Selasa, 11 September 2018

Sembang lebat selepas kalah PRU 14 9 Mei 2018. 8175.


Orang yang hilang kuasa, yang disokong sudah jadi pembangkang. Bila membaca, baca tajuk sahaja. 
Ely Wonggey
Pemula Perbualan
Atok jiwa UMNO la.. kahkahkahkahkah... korang PH - PUAK HANJENG CAYA KER NGAN UMNO nie..??


Mohammad Riezal pi panggil budak2 kulai cari aku..🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣.. tgh melepak mkn mee bandung dekat arked mara kulai.. jap lagi aku nak chow masuk taib andak pulak...
#Malaysia Baru
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=142717576667018&set=gm.673298359721593&type=3&theater&ifg=1

Najib tunjuk dokumen duit dalam akaunnya dari 'putera Saudi'

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mendedahkan beberapa dokumen yang didakwa akan membersihkan namanya di tengah-tengah pertuduhan terhadap beliau.
Najib memuat naik salinan sepucuk surat pada hantaran Facebooknya yang dikatakan daripada putera Arab Saudi, Putera Saud Abdulaziz Al-Saud dan dokumen mesej "Swift" antara bank.

Beliau berkata Almarhum Raja Arab Saudi, Raja Abdullah telah menyediakan untuk dirinya dan Malaysia berbagai bantuan termasuklah derma kewangan tetapi meminta hal tersebut dirahsiakan.

"Memandangkan saya bukan lagi perdana menteri dan Raja Abdullah telah mangkat, saya rasa adalah bersesuaian untuk saya dedahkan dokumen berikut bagi membersihkan nama saya dari pelbagai tuduhan dan fitnah.

"Saya bersama peguam mengambil masa yang agak lama untuk memperolehi dokumen ini daripada bank namun kami berjaya mendapatkan sebahagian besar darinya.

Derma Arab Saudi

"Dokumen berikut adalah bagi sumbangan tahun 2011 sahaja. Pihak berkuasa dan bank ada dokumen yang sama," tulis beliau.

Najib berkata pada masa akan datang beliau bakal menjawab lebih banyak isu-isu secara terperinci dalam wawancara media atau hantaran Facebooknya, termasuklah wang RM2.6 bilion yang masuk ke akaun bank yang sama pada 2013.

Ketika wawancara eksklusif bersama Malaysiakini, beliau bertegas RM2.6 bilion di dalam akaunnya itu merupakan derma daripada keluarga diraja Arab Saudi.

Pada hantaran di Facebooknya itu, Najib menunjukkan sepucuk surat dengan kepala surat bertulis pejabat peribadi “Prince Saud Abdulaziz Majid al-Saud’s” tetapi bertandatangan “Prince Saud Abdulaziz Al-Saud’s.”

Surat itu bertarikh 1 Februari, 2011 dan berjanji untuk memberikan AS$100 juta kepada Najib bagi digunakan mengikut kesesuaian dalam menghargai sumbangan bekas perdana menteri itu terhadap dunia Islam, seperti memperkenalkan semula nilai-nilai Islam ke seluruh dunia dan melancarkan Gerakan Kesederhanaan Global.
Surat itu seakan sama dalam bentuk dan lenggok ayatnya dengan sepucuk surat yang didedahkan agensi penyiaran ABC Australia, tetapi surat yang ditunjukkan penyampai ABC itu bertarikh 1 November 2011 dan berjanji memberikan AS$375 juta.

Penyiaran ABC juga melaporkan Putera Abdulaziz Majid telah berjanji berbagai jumlah tunai pada beberapa waktu, daripada AS$100 juta pada 1 Februari 2011 kepada AS$800 juta pada 1 Mac 2013.

Dokumen lain yang dimuat naik Najib hari ini adalah empat mesej perkhidmatan kewangan Swift yang memperincikan urusan transaksi pindahan wang ke akaun peribadi Najib di AmPrivate Banking pada 2011, berjumlah hampir AS$100 juta.

Dua dokumen menamakan “Prince Faisal bin Turkey bin Bandar Alsaud” sebagai pengirim wang, berjumlah AS$20 juta. Transaksi ini dibuat pada 23 Februari 2011 dan 10 Jun 2011, masing-masing sebanyak AS$10 juta.

Bagaimanapun, tidak jelas "Putera Faisal" daripada salasilah keluarga diraja Arab Saudi yang mana.

Terdapat Putera Faisal bin Bandar yang merupakan Gabernor Riyadh sekarang dan Putera Faisal bin Turki, pengasas NGO alam sekitar pertama negara itu, the Global Strategic Studies Institute, tetapi tiada rujukan dapat ditemui berkenaan Putera Faisal bin Turkey bin Bandar Alsaud. 

Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat dalam pemfailan saman di mahkamah mendakwa bank akaun Najib menerima AS$10 juta pada tarikh yang sama sebagaimana transaksi Faisal pada 2011 itu.

Bagaimanapun, DOJ berkata wang itu datang daripada bank akaun atas nama “Saudi Associates 1 & 2” yang dimaklumkan sebagai warga negara Arab Saudi yang merupakan rakan niaga kepada Low Taek Jho dan sekutu Low serta proksi Eric Tan.

DOJ kata duit di dalam bank akaun di Arab Saudi itu berasal daripada 1MDB dan telah diselewengkan dalam tempoh skandal yang dijuluki "Fasa Good Star."

Sementara itu, dua lagi dokumen yang disediakan Najib menamakan Kementerian Kewangan Arab Saudi sebagai sumber danan itu, berjumlah hampir AS$80 juta.

Najib berkata hadiah derma wang ini merupakan tambahan berbagai hadiah lain yang tidak ternilai seperti kain kiswah Kaabah.
"Sebagaimana pemberian hadiah tidak ternilai, kelambu Kaabah - kain kiswah Kaabah dan tambahan kuota haji 20,000 daripada Almarhum Raja Abdullah (gambar) pada 2010 di mana baginda turut meminta agar ia tidak diwarwarkan, baginda juga bersetuju untuk membantu parti saya dengan pembiayaan.

"Ini berlaku selepas Kebangkitan Arab atau Arab Spring pada lewat 2010 di kalangan negara Islam di Timur Tengah dan Afrika termasuk negara sekutu Arab Saudi.

"Almarhum Raja Abdullah sangat bimbang ketika itu dan bertindak membiayai pemimpin dan kerajaan negara Islam dengan sejumlah wang yang banyak bagi mengekalkan kestabilan. Pada masa itu, harga minyak paling tinggi dan Arab Saudi memperoleh pendapatan yang banyak hasil darinya.

"Baginda juga mempunyai kebimbangan yang sama selepas mendapat tahu kemungkinan berlaku Malaysia Spring pada ketika itu kerana Malaysia juga negara Islam biarpun bukan berada di Timur Tengah atau Afrika.

"Lantaran kebimbangan dan hubungan akrab kami, pada awal 2011, baginda berjanji untuk turut menyediakan dana kepada saya dan parti bagi kegunaan di Malaysia. Seperti kain kiswah dan kuota haji tambahan, sumbangan ini juga tidak mahu dihebahkan.

"Terdapat beberapa orang saksi pada masa itu ketika janji ini disampaikan," katanya.

malaysiakini
at 9/11/2018 10:37:00 PG
KERENGGA: Najib tunjuk dokumen duit dalam akaunnya dari 'putera Saudi'
http://gigitankerengga.blogspot.com/2018/09/najib-tunjuk-dokumen-duit-dalam.html

Tuesday, 11 September 2018
NAJIB TUNJUK FAKTA ATAU CUBA AUTA?

Melalui laman Facebooknya semalam, Najib Razak mendedahkan beberapa dokumen yang kononnya sebagai bukti bahawa wang berjuta-juta yang pernah diterimanya pada tahun 2011 lalu adalah daripada kerabat Diraja Arab Saudi.

Selepas ini, bekas Perdana Menteri yang sudah kecundang itu juga dilaporkan mahu menunjukkan bukti berkenaan wang RM2.6 bilion yang diterimanya sebelum ini kononnya turut disumbangkan oleh kerabat Diraja Arab Saudi.

Hmmmmm......

Bolehkah diterima pakai bukti-bukti yang ditunjukkan Najib itu? Kenapa hanya baru sekarang beliau berani mendedahkannya dan tidak sebelum kehilangan kuasanya? Untuk apa lagi Najib berbuat demikian di mahkamah media sosial sedangkan sebagaimana yang disebut oleh Tun Mahathir, lebih banyak pendakwaan di mahkamah sebenar akan menantinya selepas ini.

Apa pun, mari kita baca ulasan Sdr Yaakob Osman seperti di bawah berkenaan pendedahan bukti oleh Najib yang dikira sudah terlewat itu. 
Tuan Tuan,

Memang saya agak malas menulis mengenai 1MDB lagi kerana Najib sudah kalah Dan the matter will be in court. Bagaimanapun Masih ada rakan rakan kita yg tidak follow kes 1MDB dari awal, tidak baca PAC report ataupun laporan JAN yg dulu diOSAkan.

Begitu juga ramai yg kurang maklum secara details saman DOJ di Amerika. Makanya apabila Najib post di FBnya tentang 20 million USD ke dalam acct beliau, ada juga yg termakan dengan auta tersebut.

Tuan Tuan,

PAC dan JAN tdk siasat account Najib, let's be clear about that. SPRM dan polis is doing that now. Namun JAN telah establish clear link yg wang 1MDB telah dihantar ke GoodStar kepunyaan Jho Low . DOJ pula secara details tracked money trails wang wang 1MDB , antaranya wang dari 1MDB ke GoodStar kemudiannya ke pengasas Petrosaudi . Dari situ ditendang balik ke acct Najib dlm Dua transaksi usd 10 million each. 

Makanya Najib hanyalah membuka pekongnya sendiri atas perkara yg telah awal lagi disiasat dan diketahui dari mana sumber wang tersebut.

Tuan Tuan,.

Surat yg kununnya dari Raja Arab, telah lama Kita kupas dulu bahawa Surat it tidak dpt dikesan siapa org nya malah chop mohornya juga tidak cukup pohon Tamar.

And we have not even talk about 2.6 billion.  Najib is taking to mahkamah FB , Dan beliau akan bawa cerita derma 2.6 billion pula selepas ini. Saya kepilkan lampiran siasatan DOJ. Boleh lah banding dgn wire transfer yg Najib tunjuk tu.
Dipetik daripada Facebook Yaakob Osman.
(ShahbudinHusin 11/09/2018)
Shahbudin dot com: NAJIB TUNJUK FAKTA ATAU CUBA AUTA?
http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/09/fakta-atau-auta.html

Isu warga asing diami rumah PPR belum selesai
ANITA ABU HASAN & AZIHAN GHAZALI
Pemandangan suasana PPR Lembah Subang 1
TIDAK habis-habis isu warga asing. Kali ini heboh pula dengan cerita warga asing mendiami rumah yang sepatutnya untuk rakyat yang kurang mampu untuk memiliki rumah.

Mereka menceroboh atau menyewa rumah PPR daripada orang mahu kaut untung. Ada pula kata, isu ini kaitan dengan gengster. Mengapa ini terjadi? Siapa degil? Warga asing atau rakyat kita tamak? Ikuti laporan Sinar Siasat minggu ini di PPR Lembah Subang 1.

Hujung bulan lalu, PPR Lembang Subang 1 digempur Jabatan Imigresen dengan menahan sekurangnya-kurangnya 24 pendatang asing tanpa izin (Pati) kerana menceroboh beberapa unit kediaman di PPR tersebut.

Serbuan diketuai Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali itu adalah berdasarkan laporan media PPR tersebut dihuni secara haram oleh warga asing terutama dari Bangladesh dan Indonesia.

Media berkenaan mendedahkan kira-kira 70 unit kediaman di PPRT Lembah Subang 1 dihuni secara haram warga asing sama ada diceroboh atau disewa daripada warga tempatan.

Mengapa ada warga asing. Hakikatnya PPR berkenaan dibina untuk membantu rakyat Malaysia yang tidak berkemampuan tetapi mengapa terdapat kelibat mereka yang bukan warganegara?

Sudah selesaikah isu warga asing mendiami rumah PPR yang mempunyai lapan blok? Wartawan Sinar Siasat turun padang dan membuat tinjauan.

Maklumat beberapa penduduk PPR pada mulanya agak mengelirukan kerana mereka sendiri tidak ambil berat dan tidak tahu blok mana yang menjadi tempat tinggal warga asing.

Seorang ketua blok, G Suresh ketika ditemui berkata, walaupun serbuan telah dijalankan pihak imigresen, masalah warga asing mendiami PPR tidak akan selesai kerana maklumat serbuan sering bocor.

"Selepas serbuan dua tiga hari ini, saya memang tidak nampak kelibat warga asing tetapi berdasarkan aduan kawan-kawan saya, masih ada warga Bangladesh mendiami PPR ini," katanya.

Suresh berpengalaman sembilan tahun menjadi pemimpin di salah sebuah blok di PPR berkenaan.

Katanya, warga Indonesia, Bangladesh dan Pakistan antara rakyat asing yang mendiami PPR Lembah Subang 1.

Beliau berkata, isu warga asing membanjiri PPR berpunca daripada sikap tuan rumah warga tempatan yang membenarkan warga asing mendiami kediaman mereka untuk mendapatkan hasil bayaran sewa.

"Saya dah beberapa kali ada bercakap kepada mereka (pemilik rumah). Tetapi tidak berkesan dan saya enggan lagi cakap banyak kerana saya tidak mahu ia menyebabkan pergaduhan," ujar Suresh.

Suresh turut mendedahkan, setakat pengetahuannya setiap pemilik rumah mengenakan kadar bayaran sewa bulanan dari RM300 hingga RM500 kepada warg asing.

"Apa yang saya kesalkan, ada orang menuduh isu sewa ini dipermudahkan oleh seseorang ketua blok. Tetapi apabila diperiksa, ia ternyata di luar pengetahuan kami. Ada pihak menggunakan nama orang lain untuk urusan tersebut," kata Suresh.

Tidak hanya bersandarkan kepada kata-kata, Wartawan Sinar Siasat meninjau sendiri keadaan persekitaran setiap blok berkenaan untuk melihat sendiri kelibat warga asing.

Memang masih kelihatan beberapa warga Bangladesh pulang dari bekerja dan menaiki lif disediakan oleh PPR berkenaan. Bukan seorang tetapi ada yang berjalan secara berkumpulan.

Dengan bantuan pengalaman Suresh, dia boleh mengenal pasti kumpulan 'Mat Bangla' itu mendiami salah satu blok di PPR berkenaan. Suresh bukan keseorangan melontarkan kata-kata mengenai isu warga asing ini, namun seorang lagi penduduk dikenali sebagai Pakcik Z mendakwa, setiap blok dari unit PPR tersebut didiami oleh warga asing.

"Saya sudah 18 tahun tinggal di perumahan ini. Sudah 'masak' dengan persekitaran di sini. Setiap blok dihuni oleh warga asing.

"Serbuan tempohari cuma dilakukan ke atas sebuah blok sahaja dengan hanya 24 orang ditahan. Bagaimana dengan blok lain?" soal lelaki tersebut.

Katanya, beberapa unit kediaman itu dikesan dihuni oleh penceroboh termasuk warga asing adalah berdasarkan sambungan bekalan elektrik yang dilakukan secara haram terus dari meter milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) atau pun meter air.

"Boleh periksa rumah yang mana ada meter atau tidak. Rumah yang ada sambungan bekalan dari meter itulah tanda rumah ceroboh," katanya.

Katanya, sejak dulu keadaan PPR Lembah Subang 1 isu warga asing tetap tidak ada penyelesaian tuntas dipercayai akibat kelemahan pihak tertentu.

Pada 5 Jun lalu pemilik rumah PPR sudah diberi tempoh tiga bulan untuk mengosongkan rumah PPR mereka daripada penyewa warga asing.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, berkata jika gagal, pemilik rumah berkenaan akan dikenakan tindakan termasuk pelucutan hak pemilikan rumah yang mana tindakan tersebut akan bermula dengan rumah PPR di bawah kementerian di seluruh negara. 

Sama ada masalah selesai atau tidak menjadi persoalan?

Zuraida sebelum ini pernah mengulas isu PPR Lembah Serdang 1 dengan menggesa penghuni membuat laporan polis berhubung isu menyewakan rumah kepada warga asing bagi memudahkan tindakan undang-undang diambil antaranya seperti pengusiran, penalti serta merampas semula hak pemilikan.

Beliau mengesahan, setakai ini didapati 107 unit rumah PPRT Lembah Subang 1 masih kosong, manakala 837 unit rumah diduduki bukan pemilik sebenar.

Namun didedahkan sekurang-kurangnya 70 unit kediaman di sini dihuni oleh warga asing. 

at 9/11/2018 02:30:00 PTG 
KERENGGA: Isu warga asing diami rumah PPR belum selesai
http://gigitankerengga.blogspot.com/2018/09/isu-warga-asing-diami-rumah-ppr-belum.html

Tuesday, September 11, 2018
Kecoh jalan sesak di Cameron Highlands, ramai mengeluh terpaksa ‘bermalam’ dalam kereta, ini jawab Ahli Parlimen
Kesesakan lalu lintas yang teruk di Cameron Highlands sempena cuti hujung minggu dan cuti umum. Foto Facebook
PETALING JAYA: Beberapa gambar kesesakan lalu lintas yang teruk di jalan-jalan sekitar pusat peranginan terkemuka, Cameron Highlands tular di media sosial sejak Ahad. 

Kesesakan lalu lintas itu dikatakan luar biasa berikutan cuti hujung minggu dan cuti umum sempena ulang tahun keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dan Awal Muharam.
Difahamkan, ramai mengeluh berikutan hampir semua penginapan hotel termasuk homestay penuh sehingga terpaksa ‘bermalam’ di dalam kereta.
Sumber Facebook
“Keadaan jalan sesak tahap kritikal di Cameron Highlands hari ini! Perjalanan hanya 1km (kilometer) menaiki kereta ambil masa lebih sejam.

“Ada rakan-rakan mengatakan ramai yang tidur di dalam kereta semalam (8 September) kerana hampir semua hotel dan homestay penuh! Sebak rasa dengan anak-anak kecil dan cuaca sejuk,” demikian menurut status yang tular bersama beberapa gambar, selain menasihati orang ramai supaya merancang percutian dengan bijak.

Maklumat tersebut mencetuskan kekecohan dalam kalangan netizen sehingga ada yang menyifatkan percutian di tanah tinggi itu pada cuti umum sebagai ‘mimpi ngeri’ sehingga serik untuk ke destinsi pelancongan tersebut.

Susulan kejadian yang tular di media sosial, Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk C Sivarraajh memandang serius perkara tersebut sambil menjelaskan bahawa kesesakan lalu lintas di kawasan itu khususnya pada hujung minggu atau cuti umum bukan sesuatu yang baharu. 
Sumber Facebook
Katanya, kedudukan kawasan itu sebagai salah satu pusat pelancongan terkemuka di negara menarik hampir 20,000 pelancong dari dalam dan luar negara setiap minggu.

“Disebabkan cuti panjang bermula Sabtu lalu, kadar kemasukan pelancong ke Cameron Highlands meningkat sehingga 50,000 orang dalam masa empat hari lalu. Semua pusat penginapan seperti hotel/rumah sewa penuh,” kata Sivarraajh dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sebagai koordinator dan calon Parlimen Cameron Highlands pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14),  Sivarraajh telah mencadangkan dan mendapat kelulusan bagi melaksanakan Pelan Mitigasi Kesesakan Lalu Lintas Cameron Highlands.

Beliau yang juga Ketua Pemuda MIC berkata, pelan tersebut melibatkan pelaksanaan kajian, penambahbaikan serta pembukaan laluan baharu dan pembinaan kawasan parkir kenderaan bertingkat bernilai hampir RM40 juta secara keseluruhannya, bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Cameron Highlands secara strategik.
Sumber Facebook
Namun perubahan kepimpinan dalam PRU lalu yang menyaksikan kekalahan mengejut Barisan Nasional telah merencatkan pelaksanaan usaha tersebut. 

“Bagaimanapun, saya telah berbincang bersama kepimpinan di Pahang, khususnya Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy (Wan Ismail) bagi penubuhan jawatankuasa sementara di bawah Pusat Khidmat Ahli Parlimen Cameron Highlands untuk menilai dan merancang semula inisiatif baharu bagi tujuan mitigasi kesesakan lalu lintas di Cameron Highlands.

“Semua hasil kajian serta cadangan jawatankuasa ini akan dibawa ke perhatian kementerian berkaitan di peringkat kerajaan Pusat dan negeri,” katanya.

Menurut Sivarraajh, Cameron Highlands merupakan pusat pelancongan yang terkemuka di negara ini bagi pelancong dari kumpulan domestik dan antarabangsa.
C Sivarraajh. Foto LOW BOON TAT
Tambahnya, sebahagian besar daripada ekonomi Cameron Highlands dijana oleh sektor pelancongan yang bernilai hampir RM260 juta setiap tahun.

“Saya percaya bahawa Cameron Highlands memerlukan satu pelan mitigasi kesesakan lalu lintas yang komprehensif dan efektif dalam jangka panjang.

“Oleh itu, kerjasama semua pihak yang terlibat khususnya rakyat, agensi dan jabatan kerajaan serta kementerian yang berkaitan perlu supaya isu kesesakan lalu lintas di Cameron Highlands dapat ditangani dengan segera.

Posted by Abu Luqman at 11:33 AM
http://kachipemas.blogspot.com/2018/09/kecoh-jalan-sesak-di-cameron-highlands.html

Tentang bangsawan yang bermain politik
A Kadir Jasin
ULASAN |
Kospirasi, plot, komplot dan intrig perkara biasa dalam politik. Semua ini juga biasa dalam dunia risikan yang gelap.

Ia memang wujud tetapi boleh juga jadi teori semata-mata. Zaman sekarang ada banyak teori konspirasi dan kita di Malaysia tidak kebal daripadanya.

Baru-baru ini seorang putera diraja dilaporkan secara meluas mengatakan beliau mengesyaki kegiatan media sosial dirinya dan bapanya dipantau.

Polis nampaknya memandang serius dakwaan itu sehingga Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengeluarkan kenyataan yang mengatakan tiada pantauan terhadap akaun media sosial keluarga diraja Johor.

Beliau begitu serius menafikannya sehingga berkata akan memohon mengadap Sultan.

Bagi saya, yang telah menjadi penulis selama 49 tahun dan menjadikan medium digital sebagai salah satu platform - ketika saya memulakan blog ini pada 2006 - saya tidak terlalu kisah tentang sesiapa memantau saya.

Malah, kerana ego, saya suka orang memantau saya. Ini bermakna mereka membaca tulisan saya. Jadi, nasihat saya kepada mereka yang aktif di atas talian adalah untuk mula menerima hakikat bahawa "anda dipantau".

Anda mungkin tidak dipantau polis atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Tetapi bergantung kepada siapa anda, anda mungkin juga dipantau oleh agensi risikan dalam dan luar negara.

Anda mungkin diperhati kerajaan asing yang merasakan posting anda mencerminkan pandangan kerajaan atau organisasi besar tertentu.

Atau, lebih penting, kerana anda boleh digunakan sebagai alat tawar-menawar dalam rundingan dan risikan antarabangsa.

Perlu sedia dikritik

Ketika Perang Dingin, menjadi amalan lazim agensi risikan untuk menggoda tokoh politik penting dengan wanita cantik, wain dan wang.

Sebaik sahaja politik bernafsu kuat ini dirakam, mereka akan digunakan sebagai double agent dan boneka untuk menumbangkan atau melemahkan kerajaan mereka sendiri.

Tetapi dalam kes putera raja dan bapanya, kerisauan yang lebih utama adalah bukan tentang pemantauan kegiatan media sosial mereka.

Ia adalah tentang mereka memasuki arena politik di mana mereka akan dihentam, kekebalan mereka dipersoal dan status mereka direndahkan.

Sesiapa yang bermain politik perlu sedia untuk dilayan sebagai ahli politik termasuk ketika mereka menggunakan media-media sosial atau rasmi - untuk memberikan pandangan berpihak.

Misalnya, New Straits Times memetik seorang Tengku Mahkota sebelum pilihan raya umum 9 Mei lalu yang berkata, rakyat perlu membuka mata dan tidak terpedaya dengan individu berusia 93 tahun yang mahu menjadi perdana menteri. Orang tahu siapa individu berusia 93 tahun yang dirujuk putera itu.

Beliau meminta rakyat menggunakan kebijaksanaan, dan berkata beliau tahu perkara yang mereka tidak tahu.

"Inilah masanya untuk restore the order dan melaksanakannya kepada sistem yang telah dirosakkan oleh individu yang berumur 93 tahun ingin menjadi perdana menteri sekarang ini," katanya seperti dilapor NST.

Jadi saya tidak terkejut jika orang kini mula "memantau" kegiatan media sosial putera mahkota ini dan bapanya untuk melihat jika mereka terus menyuarakan pandangan berpihak berbanding menjadi royal dan regal.

*Artikel ini diterjemah daripada hantaran Abdul Kadir Jasin di blognya dalam bahasa Inggeris bertajuk Stray Into Political Arena and You Get Clobbered.
at 9/11/2018 03:30:00 PTG
KERENGGA: Tentang bangsawan yang bermain politik
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/09/tentang-bangsawan-yang-bermain-politik.html

Tuesday, September 11, 2018
Majlis Maal Hijrah 1440 PH Kelantan meriah
LAPORAN KEJAUHAN
Husam sedang menyampaikan ucapan.
MAJLIS sambutan sempena kedatangan tahun baharu Hijri 1440 anjuran Pakatan Harapan (PH) Kelantan hari ini meriah bila mana lebih 2,000 hadir.

Majlis itu berlangsung di Kubang Kerian, Kelantan. Empat ekor lembu dan seekor kerbau ditumbangkan untuk kenduri majlis berkenaan. Semua pemimpin PH Kelantan turut sama hadir.

Majlis itu juga sebagai simbolik kepada peraian daripada rakyat Kelantan khasnya para penyokong dan PH kepada pelantikan beberapa pimpinan PH Kelantan memegang beberapa jawatan dalam kerajaan baharu Harapan serta pelantikan sebagai anggota Dewan Negara (Senator). Antara mereka ialah Pengerusi PH Kelantan Husam Musa dilantik sebagai senator. Husam mengangkat sumpah sebagai Senator 3 September lalu.

Pelantikan Husam dinanti-nantikan rakyat Kelantan atas kapasitinya sebagai pemimpin utama yang dilihat tercicir dari arus kerajaan Harapan. Pelantikan Husam itu sangat bererti dan memberi signifikan kepada rakyat Kelantan yang ingin perubahan politik di Kelantan.
Eddin dan para pemimpin PH Kel.
Selain Husam, turut sama dirai ialah pelantikan Ketua PPBM Ketereh Dr Radzi Jidin yang dilantik sebagai Senator kemudian diangkat menjadi timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Cikgu Wan Abdul Rahim Wan Abdullah sebagai Pengerusi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara, Abdul Rashid Abdul Rahman mempengerusi sebuah badan berkaitan pilihan raya dan lain-lain.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multi Media, Eddin Syazlee Shith ikut sama hadir sebagai tetamu jemputan khas. Kesemua pimpinan PH Kelantan, Pengerusi PKR, Abd Aziz Kadir, Pengerusi PPBM Kamaruddin Md Noor, Pengerusi Amanah Kelantan Wan Abdul Rahim, Ketua Sekretariat PH Kelantan Mohd Sobree Shafei dan lain-lain hadir. Dr Radzi yang diraikan bagaimana pun tidak hadir.
Majlis sempena kedatangan tahun baru Islam itu merupakan majlis seumpama itu pertama diadakan di Kelantan yang dihadiri semua pemimpin Pakatan Harapan Kelantan. Sebelum ini walaupun majlis melibatkan pimpinan semua gabungan pernah diadakan tetapi ada yang "sakit" dan tidak hadir atau sengaja mengadakan majlis lain berasingan.

Sebelum itu sebelah pagi, pimpinan PH Kelantan mengadakan mesyuarat PH bertempat di pejabat Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara, di Kota Bharu. Beberapa perkara ke arah pengukuhan PH Kelantan turut sama dibincang.
Sebahagian tetamu yang hadir.
Kehangatan dan kemeriah majlis pagi ini dengan dihadiri semua pimpinan PH Kelantan membuktikan para pemimpin PH Kelantan sehati dan sejiwa menanamkan azam baharu untuk menggerakkan PH Kelantan selari dengan pencapaian PH di negeri-negeri lain. Dalam pilihan raya umum lalu PH Kelantan tidak memenangi sebarang kerusi dan hampir semua calonnya hilang deposit.

Husam semasa berucap menyatakan kesyukuran sambil menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong atas pelantikan beliau sebagai ahli Dewan Negara. Pelantikan beliau itu menolak tanggapan dan cerita-cerita yang direka  mahu memburukkan dirinya sebelum ini.

Sementara Eddin pula dalam ucapannya memberi jaminan yang kementeriannya bersedia untuk menghulurkan apa jua bantuan untuk PH dan rakyat Kelantan.

Jaminan Eddin itu merupakan timbalan menteri pertama memberi komitmen sepenuhnya kepada PH Kelantan. Komitmen demikian sudah tentu akan memberi suntikan semangat kepada ahli dan penyokong PH khasnya dan rakyat Kelantan amnya. 

[wm.kl.3:12 pm 11/09/18]
Posted by mohd sayuti Omar at 3:18:00 PM   

Labels: Pakatan Harapan
.: Majlis Maal Hijrah 1440 PH Kelantan meriah
https://msomelayu.blogspot.com/2018/09/majlis-maal-hijrah-1440-ph-kelantan.html

....

Tiada ulasan: