Isnin, 3 September 2018

Janji dapat free. Walhal dalam free duit tu ditelan semula dengan cara pencukaian. 8139.


Xpayah nak buat perbandingan. Selain suka benda-benda free ...Ada orang Melayu suka membanding-banding. Hal Akhirat jarang pula dibanding-banding dengan keupayaan diri sendiri untuk ke alam sana.

The secret weapon of the Muslims, Prayer is the weapon of all Muslims. The effort without prayer is arrogant and prayer without usha is a lie 

Sah!! Husam Musa angkat sumpah sebagai Senator

4:50 PTG      Pejuang Perubahan

Husam angkat sumpah sebagai Senator hari ini
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan, Husam Musa hari ini mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Negara.

Beliau mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri S.A. Vigneswaran.
Husam yang dipilih oleh kerajaan Persekutuan sepatutnya mengangkat sumpah minggu lepas tetapi ditunda kerana menunaikan haji.

Isnin lepas, seramai 12 orang mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Negara antaranya Pengerusi Tetap Kongres Nasional PKR Ismail Yusop, Anggota Jawatankuasa DAP Perak, Nga Hock Cheh, Setiausaha DAP Pulau Pinang, Lim Hui Ying dan bekas Anggota Parlimen Balik Pulau PKR, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff.

Sementara itu, Vigneswaran turut berpesan kepada senator baharu yang dilantik agar melaksanakan proses demokrasi berlandaskan sifat keperibadian tinggi dengan pemikiran terbuka serta rasional.
Beliau turut menyeru anggota Dewan Negara yang baru dilantik agar membantu memperkasa imej Parlimen sebagai institusi perundangan yang berwibawa dan disanjung tinggi di peringkat antarabangsa.

Sementara itu, Husam ketika ditemui pemberita merafak sembah menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V kerana memperkenankan pelantikannya sebagai Anggota Dewan Negara.

Mengulas peranannya sebagai anggota Dewan Negara, Husam berkata beliau akan membantu kerajaan dalam mengembangkan ekonomi negara selain memperjuangkan beberapa isu di negeri yang dianggap sedikit ketinggalan antaranya Kelantan, Terengganu dan Perlis.

“Saya juga berharap Pakatan Harapan tidak pinggirkan negeri-negeri ini dalam arus pembangunan negara,” katanya kepada Bernama.

mdl
2 ulasan:
Barua kpd tua kutuk nie....hehehehe
Tukang lap taik tua kutuk...hehehe

Apa jadi dgn malaysia baru???
Lantik AG utk siasat kes najib atau utk lepaskan penjaga buku 3..5 haprak????
Kes sebijik mcm khir toyo...
Khir toyo kena jel...
Tokong dilepaskan...

Klu sprm boleh terkejut dgn pengumuman tersebut...apatah lagi rakyat....

Amat memalukan klu ada KERAjaan sebegini. Inilah ilmu yg dicurahkan oleh BAPAK SEGALA TOLol kpd beruk2 yg pernah ingin memenjarakannya.
Kawtim???
Kemungkinan???

2x5....BANGSAT..BANGANG DAN BAHLOL!!!!!!
Hehehehehehehe.....

Tanpa Nama3 September 2018 7:23 PTG
Dah hampir empat bulan tunggu ternganga akhirnya ada juga jawatan untuk aku....terimakasih TGNA.

Sah!! Husam Musa angkat sumpah sebagai Senator ~ AGEN PERUBAHAN ®
http://agendsai.blogspot.com/2018/09/sah-husam-musa-angkat-sumpah-sebagai.html

Monday, September 3, 2018

Budak-budak Kecil Tak Faham Reformasi - Azmin

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semalam menyelar individu yang mempersoalkan kesetiaannya terhadap Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menggelar mereka sebagai ‘budak-budak kecil’ yang tidak memahami perjuangan reformasi sebenar.

Timbalan Presiden PKR itu berkata selama ini beliau hanya bersabar dan mengambil pendirian untuk tidak ‘menyerang’ semula individu terbabit meskipun tindakannya itu dipersoalkan.

“Ada budak budak kecil dua, tiga kerat nak persoalkan kesetiaan saya, saya sabar saya tidakpun serang mana-mana individu sehingga orang kata Azmin kamu terlalu diam.

“ tetapi pepatah Melayu menyatakan diam-diam ubi berisi, jangan jadi seperti tin kosong, riuh satu kampung tidak ada isi pun,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Keadilan Perdana Selangor 2018 di sini, semalam.

Menurut Mohamed Azmin, ‘budak-budak kecil’ itu juga masih ‘mentah’ dalam perjuangan reformasi tidak seperti beliau dan pemimpin lain yang terpaksa menempuh pelbagai pengalaman pahit dan getir sebelum ini.

“Bila bercakap soal reformasi tahun 1998, 1999, 2000 saya dipukul, dihina. Ketika PKR masih baru di Sarawak, saya beli penyapu, kopak pintu kedai dan cuci lantai nak siapkan bilik gerakan demi nak bina PKR di Sarawak. 

“Mana ‘budak-budak kecil’ masa itu? 1998 dia pun tidak ada lagi, yang ada pun lari ke Australia, ke Jakarta (Indonesia) dan orang ini sekarang nak bercakap soal reformasi.

“Saya bukan marah tapi dalam keghairahan berkempen serahkan fakta kebenaran jangan maki hamun, jangan fitnah. Ya, saya ada kelemahan, boleh tegur mari kita bekerjasama perkukuh parti. 

“Reformasi bukan milik ‘Sdn Bhd’, reformasi adalah milik rakyat, 10 tahun kita berjuang dan saksikan beberapa kemenangan daripada dua negeri sekarang dapat Putrajaya, jadi buat kerjalah,” katanya.

Sehubungan itu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu menyeru semua pihak supaya tidak memecahkan perpaduan yang cukup utuh dalam PKR.

Beliau yang akan mempertahankan jawatan timbalan presiden pada pemilihan PKR tahun ini juga percaya anggota parti akan memilih pemimpin yang telah diuji dan teruji dalam usaha memperkukuhkan lagi parti berbanding sebelum ini.

“Dengan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya lama dengan beliau, 14 tahun bermula di Kementerian Pendidikan, Kementerian Kewangan sehingga ke Jabatan Perdana Menteri, saya yakin gabungan ini akan dapat angkat martabat anggota PKR dan memperkukuh kerajaan,” katanya.

Pemilihan PKR yang dijadualkan berlangsung dari 14 September hingga 13 Oktober depan, menyaksikan Mohamed Azmin bakal dicabar naib-presiden parti Rafizi Ramli sementara Anwar menang tanpa bertanding kerusi presiden PKR selepas tempoh pencalonan ditutup pada 5 Ogos lepas lapor The Malaysian Insider
Posted by Anak Sungai Derhaka at Monday, September 03, 2018

Anak Sungai Derhaka: Budak-budak Kecil Tak Faham Reformasi - Azmin
https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2018/09/budak-budak-kecil-tak-faham-reformasi.html

100 orang saksi pasangan lesbian Terengganu disebat

FMT Reporters

Pasangan terbabit dijatuhi hukuman denda sebanyak RM3,300 setiap seorang dan 6 sebatan selepas mengaku bersalah kerana musahaqah. PETALING JAYA: Kira-kira 100 orang khalayak umum menyaksikan sepasang kekasih lesbian dihukum sebat di Mahkamah Syariah Kuala Terengganu, hari ini.

Berita Harian melaporkan pesalah itu yang masing-masing berumur 22 dan 32 tahun disebat sebanyak 6 kali setiap seorang di hadapan Ketua Hakim Syarie Terengganu, Wan Mohd Zakri Wan Mohd; Hakim Kanan Syarie Terengganu, Rosdi Harun dan Hakim Syarie, Kamalruazmi Ismail pada jam 10.00 pagi.

Hukuman sebat di khalayak umum itu adalah pertama kali dilakukan di negeri ini yang dilaksanakan oleh Jabatan Penjara Malaysia di dalam Dewan 2 Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu.

Turut hadir menyaksikan hukuman itu ialah ahli Yang Dipertuan DUN, Yahaya Ali; Pengerusi Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Satiful Bahri Mamat; Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Amzad Hashim; keluarga pesalah; wakil badan peguam; badan bukan kerajaan (NGO) dan wakil media.

Pada 18 Ogos lalu, pasangan terbabit dijatuhi hukuman denda sebanyak RM3,300 setiap seorang dan 6 sebatan selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen yang sama kerana musahaqah.

at 9/03/2018 07:11:00 PTG
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/09/100-orang-saksi-pasangan-lesbian.html

Monday, 3 September 2018
Tinjauan Mengejutkan Di PRK Seri Setia
Dakwaan calon Pakatan Harapan (PH) bagi pilihan raya kecil (PRK) Seri Setia, Halimey Abu Bakar yang menganggap Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) lebih baik berbanding BR1M, kurang dipersetujui penduduk di DUN itu.

Tinjauan FMT di sekitar Kampung Lindungan mendapati rata-rata penduduk di situ beranggapan pemberian BR1M yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini mempunyai faedahnya tersendiri, selain skim IPR oleh kerajaan Selangor yang diterima mereka.

Roziana Bahrom, 38, bantuan sebanyak RM1,200 melalui BR1M banyak membantunya sekeluarga lebih-lebih lagi ia disalurkan ketika musim tertentu seperti musim buka sekolah dan Hari Raya.

“Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) memang bagus, tapi itu hanya untuk keperluan dapur sahaja seperti barang-barang basah dan kering.

“Selalu BR1M ni datang waktu orang nak raya, dia datang waktu yang tepat jadi sangat membantu,” katanya.

Selasa lalu, Halimey berkata IPR seperti KISS sahaja berjaya membantu 30% atau lebih 8,000 wanita di DUN itu yang rata-ratanya kurang berkemampuan dan memerlukan bantuan daripada kerajaan.

“Selama saya berkempen mereka hanya bercerita tentang IPR.

“Baru tadi pun sama juga, kita pergi ‘walkabout’ di Kelana Jaya, mereka kata yang penting sekali adalah IPR. Bagi mereka BR1M ni tak apa, mereka mahu kelebihan duduk di Selangor,” katanya.

Sementara, seorang suri rumah, Norazlinda Rosli berkata kerajaan wajar mengekalkan kedua-dua pemberian BR1M dan IPR kepada golongan berpendapatan sederhana sepertinya.

Katanya, meskipun golongan wanita menerima banyak faedah melalui bantuan yang diberikan kerajaan Selangor seperti KISS dan Skim Peduli Sihat, namun wang yang diperoleh daripada BR1M sangat membantu beliau sekeluarga lebih-lebih lagi ketika keadaan mendesak.

“Sebenarnya IPR dan BR1M sama-sama baik.

“Sebabnya kalau KISS tu RM200 hanya untuk barang-barang dapur, macam BR1M, duit ada di tangan jadi kita boleh beli keperluan lain. Mana yang kita tidak terbayar tu, kita boleh ‘back-up’ balik untuk perbelanjaan harian sementara nak tunggu gaji,” katanya.

Manakala seorang jurujual kereta sambilan, Ahmad Taufiq Khalil, 41, berpendapat kerajaan perlu seimbang dalam pemberian bantuan kepada rakyat tanpa perlu membuat tindakan drastik menghapuskan BR1M.

Sambil mengakui skim IPR membantu golongan wanita, bapa kepada 3 anak itu berkata BR1M bagaimanapun dilihat mampu menjadi sumber kewangan penting buat keluarganya.

“BR1M ni diberi bukan pada setiap bulan dan KISS pula lebih kepada suri rumah.

“Jadi kalau BR1M mungkin wang itu boleh dikongsi dengan pasangan walaupun atas nama isteri atau suami.

“Lebih baik jika IPR diteruskan, BR1M juga perlu diteruskan. Jadi baru seimbang,” katanya.

IPR dilaksanakan sejak 2008 selepas Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor daripada BN.

Manakala, BR1M pula dilaksanakan sejak 2012 apabila ia dicadangkan oleh Bank Negara Malaysia pada tahun sebelumnya dengan tujuan bagi membantu golongan sasar.

Namun Jumaat lalu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata pentadbirannya berhasrat mengurangkan BR1M secara berperingkat sebelum dihentikan sepenuhnya. 

- free malaysia today
Addin: Tinjauan Mengejutkan Di PRK Seri Setia
http://www.addindeen.com/2018/09/tinjauan-mengejutkan-di-prk-seri-setia.html










Tiada ulasan: