangsung bermula 14 September ini.

“Saya kira itu hanya persepsi. Persepsi itu ramai orang boleh keluarkan dalam rangka persaingan dalam parti, tetapi apa yang kita mahu persaingan itu biarlah persaingan sihat.

“Oleh itu, kita teruskan dengan siapa yang kita akan pilih, dan memilih itu perlu bersandarkan amalan demokrasi,” katanya selepas majlis minum petang bersama penduduk PPR Lembah Subang.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Pengelola Pemuda PKR Sabah, Razeef Rakimin, yang mendakwa Azmin tidak konsisten dalam menyatakan kesetiaan kepada Anwar.

Dakwaan itu dibuat berikutan Azmin gagal menyatakan pendirian serta sokongannya kepada Anwar untuk menjadi perdana menteri.

Seramai 800,000 ahli PKR dijangka mengundi dalam pemilihan parti itu yang dijadualkan bermula 14 September hingga 13 Oktober ini.

Jawatan timbalan presiden parti itu bakal menyaksikan pertembungan sengit antara penyandang, Azmin dengan bekas ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Anwar sebelum ini menang tanpa bertanding bagi kerusi presiden PKR, selepas tempoh pencalonan bagi jawatan itu ditutup pada 5 Ogos lalu

lapor FMT
Posted by Anak Sungai Derhaka at Monday, September 03, 2018
Anak Sungai Derhaka: Dakwaan Azmin Tak Setia Kepada Anwar Hanya Persepsi Kata Wan Azizah https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2018/09/dakwaan-azmin-tak-setia-kepada-anwar.html

Tahniah Tuan Ibrahim jumpa paderi, kata AMANAH
MALAYSIA DATELINE
Pengarah Hal Ehwal Syariah AMANAH Nasional, Ustaz Zolkharnain Abidin merakamkan tahniah kepada Pas Pusat kerana penganjuran Majlis Ramah Mesra dan Makan Tengahari Pas Pusat bersama Gereja Malaysia di Hotel de Palma Ampang pada 1 Sept 2018 lalu.

Majlis berkenaan dihadiri oleh Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Most. Rev. Archbishop Emeritus Tan Sri Murphy Pakiam.

Menurut beliau, acara sebegini memberi impak yang sangat positif ke arah pengukuhan jalinan keharmonian interaksi antara budaya yang memenuhi sebahagian daripada makna gagasan Rahmatan Lil ‘Alamin yang mahu diarusperdanakan di negara ini.

“Mengiktiraf dan meraikan kepelbagaian melalui pertemuan ramah mesra, dialog dan perkongsian usaha membina negara yang harmoni untuk selesa didiami oleh segenap lapisan warganya harus diperkasakan sebagai agenda bersama oleh semua pihak.

“Penghayatan falsafah li ta’arafu – saling kenal mengenal, faham memahami dan bantu membantu antara sesama warganegara atas asas kemanusiaan dan kewarganegaraan adalah tuntutan Islam sebagai agama rahmah.

“Malah Rasulullah S.A.W sendiri begitu giat menjalin dan memperkasa hubungan kemanusiaan dengan pelbagai pihak sehingga Madinah menjadi sebuah Daulah Nabawiyyah yang aman dan selesa untuk dihuni oleh semua warganya dan sesiapa sahaja,” kata beliau menerusi akuan Facebooknya semalam.

Jelas Zolkharnain, inilah harapan rakyat untuk Malaysia tercinta ini, kepelbagaian adalah keistimewaan negara ini.

“Dengan kepelbagaian inilah kita bekerjasama padu dan erat untuk memacu negara ini menjadi negara rahmah untuk semua,” tambahnya.
at 9/03/2018 01:00:00 PTG
KERENGGA: Tahniah Tuan Ibrahim jumpa paderi, kata AMANAH https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/09/tahniah-tuan-ibrahim-jumpa-paderi-kata.html

Monday, 3 September 2018
TIADA SIAPA DAPAT GUGAT ANWAR JADI PERDANA MENTERI, ADAKAH RAFIZI SEDANG BERKHAYAL? 

Sepatutnya isu sama ada Anwar Ibrahim dapat jadi Perdana Menteri atau sebaliknya tidak berbangkit lagi pada waktu ini.

Semuanya, baik daripada beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh Anwar, mahu pun Tun Mahathir Mohamad dan pelbagai pihak yang lain, segala-galanya sudah jelas bahawa ia adalah kesepakatan yang sudah dipersetujui oleh Pakatan Harapan.

Malah, Ahli Parlimen Kapar, Abdullah Sani Abdul Hamid yang sebelum ini membuat tuduhan mengaitkan nama Tun Mahathir dan Tun Daim Zainuddin dalam konspirasi yang didakwa cuba menghalang Anwar daripada menjadi Perdana Menteri, turut sudah meminta maaf berhubung keterlanjurannya.

Tidak cukup dengan itu, Tun Daim sendiri menafikan penglibatannya dalam perkara itu dengan menjelaskan, tiada sebab sama sekali untuk beliau berbuat demikian.

Malah, kata Tun Daim, dalam usianya sekarang, tiada kuasa dimilikinya dan beliau juga kerap bertemu dengan Anwar, adalah suatu dakwaan yang mengarut untuk melibatkan namanya dalam cubaan menghalang Anwar itu.
Anwar sendiri dalam kenyataannya sebelum ini mahu cakap-cakap mengenai isu itu dihentikan dan menyeru semua pihak agar bergerak ke hadapan bagi mengukuhkan lagi Pakatan Harapan dalam mentadbir kerajaan serta memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat.

Jika diperhatikan pula, langkah terbaru kerajaan memberi ruang kepada Anwar yang tiada jawatan dalam kerajaan untuk menutup Kongres Ekonomi Bumiputera pada 1 September lalu adalah petunjuk paling jelas bahawa beliau memang bakal menggantikan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Jadi, mengapa Rafizi Ramli masih lagi perlu membawa sentimen hasratnya bertanding sebagai Timbalan Presiden PKR ialah untuk memastikan Anwar dapat jadi Perdana Menteri?

Apakah Rafizi tiada isu lain untuk memenangi jawatan itu berhadapan dengan Azmin Ali?

Realitinya, Anwar hampir pasti jadi Perdana Menteri. Tiada sesiapa dapat menghalangnya, bukan saja kerana kedudukannya kini sebagai Presiden PKR, tetapi juga kerana beliau datang daripada komponen Pakatan Harapan yang mempunyai jumlah kerusi terbanyak sekali.

PKR, DAP, Amanah dan Bersatu juga masih kukuh perpaduannya dalam Pakatan Harapan dan tidak langsung ada tanda-tanda akan berpecah atau mahu menolak Anwar daripada menjadi Perdana Menteri.

Di mana logiknya Azmin mampu menghalang Anwar, sedangkan beliau sudah bersama dan setia sepanjang masa dengan Presiden PKR itu?

Sama ada Azmin kekal sebagai Timbalan Presiden PKR atau jawatan itu dipegang oleh Rafizi, hakikatnya Anwar tetap akan jadi Perdana Menteri selepas ini. 
Tun Mahathir pula, keutamaannya apabila memutuskan untuk kembali aktif hanyalah untuk menjatuhkan Najib Razak dan ia sudah pun tercapai sekarang. Kini beliau hanya ingin melaksanakan tanggungjawab untuk menyelamatkan negara ini dalam fasa kesinambungan era kecemerlangan selama 22 tahun yang pernah dilaksanakannya sebelum ini

Adalah lebih berbaloi untuk Tun Mahathir menyerahkan jawatan itu dengan aman dan lancar kepada Anwar dan kemudian menjadikan namanya dikenang serta dihormati sepanjang hayat sebagai susulan langkah berbaik semula, bermaaf-maafan dan memohon pengampunan penuh bagi bekas musuh yang kini menjadi rakan akrabnya itu.

Dengan itu, dakwaan wujudnya konspirasi tidak masuk akal sama sekali. Tiada sesiapa dapat menghalang Anwar sebenarnya, kecualilah jika Tuhan benar-benar tidak menghendakinya memegang jawatan itu. 

Tetapi, sehingga ini tiada sebarang petunjuk Tuhan mengenai perkara itu dan Tuhan juga tidak menurunkan isyarat itu kepada sesiapa di dunia ini.

Yang ada hanyalah Rafizi seolah-olah cuba mengambil alih kerja Tuhan dengan tidak habis-habis mengatakan hanya jika beliau menjadi Timbalan Presiden PKR, maka barulah Anwar pasti jadi Perdana Menteri.

Siapakah Rafizi di sisi Tuhan?

Apakah Rafizi sedang berkhayal atau beliau mungkin mendapat bisikan syaitan dalam perkara itu? 

(ShahbudinHusin 03/09/2018).


'man proposes but God dispoeses'.

kita merancang n Allah SWT merancang juga. Tapi perancangan Allah SWT lah yg abadi.

jadi, jgn lah kita bercakap takabur.

"kun fayakun" - "jadilah, maka jadilah ia". (if its meant 2 b, it wil be).


Rafizi sedang menampakkan kegelojohan dirinya.

Nampak seperti Rafizi bukan takut sekiranya Anwar tak dapat jadi PM, tetapi ia takut ketika Anwar jadi PM, ia tak sempat untuk berada di dalam kapal PM baru. Almaklumlah dia kan berada di luar kapal kerajaan PH dan kini mahu cuba berada di dalam kapal itu dengan memenangi kerusi TP PKR sebelum Anwar jadi PM.

Hakikatnya ialah Rafizi mahupun Anwar hanya akan mendapat apa yang mereka hajati sekiranya diizinkan Allah.

Sekiranya tiada keizinan Allah, bukan saja Rafizi yang kelihatan sedang lemas akan gagal merebut jawatan TP PKR, malah Anwar yang kelihatan sudah terbuka luas pintu untuknya menjadi PM ke-8 juga akan gagal 'mewarisi' kerusi PM. (

Nota: Inilah pertama kali di sejarah sistem demokrasi, kerusi seorang PM mahu diwariskan dan bukan dikembalikan kepada rakyat yang menentukan mandat. Adakah ia akan berlaku sedemikian? Pendapat saya ialah ia takkan berlaku. Apapun biar masa yang memberikan jawapan.


Setuju dengan pandangan anda.
Kalau Rafizi jujur dengna perjuangan reformasinya, tentu dia sudah pun menawarkan diri jadi pembantu Azmin di Kementerian Ekonomi, macam Tony Phua jadi pembantu Lim Guan Eng di Kementerian Kewangan. Duduklah jadi pembantu, belajar bekerja. Kalau berlian, di mana tercampak pun tetap bersinar. Benih yang baik, hanyut tetap men jadi pulau. Tak guna terjerit dan terlolong nakkan Anwar jadi PM sedangakan, masa depan kita ditentukan ALLAH. Tunjukkan keikhlasan, baru orang mengharagai kamu. Penghormatan tak pernah boleh dapat percuma. Love and respect must be earned. Terlalu megah dengan kelulusan secalit yg ada di tangan b oleh menjadikanmanusia lupa diri dan angkoh. Kelulusan is nothing compared to achievement.
Lebih elok azmin jadi timbalan presiden. Azmin lebih stabil mental dan kurang emosi. Lagipun azmin terbukti bekerja dan diakaui jasanya di selangor.

Rafizi bijak dan berani. Tapi tindakannya semborono. Dia seperti gagal membaca hasrat rakyat yang lebih fokus pada pengukuhan kerajaan dan tidak mahu kerjaan Tun goyah gara2 perpecahan dalam pkr sebagai parti komponen ph!

Rafizi sepatutnya berikrar membantu azmin dalam usaha untuk menguatkan ekonomi negara. Beliau lebih dikenang berjasa dan ikhlas untuk negara.

Aku first kali ni... kuikuikui


CAPTAINMALAYSIA3 September 2018 at 10:22
NAJIB BEBAS TUDUHAN

Guan Eng bebas tuduhan rasuah
MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI 3 SEPTEMBER 2018
FacebookTwitterWhatsAppEmailMore
Lim Guan Eng
Guan Eng bergambar bersama barisan peguamnya selepas keluar daripada kamar mahkamah, hari ini.

GEORGETOWN - Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menggugurkan kes rasuah membabitkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bersama seorang ahli perniagaan, Phang Li Koon dalam pembelian banglo bawah harga pasaran.

Kedua-dua mereka telah mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara pada 6 Julai lalu.

Hakim, Datuk Hadhariah Syed Ismail membuat keputusan itu setelah pihak pendakwaan bersetuju menarik semula semua pertuduhan terhadap mereka.

Beliau berkata, kedua-dua mereka dibebaskan dengan segera tanpa perlu dipanggil semula pada masa akan datang.

Sementara itu, Guan Eng semasa ditemui di luar kamar mahkamah gembira dengan keputusan tersebut.

Mat Ozil3 September 2018 at 10:25
Rafizi tertekan. Apa2 mesyuarat penting dia dh tak hadir. 
Kerana gelojoh mcm anwar dlu.
bankami.blogspot.com

CAPTAINMALAYSIA3 September 2018 at 10:26
KERANA DITINDAS BN & PH

Kaji kenapa rakyat Kelantan berhijrah
AKMALIAH RAZAK 2 SEPTEMBER 2018
FacebookTwitterWhatsAppEmailMore619
Kaji kenapa rakyat Kelantan berhijrah
Mohd Radzi (kanan) hadir merasmikan Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan, hari ini.

GUA MUSANG - Kajian diperlukan bagi mencari punca mengapa majoriti rakyat Kelantan menjana pendapatan di luar negeri itu.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dr Mohd Radzi Jidin tidak menolak kemungkinan, mereka tidak mempunyai peluang di negeri sendiri sehingga perlu keluar mencari peluang di negeri orang.

Katanya, mesej Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad jelas, dimana rakyat Kelantan berkebolehan dan berkemampuan dalam perniagaan.

"Bukan sahaja dalam bidang perniagaan malah pegawai kerajaan juga ramai dari Kelantan. Kita memerlukan kajian dan perlu lihat apa punca dan bagimana nak gembeleng mereka dalam pembangunan di negeri ini.

"Persoalannya, adakah kita mahu yang ada pada hari ini dibiarkan dan terus menggunakan kepakaran itu diluar atau sebaliknya. Itu yang akan kita teliti.

"Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk memikirkan langkah kerana untuk membuat satu-satu polisi dan dasar, kita perlu memahami keadaan tambah-tambah lagi, kita (kerajaan) masih baharu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah Kebangsaan Sri Chiku 2 dan Program Berjalan Seribu Langkah Peringkat Felda Chiku 2 Tahun 2018, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Pendidikan Kelantan, Muhammad Zahari Othman.

Terdahulu, Dr Mahathir berkata, ada sesuatu yang 'tidak kena' dengan iklim di negeri Kelantan hinggakan rakyatnya tidak mampu berbakti di negeri sendiri.

Tambah Radzi, kerajaan memerlukan masa, statistik, data dan maklumat bagi merangka perjalanan dalam situasi ini.

"Pun begitu, dalam hal ini, kita tidak mahu menimbulkan polemik antara kerajaan negeri. Yang penting, kita berusaha untuk membangunkan Kelantan," katanya.

CAPTAINMALAYSIA3 September 2018 at 10:30
YOKONG PAKAR KELENTONG

Guan Eng berbohong isu SST?
RIDAUDDIN DAUD 2 SEPTEMBER 2018
FacebookTwitterWhatsAppEmailMore9.7K
Guan Eng berbohong isu SST?
Datuk Seri Najib Tun Razak

KUALA LUMPUR - Selepas tidak lagi menjadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat semakin aktif berkongsi pandangan beliau terutamanya berkaitan isu semasa negara dalam laman sosial Facebooknya.

Terbaru, Ahli Parlimen Pekan itu mendakwa Menteri Kewangan, Lim Guan Eng tidak bercakap benar apabila mengatakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) hanya dibayar pengilang dan bukan pengguna.

Menurutnya, ramai tidak menyedari SST adalah dua jenis cukai berbeza (cukai jualan dan cukai perkhidmatan) yang memerlukan dua akta berbeza diluluskan dalam Parlimen sedangkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) hanya melibatkan satu akta.

“Saya lihat ketam, udang, sotong, kerang dan lala kini dikenakan cukai jualan 10 peratus. Pelbagai jenis perencah, sos, beberapa jenis daging dan ikan, daging burger, sosej, keju dan mentega turut dikenakan cukai jualan antara lima dan 10 peratus.

Saya juga lihat pelbagai jenis minuman dikenakan cukai jualan termasuk jus buah dikenakan cukai lima peratus, soda 10 peratus dan air mineral 10 peratus.

[ARTIKEL BERKAITAN: ‘Merdeka GST, selamat datang SST’]

“Maka, apabila restoran dan isi rumah membeli bahan mentah seperti udang, ketam dan kerang, mereka sudah membayar cukai jualan 10 peratus yang perlu ditanggung oleh pengilang atau pengeluar,” katanya dalam catatan tersebut.

Tambah Najib, restoran dan isi rumah tidak akan melihat jumlah yang dibayar tetapi terpaksa membayar harga tinggi dan situasi lebih buruk berlaku apabila pengguna membeli makanan tersebut di restoran (yang mengenakan SST).

“Apabila mereka menyediakan hidangan itu (yang dikenakan SST) bersama minuman dalam botol yang mempunyai cukai jualan, mereka juga akan mengenakan tambahan enam peratus bagi cukai perkhidmatan yang dipaparkan pada resit pelanggan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Banyak lagi ke barang dikecualikan SST akhir tahun ini?]

[ARTIKEL BERKAITAN: Senarai barangan cukai SST belum muktamad: Guan Eng]

“Untuk itu, pelanggan restoran dikenakan cukai dua kali, cukai perkhidmatan enam peratus yang dapat dilihat pada bil dan cukai jualan ke atas makanan dan minuman disediakan namun tidak dipaparkan pada resit,” ujarnya.

Tambahnya, beliau dan beberapa pihak lain pernah memberi amaran bahawa SST adalah satu sistem percukaian bertindih yang berbeza dengan GST pada kadar enam peratus yang hanya dicaj sekali.

Justeru, beliau menggesa kerajaan mengeluarkan semua makanan segar, minuman dan bahan penyediaan makanan dari dikenakan cukai untuk mengelak berlaku cukai berganda di restoran dan untuk mengelak dari menghukum golongan B40.

[ARTIKEL BERKAITAN: Tun M pertahan SST]

“Orang dari golongan B40 juga makan ikan masin, udang, kerang dan ketam. Biarpun untuk dimasak dirumah ataupun di restoran, ia tidak patut dikenakan cukai jualan seperti yang dikecualikan di bawah GST dahulu,” katanya.

CAPTAINMALAYSIA3 September 2018 at 11:07
PH = LGBT = UEC = RASIS = ULTRA KIASU = LIBERAL = SEKULAR = PLURAL = NEPOTISME = KRONI = KELENTONG KRASI = TERORIST = SYIAH = anti melayu = anti islam = ANTI RAJA = EVANGELIST = SUBAHAT KUASA ASING = SLOW SLOW TIPU ( SST )

CAPTAINMALAYSIA3 September 2018 at 11:53
Bantulah kami penoreh getah’
MOHAMAD NORZAHARUDDIN KASIMON 2 OGOS 2018
‘Bantulah kami penoreh getah’
Norman menunjukkan penghasilan getah beku yang semakin sedikit.

SEGAMAT - Rata-rata penoreh getah di sini yang ditemui mahu kerajaan mengambil langkah mewujudkan satu skim bantuan yang mampu mengeluarkan mereka daripada keadaan yang semakin terhimpit ekoran kejatuhan teruk harga komoditi getah ketika ini.

Norman Haron, 41, berkata, pendapatannya sebagai penoreh merosot sehingga 50 peratus iaitu sekitar RM500 sebulan disebabkan kejatuhan harga getah yang berada di bawah paras RM2 selain penghasilan yang semakin berkurangan akibat pelbagai faktor termasuk cuaca.

“Walaupun terdapat bantuan kejatuhan harga getah serta bantuan musim tengkujuh sebelum ini, ia tak banyak membantu kerana hanya pemilik kebun saja yang layak memohon bantuan tersebut bukannya penoreh yang mengambil upah mengerjakan kebun.

“Dengan pengeluaran getah yang semakin merosot disebabkan penyakit daun luruh dan cuaca serta harga pasaran yang rendah, kami sebenarnya berada di bawah paras kemiskinan,” katanya.

Menurutnya, dia yang mengambil upah mengerjakan kebun penduduk kampung seluas 1.5 hektar selepas kebun getahnya ditanam semula kini hanya mampu meraih pendapatan di bawah RM500 sebulan dan pendapatan tersebut tidak mencukupi untuk menyara keluarganya.

Bagi M Azman Miskam, 55, kehidupan penoreh getah ketika ini sememangnya memerlukan perhatian kerajaan.

CAPTAINMALAYSIA3 September 2018 at 10:33
PH NAK RAMPAS HAK MELAYU

This is Malay land’, Tajuddin beritahu wakil rakyat DAP
Faiz Zainudin | July 25, 2018
Ahli Parlimen Pasir Salak berkata demikian selepas Khoo Poay Tiong meminta dia belajar sejarah sebelum bercakap mengenai Malaysian Malaysia.
DEWAN RAKYAT

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat gamat apabila Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) meminta Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) belajar sejarah sebelum bercakap mengenai konsep Malaysian Malaysia.

“Sejarah? Ini tanah Melayu tahu. Kamu cakap soal sejarah, ‘this is Malay land’,” katanya ketika membahaskan titah Agong hari ini.

Terdahulu, Tajuddin dalam ucapannya menyeru semua wakil rakyat menghormati institusi raja-raja dan hak orang Melayu, namun RSN Rayer (PH-Jelutong) tidak berpuas hati kerana merasakan ia ditujukan kepada Pakatan Harapan.

Tajuddin berkata gesaannya untuk semua pihak. “Kita mesti tunjukkan kesetiaan kepada raja-raja Melayu. Raja penting kepada kita, sebagai ketua agama Islam. Kalau kamu hina raja, kamu hina orang Melayu.”

Beliau menjelaskan gesaannya mahu mempertahankan institusi raja-raja, yang bertanggungjawab menjaga hak dan keistimewaan Bumiputera dan Islam.

“Tapi ada orang mewujudkan persepsi perkauman. Kalau kita orang Melayu-Islam pertahan hak kita bukan bermakna kita rasis,” katanya.

Tajuddin sempat membidas idea kesamarataan dalam konsep Malaysian Malaysia yang dikaitkan dengan DAP.

“Itu bukan keadilan. Kita beri pertolongan kepada yang memerlukan. Kita beri pada Orang India, Melayu, Cina dan lain-lain yang perlukan pertolongan. Tidak ada perkauman,” katanya.

Kata-kata Tajuddin itu mengundang reaksi Khoo, yang bangun mencelah dan berkata Malaysian Malaysia yang dilaungkan DAP itu untuk menjaga hak semua kaum.

Tajuddin bagaimanapun mempertikaikan jawapan Khoo. “Jangan cakap sahaja. Di mulut lain, di hati lain. Kita tahu agenda kamu.”

Khoo membalas dakwaan itu dengan meminta Tajuddin mempelajari sejarah, di mana ia dijawab dengan berkata “this is Malay land”.

Keadaan semakin tegang apabila Willie Mongin (PH-Puncak Borneo) bangun dan mencelah. “Ini tanah Malaysia, bukan tanah Melayu”.

“Kalau awak nak berdebat dengan saya kita boleh berdebat di luar,” kata Tajuddin pula.

Keadaan kembali tenang apabila Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon meminta Khoo dan Willie berhenti mengganggu Tajuddin.

Tanah Melayu atau nama Inggerisnya, Malaya, adalah kumpulan negeri-negeri di Malaysia Barat, dan dirujuk seperti itu dalam dokumen rasmi kerajaan seperti Perintah Perlembagaan Persekutuan dan jawatan seperti Hakim Besar Malaya.

Tanah Melayu bergabung dengan Sarawak, Borneo Utara (sekarang Sabah) dan Singapura untuk membentuk Malaysia pada 1963

CAPTAINMALAYSIA3 September 2018 at 11:13
Kay Kim kirim soalan sejarah kepada Timbalan Menteri KPM

SHAH ALAM - Kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching mengenai mata pelajaran sejarah tidak akan dimasukkan dalam pengiktirafan Sijil Pendidikan Bersepadu (UEC) disifatkan sebagai tidak berasas.

Pakar sejarah, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim berkata, subjek tersebut perlu ada dalam setiap peperiksaan ataupun sijil bagi memastikan rakyat tidak lupa sejarah penting yang pernah berlaku di negara ini.

Malah, kenyataan tersebut amat mengecewakan kerana sejarah perlu sentiasa diangkat bukan dipinggirkan.

“Kalau kita tak tahu sejarah, kita tak tahu bagaimana negara ini berkembang dan kemudian menjadi negara bangsa.

“Sejarah sangat penting untuk kita faham tentang diri sendiri. Setiap orang pun ada sejarah keluarga dan sejarah mereka sendiri. Setiap kaum di negara ni pun ada sejarah. Jadi, kenapa sejarah tidak penting dalam pengiktirafan sijil tersebut,” katanya.

Semalam, Nie Cheng menyatakan syarat lulus mata pelajaran Sejarah tidak akan dimasukkan dalam pengiktirafan UEC selaras dengan manifesto PH yang mewajibkan hanya mata pelajaran Bahasa Melayu perlu mendapat kredit (kepujian).

Sementara itu, Kay kim turut mengirim soalan sejarah untuk dijawab oleh Nie Ching.

“Awak (wartawan) tanya beliau tentang kesultanan di negara ini. Bagaimana sistem itu bermula? Contohnya sejarah Raja Lumut sekitar tahun 1730 yang menjadi pemerintah di Selangor pada waktu itu selama 20 tahun. Tetapi tidak gunakan gelaran sultan.

“Kemudian, pada tahun 1766, beliau belayar ke Kota Lumut di Perak dan ditabalkan sebagai Sultan dan Yang Dipertuan Selangor oleh sultan Perak, Sultan Mahmud (atau Raja Kimas) dengan gelaran Sultan Salehuddin dan menamakan jajahan takluk pemerintahannya Selangor. Selepas itu barulah baginda gunakan gelaran sultan itu. Kenapa? biar timbalan menteri pendidikan jawab soalan ini,” katanya.

: Dulu zaman penjajah mereka seleweng sejarah negara dan pejuang negara, kini ada usaha nak padam sejarah negara dengan harapan orang Melayu Islam boleh dipinggirkan...

CAPTAINMALAYSIA3 September 2018 at 11:27
Kerajaan HARAPAN jangan abai tuntutan NGO Islam'
Anne Muhammad & Alyaa Alhadjri | Diterbitkan 28 Jul 2018, 4:52 petang | Dikemaskini 28 Jul 2018, 5:10 petang

Ketua Sekretariat Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) - pengajur Himpunan Kebangkitan Ummah hari ini - Aminuddin Yahaya mendesak kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) agar lebih terbuka dalam mendengar tuntutan NGO Islam di negara ini.

"Jika lebih teruk layanan terhadap kami, ini bukan (Malaysia) baru, tetapi haru-biru. Kita harap kerajaan ini betul-betul baru - lebih baik dan konstruktif," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Himpunan Kebangkitan Ummah yang disertai lebih 1,000 hadirin di padang Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru, Kuala Lumpur hari ini.

Beliau mendakwa telah menghantar enam tuntutan kepada Jawatankuasa Pembaharuan Institusi (IRC) tetapi tidak dilayan.

"Kita kecewa kerana tahu Datuk S Ambiga ada dalam IRC, mungkin itu (sebabnya) mereka tidak melayan tuntutan kita," katanya yang juga timbalan presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

Antara isu yang dibangkitkan dalam himpunan itu adalah isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender), pemerkasaan bahasa kebangsaan dan tanah rizab Melayu.

Aminuddin berkata himpunan itu adalah luahan kegusaran kalangan umat Islam dan rasa tidak puas hati mereka kepada kerajaan.

"UMMAH menuntut kerajaan segera membaiki kepincangan yang sedang dan bakal berlaku.

"Kami tidak menolak akan ada siri himpunan yang lebih besar di negeri-negeri jika tiada tindakan daripada mereka," katanya lagi.

UMMAH menyatakan enam resolusi kepada kerajaan, antaranya tindakan kerajaan haruslah berdasarkan Perlembagaan Persekutuan tanpa menjejaskan perpaduan dan keharmonian antara agama.

Selain itu, gabungan NGO itu menuntut hak istimewa Melayu dan kedudukan Islam tidak digugat dan penolakan terhadap pengiktirafan UEC.

Selain pemimpin NGO, himpunan yang bertemakan 'Malaysia Baru Pasca PRU-14: Islam Melayu Terancam' turut dihadiri beberapa pemimpin Umno dan PAS, antaranya Datuk Takiyuddin Hassan, Nasrudin Hassan, Datuk Asyrat Wajdi Dusuki dan Datuk Lokman Noor Adam.

CAPTAINMALAYSIA3 September 2018 at 11:54
Orang-orang Melayu Malaysia tidak wajar dilabelkan sebagai pendatang walaupun terdapat sebahagian daripada mereka yang berasal dari Indonesia.

Berbeza dengan imigran Cina dan India yang dibawa masuk ke Tanah Melayu, orang-orang Melayu berhijrah secara sukarela dengan niat untuk bermastautin di Tanah Melayu sebelum sempadan antarabangsa yang memisahkan Malaysia dan Indonesia terwujud.

Tanah Melayu juga sememangnya terletak secara geografi, di Semenanjung Melayu dalam rantau Kepulauan Melayu. Mana mungkin sesuatu kaum itu wajar digelar pendatang di wilayahnya sendiri.

Menjelang kemerdekaan, orang-orang Melayu menerima kaum-kaum Cina dan India sebagai rakyat Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka, dengan syarat hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu sebagai bumiputera dihormati dan diiktiraf sepenuhnya oleh komuniti bukan bumiputera.

Ini adalah pendekatan yang diambil oleh pemimpin-pemimpin pada ketika itu yang sehingga kini menjamin kestabilan politik, ekonomi dan sosial negara Malaysia.

Walaupun orang-orang Cina dan India di Malaysia pernah menjadi imigran pada zaman penjajahan, orang-orang Melayu kini perlu menerima yang kaum bukan bumiputera juga adalah teman senegara.

Tidak wajar bagi orang-orang Melayu untuk menganggap mereka pendatang secara berterusan kerana mereka adalah rakyat Malaysia.

Sementara itu, kaum bukan bumiputera perlu menghormati hak istimewa orang-orang Melayu dan bumiputera yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan hak ini tidak boleh dipersoalkan sewenang-wenangnya.

Mereka juga harus menghormati Rukun Negara dengan mempelajari dan menghormati Bahasa Melayu, bahasa yang diikitiraf sebagai bahasa kebangsaan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Adalah amat menyedihkan sehingga kini ada rakyat Malaysia yang tidak fasih berbahasa Melayu.

Malah, ada wakil rakyat sendiri yang kurang fasih berbahasa Melayu seolah-olah mereka tidak lahir dan dibesarkan di Malaysia.

Rakyat Malaysia perlu senantiasa menghormati antara satu sama lain agar kegemilangan Srivijaya, Majapahit ataupun Melaka dapat dikembalikan di zaman moden ini menerusi negara kita yang tercinta, Malaysia.

Bak kata-kata Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim:

“Generasi muda di negara ini perlu sedar yang mereka milik sebuah negara bangsa dan dengan itu perlu menghormati sejarahnya. “

MOHD HAZMI MOHD RUSLI (PH. D) ialah pensyarah kanan di Universiti Sains Islam Malaysia dan profesor pelawat di Sekolah Undang-undang, Far Eastern Federal University, Vladivostok, Rusia.

john doe3 September 2018 at 09:39
Rafizi sedang menampakkan kegelojohan dirinya.

Nampak seperti Rafizi bukan takut sekiranya Anwar tak dapat jadi PM, tetapi ia takut ketika Anwar jadi PM, ia tak sempat untuk berada di dalam kapal PM baru. Almaklumlah dia kan berada di luar kapal kerajaan PH dan kini mahu cuba berada di dalam kapal itu dengan memenangi kerusi TP PKR sebelum Anwar jadi PM.

Hakikatnya ialah Rafizi mahupun Anwar hanya akan mendapat apa yang mereka hajati sekiranya diizinkan Allah.

Sekiranya tiada keizinan Allah, bukan saja Rafizi yang kelihatan sedang lemas akan gagal merebut jawatan TP PKR, malah Anwar yang kelihatan sudah terbuka luas pintu untuknya menjadi PM ke-8 juga akan gagal 'mewarisi' kerusi PM. (

Nota: Inilah pertama kali di sejarah sistem demokrasi, kerusi seorang PM mahu diwariskan dan bukan dikembalikan kepada rakyat yang menentukan mandat. Adakah ia akan berlaku sedemikian? Pendapat saya ialah ia takkan berlaku. Apapun biar masa yang memberikan jawapan.

CAPTAINMALAYSIA3 September 2018 at 11:14
Slow Slow Tipu

Secara umumnya, menipu adalah suatu perbuatan yang tidak baik dan amat ditegah dalam amalan seharian kita. Walau bagaimanapun, dalam bidang psikologi, terdapat satu teknik yang menggalakkan anda untuk menipu dan perbuatan 'menipu' dalam konteks ini bukan sahaja tidak mendatangkan kemudaratan, malah mendatangkan manfaat bergantung kepada tujuan anda menggunakan teknik ini.

Teknik yang diperkatakan ini dinamakan "self-fulfilling prophecy" (SFP) atau dalam bahasa Melayu, ia dinamakan sebagai "ramalan kebenaran kendiri". SFP sebenarnya berfungsi dengan menggunakan hanya satu mekanisme iaitu menipu diri sendiri. Yang menariknya, 'penipuan' ini boleh dilakukan secara sedar ataupun berlaku tanpa kita sedari – maksudnya kadangkala kita sendiri tidak tahu bahawa kita sedang menipu diri sendiri!

Contoh terbaik dalam menipu diri sendiri ialah mereka yang mengundi PAKATAN HARAPAN bagi mendapat suatu kebaikan dengan menjatuhkan Najib. Sedangkan diri mereka sedar Najib itu anak murib Mahathir. Ini disahkan oleh Mat Sabu.

Tapi demi SFP
Semuanya menjadi bodoh menipu diri sendiri.
: SST anak beranak (bukan adik beradik seperti kata Mahathir) Nak bodohkan diri sendiri bersama Pakatan Harapan....

CAPTAINMALAYSIA3 September 2018 at 11:14
Azmin sebenarnya ialah satu lagi sebab kenapa Anwar mahu mengambil alih jawatan presiden daripada isterinya.

Boleh dikatakan pertembungan kali ini dalam PKR ialah antara Azmin dengan Anwar, yang kedua-duanya mahu menjadi perdana menteri.

Selama Anwar di penjara, Azmin sudah mengukuhkan kuasanya dalam PKR. Pengaruhnya sangat kuat hingga beliau boleh memilih siapa yang mahu diletakkan sebagai menteri besar Selangor menggantikannya.

Ini menunjukkan Azmin masih menguasai pentadbiran negeri Selangor, negeri kubu kuat dan lubuk bagi PKR, pada masa yang sama beliau menjadi menteri dalam Kabinet Mahathir.

Anwar masih berpengaruh tetapi tidak boleh menyamai pengaruh Azmin, lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang di mana PKR sudah menjadi sebahagian kerajaan persekutuan.

Bagi ramai pemimpin PKR, Azmin ialah masa depan manakala Anwar ialah masa lalu yang semakin kelam.

Pemimpin-pemimpin kem Azmin juga merupakan pemimpin berpengaruh dalam PKR, yang semuanya sudah diletakkan di jawatan strategik.

Ini bermakna kuasa politik, wang dan jentera parti berada dalam genggaman Azmin, walaupun Azizah berjawatan presiden dan Anwar sebagai ketua umum.

Kalau Anwar berjaya menggantikan Azizah sebagai presiden, maka kuasa Anwar akan mengatasi Azmin dalam parti, tetapi Azmin tidak akan berdiam diri.

Kedua-dua pemimpin ini sedar mereka akhirnya perlu bersaing antara satu sama lain dalam PKR dan dalam kerajaan persekutuan sekiranya Anwar menjadi perdana menteri.

Dalam parti, sekiranya Anwar dicabar oleh Azmin untuk jawatan presiden, jalannya menuju kerusi presiden mungkin sukar kerana pengaruh Azmin yang kuat dalam parti.

Azmin boleh dihalang dengan cara “silap mata” seperti yang pernah dilakukan oleh anwar sebelum ini semasa hendak menghalang Azmin mencabar Wan Azizah.

Tetapi kalau Azmin tidak bertanding jawatan presiden, ada kemungkinan beliau dicabar sebagai timbalan presiden oleh orang Anwar.

Semua masih berteka-teki dalam menentukan siapa akan bertanding, tetapi ada kemungkinan pertempuran dahsyat berlaku.

Azmin sudah menyampaikan amaran supaya Anwar tidak menyokong mana-mana pihak mencabarnya bagi jawatan timbalan presiden.

Apa yang jelas ialah pengaruh Azmin tetap kukuh dalam parti walaupun beliau tidak menduduki kerusi presiden parti.

Setakat ini, Azmin sudah mendahului di depan kerana sudah berada dalam kabinet dan menguasai sebuah negeri, manakala Anwar masih belum pasti kedudukan sebagai presiden parti dan perdana menteri. – Mynewshub.tv

: PKR ni dah nak jadi macam UMNO, dulu gaduh lari tak ada kuasa orang tak nampak.. tapi kini gaduh dan lari berebut kuasa semua mata lihat, yang kecil dan besar busuk semua orang dah viral....

CAPTAINMALAYSIA3 September 2018 at 11:28
Alasan pegawai Mat Sabu dapat RM800k dari biaya khalayak sukar diterima'
Diterbitkan 15 Ogs 2018, 2:29 petang | Dikemaskini 15 Ogs 2018, 3:29 petang

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mendedahkan lebih maklumat berhubung kes melibatkan pegawai kanan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.

Bekas anggota parlimen Pandan itu mendakwa diberitahu bahawa jumlah yang digunakan untuk membebaskannya daripada status muflis diperoleh melalui biaya khalayak (crowdfunding).

Beliau turut melampirkan dokumen bayaran berjumlah RM800,000 itu dalam kenyataannya hari ini, menunjukkan pegawai itu didakwa menerima empat bayaran "meragukan" berjumlah RM318,525; RM100,000; RM300,000; dan RM100,800, dalam masa dua hari iaitu pada 30 dan 31 Mei 2018.

"Alasan yang sampai kepada saya ialah wang ini hasil daripada biaya ramai yang diusahakan untuk melepaskan pegawai tersebut daripada status muflis.

"Saya sukar menerima alasan ini keraa saya tahu seorang lagi pemimpin AMANAH yang belum berjaya mengumpul dana mencukupi untuk membayar saman ke atasnya, sedangkan beliau lebih dikenali daripada pembantu Mohamad Sabu," katanya.

Beliau mengulas laporan Malaysiakini semalam berhubung pegawai tersebut yang kini disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dakwaan menerima RM800,000 daripada beberapa pihak untuk menyelesaikan hutangnya.

Sumber mendakwa pembantu itu telah diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi kira-kira empat tahun lalu, tetapi hutangnya diselesaikan hanya beberapa hari selepas Mohamad mengangkat sumpah sebagai menteri.

SPRM menyiasat sama ada hutang itu diselesaikan dengan niat mendapatkan projek sebagai balasan, kata sumber itu lagi.

Hari ini, Mohamad berkata beliau mengalu-alukan siasatan SPRM dan tidak akan berkompromi dalam soal integriti.

Beliau berkata akan memberikan kerjasama penuh terhadap SPRM dan pegawainya perlu dibawa ke mahkamah jika terdapat cukup bukti tentang dakwaan itu.


CAPTAINMALAYSIA3 September 2018 at 11:55
Ini sah suara Azmin Ali

Azmin Ali dengan kerasnya menyatakan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, adalah merupakan haiwan ternakan kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, disebabkan oleh ketakutan untuk melihat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkuasa semula jika menang pada Pilihanraya Kecil Kajang dan seterusnya menjawat jawatan Menteri Besar Selangor.

Ujarnya, kerajaan UMNO-BN dilihat ingin mengulangi semula peristiwa pada tahun 1998 dimana Anwar didapati bersalah atas tuduhan meliwat Azizan Abu Bakar dan juga Sukma Darmawan.

Kalau anda ikut PAKATAN HARAPAN anda akan dapati mereka ini sekali boleh cium sekali boleh maki demi untuk dapatkan kuasa.

Hari ini suara Anwar maki Azmin dan Mahathir pula. Ini dinamakan PAKATAN HARAPAN CARCA MERBA

: Makin kita menyelongkar bahan-bahan lama makin kita tahu bahawa rakyat menjadi mangsa politik jahat perebutan kuasa antara mereka....

CAPTAINMALAYSIA3 September 2018 at 10:34
Terus nepotisme, adik Guan Eng pula dilantik senator'
Diterbitkan 13 Ogs 2018, 2:45 petang | Dikemaskini 13 Ogs 2018, 2:51 petang

Umno membidas lantikan Setiausaha DAP Pulau Pinang Lim Hui Ying sebagai senator.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, lantikan anak penasihat DAP Lim Kit Siang yang juga adik Menteri Kewangan Guan Eng, menyemarakkan lagi amalan kronisme dan nepotisme dalam DAP.

“Tidak cukupkah dengan Lim Kit Siang, Guan Eng dan isterinya, Betty Chew menjadi orang penting dalam parti, sekarang ini disertai pula anak perempuan penasihat DAP ini,” katanya.

Mempersoalkan kelayakan Hui Ying, Ismail berkata dalam DAP boleh dikatakan sebahagian wakil rakyatnya mempunyai pertalian darah.

Katanya, selain keluar Lim, perkara sama turut berlaku dalam keluarga mendiang Karpal Singh.

Dalam kenyataan hari ini, Ismail perkata perkara itu amat mengecewakan kerana parti itu yang paling lantang mengkritik amalan kronisme parti serta memperjuangkan agenda perubahan.

Tetapi, kata Ismail, realitinya ia merupakan sebahagian daripada budaya dan amalan mereka.

Hui Ying dan bekas anggota parlimen Balik Pulau dari PKR Yusmadi Yusoff, Jumaat lalu dilantik sebagai anggota Dewan Negara, untuk tempoh tiga tahun.

Mereka menggantikan Siti Aishah Shaik Ismail (PKR) dan Dr Ariffin SM Omar (DAP) yang menamatkan khidmat 1 Jun lalu.

Hui Ying, 55 yang memegang ijazah ekonomi Universiti Malaya (UM) menyertai DAP pada 1999.

Beliau pernah memegang pelbagai jawatan antaranya naib pengerusi DAP Pulau Pinang dan pembantu setiausaha DAP Pulau Pinang.

Beliau dilantik sebagai pengurus pilihan raya DAP pada 2013 dan 2018 dan dikatakan membantu parti memenangi kesemua kerusi yang ditandingi di Pulau Pinang untuk kedua-dua pilihan raya umum itu.

CAPTAINMALAYSIA3 September 2018 at 11:14
Arab Saudi cuba malukan Mahathir jemput Ketua Pembangkang

Belum pernah berlaku dalam sejarah, pemimpin pembangkang sesebuah negara Islam diiktiraf kerajaan Arab Saudi dan dijemput hadiri majlis rasmi Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.

Lebih unik, jemputan khas itu sebenarnya hanya dihadiri sejumlah pemimpin negara, ketua kerajaan dan menteri kanan yang datang menunaikan ibadah haji di Tanah Suci serta diraikan baginda bersempena Hari Raya Aidiladha.

Lucunya, ketika Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa ‘bangga’ kongsi gambar beliau di Istana Mina dalam majlis tersebut menerusi akaun sosial Facebook, ramai netizen pula tegur pemimpin PAN itu.

Apa tidaknya, bukan sahaja wakil kerajaan Pakatan Harapan (PH) ada di situ, malah Ketua Pembangkang yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pun berada di tempat sama serta lebih diberi fokus netizen.

Bayangkanlah imej beliau yang disiarkan secara langsung melalui program khas stesen televisyen kebangsaan Arab Saudi kelmarin kemudian tular luas dalam kalangan pengguna media sosial tempatan berbanding Mujahid sendiri.

Secara umum, bukan mudah kerajaan Arab Saudi sanggup ‘buang masa’ jemput Ahmad Zahid yang tiada lagi apa-apa jawatan pun dalam kerajaan Malaysia, tetapi dirai Raja Salman pada acara formal di istana semayam baginda.

Bahkan, pemerintah Arab Saudi itu ketika bertitah seolah-olah sindir kerajaan PH kerana bertindak biadab menutup Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman di Putrajaya yang operasi ditanggung sepenuhnya oleh baginda sendiri.

Raja Salman namun ulangi komitmen negara itu bagi perangi keganasan puak pelampau sambil beri gambaran yang semacam merujuk tindakan Malaysia tarik pasukan tentera ditugas khas kawal keselamatan Makkah dan Kaabah.

Meskipun tidak sebut secara terbuka, bagi yang faham senario geopolitik Asia Barat, tentu maklum imej hubungan kurang mesra Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan Arab Saudi susulan fitnah beliau dalam isu dana RM2.6 bilion.

Akibat PH sengaja eksploitasi cerita derma peribadi kerabat diraja Arab Saudi itu, tidak hairanlah kuota jemaah haji Malaysia kembali kepada 30,200 orang pada kali ini dibandingkan lebih 40,000 orang beberapa tahun sebelum itu.

Natijahnya sehingga kini, perdana menteri dengan usia tertua di dunia itu ‘tidak berani’ pula bertemu Raja Salman, apatah lagi buat lawatan rasmi ke Arab Saudi berbanding era PM 4 dahulu.

Riyadh sudah sampai ‘isyarat’ amaran kepada Putrajaya, dan penghormatan Raja Salman meraikan Ahmad Zahid secara simbolik beri gambaran awal: kerajaan PH berhentilah buat fitnah dan politik manipulasi.

Bersumberkan Mynewshub.TV
: PH nampak macam cerdik politiknya, tapi bila dikaji dan direnungi sebenarnya politik bodoh, jahat dan penuh dengan dendam....

CAPTAINMALAYSIA3 September 2018 at 11:28
Perebutan dalam PKR makin Parah, hanya tunggu masa untuk pecah

Menjelang pemilihan parti bulan depan, Setiausaha Pemuda PKR Selangor Syed Badli Shah Syed Osman mengumumkan peletakan jawatan selepas mendakwa berlaku amalan kronisme dan nepotisme di kalangan pimpinan parti di negeri itu.

Syed Badli mendakwa sikap mementingkan kroni semakin parah apabila hanya 'pengikut kabilah' tertentu diberikan habuan dari segi jawatan lantikan politik.

"Saya menyelar sikap segelintir pemimpin PKR Selangor yang menjadikan habuan jawatan lantikan politik sebagai usaha untuk mengekalkan pengaruh dan kuasa.

"Secara jelas jawatan- jawatan lantikan politik hanya diberikan kepada mereka yang menunjukkan taat setia kepada kabilah tertentu dan tidak lagi menerusi merit," dakwanya dalam satu kenyataan media.

Syed Badli mendakwa dalam penentuan jawatan ahli majlis misalnya nama-nama mereka yang dicadang daripada peringkat cabang diketepikan walaupun sudah 'berjuang sekian lama' dalam parti itu.

"Sikap kuku besi terserlah dengan tidak meraikan perbezaan pendapat dan dianggap menderhakai kepimpinan negeri.

"Budaya tegur-menegur tidak lagi subur dalam Keadilan (PKR) Selangor akibat dari sikap angkuh dan sombong segelintir kepimpinan negeri.

"Mereka lebih gemar kepada ahli yang hanya tunduk dan patuh tanpa mengeluarkan sebarang pendapat yang bercanggah," dakwanya.

Justeru itu, Syed Badli berkata beliau meletakkan jawatan berkuat-kuasa serta merta sebagai setiausaha AMK Selangor kerana menganggap demokrasi telah mati dalam PKR Selangor.

"Saya juga menggesa kepimpinan utama Parti Keadilan Rakyat untuk campur tangan dalam isu pembahagian jawatan lantikan politik di Selangor yang jelas kelihatan berat sebelah," katanya.

: PKR ni berasal daripada UMNO, dulu keluar UMNO tak dapat kuasa, bila dapat kuasa perangai menjadi UMNOlah...

CAPTAINMALAYSIA3 September 2018 at 11:55
MACAM NI BARU BETUL
Wanita hina Islam dipenjara 18 bulan
23 OGOS 2018
Wanita hina Islam dipenjara 18 bulan
Terdapat 800,000 masjid di seluruh Indonesia.
JAKARTA - INDONESIA. Seorang wanita di Indonesia dijatuhi hukuman penjara 18 bulan, hari ini kerana merungut tentang laungan azan terlalu kuat.

Meiliana, 44, didapati bersalah kerana menghina Islam selepas dia meminta masjid di kawasan kejiranannya memperlahankan sistem pembesar suara laung azan atas alasan 'menyakitkan telinganya'.

Mahkamah di bandar Medan di Pulau Sumatera memberitahu rungutan wanita Cina itu turut mencetuskan rusuhan ganas di kawasan kejiranan tersebut, kira-kira dua tahun lalu hingga memaksa sebahagian penduduk Cina melarikan diri.

Tahun lalu, bekas Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok dihukum penjara dua tahun kerana menghina Islam selepas beliau didapati bersalah menggunakan ayat al-Quran dalam ucapannya ketika berkempen. - AFP

CAPTAINMALAYSIA3 September 2018 at 10:35
UNDI LAH PAS
Saya tak sokong kelentongraksi: Halimah
NORAFIZA JAAFAR 19 OGOS 2018
FacebookTwitterWhatsAppEmailMore1.4K
Saya tak sokong kelentongraksi: Halimah
Dr Halimah (kiri) turun bertemu pengundi Dun Seri Setia, hari ini

PETALING JAYA - "Tak sokong kleptokrasi tak bermakna saya menyokong kelentongraksi," seloroh Calon Pas PRK Seri Setia, Dr Halimah Ali.

Beliau menyeru pengundi untuk memberikan kepercayaan kepadanya untuk menjadi wakil rakyat Dun Seri Setia.

Menurutnya, Selangor memerlukan pembangkang yang kuat untuk memainkan peranan sebagai 'check and balance'.

"Bagus macam mana pun kerajaan jika tidak ditegur mereka akan menjadi lupa dan leka.

[ARTIKEL BERKAITAN: PH lawan Pas di Seri Setia]

"Justeru saya perlukan sokongan anda khususnya pengundi atas pagar yang pangkah PH pada PRU lalu untuk memilih saya sebagai wakil rakyat Dun Seri Setia," katanya.

Katanya, beliau bertanggungjawab untuk bersuara dalam Sidang Dun kerana mempunyai pengalaman sebagai Adun dan Exco.

"Saya mempunyai pengalaman dan tahu selok belok pentadbiran jadi kerajaan tak boleh nak kelentong.

"Pembangkang yang kuat adalah yang boleh menegur kerajaan dan memperjuangkan hak rakyat," katanya.

Dr Halimah Ali merupakan penyandang kerusi Adun Selat Klang selama dua penggal sejak 2008.

PRU14 menyaksikan Dr Halimah gagal mempertahankan kerusi Selat Klang selepas tewas kepada Datuk Abdul Rashid Ashari (PKR) yang menang dengan majoriti 500 undi.

CAPTAINMALAYSIA3 September 2018 at 11:15
Kerajaan ‘manja’ minta duit rakyat langsai hutang
SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI 29 OGOS 2018
FacebookTwitterWhatsAppEmailMore988
Kerajaan ‘manja’ minta duit rakyat langsai hutang

GEORGETOWN - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) digesa menghentikan kutipan derma bagi Tabung Harapan sekiranya mahu memansuhkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Ketua Pemuda Umno Nibong Tebal, Mohd Norhiesam Ismail berkata, tindakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan bahawa rakyat dimanjakan dengan pemberian BR1M tidak boleh diterima.

Menurutnya, perkara itu juga tidak wajar dijadikan alasan untuk memansuhkan BR1M kerana kerajaan PH juga meminta derma dari rakyat kononnya mahu menyelesaikan hutang negara.

“Pemuda Umno Nibong Tebal amat kesal dengan pemansuhan BR1M. Alasan rakyat terlalu dimanjakan dengan pemberian bantuan itu tidak boleh diterima pakai.

“Mereka (kerajaan) juga minta bantuan dari rakyat apabila melancarkan Tabung Harapan untuk menyelesaikan hutang negara. Sebenarnya bukan rakyat yang manja sebaliknya kerajaan pada hari ini yang tidak mahu berusaha cari jalan selesaikan hutang negara,” katanya.

Tambahnya, sebagai kerajaan baharu yang dipilih rakyat, pemimpin negara sepatutnya peka dengan masalah kos sara hidup yang semakin menghimpit rakyat.

“Tambahan pula dengan pelaksanaan cukai jualan dan khidmat (SST) pada 1 September ini yang dikatakan kemungkinan harga barang akan melonjak naik.

“BR1M yang diperkenalkan kerajaan terdahulu sebenarnya telah banyak membantu kehidupan rakyat malah ada yang berjaya memulakan perniagaan dengan hasil pemberian tersebut.

“Saya berharap kerajaan PH lebih bertanggungjawab kepada rakyat yang telah memberi undi kepada mereka,” katanya.

Norhiesam berkata, tindakan memansuhkan bantuan tersebut dilihat sebagai satu penganiayaan terhadap rakyat yang memberi mandat kepada PH.

“Kerajaan langsung tidak menyelami masalah dan denyut nadi rakyat,” katanya.

Terdahulu, kerajaan akan mengurangkan jumlah BR1M sedikit demi sedikit sebelum ia dimansuhkan.

Mahathir berkata, langkah tersebut bertujuan untuk memastikan rakyat lebih berdikari.

Mahathir mendakwa, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini telah memanjakan rakyat dengan hanya memberikan rakyat wang tanpa perlu melakukan kerja.

CAPTAINMALAYSIA3 September 2018 at 11:29
PH RASIS

Kelantan tolak UEC
N Faizal Ghazali | Diterbitkan 26 Jul 2018, 3:42 petang | Dikemaskini 26 Jul 2018, 4:16 petang

Kerajaan negeri Kelantan menolak pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai kelayakan menyertai perkhidmatan awam di Malaysia agar kedaulatan bahasa dan bangsa Melayu kekal terpelihara.

Menteri besarnya, Datuk Ahmad Yakob berkata, semua pihak perlu berhati-hati dalam isu berkenaan.

"Kelantan tolak UEC.

"Pihak tertentu bagus memberi pandangan seperti ini (menolak UEC) sebelum ia berlaku.

"Semoga kedaulatan bahasa Melayu dan bangsa Melayu dikekalkan memandangkan UEC dilihat sesuatu yang mudah untuk orang bukan Melayu berada dalam penjawatan awam tanpa memiliki kemahiran dan kebudayaan bahasa Melayu yang baik," katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Infaq: Asnaf dan Anak Yatim di Kota Bharu, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang tidak bersetuju Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) diiktiraf supaya Dasar Pendidikan Kebangsaan tidak dirosakkan.

Harussani dilaporkan tidak bersetuju dengan Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu yang mahu iktiraf UEC memandangkan dasar pendidikan sedia ada sudah terbukti mampu memacu pembangunan negara ke arah kebaikan berasaskan perpaduan kaum dan pembinaan negara bangsa.

Perak sedia iktiraf UEC

UEC dikeluarkan oleh sekolah persendirian Cina yang sukatan pelajarannya didakwa sesetengah pihak tidak selari dengan yang dikeluarkan oleh kementerian pendidikan.

Ahad lalu, media melaporkan Ahmad Faizal berkata, kerajaan negeri Perak sedia mengiktiraf UEC sebagai kelayakan menyertai perkhidmatan awam dengan syarat pemohon mendapat taraf kepujian dalam Bahasa Melayu.

Menurutnya, perkara itu selaras janji dalam Manifesto Pakatan Harapan (HARAPAN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

Pada 2 Julai lalu, Ketua Menteri Melaka Adly Zahari berkata pengambilan lulusan UEC akan dilaksanakan sebagai antara syarat perjawatan peringkat negeri Melaka.

Dalam manifesto pilihan raya umum ke-14 (PRU14), BN turut mengiktiraf sijil UEC untuk memasuki universiti tempatan dengan syarat mereka mendapat kepujian bagi subjek Bahasa Malaysia dan lulus Sejarah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

CAPTAINMALAYSIA3 September 2018 at 11:56
Hindu kaum pertama Malaysia, Melayu sebenarnya pendatang - Kula

TRANSKRIP video dalam Bahasa Melayu:
Kebanyakan orang telah lupa. Orang Hindu mula mula jejak negara ini 2,500 tahun dulu.

Apa buktinya? Sekiranya anda pergi ke Lembah Bujang, kesemua bukti terdapat di sana. Terdapat banyak kuil lama yang ditemui di sana.

Apabila kitalah yang berada di negara ini terlebih dahulu, maka merekalah (Melayu) yang sebenarnya pendatang!

Kita dan Melayu adalah setaraf.

Tapi hari ini, semua ini sudah dilupakan.

Tanyalah kepada anak-anak kita yang bersekolah tentang sejarah asal usul kita; mereka akan berkata Guru di sekolah telah ajar yang orang Hindu menetap di sini 100 tahun yang dahulu.

Kita mesti mengetuk kepala guru-guru yang ajar sejarah salah yang sebegini!

Pergi beritahu kepada semua, kenyataan ini keluar dari mulut saya. Hindu, kaum pertama di Malaysia, 2,500 tahun yang lepas.

Kita seharusnya perlu sebarkan kepada semua supaya hak kita tidak akan tertindas. Ini adalah tanah air kita. 2,500 tahun dahulu kita sudah menetap di sini. Kita mempunyai semua hak untuk berada di tanah ini.

Ini Tanahair kita
(KULA bercakap pada satu program di Nilai, Negeri Sembilan minggu lepas.)

Patutkah seorang menteri mengeluarkan kenyataan seperti ini? Apa komen anda? Jika anda pengundi Pakatan Harapan, adakah anda rasa berbaloi mengundi PH pada PRU-14 lalu setelah anda banyak kali dikhianati?
: Mana nak letak muka orang Islam yang sanggup undi DAP.. terutama parti Amanah dan IKRAM....

Mat Ozil3 September 2018 at 10:22
Rafizi dah ketandusan idea nk lawan azmin. Dia sendri silap langkah sampai tak boleh bertanding kerusi parlimen.

Better dia fokus untuk bersama azmin. Tapi bolehker

bankami.blogspot.com

CAPTAINMALAYSIA3 September 2018 at 10:35
PH MENGELAK BILA ISU KENA ATAS BATANG HIDUNG

Yang kedua isu agar besar ialah tersebarnya gambar Mat Sabu dengan Zaza G-String oleh 3 orang dikatakan ahli parti AMANAH.

Pada 4 Mei 2018 Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu menyatakan bahawa beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap tiga lelaki yang menuduhnya melakukan hubungan luar nikah dengan seorang wanita.

Bagaimanapun, tarikh dan masa untuk beliau yang juga calon PKR bagi kerusi Parlimen Kota Raja memfailkan kes berkenaan di mahkamah menimbulkan tanda tanya kerana belum membuat laporan polis berhubung dakwaan berkenaan.

Timbalan Setiausaha Agung AMANAH, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus berkata, beliau dimaklumkan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu akan mengambil tindakan undang-undang terhadap tiga individu terbabit.

3 orang kuat parti AMANAH yang membela sebaran gambar dan video Mat Sabu sebelum PRU-14 baru-baru ini diam membisu. Laporan polis tidak ada malah saman yang diperkataan hanya untuk KENCING pengikut parti AMANAH sahaja.

Haji Hassan Omar menulis dalam blogsnya supaya Mat Sabu saman Razali Abdul Rahman
merupakan bekas Setiausaha Politik Lim Guan Eng. Juga Pegawai Tugas-tugas Khas LGE. Dia juga merupakan bekas Ketua Organisasi DAP Bahagian Jelutong. (sila rujuk di sini)

Daripada petikan artikel Haji Hassan, Razali membuat tuduhan kepada Mohamad Sabu;

1. Seorang yang hipokrit dengan Islam. Dia bermuka-muka dengan agama dihadapan orang ramai.
2. Mohamad Sabu juga menyokong agenda kritianisasi DAP
3. Mohamad Sabu seorang perasuah (rasuah 1 juta)
4. Mohamad Sabu mengamal politik menghalalkan cara.

Malangnya sampai hari ini, bila PAKATAN HARAPAN sudah berkuasa isu yang dibangkitkan oleh Razali Abdul Rahman diam begitu sahaja. Mana maruah diri Mat Sabu. Mat maruah diri parti AMANAH?

Yang saya pelik Dr Asri, Dr Daniel, Dr Rozaime, Dr Zaharudddin dan beberapa orang lagi cerdik pandai agama seolah-olah buta mata atas isu ini.

Pertubuhan IKRAM yang menjadi pengerak utama parti AMANAH juga sama membisu tuli dalam isu rasuah, seks dan pengkhianatan perjuangan agama. Apakah mereka sibuk membahagi "harta ghanimah" sehingga hilang jati diri Islam dalam diri mereka membiarkan perkara yang mengaibkan berlaku dalam parti mereka?

Saya cukup kesian dengan penggerak IKRAM di kawasan-kawasan yang bekerja keras untuk pertubuhan ini sedangkan pimpinan atas hanya melihat keduniaan melebih perjuangan.

CAPTAINMALAYSIA3 September 2018 at 11:15
Mansuh BR1M tekan rakyat B40
WARTAWAN SINAR HARIAN 29 OGOS 2018
FacebookTwitterWhatsAppEmailMore466
BR1M
Gambar hiasan

SHAH ALAM - Langkah pemansuhan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) oleh kerajaan PH disifatkan sebagai tindakan yang menekan rakyat berpendapatan rendah.

Ketua Puteri Umno, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, cadangan itu bukan sahaja memberi kesan kepada penerima bantuan tersebut malah ia turut melibatkan seluruh ahli keluarganya.

“Seramai 6,320,769 penerima BR1M pada 2017 dan jika diambil purata satu penerima mempunyai dua tanggungan terdiri daripada isteri, anak atau ibu dan bapa.

“Ini bermakna bukan penerima sahaja akan terkesan dengan pemansuhan subsidi bersasar yang diberi dalam bentuk BR1M itu,” katanya menerusi ciapan di Twitter miliknya, semalam.

[ARTIKEL BERKAITAN: BR1M dihentikan, ada unsur rasuah]

Menurutnya, lebih buruk apabila tindakan itu turut menimbulkan kesan negatif kepada para peniaga akibat daripada penurunan kuasa membeli.

“Adakah ini hadiah selepas 100 hari kerajaan PH kepada rakyat berpendapatan rendah,” soalnya.

CAPTAINMALAYSIA3 September 2018 at 11:29
Ada menteri belum sedia bertugas, kata Mohd Amar
N Faizal Ghazali | Diterbitkan 15 Ogs 2018, 3:39 petang | Dikemaskini 15 Ogs 2018, 4:01 petang

Sesetengah menteri sekarang dilihat belum bersedia menjalankan tugas yang diberikan, kata Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Katanya pada ketika tertentu ada antara menteri terbabit terpaksa meminta maaf atas kenyataan yang dikeluarkan.

Menurut Mohd Amar walaupun meminta maaf itu amalan yang baik namun dari sisi lain ia menunjukkan bahawa menteri terbabit tidak bersedia memikul tugas yang diberikan.

"Dan kita (nampak macam) tidak study (kaji) betul-betul isu atau subjek yang kita tangani," katanya kepada media di Kota Bharu selepas mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini.

Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar tidak memetik mana-mana nama semasa membuat kenyataan tersebut namun ada kemungkinan ia ditujukan kepada bekas anggota Jawatankuasa Pusat AS dan kini naib presiden AMANAH, Datuk Dr Mujahid Yusof.

Pada 13 Ogos lalu Mujahid meminta maaf kerana secara tidak sengaja mengeluarkan kenyataan mengenai isu transgender yang boleh mengelirukan orang ramai.

Untuk rekod Mujahid ialah anggota parlimen Parit Buntar yang dilantik menjadi menteri di Jabatan Perdana Menteri yang mengelola hal ehwal Islam.

Kasihan berjanji dengan mudah

Kata Mohd Amar kebanyakan menteri yang berkhidmat di bawah kepimpimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat "bergelut" menjalankan tugas-tugas mereka.

"Corak pentadbiran kerajaan persekutuan pada pandangan saya, kebanyakan menterinya strunggling (bergelut) untuk menjadi menteri, mungkin (sebab) mereka tak ada background (latar belakang berkaitan).

"Kita tengok strungling dari segi bagi kenyataan dan cara dia jawab soalan, menangani isu-isu (semasa)," katanya.

Justeru Mohd Amar berharap menteri terbabit dapat mengatasi masalah berkenaan dengan segera.

Katanya ia adalah proses pembelajaran yang panjang.

Sementara itu, anggota dewan undangan negeri (ADUN) Panchor berkenaan turut mengkritik kegagalan Pakatan Harapan (HARAPAN) menunaikan 10 janji 100 hari yang dinyatakan dalam manifesto mereka.

Setakat ini kata Mohd Amar, HARAPAN gagal menunaikan janji-janji utama kepada rakyat seperti menghapuskan tol, menurunkan harga minyak dan menghapusan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN).

"Janji senang diucapkan tapi sukar untuk dilaksanakan, dan kita kesian kepada orang yang memberi janji tanpa kajian dan maklumat yang jelas.

"Mungkin mereka tiada pengalaman menjadi sebuah kerajaan sebelum ini, jadi mereka tak tahu selok-belok dan kaedah-kaedahnya.

"Mereka ingat benda ini terlalu simple (mudah) dilaksanakan.

"Hari ini jadi kerajaan, esok terus boleh laksanakan, sedangkan dalam kerajaan ada prosedur, peraturan dan aspek-aspek lain yang perlu diambil kira," jelas Mohd Amar.

CAPTAINMALAYSIA3 September 2018 at 11:57
Batal ECRL umpama menghukum rakyat Pantai Timur
NOR AINNA HAMZAH 23 OGOS 2018
FacebookTwitterWhatsAppEmailMore3.9K

SHAH ALAM - Pemuda Umno menyeru Kerajaan PH agar mengenepikan ego politik untuk kembali ke meja rundingan dengan Kerajaan China bagi mencari solusi terbaik agar projek projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dapat diteruskan.

Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sebarang terma yang didakwa tidak menguntungkan boleh sahaja dirundingkan kembali agar rakyat tidak jadi mangsa pembatalan projek yang sudahpun bermula.

Bahkan menurutnya, Pemuda Umno tidak mahu generasi mendatang terpaksa mewarisi beban pembayaran pampasan yang tinggi akibat pembatalan projek yang sudah bermula dek kerana keegoan pimpinan hari ini menghapuskan ‘legasi infra-rakyat’ yang dicetuskan kepimpinan terdahulu.

“Pengumuman pembatalan projek ECRL oleh Kerajaan PH sejurus Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kembali dari lawatan kerja ke China amat mengecewakan.

”Keputusan berkenaan seolah-olah satu hukuman kepada rakyat di negeri-negeri Pantai Timur khususnya Kelantan, Terengganu dan Pahang hanya kerana mereka tidak memilih Kerajaan Pakatan Harapan,” katanya dalam laman sosial facebook miliknya, hari ini.

Asyraf berkata, keperluan untuk satu infrastruktur pengangkutan awam darat yang pantas dan moden bagi menghubungkan Pantai Barat dan Pantai Timur Semenanjung adalah penting untuk menjadi pemangkin pertumbuhan yang memungkinkan kesan gandaan ekonomi (economic multiplier effect), selain kemasukan pelaburan domestik dan asing.

“Ia secara tidak langsung dapat merancakkan ekonomi tempatan dan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan.

”Kerajaan BN dahulunya melancarkan Projek ECRL bernilai RM55 billion (kini RM66.7 billion) sebagai satu inisiatif berimpak tinggi di dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11).

Menurutnya, projek rel membabitkan dua fasa sepanjang 688 km berkenaan akan menyambungkan Pelabuhan Klang dan Pengkalan Kubor, Kelantan yang dijangka siap pada 2024 akan dapat menambah 1.5 peratus kepada nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dan dijangkakan mewujudkan lebih 80,000 peluang pekerjaan.

”Tidak semuanya legasi kepimpinan terdahulu harus dihapuskan hanya kerana dendam politik sehingga ‘memangsakan’ rakyat Pantai Timur yang berhak menikmati kesaksamaan pembangunan ekonomi dan tidak hanya berpusat di sebelah Pantai Barat.

Ramly Ahmad3 September 2018 at 10:40
Kawan separti pun nak dperlekehkan..cerdik tp persia2kan..nak berlawan kawan tp bgi alasan x munasabah..apa kemenangan ph itu mau diukur dgn kehebatan berkempen dgn invoke kotena 40' menjalar pelusuk negara cukup kuat hingga kredit hendak diraih sebongkak itu..hakikat terimalh susuk mahathir jgn dketepikan..barang dlupa jgn kebobrokan kerajaan sinajib memang hendak dbuang..sokongan reformasi anwar masih pengharapan..rakyat mempunyai pelbagai kehendak keinginan memilih ph merubah negara dlm kedudukan selesa aman sejahtera..

Jgn nak pertunjuk gah dgn apek2 lempang yg mula x sedar diri..nak menjatuh kawan sebarangan konon dah hebat sekali..jgn nak buat onak dgn Azmin Ali..org lama tersumbat dlm lokap berhari2..x patah hati bersemangat jati bg menegakkan keadilan reformasi..ketika itu ko dimana3..liur ko masih meleleh..hinggus belum kering lagi..piiraaah lu rafizi..rafizi karung guni...

CAPTAINMALAYSIA3 September 2018 at 10:45
Terengganu sasar bina semula keluarga melalui perkahwinan ibu, bapa tunggal

Kerajaan negeri Terengganu akan terus memperhebatkan program perkahwinan melibatkan ibu dan bapa tunggal di seluruh negeri bagi membolehkan 43,269 orang golongan itu membina kehidupan berkeluarga yang lebih baik.

Menerusi program yang dimulakan pada tahun ini, kerajaan negeri menyediakan insentif RM1,000 untuk golongan ibu dan bapa tunggal yang ingin kembali menjalani kehidupan berumah tangga.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri Hanafiah Mat berkata setakat Jun tahun ini, 35,426 ibu tunggal dan 7,843 bapa tunggal di negeri ini telah berdaftar dengan program itu.

"Jumlah ini sebenarnya tidaklah terlalu ramai jika dibandingkan nisbah penduduk Terengganu keseluruhannya. Namun kerajaan negeri akan terus menyediakan pelbagai insentif kepada mereka untuk mengukuhkan institusi kekeluargaan di negeri ini.

Program insentif perkahwinan ibu tunggal dan bapa tunggal sebanyak RM1,000 seorang ini misalnya adalah satu sumbangan permulaan yang baik daripada kerajaan negeri untuk membantu mereka memulakan kehidupan baharu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengagihkan cek sagu hati perkahwinan kepada 117 ibu dan bapa tunggal di sini hari ini. Turut hadir Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) , Mohd Shafaruddin Mustaffa.

Ketika ini, 311 ibu dan bapa tunggal telah menerima insentif sebanyak RM1,000 seorang itu.

Hanafiah berkata kebanyakan ibu dan bapa tunggal di Terengganu adalah mereka yang kematian pasangan masing-masing dan hanya sebahagian kecil sahaja yang bercerai.

Ditanya mengenai kemungkinan berlaku perbuatan tidak bertanggungjawab yang memperalatkan ibu atau bapa tunggal ini semata-mata untuk mendapatkan wang insentif itu, Hanafi berkata hanya satu kes dilaporkan kepada YPKT setakat ini.

"Ia hanya kes terpencil di mana berlaku perceraian setelah pasangan mereka menerima wang ini... mungkin memang setakat itu sahaja jodoh mereka. Apa pun, kerajaan negeri akan sentiasa melaksanakan pelbagai program pasca perkahwinan kepada mereka agar perkahwinan itu kekal ke akhir hayat," katanya.

- Bernama
: Membina keluarga boleh memperkuatan negara....

CAPTAINMALAYSIA3 September 2018 at 11:16
KALAU KORANG TAK NAK MAMPUS CEPAT

Nenek jangkaui usia 105 tahun kerana rajin mengaji al-Quran
FMT Reporters | July 30, 2018
Siti Kalsom akui menghabiskan masa baca al-Quran dan buat ibadah solat sunat dari jam 1 hingga 4 pagi dan berehat sebentar dan kemudiannya terus menunaikan solat Subuh diikuti solat Dhuha.

Setiap manusia yang lahir di dunia ini mempunyai jangka hayat yang berbeza. Semuanya bergantung kepada cara atau gaya hidup dan latar belakang mereka.

Walaupun risiko kematian bukan sesuatu yang boleh dihalang atau dinafikan, tetapi ramai yang masih direstui dengan jangka usia yang panjang dan sihat.

Sama juga dengan seorang warga emas dari Besout, Perak, Siti Kalsom Sonowi yang direstui dengan usia 105 tahun.

Menurut laporan Sinar Harian, Siti Kalsom mengaji al-Quran dan menunaikan solat sunat antara rahsia beliau hidup melebihi usia 100 tahun.

“Sejak muda lagi, mak cik habiskan masa baca al-Quran dan buat ibadah solat sunat dari jam 1 hingga 4 pagi dan berehat sebentar dan kemudiannya terus menunaikan solat Subuh diikuti solat Dhuha,” katanya yang meluangkan 3 jam sehari untuk berjaga pada awal pagi.

Wanita tertua di Sabak Bernam itu juga tidak menafikan amalan pemakanan sihat sebagai satu lagi rahsia umur panjang beliau.

Buah-buahan tempatan, sayur-sayuran dan ulam-ulaman wajib diambil Siti Kalsom dalam pemakanan seharian.

“Biasannya saya makan dalam kuantiti sedikit, tetapi lebihkan sayuran dan ulam.

“Antara lauk kegemaran mak cik ialah sup ikan dan ikan masak asam,” katanya kepada akhbar itu.

Usia panjang sahaja tidak mencukupi, Siti Kalsom juga selesa menguruskan diri sendiri termasuk berjalan ke tandas tanpa bantuan sesiapa di samping mempunyai tahap penglihatan yang masih lagi terang.

Siti Kalsom juga sering dipuji masyarakat setempat kerana daya ingatan yang kukuh selain bebas dari sebarang penyakit kronik.

Satu-satunya masalah kesihatan yang beliau hadapi ialah masalah pendengaran yang semakin lemah.

Bagaimanapun, ibu kepada 9 anak dan 38 cucu itu masih aktif dan tinggal bersama cucunya di Kampung Tebuk Rukun, Parit Baru Baroh, Sabak Bernam.

CAPTAINMALAYSIA3 September 2018 at 11:30
KALAU ORANG DIA DAPAT SENYAP JEEEEEE
Bantulah kami penoreh getah’
MOHAMAD NORZAHARUDDIN KASIMON 2 OGOS 2018
Norman menunjukkan penghasilan getah beku yang semakin sedikit.

SEGAMAT - Rata-rata penoreh getah di sini yang ditemui mahu kerajaan mengambil langkah mewujudkan satu skim bantuan yang mampu mengeluarkan mereka daripada keadaan yang semakin terhimpit ekoran kejatuhan teruk harga komoditi getah ketika ini.

Norman Haron, 41, berkata, pendapatannya sebagai penoreh merosot sehingga 50 peratus iaitu sekitar RM500 sebulan disebabkan kejatuhan harga getah yang berada di bawah paras RM2 selain penghasilan yang semakin berkurangan akibat pelbagai faktor termasuk cuaca.

“Walaupun terdapat bantuan kejatuhan harga getah serta bantuan musim tengkujuh sebelum ini, ia tak banyak membantu kerana hanya pemilik kebun saja yang layak memohon bantuan tersebut bukannya penoreh yang mengambil upah mengerjakan kebun.

“Dengan pengeluaran getah yang semakin merosot disebabkan penyakit daun luruh dan cuaca serta harga pasaran yang rendah, kami sebenarnya berada di bawah paras kemiskinan,” katanya.

Menurutnya, dia yang mengambil upah mengerjakan kebun penduduk kampung seluas 1.5 hektar selepas kebun getahnya ditanam semula kini hanya mampu meraih pendapatan di bawah RM500 sebulan dan pendapatan tersebut tidak mencukupi untuk menyara keluarganya.

Bagi M Azman Miskam, 55, kehidupan penoreh getah ketika ini sememangnya memerlukan perhatian kerajaan.

CAPTAINMALAYSIA3 September 2018 at 11:57
Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan mengenai isu umat Islam

Setelah meneliti pelbagai isu dan juga pendapat para ulama dan cendiakawan serta pengamal undang-undang, kami berpendapat seperti berikut:

Perlunya rayuan dibuat dan kesungguhan dari semua pihak untuk mendaulatkan hukum dan fatwa yang telah diputuskan sementelahan lagi ianya berdasarkan nas syarak yang sarih lagi nyata. Alhamdulillah, tahniah kepada badan-badan yang terlibat hingga mampu mempertahankan Islam.

Memuliakan syara’ dan mematuhinya hendaklah mengatasi segala-galanya. Ia sekali-kali tidak boleh dihukum kepada hukum syara’ kerana ia datang daripada Rabb al-‘Alamin.

Islam telah menetapkan bahawa lelaki hendaklah menjadi lelaki begitu juga perempuan hendaklah menjadi perempuan mengikut sunnatullah yang telah ditetapkan. Hikmah Allah dalam penciptaan sudah pasti membawa pelbagai rahmat dan rahsia-Nya kepada makhluk seperti manusia.

Beralasan dengan penyakit tertentu tidaklah boleh diterima dengan begitu mudah apatah lagi ia merupakan kesongsangan jiwa dan watak yang sepatutnya dihalang untuk menjadi golongan yang ketiga dalam masyarakat.

Kami berharap agar rasa takut kepada Allah dan perasaan dalam hati untuk mentaati perintah Allah SWT dengan sami’na wa ata’na (kami dengar dan kami taat) hendaklah sentiasa terpahat di dalam sanubari setiap umat Islam.

Hukum bukanlah diasaskan kepada logik akal semata-mata atau merasakan sebagai kebebasan hak setiap manusia tetapi dalam Islam hendaklah berpandukan wahyu Ilahi dan hadyun nabawi (petunjuk nabi). Inilah yang mesti difahami oleh umat Islam.

Jangan sesekali mencabar fatwa yang diputuskan oleh para ulama kerana mereka bukan mengeluarkan hukum sesuka hati mereka dan juga mahu kepada pengaruh atau harta benda dunia tetapi fatwa yang diberikan mempunyai asas sandaran dan sumber yang muktamad daripada Al-Quran, al-Sunnah, qiyas dan juga ijma’.

Menghormati para ulama adalah salah satu daripada ciri muslim dan mukmin yang baik. Kalaulah kita tidak menghormati ulama maka siapa lagi yang patut kita hormati.

Saya berharap dengan keputusan yang telah dikemukakan, marilah sama-sama kita menginsafi diri dengan melihat bahawa ini bukanlah lagi isu menang atau kalah tetapi sama-sama menghayati nas Ilahi dan Nabawi mengikut neraca syara’. Semoga dengan ini, hati kita dapat tunduk dan patuh kepada perintah-Nya dengan penuh keredhaan dan berjanji setia dengan kalimah karamah sami’na wa ata’na (kami dengar dan kami patuh).

Semoga kenyataan ini menjadikan kita bermuhasabah sebagai seorang mukmin yang taat dan patuh kepada perintah Allah. Marilah sama-sama kita mencari mardhatillah.

Akhukum fillah,
S.S. Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
http://www.muftiwp.gov.my/v4/index.php?option=com_content&view=article&id=1820:siri-5-isu-transgender-tasyabbuh-atau-penyerupaan-hukumnya-edisi-kemaskini&catid=82&Itemid=408&lang=ms
: Kita kena ikut agama bukan ikut akal...

GENG NAJIB3 September 2018 at 10:58
Boleh caya ke cakap Madey dan Daim tu??? madey dah janji akan serahkan pucuk pimpinan pada DSAI dalam masa 2 tahun, tapi lepas tu U-TURN pulak, takde had masa untuknya. Kononnya ini adalah atas kehendak rakyat Msia yang mahukannya terus jadi PM..mungkin 5-10 tahun lagi kot, jika umur panjang.

Daim pulak dah beritahu dalam satu wawancara di Spore ynag diterbitkan oleh NST Spore bahawa DSAI belum layak lagi jadi PM. Kena tunggu maasnya..tapi tak cakap bila pulak.

Nampak sangat memang takde rancangan untuk menyerahkan PM kepada DSAI dalam masa 2 tahun tu..wa;laupun DSAI dah bergelar MP dalam parlimen. Dia hanya jadi MP biasa dan spt yang dikatakannya hari tu, dia akan bersama2 dengan pembangkang untuk menghentam dan menyerang PH jika ada yang tak kena. Bila Madey dengar statement macam ni, dah tentu lah lag dia marah dan memastikan DSAI takkan ada chan jadi PM. DSAI pun dah ada sond kat Daim...jangan lupa skandal lama Daim semaas jadi menteri kewangan dulu tu..semuannya dalam tangan DSAI.

lagi lah gerun Daim dan Madey mendengar kata2 tu..iyelah mereka berdua ni banak isu2 belakang tabir yang boleh dibongkar semula oleh DSAI jika jadi PM ke 8 nanti..tak gerun ke depa berdua !!!

Sepert kata Jessy Reggie dalam forum nothing to hidenya baru2 ni...tak mustahil telah dirangka konspirasi untyk mengenakan DSAI sekali lagi dengan isu liwat 3.0 dan juga salahguna kuasa DSAI semasa jadi menteri kewangan dulu..khabarnya dah ada dokumen tertentu yang ditanda tangani oleh DSAI dan ini boleh digunakan untuk mensabitakannya.

Rakyat marhaein merasakan adalah lebh banyak negatif dari positif jika DSAI ditabalkan sebagai PM, terutamanya di pihak Madey dan kroni2nya. Perjuangan Madey seperti yang disebut2kan dalam sajaknya dulu masih belum selesai lagi...masih banyak lagi harta negara yang masih belum dijarah oleh mereka dan sehingga itu lah, DSAI takkan merasa jadi PM...Azmin dah digroomkan sebaik mungkin untuk menggantikan Madey sebagai PM ke 8..dan tanya lah mana2 rakyat Msia, dah tentu rata2 akan setuju sesangat jika Azmin mengambil tempat Madey. Terselamat lah Madey dan kroni2 dari segala ops pembalasan dan dendam kesumat yang bakal dikenakan oleh DSAI nanti !!!

GENG NAJIB3 September 2018 at 11:09
Ini satu lagi berita yang menggemparkan negara. 

Dr Halimah, calon dari PAS yang bertanding dalam PRK Seri Setia mendakwa bahawa PH telah menggunakan jentera kerajaan negeri untuk berkempen. Mereka uga telah dilihat mengagihkan barangan kepada penmduduk di situ untuk memancing undi.

Kata kerajaan era baru ni Bersih sangat..tapi kenapa masih ada lagi perlakuan sedemikian rupa. SPR wajib mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dalam salahguna jentera2 kerajaan negaeri ni. Apatah lagi MP di sini ialah YB Maria Chin Abdullah..pemgerusi Bersih satu ketika dulu. Dia sepatutnya bersuara untuk menghentikan perlakuan2 seperti ini.

Kalau ikut cakap2 PH, mereka takde masaalah nak menag sekali lagi kat sini..tapi kenapa menggunakan cara yang betentangan dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh SPR. Satu aje sebabnya...PH tak konfiden boleh menewaskan lawannya, itu lah apasal mereka mula mengumpan pengundi di situ !!!!

Asrul Sani3 September 2018 at 11:26
Macam la UMNGOK tak pernah guna jentera kerajaan selama 60 tahun memerintah. Bukan setakat guna jentera kerajaan, Menteri UMNGOK guna basikal keliling kampong pun pernah...Mangkaq punya mangkok.

CAPTAINMALAYSIA3 September 2018 at 11:31
PH, belum menang fitnah, selepas menang pun fitnah

Bina persepsi buruk kepada lawan, membuat dakwaan palsu antara kerja yang sangat mahir parti DAP. Tidak hairan walaupun bilangan mereka kecil tetapi mereka bina masyarakat Cina dengan maklumat palsu, meragukan dan fitnah agar musuh poltik mereka sentiasa dibenci.

Kerja mereka tak kira semasa menang atau kalau kerana itu sikap mereka tidak ada dosa dan pahala. Malang jika parti AMANAH setongkol dalam isu-isu fitnah yang dibawa oleh DAP.

Terkini Adun Keranji, Chong Zhemin membuat fitnag kononnya PAS Negeri Perak ada menerima tanah seluas 16,364 meter persegi antara tempoh 2008 hingga 2018.

Seluas 16,364 meter persegi adalah cara DAP atau PAKATAN HARAPAN nak "kencing" rakyat. 16, 364 meter persegi itu sebenar 1.6 hektar.

Celaka betul puak DAP yang sebenar fitnah dan celaka juga bagi orang yang mempercayai fitnah tanpa usul periksa sebagaimana yang telah diterangkan jelas dalam al Quran.

Tanah itu sebenarnya adalah pertukaran hak milik individu kepada PAS Cawangan Langkap yang tidak pun sampai 0.4 hektar.

Pertukaran tanah tersebut yang dikongsi lima individu pada tahun 1969 dengan keluasan asal 1.6 hektar, di mana pada 2012 berlaku pindah milik.

Salah seorang pemilik memberikan sebahagian kecil tanah tersebut kepada Ketua PAS Cawangan Langkap bersama beberapa individu.

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria ketika membuat sidang media mengatakan bahawa ini adalah fitnah.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Mohd Akmal Kamaruddin mencabar Zhemin mengulangi kenyataan tersebut di luar dewan agar tindakan undang-undang boleh diadakan.

Zhemin dalam perbahasannya mendedahkan kononnya kerajaan negeri meluluskan beberapa hak milik tanah kepada Umno, MCA, Gerakan dan PAS antara 2008 hingga 2018.

Hentilah buat kerja bodoh menipu dan manipulasi maklumat untuk memburukkan PAS. Bila PH dah menang fokus kepada pembangunan rakyat. PH terutamanya parti AMANAH perlu tumpu kepada pembasmi berita dan maklumat palsu dimedia massa. Jangan terikut buat kerja jahat dan bodoh.
: Tak buat kerja jahat dan bodoh, mana boleh menang itu perinsip utama PH kan?....

CAPTAINMALAYSIA3 September 2018 at 11:58
Inflasi teras diunjur meningkat 1.0 peratus
23 OGOS 2018
FacebookTwitterWhatsAppEmailMore31
Inflasi teras diunjur meningkat 1.0 peratus
RAM Rating Services Bhd

KUALA LUMPUR - RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings) menjangkakan kadar inflasi teras meningkat 1.0 peratus pada Julai 2018, disokong tekanan inflasi yang lebih tinggi daripada komponen bahan api pengangkutan.

Dalam satu kenyataan hari ini, agensi penarafan itu berkata harga purata petrol RON95 meningkat 12.4 peratus pada Julai berbanding 9.9 peratus pada Jun, ketika kesan asas rendah.

Ia berkata harga dijangkakan terus lemah dengan penarafan sifar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), mengehadkan sebarang tekanan ke atas inflasi, manakala Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dijangka membuat beberapa pelepasan kos.

“Penilaian awal kami terhadap SST dan potensi impak inflasi tidak menunjukkan sebarang ketidakstabilan harga atau penggunaan buat masa sekarang.

“Ini disebabkan oleh bahagian produk SST yang lebih kecil dalam sekumpulan indeks harga pengguna, dan terpakai kepada pengeluar dan bukan pengguna akhir,” katanya.

Selain itu, sebarang kesan ketidakstabilan daripada SST dikawal oleh lapisan tunggal cukai, kurang kos pelaksanaan pentadbiran serta cadangan pengecualian ke atas bahan mentah, komponen dan pembungkusan bagi pengeluar berdaftar.

Memandangkan tekanan deflasi daripada perubahan dalam sistem percukaian, selain harga bahan api yang lebih rendah susulan pelaksanaan semula subsidi minyak, dan lonjakan pertumbuhan perlahan yang berterusan ke atas harga makanan, inflasi teras dijangkakan mencatat purata 1.3 peratus tahun ini, katanya.

“Berdasarkan teras inflasi yang lebih rendah dan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar yang sederhana sebanyak 4.9 peratus, Kadar Dasar Semalaman (OPR) tahun ini dilihat memihak kepada aliran menurun.

“Bagaimanapun, OPR dijangka kekal pada 3.25 peratus sepanjang 2018 susulan dasar tidak menentu yang berterusan, selain beberapa risiko makro yang mungkin masih memberi risiko ke atas aliran keluar modal,” katanya.

RAM Ratings percaya dasar monetari akan memainkan peranan yang lebih besar kerana penyatuan fiskal dianggap sebagai trend utama yang berlaku, sekali gus skop suntikan dana tambahan dijangkakan kurang.- Bernama

Asrul Sani3 September 2018 at 11:23
Anwar pun gatai mulut juga....ucapan beliau semasa penutupan kongres baru-baru ini menyebut pasal AP la, turut membayangkan bahawa Menteri-menteri PH jika buat kerja tidak betul. Woiii Pak Sheikh, bagi contoh yang jelas la di mana yang tidak kena, apa yang dibuat yang disifatkan tidak betul. Kalau dia orang beluym buat salah tapi hang dah bagi amaran, tu mecam terlebih kepoh la pulak.

Kami pun boleh bagi amaran begini.."Pak Sheikh, kami bagi maran, sekali lagi hang sodomi mana-mana budak, kami tak akan merayu pada mana-mana Raja supaya memberi pengampunan kepada kamu.."

Tentu tidak manis didengarkan. Begitu juga halnya dengan kerajaan sekarang. Lebih baik duduk diam dari membawa kerosakan. Tak perlu rhetorik murahan untuk meraih populariti. Kalau itu tujuannya hang memang sebaris Lokman Adam saja...hang belah pi join UMNO lagi bagus.

CAPTAINMALAYSIA3 September 2018 at 11:32
Hayat HARAPAN tak lama, banyak penyakit
Diterbitkan 26 Jul 2018, 5:34 petang | Dikemaskini 26 Jul 2018, 6:23 petang

Pemimpin kanan PAS Mokhtar Senik merasakan jangka hayat pentadbiran Pakatan Harapan (HARAPAN) akan lebih singkat daripada pemerintahan BN.

"Duk berasa jangka hayat kerajaan Pakatan Harapan ni lebih singkat dari jangka hayat BN. Kalau anda berpandangan sebaliknya terpulang lah," kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat pada suatu hantaran Facebook hari ini.

Beliau juga berkata hal ini kerana HARAPAN menghidap penyakit "kerap kencing."

"Saya kata begitu kerana HARAPAN ni banyak sangat penyakit.

"Melebihi penyakit yang pernah dihidap oleh Umno/BN. Penyakit nombor satu HARAPAN ialah kerap kencing," kata Ketua Dewan Ulama PAS Pahang itu.

Kenyataan pedas pada Dr M, Guan Eng

Mokhtar sering mengeluarkan kenyataan pedas sebelum ini dan dipercayai kenyataan beliau hari ini ada kaitan dengan kempen pilihan raya kecil Sungai Kandis.

Ulama PAS itu pernah mengulas tindakan pengerusi HARAPAN Tun Dr Mahathir Mohamad menziarahi pusara allahyarham Datuk Fadzil Noor dan cuba mengunjungi pusara allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika kempen PRU14.

"Ziarahlah Tun, sambil-sambil tu buatlah muka sedih. Pasti makin ramai yang akan panggil Tun dengan gelaran ayahanda dan bonda.

"Ziarah laa.. Tun akan dilihat benar-benar bertaubat dan insaf. Dan lebih insaf lagi kalau Tun ziarah kubur sendiri yang sedang menanti," katanya melalui kenyataan terbuka di Facebook.

Mokhtar pernah berkata setiap kali Lim Guan Eng mengecam Kelantan maka 'bala' hadir di Pulau Pinang, ketika banjir besar melanda negeri itu pada November tahun lalu.

CAPTAINMALAYSIA3 September 2018 at 11:58
Khazanah: Isu baju dalam hanya mahu malukan Azman
NOR AINNA HAMZAH 1 OGOS 2018
Khairy Jamaluddin - Foto Sinar Harian SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

SHAH ALAM - Tindakan kerajaan memfokuskan kepada kerugian Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) melalui sebuah syarikat borong atas talian yang menjual baju dalam wanita disifatkan hanyalah untuk memalukan ahli lembaga pengarah termasuk Pengarah Urusannya, Tan Sri Azman Mokhtar.

Bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dalam laman sosial facebooknya menyatakan, tumpuan kepada kerugian kecil berkenaan adalah bagi mengalih perhatian terhadap kejayaan di bawah legasi Azman.

Menurutnya, Khazanah berjaya mencatatkan peningkatan nilai aset dari RM65 bilion pada tahun 2004 kepada RM157 bilion pada penghujung tahun lalu.

“Nilai bersih yang diselaraskan (tanggungan liabiliti dan dividen yang dibayar kepada Kerajaan) adalah RM47 bilion pada tahun 2004. Pada akhir tahun lalu, nilai bersih yang diselaraskan adalah RM115.6 bilion.

“Inilah warisan yang ditinggalkan Azman menerusi kepimpinannya dalam Khazanah. Bukan kerugian yang lebih kecil yang telah ditonjolkan (kerajaan PH) untuk memburukkan reputasi Azman,” katanya.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Khazanah melabur di syarikat baju dalam ]

Khairy berkata, selain warisan pertambahan aset Khazanah, Azman juga berjaya membuat perancangan legasi bagi menggantikannya dengan melantik dua timbalan menteri yang mana salah seorangnya mampu menyambung legasi kepimpinannya sebaik tamat kontrak.

Menurutnya, Azman sangat berharap agar kedua-dua yang dilantik itu akan dapat mengambil alih kepimpinan syarikat berkenaan bagi memastikan kesinambungan dalam melaksanakan mandat Khazanah sebagai dana kekayaan negara.

“Seperti yang telah saya katakan sebelum ini, kejayaan Khazanah bermula dengan pelantikan Azman pada tahun 2004. Kita harus mengawasi sebarang cubaan memecahkan legasi kejayaan kepimpinan ini dan cubaan menggantikannya dengan kapitalisme kroni 1990-an.

“Khazanah telah menjadi entiti pemegang saham kepada pelabur strategik bagi mencari peluang serta merealisasikan pulangan yang lebih tinggi, selain mempromosikan ekonomi dan korporat Malaysia.

“Menurutnya, legasi Azman telah berjaya membentuk kumpulan sumber manusia pengurusan dan eksekutif yang berbakat,” katanya.

Dalam pada itu Khairy menegaskan, pembangkang akan memantau dengan teliti langkah yang diambil kerajaan PH dalam isu Khazanah berkenaan.

Menyentuh mengenai peletakan jawatan Azman serta ahli lembaga pengarah Khazanah, Khairy menegaskan, Azman serta barisan ahli lembaga pengarah tidak diberi peluang untuk bertemu serta berbincang dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad lebih dua bulan.

Menurutnya, kegagalan untuk bertemu dengan Perdana Menteri telah menyebabkan Khazanah tidak dapat mengadakan mesyuarat.

“Mesej (tidak berpeluang bertemu PM) itu difahami oleh lembaga Khazanah dan akhirnya mereka menawarkan peletakan jawatan,” katanya.

Bagaimanapun menurutnya, berlaku keganjilan apabila lembaga baharu menggantikan Khazanah diumumkan melalui Pejabat Perdana Menteri.

“Khazanah hampir sepenuhnya di bawah pemilikan Menteri Kewangan Diperbadankan dan seharusnya sebarang pelantikan lembaga pengarah mesti ditandatangani dan diumumkan oleh Menteri Kewangan, bukan Perdana Menteri. Tetapi ini tidak dilakukan.

CAPTAINMALAYSIA3 September 2018 at 12:14
PM TERKEZUT MAHKAMAH BEBASKAN NAJIB
SPRM 'amat terkejut' mahkamah bebaskan Guan Eng
Diterbitkan 3 Sep 2018, 11:52 pagi | Dikemaskini 3 Sep 2018, 11:59 pagi

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata pihaknya “amat terkejut” dengan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang membebaskan Menteri Kewangan Lim Guan Eng daripada tuduhan rasuah.

“SPRM ingin menegaskan bahawa keputusan menarik balik kes tersebut telah diputuskan oleh Pejabat Peguam Negara dan bukannya daripada SPRM,” menurut kenyataan pendeknya sebentar tadi.
Mahkamah hari ini membebaskan Lim, bekas ketua menteri Pulau Pinang, daripada dua tuduhan rasuah selepas peguam negara menerima hujah balasan daripada peguam.

Baca: Guan Eng, Phang bebas dari tuduhan rasuah

Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail membebas dan melepaskan Lim daripada tuduhan itu atas alasan pihak pendakwa menarik balik tuduhan padanya dan ahli perniagaan Phang Li Koon.

Mereka dituduh ekoran urusan jual beli sebuah banglo di Jalan Pinhorn, George Town, bawah harga pasaran semasa.

CAPTAINMALAYSIA3 September 2018 at 12:17
Pasangan lesbian dihukum sebat depan khalayak
RUBIAH OMAR/NORADILA MAHAMAD 3 SEPTEMBER 2018
FacebookTwitterWhatsAppEmailMore2.3K
Pasangan lesbian dihukum sebat depan khalayak
Salah seorang pesalah dibawa keluar dari kamar mahkamah Mahkamah Syariah Kuala Terengganu selepas menerima hukuman sebatan hari ini.

KUALA TERENGGANU - Pasangan kekasih lesbian dihukum sebat di hadapan lebih 150 orang ramai di dalam Dewan Bicara 2, di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu, pagi tadi.

Hukuman enam sebatan oleh dua tukang sebat wanita dari Penjara Kajang, Selangor bertauliah berjalan lancar bermula jam 10 dan berakhir 10.16 pagi tadi.

Pasangan berusia 32 dan 22 tahun dikenakan pakaian lengkap baju kurung dan tudung serba putih dan mereka diarahkan duduk di bangku khas ketika hukuman berjalan.

Turut hadir, Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Terengganu, Kamalruazmi Ismail, Hakim Kanan Syarie Mahkamah Tinggi Terengganu, Rosdi Harun dan Ketua Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Terengganu, Wan Mohd Zakri Wan Mohd.

Sebelum ini, Sinar Harian, melaporkan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu menjatuhkan hukuman denda RM3,300 dan enam sebatan terhadap sepasang lesbian kerana cuba melakukan hubungan sejenis ketika ditahan dalam sebuah kereta, di Dungun, pada April lalu.

Kalau ikut pendedahan dari Hishammuddin Rais, semasa mesyuarat untuk melantik menteri2 kabinet fasa 1.0 yang lepas, telah berlaku ketegangan antara Kak Wan dan Tun M. kak wan berkertas agar Rafizi ni dilantik sebagai seorang menteri dalam kabinet baru tu, tapi tak dipersetujui oleh pimpinan2 tertinggi parti lain.,Dikhabrak oleh HR, LGE lah yang memujuk Kak Wan agar tak mennggalkan majlis mesyuarat tersebut.

Mana mungkin Pizi jadi menteri, sedangkan dia bukan MP dan belum masanya untuk perlantikan senator2. Sebab tu lah. semasa pengumuman menteri2 awal tu, Kak wan dan pimpinan2 PKR lain tak kelihatan...ada kemungkinan diboikot oleh PKR.

Atas dasar ini lah, Pizi diarahkan untuk menjadi jurucakap majlis tertinggi PKR untuk menyuarakan bantahan mereka terhadap lantikan menteri2 tersebut. Dah tentu dengan persetujuan dari presiden dan ketua umum PKR, kalau tak takkan lah Pizi berani bersuara.

Rakyat Msia , khususnya ahli2 PKR pun lebih maklum bahawa dalam PKR ada dua kartel ayng besar..satu yang diterajui oleh DSAI denagn sokongan kuat dari kak wan, nurul, pizi, johari Abdul dan Abdullah sani manakala kartel satu lagi dipimpin oleh Azmin, Zuraida Mak Lampir dan Tian Chua.

Azmin dan Zuraida ada kelebihan kerana mereak dah jadi menteri kabinet, sedangkan kartel DSAI hanya bergantung harap pada kaka wan aje. Lebih2 lagi, Tun M dan pimpinan2 tertinggi DAP dan Amanah juga memberi sokongan padu pada Azmin. Kemungkinan besar, Azmin akan menewaskan Pizi dalam pemilihan Timbalan Presiden hujung minggu ni.

pertembungan proksi TRun M dan DSAI tak dapat dielakkan lagi..jika Azmin menang, pastinya kedudukan Tun akan menjadi kukuh dan peluang DSA9 menjadi PM ke 8 semakin tipis.

jadi..boleh lah dikatakan pemilihan ini akan menentukan survival kedua2 top dog iaitu Tun dan DSAI, dalam persada politik negara tercinta ini !!!!
http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/09/tiada-siapa-dapat-gugat-anwar-jadi.html

The secret weapon of the Muslims, Prayer is the weapon of all Muslims. The effort without prayer is arrogant and prayer without usha is a lie 

The secret weapon of the Muslims: 
Prayer is the weapon of all Muslims. 
The effort without prayer is arrogant 
and 
prayer without usha (endeavor) is a lie 

Senjata rahsia orang Islam:
Doa adalah senjata kepada semua umat Islam.
Upaya tanpa doa adalah sombong
dan
doa tanpa usha (ikhtiar) adalah dusta
evo.wir
. . . 

Tiada ulasan: