Sabtu, 13 Oktober 2018

Payung. 8371.


Foto
JANGAN  MENCONTENG   ARANG  DI MUKA
Tamrin Tun Ghafar 
Jumaat -  05/10/18 (1 -  34) 

1. Sudah beberapa  kali kenyataan karut telah dibuat oleh makhluk yang berselindung di sebalik gelaran TMJ ini.

2. Sebenarnya  'kehebatan' beliau ini hanya semata - mata bergantung  di bawah  ketiak bapanya, Sultan dan pengawal - pengawal peribadi yang terdiri dari anggota Askar Timbalan  Setia Johor atau Johor Military Force ( JMF ).

3. Kini pasukan tersebut diletakkan dibawah tanggungjawab beliau yang menggelarkan sendiri diri nya sebagai Mejar Jeneral.

4. Dari segi undang - undang,  amalan dan protokol Angkatan Tentera, beliau sememangnya TIDAK LAYAK sama sekali menggunakan gelaran tersebut dan ini adalah satu kesalahan. 

5. Bagi menjaga nama baik Angkatan Tentera, Kementerian Pertahanan sepatutnya  mengarahkan beliau tidak lagi menggunakan gelaran tersebut. 

6. Kementerian boleh mengutus surat berbentuk  'nasihat' . Jika beliau berdegil dengan tidak mengendahkan 'nasihat' tersebut , maka Kementerian harus mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu.

7. Kepada Sdr. Khairy Jamaluddin, bekas Menteri , saya ucap tahniah diatas sikap tanggungjawab  dan prihatin beliau apabila secara sukarela memulangkan medal tentera yang pernah diterimanya.

8. Di zaman moden ini , apakah perlunya pasukan Askar Timbalan Setia Johor itu dikekalkan sedangkan Angkatan Tentera  dan Pasukan Polis kita sudah memadai menjaga keselamatan negara, apatah lagi setakat mengawal dan  menjaga keselamatan Istana? 

9. Sudah sampai masanya pembersihan dan 'reformasi' dilaksanakan oleh Kementerian Pertahanan dengan mengkaji semula  peranan pasukan tersebut.

10. Kelakuan TMJ ini  tak ubah seperti  'menconteng arang di muka sendiri'  dan ibarat 'sebab setitik nila rosak susu sebelanga' ; ia sedikit sebanyak  mencemarkan Institusi Raja Berpelembagaan itu sendiri.

11. Sepatutnya apabila seseorang anak itu melakukan kesalahan atau tak reti bahasa maka adalah menjadi tanggungjawab bapanya untuk mengajar dan membetulkan  yang tak betul melainkan jika bapa itu pun sama - sama tak betul atau dalam bahasa Mat Rempit  - 2 x 5 sahaja.

12. Hormatilah  diri sendiri jika mahu orang lain menghormati kita;  begitu juga Raja -Raja MESTILAH menghormati Perlembagaan dan Undang - Undang agar rakyat terus menghormati mereka.

13. Apakah mereka sudah lupa Sumpah dan Ikrar mereka semasa menggambil alih jawatan sama ada Agong mahu pun Sultan?

14. Apa yang rakyat lihat hari ini, sudah terlalu banyak tindakan mereka khasnyaSultan Johor dan anaknya yang melanggar Perlembagaan.

15. Menuduh Kerajaan PH  pimpinan  Tun Dr. Mahathir kononnya menggunakan peralatan canggih buatan Israel  mengintip ( spying) beliau dan bapanya adalah satu tindakan provokasi yang amat serius ;  apa penting sangat ke mereka berdua ini sehingga Kerajaan terpaksa melakukan pengintipan, atau mereka sedang mencari pablisiti murah bagi menutup kelemahan sendiri?

16. Beliau perlu tampil dengan bukti kukuh  terhadap dakwaan yang dibuat itu,  bukan menyerang secara membabi buta sahaja.

17. Rakyat mula bertanya apakah ada dua bentuk Perlembagaan dan Undang - Undang yang wujud , satu untuk Sultan dan keluarga mereka dan yang satu lagi untuk rakyat?

18. Amat malang sekali jika sekiranya Polis tidak tahu atau tidak memahami Perlembagaan.

19. Sepatutnya Polis boleh menyiasatdan mendakwa beliau atas kesalahan yang serius ini walaupun bergelar  Tengku Mahkota Johor.

20. Perlu diingatkan sekali lagi Tengku Mahkota , Raja Muda dan lain - lain ahli keluarga Sultan , mereka TIDAK punyai perlindungan kekebalan atau imunity;taraf mereka sama saja seperti rakyat biasa; boleh diheret ke muka pengadilan bila - bila masa sahaja jika melanggar undang - undang.

21. Undang - undang tetap undang atau dalam bahasa Inggerisnya law is law.

22. Polis harus bertindak secara profesional , bukan pilih bulu atau hanya bertindak mengikut arahan. 

23. Ketua Polis Negara TIDAK SEPATUTNYA berpeluk tubuh dalam perkara sedemikian.

24. Menyarankan Kerajaan Negeri Johor  membayar gaji minima kepada pekerja juga satu tindakan yang boleh dilihat sebagai mencampuri Pentadbiran Negeri - jika gian sangat , serahkan saja gelaran Tengku Mahkota Johor itu dan bertandinglah dalam Pilihanraya.

25.Jika menang , Sultan lantik anaknya itu sebagai Menteri Besar Johor - itu kan lebih baik!!

26. Baru - baru ini  secara sinis beliau cuba mempersenda orang tertentu dengan kekayaan kononnya hanya orang tersebut sahaja dengan wang ringgit yang banyak mampu membeli kelab bolasepak Real Madrid, sebuah kelab terkemuka dunia; mengapa   tidak ada angin  tiba - tiba  beliau mengaitkan orang tersebut?

27. Ini adalah motif jahat; tindakan ini boleh dianggap sebagai  biadab dan kurang ajaroleh seorang budak yang bergelar Tengku Mahkota.

28. Jika  jaga Persatuan Bolasepak Negara atau FAM pun gagal, janganlah cuba menonjol diri seperti Mat Jenin.

29. Melalui peguamnya beliau menafikan kononnya  kenyataan yang dimuat-naik dalam facebooknya bukanlah ditujukan  kepada seorang Menteri yang menyatakan Tun Dr. Mahathir ialah seorang 'perfectionist' ;  tetapi umum bukanlah sebodoh itu.

30. Saya berpendapat mulai sekarang tak perlulah lagi sesiapa Menteri sibuk nak menyembah dan mencium tangan mereka.

31. SULTAN BUKAN TUHAN YANG PERLU DISEMBAH dan BUKAN TOK GURU ATAU  IBU IBU BAPA KITA YANG BAIK TANGAN MEREKA DICIUM.

32. Akhir nya Majlis Raja - Raja patut menasihatkan Sultan  Johor agar beliau menasihatkan anaknya, Tunku Ismail agar jangan terlalu celupar, hormat dan pelihara Perlembagaan dan Undang - Undang , hormat orang yang lebih dewasa dari kita dan hormatlah perasaan rakyat jelata.

33. Saya sedia menghadap beliau di mahkamah  pada bila - bila masa jika beliau ingin mengambil tindakan undang-undang berhubung tulisan ini.

34. JADILAH  PAYUNG YANG SEMPURNA SEBAGAI  TEMPAT RAKYAT BERTEDUH. 

Terima Kasih.

JUMAAT, 12 OKTOBER 2018
Isu terima dana dari UMNO: PAS sedia disiasat SPRM
THE MALAYSIAN TIMES
 
MARANG: PAS menegaskan bahawa dakwaan kononnya ada pemindahan dana berjumlah RM2.5 juta daripada UMNO kepada parti itu hanyalah satu fitnah yang bertujuan memburuk-burukkannya.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS berulang kali menyatakan kesediaan untuk disiasat berhubung perkara itu bagi memastikan parti itu bersih daripada sebarang anasir yang tidak baik.

“Isu dana dah jawab acap kali dan saya juga dah beritahu banyak kali yang PAS terbuka untuk disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), termasuk menteri besar kita, dan exco jika ada salah laku,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Diskusi Kesihatan di Dewan Tok Guru, Masjid Rusila di sini hari ini.

Beliau berkata PAS sentiasa bersikap terbuka kepada sesiapa sahaja termasuk orang bukan Islam yang ingin menyumbang atau memberikan derma bagi meneruskan kelangsungan parti tersebut.

“Oleh itu mana-mana pihak termasuk UMNO boleh menyumbang kepada akaun parti tanpa perlu diketahui identiti atau dipersoal sumber kewangan itu,” katanya.—Bernama

Dicatat oleh ELBI RISALAH di 10/12/2018 07:14:00 PTG
DIALOG RAKYAT: Isu terima dana dari UMNO: PAS sedia disiasat SPRM
http://dialograkyat.blogspot.com/2018/10/isu-terima-dana-dari-umno-pas-sedia.html

‘Kerajaan PH penipu’
Berjanji bulan dan bintang semata-mata untuk menipu rakyat: UMNO
 ainulillia  12/10/2018

KUALA LUMPUR, 3 Safar 1440H, Jumaat – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) didesak mengakui hakikat kegagalan menunaikan janji kepada rakyat seperti yang dicanang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), yang lalu.
Gesaan itu dibuat Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, susulan kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad   bahawa lebuh raya tanpa tol di Malaysia adalah sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan.

Dr Mahathir juga mendedahkan bahawa beliau sebenarnya tidak bersetuju dengan ikrar lebuh raya bebas tol yang terkandung dalam manifesto pilihan raya PH, malah manifesto itu diwujudkan tanpa memikirkan kemungkinan PH akan menjadi kerajaan.

Justeru, Shamsul Anwar berkata, kenyataan perdana menteri membuktikan bahawa PH sememangnya hanya pandai berjanji bulan dan bintang semata-mata untuk menipu rakyat, sekaligus memburukkan reputasi Barisan Nasional (BN).
“Sebab itu, ketika BN menjadi kerajaan, kita sentiasa berpijak di bumi yang nyata. Telah banyak kali kita ingatkan bahawa PH ketika itu hanya pandai menabur janji kerana bukan mereka yang menjadi kerajaan.

“Ini berbeza dengan BN yang tidak mahu menjadi populis kerana kita tahu kenyataan sebenar. Kalau kita berjanji tetapi kita tidak mampu menunaikan itu maknanya menipu. Kita bukan penipu seperti PH.

“Tapi sayangnya rakyat terlalu percaya kepada gula-gula yang ditaburkan oleh pembangkang ketika itu sehingga membuat pilihan yang salah pada pilihan raya yang lalu. Kini kebenaran terbukti juga,” katanya seperti dilapor portal UMNO Online.

Katanya lagi, PH tidak sepatutnya terus menggunakan helah hutang negara, ekonomi serta menyalahkan aliran atau trend dunia terhadap penarikan modal pelabur asing dan kemerosotan nilai ringgit untuk tidak menunaikan janji mereka.

“Lihatlah sebagaimana janji mengenai PTPTN dan hasrat memansuhkan semua hutang peneroka Felda yang tidak akan tertunai.
“Kerajaan PH ternyata meluruhkan harapan banyak pihak yang mengundi mereka dalam PRU14 lalu. Kita harap akuilah hakikat bahawa kerajaan PH gagal menunaikan janji,” katanya.

'Kerajaan PH penipu' - Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb
https://www.ismaweb.net/2018/10/12/kerajaan-ph-penipu/



Tiada ulasan: