Khamis, 11 Oktober 2018

“I am obedient servant” 8354.


Ayat mudah untuk mana-mana penguasa yang dipilih oleh rakyat: 

“Anda berkhidmat kepada rakyat, jadi berkhidmatlah sebaik-baiknya dan bukan memberi arahan.” Malangnya ramai ahli politik kerajaan atau pembangkang amal sikap i am a boss.” 

Agaknya semasa Umno BN sebagai penguasa mereka kekal berpegang kepada “I am obedient servant” Itu sebab Islam dan Melayu semakin gah semasa Malaysia dalam tangan kuasa mereka. 

Pemimpin Umno kebanyakannya seorang yang pintar, jenis ponter meletup serta jujur. Tanah Rezab Melayu semakin terjaga, Singapura, Pulau Batu Putih masih dengan kedaulatan Malaysia. Keretapi Tanah Melayu Berhad masih wujud hingga ke Tanjung Pagar. Isu Murtad Umno lah berperanan penting sebab Perlembagaan Malaysia cukup menangkan Islam. Tepuk tahniah sebab anda di kalangan yang bukan pengkhianat Islam dan Melayu. Sambil itu kita sama-sama “dok perati.” Pemimpin Kerajaan PH Peringkat Persekutuan dan Peringkat Negeri. Ada tak yang jadi gila kuasa?. Mula nampakan belang baik dan jahatnya?. Hopely kita sentiasa bersangka baik pada Allah Subhanahuwatalla. Aamiin Ya Robbalalaamiin. 
Arif Atan sedang bersama Dee Affendi.
13 Julai
UEC: Antara tidak tahu dan buat tidak tahu
Oleh ARIF ATAN
"Saya mengajar homeschool IGCSE. salah seorang pelajar saya bekas aliran UEC. ibu bapa mereka menukar sekolah kerana anak mereka tidak mahir berbahasa English dan Melayu. Sampai sekarang sudah 7 bulan, anak murid saya tidak mahu bercakap dengan saya menggunakan bahasa Melayu. Bersungguh saya mengajar dia bahasa Melayu. Dan dia tidak ada minat langsung dengan bahasa Melayu. Bukankah dengan bahasa, kita akan jadi lebih rapat bukan? dia langsung tidak mahu berkomunikasi dengan saya dan pelajar yang bukan berbahasa mandarin."

Itu antara reaksi mereka yang bergelumang dan berdepan sendiri dengan hakikat sikap murid asuhan UEC. Mungkin Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik tidak tahu. Mungkin pula Timbalannya, Teo Nie Ching buat-buat tidak tahu. Mungkinlah. Kita pun tidak tahu.

Mengiktiraf Sijil Pendidikan Bersepadu (UEC) di sekolah menengah persendirian Cina (SMPC) sebenarnya satu langkah ke belakang kerana UEC datang dari sistem pendidikan berasaskan perkauman bukan berteraskan kebangsaan bagi sebuah negara yang merdeka lagi berdaulat.

UEC lahir dari sekolah vernakular Cina warisan zaman penjajah yang tidak diiktiraf pendidikan kebangsaan. Mengiktiraf UEC bersifat kontradik dengan semangat Malaysia Baru dan ketika satu dunia bercakap tentang Revolusi Industri 4.0.

Mengiktiraf UEC sekaligus memberi isyarat bahawa kerajaan PH akan memberi muka kepada lebih banyak lagi tuntutan perkauman yang hanya meningkatkan lagi darjah prejudis antara rakyat berbilang kaum bahkan mencabar semangat Perlembagaan.

Syarat mesti lulus mata pelajaran Bahasa Melayu bagi menghalalkan UEC untuk diiktiraf hanya solekan semata-mata sebabnya kurikulum dan format soalan penguasaan Bahasa Melayu bagi UEC jauh lebih rendah arasnya berbanding Bahasa Melayu SPM.

Bandingkan saja format Bahasa Melayu UPSR bagi kertas Penulisan dan Pemahaman antara Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK). Kalau mata pelajaran Bahasa Melayu bagi SMPC, apa tah lagi.

Dari segi roh dan praktikalnya, lepasan UEC berkiblatkan semangat Cina melangkaui jati diri sebagai anak Malaysia. Bayangkan bagaimana pemegang sijil UEC mahu hidup di universiti awam (UA) atau bekerja dalam perkhidmatan awam, atau UA dan sektor kerajaan akan datang perlu diubah ikut nilai pemikiran mereka yang tidak fasih berbahasa kebangsaan dan berkiblatkan Taiwan?

Sudah puluhan tahun Dong Zong menuntut supaya kerajaan memberi ruang lebih luas kepada pendidikan kaum Cina dengan mengenakan tekanan demi tekanan perkauman melalui pelbagai tuntutan menjelang setiap kali pilihan raya.

Sejarah asal usul lahirnya UEC mesti diketahui apa lagi di pihak kerajaan PH kerana setiap polisi yang hendak dibuat bukan sekadar untuk memancing undi kaum setiap kali pilihan raya tetapi paling penting kestabilan negara dan pengukuhan negara bangsa untuk jangka panjang.

Jadi, kerajaan Pakatan Harapan (PH) hari ini jangan malas mengkaji sebelum membuat keputusan. Kerajaan PH perlu meneliti susur galur perjuangan pendidikan Cina termasuk bagaimana wujudnya sijil UEC ini yang merupakan hasil 'perjuangan' menolak sistem pendidikan kebangsaan.

Itu realiti, kerajaan dan penyokong PH tidak harus nafi. Laungan Malaysia Baru juga tidak ada makna jika kerajaan PH tunduk pada tuntutan perkauman ketika banyak lagi manifesto Harapan belum nampak tunas pun lagi.

Sebaliknya, jika PH cepat-cepat mengiktiraf UEC sekalipun terang-terang boleh menjejaskan usaha memupuk perpaduan melalui pendidikan kebangsaan, hanya akan membenarkan dakwaan sebelum ini bahawa PH atau pemimpin-pemimpin Melayu dalam PH adalah alat atau tunggangan DAP.

Adakah itu yang PH mahu ketika kerajaan pasca PRU-14 terbina pun atas sokongan undi Melayu yang relatif jauh lebih rendah berbanding bukan Melayu?

Bahkan, kalau PH terpaksa mengiktiraf UEC dengan sebab terhutang budi dengan pengundi Cina pada PRU-14, jelas itu juga anggapan yang terlalu naif politik. PH buat pertama kali berjaya tumbangkan BN di peringkat Persekutuan kerana turut mendapat sokongan pengundi Melayu bukan hanya Cina semata-mata.

Kalau PH tidak mengiktiraf UEC pun dengan hujah tegas mengutamakan kepentingan kebangsaan dan menumpukan usaha menggilap perpaduan nasional melalui pemerkasaan sebenar sekolah kebangsaan, mustahil PH akan hilang majoriti sokongan bukan Melayu terutama pengundi Cina.

Tapi kalau PRU-15 nanti, pengundi Cina boleh pula majoritinya menolak PH atas alasan kerajaan tidak mengiktiraf UEC seperti termaktub dalam buku Harapan, itu isyarat jelas untuk kita semua sebagai RAKYAT yang mencintai tanah air ini satu-satunya, BANGKIT tidak memberi muka langsung kepada bermacam-macam desakan perkauman sejak zaman merdeka lagi yang sebenarnya mengancam penerapan nilai-nilai kebangsaan yang telah lama disepakati untuk masyarakat berbilang kaum hidup rukun damai.

#TolakUEC
#JanganLayanDesakanCauvinis
#UtamakanPendidikanKebangsaan
Foto Profesional Istiqamah.
Profesional Istiqamah 
18 Julai ·
Foto Profesional Istiqamah.
Professor Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim.
Jahil Perlembagaan punca sokong UEC,
Prof Tan Sri Dr.Khoo Kay Kim

By Ainul Asniera Ahsan -
18 Julai 2018

KUALA LUMPUR – Pemimpin-pemimpin kerajaan yang berusaha untuk mengiktiraf
Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) disifatkan sebagai jahil tentang Perlembagaan Malaysia.

Tokoh sejarah, Professor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim berkata, jika mereka memahami tentang Perlembagaan Malaysia sudah tentu usaha untuk mengiktiraf UEC tidak dilakukan.

Katanya, mana-mana pihak tidak perlu menggunakan alasan pengiktrafan UEC oleh negara-negara luar untuk ‘membawa’ ia dalam sistem Malaysia kerana ia amat bertentangan dengan Perlembagaan.

Apabila disebut bertentangan dengan Perlembagaan membawa maksud mana-mana undang-undang yang bertentangan dengan Perlembagaan adalah tidak sah.

“Kenalah menghormati Perlembagaan negara. Itu wajib. Kalau pemimpin tidak menghormati Perlembagaan mereka telah memberi isyarat yang salah kepada generasi muda. Jangan kita mengajar generasi muda, generasi masa depan tidak menghormati undang-undang negara.

“Fahami Perlembagaan, hayati Rukun Negara. Rukun Negara bukan sekadar jadi sebutan tetapi perlu disematkan di hati, di jiwa. Bila kita menghayati semua ini, jati diri, semangat cintakan Malaysia kuat dan tanggungjawab terhadap negara bangsa teguh.

“Bila semuanya kuat, tidak akan melakukan sesuatu yang merepek, yang boleh meruntuhkan apa yang dipertahankan selama ini. Kalau pemimpin tidak tahu menghormati undang-undang negara, memang susahlah,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Khoo berkata, kerajaan jangan melihat penentangan pengiktirafan UEC sebagai satu bentuk prejudis kepada mana-mana kaum tetapi lihat ia sebagai satu penghormatan dalam mempertahankan sistem sebuah negara.

Sambil menyifatkan situasi yang berlaku ini sebagai ‘hasil’ terlalu mengutamakan subjek-subjek yang berkemahiran tinggi seperti sains dan matematik, Khoo mengakui beliau sedih apabila wujud segelintir pemimpin dan generasi muda yang tidak tahu tentang sejarah Malaysia.

Jelasnya, Malaysia yang dahulu dikenali sebagai Tanah Melayu adalah sebuah negara hebat.

Dalam negara-negara di bawah empayar Birtish, Tanah Melayu adalah tanah jajahannya yang paling kaya, mengatasi India dan Australia, lantaran itu negara ini sering menjadi perhatian dunia.

Malah, dalam sejarah juga tercatat Tanah Melayu pernah menjadi juara badminton dunia dalam tahun 1949.

Tanah Melayu juga pernah mengambil bahagian dalam sukan olimpik sebelum negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

“Tahun 2018 Croatia memasuki Piala Dunia, tapi di mana Malaysia sekarang? Tatkala negara lain berlumba-lumba mengejar kehebatan, kita masih berjuang tentang UEC, tentang bahasa, masih ada pula yang tidak memahami Perlembagaan,” katanya.

Jelas beliau, Singapura yang maju dalam aspek ekonomi, rakyatnya berjaya menguasai bahasa Inggeris dengan baik pun, kalau ditanya apa bahasa kebangsaan mereka, jawapan mereka tetap sama iaitu bahasa Melayu.

Itu jelas menunjukkan kemodenan dan status negara tidak boleh dijadikan alasan mengubah jati diri rakyat dan sistem sesebuah negara.

Ditanya apakah harapannya dalam isu UEC, Khoo berkata: *“Pemimpin yang berada dalam kerajaan perlu sedar, mereka bukan individu yang dipilih untuk memberi arahan tetapi berkhidmat kepada rakyat dan negara*".

“Zaman dahulu, gabenor-gabenor negara dalam surat rasmi mereka akan menggunakan perkataan “I am obedient servant’. Itulah sebenar kedudukan pemimpin dan penjawat awam.

“Anda berkhidmat kepada rakyat, jadi berkhidmatlah sebaik-baiknya dan bukan memberi arahan,” tegasnya.

Profesional Istiqamah - Siaran
https://www.facebook.com/profesionalistiqamah/photos/a.430789480439171/898878753630239/?type=3&theater
19 Julai
Profesional Istiqamah - Siaran
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2045034845507646&set=p.2045034845507646&type=3&theater
https://scontent.fkul14-1.fna.fbcdn.net/v/t1.0-9/s851x315/37512121_130763021168096_4989541560203870208_n.jpg?_nc_cat=105&oh=31bb7a8589bb9b575bae2667db5eb61e&oe=5C486420
Foto Rajawali Sakti.


Foto Ashraff Husien.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1175296042628837&set=p.1175296042628837&type=3
https://scontent.fkul14-1.fna.fbcdn.net/v/t1.0-9/s851x315/37414741_1175296049295503_7349617821543825408_n.jpg?_nc_cat=101&oh=cf3f2ecfacae34f2382d0aa433ab5d5d&oe=5C44806E
Foto Zurai King.
https://scontent.fkul14-1.fna.fbcdn.net/v/t1.0-9/s851x315/37323977_472640259884292_8215133953086980096_n.jpg?_nc_cat=102&oh=81c29ea29331a190501c8ef5a9995d10&oe=5C520EDD
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=472640256550959&set=p.472640256550959&type=3


Profesional Istiqamah berkongsi siaran.
5 jam
Beginilah sikap Timbalan Menteri ini... Dalam hak umat Islam berminda apologetik, dalam hak bukan Islam bukan main berbelit-belit menjustifikasi..
Peguam PAS - Dulu
8 jam
Respect must be earned.
1. Akhbar Sinar Harian lapor Datuk Mufti Kelantan berkata pesta arak Oktoberfest yang dijangkan diadakan esok khusus untuk orang bukan Islam tidak sesuai diadakan di negara ini.
2. Alasan beliau ia tidak bertepatan dengan kehendak moral dan majoriti masyarakat negara ini.

3. Maaf, selagi mana seorang mufti memberi pandangan yang bernas setelah memahami dengan betul satu perkara , beliau wajar dihormati. Jika tidak, maaf , ia mungkin sukar dihormati kerana orang kata "respect must be earned".

4. The crucial issues di sini dua. Pertama, istilah pesta arak. Ya, zahirnya macam satu pesta secara terbuka meskipun khusus untuk orang bukan Islam sahaja. Namun , yang saya tahu ia bukan bersifat begitu. Jika begitu sifatnya saya tak rasa sahabat baik saya YB Menteri Wilayah akan sudi izinkan dan mungkin juga hujah Datuk Mufti kelihatan relevan. Kedua, ia khusus untuk orang bukan Islam sahaja.

5. Dan to be fair kepada penganjur , saya tak rasa mereka tak sensitif soal itu sehingga sanggup ingin buat pesta arak secara terbuka. Justeru itu, jika ia dibuat secara tertutup dan khusus untuk orang bukan Islam sahaja , wajarkah orang Islam atau hatta Datuk Mufti bersuara menentang? Maaf, saya berbeza pandangan di sini.

6. Apa sebenarnya mesej yang Datuk Mufti ingin sampaikan di sini? Maaf , saya rasa kabur. Bukankah kita selalu menuntut agar hak masyarakat Islam minoriti di negara majoriti bukan Islam dihormati, tapi tidakkah di sini kita pun semacam nak menafikan hak dan kebebasan masyarakat minoriti ..adil ke? Kita harus mengelak dari digelar "tyranny of majority!".

YB Sepang.
11-10-2018.
Profesional Istiqamah 
9 jam
Kerajaan PH sekali lagi mengkhianati manifesto mereka dengan melantik orang politik dalam pentadbiran universiti.
FREEMALAYSIATODAY.COM
Menteri Pendidikan, Maszlee Malik sebelum ini dikritik pelbagai pihak, termasuk ahli politik PH atas pelantikannya sebagai presiden ke-8 UIA. 


Profesional Istiqamah 
9 Oktober jam 9:52 PTG
DOKUMEN HIJAU: GAGASAN PAS DALAM MENYELESAIKAN PERMASALAHAN EKONOMI NEGARA
Alhamdulillah. Dokumen Hijau merupakan Gagasan PAS dalam menyelesaikan permasalahan ekonomi negara. Dokumen ini mungkin boleh digunapakai sebagai panduan Kerajaan yang ada pada hari ini.
Dikongsikan animasi berkenaan Dokumen Hijau yang dihasilkan oleh Lajnah Teknologi Maklumat dan Komunikasi, PAS Kawasan Miri, Sarawak. Semoga bermanfaat.

Berikut merupakan 5 Prinsip Islam Pengurusan Ekonomi Negara yang terkandung di dalam Dokumen Hijau PAS sekirannya PAS diberi peluang untuk memerintah negara:

1. Harta negara tidak berlegar dalam kalangan orang kaya sahaja.
2. Cukai daripada lebihan orang kaya diagihkan kepada orang miskin.
3. Menaikkan taraf golongan miskin dan penurunan kos sara hidup.
4. Fardhu kifayah dalam penyediaan keperluan masyarakat.
5. Anti monopoli dan anti ghulul.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala:

"Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah SAW kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya)." (Surah Al-Hasyr, ayat 7).

Siiru 'ala barakatillah, teruskan perjuangan! 💚💜

Kisah sebenar yang sedih..
Profesional Istiqamah berkongsi siaran.
 9 Oktober jam 4:55 PTG
A sad real story..
Ibrahim Iskandar
Foto Ibrahim Iskandar.
Since my college days in the UK I was adamant that I'm going to join Rejimen Askar Jurutera Diraja after my degree. No doubt as I am deeply patriotic. However, Gamuda approached me and offered me a job. The company successfully constructed the SMART Tunnel and currently at the time was building MRT SBK Line. I accepted the offer because I believed I could better serve my country by building public transportation system at the time.
Foto Ibrahim Iskandar.
Along with other personnel we endured months of working more than 15 hours a day and not a single day off to complete the now operational MRT Sg. Buloh-Kajang Line. Currently, I'm working as a Shift Tunnel Engineer in the MRT Sg.Buloh-Serdang-Putrajaya Line project which are at 39% completion. The project which you may have heard being re-tendered internationally

Foto Ibrahim Iskandar.
Don't get me wrong I was never a fan of the previous government. If the current one's target of providing 1 million new jobs is happening, it is going to be at the expense of 17,000 personnel who are currently working in the SSP line. The real victims aren't me or other engineers/managers. They are the young malaysians in SSP Line from Institut Latihan KBN, Institut Latihan Perindustrian and ADTEC. Malaysians who I work closely in my tunnelling team. Some even I've interviewed personally in Sarawak to work here. They have sacrificed their blood, sweat and tears, promised of a better future for themselves but only to be told they are going to lose their jobs.

Foto Ibrahim Iskandar.
I have read so many stories, listen to multiple experiences from other people but is this what it feels like to be abandoned by your government?
Foto Ibrahim Iskandar.
#saveMRT2 #prayforMRT2 #save20kjobs MyMRT Underground MMC Gamuda 
Foto Ibrahim Iskandar.
cc: Lim Guan Eng Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Foto Ibrahim Iskandar.

Foto Ibrahim Iskandar.


Profesional Istiqamah 
5 Oktober jam 7:35 PTG
At-Tufail bin Amr ad-Dawsy merupakan pemimpin kabilah Daws yang menetap di Tihamah ketika zaman Nabi S.A.W.

Pada satu hari, ketika at-Tufail menziarahi Makkah, beliau bertemu Nabi S.A.W. lalu mengucap dua kalimah syahadah. Beliau kemudiannya berkobar-kobar ingin menyampaikan Islam kepada kabilahnya.

Namun, dakwahnya disambut hambar. Hanya isteri, ayahnya dan seorang pemuda yang bersetuju untuk memeluk Islam. Namun at-Tufail tidak berputus asa. Pemuda ini dibawanya kembali ke Makkah untuk belajar dengan Nabi S.A.W.

Nama pemuda yang memeluk Islam berkat usaha at-Tufail ini adalah Abdul Rahman. Pemuda ini lebih dikenali dengan nama ABU HURAIRAH r.a. Beliau kelak akan menjadi sahabat rapat Nabi S.A.W. yang paling banyak meriwayatkan hadis.

Begitulah motivasi buat para penyeru kebaikan sekalian. Kadangkala, kita terlalu menilai hasil dakwah kita kepada berapa RAMAI orang yang mendengar dan berubah. Kita mudah rasa lemah dan sedih andai hanya sedikit orang yang mahu mendengar seruan kita.

Namun, jadilah seperti at-Tufail, tugas dakwah tetap diteruskan walau audiens sedikit. Lahirlah Abu Hurairah yang kita kenal pada hari ini berkat usaha dakwah at-Tufail, yang tidak berputus asa walau audiensnya sedikit!

... 

Tiada ulasan: