Selasa, 4 September 2018

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendedahkan rahsia pemimpin Pas bebas rasuah. 8142.



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Tuesday, 4 September 2018
Berita Mengejutkan Dari Putrajaya
Keputusan untuk menggugurkan pertuduhan rasuah terhadap Menteri Kewangan Lim Guan Eng tidak pernah dibincangkan dengan pengurusan tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dakwa beberapa sumber.

Sumber berkenaan yang termasuk pegawai penyiasat kanan suruhanjaya itu turut memberitahu Malaysiakini, peguam Lim tersilap dalam mendakwa pegawai SPRM yang memberitahu Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini untuk menggugurkan pertuduhan tersebut.

"Arahan untuk menarik diri daripada kes ini tidak datang daripada SPRM. Jika ada, sudah pasti (Ketua Pesuruhjaya SPRM) Datuk Seri Shukri (Abdul) tidak akan mengeluarkan kenyataan rasmi menyatakan suruhanjaya itu terkejut dengan keputusan itu.

"(Mohd) Masri (Daud) juga bukan pegawai SPRM. Beliau ialah timbalan pendakwa raya yang mewakili Pejabat Peguam Negara (AGC).

"Beliau (Masri) tidak berbincang dengan SPRM mengenai menggugurkan pertuduhan," kata salah seorang pegawai suruhanjaya itu.

Sumber berkata pegawai SPRM cuma berperanan sebagai penyiasat dan pihaknya tidak boleh membuat sebarang pertuduhan di mahkamah tanpa persetujuan pendakwa raya awam.

Mahkamah yang patut putuskan

Menurut pegawai itu, hal ini kerana prinsip pemisahan kuasa antara pihak eksekutif, perundangan dan kehakiman yang termaktub dalam perlembagaan.

Seorang lagi pegawai berkata mahkamah yang patut memutuskan kes terhadap Guan Eng dan bukan menggugurkan semua pertuduhan terhadap bekas ketua menteri Pulau Pinang itu.

"Orang ramai perlu diberitahu hal (menggugurkan kes) ini tidak ada kena-mengena dengan SPRM.

Terdahulu hari ini, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membebaskan Guan Eng daripada dua tuduhan rasuah berhubung dakwaan penukaran status tanah negeri dan pembelian banglo di bawah nilai pasaran.

Mahkamah itu juga membebaskan ahli perniagaan Phang Li Koon, yang merupakan bekas pemilik rumah sewa Lim, daripada pertuduhan bersubahat dengan Lim untuk mendapatkan banglo pada kos bawah nilai pasaran.

Berikutan itu, SPRM segera mengeluarkan kenyataan rasmi yang mengatakan bahawa mereka "amat terkejut" dengan keputusan itu, manakala peguam bela Guan Eng, Ramkarpal Singh mengeluarkan kenyataan yang menegur SPRM.

Ramkarpal dalam kenyataannya berkata SPRM tidak sepatutnya berbuat tidak tahu-menahu dengan pembebasan Lim daripada pertuduhan itu "apabila pengarah bahagian undang-undang dan pendakwaan (SPRM) sendiri, Mohd Masri Daud" menjadi orang yang memaklumkan kepada mahkamah untuk menarik balik pertuduhan itu.

Sementara itu, Masri ketika dihubungi Malaysiakini enggan memberikan sebarang ulasan mengenai dakwaan beliau tidak membincangkan dengan SPRM keputusan menarik balik pertuduhan terhadap Guan Eng.

"Saya tidak mempunyai sebarang komen (pada masa ini). Saya akan meminta pandangan pihak atasan saya terlebih dahulu, kerana saya tidak boleh mengatakan apa-apa mengenai perkara ini.

"Sama ada terdapat perbincangan atau tidak, saya tidak tahu," katanya. 

- malaysiakini
http://www.addindeen.com/2018/09/berita-mengejutkan-dai-putrajaya.html

Tuesday, September 4, 2018
Fuh Dahsyatt !!! Munafik 2: “Berapa puluh juta yang diperoleh tak dapat tandingi nilai mesej,” komen PU Amin yang sering dikecam kerana dakwahnya 
Filem Munafik 2 arahan Syamsul Yusof kini mencatakan kutipan RM21.6 juta dalam tempoh empat hari tayangannya.
PETALING JAYA: Baru empat hari ditayangkan di pawagam, filem seram Munafik 2 arahan Syamsul Yusof telah mencatatkan kutipan RM21.6 juta.

Sekuel terbaharu ini mengisahkan Ustaz Adam (lakonan Syamsul) yang meneruskan aktiviti dakwah di samping menjadi seorang pengamal perubatan Islam. 

Filem pecah panggung yang sedang hangat diperkatakan ketika ini turut mendapat perhatian seorang pendakwah muda, Pencetus Ummah (PU) Amin.

“Betul apa yang dikatakan Ustaz Adam, tak semua manusia memahami kerja sebagai seorang pendakwah.

“Filem ini wajib berjaya. Berapa puluh juta yang diperolehi tetap tidak dapat menandingi nilai mesej yang diberikan,” katanya menerusi status yang dikongsi di akaun Instagram miliknya, petang Isnin.
Komen PU Amin di laman sosial mengenai filem Munafik 2.

PU Amin atau nama sebenarnya Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim semakin dikenali kerana dakwahnya dalam pelbagai isu, termasuk menegur beberapa selebriti dan usahawan terkenal yang didakwa mencemarkan imej Islam. 



Walaupun dikecam hebat netizen juga individu yang ditegurnya, sering kali status dakwahnya di laman sosial dipadamkan sehingga akaunnya turut disekat, beliau terus menyampaikan dakwahnya dengan cara tersendiri. 

Selain mesej pengajaran, PU Amin turut tertarik dengan pembukaan filem itu menerusi pesanan sabar dan surah Al-Alaq yang baginya mendamaikan jiwa. 

“Dimulakan dengan pesanan sabar sebagai pendakwah dan lima ayat surah Al-Alaq amat mendamai jiwa seorang pendakwah. “Terima kasih Syamsul, anda berjaya. Anda layak berjaya,” tambahnya. 
PU Amin (kiri) dan Syamsul Yusof.

Dalam pada itu, beliau turut berkongsi moral dalam filem Munafik 2 yang mencatatkan kutipan sebanyak RM3.6 juta pada hari pertama tayangannya.



“Selesai menonton Munafik 2. Moralnya, jangan sesekali kita berani gelar orang lain dengan gelaran ‘penunggang agama’ nanti mati hina kena hempap dengan batu.

“Moga yang kuat label ‘tungang tunggang’ ni belajar dari filem Munafik 2,” kata PU Amin mengenai filem bergenre seram yang sarat dengan elemen keagamaan.  

Filem Munafik 2 yang turut dibintangi Maya Karin, Nasir Bilal Khan, Fizz Fairuz, Fauzi Nawawi dan Mawi itu menelan belanja sebanyak RM2.8 juta.

mStar
Bravo Syamsul..
Posted by Abu Luqman at 11:10 AM 

Tuesday, 4 September 2018
TERKEJUT, MENGEJUT DAN BUAT-BUAT TERKEJUT...JANGAN SAMPAI KERAJAAN SENDIRI TERKEJUT?

Semalam, ramai yang terkejut dengan keputusan mengejut mahkamah membebaskan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng daripada tuduhan rasuah berkaitan pembelian lot tanah dan sebuah rumah banglo yang sedang dihadapinya.

Keputusan itu berikutan permohonan pihak pendakwa untuk menggugurkan kes tersebut susulan representasi yang dibuat oleh pihak pembelaan kepada Pejabat Peguam Negara.

Penggugugan kes itu tidak saja membuatkan ramai yang terkejut, malah SPRM sendiri melalui kenyataan medianya mengatakan mereka amat terkejut dengan keputusan itu.

Sama ada SPRM betul-betul terkejut atau buat-buat terkejut hanya Tuhan saja yang tahu kerana ketika Pejabat Peguam Negara sebelum ini menggugurkan kes terhadap suami Shahrizat Jalil dalam skandal NFC, tidak pula kedengaran agensi pencegah rasuah itu terkejut dengannya.

Begitu juga dalam skandal 1MDB serta adanya penemuan wang beribu juta ringgit dalam akaun peribadi Najib Razak dan walaupun kedua-dua kes berkenaan tidak diambil apa-apa tindakan oleh Peguam Negara edisi lama, langsung tidak pernah terdengar SPRM ada mengeluarkan kenyataan terkejut ketika itu.

Ehh...ehh...sekarang pulak terkejut ya?

Terkejutnya orang ramai dan SPRM dengan perkara itu bukan saja membuatkan rata-rata rakyat terkejut sekali lagi, bahkan Tun Mahathir Mohamad juga dilaporkan terkejut sama.

"Mereka berhak terkejut, saya pun terkejut," kata Tun Mahathir.

Dalam kehidupan sehari-hari dan dalam perkara tertentu yang lain, membuat kejutan secara mengejut sehingga membuat orang terkejut adalah lumrah yang biasa, menyeronokkan dan kadangkala suatu keperluan untuk mewujudkan rangsangan.

Dengan kejutan dan terkejut itu serta kemudian banyak elemen jadi terangsang, kehidupan seterusnya pasti akan bertambah ceria serta gembira.

Tetapi, dalam kes Guan Eng ini, kejutan secara mengejut yang berlaku, meskipun membuatkan ramai yang terkejut, impak negatifnya adalah melebihi kesan yang positif.

Ramai yang mengatakan, berikutan beberapa kes sebelum ini juga digugurkan oleh Pejabat Peguam Negara, seharusnya pengguguran tidak dilakukan dalam kes melibatkan Guan Eng kerana beliau adalah pemimpin kanan kerajaan di samping untuk menjaga kepentingan umum.

Apa yang seharusnya dilakukan, sesuai dengan keyakinan pasukan pembela dan Guan Eng sendiri bahawa beliau tidak bersalah dan pertuduhan kepadanya kononnya adalah konspirasi jahat kerajaan BN terdahulu, semua itu sebaik-baiknya dibuktikan di mahkamah dengan membenarkan perbicaraan terus dijalankan.

Apabila perbicaraan dijalankan dan akhirnya beliau mampu membuktikan ketidakbersalahan dirinya, ia adalah lebih baik bukan saja kepada dirinya selaku seorang pemimpin, tetapi juga kepada kerajaan secara keseluruhan, Pejabat Peguam Negara serta keyakinan orangramai terhadap institusi mahkamah.

Sebab itu, kejutan yang berlaku semalam sebenarnya adalah sesuatu tidak berapa baik  kepada masa depan kerajaan Pakatan Harapan yang usianya baru saja melepasi tempoh 100 hari mentadbir negara.

Ia menimbulkan persoalan seolah-olah pengguguran kes itu ada kaitan dengan pertukaran kerajaan dan kedudukan Guan Eng yang kini memegang jawatan Menteri Kewangan.

Jangan dibiarkan atau diulangi lagi kejutan secara mengejut seperti semalam yang membuatkan ramai orang terkejut dengannya kerana takut-takut kerajaan sendiri akhirnya terkejut dengan kesan penolakan rakyat yang berpunca daripadanya. 

(ShahbudinHusin 04/09/2018)
http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/09/terkejut-mengejut-dan-buat-buat.html

Tuesday, September 4, 2018
NAK TENGOK GAMBAR DAN VIDEO KAMI KORBAN DI KEMBOJA?
Pada hari raya haji tahun ini buat pertama kalinya saya menganjurkan ibadah korban di Kemboja. Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakan di mana 4 ekor lembu telah pun dikorbankan pada dua hari raya haji, 23hb Ogos 2018. Setiap bahagian dikenakan bayaran sebanyak RM360.00. Bayran itu adalah untuk harga lembu dan belanja pengurusan.
Gambar 1:  Lembu pertama.
Gambar 2: Lembu kedua.
Gambar 3: Lembu ketiga.
Gambar 4: Lembu ke empat.
Demikianlah 4 ekor lembu sempurna dikorbankan di Wilayah Kampot, Kemboja yang diwakil dan diuruskan oleh Ustaz Badri Yunos dan pasukannya dari badan Cambodian Charitable Trust Association. Terima kasih banyak-banyak Ustaz kerana menyempurnakan amanah dan hajat peserta-peserta dari Malaysia. Mudah-mudahan Allah menerima korban yang kami lakukan di samping sedikit sebanyak dapat membantu masyarakat Islam di sana yang rata-rata miskin berbanding dengan masyarakat Islam di Malaysia.

Berikut saya tunjukan sebuah video yang berkaitan untuk anda dapat merasakan suasana ibadah korban di Kemboja yang tidak banyak berbeza dengan di Malaysia. 
http://al-lavendari.blogspot.com/2018/09/nak-tengok-gambar-dan-videokami-korban.html

Elak perbalahan, perpecahan dalam gabungan PH, kata Mat Sabu
11:24 PG      Pejuang Perubahan 
Elak perbalahan, perpecahan dalam gabungan PH, kata Mat Sabu
Gabungan parti di bawah Pakatan Harapan (PH) diingatkan supaya tidak berbalah sesama sendiri walaupun mempunyai pandangan berbeza sehingga menimbulkan pelbagai masalah  yang akan  membawa kepada perpecahan komponen parti, kata Timbalan Presiden PH Mohamad Sabu.

Presiden AMANAH itu berkata, faktor utama kemenangan PH pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei, menumbangkan Barisan Nasional (BN) disebabkan kekuatan gabungan antara PKR, DAP, AMANAH dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
“Jika AMANAH, Bersatu, PKR, DAP sahaja yang bertanding memang tak menang jika nak ambil negeri dan negara kerana gabungan.

“Kita boleh berbeza pendapat dan pandangan tetapi jangan hingga hingga kita (gabungan parti) bercerai. Jika ada parti lain, tambah pun tidak mengapa, tetapi jangan bercerai.

“Perpaduan empat parti disamping NGO yang bersama dengan kita akan terus pupuk kekuatan yang kita mahukan adalah perubahan.
“Ini kerana kebangkitan rakyat yang menumbangkan BN,” ujarnya ketika berucap pada ceramah PH bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Seri Setia di Shah Alam malam tadi.

Menteri Pertahanan ini juga berkata, kerana kekuatan gabungan parti, telah menyedarkan Pas untuk menjalinkan kerjasama dengan Umno dalam PRK diadakan di Sungai Kandis dan PRK Dun Seri Setia.

“Pas pun tahu gabungan ini penting sebab itu Pas tidak bersendirian, sekarang mereka bergabung dengan Umno,” katanya.
Beliau juga berkata, perpecahan yang berlaku dikalangan komponen BN selepas PRU-14 jelas dalam PRK di Dun Balakong apabila MCA mengunakan simbolnya.

“MCA bertanding guna simbol buah durian (logo MCA) di Balakong ertinya nampak mereka (MCA) nak keluar (BN).
“Kita (Pakatan Harapan) tidak boleh guna simbol sendiri dalam PRU14 dan PRK Sungai Kandis kerana RoS tidak luluskan simbol Pakatan Harapan,” ujarnya.
mdl
https://agendsai.blogspot.com/2018/09/elak-perbalahan-perpecahan-dalam.html

Tuesday, September 4, 2018
Bekas ADUN PAS Direman SPRM
Rekod Pas yang berstatus bersih daripada sebarang siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akhirnya lebur selepas bekas Adunnya direman dua hari bagi membantu siasatan berhubung penyalahgunaan kuasa membabitkan RM50,000.

Tempoh tahanan reman itu bermula hari ini dan tamat pada esok. 

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Alam, Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin selepas membenarkan permohonan SPRM.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009. Terdahulu, wanita berusia 56 tahun itu tiba di pekarangan mahkamah pada jam 10.40 untuk prosiding reman.

Semalam, ditahan jam 5.50 petang di Pejabat SPRM Selangor ketika hadir untuk memberi keterangan.

Beliau dipercayai melantik sebuah syarikat anaknya sebagai pembekal bagi Program Masyarakat Pusat Khidmat Dun tersebut.

Pada 23 Mac lalu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendedahkan rahsia pemimpin Pas bebas rasuah.

"Di sinilah setiap wakil rakyat Pas, setiap petugas Pas dibaiahkan diikat setia dengan perjanjian dengan nama ALLAH supaya menunaikan tanggungjawab di atas nama agama, patuh perintah agama, tidak khianat. 

"Bukan sahaja dalam aspek-aspek yang sempit tetapi termasuklah dalam ruang yang luas dalam menjalankan tugas tugas mereka bila diberikan amanah untuk memerintah negara," katanya. 

Abdul Hadi berkata, tiap-tiap orang dalam kalangan ahli Pas apabila dilantik menjadi wakil rakyat, dilantik menjadi pemimpin mengganggap itu adalah perkara agama dan tidak boleh melakukan kesalahan.

Sebelum ini, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Paul Low mengisytiharkan di Parlimen bahawa 92 pemimpin parti politik disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) antara 2013-2017.

Fakta menunjukkan bahawa 71 orang darinya adalah dari BN manakala selebihnya 21 orang dari parti komponen Harapan dan ia secara tidak langsung mengiktirafkan pemimpin Pas sebagai bebas rasuah lapor Sinar

Sementara itu Kosmo melapurkan..

SHAH ALAM - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang, Noor Hanim Ismail direman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa berjumlah lebih RM50,000.

Perintah tahanan reman sehingga esok itu dikeluarkan Majistret Raja Noor Adila Raja Mahyaldin selepas menerima permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini.

Terdahulu, Noor Hanim tiba di Mahkamah Majistret dengan memakai baju lokap SPRM kira-kira pukul 10.40 pagi.

Bekas ADUN Sri Serdang itu ditahan kira-kira pukul 5.50 petang semalam di pejabat SPRM Selangor ketika hadir untuk memberi keterangan.

Noor Hanim ditahan bagi membantu siasatan selepas dipercayai telah melantik sebuah syarikat sebagai pembekal bagi Program Masyarakat Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri yang mana syarikat tersebut adalah milik anaknya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Posted by Anak Sungai Derhaka at Tuesday, September 04, 2018

https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2018/09/bekas-adun-pas-direman-sprm.html

006. Nota Buat Pengunjung Blog.
Anak Sungai Derhaka at Anak Sungai Derhaka
Anak Sungai Derhaka at Anak Sungai Derhaka 
Apabila Najib dan Rosmah telah diberitakan pada sekitar November tahun lalu berangkat ke Mekah untuk menunaikan Umrah dan Haji maka gegak gempitalah isu ini dimainkan oleh pencacai-pencacai UMNO baik di Blog mahupun FaceBook. Kononnya bagi mereka tindakan Najib dan Rosmah itu adalah bukti betapa luhur dan sucinya hati Najib sebagai seorang Pemimpin, kononnya lagi bagi mereka ini sebagai bukti bahawa disebalik berita-berita yang disampaikan oleh berbagai media alternative tentang keburukan dan salahlaku Najib, beliau masih berani ke Mekah. Maka dengan itu mereka mula menyindir Ketua ... more »

Saturday, July 20, 2013
Gambar Anwar Ibrahim Tersebar Lagi!!.. Saksikan!

Apabila Najib dan Rosmah telah diberitakan pada sekitar November tahun lalu berangkat ke Mekah untuk menunaikan Umrah dan Haji maka gegak gempitalah isu ini dimainkan oleh pencacai-pencacai UMNO baik di Blog mahupun FaceBook.

Kononnya bagi mereka tindakan Najib dan Rosmah itu adalah bukti betapa luhur dan sucinya hati Najib sebagai seorang Pemimpin, kononnya lagi bagi mereka ini sebagai bukti bahawa disebalik berita-berita yang disampaikan oleh berbagai media alternative tentang keburukan dan salahlaku Najib, beliau masih berani ke Mekah.


Maka dengan itu mereka mula menyindir Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim, kononnya kata mereka Anwar Ibrahim tak pernah ke Mekah.


Antara tohmahan yang dilemparkan ialah: "Bilalah agaknya Anuar Ibrahim hendak menunaikan Rukun Islam Kelima itu ye? London boleh pergi, Bangkok dah macam rumah kedua, takkan belum terbuka hati untuk mengerjakan haji?"


Itulah.. bila mereka hanya berkiblatkan TV3 dan Utusan Malaysia sebagai bahan bacaan, bukan sahaja mereka malah ramai yang tidak tahu bahawa Anwar Ibrahim telah berangkat ke Kota Suci Makkah untuk menunaikan Umrah sebanyak dua kali.. sila baca  di ( SINI )


Bagaimanapun tiada sebarang rakaman gambar yang dapat memuaskan hati macai-macai UMNO..


Aku pernah meminta rakaman gambar beliau di Mekah tapi Anwar kata dia tak ada gambar di Mekah tu untuk menyokong hujjah..


Tapi bagi kali yang ke tiga beliau ke Umrah ini.. (dah selesai jumaat lalu).. ada gambar membuktikannya..


Posted by Anak Sungai Derhaka at Saturday, July 20, 2013
Labels: Anwar Ibrahim, Pasca PRU13
Anak Sungai Derhaka: Gambar Anwar Ibrahim Tersebar Lagi!!.. Saksikan!
https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2013/07/gambar-anwar-ibrahim-tersebar-lagi.html

http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2013/07/gambar-anwar-ibrahim-tersebar-lagi.html .
Popular Pages Today
 1. Anak Sungai Derhaka 41.57%
 2. Anak Sungai Derhaka: Gambar Anwar Ibrahim Tersebar Lagi!!.. Saksikan! 15.82%
 3. Anak Sungai Derhaka: Anwar Ibrahim tak pernah ke Mekah? Jawapan buat pencacai UMNO... 14.27%
 4. Anak Sungai Derhaka: Suami Baru Abby Abadi Orang Kelantan .. Namanya Farhan.. 6.40%
 5. Anak Sungai Derhaka: Hari ini dalam sejarah.. Najib dibelasah dua Tokoh Wartawan Negara.. 5.44%
 6. Anak Sungai Derhaka: Orang Islam yang dahaga melampau boleh minum air ketika berpuasa?.. Apa punya fatwa nie?? 4.90%
 7. Anak Sungai Derhaka: Di Kuala Besut .. Abby Abadi umum dah kahwin 12 hari .. pasti ada yang kecewa.. 4.56%
 8. Anak Sungai Derhaka: Kerana Ada Yang Tamak.. Anaknya Putus Kepala Angkara Lif Rosak.. 2.80%
 9. Anak Sungai Derhaka: Ini surat dari Jusuf Kalla menafikan laporan Berita Harian kononnya “Anwar dapat dana asing lancar Blackout 505.” 2.72%
 10. Anak Sungai Derhaka: Patutlah Sultan Johor murka, macam ni rupanya 'RIV' untuk Kor Gerak Khas yang berharga RM690,000 tu.. 1.51%

Popular Posts

Pro UMNO/BN

Labels

Archive

►  2009 (757)
4,829,989 (T)
Awesome Inc. template. Template images by fpm. Powered by Blogger
...
Zulfarizan Zakaria "FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah S.W.T..... 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

Tiada ulasan: