Sabtu, 5 Januari 2019

Berkemungkinan Kerajaan PH hanya sepenggal. 8998.


Antara penyebab: (Tanpa prajudis) 

Gemar Sidang Media: Biasanya sidang media terisi dengan fakta dan bukan auta atau di hari lain buat u-turn.

Perbezaan pendapat di kalangan menteri atau peneraju: Hal ini tergambar dengan ketara melalui sidang media jua. Bertelagah hujah dan fakta. Penyapu baru yang melatah.

Janji sebelum PRU14: Banyak tabur janji, walhal tidak dapat detail keadaan sebenar kerajaan yang ditinggalkan oleh bekas peneraju sebelumnya.

Belia/anak muda: Besar kemungkinan akan berpaling tadah bila usia masing-masing yang dipanjangkan umur bertambah 5 tahun lagi.

Cabaran kesempitan hidup rakyat: Standard kehidupan Malaysia hampir menyamai kehidupan rakyat Singapura - walau pun penggajian isi rumah jauh berbeza, Penggajian rakyat Malaysia lebih rendah dari penggajian rakyat Singapura. Pihak feudal (kaum pemodal) menjurus kepada kumpulan kapitalis telah mengaut laba yang melampau. Bawalah RM5K untuk keperluan hidup di Selatan Thailand. Berapa lama saraan hidup sejumlah itu boleh hidup di sana, walau pun nilai pertukaran asing antara Bath dengan RM sedikit berbeza. RM5K dibawa ke Singapura, ketara segera meninggal. (Segera meninggalkan Singapura dan Pulau Batu Putih yang telah dikafirkan oleh Umno sipejuang Melayu.)

Menjadikan bobrok bekas penguasa sebagai mangsa: Bobrok kleptokrasi dan bekas penguasa sebagai sandaran untuk menarik popular rakyat berpindah kepada parti pemerintah sekarang. Rakyat cuma perlu diberi tahu duit banyak kena kebas dengan sibobrok dan langkah kerajaan segera cari modal semula tanpa menekan hidup rakyat sebagai pengguna yang sedia terbeban dan dimangsakan oleh kaum pemodal, kaum feudal dan kaum kapitalis yang menguasai ekonomi negara dengan mengaut laba yang terlampau. Barang Seringgit dijualnya sehingga RM7.00 akibat berlapis-lapis kaum pemodal berniaga sebelum sampai ke tangan pengguna. Laknatullah jenis ini. Bagaimana ahli politik berjaya atau boleh mengawal kaum feudal dan kapitalis ini? Atau terus membiarkan?. Atau terus bersekongkol, mengiakan kedurjanaan golongan tersebut?.

PM selepas Tun: Ada tangan jahat, ada emosi jahat, ada manusia khianat jahat. Jangka masa dua tahun Anwar sebagai PM. Jangan guna lidah keling dalam tindakan politik. Dalam Bersatu dan PKR sendiri ada suara jahat, tangan jahat dan manusia talam dua face. Keadaan ini menjadi kesempatan kepada pembangkang yang sememangnya sangat sudi untuk berkuasa secepat mungkin bagi menguburkan ketewasan PRU terdahulu.
Foto Kembara Mencari Redha.
BAL’AM BIN BA’URA’ : ULAMA’ YANG MATI KUFUR

Tergelincir hati boleh berlaku kepada mana-mana hamba Allah tidak kira walaupun dia seorang wali Allah atau hanya orang biasa yang mana boleh mengakibatkan seseorang itu mati dalam keadaan kufur. Dari cerita seorang pencuri kain kapan yang ditangkap setelah mencuri dari 1000 buah kubur orang Islam. Katanya selepas ditangkap, hanya satu jenazah sahaja yang mengadap kiblat yang lain berpaling dari arah kiblat kerana mereka ini semasa hidup zahirnya saja Islam tapi bathin mereka ini adalah kafir. Pada masa sekarang pun bolehlah kita lihat golongan ini walau pun nama saja Islam, tetapi cara hidup mereka ini bukan mencerminkan seorang Islam.

176. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya Dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika Engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika Engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang Yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.

Menurut Imam Fakhruddin Ar-Razi dan Imam Ibni Khathir, ayat ini diturunkan berkenaan dengan seorang lelaki dari Negara Yaman bernama Bal’am bin Ba’ura’. Sebilangan ulama lain menyatakan, Bal’am adalah seorang ahli ibadat yang mempunyai kemakbulan doa dari bangsa Bani Israel.

Menurut cerita daripada Ibnu Abbas, pada zaman Nabi Musa a.s ada seorang alim bernama Bal’am bin Ba’ura. Allah s.w.t telah mengurniakan kepada Bal’am rahsia khasiat-khasiat nama-nama Allah Yang Maha Besar [ Do'a Bal'am bin Ba'ura mustajab] . Setelah peristiwa firaun dilemaskan dalam laut, Nabi Musa A.S dan bani Israel yang terselamat terus mengembara sehinggakan hamper sampai dengan negeri tempat tinggal Bal’am. Raja negeri tersebut ketakutan, takut kalau-kalau negerinya diserang oleh kaum yang telah berjaya menewaskan Firaun. Setelah bermesyuarat dengan penasihat-penasihatnya Raja tersebut memutuskan untuk meminta pertolongan Bal’am agar Bal’am menggunakan ilmunya [berdo'a] untuk mengalahkan Nabi Musa a.s.

Pada mulanya Wali Allah ini menolak permintaan raja negeri tersebut kerana takutkan Allah SWT. Seperti jugak sejarah Nabi Adam as yang mana iblis pernah menyuruh Nabi Adam memakan buah dari pohon yang dilarang oleh Allah SWT melalui Hawa. Tetapi Nabi Adam a.s terpengaruh dengan Hawa disebabkan bisikan iblis yang halus itu dan melanggari larangan Allah SWT dan diusir dari syurga dan dibuang ke dunia.

Begitu juga raja negeri tersebut telah menggunakan isteri Bal’am seperti mana iblis menggunakan Hawa. Firaun telah memberi hadiah berupa barang-barang kemas dan perhiasan yang mahal kepada isteri Bal’am sebagai umpan supaya Bal’am mendoakan akan Nabi Musa as.

Pada mulanya Bal’am masih tidak mahu mendoakan. Akan tetapi setelah isterinya tidak bercakap, melayannya dan menyediakan makanan seperti biasa dibuat. Lama kelamaan Bal’am pun bertanya kepada isterinya mengapa isteri beliau mogok dan beliau tidak dilayan seperti biasa dilakukan. Isteri Bal’am berkata “berdoalah bukan susah seperti yang dipinta oleh Raja”.

Bal’am dengan kekuatan ilmunya dan kemujaraban doanya telah mengenakan sekatan kepada Nabi Musa a.s. doa Bal’am itu termakbul, menyebabkan Nabi Musa tersesat di satu tempat yang bernama Tih (sekarang : semenanjung Sinai) selama 40 tahun.

Kesesatan yang maha dahsyat itu, menyebabkan Nabi Musa bertanya Allah SWT, “Wahai Tuhan, apakah dosa yang kami lakukan sehingga kami tersesat di Tih ini?”

Jawab Allah SWT, “berpunca dari doa Bal’am”

Nabi Musa berkata lagi kepada Allah, “wahai Allah, sepertimana kamu mendengar doa Bal’am terhadapku, maka tolong makbulkan doaku terhadap Bal’am”

Lalu, Nabi Musa mendoakan agar Bal’am dicabut keimanan dari dirinya. Doa Nabi Musa dimakbulkan oleh Allah, menyebabkan Bal’am mati dalam keadaan kufur dan lidahnya terjelir sepertimana anjing.

“minta berlindung kita dengan Allah daripada menjadi seperti Bal’am bin Ba’ura’”
Kembara Mencari Redha - Siaran
Foto Kembara Mencari Redha.
SYAITAN MEMBANTU PEMUDA KE MASJID

Seorang pemuda bangun awal pagi untuk shalat subuh di Masjid. Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan menuju masjid, pemuda tersebut jatuh dan pakaiannya kotor.

Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudhu lagi dan berjalan menuju masjid .

Dalam perjalanan kembali ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Di rumah, dia sekali lagi, berganti baju, berwudhu dan berjalan menuju masjid.

Di tengah jalan menuju masjid , dia bertemu seorang lelaki yang memegang lampu.

Dia menanyakan identitas lelaki tersebut. Lelaki itu menjawab, "Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda..'

Pemuda tersebut mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid .

Ketika sampai di masjid, si pemuda bertanya kepada lelaki yang membawa lampu, mengapa tidak masuk dan shalat subuh bersamanya?" Lelaki itu menolak. Pemuda itu mengajak lagi hingga berkali kali dan jawabannya tetap sama.

Pemuda bertanya, "Kenapa menolak untuk masuk masjid dan ikut shalat?" .

Lelaki itu menjawab, "Karena aku adalah Iblis."

Pemuda itu terkejut mendengar jawaban lelaki itu. .

Syaitan kemudian menjelaskan: Saya melihat kamu berjalan ke masjid dan sayalah yang membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah untuk membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah memaafkan semua dosa dosamu.

Saya membuatmu jatuh kali kedua, dan itupun tidak membuatmu berubah pikiran untuk tinggal di rumah, kamu tetap memutuskan kembali masjid. .

Karena itu, Allah memaafkan dosa-dosa seluruh anggota keluargamu.

Saya kuaatir, jika saya membuat kamu jatuh untuk kali ketiga, jangan-jangan Allah akan memaafkan dosa seluruh penduduk kampungmu. Jadi, saya mesti memastikan bahwa kamu sampai di masjid dengan selamat.

Moral kisah ini:

Jangan biarkan Syaitan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya. Jangan melepaskan sebuah niat baik yang hendak kamu lakukan karena kamu tidak pernah tahu ganjaran yang akan kamu dapat dari segala kesulitan yang kamu temui dalam usahamu untuk melaksanakan niat baik tersebut.

(Jangan menyerah pada usaha ke-100 meskipun masih gagal. Siapa tahu keberhasilanmu berada pada usaha ke-101

Kembara Mencari Redha - Siaran

[UPDATE] 'Saya tiada kemampuan wang...'
MyMetroUtama
Nor Farhani Che Ad cnews@nstp.com.my
“JANGAN kata pakaian sekolah baru, buku tulis dan yuran sekolah anak pun saya tidak mampu sediakan kerana pendapatan tidak seberapa, hanya cukup untuk kami enam beranak makan setiap hari sahaja.”

Itu luahan Hasni Elias, 39, bapa kepada Muhammad Akib Jebat, 9, murid Tahun Tiga sebuah sekolah rendah di Sungai Petani yang tular di media sosial sejak kelmarin kerana memakai pakaian sekolah milik abangnya ke sekolah.

Hasni yang juga pengawal keselamatan, berkata dia tidak berasa kesal atau malu selepas mendapat tahu kisah anaknya diketahui umum kerana mengakui kesempitan hidup mereka sekeluarga menyebabkan situasi itu berlaku.

Menurutnya, dia hanya memperoleh pendapatan RM1,000 sebulan dan terpaksa menyara empat anaknya yang berusia tiga hingga 15 tahun termasuk tiga daripadanya masih bersekolah.

“Pendapatan bulanan yang sudah ditolak caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain akan digunakan untuk membayar sewa rumah sebanyak RM200 sebulan dan keperluan harian kami sekeluarga.

“Saya akan dahulukan keperluan barangan dapur kerana tidak sanggup membiarkan anak dan isteri dalam kelaparan, namun pada masa sama saya tetap mahu anak-anak ke sekolah biarpun dalam keadaan serba kekurangan,” katanya ketika ditemui di rumah mereka di Taman Sri Pekula, Sungai Petani, hari ini.

Katanya, kali terakhir dia membeli pakaian sekolah anaknya pada tiga tahun lalu, manakala tahun seterusnya dia dan isteri, Siti Fauziah Abdullah, 32, hanya mengharapkan sumbangan orang ramai atau mencari pakaian sekolah terpakai buat anak-anak mereka.

“Memandangkan pakaian sekolah rendah anak kedua kami, Muhammad Azahari, 13, yang kini masuk ke Tingkatan Satu masih elok, maka pakaian itu diberikan kepada Akib kerana baju sekolahnya pada tahun lalu sudah tidak boleh digunakan lagi.

“Manakala, kasut sekolah pula, Akib pakai kasut harian abangnya yang dibeli beberapa tahun lalu,” katanya.

Hasni berkata, mereka tidak pernah mendapat sebarang bantuan sebelum ini kerana tidak tahu saluran yang ada untuk memohon.

“Kami pernah dapat bantuan daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah berupa pakaian sekolah anak-anak selain bantuan daripada orang ramai yang menyumbang dalam bentuk barangan keperluan.

“Namun, tahun ini anak-anak memang tak dapat bantuan persekolahan daripada mana-mana pihak,” katanya.

Sementara itu, Fauziah mengakui berasa sedih apabila terpaksa membiarkan Akib menyarungkan pakaian sekolah anak keduanya selepas tidak menjumpai saiz pakaian sekolah terpakai buat anak ketiganya itu di salah sebuah rumah penduduk yang menyediakan pakaian terpakai.

“Saya sudah cuba cari tapi saiz Akib memang tiada, mahu tak mahu saya terpaksa membiarkan dia memakai pakaian sekolah abangnya serta seluar yang diikat tali di bahagian pinggang ke sekolah.

“Hati ibu mana yang tidak sedih memikirkan nasib anak-anak tetapi saya bersyukur kerana kami suami isteri masih tetap menghantar anak-anak ke sekolah walaupun terpaksa membeli kelengkapan sekolah anak-anak sedikit demi sedikit mengikut kemampuan suami,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga ini boleh menghubungi Hasni di talian 013-4529619.

Berita berkaitan

 Patutlah pegang seluar, seret kaki...

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 January 2019 @ 10:04 PM
https://www.hmetro.com.my/utama/2019/01/408938/update-saya-tiada-kemampuan-wang

Amalan parti politik milik media perlu dihenti, kata menteri
Diterbitkan 2 jam yang lalu pada 05 January 2019
Lim Guan Eng berkata parti politik tidak seharusnya memilik syarikat media. ― Foto oleh Sayuti Zainudi
Lim Guan Eng berkata parti politik tidak seharusnya memilik syarikat media. ― Foto oleh Sayuti Zainudi

GEORGE TOWN, 5 Jan — Syarikat media diingatkan supaya lebih profesional dalam memainkan peranan mereka untuk menyebarkan maklumat yang tepat kepada pembaca tanpa penglibatan mana-mana ahli politik.

Justeru, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata parti politik atau ahli politik tidak seharusnya memilik syarikat media bagi memastikan syarikat media bebas.

“Kami tahu beberapa akhbar dimiliki oleh parti politik dan sudah tiba masanya untuk amalan ini dihentikan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan pameran kewangan MarkdetPlace Fair@Penang anjuran Bursa Malaysia di sini hari ini.

Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP, berkata bidang perniagaan, pendidikan dan media tidak harus diadunkan dengan politik.

Dalam perkembangan berasingan, beliau berkata Kabinet bersetuju untuk menaikkan komisen jualan bagi bahan bakar sebanyak tiga sen bagi menampung sebarang kerugian kepada pengusaha stesen minyak.

Menurutnya kenaikan komisen tersebut adalah tinggi selepas kerajaan menetapkan harga runcit produk petroleum dilaksanakan secara mingguan mulai 12 tengah malam semalam.

Lim berkata penurunan harga runcit produk petroleum terbaru ini menawarkan situasi menang-menang bagi semua pihak kerana rakyat kini boleh menikmati harga bahan bakar yang lebih murah berdasarkan harga global walaupun jika ia meningkat di pasaran dunia.

“Bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga pasaran global, harga runcit untuk produk petroleum akan dihadkan pada harga RM2.20 seliter untuk RON95 dan RM2.18 seliter untuk diesel,” katanya.

Artikel Berkaitan

Semalam kerajaan mengumumkan harga RON95 serta RON97 diturunkan sebanyak 27 sen menjadi RM1.93 dan RM2.23 seliter manakala harga diesel turun 14 sen menjadi RM2.04 seliter bagi tempoh 5 hingga 11 January

Lim berkata harga runcit produk petroleum akan diselaraskan semula setiap minggu supaya pengguna boleh mendapat manfaat daripada sebarang perubahan dengan cepat sejajar dengan trend penurunan harga minyak di pasaran dunia ketika ini. — Bernama

https://www.projekmm.com/s/1709415/amalan-parti-politik-milik-media-perlu-dihenti-kata-menteri

AUTA LIM GUAN ENG MAKAN DIRI, MAKIN BINGAI SETIAP HARI
Setelah didedahkan kerajaan menjarah subsidi minyak dari rakyat sejak awal bulan lepas, Guan Eng tidak puas hati dan menggunakan kenyataan akhbar rasmi kementerian kewangan mengenai penurunan harga untuk menyerang saya.

Guan Eng kata saya fitnah bahawa subsidi rakyat kepada kerajaan bukan 30 sen satu liter.

Berasingan dari pengiraan saya hari ini, Rafizi Ramli juga berkata hari ini bahawa unjuran harga RON95 ialah RM1.90 atau ke bawah - iaitu cukai 30 sen ke atas untuk setiap liter.

Guan Eng dakwa saya memfitnah bahawa jumlah cukai petrol dikutip oleh kerajaan bukan RM120 juta seminggu.

Untuk pengetahuan Guan Eng, anggaran saya untuk RM120 juta berdasarkan andaian 400 juta liter petrol dan diesel untuk setiap minggu didarabkan dengan perbezaan 30 sen.

400 juta X 30 sen = RM120 juta.

Mana saya tahu jumlah sebenar cukai petrol yang Menteri kewangan sudah senyap-senyap tibai sejak awal bulan lepas?

Hari ini, saudara Khairy Jamlauddin tanya berapa cukai petrol sudah dikutip, Guan Eng pun malu nak menjawab.

Selepas itu, Guan Eng pun tai-chi balik ke isu 1MDB dan hutang negara.

Dia kata 1MDB menyebabkan hutang negara persekutuan menjadi RM1 trilion.

Hutang 1MDB di persekitaran RM30 bilion sekarang.

Matematik yang mana Guan Eng guna yang hutang 1MDB berjumlah RM30 bilion boleh menjadikan hutang negara mencecah RM1 trilion iaitu RM1,000 bilion?

Dana RM82 bilion yang kerajaan PH jarah dari Petronas untuk tahun ini dan tahun depan pun boleh membayar hutang 1MDB RM30bilion dua kali ganda - belum masuk kira fakta bahawa 1MDB masih ada aset berpuluh bilion, ada perjanjian penyelesaian untuk mendapat balik wang itu dan sebagainya.

Itu sengaja tak disebut oleh Guan Eng kerana dia berterusan dengan dakyah politiknya.

Sekejap kata hutang negara ialah RM1 trilion. Sekejap lagi kata hutang negara campur liabiliti ialah RM1 trilion.

Bukankah Guan Eng sendiri yang mengesahkan melalui jawapan parlimen bertulis bahawa jumlah RM1 trilion ini ialah hutang campur liabiliti dan termasuk bayaran pajakan sehingga tahun 2045 seperti saya kongsikan bukti di sini?

https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10155778120360952

Selepas itu, Guan Eng mengalih kepada isu bayaran balik wang input GST pula dan mendakwa saya berkata masalah wang input GST sebanyak RM19.5 bilion itu tidak wujud.

Saya tidak pernah berkata isu wang bayaran balik wang GST tidak wujud tetapi menegaskan bahawa mengikut laporan Audit Negara, masalah ini sebenarnya kesalahan kerajaan PH sendiri dan Guan Eng kerap menipu tentang isu inii.

Boleh baca ini mengenai pembohongan Guan Eng mengenai isu wang GST:
https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10155780953470952/

Adakah Guan Eng berkata Jabatan Audit Negara di bawah kerajaan PH telah mengeluarkan laporan audit palsu awal bulan ini?

Memandangkan esok hari perayaan, sebenarnya saya tidak mahu menulis lagi hari ini tetapi saya tidak sangka bahawa Guan Eng mampu juga untuk menipu lagi pada masa perayaan.

Dalam satu kenyataan media pengumuman harga runcit minyak pun boleh berpusing-pusing keluar tajuk yang tak relevan dan tidak berfakta.

Rakyat juga ditipu pada musim perayaan.

Happy Holidays, Guan Eng!
Oleh : Najib Razak  #CelahGelegar 
AUTA Lim Guan Eng Makan Diri, makin BINGAI setiap hari ~ One Malay News

61 Tahun Tempoh Yang Diambil Untuk Makmurkan Ekonomi Malaysia, Tapi Telah Dimusnahkan Oleh PH Tak Sampai Setahun...


Media melaporkan indeks sektor pembuatan Malaysia merekodkan tahap paling lemah di dalam sejarah pada Disember sejak indeks ini dimulakan lebih enam tahun dahulu akibat penurunan permintaan.

Indeks Pengurus Pembelian Nikkei (PMI) ini ialah penanda aras kesihatan ekonomi untuk sektor terbesar ekonomi kita terpembuatan dan dinilai setiap bulan.

Indeks PMI ini menjunam lagi ke 46.8 daripada 48.2 pada November. PMI di bawah paras 50 mata menunjukkan penyusutuan.

Indeks ini merekodkan penurunan ketara untuk setiap bulan bagi suku keempat selepas menunjukkan sedikit peningkatan pada September.

“Dengan penurunan pengeluaran, syarikat mengurangkan semula bekalan dan barangan siap, menunjukkan prospek bagi permulaan 2019 mungkin kekal negatif,” kata Joe Hayes, pakar ekonomi di IHS Markit, dipetik sebagai berkata dalam laporan itu.

Kaji selidik itu pada awalnya melaporkan bahawa pengenalan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada September menyebabkan permintaan lemah dalam industri.

Menurut laporan itu juga, kos juga meningkat susulan nilai ringgit menyusut dan kos bahan mentah lebih tinggi.

Untuk rekod, indeks PMI yang sama ini di bulan Novermber akhir tahun 2017 ialah pada tahap paling tinggi di dalam 43 bulan di bawah kerajaan BN.

Kini, sektor terbesar ekonomi negara kita pada tahap paling lemah dalam sejarah. Harga minyak dunia jatuh. Harga sawit rendah. Tiada lagi GST untuk membiayai hasil kerajaan seperti dahulu.

Adakah ini juga petanda bahawa banyak lagi cukai tersembunyi dari kerajaan PH akan muncul tidak lama lagi untuk senyap-senyap tibai kita?

Mungkin indeks sektor pembuatan paling rendah dalam sejarah ini adalah antara "tanda-tanda baik" untuk ekonomi yang dimaksudkan oleh Guan Eng dalam perucapan dia semalam?

Apa-apa pun, saya berdoa untuk ekonomi negara tidak jatuh ke dalam kemelesetan ataupun krisis ekonomi dalam tahun ini.

Sumber  : FB Page Najib Razak
61 Tahun Tempoh Yang Diambil Untuk Makmurkan Ekonomi Malaysia, Tapi Telah Dimusnahkan Oleh PH Tak Sampai Setahun... - Suara Generasi Terbilang



Tiada ulasan: