Ahad, 2 September 2018

Rumah di Malaysia jadi Rumah Warga Asing. 8134.



The secret weapon of the Muslims, Prayer is the weapon of all Muslims. The effort without prayer is arrogant and prayer without usha is a lie. 
Saturday, 1 September 2018
KALAU TAK MAHU WANG RAKYAT DIBAZIRKAN, TAK USAHLAH LETAK CALON.....
Berkatalah Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa jika pilihanraya kecil diadakan untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim bertanding bagi membolehkannya tampil sebagai Ahli Parlimen, maka ia adalah suatu pembaziran wang rakyat.

"Masalahnya ialah apakah perlu rakyat dipaksa untuk pilihanraya kecil semula itu?


"Berjuta wang negara akan dihabiskan untuk satu pilihanraya yang sekadar untuk memberi ruang kepada Anwar kembali sebagai Ahli Parlimen," katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, Kelantan.


Sehubungan itu, kata beliau, tiada keperluan bagi mana-mana Ahli Parlimen meletakkan jawatan dan memaksa rakyat mengundi sekali lagi dalam piliharaya kecil yang akan ditandingi oleh Anwar.


Hmmm....apalah Tuan Ibrahim perlu susah sangat dengan hal ini.


Ini adalah perkara mudah saja untuk diselesaikan.


Membazir atau tidak jika diadakan pilihanraya kecil diadakan adalah terpulang kepada Pas dan UMNO yang kini merupakan "pasangan suami isteri"  dalam gabungan pembangkang dalam membuat keputusan.


Jika Pas dan UMNO tidak bertanding dan sedia memberi laluan percuma, maka Anwar akan menang tanpa bertanding dan tidak perlu diadakan pilihanraya kecil atau pengundian yang melibatkan sebarang dana rakyat.


Lebih daripada itu, jika Pas dan UMNO boleh berpakat untuk pilihanraya kecil Sungai Kandis dan Seri Setia dari segi perlu meletakkan calon atau sebaliknya, mengapa tidak boleh berpakat sekali lagi untuk sama-sama tidak meletakkan calon?


Mudah saja bukan?


Lagi pun, kalau pilihanraya kecil diadakan yang mana Anwar akan bertanding, memang sia-sia sajalah Pas atau UMNO bertanding menentangnya, selain sudah pasti kerajaan terpaksa membelanjakan banyak wang untuk mengadakan pilihanraya itu.


Bolehkah juga Pas atau UMNO meletakkan calon yang cukup berwibawa untuk menandingi atau menewaskan Anwar sebagai bakal Perdana Menteri ke-8? 

(ShahbudinHusin 01/09/2018)


34 comments:

  1. Tuan sorang ni reti mengira ke ?



  • Brim yg dulunya dpt dirasai rakyat kini cuma dpt dirasai oleh beberape kerat je. Yg peliknya warga mee segera hasil projek ic mahathir dulu yg dpt manafaatnya.

    Hasil pertanian semakin surut. Sawit dah nak jatuh bawah rm300 setan. Kena pekebun yg hasilkan sawit cuma setan nak mkn apa? Belum lagi pesawah, penoreh getah yg sekarang btl2 terhimpit. Elaun utk nelayan pun ada yg mansuh. Ni la nasib baik yg diterima rakyat hasil usaha kerajaan ph.

    Bila disebut je ttg kesusahan melayu dgn laju nya dituduh rasis. Ini negara malaysia la bukan milik org melayu, ada yg claim milik india.

    Bila disebut pula perkara berkaitan agama dgn cepat dituduhnya militan, pelampau agama, sedangkan agama lain begitu bebas utk membicarakan ttg agama mereka.

    Kristian bebas dgn evengelistnya memurtadkan org islam, dibuka pula ruang utk murtad dr segi perundangan. Nak bergantung kpd perlembagaan negara dah berape kali dlanggar sewenangnya oleh ph. Undang2 x lg dpt melindungi org islam. Perlantikan menteri, peguam negara, malah ketua hakim negara dikalangan kafir membuktikan.

    Mara yg satu2 nya menjaga kepentingan melayu kini dkuasai oleh india. Hoi x leh ckp mcm tu, rasis la kau ni. Oooo x leh eeh kalau mcm tu apa kata dong zong letakkn pengerusinya org melayu, atau dap lantik rara jd setiausaha agong. X rasis ke mereka ni.

    Tu belum sentuh kroni pm dpt habuan. Apa kepentingan daim ke china, kenapa ujudkan kementrian bertindan spt menteri ekonomi dgn menteri kewangan hingga menteri ekonomi pun x tahu bidang tugasnya.

    Kenapa pula sekolah menengah cina persendirian diberikan bantuan tp x pula sekolah2 persendirian islam.

    Ptptn pula mendpt berita gembira kerana yg beria2 sokong ph adalah golngan yg hidup dgn hutang ptptn. Mereka dpt hadiah istemewa bila hutang ptptn x kan dihapus, hutang ttp kena bayar dgn bunga, lebih besar lg hadiah merka akan didakwa dimahkamah hingga boleh diistihar bangkrup, terbaikkn hadiah dr ph ni.


    Idris Hassan
    : Apa nak jadi dengan negara kita bila masuk dah dalam mulut buaya setelah terselamat daripada mulut harimau....
  • PH = LGBT = UEC = RASIS = ULTRA KIASU = LIBERAL = SEKULAR = PLURAL = NEPOTISME = KRONI = KELENTONG KRASI = TERORIST = SYIAH = anti melayu = anti islam = ANTI RAJA = EVANGELIST
  • Pas yakin berlaku perubahan besar-besaran di Seri Setia
    MUHAMMAD FAIZ SULONG 1 SEPTEMBER 2018
    FacebookTwitterWhatsAppEmailMore348
    Pas yakin berlaku perubahan besar-besaran di Seri Setia
    Tuan Ibrahim (tengah) ketika bercakap pada sidang media, petang tadi.
    A-A+ (Ubah saiz teks)
    SHAH ALAM - Setelah lebih kurang dua minggu tempoh berkempen bagi PRK Dun Seri Setia, Pas melihat perubahan positif daripada pengundi terhadap kempen serta calon parti itu, Dr Halimah Ali.

    Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, bagaimanapun jentera parti akan terus melipatgandakan usaha dan kerja bagi memastikan kerusi Dun Seri Setia dapat dimenangi pada 8 September ini.

    "Berbaki seminggu kempen, Pas melihat perubahan positif rakyat terhadap kempen serta calon kita.

    [ARTIKEL BERKAITAN: Saya sudah biasa hidup susah: Halimah]

    "Tetapi Pas menyedari majoriti yang dimenangi PH pada PRU14 lalu amat besar, justeru para petugas Pas diseru menggandakan usaha dan merayu agar pengundi Dun Seri Setia membuat perubahan pada PRK nanti.

    "Pas berkeyakinan perubahan besar-besaran sokongan pengundi kepada Pas di Seri Setia akan memberi signal penting kepada PH supaya jangan memandang enteng janji yang mereka taburkan pada PRU14 lalu," katanya ketika sidang media.

    Sementara itu, Tuan Ibrahim turut melahirkan penghargaan kepada Umno, MIC, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta tokoh perseorangan pelbagai kaum yang telah bersungguh-sungguh membantu kempen Pas atas semangat kebersamaan sebagai blok pembangkang.

    "Kerjasama yang diberikan mereka diyakini akan mengukuhkan kuasa politik semak imbang di Selangor yang mempunyai bulangan Adun PH yang begitu besar.

    "Usaha untuk memenangkan calon Pas di Seri Setia dan calon MCA di Balakong adalah ke arah memperkasakan blok pembangkang dalam Dewan Selangor demi kebaikan rakyat dan negeri ini," katanya.
  • Netizen bengang ‘top up’ kena SST
    RAZIATUL HANUM A RAJAK 1 SEPTEMBER 2018
    FacebookTwitterWhatsAppEmailMore8.3K
    Topup
    Gambar hiasan
    A-A+ (Ubah saiz teks)
    SHAH ALAM - Pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang bermula hari ini mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan rakyat terutama berhubung caj dikenakan ke atas tambah nilai perkhidmatan prabayar.

    Rata-rata ruangan komen Facebook Sinar Harian dibanjiri luahan rasa tidak puas hati netizen sejak pagi tadi.

    Syarikat-syarikat telekomunikasi di negara ini kembali mengenakan cukai SST ke atas setiap tambah nilai berkuatkuasa 1 September 2018.

    Pengguna membangkitkan soal tambah nilai RM10 di mana mereka hanya RM9.43 dikreditkan.
  • Jangan diskriminasi wanita Islam
    RIDAUDDIN DAUD 1 SEPTEMBER 2018
    FacebookTwitterWhatsAppEmailMore54
    Jangan diskriminasi wanita Islam
    Orang ramai menghadiri Konvensyen Wanita Islam Nasional (Konwanis) 2018, di Putrajaya, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
    A-A+ (Ubah saiz teks)
    PUTRAJAYA - Kerajaan perlu memastikan wanita Islam tidak dihalang daripada melaksanakan tuntutan agama seperti bertudung dan hak beribadah di tempat kerja baik di hotel, syarikat penerbangan, butik pakaian dan syarikat pelancongan.

    Pengarah Konvensyen Wanita Islam Nasional (Konwanis) 2018, Siti Affiza Mohammad berkata, cadangan tersebut merupakan salah satu daripada tujuh resolusi yang dibawa sempena konvensyen tersebut yang ditandatangani 3,500 wanita.

    Antara lain, katanya, mereka juga menggesa kerajaan mempergiatkan kempen kesedaran hak-hak wanita dalam peruntukan undang-undang , kesihatan, pendidikan dan politik.

    “Selain itu, kami juga meminta kerajaan perlu mewujudkan satu sistem penguatkuasaan dan pemantauan berkesan bagi polisi dan undang-undang yang sedia ada.

    “Kerajaan juga perlu menyelia majikan supaya sediakan insentif kewangan dan bukan kewangan bagi kesejahteraan wanita dan keluarga.

    “Malah, kerajaan perlu mengiktiraf kos ekonomi bagi peranan wanita dan menyokong usaha-usaha pembangunan wanita dilakukan badan bukan kerajaan (NGO) tanpa diskriminasi dan birokrasi,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian semasa menghadiri konvensyen tersebut di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

    Tambahnya lagi, semua pihak juga perlu melaksanakan ‘Program Pemerkasaan Lelaki’ dari aspek agama, politik, ekonomi dan pendidikan demi kebahagiaan wanita dan kesejahteraan negara.

    Jelasnya, peranan wanita perlu diberi perhatian kerana mereka merupakan komponen masyarakat yang penting dalam menentukan hala tuju negara.

    “Dasar Wanita Negara menegaskan perlunya penyediaan persekitaran kondusif bagi meningkatkan martabat dan kesejahteraan hidup wanita.

    “Melihatkan kepada perkara tersebut, Konwanis 2018 mengemukakan tujuh resolusi untuk perhatian kerajaan. Resolusi ini mewakili suara 3,500 wanita.

    “Konwanis 2018 menggesa agar resolusi ini diambil kira dalam Pelan Tindakan Dasar Wanita Negara dan peruntukan dalam Bajet 2019 nanti,” ujarnya.

    Konvensyen tersebut membincangkan pelbagai isu melibatkan wanita dengan membawa beberapa tokoh untuk membentangkan pelbagai kajian dan perkongsian ilmu bersama peserta.

    Kira-kira 3,000 peserta menyertai program yang julung-julung kali diadakan anjuran Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) dengan kerjasama Tarbiah Sentap, Sinar Harian dan Hijriahome.
  • Rakyat Kelantan pandai tapi miskin: Dr M separuh betul
    Ahmad Fadhli Shaari | Diterbitkan 1 Sep 2018, 9:15 malam | Dikemaskini 1 Sep 2018, 9:30 malam
    A+ A-
    ULASAN | Saya bersetuju dengan sebahagian kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika mengulas mengenai peluang perniagaan bumiputera di Kelantan dalam sesi soal jawab semasa Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara (KBN 2018),di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pagi ini.

    Menurut beliau seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini, Kelantan merupakan sebuah negeri yang miskin walaupun ramai rakyatnya terdiri daripada usahawan yang mahir dan berbakat, dan ini disebabkan kerajaan negeri yang dikuasai PAS tidak dapat mentadbir sendiri tanpa bantuan daripada kerajaan persekutuan.

    Setuju saya itu berdasarkan kepada pengakuan beliau bahawa rakyat Kelantan pandai. Pandai rakyat Kelantan itu telah dibuktikan dalam masa tempoh 28 tahun bermula tahun 1990 di mana rakyat Kelantan secara total menolak BN pada tahun tersebut pada ketika perdana menteri pada masa itu ialah perdana menteri yang sama pada hari ini.

    Termasuk tahun 1990, sebanyak tiga kali pilihan raya umum rakyat Kelantan telah menolak Dr Mahathir sehinggalah beliau berundur pada tahun 2003.

    Di dalam pilihan raya umum lalu pada Mei yang lepas juga, rakyat Kelantan (dan Terengganu) sekali lagi membuktikan kepandaiannya dengan tidak memberikan satu kerusi pun kepada Pakatan Harapan (HARAPAN) yang telah menobatkan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri.

    Justeru, sangat benar kata-kata Dr Mahathir bahawa rakyat Kelantan pandai bahkan bagi saya, sangat pandai.

    Adapun berhubung dakwaan beliau bahawa Kelantan miskin sehingga memerlukan bantuan kerajaan pusat, suka untuk saya merujuk kepada data yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan pada 27 Oktober 2017 di bawah tajuk Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2018.

    Di dalam Lampiran E iaitu di bawah tajuk Pemberian Sebenar Kepada Kerajaan Negeri Tahun 2016, Kelantan dinyatakan telah menerima sejumlah RM397,989,333.00.

    Jika dibandingkan dengan negeri Selangor, negeri tersebut telah menerima sebanyak RM761,803,058.00 di bawah peruntukan Perbendaharaan Negara untuk tahun 2016.
  • Bisik ke telinga Dr Mahathir
    Tidaklah dinafikan kelayakan Selangor menerima peruntukan yang lebih banyak kerana jumlah pemberian tersebut berasaskan kepada keperluan tersendiri termasuklah bilangan penduduk.Namun, jika dinyatakan bahawa Kelantan negeri miskin sehingga terpaksa dihulurkan bantuan, maka sukalah dinyatakan bahawa tidak ada satu pun negeri di Malaysia yang tidak menerima peruntukan di bawah Perbendaharaan Negara.

    Jika ditinjau kepada senarai berkenaan, dapat dilihat bahawa negeri Johor menerima sebanyak RM802,219,813.00, Kedah (RM373,288,565.00), Pahang (RM391,115,129.00), Sabah (RM1,086,260,027.00) dan Sarawak (RM1,159,277,479.00). Senarai penuh boleh dirujuk di pautan ini.

    Jika boleh saya ingin bertanya kepada Dr Mahathir, sejak bilakah Kelantan menjadi miskin sehingga terpaksa menerima bantuan pusat itu?

    Jika dikatakan miskinnya Kelantan sejak tahun 1990 kerana ditadbir oleh PAS, maka saya kira bekas pemimpin-pemimpin PAS yang berada dalam kerajaan persekutuan pada hari ini perlu berbisik sepatah ke telinga Dr Mahathir kerana tohmahannya itu sekaligus memburukkan pentadbiran almarhum Tuan Guru Nik Aziz selama 23 tahun di Kelantan.

    Wallahualam jika bekas-bekas pemimpin PAS dalam Pakatan Harapan hari ini turut setuju bahawa pentadbiran Almarhum Tuan Guru Nik Aziz telah menyebabkan Kelantan jatuh miskin.

    Atau mungkinkah yang dimaksudkan oleh Dr Mahathir itu ialah Kelantan tiba-tiba menjadi miskin selepas ditadbir oleh Menteri Besar sekarang? Ia lebih lagi ajaib kerana kemiskinan berlaku secara tiba-tiba hanya kerana pertukaran Menteri Besar pada tahun 2013.

    Satu lagi, saya kira kenyataan Dr Mahathir ini sekaligus telah menjawab kenyataan anaknya sendiri Datuk Seri Mukhriz yang juga Menteri Besar Kedah.

    Pada 1 Julai 2018, Mukhriz dilaporkan telah mencadangkan supaya kerajaan persekutuan mencari kaedah baharu untuk mengagihkan hasil kutipan cukai negara secara saksama kepada semua negeri terutamanya negeri yang berpendapatan rendah.

    Menurutnya, “Kedah ini negeri tercorot dari segi hasil pendapatan dan kita tiada minyak atau gas jadi tak dapat royalti.

    "Sebab itu, saya ingin cadangkan supaya kerajaan persekutuan boleh agihkan dengan saksama hasil kutipan cukai untuk manfaat bersama terutamanya kepada negeri berpendapatan rendah seperti Kedah.” Ia boleh dirujuk di laporan ini.

    Kenyataan tersebut diulangi pula di dalam sidang parlimen baru-baru ini. Jadi, hari ini bapanya iaitu Dr Mahathir telah memberikan petunjuk secara tidak langsung agar Kedah boleh berikhtiar mencari sendiri sumber pendapatan tanpa bergantung kepada kerajaan pusat kerana Kedah dipimpin oleh parti yang cerdik.

    Jangan jadi seperti Kelantan.


    Ahmad Fadhli Shaari ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.
  • PH BADUT SARKAS
    Demonstrasi talian perkhidmatan pelanggan SST undang ketawa
    Diterbitkan 1 Sep 2018, 5:29 petang | Dikemaskini 1 Sep 2018, 5:50 petang
    A+ A-
    Ketua Pengarah Kastam Datuk T Subromaniam mengundang ketawa ketika taklimat Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) di Johor Bahru semalam selepas cuba mendemonstrasikan talian perkhidmatan pelanggan jabatannya.

    Menurut akhbar harian China Press yang melaporkan kejadian itu, Subromaniam sebelum itu cuba menghubungi sendiri talian berkenaan untuk membuktikan kepada hadirin bahawa ia berfungsi setiap hari.

    Bagaimanapun, panggilan beliau dijawab oleh peti suara yang memintanya untuk memilih beberapa pilihan sementara hadirin yang mendengar taklimat itu mula tersengih.

    Subromaniam dikatakan mengambil masa lebih seminit untuk melepasi semua langkah yang diarahkan peti suara dan selepas itu diminta menunggu. Hadirin kemudian menghamburkan ketawa dan Subromaniam kemudian menamatkan panggilan.

    Subromaniam kemudian menegaskan bahawa talian perkhidmatan pelanggan SST itu beroperasi setiap hati kecuali cuti umum.

    "Mereka (pengendali talian) akan bekerja sehingga lewat malam, itu yang saya cuba katakan," katanya.

    1. Bukankah dia ni salah sorang yg menyatakan pelarasan hutang 1MDB cantik setelah mendengar penerangan Arul Kandas.
      Rupa2 nya yg dikatakan cantik tu adalah camtaik !


  • Apa susah nak hadkan pada 2 penggal.

    Satu penggal 11 tahun. Dua penggal 2 tahun. Pencen kedua umur 115 tahun.

    Wow! Pada 100 hari, boleh lancar novel Kencing Sepanjang Jalan
  • Pantun Manifesto Tomato

    Buah tomato dibawa berlayar,
    Masak sebiji diatas peti,
    Tol tak hapus masih kena bayar,
    Bagaikan menunggu anak pengantin LGBT.

    Buah tomato kacang bendi,
    Jadi perencah untuk memasak kari,
    Harga barang tak turun 0% GST,
    Inikan pula 10% sst.

    Buah tomato turun harga,
    Begitu juga harga durian,
    Manifesto hanya masa pilihanraya,
    Bukan Bible bila jadi kerajaan.

    Pergi ke kedai membeli tomato,
    Naik motor ke pekan banting,
    Sebelum PRU wall penuh Manifesto,
    Lepas PRU upah admin delete posting.

    Cili, tomato dan bunga kantan,
    Buat perasa didalam masakan,
    Pendidikan percuma manifesto pakatan,
    UEC pula yang didahulukan.

    Spaghetti bologna sedap dimakan,
    Dimasak dengan tomato puri,
    Bila wartawan tanya soalan,
    “Tak Tahu”, jawapan para Menteri 😂

    Credit: Huzry Fionnawatty Hussien

    Wow! Jual orang dengan janji, Mungkir janji jual diri

  • Malaun2 serta walaun ini tak dapat bedzakan yg mana Cantik , yg mana CamTaik.
    Kasta keturunan ni termasuklah yang menamakan diri mereka sebagai justice league , captainmalaysia,geng najib ...


  • Tak payah tukar spec, tukar Menteri Kewangan

    Dulu tipu undi CEC, kata salah Microsoft Excel. Kontrak terowong naik dari RM4 billion ke RM6 billion, salah Microsoft Words.

    Sekarang salah sebut RM19.4 billion, titik perpuluhan pulak dipersalahkan.

    Kalau asyik tak nampak, tak payah tukar spec. Lawatan ke China pun tak boleh ikut. Tukar saja Menteri Kewangan.

    Perdana Menteri yang asyik cari kesalahan orang untuk tidak mahu bantu rakyat kini main pertahan orang yang salah.

    Sampai masa tuhan akan tukarkan.

    Wow! Orang muda tak main jual... tukar saja.
  • ngatkan bunuh orang, rogol janda ...

    .... rupanya cuma kesalahan pecahkan botol ketika demonstrasi di bangunan SUK Shah Alam dan didenda hanya RM4O0.

    Belanja nak tangkap pun dianggarkan sampai RM90,000. Pembaziran begini yang buat Menteri Kewangan, Lim Guan Eng marah.

    Ini bermakna kerajaan mampu berbelanja untuk kejar tuduhan kesalahan-kesalahan di luar negara seperti 1MDB, SRC, Jho Loh yang belum dipohon ekstradisi, Nik Faisal, Michael Ubu kes tanah Risda di Sabah, dll.

    Macam-macam kerenah Malaysia Baru.

    Yang ni ... Mat Sabu ingat Normah itu Menteri Pertahanan Australia ka?

    Bila-bila pula, dari Merdeka hingga hari ini, Panglima-Panglima Tentera ucapkan PM selamat hari lahir?

    Adalah yang berterima kasih dan bersyukur dapat naik pangkat kot ..

    Apa pun bangga dengan kawan Husin ini. Sebelum ini, dia ada merajuk sebab perbezaan pandirian politik.

    Kini rezeki dia. Asal cuma drebar lori. Lama terlibat dalam politik UMNO bawah mentor Tan Sri Onn. Naik dalam Perkasa jadi Ketua untuk Selangor.

    Sepanjang kempen pilihanraya, dia dilawakkan sebagai bodyguard. Sekarang SUPOL yob...

    No speaking London yer. Rais Yatim mesti sayang.

    1. Titm ni dulunya antara yg saya hormat walaupun selepas tertubuhnya parti Amanah. Tapi sejak dia keluar kenyataan yang dia berpuas hati dgn 1mdb melalui penerangan Arul Kanda. Perasaan tu berkurangan dan sedikit demi sedikit terus hilang. Tak tau mcm mane arul berjaya game dgn pemimpin pas yg sorang ni. Rasa dia tak jelas kan tang mana yg dia puas hati. Harap bukan puas hati lepas tgk akaun bank sendiri je. Bukan tuduh ye. Cuma cakap kosong. Nama pun duit ye tak. Tapi saranan tuan budin saya sokong 1000%. Nak tolong jimat duit negara, pejam mata dgn prk utk bekas kawan dia org. Dlm dok gebang, dia kantoi tang nak lawan jugak. Patut tak banyak, sikit perasaan hormat kawan lama tu kena ada. Lagipun rasanya tak pernah dengar yg anwar serang pas, mungkin ade tapi saya tak pernah dengar atau baca. Pasal sejak lepas pru ari tu, tak pernah ambik tau pun pasal pas. Meluat, menyampah, mejengkelkan. Sori ye titm. Dosa cakap belakang, jadi saya cakap terus terang je la ye...


  • Jangan salahkan Siti Nurhaliza sokong gomen baru.

    Ibubapa lain kasi bayi minum susu. Dia kasi anaknya makan durian, kelapa sawit, getah dan kasut putih. Plus suruh tangkap ikan kembung sendiri dari laut.

    Kos sara hidup dia turun merudum.

    Wow! CT jimat make-up guna tomato untuk blushing
  • Senyap Senyap Tipu (SST)

    SST101.

    1. Aku bukak kilang. Nama kilang aku KILANG AKU SDN BHD;

    2. Aku bukak satu lagi company. Nama company aku tu KILANG AKU (DISTRIBUTION) SDN BHD;

    3. Semua produk dari KILANG AKU SDN BHD hanya dijual kepada KILANG AKU (DISTRIBUTION) SDN BHD;

    4. Kos pengeluaran setiap produk dari KILANG AKU SDN BHD adalah sebanyak RM10 seunit;

    5. Sebab aku tak suka nak bagi gomen kutip banyak sangat SST, harga jualan dari KILANG AKU SDN BHD kepada KILANG AKU (DISTRIBUTION) SDN BHD adalah RM1 seunit.

    6. Setiap unit produk yang KILANG AKU SDN BHD, gomen akan kutip SST sebanyak sekupang;

    7. KILANG AKU (DISTRIBUTION) SDN BHD menjual kepada setiap peruncit dengan harga RM300 seunit;

    8. Sebab aku tak suka bayor cukai banyak-banyak kepada LHDN, KILANG AKU (DISTRIBUTION) ada 2 buku rekod. 1 buku untuk tujuan audit & tax, 1 lagi untuk rekod transaksi sebenar;

    9. Dalam buku rekod untuk audit & tax KILANG AKU (DISTRIBUTION) SDN BHD, harga belian adalah RM1 seunit, harga jualan aku letak ler RM1.50 seunit. Dapat ler untung kasor lima kupang seunit;

    10. Dalam rekod sebenor KILANG AKU (DISTRIBUTION) SDN BHD, harga belian sebenor adalah RM1, harga jualan adalah RM300. Untung kasor sebenornya RM299 seunit.

    11. Peruncit-peruncit yang beli dari KILANG AKU (DISTRIBUTION) SDN BHD, suka hati ler berapa deme nak jual. Katakan ler deme jual dengan harga RM350, maknanya setiap unit yang dijual, peruncit akan dapat untung RM50 seunit.

    Kesimpulan

    1. KILANG AKU SDN BHD, jual bawah kos mana nak ada untung. Tak ada untung, mana kena bayor income tax.

    #Fakta01 - gomen kena tipu income tax

    2. KILANG AKU SDN BHD, jual produk dengan harga RM1 walaupun harga pasaran RM350, gomen cuma dapat collect SST sebanyak sekupang jer. Kalau harga sebenor RM300, kome kira ler sendiri berapa gomen patut collect SST.

    #Fakta02 - gomen kena tipu SST.

    3. KILANG AKU (DISTRIBUTION) SDN BHD ada 2 buku rekod untuk tipu audit & tax, kome ingat peruncit aku tak buat benda yang sama ke?

    #Fakta03 - KILANG AKU (DISTRIBUTION) SDN BHD & peruncit semua boleh tipu income tax. Padan muka gomen

    4. Kome yang membeli dari peruncit, walaupun membayor RM350, nanti kome mintak ler resit tulis RM800 ker, RM1600 ker. Resit ni samada kome nak guna untuk tipu claim kat company kome, atau kome nak guna untuk tujuan tipu audit & tax, lantak kome ler

    #Fakta04 - rakyat boleh tipu untuk tak bayor tax yang tinggi atau tipu company untuk buat claim yang bukan-bukan;

    Cukup ler aku tulis 4 fakta.

    Yang penting aku suka benor SST ni. Kalau zaman GST dulu, susah aku nak kencing gomen. Semua ada trail, semua ada rekod. Nak bagi rasuah kepada customer pun jenuh aku nak mikior saper yang patut tanggung kos GST.

    Terima kasih gomen sebab hapuskan GST, senang sikit aku nak kencing gomen. Asyik gomen jer yang kencing, mana boleh tahan..

    FB Satria Baja Hitam

    Wow! Diam Tun yang sebut Gomen Suka Tipu (GST)
  • .A……A…..
    …///………\\\
    ///….O…..O..\\\
    ………….00………
    ...)))0000Y000((
    ……))………..((….
    …….AAAAAAA….
    …………((…………

    TERUSKAN BERKOMENTAR KEKASIHKU GN!!
    ENGKAU DAN AKU
    TERIKAT DENGAN PERJANJIAN 69
    AKU YANG BERI ILHAM DI OTAK MU
    UNTUK KAU MEMBELIT KATA...
    UNTUK RASA KETIDAKPUASAN...

    HA!...HA!.....HA!.......HA!
    HA!...HA!.....HA!.......HA!
    HA!...HA!.....HA!.......HA!
    HA!...HA!.....HA!.......HA!

    LAGI-LAGI. COPY PASTE LAGI..

    YO....YO...
    AAHHHHHHH....
  • Blog Snapshot menulis Anjing Puak Liberal Mahu Kerajaan PH Hapuskan Tahfiz.

    Tak baik panggil orang Anjing. Bukan sebab Tan Sri Zainuddin Maidin adalah penuntut hasil keluaran Maahad Mahmud.

    Tapi sebab, ia merendahkan martabat anjing.

    Hapus tahfiz, pegawai khas LGBT, hak asasi, syiah, Qadyani, larangan terhadap JAIS, dan macam-macam lagi tuntutan makhlok-makhlok seperti Siti Kassim hingga Charles Santiago boleh kata ini bukan lagi masa depan Islam.

    Wow! Anjing dalam kisah surah Al Kahf sangat mulia
  • Maaf kalau aku katakan...
    Anwar tidak akan dapat memegang jawatan PM.

    Ini berdasarkan amatan aku...
    Selama ini belum pernah silap...
    (mungkin kali ini aku tersilap)
    Kalu tersilap maafkan aku

    SC POL,BERLIN


  • Semlm saya bersembang dgn seorg teman yg cacat penglihatan. Saya tanya dia macam mana dengan pentadbiran Kerajaan PH di bawah pimpinan Tun Mahathir.

    Dia kata, "Ingatkan makjun TAPI rupanya TAHI KAMBING"

    Kesimpulannya, semua yang di janjikan oleh PH adalah DUSTA semata mata dan dia kata rakyat telah di tipu oleh janji manis PH sebelum PRU.

    Baca sepenuh SINI.

    Wow! Perumpamaan yang power

    1. ikhlas, saya ingin bertanya.

      relakah kita d pimpin olih seorang mantan peliwat yg tlh d ampun ? Nabi SAW jelas menolak kaum 'luth' n tidak mengaku mereka ini sebagai umat Nya.

      jika kita ikhlas n murni hendak mempertahankan kesucian agama Allah ini, maka semua wajib bersatu hati utk menentang nya.

      satu strategi utk mengalahkan nya ia lah utk meletak kan hanya satu calun utk 'satu lwn satu'(straight fight).

      jika beliau memilih utk bertanding d kawasan campuran d sekitar selangor atau pun wilayah persekutuan, maka saya rela d calunkan dgn syarat dana mencukupi sungguh pun mungkin saya akan d pecat drpd menjadi ahli seumur hidup BERSATU.


  • Mazlan Abdul Latif menulis di FB:

    Tadi pegi tukar tayar basikal, pastu aku cakap, "Apek lu punya BM banyak fasih."

    Dia jawab, "Saya bukan Peguam Negara."

    Wow! Ada cakap Inglis bila menangis

    1. Kengkawan semua..kita ucapkan alhamdulillah kerana sempena hari merdeka ni, kerajaan Haprakan begitu bermurah hati memberi hadiah kepada rakyat Msia...Merdeka...merdeka !!!!

      Start hari ni, Topup RM 10 dapat RM 9.40 je? Ok la tu. Rejim Pakatan kata rakyat dah tak boleh nak dimanjakan sangat.

      Kira untung sangat dah bila dapat RM9.40 sen tu. Bersyukur la dengan apa yang dapat. Setidak-tidaknya, Pendedak Rejim Pakatan Haprak tu dapat juga bau kelat hancing pemimpin atasan!!!
    2. Pak diny...Pak perasan tak benda ni, sejak Haprakan berkuasa ????

      Wah!!!! Ajaib ni.... Tiba-tiba video pemimpin DAPigs mengutuk Ketua Rejim Pakatan melalui aplikasi media sosial milik mereka sebelum ini semuanya hilang?

      Kalau ada pun tinggal yang takde suara macam video yang masih tertinggal saki baki di laman FB mereka.

      Tentu Pak masih ingat macam mana masa tu bukan main sedap lagi diorang menuduh Tun Mahathir mengamalkan Kronisme dan Nepotisme.

      Malah diorang secara terbuka mempersoalkan sumber kekayaan anak beranak serta kroni Perdana Menteri ke 7 dan mantan PM ke 4 tu. Tapi sekarang? Dah kena picit buah kerandut ke?

      Mengeruk macam katak je la pemimpin DAPigs ni. Dulu melalak bukan main. Sekarang bila dah dapat kuasa, jangan kata kahak dan ludah. Air kencing sendiri pun sanggup diorang jilat balik...semuanya dalam Haprakan ni tak boleh pakai..hanya nak mengenyangkan tembolok sendiri ajeer..setuju tak Pak diny ?????
    3. Pak diny..agak2 Pak lah..apakah hadiah Istimewa Rejim Pakatan Sempena Hari KeMERDEKAan Negara ke 61 Tahun kepada rakyat marhaein di negara tercinta ni haah ???

      Lebih sebulan yang lalu, Rejim Pakatan Hancing ni telah berjaya MEMBUNUH sistem cukai GST berusia 5 tahun kerana dituduh menjadi punca kenaikkan kos sara hidup.

      Padahal, cukai GST sebanyak 6 peratus itu banyak memberikan sumbangan dan bantuan kepada rakyat secara menyeluruh terutama kepada golongan B40.

      Bermula hari ni... 1 September 2018, selepas lebih 100 Hari Rejim Pakatan Hancing tu memerintah, maka lahirlah SST yang dikenakan pada kadar 10 + 6 peratus.

      Apa yang pasti, Rejim Pakatan Hancing tu mengakui bahawa kelahiran SST hari ni akan menyebabkan harga barang terus melonjak naik dan mereka tidak dapat mengawalnya.

      Belum pun cukai SST tu dilahirkan, harga barang memang dah sedia mahal. Dalam masa yang sama, pelbagai bantuan kepada rakyat pula dihapuskan dengan alasan tak nak rakyat jadi malas kononnya.

      Itu la Malaysia Baru yang diimpikan oleh Pendedak Rejim Pakatan Hancing ni. Diorang seronok apabila harga barang semakin meningkat dan bau badan diorang pulak kelat hancing pemimpin atasan!!!
    4. Kengkawan semua...kau orang ada terbaca tak kenyataan Madey yang terkini berkaitan kutipan Tabung buluh Pakatan Haprakan yang dilancarkan selepas mereka memerintah ???

      Saya amat2 yakin ramai juga Pendedak Rejim yang masih tak boleh terima kenyataan bahawa mereka telah dikincinkan kaw2 oleh rejim Haprak tersebut. Masih lagi diorang cuba nak pertahankan benang yang dah basah kena kencing tu.

      Kata Madey.... "Tabung Harapan tu memang bukan untuk bayar hutang Negara sebanyak 1 Trillion. Gila apa nak banyak hutang banyak macam tu."

      Habis, apa gunanya diorang kutip derma sebelum ni? Jawapan yang diberikannya ialah... "Nak bayar kerosakkan yang dah dibuat oleh Najib."

      Aikkk..sudah tukar kaa???? Masa dilancarkan tabung buluh tu, beriya2 ditegaskan tujuannya ialah untuk membayar hutang kerajaan yang dah mencecah lebihn RM 1 Trillion tu..tapi sekarang untuk bayar kerosakan oleh DS Najib pulak.

      Rakyat marhaein pun tertanya2, kenapa sejak akhir2 ni dah takde buat PC untuk mendedahkan berapa banyak kutipan terkini tabung buluh tu...rakyat yang menyumbang termasuk aku tak mau kutipan tu masuk dalam poket orang lain pulak !!!!
    5. Satu argument point yang agak valid dari PAS. Bukan saja membazir wang rakyat tetapi memaksa rakyat pergi mengundi sekali lagi demi melanjutkan cita2 politik Anwar Ibrahim. Apa ke rakyat tak ada kerja lain dari beratur mengundi bukan kerana keperluan tetapi kerana kemahuan Anwar? Argument tuan untuk PAS atau UMNO beri laluan kepada Anwar does not hold water. Sekiranya Anwar bertanding dalam kawasan saya, ampun lah. Saya takkan keluar mengundi.
    6. Pak diny...Pak rasanya kerap melawat ke laman rasmi FB Kementerian kewangan, dah tentu Pak akan terperasan benda ni kan ???

      Kementerian Kewangan pagi tadi telah memuatnaik satu posting infografik di laman rasmi Facebook mereka yang memaparkan perbandingan harga barangan di bawah cukai SST dan cukai GST.

      Pertama, pengiraan untuk GST yang ada di dalam infografik ini ternyata salah kerana tidak mengambil kira input GST yang boleh dituntut balik oleh pengilang, pemborong dan peruncit.

      Jika mengikut pengiraan yang betul, harga jualan kepada pengguna di bawah cukai GST dengan menggunakan margin keuntungan yang sama sepatutnya RM152.64 dan bukan RM171.49.

      Kedua, kalau diikutkan infografik yang dikongsikan di laman Kementerian Kewangan Malaysia, SST hanya dikenakan di peringkat urusan di antara pengilang dan pemborong.

      Namun, kenapa resit-resit yang disiarkan di dalam posting sebelum ini, menunjukkan SST turut dikenakan kepada Rakyat.

      Selepas menyedari kesalahan-kesalahan di atas serta mendapat kecaman dari pengguna Facebook, Kementerian Kewangan telah memadamkan posting Facebook berkenaan beberapa jam kemudian.

      Integriti Kementerian Kewangan tentang hal cukai dan pengiraan amat penting dan kesalahan dalam pengiraan cukai begini tidak patut dilakukan. Bagaimana sebuah kementerian yang bertanggungjawab terhadap cukai itu sendiri tidak tahu pengiraan yang betul?

      Rasanya Pak pun tak setuju dengan pengiraan depa tu kan..buat kerja macam melepaskan batuk di tangga aje kan Pak ???

    7. Pak diny...Hari ini dalam sejarah. Mari kita sama2 ucapkan Selamat Datang SST (Sikit-Sikit Tipu) 16%.

      Dah tentu Pak ada tertengok contoh2 resit yang ditularkan di media sosial oleh rakyat Msia, berkaitan dengan pembelian barangan di pusat2 membeli belah serta restoran2 di seluruh negara.

      Kalau diamati betul2, ternyata memang sah lah... dikenakan cukai langsung ke atas pengguna pada hari pertama kelahiran semula SST. Syaitan mana yang kata pengguna tidak dikenakan cukai langsung?

      Hari ini, bila anda ke pasar, SST 2.0 sudah mula berkuatkuasa. Teh tarik dan roti camai di kedai mamak kegemaran anda bersarapan pagi sudah dikenakan caj perkhidmatan 6% ke 16% bergantung kepada kedai. Kalau Coffee Bean dan seumpamanya dikenakan 16%. Ambik kau syaitan tomato !!!!

      Sebelum ini bila kita kata SST adalah 16% maka binatang-binatang ternakan puak2 depa tu bermati2-matian mempertahankan SST ini iaitu hanya 6% untuk perkhidmatan dan 10% pula diserap oleh pengilang.

      Bermakna di bawah SST Rakyat akan bayar lebih rendah daripada apa yang dibayar semasa GST 6%. Ini apa? Mana perginya binatang-binatang ternakan itu? Senyap sunyi dalam kandang ke?

      Waima jutawan produk kecantikan, Aliff Syukri pun mengeluh dalam FB nya kerana terpaksa menaikkan harga barang berikutan SST2.0 yang berkuatkuasa hari ni.


      SST juga berjaya menurunkan harga barangan. Contohnya, bermula hari ini apabila anda membeli top-up sebanyak RM10, anda hanya akan dikreditkan sebanyak RM9.43 sahaja. Kan dah turun harga tu.

      Tahniah lah rakyat Msia..ini lah yang kita semua tunggu2 selama ni..dah ada kat depan mata pun. Terima aje lah dengan berlapang dada...apo nak di kato bhai !!!!
    8. Sobat2 ku dunia akhirat...Tentu kau orang ingat benda ni kan ???

      Semasa di awal penubuhan Tabung Buluh Harapan Negara, Menteri Kewangan@ Ah Beng berkata bahawa tujuan tabung berkenaan ditubuhkan adalah bagi membantu kerajaan persekutuan "membayar semula hutang negara yang sangat tinggi". Tak caya...sila rujuk kenyataannya dalam FMT !!

      Kini kutipan Tabung Harapan Negara akan dihentikan. Perdana Menteri pula berkata inisiatif tabung itu sebenarnya adalah untuk menunjukkan semangat patriotik Rakyat Malaysia terhadap negara tercinta ni.

      Perdana Menteri dipetik Berita Harian, berkata,
      Kerajaan perlu menghentikan pengumpulan dana daripada Rakyat ini. Ia sebenarnya adalah cara untuk mengetahui sejauh mana Rakyat sayangkan negara sehingga sanggup berkorban mengatasi masalah kewangan negara.

      Tambahnya..."Saya rasa agak jelas, Rakyat yang mempunyai jumlah kewangan yang kecil sanggup membantu menyelamatkan negara".

      Ternyata rupa2nya...Rakyat Msia hanya menjadi tabung uji sahaja untuk mengetahui sejauh mana kecintaan mereka kepada negara.

      Yang paling kesian sangat ialah..seorang budak lelaki berumur 12 tahun, yang telah menabung selama 6 bulan untuk membeli drum set dan kemudiannya menderma kat tabung buluh ni pun kena kencing dengan Kerajaan PH tu !!!!
    9. Ooooo..ini rupanya citer sebenar bagaimana manisfestomato Haprakan tu digubal..dah terang lagi bersuluh, mereka ni dari awal lagi takde niat pun nak mengotakan segala janji2 mereka tu !!!!

      Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui bahawa janji 100 hari Pakatan Harapan (PH) ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu dibuat dengan andaian gabungan itu akan terus kekal sebagai pembangkang.

      Malah Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, beliau tidak menyangka dapat memenangi PRU-14 dengan mudah.

      “Kami sangka ia (memim­pin kerajaan Persekutuan) adalah sesuatu yang sukar, namun kita dapati ia mudah.

      “Banyak perkara lain kita ma­sukkan dalam manifesto dengan kekal sebagai pembangkang. Tetapi kini, kita telah berjaya memimpin dan mentadbir kerajaan,” katanya seperti dipetik daripada laporan portal The Star Online, hari ini.

      Dalam pada itu, Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, PH perlu bersedia menerima kritikan Barisan Nasional (BN) tentang pelaksanaan janji tersebut dan mesti memastikan ia dilaksa­nakan.

      “Kami telah membuat janji-janji ini, jadi kita perlu diperiksa dan diteliti oleh pembangkang (BN) yang me­rupakan kerajaan sebelum ini.

      “Antara perkara yang kami buat dalam janji kami adalah untuk mengehadkan kuasa Perdana Menteri, maka kami mendapati bahawa kami berkuasa dan kami mengehadkan kuasa yang ada sekarang,” katanya.

      Beliau menambah, rakyat sememangnya berhak menun­tut tawaran terbaik daripada kerajaan PH....tapi malangnya bila dituntut rakyat, ada aje alasan2 tak munasabah yang diberikan untuk mengelak dari menunaikan segala janji2 tu !!!
    Shahbudin dot com: KALAU TAK MAHU WANG RAKYAT DIBAZIRKAN, TAK USAHLAH LETAK CALON.....
    http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/09/kalau-tak-mahu-wang-rakyat-dibazirkan.html

    Saya akan kembali ke parlimen, mungkin Oktober ini, kata Anwar


      4:52 PTG      Pejuang Perubahan      5 comments
    Saya akan kembali ke parlimen, mungkin Oktober ini, kata Anwar
    Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan dirinya akan kembali ke parlimen pada bulan Oktober ini sekiranya menang di dalam pilihan raya kecil yang akan diadakan nanti.

    Malahan perkara itu sudah diketahui bahawa beliau bakal menjadi anggota parlimen dan bersiap sedia untuk dilantik menjadi perdana menteri kelapan, tetapi belum ada masa yang sesuai untuk beliau ke arah itu. 

    Wawancara bersama Berita Harian, Anwar dengan jelas menyatakan pengosongan kerusi tertentu akan dibuat dan beliau akan bertanding di kawasan berkenaan bagaimanapun ianya belum diputuskan.

    “Saya sudah jelaskan perkara ini secara peribadi dan umum yang saya akan kembali ke parlimen, insya-Allah jika menang (PRK) sebelum hujung tahun… mungkin Oktober,” katanya dipetik portal itu.

    Setakat ini sudah ada beberapa anggota parlimen menyatakan kesediaan mereka berundur bagi memberi laluan buat Anwar, antaranya ialah Datuk Johari Abdul (Sungai Petani) dan William Leong (Selayang).


    Anwar sedang mempertimbangkan satu kerusi yang ditawarkan kepadanya namun belum ada keputusan muktamad kerana dirasakan rugi untuk dilepaskan memandangkan tokoh di situ mempunyai prestasi yang baik.


    “Saya ada pertimbangkan satu kerusi ini, beliau menawarkan kepada saya tetapi apabila dilihat prestasi, beliau seorang anggota parlimen yang sangat baik… saya rasa rugi pula. Jadi semuanya sedang dipertimbangkan,” katanya.


    Pada masa sama Anwar menjelaskan kerusi yang ingin ditandinginya perlulah tempat yang selesa, sama ada untuk beliau atau pengundi di situ.


    “Ini soal untuk kita memberikan perkhidmatan kepada rakyat.


    “Kita perlukan keselesaan itu, seperti di Permatang Pauh kita rasa macam adik beradik, boleh melawak begitu dan begini dan saya sangat yakin dengan mereka begitu juga mereka (pengundi).


    “Hendak mencapai tahap sebegitu tidak mudah kerana ia mengambil masa,” katanya.

    Sementara itu Anwar berkata beliau tidak akan mengganggu Tun Dr Mahathir Mohamad mentadbir bagi membawa negara ke landasan yang betul.

    “Sekarang Dr Mahathir ada tugas besar disebabkan semua masalah yang melanda negara. Saya mendoakan beliau berjaya,” katanya.

    mdl

    5 ulasan:
    Tanpa Nama1 September 2018 6:25 PTG
    Bakal headlines Harakah lidah rasmi Parti Pas pada bulan Oktober? 
    Malaysia Darul LGBT! - Subky Latif

    Tanpa Nama1 September 2018 9:54 PTG
    LGBT haram.....bertaubatlah!!!!!

    Tanpa Nama1 September 2018 10:21 PTG
    Memfitnah pun haram juga.

    Tanpa Nama1 September 2018 10:56 PTG
    BAPAK SEGALA TOLol kuat fitnah...
    Klu tak kaki fitnah jangan harap dia mudah kencing macai2nya...hehehehe

    Tanpa Nama1 September 2018 10:54 PTG

    Nampak mcm ada yb2 haprak yg dulunya bercdg nk bagi kerusi kpd anwar dh mula main tarik tali.
    Main tarik tali atau ada mastermind besar yg memgawal mrk agar anwar tidak berpeluang mgganti BAPAK SEGALA TOLol...hmmmm
    Ko mmg malang lah...anwar
    Hehehehehehe....

    Saya akan kembali ke parlimen, mungkin Oktober ini, kata Anwar ~ AGEN PERUBAHAN ®

    http://agendsai.blogspot.com/2018/09/saya-akan-kembali-ke-parlimen-mungkin.html

    PEMUDA AMANAH KEDAH LAPOR POLIS USTAZ PAS FITNAH DALAM MASJID.
    1 September 2018,
    Saudara Mohd Khairizal Khazali selaku Naib Ketua Pemuda Amanah Kedah dan Ketua Pemuda Merbok  bersama ajk Amanah Merbok dan Sungai Petani membuat laporan polis terhadap Ust Shaharudin Ibrahim yang telah memfitnah kerajaan Pakatan Harapan ketika membaca khutbah di Masjid Al Muttaqin, Taman Ria Sungai Petani.

    Saksi utama adalah Dato Khairil Azizi yang berada didalam masjid pada ketika itu.

    Antara teks khutbah yang disampaikan oleh Ust Shaharudin adalah bahawa kerajaan PH mengiktiraf LGBT, kerajaan PH akan membina tandas untuk LGBT, kerajaan PH melantik orang kafir menjadi menteri kabinet, kerajaan PH akan membubar Jakim dan menghasut jemaah menolak kerajaan PH.

    Khutbah beliau adalah berniat jahat dan menghasut rakyat membenci kerajaan PH. Pihak berwajib dan pihak berkuasa harus mengambil tindakan terhadap beliau dan ajk masjid agar perkara ini tidak berulang.

    Mohd Khairizal Khazali
    Naib Ketua Pemuda Amanah
    Negeri Kedah
    IPD Sungai Petani
    11.12 pagi.

    5 RESPONSES TO "PEMUDA AMANAH KEDAH LAPOR POLIS USTAZ PAS FITNAH DALAM MASJID."

    Lelaki DicerminSeptember 1, 2018 at 2:00 AM

    His3.. atas mimbar boleh buat fitnah..dunia akhir zaman..takkan lah tak tgk media.. minggu lepas harakah dah minta maaf.. sbb kes ni juga..atau pun ustaz ni takde duit nak belik harakah..walaun2 tolong bg komen.. mcmana ustaz ni boleh buat fitnah atas mimbar..

    msobri sobriSeptember 1, 2018 at 2:28 AM

    aku da dlm masjid masa khutbah tu.. ni la ustaz akhir zaman

    antiasobiyahSeptember 1, 2018 at 5:35 AM

    Lepaih tu spesis ni minta laa maaf...Habis cerita...makin menjadi2 Ustaz2 takfiri laa ni...

    UnknownSeptember 1, 2018 at 6:35 AM

    Nabi bawa agama dengan penuh kasih sayang, puak ni bawa agama dgn penuh kebencian dgn andaian mereka suci

    mahligai seniSeptember 1, 2018 at 9:22 AM

    Samanlah ustaz PAS tu. Jangan bertolak-ansur lagi. Dah banyak kali dia buat onar kemudian minta maaf, lepas tu buat kes lain pula. Takkan kita nak biarkan dia lepas begitu saja, kan? Saman cepat!

    Pemuda AMANAH Kedah lapor polis Ustaz PAS fitnah dalam masjid. | SISI BUKIT
    http://sisibukit.blogspot.com/2018/08/pemuda-amanah-kedah-lapor-polis-ustaz.html


    Warga asing kuasai PPR Lembah Subang? [VIDEO]

    [VIDEO] Warga asing kuasai PPR Lembah Subang?

    KUALA LUMPUR 29 Ogos - Warga asing kebanyakannya rakyat Indonesia dipercayai menguasai pangsapuri-pangsapuri kos rendah di kawasan Lembah Subang, Selangor sehingga menyebabkan rakyat tempatan yang layak menghuninya tidak dapat mendudukinya.

    Perkara ini didedahkan oleh seorang netizen, Zainurizzaman Muharram di laman Facebooknya selepas mendapat tahu mengenainya ketika cuba membantu sebuah keluarga gelandangan mendapatkan sebuah unit pangsapuri berkenaan.

    Menurut Zainurizzaman, keadaan itu disedari ketika dia bersama seorang rakan meninjau ke Pangsapuri Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang baru-baru ini bagi tujuan membantu keluarga gelandangan berkenaan.

    Dia melakukan tinjauan itu selepas dimaklumkan petugas di pejabat Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan dan Kehidupan Bandar Selangor, Haniza Mohamed Talha semua permohonan rumah rakyat telah dibekukan dan tiada unit kosong untuk diberikan kepada keluarga berkenaan.
    Dalam tinjauan yang dilakukan, beliau telah mendapati hampir 70 buah unit rumah di pangsapuri tersebut dihuni oleh warga asing yang turut membuat sambungan bekalan elektrik haram terus dari meter milik Tenaga Nasional Berhad (TNB).

    “Alasan penuh itu biasa didengari daripada pihak berwajib namun apa yang tidak boleh diterima ialah rumah-rumah berkenaan penuh dengan warga asing.

    “Saya sendiri telah berkali-kali memaklumkan kepada pihak berkuasa mengenai perkara ini dan apa yang dikesalkan, setiap kali dimaklumkan mengenainya, mereka hanya memberikan jawapan ‘kami tidak boleh melakukan apa-apa’,” jelas beliau kepada Utusan Online ketika dihubungi hari ini.

    Bagi membuktikan kebenaran pendedahan yang dilakukan, Zainururizzaman turut memuatnaikkan dua rakaman video yang menunjukkan keadaan di PPR berkenaan.

    Menurut beliau, pihak berwajib perlu segera mengambil tindakan ke atas pemilik-pemilik rumah-rumah rakyat berkenaan bagi menghalang PPR dari terus dipenuhi oleh warga asing dan bukannya rakyat tempat yang memerlulkan.

    Tambah beliau, mereka bukan sahaja merampas hak rakyat tempatan tetapi juga membahayakan penduduk setempat dengan membuat sambungan bekalan elektrik haram seperti yang dikesan dalam tinjauan yang dilakukan.

    - UTUSAN ONLINE
    Nurulanuar Mansor

    29 Ogos 2018
    KERENGGA: Warga asing kuasai PPR Lembah Subang? [VIDEO]
    https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/09/warga-asing-kuasai-ppr-lembah-subang.html

    Nurulanuar Mansor

    29 Ogos 2018

    ....

    Tiada ulasan: