Selasa, 11 September 2018

Sembang macam hebat, last2 kalah juga koi. 8174.


“.” 
ﺑِﺴْـــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠّﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْﻢ

Dengan menyebut nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang 

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَآ مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِه سَيِّـدِنَآ مُحَمَّد

Ya Allah, Kurniakanlah selamat sejahtera ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW 

وَعَلَيْكُمُ الْسَّــــــــــلاَمُ وَرَحْمَةُ اللَّــــــــــهِ وَبَرَكَــــــــــاتُهُ

Semoga kita semua mendapat rahmat, keberkatan dan keredhaan dari Allah SWT

آمِــــــــــيْن يَارَبَّ الْعَالَمِــــــــــيْنَ

Satu hari nanti golongan Muda akan jadi tua if Allah pinjamkan lagi nyawa. Golongan tua hari ini yang pasti akan kembali menghadap Allah. 

Golongan muda yang bila tua nanti, juga akan berhadapan dengan golongan muda dengan pelbagai ragam. Antaranya ada yang lebih hebat dari situasi zaman muda mereka? Apa zaman mereka Umno dan Pas masih bertenanga? Hasil dari pertukaran 100% kepimpinan mereka. Apahkah pengganti mereka tetap mewarisi gaya kepimpinan terdahulu yang bermain isu bangsa dan agama yang sekadar mencari salah pihak lawan serta tanpa mencermin muka sendiri. 

Secara peribadi biarkan parti itu berkubur terus dengan adanya wadah politik yang lebih gah dan tidak semestinya Pakatan Harapan dan Parti sahabat mereka. Lagi pun Pakatan Harapan hanyalah pecahan dari kelompok parti lain, yang kadang-kadang pemimpin, ahli dan penyokong mereka, masih bergaya sama seperti gaya politik bekas parti mereka. 

Apa yang diharapkan persaingan semakin berakal serta matang berlandaskan apa yang Allah perintahkan dan larangi. 

Foto Pakatan Harapan Parlimen Rompin.
100 hari BN menjadi pembangkang
Editor Akhbar Rakyat   Ogos 27, 2018   Fokus Isu
Oleh Azran Fitri Rahim

100 telah berlalu. Malaysia sudah baharu. Pertukaran kerajaan daripada Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Harapan (PH) adalah disebabkan cara pemikiran rakyat yang berubah. Rakyat sudah tidak lagi terperangkap dalam kepompong politik yang jumud yakni takut dan rasa terancam sekiranya pertukaran rejim berlaku.

Dan sekarang ramai yang bercakap mengenai janji 100 hari PH. Pemimpin dan penyokong BN mengungkit kembali manifesto yang dibuat PH sebelum ini. Ada di antara rakyat khususnya penyokong atas pagar juga mengikut rentak ini. Penuh di dinding Facebook mengenai tuntutan tersebut. 

Namun apakah usaha meng­ungkit itu memberi kesan kepada kerajaan hari ini atau sokongan terhadap BN kembali meningkat?

Jawapannya tidak ada parameter yang jelas untuk mengukur kesan tersebut, tetapi yang pasti PH masih di Putrajaya dan mempu­nyai mandat selama 1,725 hari lagi. 

Oleh itu, laksana atau tidak janji tersebut, kerajaan akan tetap berjalan seperti biasa kecuali sesuatu yang amat luar biasa berlaku dan perkara itu sukar untuk terjadi kerana rakyat Malaysia matang dan menghargai keamanan
.
Justeru, BN harus menerima hakikat mereka perlu menunggu lagi untuk kembali semula ke Putrjaya dan itu pun kalau berjaya menangani semua masalah berbangkit. 

Punca utama kekalahan BN adalah defisit kepercayaan rakyat. Kepercayaan itu luntur disebabkan banyak perkara. Kelemahan dalam tadbir urus sebelum ini serta kejayaan PH mempengaruhi rakyat untuk percaya dengan segala macam cerita yang dilontarkan, sama ada benar atau ditokok untuk menjadi halwa yang enak ditelan jiwa. 

Menurut Naib Ketua UMNO Bahagian Damansara, Mohamad Fakhzan Md. Noor dalam kertas kerjanya yang bertajuk UMNO Pasca PRU-14: Ke Mana Hala Tuju, BN mengalami defisit kepercayaan disebabkan pelbagai faktor antaranya adalah tidak memahami psikologi pengundi. 

“Memetik buku The Myth of Rational Voters oleh Bryan Cap­lan. Rakyat mengundi kerana logik atau emosi? Jawapannya ialah emosi. Trump membakar emosi. Ahli politik muda Austria, Sebastian Kurz juga bermain politik emosi membangkitkan nostalgia silam, elemen superiority dan nasiona­lisme antaranya. Ahli politik ber­usia 93 tahun pun bermain emosi menarik simpati,” kata peguam muda itu. 

Emosi ini membentuk perubahan pemikiran yang mencipta kepercayaan baharu untuk menolak logik yang selama ini diyakini. Selepas 100 hari, di manakah UMNO dan BN? Apa yang dilakukan oleh parti itu untuk memulihkan kepercayaan. Jawapannya masih samar. Parti itu hanya banyak bercakap mengenai kelemahan lawan tetapi diri sendiri tidak menunjukkan perubahan yang ketara. 

Paling menyedihkan apabila ada di antara mereka mengeluarkan teori-teori untuk mengambil alih pemerintahan melalui pintu belakang. Malah tanpa rasa canggung menjaja cerita akan bergabung dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengetepikan Tun Dr. Mahathir Mohamad. 

Dalam masa sama pula menagih simpati Pas. Di rodong-rodongnya hidung dan pipi kepada bekas seteru utama itu bagi menagih ihsan walaupun parti itu seperti acuh tidak acuh. Memang benar UMNO dan Pas perlu bekerjasama tetapi janganlah sampai kelihatan perigi yang mencari timba. Biar duduk bincang dengan kemas dan molek. 

Berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu, golongan muda menolak UMNO dan BN. Jika di negeri pantai Barat mereka memilih PH, di kawasan majoriti Melayu khususnya di pantai Timur dan Kedah, anak muda ini memilih Pas. Ini realiti dan UMNO hanya menjadi parti untuk orang tua. 

Pun begitu, UMNO dan BN telah menunjukkan kebolehannya. Di Dewan Rakyat, ahli-ahli Parlimen BN berjaya menjadi pembangkang yang konstruktif. 

Paling ketara perubahan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan yang dahulu diejek kerana kenyataan-kenyataannya mempertahankan cukai barang dan perkhidmatan (GST) tetapi sekarang hujahnya semakin bernas dan sukar dipatahkan. 
Kata bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu, “Ada aku kisah apa korang cakap”.

Begitu juga dengan bekas-bekas menteri lain. Mereka boleh berbahas dengan baik. Namun itu tidak cukup untuk mengubah persepsi rakyat kerana UMNO dan BN kelihatan terlalu buruk.

Jadi bagaimana untuk meng­ubah segala yang berlaku. Pertama, lakukan kajian mendalam melalui badan-badan bebas dan usah dipekak telinga terhadap perkara-perkara yang kurang enak.

Kata Mohamad Fakhzan, UMNO harus melihat politik secara partikal dan emprikal dan bukan retorik semata-mata malah beliau menyifatkan hasil kajian impirikal Institut Kajian Asia Tenggara (ISEAS) yang berpangkalan di Si­ngapura tidak boleh dipandang ringan. Antara kertas kajian ISEAS yang signifikan berkaitan politik Malaysia sebelum PRU-14 dan wajar dihadam ialah:

a) Pola pengundi luar bandar Malaysia.

b) Pola pegundi bandar.

c) Media sosial dan politik Malaysia.

d) Pola pengundi Felda.

e) Pendapatan isi rumah dan pengaruh terhadap undi.

f) Analisis Selangor

Malah Pengerusi Jawatankuasa Manifesto PH, Datuk Dr. Rais Hussin mendedahkan bagaimana mereka melakukan kajian sebe­lum tindakan diambil untuk mencipta gelombang dan menang dalam pilihan raya umum 9 Mei lalu. Berlapis-lapis, kuantitatif dan kualitatif.

Kedua, transformasi kepemim­pinan harus dilakukan de­ngan tuntas. Jujurnya, pemilihan UMNO baru-baru ini tidak memberikan impak besar.

Rakyat masih melihat UMNO masih begitu, kurang lebih seperti dahulu. UMNO seolah-olah masih terperangkap dengan kerangka lama, hanya mahu memuaskan hati ahli dan bukannya rakyat.

Pemimpin yang dipilih hanya untuk parti itu dan bukannya yang diterima rakyat atas alasan muka baharu tidak tahu itu dan ini.

Justeru, ketiga, UMNO harus menampilkan pemimpin muda, bersih dan terpelajar untuk memulihkan semula defisit kepercayaan. 100 hari berlalu, tidak ada banyak yang boleh diperkatakan. Ya, PH gagal untuk melaksanakan 10 manifestonya tetapi itu tidak memberikan kesan. Rakyat masih terbuai-buai dengan ‘kekasih’ baharu mereka. Katalah apa pun, masuk telinga kiri keluar telinga kanan.

Tugas UMNO dan BN amat berat tika ini. Bina kembali kekuatan diri dan jangan terlalu berharap dengan kelemahan PH atau bergantung dengan talian hayat daripada pihak-pihak lain.

100 hari BN menjadi pembangkang | Akhbar Rakyat
https://akhbarrakyat.blogspot.com/2018/08/100-hari-bn-menjadi-pembangkang.html
Najib tipu rakyat 2012 - 2018. Itu baru satu tajuk: petrol. Belum lagi didedahkan satu demi satu..  
Harta menteri-menteri Malaysia

Memang kita tidak tahu akan harta yang di miliki menteri menteri Malaysia, jika orang yang tahu tidak bagitahu.

Kita tahu harta dimilki menteri menteri, kerana dibagitahu oleh Dari Seri Anwar Ibrahim ketika ia mula dibebaskan dari penjara.

Beliau telah dibebaskan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi, setelah dijatuhkan hukuman penjara kes salahgunakuasa (rasuah).

Baru baru ini penulis di bagitahu oleh orang yang mungkin tahu akan harta yang di miliki menteri menteri Malaysia.

Bahawa menteri menteri mempunyai harta bukan ratus jutaan ringgit, malah berbilion ringgit.

Pasti ada yang tidak boleh percaya, kerana tak kan berbelion ringgit. Mari mana duit sebanyak itu, sedangkan gaji menteri menteri hanya RM 18,000. Sebulan.

Dahulu Anwar pernah bagitahu dalam kebanyakan ceramah perdananya bahawa setiap menteri ada harta bernilai RM 300 juta.

Hari ini kita dimaklumkan dengan maklumat bahawa Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis bekas menteri dan Duta di Amerika syarikat bertaraf menteri meningalkan harta bernilai RM 2.1 bilion.

Bermakna tiap menteri (bekas menteri) mempunyai harta bernilai bukan ratusan juta,malah berbilion juta. Banyak harta yang dimiliki mereka yang diamanah rakyat memerintah Malaysia ini.


Maka bukanlah fitnah namanya apabila ada pihak mengatakan perdana menteri keempat dan ketujuh memiliki harta ratusan billion ringgit yang disimpan didalam Bank luar Negara.

Kerusi Parlimen Anwar turut libatkan Wan Azizah, kata Rafizi
MALAYSIA DATELINE

Pengosongan kerusi Parlimen bagi memberi laluan kepada Presiden PKR (yang dipilih) Datuk Seri Anwar Ibrahim telahpun dibincangkan sebelum ini bersama beliau dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dirinya dan beberapa pemimpin lain, kata Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Menurutnya, perbincangan itu hanya melibatkan beberapa individu yang rapat dengan Anwar kerana memang dari segi operasi dan kempen parti itu selama ini, hanya mereka yang lebih rapat yang terlibat.

“Saya tidak akan sebut sesuatu yang melibatkan Datuk Seri Anwar dan Wan Azizah tanpa persetujuan mereka.

“Cuma ada keputusan penting tidak dibincangkan dengan semua dan hanya akan dilakukan dengan beberapa orang di kalangan kami,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Program Jelajah Reformasi 20 tahun di Kompleks Dagangan Indera Mahkota malam tadi lapor Bernama.

Naib Presiden PKR Tian Chua sebelum ini mengeluarkan kenyataan menyelar Rafizi kerana disifatkan mendahului Wan Azizah apabila mengumumkan akan ada kerusi Parlimen dikosongkan pada minggu hadapan bagi memberi laluan kepada Anwar sebagai persiapan untuk menjadikan beliau sebagai Perdana Menteri ke-8.
at 9/10/2018 07:57:00 PTG 
KERENGGA: Kerusi Parlimen Anwar turut libatkan Wan Azizah, kata Rafizi
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/09/kerusi-parlimen-anwar-turut-libatkan.html

Monday, 10 September 2018
TERLALU CEPAT MAHU DIADAKAN PILIHANRAYA KECIL, BAGAIMANA JIKA ANWAR KALAH?

Walaupun hak Anwar Ibrahim untuk bertanding dan kembali sebagai Ahli Parlimen, malah juga hak PKR dan mana-mana Ahli Parlimen parti itu untuk mengosongkan kerusi, tetapi sentimen pengundi sekarang ini jelas tidak memihak kepada perlunya diadakan satu lagi pilihanraya kecil.

Berdasarkan tiga pilihanraya kecil setakat ini di mana peratusan keluar mengundi adalah di bawah 50 peratus, tidak bijak sebenarnya jika Anwar dan PKR memutuskan untuk mengadakan satu lagi pilihanraya kecil dalam waktu terdekat ini.

Sebab itu pengumuman PKR bahawa Rabu ini akan diputuskan kawasan Parlimen mana Anwar akan bertanding benar-benar membuatkan ramai yang terkejut.

Ia dianggap terlalu awal untuk perkara itu dilakukan dan mendedahkan pengundi kepada satu lagi pilihanraya kecil, sedangkan baru saja beberapa hari lalu berakhirnya pengundian di Seri Setia dan Balakong.

Kenapa Anwar tidak menunggu sehingga pertengahan atau hujung tahun depan untuk bertanding dan menjadi Ahli Parlimen?

Bukankah proses pengundian bagi pemilihan PKR akan berlangsung antara 22 September hingga 28 Oktober ini?

Jika Rabu ini diputuskan kawasan mana yang akan diadakan pilihanraya kecil untuk ditandingi oleh Anwar, bilakah ia hendak diadakan? 

Adakah penghujung tahun ini pilihanraya kecil itu bakal diadakan?

Realitinya, Anwar harus bertenang buat seketika dan jangan terlalu gopoh. Selesaikan pemilihan PKR dahulu dan setelah bertenang seketika, barulah diputuskan soal pilihanraya kecil itu.

Jangan bimbang dengan kerusi Perdana Menteri. Jangan juga terlalu terhasut dengan gerak kempen Rafizi Ramli yang seoah-olah membayangkan kedudukannya sebagai bakal pengganti Tun Mahathir Mohamad sedang tergugat.

Tidak kira sama Azmin atau Rafizi yang terpilih menjadi Timbalan Presiden PKR, ia sama sekali tidak menggugat status Anwar sebagai bakal Perdana Menteri kerana perkara itu diputuskan melalui kesepakatan empat parti dalam Pakatan Harapan, bukannya oleh siapa yang menjadi pemimpin nombor dua dalam PKR.

Selagi empat parti itu sepakat bahawa Anwar bakal menggantikan Tun Mahathir, tiada sesiapa dapat menggugatnya.

Risiko yang mungkin berlaku dan tidak dapat dielakkan jika satu lagi pilihanraya kecil diadakan dalam waktu terdekat di mana Anwar bertanding ialah bagaimana kalau  peratusan yang keluar mengundi masih juga di bawah 50 peratus?

Tidakkah ia akan memalukan Anwar sebagai bakal Perdana Menteri?

Dan tidakkah lebih memalukan jika pengundi menunjukkan protes dengan tidak memberi undi yang akhirnya menyebabkan Anwar kalah dalam pilihanraya kecil itu?

Sediakah Anwar dan PKR menerima keadaan tersebut?

Kawasan mana yang akan ditandingi Anwar juga terus menjadi teka-teki. Ada yang mengatakan beliau akan bertanding di Pulau Pinang dan ada juga yang meramalkan di Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Tidak kurang yang merasakan Anwar lebih sesuai bertanding di Pandan menggantikan Dr. Wan Azizah Wan Ismail kerana beliau akan mengambil alih jawatan Timbalan Perdana Menteri terlebih dahulu sebelum menjadi Perdana Menteri sebaik berlakunya peralihan kuasa daripada Tun Mahathir Mohamad.

Jika Anwar bertanding di tempat lain selain Pandan, ramai yang mengatakan akan berlaku kejanggalan kerana beliau, Dr. Azizah dan Nurul Izzah akan menjadi tiga beranak yang serentak berada di dalam Parlimen.

Sebagaimana yang disebut pada awal tadi, memang hak Anwar dan PKR untuk memutuskan bila waktunya hendak mengadakan pilihanraya kecil bagi menjadikannya kembali sebagai Ahli Parlimen.

Tetapi, jangan lupa, rakyat dan pengundi juga ada hak mereka. Jika mereka sudah bosan dan meluat, sedangkan BN pun boleh ditumbangkan, apakah tidak mustahil kerana terlalu cepatnya Anwar mahu kembali sebagai Ahli Parlimen dan menjadi Perdana Menteri, beliau akan kalah akhirnya dalam piliharaya kecil yang dirancang itu? 

Siapa yang mahu disalahkan nanti? 
(ShahbudinHusin 10/09/2018)
TERLALU CEPAT MAHU DIADAKAN PILIHANRAYA KECIL, BAGAIMANA JIKA ANWAR KALAH?
http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/09/terlalu-cepat-mahu-kembali-bagaimana.html

tumpang sekole...?
nasi kandaq kedai mamak, anak mami juai pesemboq, lepaih baca jangan dok syiok, kalu-kalu SB jengok kot dapoq...
11 September 2018
Kisah temberang Hanif Omar...
Image may contain: 2 people, text
Fitnah bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar mendakwa kononnya Lim Kit Siang mahu agar Tanah Melayu dibahagikan kepada dua bahagian pada tahun 1969 adalah pertama kali didengar dan dilihat mempunyai agenda tertentu.

Cereka sedemikian kata Kit Siang adalah yang terburuk pernah didengarnya sepanjang dimomokkan dengan pelbagai fitnah termasuknya kononnya menjadi pencetus peristiwa 13 Mei, anti-Melayu, anti-Islam, puaka, jembalang termasuklah tuduhan mendominasi Pakatan Harapan.

“Saya kelu apabila mendengar kenyataan itu, membuatkan saya tertanya-tanya sama ada Hanif sudah nyanyuk atau mempunyai agenda tersembunyi untuk memburuk-burukkan saya dan DAP.

“Apa yang diperkatakan Hanif itu penuh dengan pelbagai kesalahan,” kata Kit Siang dalam kenyataannya hari ini.

Anehnya kata Kit Siang, sudah tentu cerita sedemikian tidak akan terperap lama sekiranya beliau pernah membuat cadangan sebegitu.

“Malah, sepanjang hayat saya, saya tidak pernah mendengar cadangan sebegitu daripada mulut sesiapa.

“Sumber mana agaknya yang dipetik Hanif untuk mereka-reka cerita temberang tersebut?”soalnya.
Related image
Haniff dipetik Sinar Harian mendakwa DAP meminta Malaya dibahagi kepada dua bahagian ketika Parti Perikatan membentuk Barisan Nasional susulan rusuhan Mei 1969.

Susulan itu, beliau mengakui memasukkan Lim Kit Siang ke dalam penjara selama dua tahun ketika menjadi Ketua Polis Negara.

Walaubagaimana pun, dakwaan itu kata Kit Siang terlalu banyak persoalan dan kesalahan tambahan, lagi Haniff masih belum memegang jawatan Ketua Polis Negara.

“Ini kali pertama saya dengar bahawa beliau adalah orang yang bertanggungjawab terhadap penahanan saya mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.

“Pertama sekali, beliau masih belum menjadi Ketua Polis Negara semasa saya pertama kali ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri pada 18 Mei 1969.

“Khidmat Hanif sebagai Ketua Polis Negara bermula pada 1974 hingga 1994, selepas saya dibebaskan daripada tahanan ISA pada 1 Oktober 1970.

“Hanif mendakwa beliau adalah pihak yang bertanggungjawab terhadap penahan tersebut. Adakah beliau juga orang yang bertanggungjawab membebaskan saya sebagai tahanan ISA pada 1 Oktober 1970? Amat menarik jika dapat mendengar satu lagi kisah temberang daripada Hanif,” katanya.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu turut menyanggah fakta Haniff berhubung pembentukan Barisan Nasional kerana gabungan itu hanya ditubuhkan pada 1973 manakala Haniff pula menjadi KPN pada 8 Jun 1974. – Roketkini.com
Image result for Forest City
Forest City - Rakyat Asing Untung, Rakyat Malaysia Rugi...

Kata peribahasa kera di hutan disusui, anak di pangkuan ditinggalkan. Ini juga ibarat ayam di kepok kelaparan, itik di air kehausan, keran di hutan disusui. Mereka yang merancang Forest City ibarat burung terbang sudah dipipiskan lada.

Bayangkan lautan ditimbus, dibina kondo super mewah, harga berjuta ringgit hanya untuk memberi peluang kepada pendatang asing yg kaya raya membeli dan mendiami di sini. Anggaran penduduknya? 700,000 orang kelak. Kononnya Forest City mahu menjadi Dunai di Johor untuk kononnya memakmurtkan negeri Johor. Itu angan-angan Mat Jeninnya.

Ini fantasi mereka yang memajukan projek super megah. MB Johor angguk seperti kaldai kenyang terus membuat kenyataan yang kurang sopan kononnya PM, Tun Mahathir Mohammad, kurang faham tentang projek itu. Pelek bin hairan MB yang ilmu politiknya sekangkang ayam jantan cuba mengajar Tun M yang pernah menjadi PM selama 22 tahun tentang pembangunan negeri. Ada orang berkata dia seperti kaduk naik junjung, menjadi merak dengan kuasa tetapi tidak tahu masalah yg bakal menimpa negara Malaysia tercinta.

Teguran Tun M sangat relevant, dan perlu diberi perhatian serius oleh MB. Malaysia Baru bawah PH bukan warisan budaya korupsi, gila kuasa, pecah amanah. amalan kronisme dan nepotisme yg melampau yang diilhamkan oleh maharaja perompak kelas cakrawala Najib Razak. Tun M melihat implikasi politiknya kalau 700,000 orang asing memiliki hartanah yg super mahal itu, dan mereka bakal menjadi warganegara kelak setelah tinggal tetap lebih 10 tahun.

Apakah implikasi nya dari segi politik? Mahukah MB Johor melihat rakyat Malaysia berumah kayu, hidup miskin, di bumi mereka sendiri walhal orang asing menjadi tuanj di bumi ini? Sebagai PM menjadi tanggungjawab Tun M menjaga kepentingan rakyat dari menjaga kepentingan orang asing. Menjadi tanggungjawab PM keselamatan negara terjamin. Sebahagian besar pembeli kediaman di Forest City adalah China dari Beijing, warganegara komunis, dan komunis adalah musuh anti agama, dan musuh negara.
Related image
Memanglah Malaysia mahu mengadakan hubungan perdagangan dengan semua negara dunia termasuk negara komunis China. Tetapi kita tidak mahu kedaulatan negara dan masa depan rakyat Malaysia terancam oleh pendatang asing ini yang bakal menjadi musuh politik anak watan kelak. Malangnya MB Johor hanya dipengaruhi oleh dunia fantasi pembangunan Johor seperti Dubai. Dia tidak melihat atau tidak tahu implikasi pendatang-pendatang asing dari segi politik, perdagangan sosial, agama dan sebagainya.

Kerajaan Australia tetap melarang pelabur-pelabur dari China untuk menguasai sesuatu tem;pat yg dianggap penting oleh kerajaan Canberra. Mereka boleh membeli hartanah tetapi tidak boleh mempunyai suatu kawasan esklusif untuk China komunis sahaja. Kerajaan Australia tahu bagaimana kerajaan komunis China menguasai berbagai negara yang menerima bantuan kewangan untuk berbagai projek infrastruktur di negara-negara tersebut. Kini Sri Lanka, Pakistan, Mardives, Djebouti, Zimbabwe dan lain-lain sudah menjadi boneka Beijing kerana para pemimpin mereka korup, dan negara-negara mereka tidak mampu membayar balik pinjaman berbilion dolar dari China komunis.

Mahu tanya MB Johor. Apakah anda mahu negara Malaysia tergadai, dan Malaysia menjadi boneka Beijing kerana ada setengah pemimpin super korup membuat perjanjian berat sebelah yang merugikan Malaysia? Perlu ingat Johor negeri dalam Malaysia dalam ikatan Federalisme. Ia bukan sebuah negara asing dari Malaysia.

Perlu juga diingat hari ini rakyat berkuasa, dan rakyat menentukan nasib pemimpin dan kerajaan, bukan parti dan bukan istana yang menentukan. Ini yg termaktub dalam perlembagaan.Kalau rakyat boleh menumbangkan rejim super korup UMNO/BN dan Najib Razak pada pru 14 maka rakyat Malaysia hari ini juga boleh memilih siapa saja yang mereka suka pada pru 15 dan seterusnya. Selepas pru 14 rakyat adalah raja yang menentukan nasib negara dan nasib mereka. - Yahaya Ismail
Related image
Shafee Admits He Lied...And Then Tells Another Tall Story...

Have you heard the one about the prime minister and the one billion dollar donation from an Arab Royal (no strings attached)?

Well, here’s another even taller story.  The chief lawyer to the aforementioned pirme minister has admitted after publicly claiming it was “nonsense” that he had after all been paid RM9.5 million by Najib Razak out of money stolen from 1MDB.

Earlier he had denounced Sarawak Report for exposing it and threatened to “see Anwar in court” for suggesting he had been bought, has now admitted the payment was in fact entirely true.

Shafee had never imagined, of course, that BN could lose the last election and that all the forces of law and order would then be unleashed to investigate the whole affair. With the proof and documentation now presented by the public prosecutors in open court the lying lawyer has had to acknowledge the truth at last.

He should be stripped of the right to practice immediately and thrown off the defence team for Najib Razak, which attempted to gag the entire proceedings, accusing none other than Sarawak Report of falsifying information on grounds of bias.

However, Shafee still thinks he can explain his way out of the situation with a laughable tale of woe. The RM9.5 million was an act of kindness for a friend who needed a new house for his growing family, he said yesterday. What a big family it must be!

Because of this tear-inducing situation the sharp suited lawyer had decided to tot up bills owing to him from UMNO for whom he had worked for simply years without getting round to pressing for payment. Perhaps he thought UMNO was short of money?
Image may contain: 2 people, text
Shafee goes on to explain that he therefore took an opportunity of a “chance meeting with” his close friend and confidante, Najib Razak, to raise the matter with him out of the blue.  Why he had never done so on all the previous occasions when they had hunkered down together, for example to discuss how to manage the supposed allegations by one Saiful Bukari against Anwar and then strategise Anwar’s prosecution, is not explained.

After Shafee had brought it up on this unspecified occasion Najib immediately paid ou,t the lawyer’s latest story continues – but not from UMNO’s various offical funds, which you would expect to be the case given Shafee claims it was for accumulated official legal services or as he put it:

“Cases that were assigned to me and my firm ranged from election petitions to other serious litigations involving Umno and BN.  I remember undertaking litigation works on behalf of Umno and some other clients in relation to the mega damages in defamation matters”

Najib paid Shafee out of his own bank account instead (from money that Najib says he thought was donated from the Arab royal, but has also now admitted came from 1MDB instead).

Strangely, Najib did not pay the money in one cheque.  As Sarawak Report originally correctly reported, Shafee received one payment RM4.3 million in 2013 and a later payment of RM5.2 million in 2014. That RM5,200,000 received in February 2014 came just a fortnight before the Appeal Court overturned the earlier acquittal of Anwar, after Najib had specially brought in Shafee to handle the prosecution case.

Shafee still says this was not a payment for those services however.  He still claims that he did that bit of work for UMNO for free – or rather he claims he did it “for the country”.
Shafee appeared outside the hospital to handle the Najadi murder
Shafee appeared outside the hospital to handle the Najadi murder

Pascal Najadi, the grieving son of the murdered banker Hussein Najadi, former Chairman of AmBank, has pointed out that the payment in September 2013 came just a month after his father was shot dead.

Najadi has claimed that his father had attempted to make a police report and to notify the banking authorities about the mysterious billion dollar payments that had entered Najib’s account at his former bank shortly before his assasination.

He also says that Shafee had mysteriously appeared at the scene as his father’s body was transferred to hospital and had aggressively taken over the handling of affairs, including a swift burial before he could reach his father’s side. He has asked if the two matters might be connected and who paid Shafee to turn up at the mortuary to take control?

Malaysians have been left to digest Shafee’s own explanation of events and the fact he has admitted now to lying in public about the whole affair. In the end they will have to see how he fares in court. - SR
Image may contain: 2 people, people smiling, text
The Link Between 1MDB And  The Billion Dollar Nightclub Chain In Vegas 

Sarawak Report melaporkan, kerajaan lama (BN) telah menggunakan dana 1MDB sebyk RM3.5 bilion ke dalam sebuah kelab malam mewah yang bernama Hakkasan di Las Vegas, US. Dan Lebai2 PAS pula dilaporkan berkata, rakyat sdh hilang sebuah Kjaan yg baik, iaitu merujuk kpd kerajaan lama (BN). 
Related image
 Patutlah Pak Lebai berpuashati dengan pelaburan yang di buat oleh 1MDB yang dijelaskan oleh Arul Kanda. Sekawah daging babi dah jadi halal dengan seketul daging lembu...Story kat sini...
Image may contain: 1 person, smiling, text
Mahkamah Singapura memberikan perintah pelupusan wang yang diambil secara salah menurut undang-undang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan/atau Kumpulan Syarikat SRC International Sdn Bhd.

Wang yang diperoleh dalam pelbagai mata wang berjumlah S$15.3 juta (RM45.9 juta) dan dipindahkan ke akaun bank perolehan khas 1MDB di Kuala Lumpur. Story kat SINI...


Image may contain: 2 people, text

Image may contain: 1 person, standing and text

cheers.
Related image
tumpang sekole...?: Kisah temberang Hanif Omar...
http://alditta.blogspot.com/2018/09/kisah-temberang-hanif-omar.html
Sifat negatif pihak yang menang. 
 Editor Akhbar Rakyat   Mei 15, 2018   Pendapat
Pada tahun 8 hijrah, berlaku peristiwa Pembukaan Kota Mekah. Peristiwa penting yang sangat dinantikan oleh penyokong Rasulullah yang berjumlah 10,000 orang.

Peperangan yang besar ini berjaya dielakkan dengan kerjasama Abu Sufyan (pembesar Mekah) atas nasihat Abbas bin Abdul Mutalib (pakcik Rasulullah).

Saad ibn Ubadah, berasal dari Madinah dari suku kaum Khazraj ditugaskan sebagai ketua yang memegang panji atau bendera Kaum Ansar (Madinah).

Barangkali, bertindak atas rasa semangat bercampur marah dengan kezaliman orang Mekah selama ini, Saad berkata, “Inilah hari perang. Inilah hari halalnya darah Quraisy. Inilah hari halalnya Kaabah”.

Kata-kata beliau ini sebenarnya tidak sesuai dengan rancangan Rasulullah untuk berdamai, mengampunkan dan mengambil kuasa secara aman.

Abu Sufyan pun mengadu kepada Rasulullah dan baginda merubah kata-kata itu kepada, “Inilah hari pengampunan. Inilah hari kebaikan untuk Quraisy”.

Kemudian Rasulullah mengambil panji daripada Saad dan menyerahkannya kepada anak Saad iaitu Qais, demi menunjukkan ketidaksesuaian kata-kata Saad ini.

Tentera Islam berarak masuk dan menawan Mekah tanpa berperang. Rasulullah memaafkan semua penduduk Mekah.

Pelajaran:

* Dalam apa apa kemenangan, akan ada ahli dan penyokong yang bertindak emosional atau menggunakan kata-kata yang tidak sesuai dengan ‘manifesto’ pihak yang menang.

* Perkara ini tidak patut dijadikan alasan menidakkan kesucian niat mereka. Kerana biasanya ia timbul hasil rasa ditekan, ditindas, dizalimi sejak sekian lama.

* Saad seorang sahabat Rasulullah yang penting. Beliaulah calon Khalifah yang pertama dalam peristiwa Saqifah Banu Saadah.

* Tindakan Rasulullah mengambil panji daripada Saad ialah untuk menunjukkan kepada Abu Sufyan dan orang Mekah bahawa kata-kata Saad tidak benar.

* Tetapi, demi menjaga perasaan Saad, Rasulullah tidak menyerahkan panji kepada orang lain, malah ia diberikan kepada anaknya sendiri. Kerana kejayaan dan kemuliaan anak ialah kejayaan dan kemuliaan ayah. Sangat jarang dijumpai keadaan seorang ayah yang hasad serta dengki kepada anaknya.

* Kalau kes seumpama ini kita jumpa dalam pihak yang menang (Pakatan Harapan, contohnya), maka ketahuilah bahawa ianya normal.

Dr Jefri Irwan Harris
Global Life Centre
https://www.youtube.com/watch?v=g6IP7psZW_Q
AnonymousMonday, September 10, 2018 8:02:00 AM
Yang dah dipandang mulia: Raja Negeri2 Melayu. Tunku. Umno. Perikatan. BN. So PH..nak join the list, Berusaha la memuaskan hati rakyat Malaysia. 

DAP ni lebih 50tahun macam langau tapi hari ni berkongsi dlm PH mentadbir Malaysia. One must always remember the bumiputera remains the majority voters. Jadi toksah bising2 lagi. Kalau yg suka buat bising tak tentu pasal (gurkha baru umno najib) tapi selalu membodohkan diri sendiri, macam ni la me-lokmanadam !
Umno ni sebenarnya tulang belakang Malaysia sejak Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan selepas Federated Malay States of 1895. Sebelum tu Tanah Melayu aje dengan Raja2 dan Sultan2 dan Yamtuan. Straits Settlements of Penang, Malacca and Singapore dah tak ada raja berkurun2. 

Raja2 Negeri2 Melayu ada macam2 cerita. Toksah tambah cerita2 macam borak tmj ni. Tak membantu rakyat Malaysia serta rakyat Johor khas nya dlm apa bentuk pun. Toksah layan. 

PAS...hehehe 
No comment. Dia perjuangkan Islam. Kalau komen, berdosa. Menentang syari'at Islam. Lagi baik jangan komen. Biarkan la mereka di dalam dunia mereka. 
Mulia...aku tak tahu
Foto Ali Akhbar Md Salleh.
Sembang lebat, kalah tetap koi. 
Najib tunjuk dokumen duit dalam akaunnya dari 'putera Saudi'
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mendedahkan beberapa dokumen yang didakwa akan membersihkan namanya di tengah-tengah pertuduhan terhadap beliau.

Najib memuat naik salinan sepucuk surat pada hantaran Facebooknya yang dikatakan daripada putera Arab Saudi, Putera Saud Abdulaziz Al-Saud dan dokumen mesej "Swift" antara bank.

Beliau berkata Almarhum Raja Arab Saudi, Raja Abdullah telah menyediakan untuk dirinya dan Malaysia berbagai bantuan termasuklah derma kewangan tetapi meminta hal tersebut dirahsiakan.

"Memandangkan saya bukan lagi perdana menteri dan Raja Abdullah telah mangkat, saya rasa adalah bersesuaian untuk saya dedahkan dokumen berikut bagi membersihkan nama saya dari pelbagai tuduhan dan fitnah.

"Saya bersama peguam mengambil masa yang agak lama untuk memperolehi dokumen ini daripada bank namun kami berjaya mendapatkan sebahagian besar darinya.

Derma Arab Saudi

"Dokumen berikut adalah bagi sumbangan tahun 2011 sahaja. Pihak berkuasa dan bank ada dokumen yang sama," tulis beliau.

Najib berkata pada masa akan datang beliau bakal menjawab lebih banyak isu-isu secara terperinci dalam wawancara media atau hantaran Facebooknya, termasuklah wang RM2.6 bilion yang masuk ke akaun bank yang sama pada 2013.

Ketika wawancara eksklusif bersama Malaysiakini, beliau bertegas RM2.6 bilion di dalam akaunnya itu merupakan derma daripada keluarga diraja Arab Saudi.

Pada hantaran di Facebooknya itu, Najib menunjukkan sepucuk surat dengan kepala surat bertulis pejabat peribadi “Prince Saud Abdulaziz Majid al-Saud’s” tetapi bertandatangan “Prince Saud Abdulaziz Al-Saud’s.”

Surat itu bertarikh 1 Februari, 2011 dan berjanji untuk memberikan AS$100 juta kepada Najib bagi digunakan mengikut kesesuaian dalam menghargai sumbangan bekas perdana menteri itu terhadap dunia Islam, seperti memperkenalkan semula nilai-nilai Islam ke seluruh dunia dan melancarkan Gerakan Kesederhanaan Global.

Surat itu seakan sama dalam bentuk dan lenggok ayatnya dengan sepucuk surat yang didedahkan agensi penyiaran ABC Australia, tetapi surat yang ditunjukkan penyampai ABC itu bertarikh 1 November 2011 dan berjanji memberikan AS$375 juta.

Penyiaran ABC juga melaporkan Putera Abdulaziz Majid telah berjanji berbagai jumlah tunai pada beberapa waktu, daripada AS$100 juta pada 1 Februari 2011 kepada AS$800 juta pada 1 Mac 2013.

Dokumen lain yang dimuat naik Najib hari ini adalah empat mesej perkhidmatan kewangan Swift yang memperincikan urusan transaksi pindahan wang ke akaun peribadi Najib di AmPrivate Banking pada 2011, berjumlah hampir AS$100 juta.

Dua dokumen menamakan “Prince Faisal bin Turkey bin Bandar Alsaud” sebagai pengirim wang, berjumlah AS$20 juta. Transaksi ini dibuat pada 23 Februari 2011 dan 10 Jun 2011, masing-masing sebanyak AS$10 juta.

Bagaimanapun, tidak jelas "Putera Faisal" daripada salasilah keluarga diraja Arab Saudi yang mana.

Terdapat Putera Faisal bin Bandar yang merupakan Gabernor Riyadh sekarang dan Putera Faisal bin Turki, pengasas NGO alam sekitar pertama negara itu, the Global Strategic Studies Institute, tetapi tiada rujukan dapat ditemui berkenaan Putera Faisal bin Turkey bin Bandar Alsaud.

Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat dalam pemfailan saman di mahkamah mendakwa bank akaun Najib menerima AS$10 juta pada tarikh yang sama sebagaimana transaksi Faisal pada 2011 itu.

Bagaimanapun, DOJ berkata wang itu datang daripada bank akaun atas nama “Saudi Associates 1 & 2” yang dimaklumkan sebagai warga negara Arab Saudi yang merupakan rakan niaga kepada Low Taek Jho dan sekutu Low serta proksi Eric Tan.

DOJ kata duit di dalam bank akaun di Arab Saudi itu berasal daripada 1MDB dan telah diselewengkan dalam tempoh skandal yang dijuluki "Fasa Good Star."

Sementara itu, dua lagi dokumen yang disediakan Najib menamakan Kementerian Kewangan Arab Saudi sebagai sumber danan itu, berjumlah hampir AS$80 juta.

Najib berkata hadiah derma wang ini merupakan tambahan berbagai hadiah lain yang tidak ternilai seperti kain kiswah Kaabah.
"Sebagaimana pemberian hadiah tidak ternilai, kelambu Kaabah - kain kiswah Kaabah dan tambahan kuota haji 20,000 daripada Almarhum Raja Abdullah (gambar) pada 2010 di mana baginda turut meminta agar ia tidak diwarwarkan, baginda juga bersetuju untuk membantu parti saya dengan pembiayaan.

"Ini berlaku selepas Kebangkitan Arab atau Arab Spring pada lewat 2010 di kalangan negara Islam di Timur Tengah dan Afrika termasuk negara sekutu Arab Saudi.

"Almarhum Raja Abdullah sangat bimbang ketika itu dan bertindak membiayai pemimpin dan kerajaan negara Islam dengan sejumlah wang yang banyak bagi mengekalkan kestabilan. Pada masa itu, harga minyak paling tinggi dan Arab Saudi memperoleh pendapatan yang banyak hasil darinya.

"Baginda juga mempunyai kebimbangan yang sama selepas mendapat tahu kemungkinan berlaku Malaysia Spring pada ketika itu kerana Malaysia juga negara Islam biarpun bukan berada di Timur Tengah atau Afrika.

"Lantaran kebimbangan dan hubungan akrab kami, pada awal 2011, baginda berjanji untuk turut menyediakan dana kepada saya dan parti bagi kegunaan di Malaysia. Seperti kain kiswah dan kuota haji tambahan, sumbangan ini juga tidak mahu dihebahkan.

"Terdapat beberapa orang saksi pada masa itu ketika janji ini disampaikan," katanya.
-malaysiakini

at 9/11/2018 10:00:00 PG
KERENGGA: Najib tunjuk dokumen duit dalam akaunnya dari 'putera Saudi'
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/09/najib-tunjuk-dokumen-duit-dalam.html

Tiada ulasan: