Innalillahiwainnailaihirojiun.
Yang memilih keluar dari Spanyol dikumpul di pelabuhan dan disediakan kapal-kapal. Apabila semua orang Islam yang kekal beriman pada Allah, berada didalam kapal laut, Ratu Isabela memerintahkan orang Islam itu dibakar hidup-hidup di tengah-tengah laut, dengan disaksikan Ratu Isabela, Raja Ferdinand, Kardinal Ximenez de Cisneros, orang-orang kristian dan yang murtad.
Pastinya mengikut kepercayaan orang Islam Ratu Isabela, Raja Ferdinand, Kardinal Ximenez de Cisneros, kuncu-kuncunya dan orang-orang yang murtad sedang menerima azab kubur masing-masing sehingga ke hari ini, akibat kezaliman mereka terhadap orang-orang yang beriman pada Allah Subhanahuwatalla. Nauzubillahminzalik.
Raja tertinggi Kristen, Ferdinand dan Ratu Isabela melanggar perjanjian yang telah disepakati.
Di bawah kepimimpinan seorang pendeta kepercayaan sang ratu, Kardinal Ximenez de Cisneros, Orang Islam telah dipaksa murtad pada tahun 1499. Antara langkah-langkah yang dilakukan ialah buku-buku berbahasa Arab dirampas dan dibakarnya. Granada menjadi medan api unggun tempat pembakaran naskah-naskan Arab.
Inquisi ini kemudian dilembagakan dan terus dijalankan. Semua Muslim yang tetap tinggal di Granada setelah penaklukan Kristen disebut Moriscos, satu nama yang awalnya diterapkan untuk orang-orang Spanyol yang memeluk Islam. Orang Spanyol muslim berbicara dalam bahasa Romawi tetapi menulis dalam aksara Arab. Banyak orang Spanyol muslim “diingatkan” bahawa kepercayaan mereka adalah Kristen dan harus tunduk pada baptisme atau jika mereka kekal beriman pada Allah, mereka akan merasakan akibat buruknya.
Ambil pengajaran kisah kekalahan umat Islam di Andalus
1492: KEJATUHAN GRANADA KEKALAHAN UMAT ISLAM DI TANAH ANDALUS
Situasi politik dan umat Islam di Malaysia menunjukkan bahawa ahli politik dan masyarakat Melayu Islam tidak mengambil iktibar daripada sejarah kejatuhan Islam di tanah Andalus.
Mari kita menelusuri faktor kejatuhan umat Islam di dalam sejarah kerajaan Islam Nasrid di Sepanyol.
2 Januari 1492 menandakan satu detik hitam di dalam sejarah umat Islam khususnya umat Islam di Granada. Kejatuhan Granada di tangan Ferdinand II Of Aragon dan Isabella of Castille menyebabkan runtuhnya empayar Islam Nasrid di tanah Andalus.
Ferdinand II of Aragon dan Isabella of Castille telah mengutus surat kepada Pope mengenai Perang Salib mereka ini:
“But our desire to serve God and our zeal for the holy Catholic faith have induced us to set aside our own interets and ignore the continual hardship and dangers to to which this cause commits us. And thus we may hope that the Catholic faith may be spread and Christendom quit of so unremitting a menace as abides here at our gates, until these infidels of the kingdom of Granada are uprooted and expelled from Spain.”
(La Santa Sede y la Reconquista de Granada, Hispania Sacra)
Ferdinand dan Isabella menggunakan moto dan polisi ‘To Constitute Spain to The Service of God‘ dan ‘All-Christian Spain‘ bagi melancarkan perang ini.
Saya akan membincangkan faktor dalaman yang patut dijadikan iktibar buat umat Islam pada hari ini.
Antara punca besar kejatuhan ini juga adalah akibat peperangan dan pergaduhan antara pemerintah dan umat Islam di Tanah Andalus.
Peperangan berlaku di antara Abū Abd Allāh Muhammad XII atau Boabdil yang dikenali sebagai seorang pemerintah yang lemah dan seorang putera yang memberontak menentang ayahnya Abū Al-Hassān Alī dikenali sebagai Mullay Hassan, dan pakciknya Abū Abd Allāh Muhammad III dikenali sebagai el-Zagal.
Pada tahun 1483, Boabdil telah ditawan di Lucena oleh tentera Kristian dan akhirnya beliau tunduk dengan perjanjian dengan Ferdinand dan Isabella untuk ‘bekerjasama’ atau taat kepada mereka dan dijanjikan kuasa sebagai pemerintah Granada kepada beliau, satu kedudukan yang memang didami Boabdil.
Ketika serangan Ferdinand II keatas Mullay Hassan dan El-Zagal di Malaga, Ferdinand II telah meminta tolong kepada Boabdil untuk tidak masuk campur di dalam serangan keatas Malaga ini. Malaga akhirnya jatuh ketangan Kerajaan Kristian.
Kemudiannya Bandar Baza, Almuñécar, Salobreña dan Almería.
Akhirnya pada Januari tahun 1492, Boabdil telah diseru oleh Ferdinand II untuk menyerahkan Granada setelah beberapa bulan dikepung. Pada tanggal 2 Januari 1492, umat Islam telah kehilangan tanah Andalus dan dipaksa memeluk Kristian atau diusir dan tanah serta harta mereka dirampas. Mereka yang enggan akan dibunuh oleh kerajaan Kristian Spain.
Kejatuhan Granada telah merubah landskap Eropah menyebabkan Eropah tiada negara Islam sehingga kini dan polis ‘All-Christian‘ berjaya ditegakkan di Eropah.
Tanah yang satu masa dahulu milik umat Islam hilang disebabkan umat Islam meninggalkan Islam dan terikutkan dan tunduk dengan hawa nafsu.
Semoga menjadi pengajaran buat kita untuk tidak bergaduh di atas hal remeh sesama umat Islam dan tidak bermudah-mudah menerima pertolongan golongan menentang Islam.
Muhamad Amirul Asyraf
Penyelidik
Al-Quds Centre For Studies and Development
Ambil pengajaran kisah kekalahan umat Islam di Andalus - Portal Islam dan Melayu | ISMAWebPenyelidik
Al-Quds Centre For Studies and Development
ARKIB : 18/06/2012
Andalusia: Sejarah Islam disembunyikan?
Mezquita-Katederal de Cordoba di Sepanyol sarat dengan sejarah tamadun Islam.
APABILA disebut Eropah, majoriti dalam fikiran menggambarkan ia merupakan satu negara yang penghuninya cuma terdiri daripada warga Barat.
Mungkin tidak terlintas langsung untuk menjengah secara lebih mendalam berhubung asal usulnya.
Tetapi ketahuilah, di sana ada fakta sejarah iaitu di Eropah pernah terbinanya negara Islam yang paling kuat di dunia.
Salah satu daripada negara di Eropah yang memiliki khazanah Islam yang terkaya adalah di Andalusia atau nama sekarangnya Sepanyol.
Nama Andalusia diambil sempena istilah bahasa Arab, Al Andalus, merujuk kepada bahagian jazirah Iberia yang dahulunya berada di bawah pemerintahan Muslim.
Baru-baru ini, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis di bawah Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengadakan lawatan kerja ke Andalusia.
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang Dipertua MAIPs berkenan memimpin lawatan tersebut.
Ketika menuju Andalusia baru-baru ini, teringat kepada lirik lagu nasyid kumpulan Far East berjudul Ma Assalam Ya Andalus dan Alhambra, tetapi lirik sependek itu tidak dapat memberikan gambaran secara yang lebih jelas berhubung Andalusia.
Sebenarnya, ada kisah amat menarik, tetapi terlalu pahit untuk ditelan buat umat Islam.
Mungkin ramai yang tidak menyedari atau mengetahui sejarah hitam itu, tetapi sedikit info kali ini mungkin boleh dikongsi.
Menangislah anakku, bak kaum wanita menangis ke atas kerajaanmu yang hilang kerana kamu tidak dapat memeliharanya seperti kaum lelaki".
Begitulah ucapan seorang bonda raja dalam sejarah Islam di Andalus, Sepanyol.
Ia diucapkan oleh Aisyah kepada anaknya, Abu Abdullah daripada puak Bani al-Ahmar, raja terakhir kerajaan Islam Granada pada 21 Muharam 897 Hijrah yang memeterai perjanjian penyerahan kerajaannya kepada Raja Kristian Sepanyol, Ferdinand dan Isabella.
Dengan itu, berakhirlah era kerajaan Islam di bumi Eropah setelah berkuasa 800 tahun.
Bani al-Ahmar merupakan puak yang menguasai wilayah Islam terakhir di Sepanyol iaitu Granada dari 620 Hijrah hingga 897 Hijrah iaitu pada tahun di mana perjanjian penyerahan kerajaannya kepada Raja Kristian Sepanyol, Ferdinand dan Isabella dimeterai.
Perjanjian yang melibatkan 67 perkara itu, termasuklah jaminan keselamatan orang Islam di Sepanyol, tetapi pada akhirnya ia tidak pernah direalisasikan.
Malah, 300 tahun kemudian, Islam dan tanda-tandanya semakin terhakis di bumi Sepanyol, seolah-olah Islam dan tamadunnya tidak pernah wujud di negara itu walaupun ia pernah menyinari dan menerajuinya 800 tahun.
Perjanjian ini akhirnya dimeterai kerana menerima banyak tekanan daripada orang Kristian Sepanyol, termasuk kejadian paling memilukan dalam sejarah Islam pada 892 Hijrah.
Ketika itu, beribu-ribu umat Islam yang dijanji boleh menyelamatkan diri dengan berlayar ke Afrika dibunuh beramai-ramai secara kejam atau tanpa perikemanusiaan.
Dalam tragedi tersebut, umat Islam mati bermandikan darah angkara tentera Kristian. Sebelum dibunuh, mereka bersembunyi di rumah masing-masing.
Jambatan Roman digunakan oleh pelawat untuk ke Mezquita-Katederal de Cordoba, Sepanyol.
Bagi membunuh penganut Islam, tentera Kristian menggunakan satu penipuan besar.
Tentera Kristian membuat pengumuman bahawa orang Muslim Granada boleh meninggalkan rumah secara aman bagi menaiki kapal untuk berlayar meninggalkan Sepanyol sambil membawa barangan keperluan masing-masing.
Tentera yang sama juga memaklumkan jaminan keselamatan bagi mereka yang ingin meninggalkan Sepanyol. Pun begitu, masih ramai yang meragui tawaran tersebut.
Bagaimanapun, selepas umat Islam melihat sendiri kapal di pelabuhan telah disediakan untuk membawa mereka belayar, barulah mereka menerima tawaran berkenaan.
Keesokan harinya, beribu-ribu warga Muslim Granada keluar membawa barang keperluan menuju pelabuhan. Pun begitu, bagi yang tidak mempercayai tawaran tentera Salib itu, mereka terus bertahan dan bersembunyi di rumah masing-masing.
Sesudah umat Islam berkumpul di pelabuhan, tentera Kristian segera menggeledah rumah yang ditinggalkan, kemudian membakarnya.
Umat Islam yang ada di pelabuhan pula tergamam apabila tentera Kristian membakar kapal yang dikatakan akan membawa mereka keluar dari Sepanyol.
Ketika kapal ditenggelamkan, umat Islam tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka tidak bersenjata. Majoritinya wanita dan kanak-kanak, sedangkan tentera Kristian mengepung dengan pedang terhunus.
Setelah menerima arahan ketua tentera, umat Islam di pelabuhan itu dibunuh kejam tanpa secebis simpati. Jerit tangis dan takbir terus terdengar, tetapi secara buas tentera Kristian semakin ganas membunuh warga awam yang sama sekali tidak berdaya.
Seluruh Muslim Andalusia yang ada di pelabuhan ketika itu berakhir dengan maut. Darah mengalir di merata-rata. Laut yang biru di pelabuhan bertukar menjadi merah kehitamhitaman. Itulah kisah menyedihkan dalam sejarah umat Islam yang tidak boleh dilupakan.
Selepas kejadian itu dan memerintah Sepanyol selama 300 tahun, apa yang pasti, tidak ada tanda atau simbol Islam yang kekal di negara tersebut.
Umat Islam diugut dan diseksa oleh tentera Kristian Sepanyol dengan pelbagai ugutan dan seksaan yang sangat kejam, mengerikan dan menakutkan serta tidak ada langsung belas kasihan.
Mereka (penganut Kristian di Sepanyol ketika itu) tidak mahu Islam wujud langsung. Ekoran itu, umat Islam amat tersepit, sehingga ada yang mengaku Kristian, padahal mereka masih Muslim. Ia terpaksa dibuat kerana terlalu perit ancaman yang terlalu sukar untuk diceritakan secara lisan.
Sebenarnya, Islam mula masuk ke Sepanyol pada 92 Hijrah di bawah kepemimpinan Panglima Tariq bin Ziyad, Musa bin Nusair dan Abdul Aziz bin Musa. Selepas kemasukan mereka melalui Jabal Tariq (Gibral Tar) pada tahun itu, Sepanyol kemudian muncul menjadi negeri paling makmur.
Pasukan Islam tidak hanya berhenti di Sepanyol, malah terus memperbesarkan empayar ke negara sekitar seperti Perancis. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou dan Tours.
Walaupun pasukan Islam sangat kuat dan memiliki kekuasaan yang luas, tetapi mereka tetap mengutamakan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah barat yang juga kawasan pergunungan.
Islam sudah menerangi Sepanyol dan oleh kerana sikap penguasa Islam begitu baik dan rendah diri, ia terus mendorong warga Sepanyol yang tulus dan ikhlas memeluk Islam.
Mereka bukan hanya beragama Islam, namun amat mempraktikkan kehidupan secara Islam. Mereka tidak hanya membaca al-Quran, malah bertingkah laku berdasarkan al-Quran. Suasana sedemikian berlangsung hampir enam abad.
Pemimpin Islam ketika itu cukup berwibawa dan digeruni. Abdul Rahman al-Dakhil sebagai contoh, adalah individu yang menyambung Kerajaan Bani Umayyah di Andalus setelah Umayyah di pusat iaitu di Damsyik telah jatuh.
Abdul Rahman al-Dakhil pernah dijemput oleh pemimpin Kristian yang dibantunya ketika memerangi musuh. Beliau turut dipelawa minum arak, tetapi ditolak secara diplomasi dengan berkata: Aku memerlukan tambahan untuk otakku bukan untuk mengurangkannya".
Pun begitu, ketika Islam kian kukuh di Andalus berabad-abad lamanya, ia tetap dikeliling orang kafir Sepanyol yang sedia menanti untuk menghapuskan Islam, tetapi selalu gagal.
Beberapa kali dicuba, namun tidak berhasil. Mereka kemudian menghantar perisik untuk mengkaji kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik menemui cara bagi menakluki Islam di Sepanyol, iaitu melemahkan iman dengan serangan pemikiran dan budaya.
Musuh kemudian secara senyap menghantar arak secara percuma ke wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk memujuk golongan muda agar lebih suka menyanyi dan menari daripada membaca al-Quran.
Punca lain adalah perbalahan dan permusuhan sesama sendiri sehingga mewujudkan 20 puak yang mempunyai negeri masing-masing. Antaranya Bani Jahur, Bani Ibad, Bani al-Aftas dan Bani Nun.
Ekoran wujudnya pelbagai puak, mudahlah musuh Islam di Andalus merebut kembali tanah. Apa yang menyedihkan, ada umat Islam yang menjual agama dan negara demi kepentingan peribadi.
Contohnya, Gabenor Daerah Balansiah, Abu Zaid ketika berdepan dengan rakyatnya yang memberontak, dia terus membuat perjanjian dengan Raja Kristian Choinawi untuk membantu menghapuskan pemberontakan tersebut.
Habuannya, Abu Zaid akan memberikan beberapa kawasan kepada Choinawi dan membayar jizyah tahunan kepadanya. Jizyah dalam Islam mesti dibayar oleh bukan Islam kepada pemerintah Islam, tetapi apa yang dilakukan oleh Abu Zaid yang beragama Islam adalah terbalik, apabila berjanji membayar jizyah kepada Choinawi yang beragama Kristian.
Sebenarnya, 800 tahun bukan singkat. Selepas umat Islam menghidupkan Sepanyol dan menjadikannya bangsa bertamadun berbanding bangsa lain di Eropah, akhirnya seolah-olah kehebatan tersebut tidak pernah wujud.
Apa yang pasti, Sepanyol sekarang bukan Sepanyol dulu. Sepanyol hari ini bukanlah Andalus pada satu masa dulu.
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pelancongan/20120618/pl_01/Andalusia-Sejarah-Islam-disembunyikan
© Utusan Melayu (M) Bhd
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pelancongan/20120618/pl_01/Andalusia-Sejarah-Islam-disembunyikan
Tragedi di Laut Mediterranean!
Tiada tempat di bumi yang mempunyai begitu banyak negara dan tamadun melainkan di sekitar Mediterranean. Kini terdapat 23 negara di pantai Mediterranean. Keadaan lokasi laut yang strategik ini boleh dirumuskan sebagai 'Tragedi Laut Mediterranean.'
Tatkala negara-negara di sekitar Mediterranean berhadapan dengan masalah tersendiri dalam dan luar negeri, mereka juga turut berkongsi masalah biasa yang menjadi perhatian seluruh dunia - "Pendatang".
Pendatang yang dihantar dari sub-Sahara dan Afrika Utara, berdepan risiko kematian yang amat mustahil untuk dielakkan. Ada sebab utama kenapa mereka sanggup menerima risiko ini.
Ini termasuk kemiskinan melampau di tempat asal pendatang, kadar pengangguran, ketidakstabilan politik, penyakit wabak, kemarau disebabkan oleh perubahan iklim dan perang saudara - pada asasnya, mereka dalam ketakutan untuk hidup mereka.
Terdapat tiga laluan utama pendatang yang berasal dari sub-Sahara dan Afrika Utara menuju ke Eropah. Pendatang dari negara seperti Mali, Senegal dan Gambia mengikut laluan Barat yang menuju ke Sepanyol dan Itali. Pendatang dari Nigeria, Ghana dan Niger menggunakan laluan Mediterranean, manakala mereka dari Somalia, Eritrea, Sudan dan Mesir cuba memasuki Eropah dari Timur Mediterranean.
Situasi yang terkini kita perlu hadapi hari ini, terdapat dua pihak dalam tragedi Laut Mediterranean ini. Satu pihak EU yang tidak mahu menerima pendatang yang cuba masuk ke negara mereka, dan Libya, sebuah negara di luar kawalan dan yang terkini, menjadi sumber utama pendatang.
Kerapuhan dan kegagalan mewujudkan negara telah membawa kepada perebutan kuasa yang berterusan di Libya. Ketiadaan pihak berkuasa yang betul di negeri itu memberi peluang aktiviti penyeludupan manusia. Ketiadaan kawalan keselamatan yang menjaga sempadan khususnya menjadikan mereka mudah untuk meloloskan diri dari Afrika ke Libya dan seterusnya ke Eropah.
Sehingga hari ini terdapat kira-kira sejuta warga Libya sedang menunggu peluang untuk menyeberang ke Eropah.
“Tragedi Laut Mediterranean!”
Menurut data dari Pusat Penyelidikan Saintifik Perancis, sebanyak 917 pendatang meninggal dunia dalam perjalanan ke Eropah antara tahun 1993 dan 2014.
Pada tahun 2011, apabila Arab Spring bermula, bilangan pendatang yang kehilangan nyawa di Mediterranean adalah di antara 1,500 dan 1,900, manakala pada tahun 2014 angka ini meningkat kepada 3,500. Jumlah kematian bagi tahun 2015, sehingga April, adalah 1,500.
Kesatuan Eropah, di mana tiada sempadan negara telah mencapai kemajuan besar dalam konsep penyatuan, tiada dasar khusus mengenai pendatang haram, kerana setiap ahli kesatuan mempunyai kepentingan negara yang tersendiri.
Pendekatan EU untuk masalah pendatang asing adalah menghalang mereka daripada sampai ke wilayahnya, bukanlah satu penyelesaian sehingga ke akar umbi. Tambahan pula, mereka cuba melaksanakan semua itu dengan bajet yang sangat terhad.
Sebagai contoh, usaha mengatasi ancaman pendatang asing menerusi operasi Triton mengalami kerugian, memandangkan bajet operasi menyelamat adalah sangat terhad dengan usaha Frontex dilanjutkan ke kawasan kira-kira 30 batu menghala ke laut terbuka dari pantai Eropah. Tugas Frontex, bermula tahun 2005, adalah mencegah pendatang daripada sampai ke sempadan Eropah secara tidak terkawal sama ada melalui darat, laut dan udara.
Walaupun EU menghentikan operasi terhadap pendatang kerana kekurangan dana, namun mereka masih berbelanja untuk perkara lain. Sebagai contoh, British Council telah menghabiskan £ 19,000 untuk pertunjukan silap mata, manakala Majlis Seni telah membelanjakan £ 95,000 pada tong sampah yang dihiasi dengan lampu. Untuk biskut makanan para menteri dan pegawai sahaja, sebanyak £ 3.000.000 telah dibelanjakan setahun, manakala Suruhanjaya Eropah telah membelanjakan € 249,000 untuk jet peribadi.
Apa yang perlu dilakukan untuk hentikan tragedi Mediterranean bukan hanya sekadar membina sebuah benteng terhadap mereka yang mahu berhijrah dari negara mereka ke EU. Mereka akan tetap berusaha untuk mencapai benteng sedaya upaya mereka dan hasilnya mereka sudah tiada lagi kekuatan untuk kembali. Akhirnya, yang amat menyedihkan, kematian menanti mereka.
Perkara penting yang perlu ditunjukkan kepada mereka, iaitu yang terperangkap di antara kemiskinan, kelaparan dan perang, adalah satu penyelesaian yang mutlak. Satu penyelesaian perlu melibatkan badan-badan antarabangsa, khususnya NATO dan PBB, dan negeri-negeri utama untuk mengambil keputusan yang sama untuk menubuhkan zon selamat di Libya dan negara lain yang tertentu.
Setelah satu suasana di mana kehidupan mereka terjamin, satu corak pemerintahan perlu diwujudkan semula di negara berkenaan. Penguatkuasaan negeri mesti dikukuhkan semula dan langkah-langkah menuju keamanan perlu diambil.
Perlu diingatkan bahawa cubaan mereka memasuki Eropah bukan untuk menikmati percutian. Angka dalam laporan rasmi sebenarnya mewakili bilangan nyawa dalam dunia realiti. Semua negara mempunyai tanggungjawab yang sama untuk memastikan mereka ini dilindungi.
Adnan Oktar's piece on MBC Times & News Rescue:
https://ms.harun-yahya.net/ms/Artikel/211756/tragedi-di-laut-mediterranean
Kota Mesir kuno yang hilang di dasar Laut Mediterranean kini didedahkan
Ia adalah sebuah kota yang diselubungi mitos, ditelan oleh Laut Mediterranean dan tertanam di dalam pasir dan lumpur untuk lebih daripada 1,200 tahun. Tetapi kini ahli arkeologi telah membongkar misteri Heracleion, mendedahkan artifak-artifak menakjubkan yang dipelihara dengan baik.
Franck Goddio dan pasukan penyelamnya memeriksa patung firaun.
Patung amat besar itu dibina dari granit merah dan berukuran lebih 5 meter
Dikenali sebagai Heracleion oleh orang-orang Yunani purba dan Thonis kepada orang-orang Mesir purba, kota (bandar) ini telah ditemui semula pada tahun 2000 oleh ahli arkeologi bawah air Perancis iaitu Dr Franck Goddio dan pasukan dari European Institute for Underwater Acheology (IEASM) selepas satu kajian geofizik selama empat tahun. Runtuhan kota yang hilang itu ditemui 30 kaki di bawah permukaan Laut Mediterranean di Aboukir Bay, berhampiran Alexandria.
Franck Goddio dengan tugu Heracleion utuh dan bersurat (1.90 m)
Penyelidik juga telah mendedahkan pelbagai artifak keagamaan di bandar tenggelam itu, termasuk ukiran batu 16 kaki dianggap telah menghiasi kuil pusat bandar dan sarcophagi batu kapur yang dipercayai mengandungi haiwan mumia.
Tetapi di sebalik semua keseronokan ke atas penggalian itu, satu misteri tentang Thonis-Heracleion kekal sebahagian besarnya tidak dapat diselesaikan: Mengapa sebenarnya ia tenggelam? Pasukan Goddio mencadangkan berat bangunan besar di gelanggang tanah liat menyebabkan air masuk di rantau ini dan tanah pasir mungkin telah menyebabkan bandar tenggelam ekoran gempa bumi.
Patung gangsa Osiris, yang dibunuh dan dibangkitkan sebagai raja-tuhan. Lambang tipikal kuasa (cangkuk dan pemukul) telah hilang. Mata terbuka diserlahkan oleh kepingan emas halus.
Patung gangsa Firaun dinasti ke-26, yang ditemui di kuil di kawasan Amon di Heracleion
Lampu minyak Gangsa (tempoh Hellenistic, kira-kira abad ke-2 SM) ditemui di kuil Amun
Franck Goddio memeriksa batu dengan serpihan emas (abad ke 6 - 2 SM)
Sebuah bekas emas (Phiale) diperolehi daripada Thonis-Heracleion
Colossus ratu Ptolemaic dibuat daripada granit merah. Seluruh patung berukuran 490 cm tinggi dan berat 4 tan
http://unikversiti.blogspot.com/2013/06/kota-mesir-kuno-yang-hilang-di-dasar.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan