Khamis, 15 November 2018

Pemandu lori. 8641.


Bismillah.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta'alla., yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat dan secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (Surah al-Kafirun, ayat 1-6)

Firman Allah Subhanahu Wa Ta'alla., yang bermaksud: “..Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya” [QS. AL 'IMRAN (3):185].

Firman Allah Subhanahu Wa Ta'alla., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).

Firman Allah Subhanahu Wa Ta'alla., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).

Firman Allah Subhanahu Wa Ta'alla., yang bermaksud: “Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku.” (QS. Yusuf: 86).

Hari ini...

RM4.00 lori singgah di jualan. Beberapa jam kemudian sebuah lori berhenti sebelah depan kiri dan pemandunya singgah alas perut di kedai mamam di seberang jalan. Beberapa minit kemudian sebuah lori berhenti di sebelah depan kanan pula. Rupa-rupanya pemandu lori itu rehatkan badan ...tidur.

Dalam suasana sebegitu, Allah beri petunjuk untuk aku berkemas balik sebab kawasan niaga sudah terlindung. Alhamdulillah redha dengan takdir dan ketentuan Nya... dan sampai rumah beberapa minit sebelum waktu Asyar. Aamiin.

Tiada ulasan: