Suka Halaman Ini ·

NURULFATIHA MUAH 11 OKTOBER 2018
SHAH ALAM - Program pesta arak Oktoberfest 2018 yang dijadualkan berlangsung esok di ibu negara tidak sesuai diadakan walaupun ia hanya untuk orang bukan Islam.
Mohamad Shukri Mohamad
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, ia tidak bertepatan dengan kehendak moral dan majoriti masyarakat di negara ini.
Katanya, ini kerana Islam merupakan agama rasmi negara seperti yang tercatat di dalam perlembagaan negara.
"Sebagai sebuah negara dengan Islam sebagai agama rasmi, penganjuran pesta seperti itu adalah tidak sesuai walaupun ia hanya untuk orang bukan Islam.
"Terserah kepada orang bukan Islam untuk minum minuman keras dan sebagainya kalau dalam agama mereka tidak dihalang, tetapi penganjuran pesta itu adalah satu (yang) boleh mencemarkan nama baik negara memandangkan Islam sebagai agama persekutuan dan agama lain boleh diamalkan secara aman," katanya kepada Sinar Harian.
Semalam, Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad memberi lampu hijau penganjuran pesta itu jika penganjur membuat permohonan bagi mendapatkan permit dan mematuhi semua garis panduan ditetapkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Katanya, antara garis panduan yang perlu dipatuhi penganjur ialah orang Islam tidak dibenarkan terlibat dan tidak dijalankan di tempat terbuka.
Dalam pada itu, Mohamad Shukri berkata, penganjuran pesta itu dianggap sudah keterlaluan dan menampakkan tiada rasa hormat kepada penganut-penganut Islam.
"Ia seolah-olah ingin mencabar kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.
"Walaupun orang Islam tidak dibenarkan menyertainya, dari segi permuafakatan, orang bukan Islam dan Islam sepatutnya perlu mewujudkan keharmonian dan saling hormat-menghormati," katanya.
Beliau turut mempersoalkan bagaimana pesta itu boleh dilakukan secara tertutup. "Tertutup macam mana kalau dah namanya pesta? Kalau pesta, ia tak jadi tertutup. Tertutup itu barangkali tertutup yang tidak boleh dihadiri orang Islam, tetapi sensitiviti umat Islam seharusnya dipelihara dan diberi rasa hormat kita," katanya.
[ARTIKEL BERKAITAN: Batalkan pesta arak Oktoberfest 2018, esok]
Oktoberfest 2018 yang berasal dari Jerman dikatakan akan diadakan di Mid Valley, Kuala Lumpur, dengan pengisian festival makanan, hiburan, muzik dan arak.
Pada 2017 , penganjur membawa 250 jenama arak berbeza dari 43 syarikat pengusaha arak (breweries) untuk memenuhi citarasa pengunjung.
Penyertaan adalah dari seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Australia, England, Scotland, Belgium, Germany, Denmark, Norway, Japan, Thailand dan Vietnam.
Oktoberfest tak sesuai dianjurkan - Nasional - Sinar Harian
http://www.sinarharian.com.my/nasional/oktoberfest-tak-sesuai-dianjurkan-1.890135
Aslina Anis 8 Oktober jam 6:54 PTG

Lombok dah tiga kali gempa dalam tempoh yang dekat.
Sulawesi pun sama siap gunung berapi memuntahkan lahar.
Jepun kena typhoon kong-ray dan mangkhut sampai ke China.
Dengar pulak berita gunung berapi Krakatau dah batuk-batuk siap bagi amaran kepada penduduk Lampung dan Banten.
Dapat lagi berita daripada ramalan Jepun bahawa gempa di Indonesia boleh cecah lebih daripada *9 skala richter. 7 skala richter* pun dah jadi *padang jarak padang tekukur.*
Puchong banjir kilat. *Cyberjaya dan Puchong ada bunyi guruh panjang macam keretapi.* *Fenomena kat Sabah awan dah macam ombak gergasi.*
*Ramalan gempa mungkin berlaku di Manjung, Janda Baik dan Kuala Lumpur keluar pula dalam surat khabar.*
Lingkaran Api Pasifik akan aktif semuanya. Gunung berapi dah lama tidur akan bangun balik. *Kalau semua gunung berapi pasifik muntahkan lahar dan debu, adakah ini penyebab dukhon seluruh dunia?*
Rasulullah S.A.W. pesan, kalau banyak terjadi gempa bersambung-sambung, *tandanya dah semakin dekat.*
Kalau tahun ini ada banjir besar, bermakna *kemarau 3 tahun pun dah dekat.*
Berdoalah moga dielakkan musibah walaupun musibah dah memang janji dan takdir Allah sebagai ujian dlm kehidupan yg menjadi peringatan. Selain berdoa *usahalah atas iman dan amal.*
[Perkongsian: Tanda-tanda di atas adalah tanda-tanda yang diceritakan dalam kitab suci Al-Quran]
Copy n paste dari group
Sejuta umat Islam sedang terseksa di penjara China, polisi kejam negara Komunis
Ramai yang tidak sedar asimilasi paksa yang dibuat oleh kerajaan komunis China telah menyeksa fizikal dan mental umat Islam khususnya dikalangan etnik Uighur
CHINA adalah antara sebuah negara yang mempunyai etnik tunggal terbesar di dunia, iaitu etnik Han mencakupi 91 peratus masyarakatnya. Walau bagaimanapun, Parti Komunis China yang menguasai tampuk pemerintahan menganggap kesamarataan dan penyatuan antara etnik sebagai tonggak kepada kekuatannya (pada masa yang sama memungkinkan dikriminasi dan penindasan kepada etnik minoriti).
Viral di media sosial dan laporan beberapa portal antarabangsa baru-baru ini dimana menyebut kerajaan China menganggap bahawa salah satu etnik minoriti, Uighur (Muslim-Turki) yang mendiami wilayah Xinjiang yang beragama Islam sebagai ‘penyakit berjangkit’ dan mengarahkan lebih sejuta orang etnik tersebut ‘dikuarantin’ dalam kem pemulihan.
Media antarabangsa sebelum ini juga pernah melaporkan bahawa etnik Muslim Uighar sudah sekian lama menjadi sasaran kerajaan China yang bimbang potensi etnik tersebut memberontak dan berusaha untuk mendirikan sebuah kerajaan autonomi, yang sering dirujuk sebagai kerajaan Turkestan Timur.
Misalnya, pada tahun 2009, rusuhan etnik yang meletus telah meragut ratusan nyawa etnik Uighur dimana kerajaan China kemudian mendakwa beratus-ratus warganegara China etnik Uighur sering terlibat dalam serangan keganasan di negara berkenaan selepas kejadian tersebut.
Portal antarabangsa mendakwa, bagi memastikan aspirasi etnik Uighar untuk berpisah daripada China terkubur, pemerintah negara berkenaan bertindak membangunkan kem pemulihan sebagai pusat kuarantin dalam usaha untuk memulihkan penganut agama Islam Uighar yang disytiharkan sebagai ‘berpenyakit’.
Menurut laporan yang diterbitkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, dianggarkan sekitar 1 juta etnik Uighar telah pun dihantar ke serata pusat pemulihan bagi tujuan pemulihan. Salah seorang bekas tahanan di kem berkenaan tersebut memberitahu bahawa mereka dipaksa untuk mengubah kepercayaan agama, diarahkan menyanyi lagi berunsur komunisma, memakan babi dan minum minuman beralkohol. Sesetengahnya turut mendedahkan bahawa, jika seseorang itu dipercayai mempunyai kepercayaan agama yang sangat kuat, mereka akan didera dan dibunuh.
Pendedahan ini dibuat di Geneva oleh wakil pertubuhan hak asasi daripada PBB yang bimbang dengan kempen pendoktrinan semula yang dijalankan oleh kerajaan China itu.
"Kita disini benar-benar bercakap mengenai krisis kemanusian. Ini adalah usaha terancang untuk menerapkan kepercayaan politik baru dan mengubah ciri-ciri teras dan kepercayaan agama sesuatu bangsa, pada skala yang mengrisaukan,” kata salah seorang wakil, Adrian Zenz yang merupakan pakar dalam krisis di wilayah Xinjiang.
"Tiada asas undang-undang, tiada, untuk mereka di tahan sebegini. Tiada waran tangkap yang dikeluarkan, mereka tidak melakukan jenayah, tidak dibenar mendapatkan khidmat peguam, tidak dimaklumkan kepada keluarga, anda tidak tahu bila anda dibebaskan dan anda tidak akan tahu apa kesalahan anda," kata Sophie Richardson, Pengarah Pusat Pemerhati Hak Asasi Manusia China.
Sumber :
http://www.sinarharian.com.my/global/china-kuarantin-lebih-sejuta-penduduk-muslim-1.890968
http://www.krissmerah.com/2018/10/sejuta-umat-islam-sedang-terseksa-di.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan