Sabtu, 20 Oktober 2018

Melayu tak seberani mereka?. Hati Garing. Mereka hanya ketawa sambil kata: “Kitorang ni buat dulu baru fikir!” 8475.


Innalillahiwainnailaihirojiun.

10 bentuk kekejaman Komunis ke atas etnik Melayu Champa
 
Sejarah yang sukar dilupakan oleh umat Islam khususnya di alam Melayu. Kekejaman rejim Komunis Khmer Rouge pimpinan Pol Pot di Kemboja di era 1970an menyaksikan etnik Melayu Champa yang beragama Islam hilang 30 % populasi akibat dasar penghapusan etnik yang dijalankan.
10 polisi kekejaman ke atas etnik Melayu Champa :

Sebarang bentuk ritual agama tidak dibenarkan seperti solat, puasa, menutup aurat.

Agama Islam menjadi sasaran utama kekejaman kerana menonjol amalannya. Daripada 113 ulama yang selamat hanya 20 orang sahaja, yang lain dibunuh dengan kejam termasuk mufti Kemboja.

Salah seorang mangsa didalam bilik penyeksaan
Sebanyak 132 masjid dijadikan kandang khinzir. Al-Quran dan kitab-kitab agama dirampas dan dibakar. Sesiapa yang menyimpannya akan dibunuh.

Orang Islam dipaksa mendengar radio Peking yang berpusat di Beijing, China sebagai paksaan menyerap ideologi Komunis.

Rakyat diwajibkan taat kepada fahaman Komunis
Sesiapa yang menjadi nelayan, hasil tangkapan terpaksa dijual kepada koperasi dibawah kuasa Khmer Rouge dengan harga murah dan jika mahukan makanan terpaksa dibeli di koperasi dengan harga yang sangat mahal.

Polisi Rejim Khmer Rouge yang mahu hanya etnik Khmer wujud di Kemboja menyebabkan etnik Melayu Champa perlu dihapuskan.

Ramai Etnik Melayu Champa menjadi pelarian, termasuk menyusup masuk ke Malaysia, Tun Razak Perdana Menteri ketika itu sangat prihatin sehingga terdapat kampung Etnik Melayu Champa di Pahang.
Mana-mana rakyat yang mengaku sebagai etnik Melayu Champa akan diasingkan di suatu lokasi untuk pembunuhan beramai-ramai termasuk orang tua hatta bayi etnik Melayu Champa turut dibunuh.

Etnik Melayu Champa dipaksa memakan sup babi sebagai bukti kesetiaan kepada kerajaan.

Sesiapa yang bertutur didalam bahasa Melayu akan ditangkap dan diseksa.

Kaum Muslimah diharamkan menutup aurat dan kaum muslim lelaki diharamkan berserban dan berkopiah. Semuanya dipaksa memakai pakaian hitam.

Naskah Al-Quran digunakan untuk mengesat najis sebagai bentuk penghinaan kepada agama Islam dan menakutkan etnik Melayu Champa.

"Tidak dapat dibayangkan bertapa jahatnya ideologi Komunis kepada Umat Islam, mungkin orang-orang Melayu di Malaysia juga senasib dengan saudaranya di Kemboja jika Parti Komunis Malaya (PKM) berjaya menguasai negara ini suatu masa dulu"

10 bentuk kekejaman Komunis ke atas etnik Melayu Champa - Kriss Merah.com
http://www.krissmerah.com/2018/07/10-bentuk-kekejaman-komunis-ke-atas.html
Bila anak Melayu berkawan dengan anak "Dagestan"
 
Siapa yang tak tahu sejarah perang Chechnya, perang yang banyak memakan korban kedua-dua pihak baik mujahideen dan pihak Russia.

Perang telah bertahun lamanya berhenti, sejarah mencatatkan orang Dagestan ini kental jiwanya, kuat semangat juangnya...

Tak hairanlah, Grozny ibu kota Chechnya kota paling cepat membangun di dunia seperti yang dikatakan oleh PBB.

Apa hebatnya orang Dagestan ni? ikuti kisah anak Melayu yang berkelana dan bersahabat dengan pemuda-pemuda Dagestan..

Semasa saya masih tahun pertama di Pusat Pengajian Bahasa Universiti Islam Madinah, saya berkenalan dengan “class mate” saya Magomed Gazik Magomedov yang kemudiannya menjadi sahabat terapat saya sepanjang 5 tahun saya belajar di sana.
Ketika itu saya masih bertatih untuk bertutur dalam bahasa arab, dan beliaulah yang banyak membantu saya. 

Di sebalik “kebingungan” sikapnya, saya mengakui beliau antara “genius” bahasa paling hebat saya pernah temui!

Beliau pantas mendalami bahasa, bahkan bahasa arabnya sangat kukuh dan luas pengetahuannya. Beliau juga sangat cepat belajar bahasa melayu dari saya.

Saya ingat lagi, ayat pertama bahasa beliau yang diajar pada saya ialah “Idi Nakhui Baliyat” yang bermaksud mencarut sebenarnya (bahasa Dagestan ada ratusan loghat). 

Saya sangkakan maksudnya “apa khabar?”, rupanya bila saya menyapa kawan Dagestan lain dengan ayat tersebut, wajah mereka merah padam sambil terbeliak mata, sampai sahabat saya Gazik itu terbahak-bahak ketawa. 

Akibatnya saya tidak dapat lupakan ayat tersebut hingga kini!

Dari beliau saya berkenalan dengan sahabat Dagestan lain yang hampir kesemuanya jenis “gila-gila”. 

Mereka selalu ajak saya makan bersama walaupun saya sorang-sorang orang bukan Dagestan sampai ramai pelajar Afrika ingat saya Dagestan kerana selalu bersama. Kebetulan saya memang suka masakan Dagestan. 

Ramai yang hairan mengapa saya boleh baik dengan mereka, kerana pelajar Dagestan dikenali sebagai bangsa bergaduh yang tidak fikirkan akibatnya.

Kalau mereka masuk “tournament” bola universiti, sampai sekeliling padang polis jaga sebab masa final, mereka belasah team Uzbekistan sebelum itu sampai perlawanan dibatalkan.
Saya dengan Gazik juga pernah bergaduh berdua dengan belasan pemuda Saudi yang menyerang kami tiba-tiba di malam hari. Apabila geng Dagestan tahu, satu lori mahu dikumpulnya!

Saya pernah kata pada mereka: “Kita kene ada plan dan plan betul-betul dalam apa yang kita buat”. Mereka hanya ketawa sambil kata: “Kitorang ni buat dulu baru fikir!”.

Sepanjang saya bersama mereka, memang mereka sedemikian dari bab pengurusan duit, bertindak dan sebagainya.

Ketika motor saya rosak, sahabat saya Gazik pernah angkat motor saya letak atas motor dia “towing” tanpa fikir panjang. 
Memang tak dapat dijangkau akal! 
Beliau tidak kisah motornya tercalar atau tercobek, yang penting tindakan beliau tersebut dapat membantu saya.
Saya juga gemar pergi haji dengan jemaah Dagestan ini. Mereka akan datang “drive” dari kampung halaman dengan lori Kamaz yang sangat mereka banggakan. Saya naik “langgat” ramai-ramai dengan mereka di belakang yang penuh dengan barang dan daging kering sebagai bekalan makan.

Kami pernah dikejar dengan polis kerana tiada visa, naik bumbung-bumbung kereta sampai tilam kami jatuh tercicir, bahkan kereta kami dilanggar pecah cermin ketika kami sedang buat lawak.

(Alhamdulillah kaca tak masuk mulut ketika ketawa).

Gusti merupakan permainan rutin bangsa Dagestan ini. Sejak kanak-kanak itulah “gajet” mereka. Kalau bertemu dengan keluarga mana-mana, mereka akan “api-api”kan anak-anak mereka supaya mereka bergaduh, dan para ayah akan ketawa sambil provoke supaya menang.

Ketika saya tengah “lepak” ulang kaji malam periksa di masjid universiti, ada sahaja sahabat saya itu cuba provoke saya untuk bergusti dengannya, dengan tepuk kepala saya la, sampai kami bergusti tengah malam di masjid sampai kepenatan.

Mereka ini memang kuat, bangsa bukit banjaran Kaukasus yang biasa hidup di persekitaran perang sebelum ini akibat perang Chechnya. Banyak kisah-kisah perang dan video-video yang mereka kongsikan dengan saya. 

Inspirasi dari merekalah, saya menamakan anak lelaki sulung saya dengan nama salah seorang General Chechnya yang sangat digeruni oleh Russia!

Kalau saya bosan, saya suka pergi ke bilik Gazik, atau rumah abang iparnya Syamel bersama kawan-kawan Dagestan lain: Abdel Rahman (taiko), Anuer, Ramazan, Rasul, dan Syamel kedua. 

Saiz mereka tidak sebesar orang Eropah. Tubuh mereka biasa tapi gagah. 

Gazik sahabat saya setinggi sekitar 185 cm selalu bagitahu yang dia malu kerana paling tinggi di kampungnya. Ayahnya selalu perli ketinggian dia. (Kalau kita tinggi tu macam “charming”).

Hubungan kami tetap rapat walaupun telah graduasi dari Madinah. 

Gazik kemudiannya datang menyambung “master”nya di Malaysia, dan kini sedang bekerja di Bahrain. 

2 Tahun lepas beliau ada menghantar gambarnya dengan Khabib Numagomedov yang singgah di UAE. 

Dulu beliau akan bercerita ayah Khabib ini jurulatih legend MMA di sana yang banyak menghasilkan juara-juara “fighter”. 

Kebetulan dari belasan tahun dahulu kami selalu tengok UFC dari zaman kegemilangan Vitor Belfort dan sebelum itu Royce Gracie dan Shamrock brothers, kerana berkongsi minat yang sama.

Orang Dagestan lebih berbangga dengan penggusti muslim Dagestan mereka berbanding Fedor Emilienko juara lagenda Rusia.

Dari tahun ke tahun merancang untuk ziarah sahabat-sahabat lama di Dagestan menikmati suasana pergunungan yang jauh dari kesibukan kota dan menulis buku di sana, namun masih belum terlaksana kerana komitmen masing-masing. 

InsyaAllah soon…

*** Gambar sekitar 14 tahun lepas ketika haji bersama pelajar dan jemaah Dagestan.
-Dr. Kamilin Jamilin-
Bila anak Melayu berkawan dengan anak "Dagestan" - Kriss Merah.com
http://www.krissmerah.com/2018/10/bila-anak-melayu-berkawan-dengan-anak.html

Inilah kejahatan ahli PAS yang selama ini disembunyikan
 
*Mantan Penjawat Awam Membongkar Kelemahan & Keburukan PAS Sebagai Parti Islam Tertua di Malaysia*

👉 _Senjata yang perlu diketahui oleh mrk yg bencikan PAS_

*AKUAN BEKAS PENJAWAT AWAM*

✋Saya merupakan seorang bekas penjawat awam yang pernah bertugas didalam keselamatan negara.

🤐Sepanjang perkhidmatan saya dari umur 19 tahun hingga 56 tahun (37 tahun) saya amat menyanjungi PAS (Parti Islam Semalaysia), walaupun pada awal perkhidmatan, saya amat negatif kepada parti pembangkang ini namun dari masa ke masa saya mulai berpandangan positif kepada parti ini.

😞Dengan keupayaan dan sumber yang terhad dan merupakan parti paling miskin pernah saya lihat, mereka dapat membangunkan markaz, pusat tarbiyah, sekolah pondok, pusat tahfiz, surau dan masjid mereka sendiri dengan hanya mengutip derma dan sumbangan di ceramah-ceramah dan aktiviti mereka.

🙃Malah setiap kali pilihanraya umum setahun sebelumnya lagi mereka sudah kumpul duit, ada calon mereka yang menggadai tanah pusaka, rumah dan segala harta yang ada semata-mata untuk jadi calon dan kemudian kalah teruk, alangkah bodohnya tindakan itu, itulah pandangan saya masa itu.
 
🆘Tapi mereka tetap berusaha dan tak pernah tidak bertanding walaupun tempat itu kubu kuat parti lawan.

❌ Ada orang Melayu marahkan PAS namun mereka tidak sedar bahawa ulama' yang banyak memenuhi Forum Perdana seperti Ust. Ismail Kamus, Allahyarham Dato' Harun Din sehinggalah ke Ustaz-ustaz terkini yang sering ke kaca TV adalah ahli PAS. Malah orang UMNO @ BN sanggup bayar ustaz-ustaz ini sehingga ribuan ringgit untuk satu ceramah dan puluhan peratus bayarannya disumbangkan kepada PAS.

💲Berapa banyak pula produk kesihatan dan makanan sunnah yang milik ahli PAS dan menjadi sumber kewangan PAS yang popular diguna dan dipromosikan oleh ahli UMNO/BN tanpa sedar untuk kesihatan diri dan keluarga.

😰Ustaz-ustaz PAS ini banyak membantu masyarakat seperti Darussyifa dan lain-lain. Siapa yang tak kenal Darussyifa setiap kali ada masalah HANTU (makhluk halus) maka ustaz-ustaz PAS inilah yang dicari walaupun ahli UMNO/BN dan pernah saya lihat ada yang bukan Islam juga mencari Darussyifa untuk bantuan masalah gangguan makhluk halus. 

😱Malah DUA penceramah yang paling popular kini juga merupakan salah seorang ahli dan penggerak PAS Perak dan PAS Terengganu diperingkat DUN pada seketika waktu dahulu. 

👀Pendek kata PAS telah banyak berjasa kepada masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia tanpa mereka sedari dan tanpa promosi jasa mereka pada masyarakat.

💪Cuti bersalin penjawat awam sehingga 90 hari dimulakan oleh kerajaan PAS Kelantan. 

💪Kerja 5 hari seminggu adalah dari Kerajaan PAS Kelantan.

macam-macam sumbangan PAS pada masyarakat dan kepada kebajikan kakitangan awam.

🤠PAS dari sebuah parti "PAK LEBAI" miskin kini telah lengkap dengan :

🏫Kompleks mereka sendiri

🏢IPTS mereka sendiri

🏫Sekolah Menengah mereka sendiri

🏢Sekolah Rendah mereka sendiri

🕌Pusat Tahfiz mereka sendiri

🕌Pusat asuhan PASTI mereka sendiri

📺TVPAS mereka sendiri 

📻Radio HIJAU.FM mereka sendiri

📰Akhbar HARAKAH mereka sendiri

🚨UNIT AMAL MALAYSIA mereka sendiri untuk buat semua kerja kebajikan yang makin popular dan diterima ramai sejak banjir besar di Johor (awal tahun 2000-2004) lagi. Lengkap dengan petugas,

💉doktor, 
💝jururawat
🚑 ambulans 
🚒 kenderaan menyelamat mereka sendiri.

🛵🏍Kelab Permotoran ARC Malaysia yang mempunyai puluhan ribu ahli di seluruh Mamaysia dan AKTIF di seluruh daerah dan negeri-negeri

 ( _dinobatkan sebagai kelab Terbaik semasa AGM Pemuda PAS Selangor baru-2 ini_.)

😔Cuma PAS adalah sebuah parti yang tidak mahir mendabik dada dan mempromosikan parti dan jasa mereka. Mereka memberi dan menyumbang dalam diam/senyap. Memegang teguh ajaran Rasulullah SAW iaitu memberi dengan tangan kanan jangan sampai tangan kiri tahu.

Inilah kejahatan ahli PAS yang selama ini disembunyikan - Kriss Merah.com
http://www.krissmerah.com/2018/04/inilah-kejahatan-ahli-pas-yang-selama.html

Apakah orang Melayu telah lupa tragedi menimpa nenek moyang mereka di Sumatera Timur
 
Adakah kami di tanah Melayu telah lupa???? Adakah kita telah lupa? Pada tanggal 1946, lima sultan di lima negeri Melayu di Sumatera Timur telah dibunuh dengan kejam. Beribu-ribu orang kerabat raja turut dibunuh kejam.

Jam 12 malam 3 Mac 1946 merupakan detik hitam bagi orang Melayu dan kini menjadi penyesalan yang tak sudah bagi sebahagian besar warga Melayu di Sumatera Timur. Ia juga merupakan penyebab orang Melayu Semenanjung menolak untuk menyertai gagasan Indonesia.

Dalam satu malam sahaja, beberapa orang Sultan di beberapa negeri telah dibunuh dengan kejam oleh puak pro-komunis yang dibantu oleh kuli-kuli ladang dari keturunan pendatang luar.

Peristiwa bermula menjelang tahun 1946 di mana keadaan suhu politik di Sumatera Timur menjadi panas apabila kumpulan pro-komunis mula menguasai partai politik dan juga membentuk askar bersenjata di antaranya Laskar Buruh atau Parti Komunis Indonesia.

Istana Darul Aman, Tanjung Pura, milik Kesultanan Langkat, di tahun 1930an. Kini ia musnah hancur akibat fitnah puak yang melaungkan 'Ketuanan Rakyat' yang semata-mata mahukan kuasa bersama-sama berbelas-belas istana kesultanan lain di Sumatera Timur. Rakyat Sumatera Timur kini menyedari kesilapan yang telah dilakukan oleh datuk nenek mereka terdahulu.

Akibat jarak dan kegagalan Sukarno berhubungan dengan sultan-sultan Melayu di Sumatera bagi mendapatkan kepastian mereka dalam pernyataan sokongan kemerdekaan dari Belanda, Timbalan Gabenor Sumatera yang dilantik, Amir Syarifuddin (salah seorang pro-komunis) tiba di Serdang dalam negeri Asahan dari pulau Jawa dan menghasut para penyokong komunis supaya menghapuskan kuasa Sultan dan bangsawan di istana mereka di Serdang. Dia merupakan seorang penulis yang merupakan redaksi majalah Pemoeda Soematra.

Secara diam-diam, pihak komunis mempersiapkan rancangan untuk menghapuskan monarki kerajaan Melayu dan ingin mengambil alih pemerintahan kerajaan. Mereka kemudian membuat propaganda di akhbar, radio dan risalah serta isu-isu fitnah palsu untuk menghasut rakyat dengan laungan ‘Daulat Rakyat’ bagi melawan laungan ‘Daulat Tuanku’. Selain itu, isu bahawa Raja-Raja Melayu ini mempunyai hubungan baik dengan dengan Belanda dimainkan selain kononnya pihak istana memeras dan menindas rakyat.

Muslihat ini dilakukan setelah Gabenor Sumatera yang dilantik, Tengku Muhammad Hassan beserta rombongan yang 7 buah kereta , bertolak dari Medan pada 6 Februari 1946 melalui Brastagi dan Sumatera Tengah menuju ke Sumatera Selatan, dan mengikut rancangan, akan kembali ke Medan pada 22 Mac 1946.

3 Mac 1946, tepat jam 12 malam secara serentak, orang ramai yang kebanyakan rakyat pendatang, telah dipimpin oleh orang-orang komunis kiri PKI dan mengajak bersama-sama mereka PNI dan Pesindo, menyerbu istana dan pejabat kerajaan Melayu dan mengumumkan bahawa kerajaan Melayu telah dihapuskan oleh rakyat Indonesia.

Pembunuhan terhadap kerabat-kerabat raja dilakukan secara besar-besaran dengan ada yang dibenamkan di laut, dipotong kepala mereka, ditanam hidup-hidup dan berbagai pembunuhan sadis yang lain, di lakukan oleh orang ramai yang pro-komunis yang dipimpin Parti Komunis Indonesia.

Penyerbuan itu merupakan tragedi buat Sultan Bidar Alam Syah IV di negeri Bilah, Sultan Mahmud Aman Gagar Alam Syah di negeri Panai dan Tengku Mustafa gelar Yang Dipertuan Besar Makmur Perkasa Alam Syah di negeri Kota Pinang, kesultanan Serdang Asahan di Tanjung Balai, Kesultanan Deli di Medan, kerajaan Melayu Yang Dipertuan Tengku Al Haji Muhammad Syah di Labuhan Batu.

Kesemua sultan ini mangkat dibunuh oleh rakyat pendatang yang bekerja di ladang-ladang Sultan yang terpengaruh dengan dakyah komunis.

Hampir separuh penduduk negeri-negeri ini terdiri dari kaum pendatang yang didatangkan sebagai kuli di ladang-ladang.

Di tempat lain, istana Sultan Langkat di Tanjung Pura dan di kota Binjai diserbu dan dirompak, di mana kerabat raja-raja Melayu Langkat ditangkap dan sebahagian besar dibunuh dengan kejam termasuk sasterawan Indonesia yang terkenal, Tengku Amir Hamzah. Lebih kejam, puteri-puteri Sultan Langkat diperkosa dan yang lebih memilukan lagi pemerkosaan dilakukan di depan mata baginda Sultan Langkat, dan putera mahkota yang masih muda hilang entah ke mana.

Kekejaman ini dilakukan oleh seorang pemimpin PKI bernama Marwan dan pengikut-pengikutnya.

Kesultanan Langkat adalah kesultanan paling kaya dan mewah di Sumatera kerana mempunyai hasil petroleum dan jika istana Sultan Langkat yang hangus dibakar itu masih berdiri, ia merupakan khazanah yang tinggi nilainya untuk orang Melayu sedunia.

Kerabat-kerabat lelaki di negeri Asahan dibunuh kesemuanya termasuk isteri Tengku Musa dan anaknya. Dalam masa beberapa hari, 140 orang yang dikenalpasti sebagai kerabat raja yang memakai nama Tengku, Wan dan Raja mati dibunuh dengan kejam di Asahan sahaja.

Mereka kemudian menangkap semua kerabat-kerabat diraja Melayu di beberapa daerah terdiri dari perempuan dan anak-anak dan dibawa ke kem tahanan di Simalungun dan Tanah Karo, disiksa, dihina dan dibunuh.

Indonesia pada waktu ini seolah-olah menyokong kekejaman ini sehinggakan dua generasi orang Melayu hampir kehilangan identiti mereka.

Mereka takut mengaku Melayu, takut memakai baju Melayu dan menambah gelaran Batak di depan nama mereka supaya boleh bersekolah atau diterima di pejabat kerajaan. Mereka menghilangkan gelaran Tengku atau Wan karena takut dicaci sebagai kerabat raja.

Akhirnya, selepas 19 tahun, pada 30 September 1965, terjadilah rampasan kuasa oleh Angkatan Bersenjata Republik Indonesia pimpinan Jenderal Suharto yang bertindak memusnahkan Parti Komunis Indonesia. Puak pro-komunis Indonesia menerima nasib yang dianggap sebagai balasan kepada apa yang telah mereka lakukan ke atas Sultan-sultan Melayu di Sumatera.

Hampir 2 juta puak pro-komunis Indonesia telah dibunuh oleh tentera Indonesia dan sebahagian besar pemimpin Parti Komunis Indonesia di Sumatera Timur terbabit mencetus ‘Revolusi Sosial 1946’ di Sumatera Timur dengan membunuh parak Sultan dan kerabat diraja serta merompak istana-istana ditangkap dan dibunuh oleh tentera dan juga rakyat.

Sinar bagi orang Melayu di Sumatera Timur kembali pada tahun 1971 apabila pemimpin masyarakat Melayu Sumatera Timur yang dilindungi oleh Panglima Komando Wilayah Sumatera, Leftenan Jenderal Ahmad Tahir, telah mengumpul dan menyatukan sebanyak 17 organisasi masyarakat Melayu dan membentuk payung organisasi bernama MAJLIS ADAT BUDAYA MELAYU INDONESIA (MABMI) .

Sehingga kini, adat budaya Melayu masih banyak yang hilang akibat terputusnya dua generasi pada masa mula revolusi sosial dan sepanjang zaman pemerintahan Sukarno. Walaupun kini telah ada yang berusaha menggali khazanah budaya Melayu Sumatera Timur tetapi itu belum cukup tanpa bantuan dari orang orang Melayu di seluruh penjuru dunia.

Para pecinta sejarah Indonesia kini menyesali keterlanjuran masyarakat yang mudah ditipu oleh pihak komunis yang kononnya pro-rakyat yang meniup fitnah demi merampas kuasa pemerintahan dengan jalan mudah.

Tengku Amir Hamzah,Pahlawan ulung wafat setelah dipenggal kepala di Kuala Kegumit . beliau tak lari saat nak dibunuh , beliau berkata " lari dari binjai patik pantang,Patik ialah keturunan Panglima , kalah di gelanggang sudah biasa".

Di Malaya,besyukurlah kita diatas kegagalan Gagasan Indonesia Raya melalui Penubuhan UMNO disaat2 amat terdesak dan kritikal.

Jika tidak,belum tentu apa nasib Islam,Melayu dan Raja2.

HATI HATI DENGAN YANG NAMANYA ''PEJUANG RAKYAT''..PADAHAL MEREKALAH GUNTING DALAM LIPATAN.

http://postmetro.online/index.php/113-pandangan/19858-kisah-kesultanan-bangsa-melayu-di-indonesia-yang-musnah



Apakah orang Melayu telah lupa tragedi menimpa nenek moyang mereka di Sumatera Timur - Kriss Merah.com
http://www.krissmerah.com/2018/06/apakah-orang-melayu-telah-lupa-tragedi.html
Allah cerai beraikan hidupnya
 

TUJUAN HIDUP KERANA DUNIA

Daripada Zaid Bin Thabit رضى الله عنه berkata, Rasulullah ﷺ bersabda,

عن زيد بن ثابت قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ كَانَتْ الدُّنْيَا هَمَّهُ فَرَّقَ اللَّهُ عَلَيْهِ أَمْرَهُ وَجَعَلَ فَقْرَهُ بَيْنَ عَيْنَيْهِ وَلَمْ يَأْتِهِ مِنْ الدُّنْيَا إِلَّا مَا كُتِبَ لَهُ وَمَنْ كَانَتْ الْآخِرَةُ نِيَّتَهُ جَمَعَ اللَّهُ لَهُ أَمْرَهُ وَجَعَلَ غِنَاهُ فِي قَلْبِهِ وَأَتَتْهُ الدُّنْيَا وَهِيَ رَاغِمَةٌ

" Barangsiapa tujuan hidupnya adalah dunia, maka Allâh akan mencerai-beraikan urusannya, menjadikan kefakiran di kedua pelupuk matanya, dan ia tidak mendapatkan dunia kecuali menurut ketentuan yang telah ditetapkan baginya. Barangsiapa yang niat (tujuan) hidupnya adalah negeri akhirat, Allâh akan mengumpulkan urusannya, menjadikan kekayaan di hatinya, dan dunia akan mendatanginya dalam keadaan hina.”

[ Sunan Ibn Majah, Kitab Zuhd, Tujuan Hidup kerana Dunia, 4105]

http://www.krissmerah.com/2018/10/allah-cerai-beraikan-hidupnya.html
Allah cerai beraikan hidupnya - Kriss Merah.com
Perang Uthmaniyyah - Greece 1897
 

1897, perang Greco-Turki yang menentukan kemenangan Turki terhadap orang Greece, Utara Greece sepenuhnya diambil alih, Kerana undang-undang Fez pada tahun 1826 Fez menjadi 'markas' 'Angkatan Bersenjata kerajaan Uthmaniyyah. Uthmaniyyah menempatkan 120,000 tentera dalam peperangan ini dan orang-orang Greece sekitar 40,000 orang.

Greece mengalami kerugian paling besar, iaitu kira-kira 7,000 orang tentera terkorban dan Uthmaniyyah hanya 1,000 orang.

Perang Uthmaniyyah - Greece 1897 - Kriss Merah.com
http://www.krissmerah.com/2018/10/1897-perang-greco-turki-yang-menentukan.html
Reaksi Sultan kerajaan Uthmaniyyah ketika menerima surat dari Madinah
 

Suatu hari Sultan Abdulaziz sakit dan sedang tidur. Pembantu beliau berkata: 

"Tuanku, surat ini telah dihantar dari orang-orang kamu di Madinah." 

Jawapannya baginda : "Bangunkan saya! Tidak sopan untuk meletakkan dan mendengar permintaan jiran-jiran Rasulullah dengan kaki saya terbentang seperti ini."
Reaksi Sultan kerajaan Uthmaniyyah ketika menerima surat dari Madinah - Kriss Merah.com
http://www.krissmerah.com/2018/10/reaksi-sultan-kerajaan-uthmaniyyah.html
Benarkah orang Melayu berasal daripada Bani Israel yang hilang
 
BANGSA MELAYU BERASAL DARI KETURUNAN BANI ISRAEL YANG HILANG?
Oleh : HambaFakir

Dari apa yang saya baca, Melayu/Mala/Malai bermaksud gunung, jadi Melayu bermaksud bangsa gunung, lagipun bukan ke bangsa Melayu/Malai/Mala dari keturunan Nabi Ibrahim AS, jadi tidak mustahil bangsa Melayu ini berasal dari salah satu kaum bani Israel yang hilang. 

Nak tahu mengenai sejarah dan rahsia bangsa Melayu/Mala/Malai/Bangsa Gunung yang berasal/dilahirkan dari ibunda Keturah/Qeturah, iaitu isteri Nabi Ibrahim AS yang berasal dari kerajaan Melayu Kemboja purba atau Champa kuno serta hubung kait bangsa Melayu dengan salah satu kaum bani Israel yang hilang dan telah mendapat hidayah Allah SWT serta akan menentang kaum-kaum bani Israel yang sesat atau bangsa Yahudi di negara haram Israel sekarang di Tanah Yang Dijanjikan.

BANGSA YANG HILANG (The Lost Tribe)

Apakah kepentingan mencari bangsa yang hilang bagi Yahudi? Bagi Yahudi Ortodoks tiada apa kepentingan yang amat perlu pun. 

Jika ada, hanyalah untuk menjejak sejarah mereka sahaja. Tetapi bagi Yahudi Zionis, ianya amat perlu. INI ADALAH KERANA MEREKA AMAT PERCAYA DENGAN RAMALAN DI DALAM KITAB-KITAB AGAMA LEBIH-LEBIH LAGI DI DALAM AL-QURAN. 

Mengikut daftar bangsa yang hilang di dalam Kitab Yahudi kuno, terdapat 12 puak Yahudi di masa lalu iaitu:

01. Reuben
02. Simeon
03. Levi
04. Judah
05. Issachar
06. Zebulun
07. Dan
08. Naphtali
09. Gad
10. Asher
11. Joseph
12. Benjamin

Di dalam 12 puak yang hilang ini, hanya keturunan Nabi Yusuf AS sahaja yang hilang daripada rekod Yahudi. Keturunan Nabi Yusof AS menurunkan dua puak yang lain iaitu Manasseh dan Ephraim. 

Mengikut satu kitab Yahudi, satu ‘lost tribe’ bani Israel (yang mendapat petunjuk ILLAHI, iaitu beragama Islam) akan membunuh Yahudi Zionis di Palestin. Di dalam kitab Yahudi kuno yang lain pula, ada mencatatkan golongan Manasseh (anak kepada Nabi Yusuf AS) bakal menyembelih Yahudi jahat (Zionis/Yahudi Kabbalah) di Palestin. 

Setelah Yahudi membuat pencarian, terdapat banyak puak golongan Manasseh di sebelah timur. Antaranya, Afghanistan, Pakistan Utara (Patan/Pashtun), sedikit India, sedikit Myanmar, sedikit China, sedikit Jepun, sedikit Filipina, sedikit Western Samoa, sedikit Tonga, sedikit Ecuador, sedikit Madagascar dan sedikit Hawaii.

Namun begitu, kesemua mereka tahu tentang asal-usul mereka (bercanggahan dengan prinsip ‘lost tribe’). Termasuk di Afghanistan dan Pakistan Utara juga (namun yang beragama Islam cuma di Afghanistan dan Pakistan Utara – sebab itu mereka diserang oleh Yahudi Amerika dan Russia). 

Dalam pada itu, seorang Professor di Amerika bernama Ralph Olssen telah membuat hipotesis baru. Pada mulanya Yahudi Zionis menyangkakan Red Indian Amerika adalah ibu bagi segala orang-orang Manasseh ‘the lost tribe’. Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif. 

Kemudian Profesor Ralph Olssen mengkaji secara mendalam tentang Book of Mormon (yang diselewengkan dari satu manuskrip kuno) dan membuat kajian DNA sekali. 

Keputusan beliau adalah, ibu bagi segala keturunan Manasseh adalah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Untuk menguatkan lagi cerita, tidak ada seorang Melayu pun yang tahu mengenai salasilah keturunan bani Israel mereka. MALA ADALAH ‘THE LOST TRIBE’ YANG SEBENAR, LEBIH TERSEMBUNYI DARI ‘THE TRIBE OF DAN’. 

Jadi, kalau berpandu kepada kitab Yahudi tua bahwa ‘lost tribe’ dari kalangan Manasseh (anak Nabi Yusuf AS) yang bakal berada di barisan hadapan tentera Imam Mahdi dan bakal menyembelih orang-orang Yahudi di Palestin dan bakal juga memadamkan Israel daripada peta dunia adalah terdiri daripada orang-orang Melayu. Ini tidak bercanggahan dengan mana-mana hadis mengenai Imam Mahdi.

Mengikut manuskrip kuno yang diseleweng menjadi Book of Mormon itu lagi, sebahagian daripada Melayu Semenanjung (termasuk Selatan Thai) juga adalah dari keturunan bani Israel, iaitu dari kumpulan Lehi (iaitu terus dari Manasseh, iaitu anak kepada Nabi Yusuf AS). 

Nabi Yusuf AS ada 2 orang anak sahaja, iaitu Manasseh dan Ephraim. Mengikut DNA yang dilakukan kepada 86 lelaki Melayu oleh seorang professor perempuan di UKM baru-baru ini, terdapat 27% variant Mediterranean dalam darah DNA Melayu. Dalam kamus sains, DNA Mediterranean adalah dari bangsa Euro-Semitik termasuk dari bani Israel!

Hipotesis ini terdapat separuh kebenaran di dalam kesamaran. Orang Melayu bukanlah 100% berasal dari keturunan Manasseh (Yahudi kuno) tetapi teori Ralph Olssen mengenai pengembaraan bangsa yang hilang ‘the lost tribe’ ke Bumi Mala adalah sesuatu yang menarik dan amat bertepatan dengan apa yang dibincangkan sebelum ini. Kenapa Ralph Olssen menyebut Tanah Melayu ini ‘Bumi Mala’? Apakah yang diceritakan di dalam manuskrip kuno tentang satu bangsa misteri yang berjalan dan berlayar ke hujung dunia?

Dari mana salasilah “Melayu”? Yahudi memburu saki baki keturunan Nabi Yusuf AS? Kenapa? MAHADI berasal dari darah keturunan Nabi Ibrahim = Ishak+Ismail+ “Q” ?. Apakah itu “3Mim”? Tiada NABI diutus ke Nusantara? Islam bertapak kukuh dikelilingi Hinduism dan Budhism, kenapa?

MELAYU - Jawi

Siapakah Melayu? Dari manakah asalnya Melayu itu? Ketika ramai pengkaji memperdebatkan kaum-kaum yang hilang seperti The Lost Tribe of Israel, Atlantis, Lemuria, Sodom and Gomorrah malah masih mencari-cari siapakah Gog and Magog, rahsia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam tabut rahsia sejak beribu-ribu tahun. Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini.

Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia, ‘di penghujung dunia’. Bangsa yang hilang masih tidur dan ditidurkan. ‘Di hujung dunia’, setelah penat mengembara, bangsa misteri berehat dan berehat… tidur dengan lenanya… senyap sunyi tanpa siapa mengganggu walaupun Hitler telah pergi ke Tibet menjejak bangsa misteri, tetapi dia juga ketinggalan jejak mereka…di manakah bangsa misteri ini meneruskan perjalanan mereka? 

Masih adakah masa lagi untuk menjejaki mereka?

KETURAH - IBU MELAYU

Dalam Kitab Perjanjian Lama ada diabadikan perihal Keturah yakni wanita yang dinikahi oleh Nabi Ibrahim AS selepas kewafatan Sarah. 

Menerusi perkahwinan tersebut, Keturah melahirkan enam orang putera iaitu Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah. Menurut riwayat Ibnu Athir dalam kitabnya, Al-Kamil fil Tarikh, umat Nusantara termasuk Melayu bersalasilah secara terus dengan Ibrahim melalui zuriatnya dengan Keturah ini.

Mengikut catatan Ibnu Yusof dalam kitab Permata Yang Hilang, ada kemungkinan juga bahawa nama Melayu itu berasal dari perkataan Malai-Ur sempena nama kerajaan Chaldea tempat asal Nabi Ibrahim AS. Ada juga pendapat menyatakan bahawa Melayu berasal dari perkataan Malai dan Yunan.

Orang Melayu dikenali sebagai orang Malai oleh beberapa bangsa lain tapi orang Arab cenderung memanggil orang Melayu sebagai bani Jawi. Orang Malai (orang bukit atau gunung) ini mungkin telah mendiami Kemboja sebelum kedatangan Nabi Ibrahim AS ke situ, dan hampir pasti Keturah adalah orang Malai. Apa maknanya semua ini? Maksudnya, Melayu, Arab dan Yahudi itu bersaudara – dari asal yang sama. Tetapi siapakah Keturah?

Menurut satu versi dari sebuah manuskrip kuno, Keturah adalah isteri ketiga Nabi Ibrahim AS. Setelah kewafatan Sarah, Nabi Ishak AS telah merayu Nabi Ibrahim AS untuk berkahwin dengan ibu angkat beliau dari kerajaan Champa Kuno (bukan Champa Baru di era Angkor). 

Akhirnya Nabi Ibrahim AS bersetuju dan berkahwin dengan Keturah dan telah dikurniakan ALLAH 6 orang anak. Nama anak-anak Keturah adalah Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah. Anak-anak mereka inilah menjadi pengasas kepada bangsa Melayu. Melayu diambil dari perkataan ‘Mala’ (nama bangsa asas Keturah). Lihat, nama ini sama dengan nama yang tertulis dalam manuskrip yang dikaji oleh Ralph Olssen.

Bukan itu sahaja, keturunan Keturah inilah yang ramai tinggal di Tanah Melayu, Sumatera, Jawa, Borneo, Sulawesi dan Mindanao. Kesemua tempat ini merupakan tempat yang mempunyai tulisan purba yang diadaptasi dari tulisan Semitik Purba (termasuk di dalamnya tulisan Aramaik Kuno dan Ibrani). Tulisan Rencong adalah tulisan rasmi Melayu. Jawa dan Bugis juga mempunyai tulisan yang hampir serupa.

Agama rasmi Melayu adalah agama Jawi. Agama Jawi adalah agama Nabi Ibrahim AS. Jawi dikatakan ada perkaitan dengan Levi, iaitu anak kepada Nabi Yaakob AS. Levi merupakan ketua Ulama dan ketua Rahib bagi agama Nabi Ibrahim AS di kalangan bani Israel. Sejak penggalian di sebuah daerah di Jordan menemukan kota purba yang bernama Jawi/Jawa (Jevi), minat sarjana Barat untuk mengkaji bangsa Mala semakin kuat.

INGAT, YAHUDI/BANI ISRAEL BUKANLAH MELAYU TETAPI KEDUA BANGSA PURBA INI ADA INTERAKSI ANTARABANGSA PADA MASA SILAM.

Keturah bukanlah Melayu. Walaupun beliau melahirkan bangsa Melayu, Keturah adalah daripada bangsa Mala. MELAYU ADALAH BANGSA MALA + (YANG MEMPUNYAI DARAH KETURUNAN NABI IBRAHIM AS). Sekiranya kita lihat orang-orang asli seperti Mahmeri dan Jakun, bahasa mereka adalah diambil dari bahasa Mala. Semua bangsa seperti Mahmeri, Jakun, Iban, Kadazan, Melanau, Bajau, dan seumpamanya adalah merupakan bangsa asal Mala. DNA bagi bangsa ini adalah 01m-19a.

Ini menerangkan Keturah mungkin berasal dari satu kerajaan purba yang sedia ada di Timur ketika zaman Nabi Ibrahim AS (ada versi yang mengaitkan ‘Mala’ dengan ‘Mon’) tetapi ini bukan kaum Mon pada hari ini kerana pertama kaum Mon pada hari ini bukanlah Melayu pada ertikata sebenarnya dan yang kedua jika terdapat ‘benang-benang merah’ sekalipun antara Mon dan Melayu ia adalah proses asimilasi Mala/Melayu yang kompleks dengan etnik-etnik Indochina. 

Perlu diingat Melayu juga boleh kehilangan identiti mereka akibat penjajahan, perang atau pemaksaan budaya seperti yang berlaku pada orang Melayu di Cape Town, Filipina, Thailand dan sebagainya.

Jadi orang Mon pada hari ini bukanlah Melayu pada ertikata sebenarnya kerana akibat percampuran etnik yang kompleks walaupun cendekiawan mereka masih mencari-cari kerajaan purba mereka yang dinamakan ‘Suvarnabhumi’- menunjukkan mereka mungkin masih mahu menjejak moyang Mala mereka).

Jika kita lihat DNA Melayu Kedah dan Iban, kedua-dua mereka mempunyai persamaan. Tetapi kenapa Melayu Kedah (mewakili kepada semua Melayu di semenanjung dan Indonesia yang pernah mempunyai peradaban dan kerajaan) lebih bijak dan segak? Ini adalah kerana mereka daripada keturunan Nabi Ibrahim AS dan Keturah. Begitu juga Melayu Selangor, Perak, Johor dan lain-lain serta Mahmeri. Kedua-dua puak ini mempunyai DNA yang serupa. Namun Melayu Selangor jauh lebih bijak dan segak daripada Mahmeri.

Punca perbezaan adalah daripada genetik Nabi Ibrahim AS. Jadi, jika kita menjejak Melayu dari susur galur Mala Kuno (iaitu jurai Keturah dari kerajaan misteri dari Timur Jauh ini), jejak akan menjadi lebih kompleks, merangkumi persoalan Ophir, Tanah Punt (The Land of Gods-nenek moyang Firaun Purba), kerajaan-kerajaan misteri sezaman atau lebih tua dari era Nabi Ibrahim AS dan Akkadia-Babylon hinggalah era sebelum Banjir Besar, Lemuria dan Atlantis.

INI ADALAH KISAH YANG LAIN, MISTERI YANG LAIN

Jawab soalan ini. Bagaimana Ptolemy boleh mengetahui peta lengkap Semenanjung Tanah Melayu pada abad kedua Sebelum Masehi beserta gelaran Golden Chersonese (Semenanjung Emas)? 

Padahal mengikut sejarah moden orang-orang Barat hanya sampai di dunia sebelah sini selepas ekspedisi penjelajah Sepanyol dan Portugis seperti Magelland. Ada misteri di situ. Sama seperti Piri Reis yang membuat peta paling misteri di dunia berdasarkan manuskrip peta-peta kuno, Ptolemy juga mendapat sumber yang sama, dari manuskrip peta-peta kuno lama sebelum era Yunani. 

Sebahagiannya dari era Firaun Kuno (ingat, perpustakaan Iskandariah yang terkenal, yang menyimpan sejumlah besar manuskrip purba).

Namun Mala bukanlah bangsa asal. Mala mempunyai ‘benang-benang merah’ dengan bangsa Scythia. Scythia merupakan bangsa asas kepada semua puak Eskimo, asli Yunan, asli Dai, asli Taiwan, hingga ke kaum Ainu di Jepun dan suku misteri di pulau-pulau Jepun sebelum kedatangan kaum Yamato (kaum dominan Jepun pada hari ini), Lembah Mekong, Tanah Melayu, Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi, Filipina, Pasifik, Madagascar dan Amerika Latin.

Scythia merupakan sebuah bangsa nomad berkerajaan yang berasal daripada Asia Tengah (ingat Teori Kapak Tua dan bangsa Kambuja?) berhampiran dengan Laut Hitam. Kaitan antara Melayu dengan Scythia telah dirumus oleh seorang arkeologis Eropah di sekitar tahun 1830an lagi. 

Maka ada kemungkinan Scythia merupakan bangsa asal daripada Nabi Adam AS. Ini kerana Nabi Adam AS mempunyai 22 pasang anak, atau bermaksud 22 bangsa asas (kemungkinan dari kajian setakat ini).

KAMBUJA, ARYAN, MALA, MANESSAH, SUKU SAKYA DAN BUDDHA.

Bangsa Mala itu memang bukan dari Yahudi. Perlu diingat Yahudi itu dari lelaki bernama Yehudah (anak Nabi Yaakob AS yang berkomplot dengan abangnya Shimon (Simeon) untuk membunuh Nabi Yusof AS).

Sedangkan hipothesis dari Ralph Olsen mengatakan bangsa Mala ini dari bani Menasseh anak kepada Nabi Yusof AS, ini jelas bila kajian DNA telah dilakukan pada puak ‘bani Menasseh’ di daerah Assam, Burma telah mengesahkan mereka ada DNA bangsa Israel. Daerah Assam adalah laluan Mala-Deutro@bani Menasseh yang lari dari peperangan Assyrian yang membumi-hanguskan Kota Nineveh kerajaan Judah.

Disini adalah ditegaskan sekiranya bangsa Mala ada bloodline dengan bani Menasseh (keturunan Nabi Yusof AS@Joseph), maka layaklah digelar berketurunan bani Israel bukan Yahudi. Kerana bani Israel itu bertebaran luas di bumi ini yang mana ianya lahir dari 12 anak keturunan Nabi Yaakob AS, sedangkan Yahudi hanya salah satu suku kaum dalam ras bani Israel. Samalah dalam kes pendita Yahudi mengatakan bahawa Nabi Ibrahim AS itu Yahudi, lalu Allah SWT tegaskan baginda bukan Yahudi.

Mana tidaknya, Yahudi hanya salah satu suku kaum dari bani Israel yang wujud lama selepas Nabi Ibrahim AS. Seperkara lagi, bangsa Israel bertebaran hingga ke bumi Afrika dan puak Lembah Afrika memang ada genetik Israel dari bani Benjamin@Bunyamin iaitu adik kepada Nabi Yusof AS malahan di China pun ada keturunan Israel yang dah bercampur dengan bangsa Cina iaitu puak Cina Kaifeng.

Jadi ‘Lost Tribe’ Israel memang lari ke sebelah Asia melalui ‘Laluan Sutera’ untuk turun ke Yunan, Mekong dan Indochina hingga terserap dalam bangsa Mala (Hari ini pegang syariat Nabi Muhammad SAW yakni Islam). Ada yang terpisah ke China lalu membentuk komuniti Kaifeng.

Jadi bani Israel merangkumi keturunan Nabi Ibrahim turun kepada Ishak lalu Yaakob dan turun kepada seluruh 12 anak Nabi Yaakob AS, jadi pengkhianatan Yahudi (Perisitwa Samiri dan Sapi) adalah pilihan puak Yahudi itu sendiri tiada kaitan dengan ras Israel lain yang masih memegang syariat mentauhidkan Allah Taala.

Kajian projek genome oleh Rabbai Jacobovici telah dilakukan untuk mengesahkan hipothesis Dr. Ralph Olsen berkenaan Israel DNA variant dalam bangsa Mala (rujuk website beliau, link: mormonslocation). Projek genome itu dijangka lengkap dalam masa 5 hingga 10 tahun akan datang khusus untuk menjejaki ‘lost tribe’ disebelah South East Asia region.

Kajian ini hanyalah satu kajian untuk mencari asal-usul kaum Melayu. Tidak perlu kita percaya bulat-bulat tentang kajian ini, hanya jadikan ianya satu bahan bacaan kerana tiada bukti sahih dari kaum Melayu dan Islam sendiri, hanya berpandukan pada kajian barat dan orang-orang Yahudi. Wallahua’lam.

Tetapi sebagai orang Islam, saya berharap dan berdoa kepada Allah SWT supaya kita adalah Muslimin dan Muslimat yang akan berada di samping Imam Mahadi di Hari Kebangkitan nanti.

Benarkah orang Melayu berasal daripada Bani Israel yang hilang - Kriss Merah.com
http://www.krissmerah.com/2017/11/benarkah-orang-melayu-berasal-daripada.html

Kalender empayar Uthmaniyyah 1892

 
Kalendar empayar khilafah Uthmaniyyah ditulis dalam bahasa Turki, bahasa Arab, Greek, armenia, ibrani / ladino, Perancis dan Bulgaria bahasa, 1892, menunjukkan kepelbagaian etnik dalam empayar uthmaniyyah.

An Ottoman calendar written in the Ottoman Turkish, Arabic, Greek, Armenian, Hebrew/Ladino, French and Bulgarian languages, 1892, demonstrating the plurality of ethnicities in the Ottoman Empire.

Kalender empayar Uthmaniyyah 1892 - Kriss Merah.com
http://www.krissmerah.com/2017/12/kalender-empayar-uthmaniyyah-1892.html
Adnan Manderas, Perdana Menteri Syahid demi mengembalikan Islam di Turki
 
Adnan Manderes- Bekas Presiden Turki Yang Diselamatkan Dari Nahas Kapal Terbang, Berjanji Mengembalikan Islam Di Turki, Tetapi Mati Di Tali Gantung

Tahukah Anda, Adnan Menderes adalah PM Turki yang Syahid di Tali Gantung

Ali Adnan Ertekin Menderes (lahir di Aydin tahun 1899 – meninggal di Imrali, 17 September 1961 pada umur 62 tahun) merupakan seorang negarawan Turki dan pimpinan pertama yang dipilih secara demokrasi dalam sejarah Turki. Ia menjawat jawatan Perdana Menteri Turki antara tahun 1950–1960. Salah seorang pengasas Parti Demokrat pada tahun 1946, parti oposisi rasmi ke-4 di Turki.

Masyhur di kalangan masyarakat Turki tersebar kisah Adnan Menderes menaiki sebuah pesawat terbang. Semasa di angkasa, salah satu mesin pesawat mati. Pilot pesawat mengumumkan keadaan kecemasan. Menderes bersumpah, jika Tuhan selamatkan dirinya, dia berjanji untuk mengembalikan kejayaan Islam di Turki. Akhirnya pesawat pun terbakar. Satu-satunya penumpang yang selamat, hanya dirinya. Allahu a’lam.

Dia dikenali sebagai orang yang pertama kali mengembalikan azan ke dalam bahasa Arab, dimana sejak lama diubah oleh Kamal Attaturk ke dalam bahasa Turki. Tahun 1950 bergabung dengan Parti Demokrat Turki dan menjadi calon untuk pilihanraya. 

Amerika pada masa itu mensasarkan bahawa Menderes akan kalah dengan manifesto-manifesto yang dibawanya. 

Antara kempen Menderes ialah:

1. Azan dikembalikan ke dalam bahasa Arab
2. Ibadah haji diizinkan
3. Pembukaan kembali sekolah-sekolah agama (Islam) dan pengajaran agama di sekolah-sekolah umum
4. Membatalkan dasar yang melarang hijab bagi Muslimah.

Hasilnya parti Attartuk menurun 32 kerusi. Manakala Parti Demokrat meraih 318 keursi. Adnan Menderes dipilih menjadi PM Turki, dengan presiden Celâl Bayar. Semenjak dilantik menjadi PM, Menderes memenuhi janji-janji di dalam manifesto. Pelantikannya bertepatan dengan awal Ramadhan dan dalam masa yang sama, Menderes mengisytiharkankan azan dengan bahasa Arab, kebebasan berpakaian untuk muslimah, pengajaran di masjid-masjid, dan dibolehkan memakmurkan masjid.

Pada pilihanraya 1954, parti Attartuk sekali lagi menurun secara drastik hingga tinggal 24 kerusi. Pada masa yang sama, Menderes mengizinkan peraturan yang membolehkan pengajaran Bahasa Arab, pengajaran Al-Qur’an di seluruh sekolah menengah, membangunkan 10,000 masjid dan 22 maahad Islam di Anatolia, dalam rangka akselerasi program para khatib, da’i, dan guru-guru Al-Qur’an. Menderes juga mengizinkan penerbitan buku-buku Islam, majalah-majalah atau lembaran yang menyerukan agar kembali berpegang teguh dengan ajaran Islam. Lebih dari itu, Menderes mengaktifkan kembali masjid-masjid yang dijadikan gudang-gudang untuk kembali menjadi tempat ibadah dan membuka 25 madrasah tahfiz Al-Qur’an.

Menderes mulai aktif menjalin hubungan dengan Dunia Arab melawan Israel. Antaranya, melaksanakan aturan ketat untuk setiap kargo yang masuk dari Israel, baik kargo ubat-ubatan atau barang yang ‘Made in Israel’. Malah Menderes pernah mengusir Duta Israel di Turki tahun 1956. Arus Islamisasi yang begitu deras, membuat golongan anti Islam di Turki kepanasan. 

Didalangi oleh para jeneral dari zaman Kamal Attatruk iaitu Jeneral Kamal Joe Russel, dia menangkap dan menghukum gantung Menderes. 

Sebab-sebab Menderes dihukum gantung telah ditulis oleh seorang wartawan bernama Sami Kohen, “Penyebab hukuman mati Menderes adalah, kebijakan politiknya yang teramat dekat dengan dunia Islam, sebaliknya dingin dan kaku dengan Israel. Selain itu, kunjungan terakhirnya ke beberapa negara Teluk, yang kemudian dilanjutkan beribadah haji, menjadi sebab kemarahan militer tentera Turki.”

Akhirnya, Menderes syahid di tali gantung. Dalam 10 tahun perjuangannya, sekolah-sekolah Islam yang dibukanya, lembaga-lembaga tahfiz yang telah digerakkan, masjid-masjid yang dibangunkan, azan yang dikembalikan dalam bahasa Arab, ternyata membuahkan hasil semenjak tahun 1996 dengan kemunculan Necmettin Erbakan, dan sehingga penghujung tahun 2006, benih-benih dakwah Menderes muncul seperti: Abdullah Gull, Recep Tayip Erdogan, dan generasi terbaik Turki saat ini.

Tak ramai yang mengenal dan pernah dengar tentang Adnan Menderes di dalam dunia Islam. Mungkin sebab Menderes tak pandai mengarang buku-buku, hingga tak ada yang menggelarnya ‘Allamah Mujtahid Mutlaq Syaikh.’ Tetapi pengorbanannya menjadi teladan bagi generasi muda Turki, sejajar dengan Imam Syahid Hasan Al-Banna, Sayyid Qutb, Raja Faisal dan lain-lain lagi.
Share Dari FB : • Abdillah Mignolet • 18 06 2018 •
Adnan Manderas, Perdana Menteri Syahid demi mengembalikan Islam di Turki - Kriss Merah.com
http://www.krissmerah.com/2018/06/adnan-manderas-perdana-menteri-syahid.html


Putera Kahiyan: Pewaris Khilafah Uthmaniyyah

Lebih sejuta gugur syahid demi menentang penjajah


Turki kini tersenarai negara pengeluar kapal perang, ...
Kisah bani Israel yang disumpah menjadi kera


Tiada ulasan: