BERITA»Kes
Isnin, 8 Oktober 2018 | 1:32pm
GAMBAR fail, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO, ketika sidang media selepas Majlis Penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, September lalu. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali
Ahmad Zahid dipanggil SPRMOleh Fahmy Azril Rosli cnews@nstp.com.my
KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu ini untuk memberi keterangan.
Perkara itu diberitahu oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO merangkap Pengerusi Sekretariat Suara Rakyat Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam, dalam satu mesej melalui aplikasi Whatsapp hari ini.
Katanya, bekas Timbalan Perdana Menteri itu sudah menerima notis daripada SPRM untuk hadir pada lusa, jam 10 pagi.
“Saya menggesa semua rakyat terutama ahli kepemimpinan UMNO untuk hadir sama sebagai tanda solidariti kepada Ahmad Zahid pada jam 9.30 pagi di hadapan Ibu Pejabat SPRM,” katanya.
Menurut sumber, Ahmad Zahid yang juga bekas Menteri Dalam Negeri, dipanggil untuk memberi keterangan berhubung dakwaan penyelewengan di sebuah yayasan.
Berita Berkaitan
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/10/483236/ahmad-zahid-dipanggil-sprm
TUN DR MAHATHIR TIDAK TERNILAI JASANYA...
Ramai tak tau kisah Malaysia bom Vietnam di terumbu layang layang...
BERITA»Kes
Isnin, 8 Oktober 2018 | 1:54pm
ROSMAH Mansor. - Foto Aizuddin Saad
Rosmah bayar ikat jamin RM1 jutaKUALA LUMPUR: Isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, yang didakwa atas 12 pertuduhan membabitkan diri dalam pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal membuat penyata tuntutan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), hari ini membayar jaminan RM1 juta daripada jumlah keseluruhan RM2 juta yang diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen di sini.
Dua wanita yang dipercayai penjamin Rosmah hadir ke mahkamah kira-kira jam 10.15 pagi dan terus menuju ke kaunter bayaran jaminan di tingkat bawah Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta di sini untuk menandatangani dokumen berkaitan urusan ikat jamin.
Sejurus bayaran jaminan itu dibuat oleh dua wanita berkenaan yang memakai baju kurung dan bertudung, mereka meninggalkan Kompleks Mahkamah pada jam 11.15 pagi dengan sebuah kenderaan.
Pada Khamis lalu, Mahkamah Sesyen di sini memerintahkan Rosmah, yang diwakili barisan peguam diketuai Datuk K Kumaraendran, membayar ikat jamin RM500,000 pada hari yang sama dan bakinya pada atau sebelum 11 Oktober.
Oleh itu, setakat ini Rosmah sudah melunaskan RM1.5 juta daripada jumlah RM2 juta itu.
Pada 4 Oktober lalu, Rosmah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas 12 pertuduhan membabitkan diri dalam pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal membuat penyata tuntutan kepada LHDN.
Mahkamah membenarkan Rosmah diikat jamin RM2 juta dengan dua orang penjamin bagi kesemua pertuduhan dengan dua syarat menyerahkan dua pasport kepada mahkamah serta tidak mengganggu saksi dan bakal saksi pendakwaan selain menetapkan 8 November untuk sebutan semula kes. - BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/10/483244/rosmah-bayar-ikat-jamin-rm1-juta
Berita Berkaitan
BERITA»Kes
Isnin, 8 Oktober 2018 | 2:20pm
DAIM Zainuddin. - Foto Mohd Yusni Ariffin
Jho Low ada 'geng'Oleh Fahmy Azril Rosli cnews@nstp.com.my
KUALA LUMPUR: Tun Daim Zainuddin percaya ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low, tidak bertindak bersendirian menyeleweng berbilion ringgit daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Memetik laporan portal berita Channel News Asia, Daim berkata, sebaliknya Jho Low dibantu beberapa penasihat yang bukan saja sudah menipu sistem kewangan Malaysia, malah dunia.
Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (MPK) itu berkata, Jho Low melantik beberapa penasihat dalam kalangan pegawai bank dan mereka juga dibayar dengan jumlah yang agak tinggi.
Menurut bekas Menteri Kewangan itu, penasihat yang dilantik oleh Jho Low berperanan untuk melaksanakan rancangan dan menyembunyikan ‘kesalahan’.
“Dia (Jho Low) ada beberapa penasihat yang baik. Mereka dibayar oleh Jho Low.
“Penasihat berkenaan adalah mereka yang bekerja sebagai pegawai bank. Mereka juga dibayar dengan ‘cantik sekali’ untuk melaksanakan rancangan selain membantu Jho Low menyembunyikan jejaknya,” katanya.
Ditanya adakah Malaysia akan menjejak pegawai bank itu, Daim menegaskan kerajaan hanya mahu mendapatkan kembali wang rakyat.
Daim mendedahkan, walaupun waran dan notis merah sudah dikeluarkan oleh Polis Antarabangsa (NTERPOL), Jho Low masih bebas termasuk mempunyai ramai ‘pengikut’ di merata-rata tempat.
Beliau berkata, Jho Low membina rangkaian termasuk melantik peguam terbaik menggunakan wang hasil kutipan cukai.
“Itu sebabnya, dia mampu untuk melantik peguam paling terbaik. Saya juga diberitahu bahawa dia sudah membelanjakan lebih AS$40 juta (lebih RM166 juta) hanya untuk membayar yuran guaman saja,” katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/10/483259/jho-low-ada-geng
Tiada ulasan:
Catat Ulasan