Isnin, 3 Disember 2018

Dia tolak dua daripada tiga dan kalau dia menolak, siapa yang tidak hendak demokrasi? 8800.


Dia dapat apa dia nak. Apa nak berkawan lagi dengan geng terbukti kalah PRU14. Bukti MCA lebih baik dari DAP? Maklum DAP yang kafirkan Singapura dan gadaikan juga Pulau Batu Putih. Xcaya tanya Umno dan Pas. Umno pun jujur telus sangat-sangat. Kenal mana batu, mana intan. Lagi bagus tepuk dada tanya Iman. Aamiin. 

roketkini.com
RENCANA
Yang perlu anda ingat tentang skandal Tabung Haji Pada oleh 
‘Skandal Tabung Haji’ muncul di tengah hangat kita bersembang tentang bagaimana syarikat berpenyakit milik kerajaan, 1MDB; sedang bergelut untuk melunaskan hutangnya yang menggunung.

Nama Tabung Haji dipetik apabila ia didapati telah membeli sebidang tanah Tun Razak Exchange, seluas lebih sedikit daripada separuh padang bola, dengan harga yang luar biasa mahal. Ini dipercayai telah dilakukan bagi membantu 1MDB melunaskan hutang-hutangnya

Kebetulan, Pengerusi Tabung Haji ketika hal ini terjadi adalah tidak lain, Azeez Rahim; bekas Ahli Parlimen Baling, yang duduk sangat hampir ke tengah lingkaran dalaman mantan perdana menteri merangkap suami kepada Datin Seri Rosmah Mansor.

Lebih menarik lagi, ketika itu; empat orang Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji turut berada dalam lembaga pengarah 1MDB. Empat orang ini harus dihafal nama mereka, iaitu; Datuk Johan Abdullah, Tan Sri Ismee Ismail, Datuk Abdul Samad Alias dan akhir sekali, peminat kasut merah; Tan Sri Irwan Serigar Abdullah.

Skandal Tabung Haji meletup seawal Mei 2015

Dua bulan sebelum skandal 1MDB meletup di akhbar Wall Street Journal dengan segala macam pendedahan, diikuti tindakan undang-undang oleh DOJ tentang wang dari akaun ‘Tanore’ yang masuk ke akaun peribadi mantan perdana menteri, Datuk Seri Najib.

Najib Razak mengambil masa yang begitu lama untuk bersilat dengan alasan dan justifikasi terhadap duit derma orang kaya Arab yang mulanya tidak wujud, namun kemudian diakui, dan kemudian dikembalikan sebahagiannya. Namun langkah, bunga dan buah Najib Razak ternyata sia-sia belaka.

Setelah Najib Razak dan juak-juaknya tersungkur dalam pilihanraya 9 Mei lalu, Azeez Rahim meletakan jawatannya sebagai Pengerusi Tabung Haji pada 24 haribulan.

26 September, Azeez muncul di mahkamah dengan berpakaian lokap SPRM.

1 Disember, Tabung Haji membuat dua laporan polis terhadap Azeez Rahim, bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Tan Sri Ismee Ismail dan Datuk Seri Johan Abdullah. Ya, nama-nama ini kita ada sebut awal tadi.

Bukan sahaja itu, beberapa nama pengurusan kanan lain dipetik termasuk Datuk Adi Azuan (Ketua Pegawai Operasi), Datuk Rozaida Omar (Ketua Pegawai Kewangan), Hazlina Mohd Khalid (Penasihat Undang-Undang) dan Rifina Md Ariff (Pengurus Besar Kanan, Perkhidmatan Korporat Dan Harta Tanah).

2 Disember, media melaporkan bahawa pada tahun 2016; Tabung Haji didakwa memalsukan buku akaunnya. Ini dilakukan untuk memberi ilusi prestasi cemerlang badan tersebut demi mewajarkan dividen 6.25 peratus yang diumumkan menjelang pilihanraya lalu.

Dividen berjumlah RM2.7 bilion dibayar tiga bulan sebelum pilihanraya.

Itu belum campur soal kehilangan RM4 bilion daripada RM64 bilion yang dimasukkan pendeposit ke tabungan rukun Islam kelima itu. Perkara serupa pernah dibangkitkan Rafizi Ramli pada tahun 2016. Berbakul Rafizi kena maki.

Siapa dia ‘pendeposit’ yang dimaksudkan? 

Ya, ibu ayah kita di kampung yang menabung lama untuk mengerjakan haji. Hasil berniaga nasi lemak, menoreh getah, ambil upah jaga budak.

Dah marah belum? – Roketkini.com

Tags : 
Yang perlu anda ingat tentang skandal Tabung Haji | roketkini.com
https://www.roketkini.com/2018/12/03/yang-perlu-anda-ingat-tentang-skandal-tabung-haji/

Usah guna BN sebagai tempat lepaskan geram: MT UMNO ‘Helah politik MCA yang memualkan perlu dihentikan segera’  siti hafidah  03/12/2018
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Reezal Merican
BANGI, 25 Rabiulawal 1440H, Isnin – Usul MCA untuk membubarkan Barisan Nasional (BN) dan membentuk perikatan baharu adalah langkah terdesak bagi menunjukkan strategi politik ala gung-ho mereka tanpa memberi apa-apa momentum.
Menyifatkan tindakan itu sebagai usaha untuk memalukan dan menghina Pengerusi BN, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Reezal Merican berkata, MCA tidak perlu menghina kepimpinan BN, sebaliknya mereka boleh terus keluar tanpa perlu membawa usul untuk membubarkan parti itu.
Malah katanya, kepimpinan MCA juga tidak perlu mengguna BN sebagai tempat untuk melepaskan geram melalui serangan yang berterusan.
“Tidak perlu berterusan menyerang BN. MCA sepatutnya tahu pintu keluar tanpa perlu mengemukakan usul untuk membubarkan BN.
“Ini adalah perlembagaan BN. Kenapa perlu ada usul untuk membubarkan BN,” katanya menulis dalam Facebook beliau, hari ini.
Dalam pada itu, Reezal yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas berkata, MCA seharusnya lebih matang dalam usaha politik mereka dan sebarang isu berkaitan BN perlu dibincangkan di Dewan Tertinggi BN.
“Helah politik MCA yang memualkan ini perlu dihentikan segera. Kemaskan beg dan sila keluar. Tidak perlu hendak berdrama,” katanya.
Semalam, dalam Perhimpunan Agung MCA ke-65 menyaksikan, perwakilan sebulat suara memberi mandat kepada Jawatankuasa Pusat (CC) untuk memulakan proses pembubaran BN dan membentuk perikatan baharu.
Presiden MCA, Datuk Seri Ir Wee Ka Siong dilaporkan berkata, pembubaran itu dapat memberi ruang kepada setiap parti untuk membuat penilaian dan transformasi.
“Kita amat yakin kerjasama bersandarkan perpaduan erat dan ikhlas adalah batu asas kepada pembangunan negara namun setelah sekian lama memerintah BN telah mengalami kecenderungan kuasa ketara manakala kesemua parti perlukan penghayatan, penilaian semula dan transformasi parti masing-masing.
“Justeru itu, demi kebangkitan semula, BN perlu dibubarkan dalam suasana kesefahaman dan persetujuan bersama supaya dapat memberi ruang yang bebas dalam transformasi dan bina semula. Apabila ada kesesuaian atau persamaan visi maka perikatan politik boleh diteruskan,” katanya.
Usah guna BN sebagai tempat lepaskan geram: MT UMNO - Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb
https://www.ismaweb.net/2018/12/03/usah-guna-bn-sebagai-tempat-lepaskan-geram-mt-umno/

‘Dakwaan gaji naik punca kos sara hidup meningkat tak logik’ Langkah proaktif dan adil wajar disokong, ditambah baik: Khaled  siti hafidah  03/12/2018

BANGI, 25 Rabiulawal 1440H, Isnin – Naib Presiden UMNO, Datuk Mohamed Khaled Nordin menyifatkan, dakwaan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai kenaikan gaji kakitangan awam dua kali setahun menjadi faktor menyumbang kepada kenaikan harga barang sebagai tidak logik.
Beliau berkata, dakwaan itu ibarat satu naratif dan alasan baharu yang kini dikeluarkan oleh kerajaan Pakatan Harapan akibat kegagalan mereka untuk mengawal harga barang.
Katanya, dakwaan itu juga bertentangan dengan apa yang diperjuangkan kerajaan ketika menjadi pembangkang mengenai gaji tenaga kerja Malaysia yang rendah.
“Kalau kita semak semula, salah satu naratif kerajaan sewaktu kempen PRU (Pilihan Raya Umum) adalah gaji kepada tenaga kerja Malaysia yang rendah dan tidak kompetitif.
“Sebab itulah, had gaji minimum sebanyak RM1500 adalah antara perkara utama yang mereka tawarkan sebelum ini, walaupun selepas menang hanya menetapkan gaji minimum sebanyak RM1050 dan kemudiannya disemak semula kepada RM1100.
“Jadi, jika kerajaan sebelum ini telah mengambil langkah proaktif dan adil dengan menaikkan gaji perkhidmatan awam, ini adalah satu langkah baik yang wajar disokong dan terus ditambah baik. Bukannya dipertikaikan tanpa asas yang jelas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan menolak kenaikan gaji kerana berpendapat ia antara faktor kenaikan kos sara hidup.
Dr Mahathir percaya gaji tidak wajar dinaikkan dengan kerap.
“Anda naikkan gaji, sektor swasta akan ikut sekali, dan kos semua benda akan naik. Bukan begitu caranya mengurus organisasi,” katanya.
‘Dakwaan gaji naik punca kos sara hidup meningkat tak logik’ - Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb
https://www.ismaweb.net/2018/12/03/dakwaan-gaji-naik-punca-kos-sara-hidup-meningkat-tak-logik/

cover photo, Imej mungkin mengandungi: teks

Taipingmali sosio-ekonomi-politik Isnin, 3 Disember 2018  
Kerajaan BN rompak wang GST?

Setelah kerajaan BN dan saya dituduh berulangkali telah "rompak" RM19.2 bilion wang tuntutan balik input GST oleh Guan Eng, saya telah menunggu agak lama untuk Laporan Audit Negara terhadap isu bayaran balik input GST diterbitkan. 

Alhamdulillah, laporan ini akhirnya keluar pagi ini. Kebenaran itu pasti.

Laporan Audit menunjukkan bahawa jumlah wang input GST yang belum dibayar balik setakat 5 Jun 2018 sebenarnya ialah RM19.47 bilion (Gambar A).

Jumlah yang telah diluluskan tetapi belum dibayar hanya RM1.45 bilion dan ini juga kerana pelbagai masalah seperti akaun penerima ditutup, dibeku ataupun kurang dari 30 hari.

Sebanyak RM3.90 bilion merupakan tuntutan pulang balik yang tiada pembekalan bercukai dan sejumlah RM3.52 bilion yang masih dalam siasatan - bermakna wang ini mungkin tidak sah untuk dibayar balik.

Tunggakan yang terbesar pula ialah jumlah RM9.65 bilion yang dikategorikan sebagai wang dalam siasatan.

Tetapi, laporan audit juga mengesahkan bahawa bahagian terbesar tunggakan ini ialah dari 90 hari ke bawah. (Gambar B)

Tuntutan untuk bulan April dibayar pada bulan Mei manakala tuntutan untuk bulan Mei dibayar pada bulan Jun.

Ini bermaksud bahawa jikalau wang input GST lambat dibayar balik, ianya ialah kesalahan kerajaan PH sendiri.

Yang tidak semak dan tidak bayar ialah PH sendiri.

Laporan audit juga mengesahkan bahawa sebelum ini, pihak kastam di bawah pentadbiran BN dianggap cekap untuk membayar balik tuntutan GST (gambar C).

Setakat akhir tahun 2017, 98.6% dari tuntutan bayaran balik dibayar dalam tempoh kurang dari 100 hari.

Hanya 0.06% dari tuntutan yang diluluskan dibayar balik dalam tempoh 200 hari ke atas.

Terima kasih kepada Jabatan Audit Negara untuk mengesahkan bahawa Guan Eng sebenarya seorang penipu bersiri dan cuba tai-chi kelemahan dan kedangkalan sendiri untuk menyalahkan kerajaan BN dahulu.

Laporan Audit ini juga menunjukkan bahawa ada jumlah yang sangat besar bagi tuntutan bayaran balik yang mungkin tidak sah atau menunjukkan percubaan untuk menipu kastam iaitu RM3.90 bilion untuk mereka yang tiada pembekalan bercukai (no output tax) dan sejumlah RM3.52 bilion yang masih dalam siasatan.

Oleh itu, saya hairan mengapa Guan Eng tergesa-gesa untuk menjarah wang Petronas berpuluh-puluh bilion untuk tahun depan dengan alasan mahu membayar balik tuntutan-tuntutan ini. Najib Razak.

Taipingmali : Kerajaan BN rompak wang GST?http://taipingmali.blogspot.com/2018/12/kerajaan-bn-rompak-wang-gst.html

Tujuan Mahathir Bertapak Di Sarawak Sabah Adalah Untuk Mengawal Minyak dan Gas Timbalan Ketua Menteri Sarawak Amar James Masing berkata Mahathir Mohamad telah menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun ditambah sebagai Menteri P...

500 anak yatim terima bantuan persekolahan NORAFIZA JAAFAR 3 DISEMBER 2018 
500 anak yatim terima bantuan persekolahan
Tengku Amir menyampaikan sumbangan kelengkapan persekolahan kepada penerima terdiri anak yatim yang tinggal di 12 rumah kebajikan di bawah YIDE.
SHAH ALAM - Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke program 'Back To School' anjuran Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), hari ini.

Tengku Amir meluangkan masa kira-kira 1 jam menyantuni anak yatim dan mengagihkan uniform dan peralatan persekolahan bagi sesi 2019.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif YIDE, Nur Mohd Razali Abdullah berkata, program tahunan memasuki edisi ke-2 itu melibatkan agihan kepada 500 penerima terdiri anak-anak di 12 rumah kebajikan anak-anak yatim yang berdaftar di bawahnya.

Menurutnya, sebanyak RM 60,000 diperuntukkan untuk progam ‘Back To School’ tahun ini.
"Setiap anak yatim diperuntukkan RM100 seorang untuk program hari ini dan pihak Jakel serta Central Sugar Refenary (CSR) bersama-sama menyalurkan sumbangan pada hari ini.

"YIDE merancang untuk menandatangani perjanjian usahasama dengan Jakel dan  CSR bagi projek akan datang demi kemaslahatan anak-anak yatim khususnya  persediaan Hari Raya Aidilfitri dan sesi persekolahan," katanya pada program itu, di Star Villion Seksyen 7, di sini.

Turut hadir, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YIDE, Mohd Salim Mohammed Sain, Pengarah Urusan Jakel, Mohamed Izani Mohamed Jakel, Pengurus Kanan Selangor Youth Community, Zaiferez Hadzere Zainal dan Pengurus Projek Selangor Youth Community, Tommy Bisok.

Antara penerima adalah dari Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur (Pekeas), Pertubuhan Al-Khadeem (Rumah Harapan Al-Khadeem) dan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Darul Ehsan Malaysia

Nur Mohd Razali berkata, program sama telah diadakan sejak tahun lepas dengan kerjasama Perbadanan Menteri Besar (MBI)

"Selain menfokuskan sumbangan duit raya kepada 8,459 orang anak yatim, YIDE juga mengambil inisiatif untuk menyalurkan bantuan persekolahan kepada rumah-rumah anak yatim bagi meringgankan beban penjaga.

"YIDE membuka peluang kepada agensi korporat lain untuk  bersama menyalurkan sumbangan bagi menyokong usaha terus membantu masyarakat khususnya di Selangor.

500 anak yatim terima bantuan persekolahan - Selangor & KL - Sinar Harian
http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/500-anak-yatim-terima-bantuan-persekolahan-1.911407

Laporan polis terhadap Adun Temengor NORMAWATI ADNAN 3 DISEMBER 2018 
Laporan polis terhadap Adun Temengor
Ahmad Shafiq bersama barisan pemuda PH Perak 
menunjukkan laporan polis yang dibuat, hari ini.
IPOH - Pemuda PH Perak, hari ini membuat laporan polis terhadap Adun Temengor, Salbiah Mohamad berhubung kandungan satu ceramah yang disampaikan wakil rakyat itu di tapak pasar malam Gerik, Sabtu lalu.

Timbalan Ketua Pemuda Amanah negeri, Ahmad Shafiq Ahmad Ariffin berkata, dalam ceramah itu, Adun BN berkenaan dikatakan membangkitkan isu sensitif dengan menyentuh isu Islam sebagai agama rasmi negara.

Menurutnya, menerusi video yang tular di laman sosial dan WhatsApp, Salbiah mengatakan kerajaan PH yang baru enam bulan memerintah, mula memastikan agama Islam bukan lagi menjadi agama Persekutuan dalam negara.

"Ucapan ini secara jelas berbaur fitnah dan bersifat cuba menghasut rakyat membenci kerajaan sedia ada.

"Umum sedia maklum bahawa kerajaan PH sehingga hari ini akan memastikan Islam sebagai agama Persekutuan tanpa menidakkan agama lain dianuti bangsa lain," katanya kepada pemberita selepas laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.

Ahmad Shafiq berkata, laporan dibuat bagi menuntut siasatan dilakukan agar perkara sama tidak terus menular.

Katanya, sebagai seorang wakil rakyat, perkara yang boleh mengganggu gugat keharmonian negara tidak sewajarnya dibangkitkan.

"Video tular ini kami terima semalam, setelah  berbincang bersama rakan kompenan lain, kita setuju laporkan perkara ini kerana anggap ia satu tindakan jahat oleh Umno," katanya.

Laporan polis terhadap Adun Temengor - Perak - Sinar Harian
http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/laporan-polis-terhadap-adun-temengor-1.911401

Beri peluang kepada Maps: MB Perak NOOR AINON MOHAMED YUSOF 3 DISEMBER 2018 
Beri peluang kepada Maps: MB Perak
Ahmad Faizal menyambut penumpang AirAsia yang memulakan penerbangan pertama 
dari Singapura ke Ipoh di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, hari ini.
IPOH - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu optimis Taman Tema Animasi Studio (Maps) masih berpeluang untuk menjadi tarikan utama pelancongan negeri.

Menurutnya, Maps telah menunjukkan peningkatan terutama jumlah pengunjung setelah mengadakan promosi berterusan.

“Pada pandangan saya, pengurusan Maps telah melakukan yang terbaik dan sehingga kini, jumlah pengunjung meningkat dengan mendadak dan ia cukup membanggakan. 

“Saya percaya jika promosi dan usaha diteruskan saya fikir ia dapat menjadi satu tarikan utama bandaraya Ipoh ini,” katanya pemberita selepas menyambut 166 penumpang pesawat pertama AirAsia Airbus A320 yang tiba dari Singapura di LTSAS di sini, hari ini.

Ahmad Faizal berkata, ia bukan masa yang sesuai untuk menutup operasi taman tema tersebut yang telah memberi kerugian kepada anak syarikat negeri.

“Mungkin kita boleh fikirkan untuk menarik rakan kongsi atau pelaburan baru daripada pihak swasta tetapi untuk menutup ia bukan masanya untuk difikirkan.

“Sekiranya sesuatu perkara yang merugikan syarikat sehingga perlu ambil tindakan drastik untuk menutup, kita perlu fikirkannya. Tetapi setakat ini, faktanya jumlah pengunjung meningkat dengan mendadak dan perlu diteruskan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menyambut baik cadangan Adun Aulong, Nga Kor Ming yang mencadangkan Maps dijual kepada pihak swasta bagi mengurangkan beban hutang kerajaan.

Beri peluang kepada Maps: MB Perak - Perak - Sinar Harian
http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/beri-peluang-kepada-maps-mb-perak-1.911423

Terbeban hutang, Maps perlu dijual SAIFULLAH AHMAD & NORMAWATI ADNAN 3 DISEMBER 2018 
Terbeban hutang, Maps perlu dijual
Kor Ming (tengah) ketika sidang media bersama-sama Adun DAP 
mencadangkan agar Maps dijual secara tender terbuka.
IPOH - Kerajaan Perak dicadang menjual Taman Tema Animasi Studio (Maps) kepada pihak swasta.

Adun Aulong, Nga Kor Ming berkata, cadangan itu dibuat bertujuan mengurangkan beban hutang kerajaan memandangkan taman tema itu masih gagal membawa keuntungan.
Menurutnya, jumlah kehadiran pelancong juga hanya 10 peratus daripada jumlah yang disasarkan.

"Memang kerajaan tak ada masa untuk menguruskan taman tema ini, jadi dengan rendah hati mengesyorkan supaya taman tema ini dijual dengan tender terbuka.

"Jika tidak, dengan hutang yang banyak ini membebankan kerajaan dan menjejaskan usaha membantu rakyat," katanya pada sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan, hari ini.
Kor Ming berkata, cadangan itu dibuat sebagai langkah untuk mengurangkan kerugian kepada kerajaan negeri.

Sementara itu, beliau turut mencadangkan agar semua tanah komersial dibangunkan secara tender terbuka bagi menambah sumber kewangan negeri.

Katanya, begitu juga dengan lombong-lombong dan kompartmen hutan supaya pemberian kawasan ini kepada syarikat-syarikat pengusaha dibuat secara tender terbuka.

Terbeban hutang, Maps perlu dijual - Perak - Sinar Harian
http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/terbeban-hutang-maps-perlu-dijual-1.911374

Bukan tak hormat nasihat mufti tapi... SITI FATIHAH AWANG 30 NOVEMBER 2018 
Mohd Amar Abdullah
Mohd Amar ketika ditemui media selepas menyampaikan ceramah di Medan Ilmu di sini, hari ini.
KOTA BHARU – Pas menghormati pandangan Mufti Kelantan, Datuk Mohd Shukri Mohamad yang melihat tiada keperluan untuk mengadakan himpunan kesyukuran terhadap penolakan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) 8 Disember ini.

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, namun pihaknya mengambil pertimbangan lain yang memerlukan perhimpunan tersebut diteruskan seperti yang dijadualkan iaitu di Dataran Merdeka nanti.

“Kita menghormati pandangan mufti tapi kita ada pertimbangan lain. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri sebut apa yang berlaku (isu di Subang Jaya) itu tidak menimbulkan masalah perkauman atau agama, jadi tidak berbangkitlah. Itu masalah dalaman sahaja,” katanya selepas menyampaikan kuliah di Medan Ilmu di sini, hari ini.

Bukan tak hormat nasihat mufti tapi... - Nasional - Sinar Harian
http://www.sinarharian.com.my/nasional/bukan-tak-hormat-nasihat-mufti-tapi-1.910441

Kerajaan sah tak akan ratifikasi ICERD JANATUL FIRDAUS YAACOB 23 NOVEMBER 2018 
ICERD
ICERD
PUTRAJAYA - Kerajaan mengesahkan tidak meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD).

Pejabat Perdana Menteri sebaliknya akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan di mana di dalamnya termaktub kontrak sosial yang dipersetujui oleh wakil semua kaum sewaktu pembentukan negara ini.

Sebelum ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan satu perhimpunan mega membabitkan penyertaan ahli Pas dan Umno akan diadakan di ibu negara pada 8 Disember ini bertujuan membantah cadangan meratifikasi ICERD.

Gesaan Abdul Hadi terbabit mendapat sokongan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahu himpunan menggabungkan ahli Umno dan Pas itu diadakan di setiap negeri di Semenanjung.

Bulan lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator, P Waythamoorthy, memaklumkan hasrat kerajaan untuk meratifikasi enam bentuk perjanjian antarabangsa termasuk ICERD dalam suku pertama tahun depan.

Bagaimanapun, Waytha Moorthy kemudiannya berkata, kerajaan masih tiada kata putus berhubung hasrat meratifikasi konvensyen berkenaan dan sesi mendapatkan pandangan serta maklum balas daripada semua pihak berkaitan perkara itu akan dimulakan pada Januari depan.

Kerajaan sah tak akan ratifikasi ICERD - Nasional - Sinar Harian
http://www.sinarharian.com.my/nasional/kerajaan-sah-tak-akan-ratifikasi-icerd-1.907898

Himpunan diteruskan, kerajaan gagal tunjuk kesungguhan MOHD HAFIZ ISMAIL 25 NOVEMBER 2018 
Nasrudin Hasan
SHAH ALAM - Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hasan menyatakan Himpunan Perdana Rakyat Tolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang dijadualkan 8 Disember ini akan diteruskan.

Katanya, ia berdasarkan kepada perkembangan semasa daripada penganjur perhimpunan iaitu sekretariat Gerakan Pembela Ummah (Ummah).

Menurut Nasrudin, himpunan tersebut perlu diteruskan kerana kegagalan kerajaan menunjukkan kesungguhan tidak meratifikasi ICERD dan lima perjanjian antarabangsa lain.

"Kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri sangat ringkas dan ia tidak disambut oleh anggota kerajaan PH.

"Begitu juga dengan kumpulan atau anggota dalam PH yang sebelum ini mendesak agar ICERD diratifikasi tidak memberikan sebarang respons terhadap kenyataan tersebut. Kita tidak berpuas hati," katanya kepada Sinar Harian.

Mengulas lanjut, Nasrudin berkata, himpunan tersebut juga wajar diteruskan bagi mendesak kerajaan supaya tidak berdolak-dalih dalam isu ICERD.

"Himpunan ini juga sebagai satu peringatan buat kerajaan agar tidak membuat pusingan U.

"Ini kerana dalam soal manifesto sendiri mereka boleh langgar, jadi kita berhimpun mendesak agar isu ICERD ini tidak lagi dibuka atau dibangkitkan kemudian hari," katanya.

Tambah Nasrudin, beliau secara peribadi belum berpuas hati dengan dakwaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy berkaitan diskriminasi kaum di negara ini.

"Setakat ini belum ada permohonan daripada beliau sendiri. Jadi pada saya himpunan ini juga sebagai satu desakan supaya Menteri Perpaduan itu mengemukakan permohonan maaf.

"Kita akan teruskan perjuangan sekiranya soal agama Islam, kedudukan raja dan hak orang Melayu dipertikaikan. Selama ini rakyat Malaysia berbilang kaum hidup secara aman mengikut Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Himpunan diteruskan, kerajaan gagal tunjuk kesungguhan - Nasional - Sinar Harian
http://www.sinarharian.com.my/nasional/himpunan-diteruskan-kerajaan-gagal-tunjuk-kesungguhan-1.908409

Rusuhan kuil: Polis buru mereka ini...
Fazrik Kamarudin cnews@nstp.com.my

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengesan 28 saksi bagi membantu siasatan insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Seafield, Subang Jaya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, pihaknya memohon kerjasama mereka yang terbabit supaya tampil bagi membantu siasatan. “Pada masa sama, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai saksi terbabit diminta menghubungi Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontijen Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat di talian 019-60000903.

“Mereka juga boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya Deputi Superintendan GK Shan Gopal di talian 019-2714387 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Insiden rusuhan yang bermula pada Isnin lalu itu menyebabkan 23 kenderaan musnah dibakar, manakala cermin sebuah pusat beli-belah turut dipecah dan dirosakkan.

Setakat jam 8 pagi hari ini, seramai 68 individu sudah ditahan dipercayai terbabit dalam rusuhan di sekitar kuil berkenaan. 


Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Disember 2018 @ 7:34 PM
https://www.hmetro.com.my/utama/2018/12/400309/rusuhan-kuil-polis-buru-mereka-ini

'Sekarang jauh lebih baik daripada dahulu' 3 DISEMBER 2018 
Aminolhuda Hassan
Aminolhuda 
ISKANDAR PUTERI - Amalan demokrasi diamalkan kerajaan Johor pada masa ini disifatkan lebih baik berbanding sistem demokrasi dipraktikkan kerajaan negeri terdahulu.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama dan Pendidikan Johor, Aminolhuda Hassan berkata, kerajaan negeri ketika ini mendahulukan kepentingan rakyat termasuk memberi elaun RM50,000 kepada Adun pembangkang bagi pengurusan pusat khidmat wakil rakyat.

Selain peruntukan RM50,000 itu, beliau berkata, kerajaan negeri pada masa sekarang turut mengiktiraf ketua pembangkang serta menyediakan sebuah bilik khas sebagai pejabat. "Kalau dahulu, ketika saya menjadi pembangkang, kita pun tidak boleh masuk (Majlis Mesyuarat Tindakan Daerah) bahkan tiada elaun yang hari ini diberikan RM50,000 kepada kesemua wakil rakyat tidak kira pembangkang atau kerajaan. 

"Ini satu bentuk pendemokrasian jauh lebih baik daripada dahulu. Kalau dahulu, langsung tiada peruntukan kepada pengurusan pejabat. Bermakna kerajaan hari ini memberi atau mendahulukan kepentingan rakyat untuk sekurang-kurangnya dapat pejabat dan boleh digunakan bagi aduan masalah," katanya. Beliau ditemui pemberita di luar Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Johor di Bangunan Sultan Ismail, di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Ketua Pembangkang Dun Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad, semalam, yang mengumumkan memulangkan semula bilik Ketua Pembangkang di Bangunan Sultan Ismail, serta elaun RM3,000 sebulan diterimanya daripada kerajaan negeri sejak enam bulan lepas.

Hasni mengumumkan perkara itu ketika sesi ucapan perbahasan Persidangan Dun Johor dengan mendakwa bahawa tiada amalan demokrasi dan sikap terbuka dilaksanakan kerajaan negeri terhadap pembangkang seperti dilaungkan. Aminolhuda berkata, Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian dan barisan exco kerajaan negeri akan membuat ulasan dan kesimpulan berhubung amalan demokrasi yang dilaksanakan kerajaan negeri pada Persidangan Dun, Ahad ini.

"Sebagai contoh, dia (Hasni) kata kenapa tidak boleh masuk Majlis Mesyuarat Tindakan Daerah... ia memang ada had. "Kita beri tiga perkara, peruntukan RM50,000, mengiktiraf ketua pembangkang dan memberi bilik, tetapi dia tolak dua daripada tiga dan kalau dia menolak, siapa yang tidak hendak demokrasi?," katanya. - Bernama

'Sekarang jauh lebih baik daripada dahulu' - Johor - Sinar Harian
http://www.sinarharian.com.my/edisi/johor/sekarang-jauh-lebih-baik-daripada-dahulu-1.911429

Just get out, Umno deputy tells MCA Published 23 minutes ago on 03 December 2018 By Sharina Ahmad 
Umno deputy president Datuk Seri Mohamad Hasan is seen during a press conference at the party headquarters in Kuala Lumpur November 9, 2018. — Picture by Yusof Mat Isa
Umno deputy president Datuk Seri Mohamad Hasan is seen during a press conference at the party headquarters in Kuala Lumpur November 9, 2018. — Picture by Yusof Mat Isa

KUALA LUMPUR, Dec 3 — Umno deputy president Datuk Seri Mohamad Hasan today told MCA to just leave Barisan Nasional (BN) instead of seeking to dissolve it.

In a statement, the former Negri Sembilan mentri besar said MCA’s proposal to dissolve BN will not strengthen the two-party system in Malaysian politics. 

“MCA should be more firm and clear. Just leave BN instead of making a resolution to dissolve it.

“They should not drag other BN component parties into MCA’s internal polemics. The decision to disband BN clearly shows that MCA does not want to be seen leaving BN alone,” he said in a statement. 

Mohamad said MCA’s decision to move for BN’s dissolution was because the Chinese party did not want to be blamed if the decision weakened Malaysian democracy amid a fractured Opposition.

“Umno, MIC, MyPPP and PBRS have stressed that BN will continue to be a platform that they will defend, but also to fight for.”

He said MCA’s decision to move to dissolve BN was predictable.

“The decision is expected. The negative sentiment towards BN has increased among MCA members after GE14,” he said.

MCA won only one federal and two state seats in the May 9 election this year.

“As a party that is principled, MCA should be more ‘decisive’. Just get out of BN like other parties who left BN unconditionally,” he said.

Gerakan and other Sabah and Sarawak parties quit BN after the coalition lost federal power for the first time in history.

Mohamad stressed that MCA quitting BN will facilitate Umno and the remaining component parties in redeveloping the coalition.

“MCA’s action does not make it easier for BN to move on. It has delayed the BN rejuvenation process.”

MCA president Datuk Seri Dr Wee Ka Siong and the party’s central committee had decided at the party’s AGM to dissolve BN and to form a new alliance. Wee said the consensus by the three founding parties — Umno, MCA and MIC — was needed for the coalition’s dissolution.

Umno, MCA, and MIC formed the Alliance and fought for the country’s independence in 1957.

In 1973, the Alliance was renamed BN with other parties joining in the coalition.

https://www.malaymail.com/s/1699632/just-get-out-umno-deputy-tells-mca

'Ada yang berjaga sampai pagi bimbang air naik'
MOHD AZLIM ZAINURY 3 DISEMBER 2018 
'Ada yang berjaga sampai pagi bimbang air naik'
Rumah penduduk di Alor Wan Syed mula dinaiki air kesan limpahan air Sungai Pengkalan Berangan, hari ini.

MARANG - Hujan lebat yang melanda daerah ini menyebabkan 10 buah keluarga di Alor Wan Syed dan Tanah Lot kini mulai bimbang akibat terkesan dengan bencana banjir pada setiap tahun.

Rata-rata mereka mengakui sukar untuk tidur lena setiap kali hujan lebat, malah terdapat dalam kalangan mereka mula mengemas barangan masing-masing sebagai persediaan awal untuk berpindah.

Setiap tahun penduduk terbabit juga merupakan antara mangsa banjir paling awal berpindah ke pusat pemindahan sama ada di Balai Raya Tanah Lot atau di Sekolah Kebangsaan (SK) Kubu.

Tinjauan Sinar Harian di Alor Wan Syed mendapati air mulai naik kesan limpahan air Sungai Pengkalan Berangan berikutan hujan lebat yang melanda kawasan berkenaan sejak malam semalam.

Seorang penduduk, Muda Awang, 65, berkata, penduduk di kawasan rendah di kampung berkenaan berasa cukup bimbang setiap kali hujan melanda malah ada yang tidak lena tidur jika hujan berterusan.

"Ada yang berjaga hingga pagi, bimbang jika air sungai melimpahi dan rumah kami di kawasan rendah juga akan dinaiki air," katanya yang tinggal kira-kira 20 meter dari tebing Sungai Pengkalan Berangan.

Seorang lagi penduduk, Kamariah Musa, 45, berharap banjir tahun ini tidak seperti tahun lalu namun sentiasa berwaspada dan akan segera berpindah sekiranya air sungai itu meningkat secara mendadak.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Alor Wan Syed/Tanah Lot, Wan Ruzelan Wan Ibrahim, 49, berkata, pihaknya juga sudah mula membuat pemantauan.

Menurutnya, MPPK bersama agensi menyelamat lain membuat pemantauan di lokasi yang berisiko banjir khususnya di kawasan dihuni 10 buah keluarga di dua kampung berkenaan.
"Bagaimanapun, penduduk yang tinggal di kawasan berisiko itu perlu berwaspada sepanjang masa berikutan amaran cuaca buruk dan hujan lebat yang  dikeluarkan akan berlaku minggu ini.

"Biasanya mereka yang tinggal di kawasan berisiko banjir ini sudah sedia maklum dengan risiko bencana itu serta mereka sudah pastinya akan mengambil langkah membuat persediaan awal," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/ada-yang-berjaga-sampai-pagi-bimbang-air-naik-1.911431

SPRM digesa siasat Tabung Bumiputera Johor 3 DISEMBER 2018 
SPRM digesa siasat Tabung Bumiputera Johor
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senggarang, Khairuddin Abdul Rahim (tengah) bersama ADUN Permas, Datuk Seri Che Zakaria Mohd Salleh (kiri) dan ADUN Pulai Sebatang Taqiuddin Cheman (kanan) berjalan keluar dari Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor selepas membuat laporan terhadap SPRM berhubungan salahguna Tabung Amanah Sumbangan Kuota Bumiputera, hari ini. Foto: Bernama
JOHOR BAHRU –  – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini diminta menyiasat dakwaan terdapat penyelewengan ke atas Tabung Akaun Amanah Sumbangan Kuota Bumiputera Negeri Johor.

Adun Senggarang Khairuddin Abdul Rahim berkata ia berhubung  perbelanjaan sebuah agensi pelancongan menerusi lawatan kerja ke London yang didapati mencurigakan, yang dipercayai melibatkan nilai ratusan ribu ringgit. Bagaimanapun, tarikh lawatan tidak dinyatakan.

Khairuddin berkata laporan mengenai perkara itu telah dibuat kepada SPRM hari ini.
Laporan itu, katanya, berdasarkan keterangan perbelanjaan dari jawapan lisan di Persidangan Dun Johor semalam.   

Bercakap kepada pemberita di luar pejabat SPRM negeri, di sini hari ini, Khairuddin menjelaskan tabung amanah itu ditubuhkan bermatlamat membiayai kemudahan berfaedah di taman-taman perumahan.  

Turut hadir ialah Adun Permas Datuk Seri Che Zakaria Mohd Salleh dan Adun Pulai Sebatang Taqiuddin Cheman. - Bernama

SPRM digesa siasat Tabung Bumiputera Johor - Johor - Sinar Harian
http://www.sinarharian.com.my/edisi/johor/sprm-digesa-siasat-tabung-bumiputera-johor-1.911448


Tiada ulasan: