Selasa, 19 Februari 2019

Johor-e. 9170.





Control of the island of Borneo.png
Konfrontasi Indonesia-Malaysia


Konfrontasi Indonesia-Malaysia ialah pembangkang politik dan tentera Indonesia kepada pembentukan Malaysia atau penyatuan Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia Barat) dengan tanah jajahan mahkota/naungan British di Sabah dan Sarawak (secara kolektif dikenali sebagai British Borneo, Malaysia Timur) pada bulan September 1963.
Penentangan ini telah dilakukan oleh Presiden Sukarno kerana cita-cita tingginya menentang penjajahan di nusantara sebagai perang mengenai masa depan Tanah Melayu, Brunei, Sabah dan Sarawak dan menyalakan semula semangat anti-penjajahan terhalang akibat daripada pengisytiharan penubuhan Malaysia pada 16 September 1963.


Pada 1961, Borneo dibahagikan kepada empat pentadbiran. Kalimantan, sebuah negeri milik Indonesia yang terletak di selatan Kalimantan. Di utara merupakan Kerajaan Brunei dan dua negeri dibawah pentadbiran BritishSarawak dan Borneo Utara British, yang kemudiannya diberi nama sebagai Sabah. Sebagai bahagian daripada pengunduran daripada pentadbirannya di Asia Tenggara, British cuba menggabungkan pentadbirannya di Kalimantan dengan Semenanjung Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia.
Rancangan ini dibantah keras oleh Presiden Indonesia; Presiden Soekarno. Beliau berpendapat bahawa Malaysia ialah sebuah rekaan British, dan penubuhan Malaysia hanya akan memberikan pihak British menguatkan lagi kuasa jajahannya di kepulauan Borneo ini, sehingga memberi ancaman besar terhadap kemerdekaan Indonesia. Filipina juga membuat dakwaan atas Sabah, dengan alasan negeri itu mempunyai hubungan sejarah dengan Filipina melalui Kesultanan Sulu.
Di Brunei, Pemberontak Kalimantan Utara (TNKU) memberontak pada 8 Disember 1962. Mereka melakukan cubaan menculik Sultan Brunei, dan merampas ladang minyak dan menjadikan orang Eropah sebagai tebusan. Sultan Brunei berjaya melepaskan diri dan baginda meminta pertolongan dari British. Baginda mendapat bantuan ketenteraan British, Persekutuan Malaysia dan Gurkha dari Singapura. Pada 16 Disember, Komander Timur Jauh Inggeris (British Far Eastern Commander) menyeru bahawa seluruh pemberontakan utama telah berjaya dipatahkan, dan pada 17 April 1963, pemimpin pemberontak ditangkap dan pemberontakan tersebut berakhir.

Ganyang Malaysia
Filipina dan Indonesia secara rasminya bersetuju untuk menerima pembentukan Malaysia apabila majoriti di daerah yang menghadapi konflik membuat pilihan dalam satu pungutan suara yang dikelolakan oleh PBB. Soekarno pada mulanya mengambil pendirian menyokong penubuhan Malaysia, Menteri luar Indonesia iaitu Dr. Subandrio pernah mengucapkan selamat kepada usaha Persekutuan Tanah Melayu menubuhkan Malaysia. Namun sikap Indonesia telah bertukar dan berusaha menentang keras penubuhan negara Malaysia daripada menjadi sebuah negara yang bebas. Soekarno ternyata mempunyai ego yang kuat sehingga sanggup menghina dan mengutuk Malaysia secara terus menerus dalam Sidang Kemuncak yang diadakan di Manila. Selain daripada kritikan yang keras, beliau juga bertindak memutuskan hubungan politik, ekonomi dan sosial dengan Persekutuan Tanah Melayu.
Semenjak demonstrasi anti-Indonesia di Kuala Lumpur berlaku, para penunjuk perasaan mengepung bangunan Duta Indonesia, dan bertindak mengoyakkan gambar Soekarno dan membawa lambang negara Indonesia Garuda Pancasila di
Soekarno yang berang akibat tindakan itu mengutuk perbuatan Tunku yang memijak-mijak lambang negara Indonesia[1] dan beliau ingin membalas dendam dengan melancarkan gerakan yang terkenal dengan nama Ganyang Malaysia. Namun hal ini dinafikan oleh Tunku, malah beliau sendiri mempersoalkan tindakan segelintir penunjuk perasaan yang memijak-mijak lambang tersebut. Namun sehingga kini tiada bukti yang dapat mengukuhkan perbuatan tersebut, samada perkara tersebut benar-benar dilakukan oleh Tunku atau ada segelintir pihak yang cuba mengapi-apikan keadaan pada masa itu. [2]
Pada hari Ahad 20 Januari 1963 yakni ketika suatu perhimpunan berlangsung, Menteri Luar Indonesia, Dr. Subandrio telah mengumumkan konfrontasi terhadap Malaysia. Akibat daripada itu, Kepala Staff Strategik Angkatan Darat Indonesia, Jeneral Achmad Yani telah menasihati Presiden Sukarno agar tidak terus melancarkan konfrontasi dengan Malaysia. Konfrontasi hanya menyebabkan tentera British dan Australia terlibat langsung berdepan dengan Tentera Nasional Indonesia. Presiden Sukarno menyifatkan nasihat itu hanya membelakangi arahannya. Sebaliknya pengumuman Dr. Subandrio diangkat sebagai dasar subversif baru yang aktif dilaksanakan di Indonesia terhadap semua wilayah Malaysia.[3]


Dalam usaha Sukarno yang menentang penubuhan negara Malaysia, beliau juga telah memulaukan Laporan Suruhanjaya Cobbold yang ditugaskan pada tahun 1962 yang bertujuan untuk meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak terhadap penubuhan Malaysia. Sukarno telah melancarkan kempen ‘Ganyang Malaysia’ pada awal 1963. Konfrontasi Sukarno telah berubah daripada sekadar perang kata-kata menjadi konfrontasi ketenteraan, hal ini berlaku selepas Suruhanjaya khusus PBB yang dibentuk untuk mengumpul pendapat rakyat setempat tentang pembentukan Malaysia. Sukarno menjadi semakin tersinggung apabila Tunkumengumumkan terbentuknya Malaysia sebelum Komisi PBB itu mengumumkan hasil siasatannya.
Pada 12 April 1963, sukarelawan perang dan para gerila Indonesia mula bertindak menyelinap masuk ke dalam sempadan Malaysia. Ketika ini, penyelinapan dan pencerobohan masuk mula dengan menyerang Balai Polis Tebedu di Sarawak, yang terletak kira-kira 5 kilometer daripada sempadan Indonesia. Tugas peyelusupan diletakkan di bawah bahu Mejar Benny Moerdani. Namun begitu serangan berjaya dipatahkan oleh Rejimen Askar Melayu Diraja Malaya dan Askar Gurkha.
Pada 29 Disember 1963, gerila perang Indonesia telah melancarkan serangan mengejut ke Pos tentera di KalabakanTawauSabah. Serangan mengejut ini dilakukan ketika anggota tentera daripada Kompeni C, Rejimen ke-3 Askar Melayu Diraja sedang bersiap-siap untuk Solat Isyak. Serangan ini telah ditentang oleh Askar Melayu Diraja Malaya dan menyebabkan sukarelawan perang Indonesia berundur ke sempadan mereka.[4]
Pada 1964, gerila Indonesia mulai menyerang wilayah di Semenanjung Malaysia. Pada bulan Ogos, enam belas ejen bersenjata Indonesia ditangkap di Johor. Aktiviti tentera Indonesia di sempadan meningkat. Sehubungan itu, kerajaan Malaysia mengerahkan Angkatan Tentera Malaysia termasuk Rejimen Askar Melayu Diraja dan Rejimen Askar Wataniah bersiap sedia untuk menangani ancaman ganas Indonesia, Tentera Laut Diraja Malaysia dikerah untuk mempertahankan perairan Malaysia. Keanggotaan pasukan tentera Malaysia hanya sedikit yang dikerah dan diletakkan dibahagian pos kawalan sempadan dan kawalan unit komando. Misi utama mereka adalah untuk mencegah pencerobohan gerila Indonesia ke Malaysia. Selain pasukan tentera, kerajaan Persekutuan Malaysia turut menghantar sepasukan polis dari pelbagai cawangan untuk membantu pasukan tentera mempertahankan tanahair. Cawangan Tugas Am, Sukarelawan Polis dan Polis Bantuan ditugaskan untuk mengawal dan membuat rondaan dikampung-kampung dan dikawasan bandar. Sekatan jalanraya dengan pihak tentera dijalankan dengan ketat dan pemeriksaan ke atas orang awam turut dijalankan bagi memastikan tiadanya ejen Indonesia yang menyusup masuk ke dalam bandar dan kampung-kampung dengan menyamar sebagai orang awam. Cawangan Khas ditugaskan untuk membantu Kor Risik Diraja melakukan tugas risikan terhadap kegiatan dan aktiviti subversif yang dilakukan oleh tentera Indonesia, manakala Pasukan Polis Marin membantu Tentera Laut Diraja Malaysia melakukan tugas rondaan diperairan negara serta Pasukan Polis Hutan diaturgerakkan bersama tentera darat memburu gerila Indonesia yang menyusup masuk ke dalam hutan. Pada 16 Ogos, sepasukan Rejimen Askar Melayu Diraja berhadapan dengan lima puluh orang gerila Indonesia.
Meskipun Filipina tidak turut serta dalam kempen tersebut, namun mereka memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia. Persekutuan Malaysia ditubuhkan secara rasmi pada 16 September 1963. Brunei menolak gabungan dengan Malaysia dan Singapura keluar di kemudian hari.
Ketegangan berlaku di kedua belah pihak di Selat Melaka. Dua hari kemudian para perusuh membakar kedutaan Britain di Jakarta. Beratus-ratus perusuh menyerbu kedutaan Singapura di Jakarta dan juga rumah diplomat Singapura. Di Malaysia, ejen Indonesia ditangkap dan wartawan media massa menyerang kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur.
Di sempadan Kalimantan, telah berlakunya pertempuran dikawasan sempadan; gerila Indonesia dan pasukan separa tenteranya cuba menceroboh Sarawak dan Sabah, tetapi gagal. Sebahagian besar pihak yang terlibat konflik bersenjata dengan Indonesia ialah askar Britain dan Australia, terutama sekali pasukan khas mereka iaitu Special Air Service(SAS). Dianggarkan, seramai 2000 komando Indonesia (Kopassus) dan 200 anggota SAS British, Australia dan New Zealand terbunuh setelah bertempur di hutan Kalimantan dengan Truper James Condon daripada anggota 22 SAS British menjadi korban pertama dalam pertempuran tersebut.
Pada 17 Ogos, pasukan payung terjun mendarat di pantai barat daya Johor dan cuba membentuk pasukan gerila. Pada 2 September 1964, pasukan payung terjun mendarat di Labis, Johor. Pada 29 Oktober, 52 anggota tentera mendarat Indonesia di Pontian di sempadan Johor-Melaka, tetapi ditangkap oleh pasukan Rejimen Askar Melayu Diraja dan New Zealand, manakala yang selebihnya berjaya ditahan oleh Pasukan Polis Hutan di Batu 20, MuarJohor.
Konfrantasi Indonesia terhadap Malaysia menjadi semakin tegang apabila Malaysia terpilih sebagai anggota tidak tetap PBB pada bulan Disember 1964. Sebagai protes kepada penyertaan Malaysia menjadi anggota PBB, Indonesia telah menarik diri daripada keanggotaan PBB pada Januari 1965.
Sebagai tandingan Olimpik, Soekarno turut menyelenggarakan GANEFO (Games of the New Emerging Forces) yang diselenggarakan di SenayanJakarta pada 10-22 November1963. Pesta olahraga ini disertai oleh 2,250 atlet dari 48 negara di Asia, Afrika, Eropah dan Amerika Selatan, serta didatangi oleh 500 orang wartawan asing.
Pada Januari 1965Australia bersetuju untuk menghantar pasukan tenteranya ke Kalimantan setelah mendapat permintaan daripada Malaysia. Tentera Australia menghantar 3 Rejimen Diraja Australia dan Rejimen Australian Special Air Service. Dianggarkan seramai empat belas ribu pasukan tentera British dan Komanwel di Australia pada ketika itu. Secara rasminya, tentera British dan Australia tidak dapat melakukan serangan melalui sempadan Indonesia. Tetapi, unit seperti Special Air Service, baik British mahupun Australia, menyusup masuk secara rahsia (lihat Operasi Claret). Australia melakukan penyusupan ini pada 1966.
Pada pertengahan 1965, Indonesia mula menggunakan pasukan rasminya setelah kesemua pasukan komando dan sukarelawan yang melakukan penyusupan di Malaysia gagal. Pada 28 Jun, mereka menyeberangi sempadan ke timur Pulau Sebatik berhampiran Tawau, Sabah dan cuba melakukan serangan dan sabotaj ke atas kem Rejimen Askar Melayu Diraja di Tawau, namun cubaan itu gagal kerana kem itu berhampiran dengan balai polis dan disedari oleh anggota-anggota polis di situ dan berjaya mematahkan cubaan itu.
Menjelang akhir 1965, Jeneral Soeharto memegang tampuk pemerintahan Indonesia setelah berlakunya rampasan kuasa. Oleh kerana konflik dalaman negara, keinginan Indonesia untuk meneruskan konfrontasi dengan Malaysia berkurangan dan peperangan telah reda.
Pada 28 Mei 1966, sebuah rundingan dilakukan di Bangkok, Kerajaan Malaysia dan Indonesia mengumumkan perdamaian setelah Soeharto menghantar Adam Malik sebagai wakil untuk berunding dengan Tunku Abdul Rahman. Kekerasan berakhir pada bulan Jun, dan perjanjian perdamaian ditandatangani pada 11 Ogos dan dirasmikan dua hari kemudian. Penghancuran PKI dan elemen-elemen politik kiri, dan perletakan jawatan oleh Soekarno telah menyebabkan perubahan mendadak dalam kestabilan politik Indonesia pada tahun 1965. Indonesia secara rasminya mengakhiri konfrantasi terhadap Malaysia pada tahun 1967.

Akibat

Konfrontasi ini merupakan salah satu penyebab pendekatan Presiden Soekarno dengan Parti Komunis Indonesia, menjelaskan aktiviti ketenteraan yang menggabungkan diri dalam gerakan G30S/Gestok (Gerakan Satu Oktober), dan juga pada akhirnya menyebabkan PKI melakukan penculikan pemerintah tertinggi Tentera Darat.[1]

Pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 tidak disenangi oleh Indonesia dan Filipina tetapi juga tidak diiktiraf oleh Pakistan melalui Menteri luar Pakistan, Zulfiqar Ai Bhutto .[perlu rujukan] Malaysia tidak dijemput menghadiri Sidang kemuncak Afri-Asia 1965 di Algeria. Malahan wakil Malaysia turut dihalang menghadirinya[perlu rujukan]Rampasan kuasa Algeria 1965 dapat menjatuhkan Presiden AlgeriaAhmed Ben Bella.
Sekiranya Jeneral Suharto yang ditugaskan Soekarno menggerakkan tentera Indonesia rasmi menyerang Malaysia, peperangan terbuka pasti akan berlaku. Armada British berlabuh di Laut China Selatan lengkap dengan senjata nuklear dan bersiap-sedia menyerang Jakarta jika perlu. [perlu rujukan] Tentera Amerika pula sedang terlibat dalam Perang Vietnam da tidak mahu Indonesia jatuh ke tangan komunis. CIA memberi 50 juta rupiah, walkie-talkie dan ubat-ubatan kepada Adam Malik[perlu rujukan] Adam Malik bertemu buat pertama kali dengan Tunku sebelum solat Jumaat di Masjid Negara.
Gerakan 30 September 1965 (G30S) berlaku apabila komunis PKI pimpinan Leftenan Kolonel Untung Shamsuri membunuh tujuh panglima tentera .Namun Jenderal Harris Nasutionselaku Menteri Pertahanan Indonesia terselamat. Suharto muncul sebagai orang kuat tentera yang baru.Hubungan Malaysia-Indonesia semakin kembali akrab.[5]

Konfrontasi Indonesia-Malaysia - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Kalimat dari Buya Hamka yang Melegenda 
Senin, 18 Februari 2019 21:14
Foto: Kutipan Buya Hamka
KIBLAT.NET, Jakarta – “Jika diam saat agamamu dihina, gantilah bajumu dengan kain kafan.”

Kalimat legenda Buya Haji Abdul Malik Karim Amrullah di atas kembali tersiar ketika kasus penistaan agama yang dilakukan Basuki Tjahaja Purnama menimbulkan polemik pada 2016 silam.

Dalam Pameran 111 Tahun Buya Hamka yang digelar di Universitas Al Azhar Indonesia, Jakarta Selatan, kutipan itu tertuang dalam kanvas A4 yang memuat gambar Buya Hamka berlatar putih.

Kepala Sekolah Pemikiran Islam (SPI) Jakarta Chandra Yhudangkara mengungkapkan kutipan yang ditampilkan dalam pameran ini disadur dari karya literasi Buya Hamka. Tadinya ada 50 kutipan, namun oleh panitia kembali diseleksi dan dipilih yang terbaik untuk dipublikasikan.

“Banyak kutipan Buya Hamka misalnya ‘jika kerja hanya kerja, kera juga bisa bekerja’, itu tidak kita angkat disini karena menurut kami itu sudah banyak orang tau. Yang kita angkat disini ada yang saya pribadi pun baru tau,” ujar Chandra.

Panitia mengumpulkan kutipan kutipan itu secara kolektif, dari buku-buku klasik dan literasi kuno Buya Hamka. Keseluruhan kutipan yang ditampilkan, menurut Chandra, valid bersumber dari Buya Hamka. Sebelum dipublikasikan ada tim khusus untuk mengecek kembali apakah itu benar kutipan Buya Hamka.

“Kita buka literasi kuno dan kita kutip yang menurut kita bagus, dan memberi nasihat, baru kita angkat di konten pameran ini,” ujarnya.


Kutipan-kutipan itu tertuang dalam berbagai medium. Ada yang dituliskan dalam kanvas bergambar dari lukisan cat air, sebagian ditulis menggunakan ilustrasi komputer. Selain kutipan, pameran juga diisi dengan timeline kehidupan Buya Hamka, pameran buku-buku lawas karya Buya Hamka.

“Kita klasifikasikan berdasarkan kutipan seperti aqidah, politis, keluarga, atau sosok ayah dari Buya Hamka,” ujar Chandra.

Sedikitnya 14 karya desain dikirimkan ilustrator dari Jakarta maupun luar jakarta. Termasuk karya ilustrator DC dan Marvel, Ardyansah.

Sebanyak 28 kutipan Buya Hamka ditampilkan dalam pamerna itu. Berikut beberapa kalimat dari Buya Hamka yang melegenda;

1. “Jangan Takut Gagal ! Karena yang tak pernah gagal hanyalah orang-orang yang tak pernah melangkah”.
2. “Jika hati senantiasa berniat baik, Allah akan pertemukan kita dengan hal yang biak, orang orang baik, atau setidaknya peluang dan kesempatan untuk bisa berbuat baik, maka isi hati kita dengan prasangka baik, harapan baik, keinginan baik, dan tekan untuk menjadi lebih baik”.
3. “Peluang yang besar, itu datang secara tiba-tiba, datang tidak menentu masa, datang disaat kita kesusahan, nilailah dengan bijaksana, rebutlah peluang yang besar itu”.
4. “Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu”
Baca halaman selanjutnya: 5. "Aku hanya orang kecil apa...
Kalimat dari Buya Hamka yang Melegenda - Kiblat

TITIAN

BERITA TERKAIT




5. “Aku hanya orang kecil apa dayaku kekayaanku hanya satu, dik hati. hati yang luas tak bertepi, cinta yang dalam tak terajuk”.

6. “Oleh sebab itu maka bertambah tinggi perjalanan akal, bertambah banyak alat pengetahuan yang dipakai, pada akhirnya bertambah tinggi pulalah martabat iman dan Islam seseorang”.

7. “Selama dua tahun empat bulan saya ditahan, saya merasa itu semua merupakan anugerah yang tiada terhingga dari Allah kepada saya, sehingga saya dapat menyelesaikan kitab tafsir Alquran 30 juz.”

8. “Tuhan menilai apa yang kita beri dengan melihat apa yang kita simpan.”
Reporter: Muhammad Jundii
Editor: Imam S.
Kalimat dari Buya Hamka yang Melegenda - Page 2 of 2 - Kiblat

RAJA AHMAD AL LINGGI BLOG SEJARAH SALASILAH KETURUNAN KESULTANAN JOHOR RIAU
Tuesday, July 29, 2008

PENGENALAN

Assalamualaikum, 

Blog ini adalah BLOG yang mengisahkan mengenai keturunan keluarga saya dari sebelah nasab BAPA. 

Dato Linggi atau nama sebenarnya RAJA AHMAD adalah sultan Johor Riau yang ke empat.

Secara ringkasnya, daripada kajian sejarah yang dilakukan di dapati bahawa Kesultanan Johor Riau mempunyai nasab dari keturunan ahlulbait RSAW (Melayu Arab) dan Bugis.

Ikutilah kisahnya dan kaitannya dengan sejarah NUSANTARA.

Puteri Nafisah

Friday, July 18, 2008

SALASILAH BUGIS

Thursday, June 26, 2008
Sila KLIK pada RAJAH di bawah untuk perbesarkan gambaran rajah tersebut

Penulis telah merujuk kepada buku-buku, artikel-artikel dan jurnal

jurnal seperti berikut:-

Tuhfat Al-Nafis karangan Raja Haji Ahmad dan Raja Ali Haji terjemahan oleh Virginia Matheson,

A History of Pahang oleh W. Linehan,

Intitusi Bendahara – Permata Melayu Yang Hilang’ oleh Tun Suzana Tun Osman,

Prince of Pirates oleh Carl A Trocki, 
Royal Ark of Malaysia/Johor oleh Christopher Buyers, 
Royal Ark of Malaysia/Pahang oleh Christopher Buyers,
Royal Ark of Indonesia/Lingga oleh Christopher Buyers,
Royal Ark of Indonesia/Riau oleh Christopher Buyers,

Sejarah Selangor – Bukit Malawati,

Indonesiaheritage.com/The Bugis Diaspora,

Indonesiaheritage.com/ Riau-Lingga Writers,

Rulers.org/Indonesia Traditional Polities,

Ruler.org/Malaysian states, al-manak.com/Johor & Pahang,

Warisan Kesultanan Riau Lingga/riaulingga.com,

Syair Perang Bendahara oleh Suzana M. Osman,

Warrior Princes of Sulawesi oleh Sabri Zain,

Mencari Gunung Daik Bercabang Tiga oleh A. F Yasin,

Ahlul-Bait Rasulullah s.a.w dan Raja Melayu oleh Muzafar Mohamad dan Suzana M. Osman,

Koleksi Himpunan Karya Terpilih oleh Mohamas,

Salasilah Dato’ Linggi,

Koleksi cerita-cerita lisan penduduk Kampug Relong.


Penulis membandingkan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku sebelum dan selepas Dato’ Ahmad @ Dato’ Linggi membuka Kampong Relong iaitu pada 1795 dengan peristiwa yang berlaku semasa pemerintahan Kesultanan Johor-Riau dan Bendahara Paduka Raja di Pahang.

Terdapat kesinambungan dari aspek tarikh dan tahun peristiwa tersebut berlaku dengan kehadiran Dato’ Linggi di Kampung Relong dan juga dari pengkisahan cerita-cerita lisan yang diperturunkan oleh generasi-genarasi terdahulu.

Terdapat persamaan nama ‘Ahmad’ diantara Dato’ Ahmad (yang lebih dikenali sebagai Dato’ Linggi) dengan Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah.

Perkataan ‘makamnya’ bawah kundang seperti yang tercatit didalam Salasilah Dato’ Linggi juga membawa maksud baginda adalah dari keturunan raja iaitu Kesultanan Johor-Riau sebagaimana cerita-cerita lisan generasi terdahulu. Penulis juga telah membuat beberapa hipotisis dengan alasan-alasan yang bersandarkan kepada peristiwa-peristiwa yang berlaku pada masa tersebut. 

Hasil daripada hipotisis tersebut penulis membuat kesimpulan bahawa :

Dato’ Ahmad yang dikenali Dato’ Linggi ADALAH Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah ibni al marhum Paduka Sri Sultan ‘Abdul Jalil V Mu’adzam Shah, Sultan Negeri Johor-Riau dan jajahan takluknya yang ditabalkan dalam tahun 1761.

[Hanya Allah yang Maha Mengetahui]
Setelah kemangkatan Yamtuan Muda Riau Daeng Kemboja dalam tahun 1777. Bendahara Paduka Raja Tun ‘Abdul Majid berusaha untuk memperkukuhkan pengaruhnya. Beliau telah berjaya mempengaruhi Paduka Sri Sultan Mahmud III Shah Alam dengan mengaturkan perkahwinan baginda dengan puterinya iaitu Che Engku Puan.

Terdapat pergolakan dan perebutan pengaruh dan kuasa diantara pembesar-pembesar Melayu dan Bugis didalam kesultanan Johor-Riau sehingga menyebabkan Paduka Sri Sultan Mahmud III Shah Alam terpaksa meminta pertolongan dan perlindungan daripada Belanda dari 10 November 1784 sehingga 7 Februari 1787 dimana pihak Beland telah menyerahkan kembali kuasa pemerintahan kepada baginda.

Pembesar-pembesar Bugis telah cuba untuk mempertingkatkan pengaruh mereka didalam Kerajaan Johor-Riau, bagaimana selepas kemangkatan Yamtuan Muda Riau Raja Haji Fisabillillah di Telok Ketapang pada 19 Jun 1784, pengaruh pembesar Bugis semakin merosot.

Bahawa pergeseran dan perebutan kuasa dan pengaruh diantara pembesar Melayu dan Bugis keseluruhannya banyak berpunca daripada perebutan untuk menguasai konsesi lombong bijih dan hasil mashul yang lain seperti gambir, opium, teh, lada hitam dan rempah ratus yang lain. Sultan pada kebiasaannya menyerahkan pengutipan cukai tersebut kepada para pembesar negeri, maka kehadiran pihak Belanda sedikit sebanyak telah menggugat penguasaan pembesar-pembeser negeri terutama orang Bugis untuk memonopoli hasil-hasil tersebut.

Selepas kemangkatan Bendahara Paduka Raja Tun ‘Abdul Majid dalam tahun 1802, barulah pembesar-pembesar Bugis berjaya mempengaruhi Paduka Sri Sultan Mahmud III Shah Alam iaitu dengan mengaturkan perkahwinan baginda dengan Raja Hamidah, puteri kepada Yamtuan Muda Riau Raja Haji dalam tahun 1803. Baginda telah menghadiahkan Pulau Penyengat kepada Raja Hamidah sebagai hadiah perkahwinan.

Bahawa Paduka Sri Sultan Mahmud telah menganugerahkan Pulau Penyengat kepada suku Bugis bagi mengambil hati para pembesar dan orang-orang Bugis pada masa tersebut sebagaimana baginda menganugerahkan tanah Pahang kepada Bendahara Tun Abdul Majid iaitu bagi memujuk beliau yang dipinggirkan kuasanya oleh Yamtuan Muda Riau.

Semasa hayatnya, Paduka Sri Sultan Mahmud III Shah Alam telah berkahwin (pertama) dengan Che Engku Puan binti Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Majid. (kedua) Inche’ Makoh binti Daeng Maturang, (ketiga) Inche’ Mariam binti Dato’ Bandar Hassan pada 1780, (keempat) Raja Hamidah binti Raja Haji (YTMRiau 4) pada 1803. Bagaimana pun perkahwinan dengan orang bukan gahara sahaja yang memperolehi putera iaitu Tengku Sulong (a/k Inche’ Makoh) dan Tengku Jumaat (a/k Inche’ Mariam).

Setelah kemangkatan Paduka Sri Sultan Mahmud III Shah Alam pada 12 Januari 1811, baginda tidak menamakan pengganti bagi mewarisi Kesultanan Johor-Riau. Perebutan kuasa telah berlaku diantara Tengku Sulong dan Tengku Jumaat dari tahun 1812 sehingga 1819 walaupun umum mengetahui bahawa kedua-dua putera sultan ini dari isteri orang bukan gahara.

Bahawa didalam tempoh peralihan tersebut tentunya pembesar-pembesar negeri tercari-cari siapakah yang paling layak untuk ditabalkan menjadi Sultan. Memandangkan kedua-dua putera Sultan tersebut adalah dari isteri orang bukan gahara maka pada waktu tersebut Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah (sekiranya masih hidup) atau putera-putera baginda menjadi waris yang paling layak untuk ditabalkan sebagai Sultan Johor-Riau.

Bahawa Paduka Sri Sultan Mahmud III Shah Alam mungkin sedar bahawa kekanda baginda yang dikatakan telah mangkat itu sebenarnya masih hidup. Berbagai persoalan mungkin timbul dibenak baginda, ada baik dan ada risikonya. Tindakkan baginda tidak melantik atau menamakan pengganti baginda mungkin disebabkan baginda mahu menyerahkan kembali takhta kesultanan kepada kekanda baginda atau waris-waris yang lebih layak dari keturunan raja yang sebenar?].

Bahawa Dato’ Linggi yakni Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah dan keluarga baginda tentu terdedah kepada sasaran pembunuh upahan samada daripada waris keturunan Paduka Sri Sultan Mahmud ataupun Pembesar-pembesar Melayu dan Bugis yang tamakkan harta, pengaruh dan kuasa].


Sekitar tahun 1802 Bendahara Paduka Raja Tun ‘Abdul Majid ada menghantar wakil bagi menjemput Dato’ Linggi ke Istana Pekan.

Tujuannya untuk berjumpa Dato’ Linggi kerana dalam masa tersebut beliau sedang gering.

Adakah Bendahara berasa tersangat rindu kepada Dato’ Linggi, zuriat Sultan Johor-Riau yang dizalimi yang selama ini dilindungi secara diam-diam? Intan gemala yang disingkirkan oleh Bendahara Tun Hasan dan para pembesar Melayu yang ingin memastikan kekuasaan Negeri ditangan meraka? Atau mungkin Bendahara mahu menatap wajah intan gemala yang sekian lama tidak dilihatnya untuk kali terakhir? Mungkin juga Bendahara ingin menceritakan kebenaran, memohon ampun dan maaf, merafak sembah kepada Sultan yang sebenar (‘the True King’)?.

Bendahara Paduka Raja Tun ‘Abdul Majid meninggal dunia pada tahun 1802 tanpa diketahui samada hasrat beliau tercapai atau tidak.

Walau apapun, Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah telah mengharungi saat-saat yang mencabar didalam penghidupannya, daripada putera raja, menjadi Sultan seketika, disingkir dari takhta kemudian menjadi rakyat biasa, hidup di tempat yang terpencil dan hanya ingin dikenali dengan nama Dato’ Ahmad (Dato’Linggi).

Dato’ Ahmad telah mangkat sekitar tahun 1812-1815 atau lebih mengikut jangka hayat manusia pada masa tersebut iaitu antara 50 – 60 tahun dan dimakamkan dibawah pohon Kundang ditempat yang dikenali sebagai Kuala Relong di Kampong Relong, Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur. 

Dengan huraian dan hipotisis yang dinyatakan diatas maka sedikit sebanyak persoalan-persoalan yang ditimbulkan sebelum ini telah pun terjawab.

PERISTIWA YG MEMBAWA PENYINGKIRAN RAJA AHMAD DARI TAKHTA. (1)

Semasa pemerintahan Paduka Sri Sultan Sulaiman I Badr ul-‘Alam Shah perbalahan sering berlaku diantara para pembesar Melayu dan Bugis yang ingin berkuasa dan menguasai hasil mashul Negeri Johor. Ini disebabkan para pembesar Bugis yang diketuai oleh Yamtuan Muda Riau sangat berkuasa keatas pemerintahan Negeri Johor. Merujuk kepada persetiaan Melayu-Bugis yang dipersetujui oleh Paduka Sri Sultan Sulaiman I Badr ul-Alam Shah dengan Daeng Parani semasa penyingkiran Raja Kecil Siak menyatakan “Sebelah Raja Sulaiman menjadi Yamtuan Besar (Sultan) sampailah kepada turun temurunnya dan sebelah Bugis menjadi Yantuan Muda sampailah kepada turun temurunnya juga, tiada boleh yang lain. Dan lagi Yamtuan Besar (Sultan) jadi seperti perempuan sahaja, jika diberinya makan, maka baru makan ia. Dan Yamtuan Muda jadi seperti laki-laki, dan jika datang satu-satu hal atau apa-apa juga bicara melainkan apa kata Yamtuan Muda”. Maka jawatan yang disandang oleh para pembesar Melayu seperti Bendahara dan Temenggong tidak lagi mempunyai kuasa yang besar malah peranan mereka ini sering diperkecilkan oleh para pembesar Bugis.

Penganjur bagi para pembesar Melayu yang cuba mengurangkan kuasa pihak Yantuan Muda Riau ini ialah Raja Kecil Terengganu yang bernama Sultan Mansur Shah ibni Al-Marhum Sultan Zainal Abidin I yang juga dikenali sebagai Tun (Raja) Dalam.

Tun Dalam merupakan sepupu kepada Paduka Sri Sultan Sulaiman yang juga menantu kepada baginda dan Daeng Chelak. Tun Dalam juga merupakan bapa saudara sepupu kepada Bendahara Tun Hassan. Bagaimana pun Bendahara, Temenggong dan Raja Indera Bongsu tentulah menjadi pendorong utama didalam perkara ini.

Para pembesar Melayu termasuk Tun Dalam dikatakan terlalu marah dengan pembesar Bugis yang memonopoli kuasa didalam kerajan Johor telah mencetuskan berbagai masalah dengan pembesar Bugis, ini memburukkan lagi perhubungan diantara para pembesar Melayu dan Bugis yang memang telah sedia tidak baik.

Pertelingkahan kedua-dua belah pihak sampai ke kemuncaknya pada tahun 1753 sehingga menyebabkan Yamtuan Muda Riau Daeng Kemboja memutuskan untuk meninggalkan Riau dan membuat pemerintahan di daerah Linggi. Dalam tahun 1759, Yamtuan Muda Riau Daeng Kemboja telah memerintahkan Raja Haji (Engku Kelana) pergi ke Riau bagi mendesak Paduka Sri Sultan Sulaiman memperbaharui persetiaan Melayu-Bugis yang telah dibuat pada tahun 1722 dahulu.

Pada tahun 1760 Paduka Sri Sultan Sulaiman telah menitahkan Tun Dalam dan Raja Haji pergi ke Linggi untuk menjemput Yamtuan Muda Riau Daeng Kemboja bagi menjalankan pentadbiran negeri. Rombongan tersebut telah singgah sebentar di Melaka. Semasa di Melaka Tun Dalam yang mendakwa sebagai wakil Paduka Sri Sultan Sulaiman telah berjumpa dengan Gabenor Belanda di Melaka. Tun Dalam mendakwa membawa perintah daripada baginda sultan bagi meminta pihak Belanda menyerang Yamtuan Muda Riau Daeng Kemboja di Linggi. Tun Dalam juga menyatakan bahawa segala perbelanjaan bagi peperangan tersebut akan ditanggung oleh Paduka Sri Sultan Sulaiman

Atas tipu helah tersebut, pihak Belanda telah menyerang Linggi dan Yamtuan Muda Riau Daeng Kemboja berundur ke Rembau. Bagaimana pun cerita berkenaan tindak tanduk Tun Dalam ini telah diketahui oleh Paduka Sri Sultan Sulaiman menyebabkan baginda begitu murka kepada Tun Dalam, bagaimana pun sebelum sempat baginda bertindak, Tun Dalam dan rombongannya telah melarikan diri ke Terengganu.

Paduka Sri Sultan Sulaiman telah berjumpa dengan Gabenor Belanda di Melaka dan pada mulanya baginda tidak mahu menjelaskan hutang peperangan tersebut yang berjumlah tujuh laksa, tiga ribu, empat ratus lima puluh tujuh ringgit. Bagaimana pun setelah didesak oleh Gabenor Belanda, baginda telah meminta tangguh bagi pembayaran hutang tersebut kerana mahu berjumpa dahulu dengan Tun Dalam. Baginda kemudiannya pulang ke Riau.

Semasa di Riau, Paduka Sri Sultan Sulaiman telah memerintahkan Raja di Baroh untuk menjemput Yamtuan Muda Riau Daeng Kemboja di Rembau. Raja di Baroh telah singgah dahulu di Selangor dimana setibanya disana baginda telah jatuh gering. Semasa pemergian Raja di Baroh ini, Paduka Sri Sultan Sulaiman telah jatuh gering dan mangkat pada 20 Ogos 1760.

Menurut ‘Tuhfat al-Nafis’ pada masa geringnya baginda Sultan inilah Tengku Puteh telah melahirkan Tengku Mahmud. Selepas pemakaman baginda, Bendahara Tun Hasan telah menyuruh orang pergi ke Selangor untuk memberitahu Raja di Baroh bahawa ayahanda banginda sudah mangkat. Setelah menerima berita tersebut, Raja di Baroh selang beberapa hari telah mangkat iaitu pada tanggal 29 Januari 1761.

Raja Selangor telah memasukkan jenazah Raja di Baroh didalam keranda dan menghantarnya ke Pedas dimana Yamtuan Muda Riau Daeng Kemboja berserta Raja Haji telah menunggu jenazah baginda di Pedas seterusnya membawa jenazah tersebut pulang ke Riau. Jenazah baginda dimakamkan bersebelahan dengan makam paduka ayahanda Marhum Paduka Sri Sulaiman I Badr ul-‘Alam Shah.

Setelah permakaman almarhum Sultan Abdul Jalil, para pembesar negeri telah menabalkan Tengku Ahmad sebagai Sultan Johor-Riau dengan gelaran Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah. Pertabalan tersebut telah dibuat oleh Yamtuan Muda Riau Daeng Kemboja dan bukannya oleh Bendahara Tun Hasan.

Kejadian ini telah membuatkan para pembesar melayu terutamanya Bendahara Tun Hasan sakit hati. Apatah lagi Yamtuan Muda Riau Daeng Kemboja telah melantik dirinya menjadi pemangku kepada sultan. Walau bagaimana pun Paduka Sri Sultan Ahmad telah dipelihara oleh Bendahara Tun Hasan dan menetap di Kampung Bulang dengan suku-suku Melayu.

Setelah mendapat berita Paduka Sri Sultan Sulaiman telah mangkat, Gabenor Belanda di Melaka telah menghantar satu rombongan ke Riau bagi menuntut hutang yang masih belum dibayar oleh Marhum baginda Sultan. ‘Tuhfat al-Nafis’ ada menceritakan peristiwa ini secara terperinci dimana Bendahara Tun Hasan dan para pembesar Melayu tidak berupaya untuk membayar hutang tersebut dan menyerahkan kepada Yamtuan Muda Daeng Kemboja untuk membuat keputusan. Pihak Belanda menuntut jika hutang tersebut gagal dibayar, pihak Belanda akan mengambil dua putera Raja di Baroh sebagai tebusan.

Maka gemparlah seluruh Riau kerana takut akan kehilangan dua orang putera dari keturunan Sultan itu.

Berkatalah Bendahara Tun Hasan (didalam Tuhfat al-Nafis) “Allah, Allah, Janganlah abang kenangkan saya semua ini, melainkan abang pandang sajalah kepada intan gemala kita, yang piatu itu daripada waris amanah pertaruhan marhum kepada abang serta saya semua ini. Adapun Johor dan Riau serta segala takluk daerahnya dipulangkan kepada abang dan abanglah memerintahnya serta kaum abang selama-lamanya dengan muafakat serta tulus ikhlas, relalah saya semua kepada abang adik beradik, anak beranak”.

Selepas bertangguh selama tiga bulan, Yamtuan Muda Riau Daeng Kemboja akhirnya berjaya membayar hutang tersebut yang kemudiannya berjumlah tujuh laksa, tujuh ribu tujuh ratus tujuh puluh ringgit, hasil daripada penjualan candu.

Di riwayatkan bahawa selepas beberapa hari perkara pembayaran hutang tersebut selesai Paduka Sri Sultan Ahmad dikatakan telah jatuh gering dan mangkat di Kampung Bulang. Dikatakan Bendahara Tun Hasan dan Yamtuan Muda Riau Daeng Kemboja sendiri telah menyempurnakan permakaman almarhum baginda sultan.

Selesai permakaman maka para pembesar negeri telah bermusyawarah dimana suku-suku Melayu mencadangkan calon daripada saudara-saudara Marhum di Baroh manakala suku-suku Bugis mancadangkan Raja Mahmud yang berdarah Melayu-Bugis. Bagaimana pun tiada keputusan daripada perjumpaan tersebut dan bertangguhlah kepada hari esoknya. Bendahara Tun Hasan telah mengarahkan suku-suku Melayu bersiap sedia dengan kelengkapan senjata untuk hadir pada perjumpaan keesokkan hari, manakala Yamtuan Muda Riau Daeng Kemboja sangat marah apabila mendengar berita tersebut lantas berkata ia kepada Raja Haji

“ Engku Kelana daripada perbuatan Datuk Bendahara itu, baharu semalam umpamanya ia berkata negeri Riau ini putih hitamnya terserah kepada kita. Pada ketika Kapitan kapal menunggu hutang hari itu, ini sudah lain pula tingkah lakunya seperti rupa-rupa hendak mencari jalan perkelahian, bukan jalan muafakat dan musyawarah memilih raja hanyalah seolah-olah jalan hendak menunjukkan laki-lakinya jua”.

Maka suku-suku Bugis juga telah menyediakan kelengkapan senjata pada hari tersebut.
Keesokkan harinya semasa tiba waktu pertabalan seluruh pembesar daripada kedua-dua belah pihak telah berhimpun.

Merujuk kepada ‘Tuhfat Al-Nafis’ dan artikel ‘Lingga Island - Mencari Gunung Daik Bercabang Tiga’ tulisan A. F Yasin, bahawa Yamtuan Muda Riau Daeng Kemboja sambil meriba Tengku Mahmud yang masih kecil telah naik ke singgahsana seterusnya menobatkan Tengku Mahmud sebagai Sultan Johor. Beliau menghunus pedangnya sambil berucap yang maksudnya
“Barang siapa diketahui kiranya suku-suku sebelah Melayu dan Bugis, bahawa sesungguhnya Raja Mahmud inilah Raja Johor dan segala jajahan takluknya yang dilantik oleh Bugis sebagaimana nindanya Sultan Sulaiman, iapun demikian jualah. Maka barang siapa yang tiada mematuhi aturan ini, maka pada hari inilah kita berhabis-habisan”.

Bendahara Tun Hasan yang terkejut dengan perlakuan Yamtuan Muda Riau Daeng Kemboja itu tidak dapat berbuat apa-apa melainkan berkata “Jikalau sudah patut pada abang semua Raja Mahmud ini menjadi Raja Johor, maka saya semua pun sertalah”.

Maka dengan perakuan tersebut tertaballah Paduka Sri Sultan Mahmud.

Bahawa bagi merampas kembali kuasa kesultanan Johor yang dipangku oleh Yamtuan Muda Daeng Kemboja, Bendahara Tun Hasan bersama Temenggong dan Raja Indera Bongsu telah membuat rancangan iaitu dengan mengisytiharkan bahawa Paduka Sri Sultan Ahmad telah gering dan mangkat di Kampung Bulang. Dengan itu para pembesar Melayu berhasrat untuk menabalkan Sultan dari kalangan saudara-saudara Mahrum Sultan Abdul Jalil samada Tengku Abdul Kadir, Tengku Othman atau Tengku Buang. Sekiranya cadangan tersebut berhasil tentulah para pembesar Melayu dapat berkuasa sepenuhnya keatas Kerajaan Johor. Bagaimanapun pakatan ini tidak dapat dilaksanakan apabila Yamtuan Muda Riau Daeng Kemboja selagi lagi bertindak bersendirian dengan melantik Tengku Mahmud sebagai Sultan Johor-Riau.

Menurut Christopher J. Buyers didalam ‘RoyalArk/Malaysia/Johor’ Paduka Sri Sultan Mahmud III Shah Alam pada masa perlantikan tersebut baru berusia enam tahun (lahir 1755).

Manakala ‘Tuhfat al-Nafis’ menyatakan Paduka Sri Sultan Mahmud III Shah Alam pada masa perlantikan tersebut baru berusia satu tahun (lahir 1760). Maka pemerintahan Kerajaan Johor-Riau telah dipangku oleh Yamtuan Muda Daeng Kemboja dengan dibantu oleh penolongnya Raja Haji (Engku Kelana).

Bahawa dengan perlantikan tersebut pembesar-pembesar Bugis yang diketuai oleh Yamtuan Muda Riau Daeng Kemboja telah menguasai sepenuhnya pemerintahan dan memonopoli hasil kekayaan Kerajaan Johor-Riau. 

Bahawa dengan pertabalan tersebut maka gagallah rancangan Bendahara Tun Hasan dan para pembesar Melayu yang lain untuk melantik Sultan dari kalangan saudara-saudara Marhum Raja di Baroh. Bermakna gagal jugalah hasrat untuk kembali berkuasa didalam pemerintahan kerajaan Johor. Apatah lagi Sultan yang baru ditabal itu masih kecil dan bersemayam di Riau, dikelilingi oleh para pembesar Bugis. Maka yang menjadi mangsa adalah Paduka Sri Sultan Ahmad yang ‘terpaksa menjadi korban’ kepada rancangan pembesar Melayu yang tidak berjaya itu.

Terdapat percanggahan didalam kesahihan kemangkatan Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah seperti yang didakwa oleh Bendahara Tun Hasan dan Yamtuan Muda Riau Daeng Kemboja semasa perlantikan Paduka Sri Sultan Mahmud III Shah Alam pada 1761.

Ini berdasarkan beberapa catitan-catitan termasuk daripada Christopher J. Buyers didalam ‘RoyalArk/Malaysia/Johor’ yang menyatakan bahawa Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah masih hidup sehingga tahun 1770 sebelum baginda menghilangkan diri iaitu pada usia 18 tahun. Menurut cerita-cerita lisan yang diperturunkan dari generasi terdahulu menyatakan bahawa yang dimakamkan di Batangan tersebut hanyalah batang pisang kerana Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah telah dilarikan oleh orang suruhan Bendahara dari Kampung Bulang.

Bahawa dari tahun 1761 sehingga 1770, Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah telah telah mendalami ilmu agama islam sehingga menjadi seorang yang alim. Baginda telah menukar nama gelarannya kepada Dato’ Ahmad yang juga mahu dikenali sebagai Dato’ Linggi seperti yang dinyatakan didalam Salasilah[2] dan tidak lagi menggunakan gelaran ‘Sultan’ atau ‘Tengku’.


Pembesar Kerajaan Johor-Riau yang berpengaruh pada masa tersebut ialah Yamtuan Muda Riau Daeng Kemboja yang bersemayam di Riau dan Bendahara Paduka Raja Tun Hasan yang bersemayam di Kampung Bulang. Perlantikan Paduka Sri Sultan Mahmud III Shah Alam oleh Daeng Kemboja membawa maksud beliau mempunyai kata pemutus didalam perlantikan Sultan Johor-Riau.

Manakala selepas tahun 1770 pembesar Melayu yang berpengaruh ialah Bendahara Paduka Raja Tun ‘Abdul Majid yang bersemayam di Pahang yang juga dikenali sebagai Bendahara Pahang. Dimana peristiwa perlantikan Yamtuan Muda Riau Raja Haji oleh Bendahara Paduka Raja Tun ‘Abdul Majid di Pahang dalam tahun 1778 menunjukkan bahawa beliau sangat berpengaruh pada masa tersebut.

Berdasarkan ‘Tuhfat al-Nafis’, ‘Price of Pirates’ oleh Carl A Trocki dan artikel ‘Warrior Princes of Sulawesi’ tulisan Sabri Zain menyatakan bahawa Raja Haji pada masa kemangkatan Yamtuan Muda Riau Daeng Kemboja di Riau sekitar tahun 1777, sedang berada di Borneo kerana membantu Sultan Pontianak berperang menentang musuh-musuhnya. Raja Haji sepatutnya balik ke Riau untuk menghadiri pemakaman Yantuan Muda Riau Daeng Kemboja tetapi beliau mengambil keputusan untuk singgah di Pahang.

Raja Haji telah berjaya mendapatkan sokongan dan restu dari Bendahara Tun Abdul Majid (a prominent member of Johor-Riau house) seterusnya telah ditabalkan di Pahang sebagai Yamtuan Muda Riau ke empat pada tahun 1778.

Bendahara Pahang setelah berkuasa pada tahun 1770 telah menyembunyikan Dato’ Ahmad di wilayah pemerintahannya iaitu di Pahang. Dato’ Ahmad akhirnya mengambil keputusan untuk terus tinggal dan menetap di Kampung Relong dan tidak berhasrat untuk kembali berkuasa. Mungkin juga disebabkan oleh kewarakan baginda menyebabkan baginda tidak lagi mempunyai hasrat tersebut. Anak-anak baginda juga telah menggugurkan nama gelaran ‘Tengku’ bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan sebagai rakyat biasa.

SEJARAH HIDUP TENGKU AHMAD @ PADUKA SRI SULTAN AHMAD I RI’AYAT SHAH

Tengku Tengah, juga dikenali Tengku/Raja Ahmad diputerakan didalam tahun 1752.

Putera kepada Raja di Baroh iaitu Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Jalil V Mu’adzam Shah ibni al-marhum Paduka Sri Sultan Sulaiman Badr ul-‘Alam Shah, Sultan Johor dengan Sultanah Tengku Puteh binti Raja Chelak, puteri ke tiga kepada Raja Chelak bin Daeng Rilaga, Yang di Pertuan Muda Riau ke 2 dengan Tengku Mandak binti al-marhum Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Jalil IV Mu’adzam Shah puteri ke tiga Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Jalil IV Mu’adzam Shah bin Bendahara ‘Abdu’l Majid, Sultan Johor-Riau.

Tengku Tengah telah ditabalkan menjadi Sultan Johor-Riau di Riau pada usia baginda 9 tahun bergelar Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah setelah kemangkatan ayahanda baginda al-marhum Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Jalil V Mu’adzam Shah pada 29 Januari 1761. 

Oleh kerana terlalu sedih atas kemangakatan Paduka Sri Sultan Abdu’l Jalil V Mu’adzam Shah, bonda baginda Tengku Puteh telah jatuh gering dan mangkat pada 16 Februari 1761 iaitu kurang sebulan selepas kemangkatan Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Jalil V Mu’adzam Shah dan dimakamkan di Batangan, Riau.

Semasa menjadi Sultan, Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah telah tinggal bersama Bendahara Tun Hassan di Kampung Bulang. Manakala adinda baginda Tengku Mahmud dipelihara oleh bonda saudara baginda Tengku Hitam di Riau.

Dalam tahun yang sama iaitu 1761 ‘Tuhfat Al-Nafis’ ada menyatakan bahawa Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah telah jatuh gering seterusnya mangkat di Kampung Bulang dan dimakamkan di Batangan, Riau. Manakala menurut ‘Institusi Bendahara – Permata Yang Hilang’ bahawa Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah mangkat akibat termakan racun.

Bagaimana pun Christopher Buyers yang menulis didalam ‘RoyalArk/Malaysia/Johor’ dan beberapa penulis lain menyatakan bahawa Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah masih hidup selepas disingkirkan sehinggalah sekitar tahun 1770 apabila baginda dikatakan telah menghilangkan diri. Menurut cerita-cerita lisan waris di Kampung Relong yang diperturunkan dari generasi terdahulu menyatakan bahawa yang dimakamkan di Batangan tersebut hanyalah batang pisang dan sebenarnya Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah telah dilarikan oleh orang suruhan Bendahara Tun Hasan didalam gulungan tikar mengkuang dari Kampung Bulang.

Pada tahun 1770 Bendahara Tun Hassan telah mangkat dan digantikan oleh Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Majidyang juga dikenali sebagai Bendahara Pahang.

Pada masa inilah Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah telah menghilangkan diri dimana dipercayai Bendahara Tun Abdul Majid secara senyap-senyap telah menghantar baginda ke satu tempat yang paling terpencil didalam Negeri Pahang iaitu di Kuala Relong. 

Disinilah Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah yang menukar nama baginda kepada Dato’ Ahmad (Dato’ Linggi) telah membuka perkampongan pada tahun 1795, iaitu pada usia baginda 43 tahun.

Di sinilah juga baginda mangkat dan dimakamkan dibawah pokok kundang di Kuala Relong sekitar tahun 1812-1815.

HUBUNG KAIT DIANTARA DATO’ LINGGI DENGAN KESULTANAN JOHOR-RIAU.

Pencarian ini adalah berdasarkan kepada fakta tahun pembukaan Kampung Relong oleh Dato’ Linggi iaitu pada tahun 1795 dan perbandingan dibuat berdasarkan peristiwa-peristiwa yang berlaku dan fakta-fakta yang terdapat didalam Sejarah Kerajaan dan Kesultanan Johor-Riau yang berlaku diantara tahun 1740an dan awal tahun 1800an.

Hipotisis yang dibuat adalah bersandarkan alasan-alasan dan keterangan-keterangan yang munasabah.

(Hipotisis bermaksud andaian yang dikemukakan berdasarkan fakta semasa dan digunakan sebagai asas kepada pencarian seterusnya yang mana berkemungkinan benar atau tidak). 

Daripada sejarah Kesultanan Johor-Riau yang dinyatakan sebelum ini, terdapat satu peristiwa penting yang berlaku iaitu pada tahun 1761 dimana Tengku Tengah (Tengku/Raja Ahmad) yang ditabalkan menggantikan ayahanda baginda bergelar Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah telah disingkir dari takhta pada tahun yang sama dan tampuk kesultanan diserahkan kepada adindanya iaitu Tengku (Raja) Mahmud.

Penulis merasakan terdapat persamaan diri diantara Dato’ Ahmad yang membuka Kampung Relong pada tahun 1795 dengan Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah yang disingkirkan daripada takhta Kesultanan Johor-Riau pada tahun 1761 iaitu daripada aspek nama ‘Ahmad’ itu sendiri.

SULTAN JOHOR RIAU (13) : terakhir

Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Rahman II Mu’azzam Shah ibni al-marhum Raja Muhammad Yusuf

(Tahun 1883 – [1930])


Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Rahman II Mu’azzam Shah ibni al-marhum Raja Muhammad Yusuf (lahir 1851) adalah putera kepada Raja Muhammad Yusuf, Yang di-Pertuan Muda Riau ke 10 dengan Tengku Fatimah ibni al-marhum Paduka Sri Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah.

Baginda dipilih oleh Belanda untuk menggantikan Paduka Sri Sultan Sulaiman II Badr ul-‘Alam Shah (datuk saudara) diantara ramai lagi waris-waris yang lebih tua yang layak. Baginda berkuasa diatas pertolongan bonda baginda sehingga berkuasa penuh pada 18 Februari 1885.

Baginda mengabungkan kekuasaan Riau dan Lingga selepas kemangkatan ayahanda baginda selain memindahkan pusat pemerintahan dari Daik, Pulau Lingga ke Pulau Penyengat di Riau. 

Baginda melarikan diri ke Singapura pada 3 Februari 1911 kerana tidak mahu tunduk kepada kehendak Belanda yang mahukan baginda menyerahkan lebih banyak kuasa.

Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Rahman II Mu’azzam Shah mangkat di Teluk Belanga, Singapura pada 28 Disember 1930.

Maka berakhirlah pemerintahan Kesultanan Riau-Lingga dari keturunan Kesultanan Johor-Riau.

SULTAN JOHOR RIAU (12)

Sultan Sulaiman II Badr ul-‘Alam Shah ibni al-marhum Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Rahman I Mu’azzam Shah 

Tahun (1857 – 1883)

Paduka Sri Sultan Sulaiman II Badr ul-‘Alam Shah ibni al-marhum Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Rahman I Mu’azzam Shah iaitu bapa saudara kepada Paduka Sri Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah dengan persetujuan Belanda (NEI) telah dilantik sebagai Sultan dan Yang di-Pertuan Besar Riau-Lingga dan jajahan takluknya pada 11 Oktober 1857 di Daik iaitu selepas Paduka Sri Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah dibuang negeri oleh pihak Belanda (NEI).

Baginda telah mangkat di Daik pada 17 September 1883 dan dimakamkan di Bukit Chengah (Chengkeh), Lingga

SULTAN JOHOR RIAU (11)

Paduka Sri Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah ibni al-marhum Paduka Sri Sultan Muhammad II Mu’azzam Shah

(Tahun 1835 – 1857)

Paduka Sri Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah ibni al-marhum Paduka Sri Sultan Muhammad II Mu’azzam Shah (lahir 1823) ditabalkan sebagai Sultan Lingga pada tahun 1835.

Baginda telah berkuasa sepenuhnya setelah kemangkatan ayahanda baginda pada 20 Julai 1841. Pada 7 Okober 1857 Baginda telah berselisih faham dengan pihak Belanda seterusnya dihalang dari berkuasa oleh pihak Belanda.

Baginda telah melarikan diri dan hidup dalam buangan ke Negeri Pahang sehingga tahun 1861 sebelum berpindah ke Bangkok untuk menjadi Gabenor Siam bagi Negeri Terengganu dan Kelantan.

Baginda mangkat di Pekan, Pahang dan di makamkan di Pahang pada 10 Julai 1864.

SULTAN JOHOR RIAU (10)

Paduka Sri Sultan Muhammad II Mu’azzam Shah ibni al-marhum Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Rahman I Mu’azzam Shah 

(Tahun 1832 – 1835)

Setelah kemangkatan Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Rahman I Mu’azzam Shah, anakanda baginda Paduka Sri Sultan Muhammad II Mu’azzam Shah ibni al-marhum Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Rahman I Mu’azzam Shah (lahir 1803) ditabalkan sebagai Sultan Lingga. Disebabkan keuzuran Paduka Sri Sultan Muhammad II telah menyerahkan tampuk pemerintahan kepada puteranya Tengku Mahmud pada 1835.

Paduka Sri Sultan Muhammad II Mu’azzam Shah mangkat di Kraton, Daik dan di makamkan di Bukit Chengah (Chengkeh) di Daik, Kepulauan Lingga pada 20 Julai 1841.

SULTAN JOHOR RIAU (9)

Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Rahman I Mu’azzam Shah ibni al-marhum Paduka Sri Sultan Mahmud III Alam Shah

(Tahun 1818 – 1832)

Dalam tahun 1818, Tengku Juma’at (lahir 1755) dengan sokongan Yamtuan Muda Riau Sultan Jaafar telah ditabalkan sebagai Sultan dan Yang di Pertuan Besar Lingga bergelar Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Rahman I Mu’azzam Shah ibni al-marhum Paduka Sri Sultan Mahmud III Alam Shah dan diperakui oleh pihak Belanda (NEI).

Semasa pemerintahan baginda Riau telah menjadi pusat perkembangan dan penyiaran agama Islam.

Pada 1 Syawal 1249H (1823) baginda telah mendirikan Majid Raya di Pulau Penyengat di Riau yang masih ada sehingga hari ini.

Baginda mangkat di Lingga dan dimakamkan di Bukit Chengah (Chengkeh) di Daik, Kepulauan Lingga pada 9 Ogos 1832.

Perjanjian British - Belanda (Tahun 1824)

British dan Belanda telah menandatangi ‘Anglo-Dutch Treaty’ di London pada tahun 1824 dimana persetujuan telah dibuat bagi menentukan garis sempadan masing-masing. Dengan perjanjian tersebut British telah menyerahkan Betawi kepada Belanda manakala Belanda menyerahkan Melaka kepada British.

Penentuan garis sempadan ini secara langsungnya telah memecahkan empayar kesultanan Johor-Riau kepada dua wilayah iaitu Johor dan Singapura dibawah jajahan British manakala Riau dan Lingga dibawah jajahan Belanda.

SULTAN JOHOR RIAU (8)

Paduka Sri Sultan ‘Ali Iskandar Shah ibni al-marhum Paduka Sri Sultan Husain Mu’adzam Shah 

(Tahun 1835 – [1855]) 

Pada 5 September 1835 Paduka Sri Sultan ‘Ali Iskandar Shah ibni al-marhum Paduka Sri Sultan Husain Mu’adzam Shah telah ditabalkan sebagai Sultan Johor.

Disebabkan pemerintahan baginda yang lemah pada 10 Mac 1855 manakala pengaruh Temenggong yang bersekongkol dengan pihak British telah berjaya memaksa Sultan ‘Ali Iskandar Shah menyerahkan seluruh kedaulatan Negeri Johor kecuali Kesang (Muar) kepada Temenggong Sri Maharaja Daeng Ibrahim.

Sebagai ganti baginda dibayar saguhati berupa pencen dari Kerajaan British. Bagaimana pun beberapa tahun kemudian didalam keadaan yang terdesak baginda terpaksa menyerahkah Muar kepada Temenggong Sri Maharaja Ibrahim dan berpindah ke Umbai, Melaka.

Paduka Sri Sultan ‘Ali Iskandar Shah mangkat di Umbai Melaka pada 20 Jun 1877 dan dimakamkan di perkarangan Masjid Umba

Terdapat artikel yang mengatakan bahawa disebabkan pemerintahan yang lemah serta kegagalan Paduka Sri Sultan Husain seterusnya Sultan ‘Ali Iskandar Shah membendung perpecahan dan pergeseran dikalangan pembesar-pembesar negeri disamping kecenderungan Sultan tunduk kepada pihak British.

Ini menyebabkan Temenggong Sri Maharaja Daeng Ibrahim bin Temenggong Sri Maharaja Daeng ‘Abdul Rahman mengambil keputusan untuk mengambil alih kuasa bagi kepentingan rakyat dan bangsa Melayu di Negeri Johor dan jajahan takluknya pada tahun 1855.

Manakala dua tahun sebelumnya iaitu pada tahun 1853 Bendahara Sri Maharaja Tun ‘Ali yang sudah tidak kuasa melihat berbagai siasah politik yang tidak bersesudahan diantara kesultanan Johor yang telah berpecah itu telah memerintahkan anakandanya Bendahara Muda Tun Mutahir mengistiharkan Negeri Pahang berpisah dari Kerajaan Johor. 

SULTAN JOHOR RIAU (7)

Paduka Sri Sultan Husain Mu’adzam Shah ibni al-marhum Paduka Sri Sultan Mahmud III Shah Alam 

(Tahun 1819 – 1835)

Tengku Sulong (lahir 1776) dengan sokongan daripada Temenggong Sri Maharaja Daeng ‘Abdul Rahman telah ditabalkan sebagai Sultan Johor pada 6 Januari 1819, bergelar Paduka Sri Sultan Husain Mu’adzam Shah ibni al-marhum Paduka Sri Sultan Mahmud III Shah Alam.

Pertabalan dibuat di Singapura dihadapan Sir Thomas Stamford Raffles dan diperakui oleh British.

Sebagai balasannya baginda dipaksa menyerahkan Singapura kepada British. Kebanyakkan pembesar Melayu dan rakyat jelata secara diam mempertikaikan perlantikan baginda kerana dilantik oleh orang Inggeris dan bukannya dimasyhurkan oleh pembesar yang mewakili rakyat jelata.

Walaupun Paduka Sri Sultan Husain Mu’adzam Shah menjadi Sultan yang berkuasa, pemerintahan kerajaan Johor sebenarnya dikuasai oleh Temenggong Sri Maharaja Daeng ‘Abdul Rahman.

Pada 5 September 1835 Paduka Sri Sultan Husain Mu’adzam Shah telah mangkat di Tranquerah, Melaka dan dimakamkan di perkarangan Masjid Tengkera, Melaka.

(Catatan : Dari sini boleh dijejak al kisah tentang Pulau Batu Putih)

Tahun 1811 – 1819 ZAMAN PERALIHAN

(INTERRAGNUM, a period between the rule of two successive rulers)

Oleh yang demikian pemerintahan Sultan Abdu’l Rahman tidak diiktiraf oleh mereka. Walaupun kuasa ditangan Sultan tetapi pembesar-pembesar negeri lebih berpengaruh dikalangan rakyat jelata.

Pada masa tersebut Negeri Pahang ditadbir oleh Bendahara Sri Wak Raja Tun ‘Ali bin Tun Koris manakala Negeri Johor ditadbir oleh Temenggong Sri Maharaja Daeng ‘Abdul Rahman. 

Perebutan kuasa telah berlaku diantara Tengku Sulong dengan Tengku Juma’at berlanjutan selama 9 tahun iaitu dari tahun 1811 sehingga 1819. 

Kemuncak perbalahan tersebut telah membawa kepada perpecahan Kerajaan Johor-Riau kepada dua wilayah iaitu Johor termasuk Pahang dan Singapura dikuasai oleh orang-orang Melayu yang mendapat sokongan British manakala Riau termasuk Lingga, Karimun, Buru dan lain-lain pulau diseluruh kepulauan Riau-Lingga dikuasai oleh orang-orang Bugis yang mendapat sokongan daripada Belanda.

Perbalahan ini juga telah memberi peluang kepada British dan Belanda untuk campur tangan didalam menentukan perlantikan pemerintah Kerajaan Johor dan Riau-Lingga.

SULTAN JOHOR RIAU (6)

Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Rahman I Mu’azzam Shah ibni al-marhum Paduka Sri Sultan Mahmud III Alam Shah 

(Tahun 1811 – 1818)

Setelah kemangkatan Paduka Sri Sultan Mahmud III Shah Alam, Yamtuan Muda Riau Sultan Jaafar telah menabalkan Tengku Juma’at sebagai Sultan Johor-Riau bergelar Paduka Sri Sultan Abdu’l Rahman I Muadzam Shah dengan membelakangkan abangnya Tengku Sulong.

Pertabalan ini telah mendapat tentangan daripada Tengku Sulong dan pembesar-pembesar Melayu kerana ianya dikira telah melanggar adat pertabalan sultan.

SULTAN JOHOR RIAU (5)

Paduka Sri Sultan Mahmud III Shah Alam ibni al-marhum Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Jalil V Mu’adzam Shah 

(Tahun 1761 – 1811)

Paduka Sri Sultan Mahmud III Shah Alam ibni al-marhum Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Jalil V Mu’adzam Shah (lahir 1755) telah ditabalkan menggantikan Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah dalam tahun 1761 di Riau.

Pertabalan tersebut telah dibuat oleh Yamtuan Muda Riau Daeng Kemboja. Disebabkan Paduka Sri Sultan Mahmud III Shah Alam masih muda, pemerintahan Kerajaan Johor-Riau telah dipangku oleh Yamtuan Muda Riau Daeng Kemboja.

Didalam masa tersebut perebutan kuasa dan pengaruh diantara pembesar Melayu dan Bugis telah melemahkan Kerajaan Johor-Riau.

Pada tahun 1778, Raja Haji bin Raja Chelak telah dilantik sebagai Yamtuan Muda Riau ke empat setelah kemangkatan Daeng Kemboja. Pada masa ini pengaruh orang-orang Bugis berada dikemuncaknya. Bagaimana pun berlaku perselisihan faham diantara Raja Haji dengan Gabenor Belanda di Melaka yang membawa kepada peperangan diantara Bugis dengan Belanda. Pada 19 Jun 1784 Raja Haji terbunuh (fisabillu’llah) di Teluk Ketapang dan orang-orang Bugis telah diusir keluar dari Riau oleh pihak Belanda.

Walaupun Sultan dan para pembesar Melayu tidak terbabit didalam permusuhan itu namun pihak Belanda telah menghukum mereka dengan memaksa Sultan menanda tangani surat pengakuan menyerah kalah iaitu pada tanggal 10 November 1784.

Dengan perakuan tersebut Negeri Johor dan jajahan takluknya telah diserahkan kepada Belanda manakala Paduka Sri Sultan Mahmud III Shah Alam diberikan perlindungan oleh Belanda.

Sehinggalah pada 7 Februari 1787 barulah pihak Belanda menyerahkan kuasa kepada Paduka Sri Sultan Mahmud III Shah Alam.

Paduka Sri Sultan Mahmud III Shah Alam telah mangkat di Lingga pada 12 Januari 1811 dan dimakamkan di perkarangan Masjid Jami’ di Daik, Kepulauan Lingga.

Baginda tidak menamakan pengganti kerana baginda hanya mempunya dua orang putera dari isteri orang bukan gahara iaitu Tengku Sulong (a/k Inche Makoh) dan Tengku Juma’at (a/k Inche Mariam).

SULTAN JOHOR RIAU (4)

Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah ibni al-marhum Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Jalil V Mu’adzam Shah 

(1761)

Pada tahun 1761, Tengku Tengah (lahir 1752) telah ditabalkan menjadi Sultan Johor-Riau bergelar Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah ibni al-marhum Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Jalil V Mu’adzam Shah di Riau.

Pertabalan tersebut telah dibuat oleh Yamtuan Muda Riau Daeng Kemboja. Kebanyakan riwayat termasuk ‘Tuhfat Al-Nafis’ menyebut bahawa Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah telah mangkat dalam tahun 1761.

Bagaimana pun Christopher Buyers yang menulis didalam ‘RoyalArk/Malaysia/Johor’ dan beberapa penulis lain menyatakan bahawa Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah telah disingkirkan dan masih hidup sehinggalah sekitar tahun 1770 apabila baginda dikatakan telah menghilangkan diri.

SULTAN JOHOR RIAU (3)

Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Jalil V Mu’adzam Shah al-marhum Paduka Sri Sultan Sulaiman I Badr ul-‘Alam Shah

(1760 – 1761)

Pada 20 Ogos 1760, Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Jalil V Mu’adzam Shah al-marhum Paduka Sri Sultan Sulaiman I Badr ul-‘Alam Shah (lahir 1738) juga dikenali sebagai Raja di Baroh, telah ditabalkan selepas kemangkatan al-marhum Paduka Sri Sultan Sulaiman I Badr ul-‘Alam Shah.

Pertabalan dilakukan di Selangor, bagaimana pun pada masa tersebut baginda sedang gering. Pada 29 Januari 1761, baginda telah mangkat di Selangor dan jenazah baginda dibawa ke Linggi dan dimakamkan di Batangan, Riau.

Menurut ‘Institusi Bendahara – Permata Yang Hilang’ dan ‘History of Pahang’ bahawa Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Jalil V Mu’adzam Shah mangkat akibat termakan racun. Baginda mempunyai dua orang putera iaitu Tengku Tengah (Raja Ahmad) dan Tengku (Raja) Mahmud hasil dari perkahwinan dengan Tengku Puteh binti Raja Chelak.

SULTAN JOHOR RIAU (2)

Paduka Sri Sultan Sulaiman I Badr ul-‘Alam Shah ibni al-marhum Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Jalil IV Ri’ayat Shah

(Tahun 1721 – 1760)


Paduka Sri Sultan Sulaiman I Badr ul-‘Alam Shah ibni al-marhum Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Jalil IV Ri’ayat Shah (lahir 1699) telah ditabalkan sebagai Sultan Johor-Riau dan jajahan takluknya pada 4 Oktober 1722 di Riau selepas kemangkatan Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Jalil IV Ri’ayat Shah bin Dato Bendahara ‘Abdul Majid.

Baginda dapat merebut kembali takhta Kesultanan Johor-Riau dengan pertolongan orang-orang Bugis dengan mengalahkan Raja Kecil Siak pada tahun 1721. Baginda telah bersetuju berkongsi kuasa dengan pembesar Bugis dengan menganugerahkan jawatan Yamtuan Muda Riau sebagai balasan kepada pertolongan orang-orang Bugis.

Bagaimana pun pada 1 Januari 1758, baginda telah menandatangani perjanjian dengan Belanda dan menyerahkan pentadbiran termasuk konsesi perlombongan bijih dikawasan Sg Linggi dan Rembau kepada pihak Belanda. Perjanjian ini sangat tidak disenangi oleh pembesar-pembesar Bugis yang sebelum ini memonopoli perdagangan bijih dikawasan tersebut.

Menurut ‘Tuhfat Al-Nafis’ Paduka Sri Sultan Sulaiman I Badr ul-‘Alam Shah mangkat kerana gering manakala menurut ‘The Bugis Diaspora’, pembesar-pembesar Bugis yang diketuai oleh Raja Haji sangat marah dengan perjanjian yang dibuat oleh Paduka Sri Sultan Sulaiman I Badr ul-‘Alam Shah tersebut. Raja Haji telah mengarahkan supaya baginda dibunuh.

Pada 20 Ogos 1760, Paduka Sri Sultan Sulaiman I Badr ul-‘Alam Shah telah mangkat di Riau dan dimakamkan di Batangan, Kepulauan Riau.

SULTAN JOHOR RIAU (1)

Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Jalil IV Ri’ayat Shah bin Dato Bendahara ‘Abdul Majid (Tahun 1699 – 1721)

Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Jalil IV Ri’ayat Shah bin Dato Bendahara ‘Abdul Majid telah ditabalkan sebagai Sultan Johor-Riau pada 3 September 1699 di Kota Tinggi setelah kemangkatan Paduka Sri Sultan Mahmud II Shah ibni al-marhum Paduka Sri Sultan Ibrahim Shah, waris terakhir dari keturunan Kesultanan Melaka.

Bagaimana pun dalam tahun 1718 baginda telah dikalahkan dan dipaksa menyerahkan takhta kepada Raja Kecil dari Siak iaitu putera (putative posthumous son) kepada Paduka Sri Sultan Mahmud II Shah. Walau bagaimana pun Raja Kecil telah melantik baginda menjadi Bendahara Sri Maharaja Johor.

Bagaimana pun pada 11 Julai 1721, baginda telah melarikan diri ke Terengganu. Setelah beberapa ketika baginda pergi ke Pahang dan membuka ibu negeri yang baru di Kuala Pahang.

Baginda telah mangkat dibunuh di Kuala Pahang oleh orang suruhan Raja Kecil pada 21 November 1721 dan dimakamkan di Teluk Kandang, Kuala Pahang (dikenali sebagai Marhum Kuala Pahang).

SALASILAH KESULTANAN JOHOR-RIAU

Kesultanan Johor-Riau telah diperintah oleh Sultan-Sultan daripada keturunan Bendahara iaitu seramai enam orang dari tahun 1699 sehingga 1812 sebelum ianya berpecah.

Satu cabang iaitu Kesultanan Johor diperintah oleh dua orang Sultan dari tahun 1819 sehingga 1855 yang kemudiannya beralih kepada keturunan Temenggong.

Manakala satu cabang lagi iaitu Kesultanan Lingga diperintah oleh lima orang Sultan dari tahun 1812 sehingga 1911.

Sila lihat carta Salasilah yang dilampirkan dan susunannya adalah seperti berikut:

SALASILAH KESULTANAN JOHOR RIAU

Sila KLIK pada rajah untuk perbesarkan gambarannya. 


SEJARAH KESULTANAN JOHOR-RIAU (1699-1911)

Susur galur Kesultanan Johor-Riau dikatakan bermula daripada Sayyid ‘Aidarus dari Kampong Pasir di Aceh, Sumatera yang berasal daripada Hadramaut, Selatan Arab. 

Keturunan beliau telah memerintah di empat negeri iaitu Johor, Terengganu dan Pahang di Malaysia dan Riau-Lingga di Indonesia.

Kesultanan Johor-Riau bermula pada tahun 1699 bilamana Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Jalil IV Ri’ayat Shah bin Dato Bendahara Tun Habib ‘Abdul Majid dilantik menjadi Sultan berikutan dengan kemangkatan Paduka Sri Sultan Mahmud Shah II (marhum mangkat dijulang) iaitu waris ‘terakhir’ daripada Kesultanan Melaka apabila baginda mangkat di Kota Tinggi.

Bagaimana pun dalam tahun 1718, Raja Kecil dari Siak yang mendakwa waris daripada keturunan Paduka Sri Sultan Mahmud Shah II telah menakluk Negeri Johor seterusnya membawa kepada peristiwa pembunuhan Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Jalil IV Ri’ayat Shah di Kuala Pahang.

Pengganti baginda iaitu Paduka Sri Sultan Sulaiman I Badr ul-‘Alam Shah telah bergabung dengan orang Bugis menyerang Johor dan menewaskan Raja Kecil pada tahun 1721.

Sebagai balasannya Sultan telah menganugerahkan jawatan Yamtuan Muda Riau iaitu jawatan tertinggi selepas sultan kepada puak Bugis selain daripada jawatan Bendahara dan Temenggong yang disandang oleh orang Melayu. Maka bermulalah era pengaruh orang-orang Bugis didalam pemerintahan Kesultanan Johor-Riau dan persaingan pengaruh diantara para pembesar Melayu dengan Bugis didalam kerajaan Johor.

Menurut beberapa artikel termasuk ‘Ahlul-Bait Rasulullah s.a.w dan Raja Melayu’ tulisan Muzafar Mohamad dan Suzana M. Osman, dan ‘Salasilah Sultan-Sultan Riau-Lingga’ menyatakan bahawa Bendahara Tun Habib ‘Abdul Majid adalah dari keturunan Rasululah s.a.w. (Ahlul-Bait).

Setelah berkuasa selama lebih kurang dua dekad, akhirnya Kesultanan Johor-Riau telah berpecah disebabkan oleh perebutan kuasa, pengaruh, tamak haloba, cemburu, hasad dengki dan fitnah diantara orang Melayu dengan orang Bugis.

Perlantikan Sultan yang tidak mengikut adat Melayu telah menjadikan Sultan tersebut hilang daulatnya manakala peminggiran kuasa Bendahara sebagai penasihat kepada Sultan telah menjadikan para pembesar Melayu dan rakyat jelata hilang kepercayaan terhadap pemerintah.

Persetiaan Melayu-Bugis pada 1722 tersebut telah membawa kepada bibit-bibit keruntuhan kepada institusi raja Melayu Johor.

Campur tangan dari pihak British dan Belanda pada waktu tersebut juga telah melemahkan kerajaan Johor seterusnya membawa kepada perpecahan tersebut.

Kesultanan Johor (dari keturunan Temenggong) dan Kesultanan Pahang (dari keturunan Bendahara) masih berterusan sehingga hari ini manakala Kesultanan Riau-Lingga telah pun berakhir dalam tahun 1911 apabila pihak Belanda menghalau Sultan Lingga dari Riau.

SEJARAH KESULTANAN JOHOR-RIAU (1699-1911)

Susur galur Kesultanan Johor-Riau dikatakan bermula daripada Sayyid ‘Aidarus dari Kampong Pasir di Aceh, Sumatera yang berasal daripada Hadramaut, Selatan Arab. 

Keturunan beliau telah memerintah di empat negeri iaitu Johor, Terengganu dan Pahang di Malaysia dan Riau-Lingga di Indonesia.

(Sila RUJUK kepada Salasilah Bendahara Tun Habib Abd Majid)

Kesultanan Johor-Riau bermula pada tahun 1699 bilamana Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Jalil IV Ri’ayat Shah bin Dato Bendahara Tun Habib ‘Abdul Majid dilantik menjadi Sultan berikutan dengan kemangkatan Paduka Sri Sultan Mahmud Shah II (marhum mangkat dijulang) iaitu waris ‘terakhir’ daripada Kesultanan Melaka apabila baginda mangkat di Kota Tinggi.

Bagaimana pun dalam tahun 1718, Raja Kecil dari Siak yang mendakwa waris daripada keturunan Paduka Sri Sultan Mahmud Shah II telah menakluk Negeri Johor seterusnya membawa kepada peristiwa pembunuhan Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Jalil IV Ri’ayat Shah di Kuala Pahang.

Pengganti baginda iaitu Paduka Sri Sultan Sulaiman I Badr ul-‘Alam Shah telah bergabung dengan orang Bugis menyerang Johor dan menewaskan Raja Kecil pada tahun 1721.

Sebagai balasannya Sultan telah menganugerahkan jawatan Yamtuan Muda Riau iaitu jawatan tertinggi selepas sultan kepada puak Bugis selain daripada jawatan Bendahara dan Temenggong yang disandang oleh orang Melayu. Maka bermulalah era pengaruh orang-orang Bugis didalam pemerintahan Kesultanan Johor-Riau dan persaingan pengaruh diantara para pembesar Melayu dengan Bugis didalam kerajaan Johor.

Menurut beberapa artikel termasuk ‘Ahlul-Bait Rasulullah s.a.w dan Raja Melayu’ tulisan Muzafar Mohamad dan Suzana M. Osman, dan ‘Salasilah Sultan-Sultan Riau-Lingga’ menyatakan bahawa Bendahara Tun Habib ‘Abdul Majid adalah dari keturunan Rasululah s.a.w. (Ahlul-Bait).

Setelah berkuasa selama lebih kurang dua dekad, akhirnya Kesultanan Johor-Riau telah berpecah disebabkan oleh perebutan kuasa, pengaruh, tamak haloba, cemburu, hasad dengki dan fitnah diantara orang Melayu dengan orang Bugis.

Perlantikan Sultan yang tidak mengikut adat Melayu telah menjadikan Sultan tersebut hilang daulatnya manakala peminggiran kuasa Bendahara sebagai penasihat kepada Sultan telah menjadikan para pembesar Melayu dan rakyat jelata hilang kepercayaan terhadap pemerintah.

Persetiaan Melayu-Bugis pada 1722 tersebut telah membawa kepada bibit-bibit keruntuhan kepada institusi raja Melayu Johor.

Campur tangan dari pihak British dan Belanda pada waktu tersebut juga telah melemahkan kerajaan Johor seterusnya membawa kepada perpecahan tersebut.

Kesultanan Johor (dari keturunan Temenggong) dan Kesultanan Pahang (dari keturunan Bendahara) masih berterusan sehingga hari ini manakala Kesultanan Riau-Lingga telah pun berakhir dalam tahun 1911 apabila pihak Belanda menghalau Sultan Lingga dari Riau.

SEJARAH DATO’ LINGGI DAN PEMBUKAAN KAMPONG RELONG.

2. Sejarah Dato’ Linggi berdasarkan Koleksi Cerita-cerita
lisan keturunan Dato’ Linggi yang menetap di Kampung
Relong


Cerita-cerita lisan yang diwarisi dari generasi yang terdahulu
banyak memperkatakan kisah-kisah Dato’ Linggi seperti berikut.

1. Dato’ Linggi nama asalnya Dato’ Ahmad juga dikenali sebagai Lihi, Licu, Baginda Lingga

2. Dato’ Linggi pernah menjadi ‘Sultan Kerajaan Johor-Riau’.

3. Dato’ Linggi pernah dijemput oleh Bendahara Pahang pada masa baginda sedang gering, menunjukkan baginda mempunyai pertalian dengan Bendahara.

4. Dato’ Linggi juga merupakan orang yang ahli agama, alim dan warak.

5. Dato’ Linggi dikatakan sampai ke Kampong Relong melalui jalan air (sungai) iaitu mudik Sg. Pahang, Sg. Jelai dan singgah di suatu tempat yang dinamakan ‘Padang Tengku’, bersempena dengan gelaran ‘Tengku’ yang diwarisi oleh Dato’ Linggi. Dari sini beliau mudik sehingga ke Sg. Telang

6. Dari Sg Telang jong atau kapal yang dinaiki oleh Dato’ Linggi telah ditarik dengan rotan sehinggalah sampai ke penghujung iaitu tempat yang dikenali sekarang sebagai Kampong Relong bersempena dengan keadaan kawasan yang lembah dan dikelilingi oleh banjaran/bukit (relong). Kesan laluan jong tersebut membentuk alur sungai yang dinamakan Sungai Teris.

7. Dato’ Linggi datang bersama-sama rombongannya mendirikan perkampungan di Kg Relong dan keturunannya menetap disini sehingga ke hari ini.

8. Dato’ Linggi tidak memakai gelaran Sultan atau Tengku bagi menghidarinya dari pada dikenali oleh orang luar yang mungkin datang untuk membunuhnya?. Anak-anak baginda juga tidak menggunakan gelaran tersebut.

9. Dato’ Linggi pernah dicari oleh orang-orang luar yang mengaku wakil Bendahara tetapi tidak berjumpa kerana baginda menggunakan nama-nama lain seperti yang disebut diatas.

SEJARAH DATO’ LINGGI DAN PEMBUKAAN KAMPONG RELONG.

1. Sejarah berpandukan Salasilah Keturunan Dato’ Linggi 

Merujuk kepada Salasilah Dato’ Linggi[1] yang disimpan dan dikemaskinikan oleh En. Abdul Karim bin Ali PJK, salasilah tersebut mempunyai paksi berbentuk bulatan yang tertera perkataan “Inilah Salasilah Dato’ Linggi, makamnya bawah Kundang Kuala Relong, buka Kampung Relong tahun 1795, Dato’ Linggi atau Lihi”.

Persoalan yang timbul disini ialah siapakah Dato’ Linggi dan apakah nama sebenar Dato’ Linggi yang boleh mengaitkan baginda dengan Kesultanan Johor-Riau?

Adakah Salasilah Keturunan Tok Linggi yang disimpan dan masih dikemaskinikan oleh penduduk Kg Relong ini merupakan satu-satunya salasilah yang ada?

Mungkinkah masih terdapat salasilah-salasilah yang sama yang disimpan oleh waris-waris keturunan baginda yang lain?

Yang mungkin ditinggalkan atau menetap disepanjang perjalanan baginda sehingga baginda membuka dan menetap di Kg Relong? 


Sebahagian daripada persoalan ini terjawab dengan penemuan satu lagi Salasilah Dato’ Linggi[2] yang diperolehi daripada Tuan Haji Omar Mokthar bin Abdul Kadir iaitu Ketua Kg Relong sekarang dimana salasilah ini juga mempunyai paksi yang berbentuk bulatan yang tertera perkataan

“Inilah Salasilah Dato’ Ahmad yang berasal dari Lingga Indonesia yang membuka Kampong Relong dikenali ‘Dato’ Linggi’ makamnya di Kuala Relong, salinan asal 28/10/1907, salinan semasa 1/3/1996”. 

Secara keselurahannya kedua-dua salasilah ini tidak banyak perbezaan cuma keturunan salah seorang daripada anak kepada Dato’ Linggi iaitu ‘Ali dicatitkan didalam Salasilah[2] tetapi tidak tercatit didalam Salasilah[1].

Penambahan nama anak-anak ‘Ali iaitu Tun Mutahir dan Tun Ahmad yang mungkin dilakukan pada 1996 itu merupakan percubaan untuk mengaitkan ‘Ali dengan Bendahara Pahang Tun Ali yang mana andaian tersebut adalah tidak berasas sama sekali. Bagaimana pun terdapat persamaan didalam kedua-dua salasilah ini iaitu; nama-nama tujuh orang anak Dato’ Linggi dinyatakan dengan tepat dan betul cuma susunannya sahaja yang berbeza iaitu didalam Salasilah[1] susunannya ‘Amat, Mamat, Timah, Saleh, ‘Ali, ‘Alas dan Munah manakala didalam Salasilah[2] susunannya ‘Amat, Mamat, Timah, Saleh, ‘Ali, (Imam) Munah dan ‘Alas.

Ini membuktikan bahawa kedua-dua salasilah ini adalah benar dan ianya juga merupakan satu bukti bahawa kedua-dua salasilah ini asalnya ditulis atau disediakan oleh orang-orang yang berbeza. En Abdul Karim bin Ali PJK ada menyatakan bahawa Salasilah[1] yang ada pada beliau datangnya daripada Imam Talib.

Manakala Salasilah[2] yang belum lagi diketahui asal penulisnya telah ditulis pada 28 Oktober 1907.

Salasilah Dato’ Linggi [1] susunannya ‘Amat, Mamat, Timah, Saleh, ‘Ali, ‘Alas dan Munah manakala didalam Salasilah Dato’ Linggi [2] susunannya ‘Amat, Mamat, Timah, Saleh, ‘Ali, (Imam) Munah dan ‘Alas.




PENGENALAN

Dato’ Linggi merupakan orang yang telah membuka perkampungan di Kampong Relong sekitar tahun 1795. Sehingga ke hari ini tidak banyak yang diketahui mengenai Dato’ Linggi dan asal usulnya. Penulis telah membuat penyelidikan berpandukan kepada ‘Salasilah Dato’ Linggi’ dan juga membuat rujukan kepada buku-buku sejarah, artikel-artikel dan jurnal-jurnal yang berkaitan dengan Sejarah Kesultanan Johor-Riau.


Menjejak Asal Usul Dato’ Linggi ini diterbitkan bagi membolehkan waris and keturunan baginda mengetahui sejarah asal usul dan kehidupan baginda, yang mana asalnya seorang Sultan Kerajaan Johor-Riau kemudiannya menjadi rakyat biasa. Begitulah sebahagian daripada cerita-cerita lisan yang diperturunkan oleh generasi terdahulu kepada generasi sekarang dengan harapan ianya tidak hilang dan dilupakan. Boleh dikatakan keseluruhan penduduk Kampung Relong dan sekitarnya adalah dari keturunan baginda.


Menjejak Asal Usul Dato’ Linggi juga memuatkan salasilah dan sejarah pemerintahan Kesultanan Johor-Riau dan peristiwa-peristiwa yang berlaku diantara tahun 1740an hingga awal 1800an yang mempunyai hubung-kait dengan Dato’ Linggi.

Penulis juga berharap penerbitan Menjejak Asal Usul Dato’ Linggi ini menjadi titik tolak kepada penyelidikan seterusnya untuk membongkar rahsia dan sejarah hidup Dato’ Linggi dan asal-usulnya.

KANDUNGAN

1. Pengenalan

2. Sejarah Dato’ Ahmad @ Dato’ Linggi dan pembukaan
Kampung Relong

3. Sejarah Kesultanan Johor-Riau

4. Salasilah Kesultanan Johor-Riau

5. Hubung Kait diantara Dato’ Ahmad @ Dato’ Linggi dengan Sejarah dan Peristiwa yang berlaku yang didalam Kesultanan Johor-Riau

6. Sejarah Hidup Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah

7. Peristiwa-peristiwa yang membawa kepada penyingkiran Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah dari takhta.

8. Kesimpulan

9. Bahan Rujukan

PENGHARGAAN

Atas keinginan untuk mengetahui sejarah sebenar Dato’ Linggi, pada 24 September 2003 saya telah memulakan pencarian dan penyelidikan untuk menjejak asal usul Dato’ Linggi.

Saya juga ingin memberikan penghargaan kepada Perpustakaan Negara Malaysia kerana membenarkan saya untuk mencari dan menyalin beberapa teks yang menjadi rujukan kepada penerbitan Menjejak Asal Usul Dato’ Linggi ini.

Akhirnya saya mengucapkan terima kasih kepada saliza, farah nabilah, fahim nabil dan batrisiya nadirah kerana sokongan mereka terhadap penerbitan ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya kepada Tok Empat Haji Omar, Cikgu Zahari, Cikgu Nan serta individu-individu lain yang telah memberi sumbangan dan sokongan sehingga membolehkan penerbitan Menjejak Asal Usul Dato’ Linggi ini dapat dilaksanakan

Juga disedekahkan pahala bacaan Al-Fatihah kepada allahyarham ayahanda Haji Abdul Samad bin Haji Ismail (Ketua Kampung Relong 1975 – 2000)….al-fatihah

Penulis: Ir. Haji Mazelan b. Haji Abdul Samad
P.Eng, M.I.E.M, ASEAN Eng.
RAJA AHMAD AL LINGGI: 2008

KREDIT SARIP DOL @ INFOGOSSIP.COM

Sebelum tu aku nak tanya, faham tak keseluruhan cerita mengenai Kesultanan Johor? I mean dari zaman jajahan empire Melaka lagi? Kalau baca beberapa thread yang kita pernah discussed mungkin boleh faham. It's ok, aku cerita secara general.

Sebelum itu kena faham kan Kesultanan Johor itu sendiri yang telah melalui beberapa dinasti:

(1) Dinasti Sultan-sultan Johor berketurunan Kesultanan Melayu Melaka
Selepas Melaka jatuh diserang Portugis dan Sultan Melaka terakhir, Sultan Mahmud melarikan diri ke Kampar, anak dia Sultan Alauddin Riayat Shah pegi ke Kota Tinggi dan menjadi Sultan Johor-Riau Lingga. Jadi bermula-lah Kesultanan Johor Lama merangkumi Johor (termasuk Singapura) dan Riau-Lingga. Terdapat tak salah 9 Sultan-sultan Kesultanan Johor Lama ini berakhir dengan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.

(2) Dinasti Sultan-sultan Johor dari keturunan Bendahara
Selepas Sultan Mahmud mangkat dijulang, tiada lagi waris yang ada... maka Bendahara Johor, Tun Habib Abdul Majid (thread panjang lebar kita discussed pasal THAM termasuk argument mengenai ahlul-bait dan sebagainya ada di thread Salasilah Tun Habib Abd Majid) menjadi Sultan. Pada ketika ini lah munculnya Raja Kecil Siak yang mengaku sebagai anak Sultan Mahmud Mangkat Dijulang (kisah nya kita dah discussed di thread Adakah benar Raja Kecil Siak anak Sultan Mahmud Mangkat Dijulang? nak rampas semula takhta. Tapi, Keturunan Bendahara ini masih terus  menjadi Sultan-sultan Johor dalam 16 orang Sultan.

Dalam dinasti ini lah terjadinya macam-macam perjanjian yang akhirnya keturunan ini langsung tak ada apa, yang jadi pengemis pun ada. Nanti aku cerita chronology kisahnya.

Pergaduhan anak-anak Sultan Mahmud III (tu sebab Sultan Johor sekarang ni Sultan Mahmood Iskandar phobia nak guna nama Mahmud sebab semua Sultan nama Mahmud bawa masalah keh keh keh)
Ok serious. Sultan Mahmud III ni ada 2 anak - Tengku Hussein (anak Sultan Mahmud dengan bini keturunan Daing Maturang) dan Tengku Abdul Rahman (anak dengan bini keturunan Bugis dari Sidenreng, Sulawesi). Sorang lagi bini Sultan Mahmud III ni ialah Engku Hamidah anak pada Raja Haji... tu yang hantaran kahwin dia ialah Pulau Penyengat. Ok, aku akan balik kepada kisah Engku Hamidah ni kemudian.

Bila Sultan Mahmud III ni mangkat, berlaku lah perebutan kuasa antara Tengku Hussein dan Tengku Abdul Rahman. Patutnya si abang (Tengku Hussein) jadi Sultan, tapi sebab dia tak ada masa hari pemakaman Sultan Mahmud III, so si adik iaitu Tengku Abdul Rahman jadi Sultan dengan bantuan Belanda.

Masa ni lah si Raffles (British) cuba ambil kesempatan, mereka sokong pulak Tengku Hussein yang dinafikan hak dari mewarisi takhta. British kata mereka akan tolong Tengku Hussein jadi Sultan dengan syarat bagi Singapore. Sultan Hussein ni banyak hutang, jadi itu sebab bayaran 33,200 duit Sepanyol yang British offer plus pencen $300 seumur hidup diterima oleh Sultan Hussein. So, dapat lah Sultan Hussein jadi Sultan and lepas dah tergadai Singapore, baru lah dia menyesal... sampai kan dia sendiri tak sanggup nak duduk kat Istana Kampung Gelam yang British buat kan untuk dia. Tu yang dia bawa diri ke Melaka and mangkat kat sana. Cerita waris Sultan Hussein ada kat thread ni Sumpahan Istana Kampung Gelam.

Balik pada kisah Sultan Abdul Rahman tadi. Lepas dia turun takhta Johor dan serahkan kepada abang dia, Sultan Hussein... dia pun pegi ke Pulau Daik dan jadi Sultan Riau-Lingga. Kira nya pada zaman ini Kesultanan Johor Lama yang merangkumi Johor (termasuk Singapura), Riau dan Lingga dah berpecah. Sultan Abdul Rahman tu tadi jadi Sultan Riau-Lingga (Kesultanan Daik) yang pertama. Riau tu diperintah oleh Yamtuan Muda di Pulau Penyengat. Dan Lingga tu ditadbir oleh Sultan di Pulau Daik (boleh refer thread ini yang Kak Zem buka Sejarah Pulau Daik

Ok, belum habis lagi ceritanya. Kita balik semula ke Johor. Lepas Sultan Hussein mangkat... anak dia Sultan Ali pulak jadi Sultan and dia ni Sultan yang lembab giler... tu yang Temenggong overshadowed. British tak suka Sultan Ali ni, so termeterai-lah satu lagi perjanjian iaitu antara Sultan Ali dan Temenggong Daeng Ibrahim. Sultan Ali diikhtiraf sebagai Sultan oleh British, dan dia serahkan seluruh Johor (kecuali Kesang) kepada Temenggong dengan bayaran $5,000 lump sum dan pencen $500 sebulan.

Last sekali sampai today, keturunan Bendahara Johor (dari THAM) apa pun tarak. Takhta Kesultanan Johor dah terlepas pada keturunan Temenggong, yang Kesultanan Daik (Riau-Lingga) dimansuhkan bila Indonesia jadi Republik. Tapi keturunan Bendahara THAM ini masih lagi ada menjadi raja-raja Melayu seperti Kesultanan Pahang dan Kesultanan Terengganu.

(1) Dinasti Sultan-sultan Johor berketurunan Temenggong
Selepas perjanjian tahun 1855 antara Sultan Ali dengan Temenggong Daeng Ibrahim tu, kiranya Temenggong Daeng Ibrahim menguasai Johor (yang di sekitar Johor Baharu sekarang ni) dan Sultan Ali menguasai Kesang. Muar masih ditadbir oleh Raja Temenggong Muar. Singapura pulak tu dah pada British. Makna nya pada ketika itu wilayah Temenggong Daeng Ibrahim hanya kecil saja. 

[size="3"]Pergaduhan anak-anak Sultan Ali
Ni aku cakap tadi bergaduh lagi. Kali ni pergaduhan antara 2 anak Sultan Ali yang berebut takhta pak mereka untuk memerintah Kesang. Sebabnya ialah wasiat Sultan Ali untuk meletakkan anak kedua dari second wife (nama Tengku Mahmud yang masih muda dalam age 10) sebagai waris, sedangkan dia ada anak sulung lelaki dari bini pertama (Tengku Alam). Case ni mungkin disebabkan second wife Sultan Ali tu pengaruhi laki dia untuk letakkan anak dia sebagai pewaris dan bukan anak Sultan Ali yang sulung dari first wife.

British ni jahat, mereka tak nak ikhtiraf anak Sultan Ali sebagai pemerintah Kesang. Yang Maharaja Abu Bakar (zaman ni Temenggong Abu Bakar dah ganti kan pak dia sebagai Maharaja Johor) ni pun rasa risau dengan kedudukan dia (ya lah, kalau dah perompak tu memang rasa tak secure saja). Sebab Tengku Alam ni gelar kan diri dia sebagai Sultan Alauddin Alam Shah dan pengikut dia semua anggap dia adalah Sultan Johor. Masa ni lah Maharaja Abu Bakar mempengaruhi British suruh masuk campur hal ehwal Kesang. Dengan tipu muslihat, British (Gabenor Edward Anson di Singaopore) pegi jumpa orang-orang kampung Kesang and suruh buat pilihanraya untuk pilih siapa pemimpin mereka. Maharaja Abu Bakar dan British bersekongkol dan beli undi orang-orang kampung dan akhirnya Maharaja Abu Bakar mendapat undi terbanyak untuk jadi pemerintah Kesang.

Tengku Alam tahu pasal election menipu tu. Dia bengang lah. British dan Maharaja Abu Bakar cuba tabur duit lagi seperti mana yang mereka buat pada bapak dia (Sultan Ali) dan tok dia (Sultan Hussein). British kata Tengku Alam boleh terus terima pencen $500 yang bapak dia pernah terima tu, and on top of that British tambah lagi $68! Tengku Alam ni bagus sikit, tak mudah di jual beli... so dia declined dengan offer tu.

Tengku Alam ni ramai pengikut dia termasuk orang-orang Bugis juga. Jadi berlaku lah Perang Jementah. Mana lah orang-orang Tengku Alam nak lawan orang-orang Maharaja Abu Bakar dengan meriam nya, senapang, etc. Ye lah, geng ketat British, memang segala senjata perang mereka ada. Akhirnya, Tengku Alam kalah dan dia pun balik ke Istana Kampung Gelam. 

So, sejak itu lah Muar, Kesang, Segamat semua tu jadi wilayah jajahan takhluk Sultan-sultan Johor sehingga ke hari ini.

1. Di-ikhtiraf British tapi gelaran Sultan mungkin diberi oleh Sultan Abdul Hamid of Turki
Apabila keturunan Temenggong mengambil Johor, mereka masih dikira sebagai pembesar dan bukannya bertaraf raja. Untuk menjadi Sultan perlu mendapat pengikhtirafan dari mana-mana Sultan. Contohnya macam Daeng Lumu ditabalkan menjadi Sultan Selangor oleh Sultan Perak... bukan hanya ditabalkan tetapi turut diberikan alat-alat nobat dan alat kebesaran kepada Daeng Lumu. Begitu juga Bendahara Tun Zainal Abidin (anak Tun Habib Abdul Majid) diikhtiraf menjadi Sultan oleh Raja Pattani.

Jadi, untuk letakkan Temenggong di dalam league yang sama dengan Sultan-sultan negeri lain, maka British beri gelaran "Maharaja" kepada Temenggong Daeng Abu Bakar, sama seperti gelaran bagi raja-raja di India. 

Persoalannya adakah Maharaja Abu Bakar ini di-tabalkan oleh Queen Victoria macam yang dalam TV3 tu cakap? Aku lebih berpendapat British mengikhtiraf Daeng Abu Bakar sebagai pemerintah Johor dengan gelaran Maharaja. Tetapi kita jangan lupa hubungan Johor dan Turki. Memang Johor pada waktu itu sebuah negeri merdeka tanpa penasihat British. Tapi mungkin Johor secara simboliknya bertuan-kan Turki? Kalau kita kaji bendera Johor, di penjuru kiri ada bendera Turki (itu lah bendera Turki yang mula digunakan sejak zaman Turki Othmaniah)... seolah sama dengan British yang mana semua tanah jajahan mereka akan letak bendera British di penjuru kiri i.e. bendera Australia, New Zealand, British Virgin Island or even Hong Kong masa masih sebagai negara colonial British pun bendera nya begitu.

Dan gelaran "Sultan" kepada Maharaja Abu Bakar itu mungkin diberikan oleh Sultan Abdul Hamid of Turki. Kalau kita tengok picture Maharaja Abu Bakar, ada satu picture yang dia pakai baju yang ala-ala Turki.


2. Kesultanan Johor dinasti Temenggong tiada alat kebesaran diraja turun temurun
Alat kebesaran diraja adalah lambang keagungan, kedaulatan dan kehebatan raja. Itu memang semua orang tau. Jadi, adakah Kesultanan Johor miskin alat kebesaran? Contohnya macam nobat dari Kesultanan Melayu Melaka itu telah diwarisi oleh:
(1) dibawa ke Johor Lama oleh Sultan Alauddin Riayat Shah semasa dirajakan disana 
(2) dibawa ke Perak oleh Sultan Muzaffar Shah 
(3) sebahagian daripada nobat Perak diserahkan kepada Daeng Lumu apabila Sultan Perak menabalkan dia sebagai Sultan Selangor.

Alat kebesaran diraja dan set nobat yang diwarisi dari Kesultanan Melayu Melaka memang menjadi alat kebesaran Sultan-sultan Johor dari dinasti Kesultanan Melaka dan dinasti Bendahara. Hingga lah semasa pergaduhan anak-anak Sultan Mahmud Shah III, bini dia Engku Hamidah yang menjadi "penjaga" alat-alat kebesaran diraja Johor yang disimpan di Pulau Penyengat... dia tak bagi nobat tu pada Tengku Abdul Rahman apabila Belanda nak dia yang jadi Sultan... sebab Engku Hamidah tahu yang layak menjadi Sultan adalah Tengku Hussein. Tapi, dengan muslihat Belanda, dapat juga nobat dan alat kebesaran dikeluarkan dan naik takhta lah Tengku Abdul Rahman sebagai Sultan Johor. Tapi tak lama lepas tu Tengku Hussein ambil takhta dengan bantuan British. Lepas tu Tengku Abdul Rahman pegi ke Pulau Daik dan jadi Sultan Riau-Lingga yang pertama.

Nobat Kesultanan Johor itu terus disimpan di Pulau Penyengat dan diguanakan oleh waris Sultan Abdul Rahman yang menjadi Sultan-sultan Riau-Lingga. Di Johor masa tu apabila keturunan Temenggong ambil kuasa, keturunan Bendahara ini tidak sekali-kali akan serahkan alat-alat kebesaran diraja Johor termasuk nobat kepada Maharaja Abu Bakar atau Sultan-sultan selepas dia.

Hingga lah satu ketika itu Engku Embong Fatimah (kiranya cucu kepada Sultan Abdul Rahman of Riau-Lingga) menjadi penyimpan alat-alat kebesaran dan nobat, sekali tu dia jemput orang-orang Belanda datang Istana... and dia sambut kedatangan mereka ni dengan nobat. Dikatakan orang-orang Belanda tu semua jadi sakit-sakit lah apa. Terdapat unsur mistik disini and orang-orang besar berpendapat mungkin sebab terkena tulah kerana mainkan nobat kepada orang yang tidak sepatutnya. Nobat itu yang diwarisi sejak Demang Lebar Daun itu ada mistik-nya lah.

Takut kejadian macam tu berlaku lagi, so orang-orang besar kata kita tukar beberapa benda nobat... mungkin kulit gendang ke apa lah agaknya. Kiranya set nobat itu dah tidak original dah lah. Nobat ni terus digunakan oleh Sultan-sultan Riau-Lingga termasuk ada sekali tu apabila puteri Sultan Riau-Lingga kawin dengan Sultan Zainal Abidin III of Terengganu... nobat dimainkan masa wedding tu. Tapi tetap disimpan di Pulau Penyengat hingga runtuh Kesultanan Riau-Lingga dan menjadi sebahagian daripada Republik Indonesia. Masa ini nobat tu diserahkan pada Sultan Terengganu and now ada pada Sultan Mizan. Lepas tu ada lah juga barang lain i.e. nafiri lah apa yang disimpan oleh waris Sultan Hussein di Istana Bukit Gelam pun diserahkan pada Sultan Terengganu. Ye lah, Kesultanan Terengganu pun sama keturunan Bendahara yang merupakan keturunan Tun Habib Abdul Majid. 

Jadi basically, nobat yang ada kat Malaysia ni - Perak, Selangor dan Terengganu (yang nobat Kedah tu lain punya) berasal dari Kesultanan Melayu Melaka. Tapi yang Terengganu punya tu dah di-modified. Tu sebab nobat Perak dan Selangor hanya boleh dimainkan oleh Orang-orang Kalur sahaja (boleh refer thread ni Keturunan muntah lembu).

Alat kebesaran diraja Johor ni asalnya banyak. Ada yang dah dibawa oleh Raja Kecil Siak (yang mengaku anak Sultan Mahmud Mangkat Dijulang dan berjaya rampas takhta Johor Lama dan jadi Sultan dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah) ke Siak lepas keturunan Bendahara rampas semula takhta. Zaman ni berlaku juga perang rebut-rebut alat kebesaran Johor antara Raja Kecil Siak tu dengan Sultan Sulaiman (keturunan Bendahara). Anway, Kesultanan yang baru-baru ni mereka tempah saja crown... jadi lah alat kebesaran  

3. Istiadat Kemahkotaan tidak semestinya diadakan
Untuk Kesultanan yang sudah wujud beratus-ratus tahun ni kebiasaannya akan ada istiadat pertabalan. Lagi lama Kesultanan itu, lebih complex istiadatnya. Contoh macam Sultan Perak terpaksa menempuh terlalu banyak adat istiadat dalam pertabalan baru lah dia bergelar Sultan. Dari lagu-lagu nobat yang dimainkan saja pun boleh dapat tahu apa level kedaulatan Sultan tu. Anyway, benda-benda mistik ni kita tinggalkan.

Kita difahamkan oleh TPP sendiri dalam satu thread mana tak ingat... bapak TPP sendiri, Sultan Mahmood Iskandar tidak mengadakan istiadat kemahkotaan. Hanya istiadat angkat sumpah saja diadakah. Tanpa istiadat kemahkotaan pun sudah memadai seseorang itu untuk bergelar Sultan Johor, tapi tidak bagi seseorang itu untuk menjadi Sultan Perak contohnya jika tidak lenkap istiadat pertabalan itu.

daulat Raja johor dr queen victoria? - Lagenda , Mitos & Sejarah - Peristiwa - Forum - CARI Infonet

Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim - Carian Google
Hasil carian imej untuk Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim
Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim bin Temenggung Tun Abdul Rahman ialah Maharaja Johor/Sultan de facto Johor ke-20, sebuah negeri di selatan Semenanjung Malaysia, antara tahun 1855 dan 1862. Beliau tidak memakai gelaran sultan untuk menghormati Sultan Ali. Wikipedia
Lahir8 Disember 1810
Meninggal dunia18 Februari 1862, Singapura

INfo Akhir Zaman
9 September 2015

Assalamualaikum Setelah membaca artikel dari Tan Sri Abdullah Ahmad bertajuk Siapa selepas Najib, Muhyudin? Saya merasakan ada sesuatu yang tidak kena yang disorokkan disebalik penubuhan UMNO di Malaysia selama ini? Maksud saya dari segi kontrak sosialnya dengan pihak kerabat raja-raja Melayu dan British. Mengapa beliau highlighkan perkara ‘DINASTI’ dalam pergerakkan sistem politik?

Baiklah saya mulakan dengan sejarah nusantara iaitu Indonesia. Seperti yang kita tahu sebelum dan selepas Indonesia dijajah Belanda, matawang mereka digunakan seperti Malaysia iaitu Ringgit dan Sen. Setelah merdeka ianya bertukar kepada Rupiah seperti mana di India. Mengapa perlu ditukarkan sebutan matawang ini? Tentu ianya melibatkan susut nilai mengikut profit emas di sesebuah negara itu. Dalam kata lain kekuatan matawang akan jadi lemah jika khazanah negara telah hilang dibawa ke negara lain. Negara yang menyerahkan itu menjadi negara miskin dimana rakyatnya menjadi papa kedana. Kita pelik tiba-tiba Amerika menjadi satu kuasa besar yang kaya raya diawal tahun 1960an. Tentunya kekuatan itu datang dari Indonesia asalnya bukan? Apakah kontrak sosial antara Amerika, Freemason dan Indonesia hingga dengan sukarela berlaku penyerahan tersebut? Tentunya bagi membantu Presiden Soekarno mencapai cita-citanya mengujudkan ‘Indonesia Raya’ sepertimana zaman hebat kerajaan Majapahit dulu.

Pakatan rahsia ini ingin menakluk Tanah Melayu melalui konfrontasi 1969. Tetapi dengan kebijakan pemimpin dan para ulama Islam, rancangan ini dapat digagalkan. Namun perjanjian sosial tersebut tetap dilaksanakan tanpa menyebut khazanah berharga itu hanya sebagai tempoh pajakan sahaja. Serupa juga masa Philipina menuntut kemerdekaan dari Portugis dahulu, mereka meminjam khazanah emas dari kerajaan Sulu. Malangnya hingga kini khazanah tersebut tidak dipulangkan kembali kepada yang empunya asal.

Sejarah Tanah Melayu.

Raja-raja Melayu kini jika disusur galur bukanlah dari darah raja-raja yang sebenar. Apakah perjanjian antara British dan raja-raja yang mereka naikkan itu? Adakah khazanah emas yang dirampas dari raja-raja Melayu sebenar yang berdaulat mesti disimpan di Kota London sebagai balasan mereka membantu? 

British telah melantik seorang Melayu dpd Riau (keturnan Daeng) sebagai Temenggung di Johor Baru dgn membelakangkan Sultan Johor yg asal dan sebenar yang bertakhta di Muar. Anakanda beliau telah dilantik oleh British sebagai Temenggung dan kemudian sebagai Maharaja Abu Bakar yang memerintah Johor. Kemudian beliau ditabalkan oleh British sebagai Sultan Johor yang baru. Sultan Johor yang sebenar disisihkan. British telah memberi gelaran Tengku kpd Sultan dan seluruh kerabat johor. Pendekar Sibongkok Teluk Dangga memimpin orang Melayu menentang rampasan kuasa ini. Kemudian pendekar ini dapat dibunuh.

Apabila Sultan Selangor mangkat , British tabalkan menantunya, iaitu Abdul Samad sebagai Sultan Selangor yang baru. Beliau bukan keturunan Raja Selangor. Sultan Samad telah membantu British untuk menjajah Selangor dan juga diberi gelaran Tengku kpd Baginda dan seluruh kerabat Selangor. Orang-orang Melayu di bawah pimpinan Raja Mahadi telah memberontak menentang British dan setelah 40 tahun berjuang akhirnya beliau ditawan dan dibunuh di Singapura. Dalam perang menentang orang-orang Melayu Selangor, British telah di bantu oleh Sultan Samad, Yap Ah Loy dan seluruh kaum Cina serta di bantu oleh orang-orang Melayu dpd Kedah (Tengku Kudin) dan Pahang (angkatan bendahara Wan Ahmad).

Sultan Kedah dpd keturunan Merong Mahawangsa disingkirkan oleh British dan Siam. Pada mulanya British iktiraf Sultan Ahmad Tajuddin (Raja Kota Setar, bukan Raja Kedah) sebagai Sultan Kedah yang baru. Kemudian British tabalkan seorang pembesar Kedah dpd Kuala Muda, Kedah, sebagai Sultan Kedah yg baru , iaitu Sultan Abdul Hamid dgn diberi gelaran Tengku oleh British. Hamid membantu British untuk menjajah Kedah.

Empat negeri Melayu - Patani, Legor, Satun dan Weng diberi oleh British kpd Siam.

Sultan Kelantan dpd keturunan Merong Mahawangsa disingkirkan oleh British dan digantikan oleh Long Senik dgn mengambil gelaran Sultan Muhammad ke 2 dan diberi gelaran Tengku oleh British. Pada 1915 Tok Janggut pemberontak Melayu Kelantan dibunuh oleh British dgn bantuan dpd Sultan Kelantan.

Sultan Trengganu dpd keturunan Merong Mahawangsa diturunkan takhta dan British telah melantik seorang Habib dpd Johor sebagai Sultan Trengganu yg baru dan diberi gelaran Tengku. Bagi pihak British, Sultan Trengganu telah menghantar orang-orang Melayu (orang-orang Sultan) untuk memerangi pemberontak Melayu, Haji Abdul Rahman Limbong di Ulu Trengganu. Setelah dua tahun berperang Rahman Limbong berjaya ditangkap dan berakhirlah perjuangan Melayu dan Trengganu selamat di bawah British.

Sultan Pahang yg asal dan sebenar di Chenor disingkirkan oleh British dgn digantikan oleh Bendahara Wan Ahmad di Pekan. British melantik Wan Ahmad sebagai Sultan Pahang dgn diberi gelaran Tengku. British berjaya menghalau pemberontak Melayu yg terdiri dpd Datok Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau keluar dpd Pahang dgn bantuan dpd Sultan Pahang. Pahang dijajah oleh British dgn bantuan Sultan Pahang.

Begitulah juga keadaannya di Perak, Negeri Sembilan dan Perlis - kesemua Sultan dilantik oleh British. Kesemua Raja-Raja Melayu yang sebenar dahulu adalah bergelar Raja , bukan Tengku. Tengku adalah dpd British yg berasal dpd Aceh. Padahal Raja dan seluruh kerabat Aceh sendiri tidak bergelar Tengku.

Raja-Raja Melayu sekarang bagi negeri-negeri Kelantan, Trengganu, Pahang dan Johor adalah dpd keturunan Tun Seri Lanang, talibarut British yang menulis Sejarah Melayu. Tun Seri Lanang adalah dpd keturunan mamak dpd India dan bukan dpd mana-mana keturunan Raja-Raja Melayu. Sejarah Melayu yg kononnya ditulis oleh beliau adalah pembohongan dan penipuan British. Mengapa British mengharamkan nama seorang tokoh terpenting iaitu Syeikh Hussien Jamaludin Al-Kubra didalam buku teks Sejarah Melayu? Sedangkan beliau adalah ketua bagi semua wali Songo di Tanah Jawa yang sebelumnya berpengkalan di Kelantan. Adik beliau Adi Putra adalah mahaguru kepada Hang Tuah 5 bersaudara. Mengapa kisah Cik Siti Wan Kembang dan kijangnya dihilangkan dalam teks Sejarah Melayu?

Raja-Raja Melayu bagi negeri-negeri Perlis, Kedah, Perak dan Selangor adalah kesemuanya talibarut British dan dilantik oleh British. Mereka bukanlah Raja-Raja Melayu yang asal dan sebenar. Raja Negeri Sembilan adalah dpd keturunan Raja yang asal dpd Minangkabau, Sumatera. Semua Raja-Raja Melayu menyokong British dalam menentang para pemberontak Melayu di Tanah Melayu.

Najib pertahankan kedudukan beliau sekarang ini dari fitnah ajen-ajen freemason yg sudah amat “tertekan” sekarang ini! Dahulu yang mahukan institusi beraja MELAYU dihapuskan dan juga bahasa MELAYU dihapuskan sama ialah “penceroboh" british freemason! Kalau dibuat perbandingan antara najib dgn mahadir dalam perkara “mendaulatkan” semula institusi beraja MELAYU dan bangsa MELAYU ini, maka amat jelas sekali bahawa najiblah orangnya yg “sebenar- benar” memperjuangkan perkara ini. Boleh jadi kerana ada kesedaran dalam diri beliau sebagai seorang yg berdarah keturunan MELAYU yg “sebenar” serta memiliki susur galur berdarah RAJA yg sebenar yg mengalir di dalam tubuh badan beliau itu. Janganlah kita semua darah keturunan MELAYU sekarang ini “tertipu” dengan apa yg ada di depan mata kepala kita sekarang ini. Sesungguhnya pembangunan material itu adalah mengikut kehendak zaman, bukannya PM. Sesiapa pun yg menjadi PM akan melakukan perkara yg sama bilamana diberi peluang dan ruang utk mendapatkan nama dan populariti masyarakat dunia oleh majlis raja raja MELAYU Malaysia. Sesiapa yg mahukan sistem beraja MELAYU berdaulat dan bangsa MELAYU berdaulat dikembalikan semula maka orang-orang Melayu keseluruhannya tanpa mengira fahaman politik perlulah bersatu hati.

Tujuan dan matlamat British Freemason dan ajen ajen mereka di tanah MELAYU ini dalam agenda mereka untuk menghapuskan “institusi beraja MELAYU” ialah kerana mahu mengambil alih semua “HARTA EMAS MELAYU” yang tersimpan, baik di dalam negara mahupun di luar negara “terutamanya” itu, sejak dahulu lagi. Berhati-hatilah dengan “perang saraf” ajen ajen freemason di tanah MELAYU sekarang ini yg hidupnya penuh dgn “bermuka muka”, sedangkan merekalah sebenarnya yg membaling batu itu tetapi sembunyikan tangan lalu menuduh orang lain pula yg melakukannya. Dah lama dah dia buat kerja ni. Ada yg dah mati, ada yg masih hidup sekarang ni.

Sebab apa emas dikembalikan dan disimpan di negara China?

1. Beberapa tahun lepas , India meminta balik emas yg disimpan di dlm US Federal Reserve dan World Bank. Emas yg dikembalikan tersebut telah ditukar menjadi Molybdenum . Hanya luaran sahaja emas.

2. Disebabkan peristiwa tersebut, maka Jerman pula menaruh kesangsian terhadap US Federal Reserve dan World Bank. Mereka takut emas tersebut hilang. Maka Jerman meminta balik emas dan menghantar surveyor utk menilai ketulenan emas di situ .

3. Sebagai persediaan WW3, Rothschild telah melarikan sebahagian US Dollar ke China. Asalnya, mereka merancang Yahudi bertempur dgn Islam. Tetapi sebaliknya, dgn Takdir ALLAH, Kristian pula yg ingin bertempur dgn Yahudi. Sebagai melawan kebencian Kristian (setelah 9-11), maka Yahudi memindahkan sebahagian besar US Dolar ke China dan emas pula dipindahkan ke USA.(http://mizichi.blogspot.com)

4. Disebabkan ekonomi US yg semakin tidak stabil, kadar pengangguran makin bertambah dan juga ketidak jujuran USFR dan World Bank(WB) terhadap simpanan emas, maka emas tersebut diminta balik oleh raja-raja Melayu utk dikembalikan kpd kita .

5. Disebabkan Yahudi telah membina pengkalan ekonomi di China, dan terlalu banyak politicking di dlm Bank Negara Malaysia, maka wang tersebut dipindahkan ke sebuah bank yg berpusat di China. Itupun World Bank tak mampu nak bayar. Sebab inilah cawangan WB ditubuhkan di Kuala Lumpur pada bulan 3/2014. Disebabkan banyaknya songel WB ini, maka bunga 4% setahun telah dikenakan kpd WB sekiranya mereka lambat memulangkan bon raja-raja Melayu tersebut .

Raja-raja Melayu melalui wakilnya Sultan Mizan (ketika menjadi Agong) telah meminta emas tersebut dikembalikan dlm bentuk US Dollar. Ianya perlu dihantar ke sebuah bank yg berpusat di China. Sebab itulah Bank Lehman Brother telah menjadi muflis beberapa tahun yg lalu, sebab mereka tak mampu utk membayar jumlah tersebut . Sekarang ni, Rothschild cuba main isu ini dgn menjatuhkan harga emas pula.

Di sini kita harus faham dan persoalkan, siapakah atau pihak manakah yg “membuka jalan” kepada majlis raja-raja MELAYU melalui wakilnya yakni agong ke 13 (Sultan Mizan ), menuntut kembali segala harta MELAYU yg tersimpan di luar negara itu dari pihak Rothschild dan Vatikan? Sangatlah mustahilnya majlis raja raja MELAYU dan raja raja dunia yg lainnya “dapat” menuntut semula semua harta ini dari pihak Rothschild jika ianya tidak di beri peluang dan ruang oleh satu pihak yg “lebih berkuasa” dari mereka. Perkara inilah yang cuba khabarkan kepada kalian semua selama ini! Bukan hanya membuka jalan untuk majlis raja raja MELAYU sahaja, malah untuk semua keturunan raja-raja “sebenar” di dunia sekarang ini! Sebelum ini perkara itu dirahsiakan dari pengetahuan keturunan raja raja MELAYU dan raja raja dunia lainnya kerana mereka mahu menguasai dunia dan mereka berjaya menguasainya utk sekelian lama! Hinggalah didatangkan tuhan “satu pihak” dari kelompok keturunan “MELAYU Malaysia” ini utk memikul “amanat tuhan” bagi menuntut kembali segala harta raja-raja dunia tersebut! Di sini jelas sekali bahawa “pengetahuan” tentang segala aset dan dana raja-raja dunia yg “disembunyikan” selama ini oleh pihak Rothschild dan Vatikan itu telah dikembalikan semula kpd yg berhak oleh “rabb” sekelian alam itu melalui utusannya (khalifah dunia baru ke 2).

KENAPA pula kita meminta emas tersebut dikembalikan dalam bentuk matawang US Dollar dan bukannya dalam bentuk emas fizikal? Sedangkan nilai jumlahnya sangatlah besar!! Apa tujuannya khalifah ini melalui orang-orangnya berbuat demikian? Jawapannya ialah kerana mahu menjatuhkan nilai matawang US Dollar seterusnya nilai matawang dunia lainnya yg terikat dengannya dgn cara inilah maka kita dapat “runtuhkan penjajahan” rangkaian empayar kewangan dan ekonomi Rothschild di seluruh dunia melalui “sistem perbankan” yg sedang berlaku sekarang ini!

PERSOALAN lain pula ialah kenapa kita mengguna pakai bank yg berpengkalan di negara china dan bukannya bank di Malaysia? Jawapannya ialah kerana kuasa ketenteraan dan kepentingan ekonomi yg ada pada negara china yg amat digeruni oleh negara negara besar lainnya termasuklah USA dan sekutunya. Sekiranya kita mengguna pakai bank yg berpengkalan di Malaysia, sudah tentu permintaan itu tidak akan dilayan oleh Rothschild malah Malaysia akan diugut dgn tindakan sekatan ekonomi dan ketenteraan dari proksinya yakni USA dan sekutunya! Sebab itulah kita mengguna pakai “suara” dari negara china!!! Kerana lambakan dana dlm sistem perbankan china ini lah maka kita lihat hari ini negara china seolah olah seperti kuasa baru kewangan dan ekonomi dunia utk menggantikan USA. Sebenarnya bukanlah mereka tetapi si empunya dana yakni MELAYU Malaysia itu atau pun negara MELAYU Malaysia NUSANTARA.

KITA harus berbangga dgn kuasa dan kelebihan yg kita miliki itu. Sesungguhnya kita MELAYU Malaysia sedang MENJAJAH dunia melalui sistem aset dan kewangan dunia yg kita diberi mandat oleh Allah untuk mentadbir uruskannya. Penjajahan kita termasuklah negara China dan negara-negara “taiko” lainnya sekarang ini. Ianya sama seperti penjajahan empayer Rothschild ke atas dunia sebelum ini tetapi tidak serupa wajahnya (kita tidak menjajah jiwa umat) yakni penjajahan dunia melalui kuasa aset dan kewangan di dlm sistem perbankan dunia. Ingat lagi cerita pasal duit syiling emas itu? Maka itu kita lihat negara China cukup baik dalam menjaga hubungan diplomatik dgn kita, termasuklah isu ketenteraan di perairan negara. Kehilangan MH370 merupakan usaha The Hidden Hand untuk merosakkan hubungan Malaysia dengan China sebenarnya.

ADAKAH pihak Rothschild mampu mengalahkan kita dgn cara menurunkan harga emas dunia melalui “world gold council” atau dari mana-mana saluran yg sah lainnya kalau ada? Jawapannya mereka tidak mampu utk mengalahkan kita melalui cara tersebut. Kerana apa? Kerana kita memiliki simpanan emas dunia yg terlalu mega jumlahnya, baik yg telah “dinampakkan” mahupun yg masih belum “dinampakkan” (Ahmad Albab yg punya lah!) lagi atas faktor keselamatan dan juga kerana faktor belum tiba masanya untuk dilambakkan di pasaran emas dunia (world gold council sedang dicuci sekarang ini!)!!

RASANYA dgn penjelasan ini, anda semua akan dapat faham dan percaya kenapa selepas ini nanti negara-negara di dunia akan ditadbir urus semula oleh raja-raja dan bukannya oleh rakyat jelata sepertimana sistem pemerintahan dan pentadbiran dunia sekarang ini (melalui pilihan raya umum) Salah satu sebab utamanya ialah kerana raja- raja di dunia sekarang ini sudah kembali memegang kunci kekayaan dunia di bawah kuasa kunci khalifah itu. Sebab itulah kenapa ada pihak dikalangan orang orang politik sedang cuba sedaya upaya sekarang ini utk menghalang ianya dari berlaku.

Negara yg memiliki simpanan emas yg banyak berbanding negara yang lain, akan menjadi peneraju umat sedunia. Itu semua kelebihan yg MELAYU ada berbanding bangsa lain skrg ini. Sesungguhnya MELAYU Malaysia ini adalah pengeluar bond/sukuk terbesar di dunia sekarang ini!!! Melebihi 60% di dlm pasaran sukuk/bond dunia berbanding negara pengeluar yg kaya lainnya! Semua “paper” aset yg MELAYU Malaysia keluarkan setakat ini memiliki sandaran “emas tulin” 100%.

Maknanya sekiranya berlaku huru hara mega kewangan dan ekonomi dunia nanti, kita di Malaysia tidak sekali pun tergugat dgnnya!!! Malah kita MELAYU Malaysia ini memiliki simpanan tunai yg tinggi di dlm sistem bank dunia melalui bank negara skrg ini yg bersandarkan emas 100% dan bukannya ekonomi yg bersandarkan kertas “tisu tandas” semata mata spt USA dan dunia lainnya!!! Dunia akan melihat kpd kita selepas itu, kerana kita memiliki keupayaan “pemampan” yg cukup tinggi! Atas sebab itu nanti maka kita dilihat berkelayakan utk meneraju dunia menggantikan empayer inggeris skrg ini!!! Oh ya baru aku diingatkannya, masalah dunia sekarang ini bukannya masalah kredit, tapi masalah tunai dan kita memiliki kelebihan tunai itu, berbanding dgn kuasa besar lainnya skrg ini! Lepas ini akan muncul kuasa besar baru dunia yg diterajui oleh MELAYU Malaysia NUSANTARA ini!

Sebenarnya kita sedang tumbangkan satu persatu rangkaian bank-bank utama dunia milik keluarga yahudi Rothschild itu yg berkuasa ke atas negara negara di dunia (PBB) selama ini! Lepas tu barulah kita boleh ambil alih memimpin (oleh “para” imam mahdi) pentadbiran negara-negara dunia (PBB) termasuklah Malaysia ini! Buktinya skrg ini cuba lihat kpd carta top 20 bank bank utama dunia (Top 20 World Prime Bank) berdasarkan kpd saiz aset semasa, jgn terperanjat kerana MAYBANK (MELAYU bank) berada di tangga ke 13 dunia(2013) dan ke 6(2014)!!!. Di manakah kedudukan bank bank utama yahudi yg dibanggakan selama ini oleh kita di dlm carta tersebut?

Cerita Tuanku Mizan arah World Bank pulangkan semua emas Raja-raja Melayu dalam bentuk US Dollar dan didepositkan ke Bank di China tu mungkin tidak benar. Simpanan emas Raja-raja Melayu sebenarnya berada di Kota London, bukan di US dan ianya diaudit oleh kerajaan kita setiap tahun. So kenapa saya kata yg cerita emas tukar kepada USD tu tak betul kerana USD ni dicetak oleh US FED tanpa perlu disandarkan kepada apa-apa seperti emas. Jadi asasnya USD ni tiada nilai kukuh dan bila-bila masa saja boleh collapse (tak perlu tunggu arahan Sultan Mizan) kerana US pun ekonominya bergantung penuh pada hutang, semua hasil negara dah pergi pada spekulator Zionis. Bila tak dapat cover hutang ataupun had hutang abis, abis le ekonomi US.

Berita yg negara-negara seperti Germany dan Venezuela nak bawa balik emas masing-masing tu memang betul. Tp tengok apa yg terjadi pada Presiden Huga Chavez lepas itu? Tiba-tiba dtg penyakit kanser pula. Jadi kenapa negara-negara ni nak bawak balik emas-emas mereka? Kerana emas-emas tu dipegang oleh sebuah negara yg boleh bankrup bila-bila masa. Siapa yg berani harta mereka dipegang oleh si muflis?

FREEMASON ialah suatu pertubuhan yg memperjuangkan kebebasan dan kelepasan perasaan dan fikiran manusia! Ahli-ahlinya terikat dgn peraturan pemikiran dan perasaan yg direka cipta oleh pengasas pertubuhan ini. Pemikiran dan perasaan ahlinya tidak mengira bangsa dan agama adalah sama dan serupa utk sesuatu yg diperjuangkan. Yg jelas pertubuhan ini tidak suka kpd sistem pentadbiran beraja di dunia! Agenda utama mereka ialah mahu menyesatkan jiwa umat manusia dari kembali ke jalan yg lurus yakni jalan utk mengenal dan kembali kpd tuhan yg esa. Mereka membangunkan kemudahan fizikal tapi mengetepikan kebesaran spiritual yg ada di dalamnya. Ahli-ahlinya adalah bertuhankan kpd akal fikiran dan bukannya kpd tuhan yg esa. Matlamat hidup mereka adalah dunia sebenarnya tapi berpura-pura seolah olah akhirat lah tujuan mereka. Strategi mereka ialah harus berlagak seperti kambing biri-biri di luar, tapi serigala di dalam sebenarnya.

“Give me control of a nation’s money and I care not who makes the laws.”

“I care not what puppet is placed on the throne of England to rule the Empire, The man that controls Britain’s money supply controls the British Empire. And I control the money supply.” – Rothschild.

NAJIB banyak membantu “pelepasan” kekayaan umat melayu berbanding mahadir yg banyak menghalang.

Atau menurut plan mahathir 2020? Bukan plan mahadir pun wawasan 2020. Pasal bukan duit dia tapi duit orang melayu kita sepenuhnya. dia gilakan kuasa, harta melayu dan nama.

Atau apakah akan tertangguh atas tindakan PKR atau DAP?

Keduanya itu sangat banyak membantu. Terima kaseh banyak-banyak kpd mereka berdua pasal tolong menyedarkan Melayu semula yg sedang disihir fikiran dan perasaannya oleh india india bertopengkan melayu selama ini.

Matlamat rukun islam itu bukan terletak pada nama, tapi pada perlakuan si manusia itu tak kira apa nama bangsanya, darah keturunannya dan bahasanya, mahupun berbeza ritual agamanya sekalipun, kerana yg peri pentingnya ialah penyerahan (MELAYU @ islam) diri kpd tuhannya ketika tiba harinya itu.

SYABAS!!!…pada anda punyai ciri-ciri anak keturunan MELAYU yg cerdas fikiran dan perasaan.
INfo Akhir Zaman - Siaran

Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim
Hasil carian imej untuk Sultan Abu Bakar ibni Almarhum Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim
Sultan Abu Bakar ibni Almarhum Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim
Sultan Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah Ibni Al-Marhum Tun Temenggong Sri Maharaja Tun Ibrahim telah menggantikan ayahandanya, Temenggung Daeng Ibrahim, bagi mentadbir Johor dari 1862 hingga 1895. Baginda berumur lebih kurang 28 tahun semasa ayahandanya mangkat. Baginda memakai gelaran Maharaja Johor pada 1868. Wikipedia
Lahir3 Februari 1833, Teluk Belanga


Tunku Temenggong Ahmad ibni al-Marhum Sultan Ibrahim

Birthdate:
Birthplace:Istana Bukit Serene, Johor Bahru, Johore 
Death:October 26, 1983 (85)
Immediate Family: 
Son of Sultan Ibrahim [Sultan Johor ke-22 1895-1959] and Encik Tengku Hassana binti Dato Ja'afar Husband of Ungku Elek Maimunah Ungku Ahmad and melba walker Abdullah 
Father of Tunku Muhammad Archibald Tunku Ahmad; Tunku Abdul Rahman Bin Tunku Temenggong Ahmad; Tunku Tan Sri Dato' Osman Bin Tunku Temenggong Ahmad; Tunku Abu Bakar Tunku Temenggung Ahmad and Tunku Muhammad Khalid bin Tunku Ahmad 
Half brother of Ungku Intan Engku Muhammad; Wan Jaafar Wan Muhammad; Sultan Ismail Sultan Sir Ibrahim Iskandar Johor; Tunku Mohd Khalid Sultan Sir Ibrahim; Tunku Putra Abu Bakar ibni Sultan Sir Ibrahim and 1 other 
Occupation:Tunku Temenggong Johor

Tunku Temenggong Ahmad ibni al-Marhum Sultan Ibrahim (1898 - 1983) - Genealogy

ROYAL KESANG
THIS BLOG IS IS DEDICATED TO THE FAMILY OF THE LATE SULTAN ALI ISKANDAR SHAH IBNI SULTAN HUSSIN MUADZAM SHAH, THE SULTAN OF JOHOR-SINGAPORE-KESANG(EMPIRE OF THE SULTANATE OF OLD JOHORE) 

Wednesday, August 4, 2010
SENARAI SULTAN-SULTAN JOHOR
Sultan Johor Pertama- Sultan Mahmud Shah I (1511-1528)
Pada 15 Ogos 1511, Melaka telah diserang oleh Portugis lalu baginda Sultan Mahmud Shah I melarikan diri ke Bertam, Batu Hampar, Pagoh seterusnya ke Pahang, Bentan dan akhir sekali Kampar. Baginda mangkat di Kampar pada tahun 1528 disebut " Marhum Kampar " 

Sultan Johor ke-2 - Sultan Alauddin Riayat Shah II (Raja Ali / Raja Alauddin / 1528-1564)

Sultan Alauddin Riayat Shah II telah pergi ke Pahang menemui Sultan Mahmud Shah ( Sultan Pahang 5). Baginda telah memperisterikan Puteri Kesuma Dewi (anak marhum Sultan Mansur Shah - Sultan Pahang 4 ). Pada tahun 1529, baginda ke Hujung Tanah dan membuka Pekan Tua (Kota Kara). Pada tahun 1535, seramai 400 askar Portugis yang diketuai Estavao Da Gamma telah menyerang Johor. Baginda melarikan diri ke hulu iaitu Rebat, Sayong. Seri Nara Diraja (pembesar sultan) kemudiannya meninggal di Sayong disebut " Datuk Nisan Besar " . Susulan peristiwa itu Sultan Muzaffar Shah (Sultan Pahang 6) telah datang ke Sayong. Bagaimanapun pada tahun 1536, Estavao Da Gamma telah menyerang Kota Kara kerana adiknya Paulo Da Gamma dan 30 orang Portugis telah dibunuh oleh orang Melayu. Justeru itu, satu perdamaian telah dimetrai antara kedua-dua belah pihak. Pada tahun 1540, Sultan Alauddin Riayat Shah II berpindah dan membuka Johor Lama. Baginda telah pergi ke Aru bagi membantu Ratu Aru dari ancaman Acheh. Pada tahun 1564, Sultan Acheh Sultan Alauddin al-Qahar mengalahkan Aru dan manghalau orang-orang Johor. Kemudian Sultan Acheh telah menyerang Johor Lama dari Aru. Sultan Alauddin Riayat Shah II ditawan dan dibawa ke Acheh dan dibunuh disana disebut " Marhum Syahid di Acheh ". 

Sultan Johor ke-3 - Sultan Muzaffar Shah II (Raja Muzafar / Radin Bahar / 1564-1570)

Sultan Muzaffar Shah II bersemayam di Johor Lama sebelum berpindah ke Seluyut pada tahun 1565. Baginda tidak suka Johor tunduk kepada Acheh. Pada tahun 1568, baginda menghantar tentera membantu Portugis sekaligus mengundang kemarahan Acheh. Pada tahun 1570, baginda mengkat di Seluyut disebut "Marhum Mangkat di Seluyut". 

Sultan Johor ke-4 - Sultan Abd Jalil Shah I (Raja Abdul Jalil / 1570/ 1571)

Sultan Abdul Jalil Shah I adalah anak saudara kepada Sultan Muzaffar Shah II. Ketika berusia 8 tahun baginda telah ditabalkan sebagai Sultan, melalui wasiat Sultan Muzaffar Shah II. Sultan Abdul Jalil Shah I mangkat tiba-tiba dipercayai mungkin diracun. Bendahara Tun Isap Misai (pembesar sultan) meninggal dan dikebumikan di Seluyut.

Sultan Johor ke-5 - Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II (Raja Umar / 1570/71 - 1597)

Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II berasal dari Pahang, suami kepada Raja Fatimah (adik Sultan Muzaffar Shah II, bapa kepada Sultan Abdul Jalil Shah I). Pada asalnya pembesar ingin melantik Raja Abdullah, anak Sultan Muzaffar Shah II, tetapi dibantah oleh Raja Fatimah dan mahukan suaminya dilantik sebagai Sultan. Tun Sri Lanang dilantik sebagai Bendahara. Pada tahun 1571, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II berpindah ke Tanah Putih selama dua tahun. Pada tahun 1573, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II berpindah ke Johor Lama dan membaik pulih semula kota Johor Lama. Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II bersahabat semula dengan Acheh (Acheh bergabung dengan Johor menentang Portugis). Pada tahun 1576 dan 1578 Portugis menyerang Johor Lama tetapi ditewaskan. Januari 1573, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II menyerang Melaka dan hampir dapat menawan semula Melaka. Pada 21 Julai 1587, angkatan Portugis yang diketuai Antonio de Noronha ke Johor membedil Kota Johor lama dan merampas harta. Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II berundur ke Batu Sawar pada tahun 1587. Pada tahun 1589, Batu Sawar diserang dan Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II melarikan diri. Apabila Portugis balik ke Melaka, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II datang semula ke Batu Sawar memulihkan kekuatan. Pada tahun 1596, Raja Fatimah mangkat, dan dikebumikan di Seluyut sebelah anaknya Sultan Abdul Jalil Shah I dan abangnya Sultan Muzaffar Shah II. Pada tahun 1597, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II mangkat di Batu Sawar dan disebut " Marhum Batu Sawar ".

Sultan Johor ke-6- Sultan Alauddin Riayat Shah III (Raja Mansur / 1597-1615)

Sultan Alauddin Riayat Shah III bersemayam di Batu Sawar. Pemerintahan diserah kepada sepupu / saudara (berlainan ibu) Raja Abdullah dengan gelaran "Yang Di Pertuan Hilir" di Kota Seberang bertentangan Batu Sawar. Pelbagai bangsa datang ke Batu Sawar menjadikan ia masyhur. Sultan Alauddin Riayat Shah III mengadakan hubungan baik dengan Belanda serta membenarkan Belanda meletakkan pegawainya di Batu Sawar. Selama 11 tahun Sultan Alauddin Riayat Shah III berpindah ke Pasir Raja, tetapi Batu Sawar masih berfungsi sebagai pusat pemerintahan. Sultan Alauddin Riayat Shah III bersemayam di Pasir Raja dengan bendahara Tun Sri Lanang. Pada tahun 1610, Sultan Alauddin Riayat Shah III berbaik dengan Portugis menyebabkan Acheh berasa marah sewaktu dibawah pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Jun 1613, Acheh telah menyerang Johor hingga berlarutan selama dua bulan, namun Johor telah ditewaskan. Sultan Alauddin Riayat Shah III, Raja Abdullah, Tun Seri Lanang, pembesar dan dua puluh orang Belanda ditawan serta dibawa ke Acheh. Kemudian kedua-dua belah pihak membuat perdamaian dan Sultan Alauddin Riayat Shah III bersama tahanan dibenarkan pulang ke Johor. Tetapi Sultan Alauddin Riayat Shah III tetap meneruskan hubungan dengan Portugis dan Belanda, tindakan ini menimbulkan kemarahan keapda Acheh lalu Sultan Alauddin Riayat Shah III ditangkap, dan dibawa semula ke Acheh dan dihukum bunuh. Pada 1615, Sultan Alauddin Riayat Shah III mangkat di Acheh.

Sultan Johor ke-7- Sultan Abdullah Ma'ayat Shah (Raja Mansur / 1615 -1623)

Sultan Abdullah Ma'ayat Shah diangkat oleh Sultan Acheh sebagai Sultan Abdullah Ma'ayat Shah dan bersemayam di Batu Sawar. Pada tahun 1618, Sultan Abdullah Ma'ayat Shah berpindah ke Lingga (Daik) dengan meminta bantuan Belanda dan Orang Laut melawan Acheh. Pada tahun 1623, Acheh menyerang Pulau Lingga untuk memburu Raja Bujang (anak Sultan Alauddin Riayat Shah III). Sultan Abdullah Ma'ayat Shah melarikan diri bersama-sama Raja Bujang ke Pulau Tambelan. Sultan Abdullah Ma'ayat Shah mangkat di Pulau Tambelan disebut " Marhum Pulau Tambelan ". 

Sultan Johor ke-8- Sultan Abdul Jalil Shah III (Raja Bujang / 1623-1677)

Sultan Abdul Jalil Shah III merupakan anak saudara Marhum Tambelan, putera Sultan Alauddin Riayat Shah III bersemayam di Pulau Tambelan. Sultan Abdul Jalil Shah III menubuhkan Jemaah Orang Kaya. Pada tahun 1629, ancaman Acheh berkurangan kerana kekalahan teruk kepada Portugis. Pakatan Johor-Belanda berjaya menakluki Melaka pada 14 Januari 1640. Belanda berjaya menakluki Melaka pada Januari 1641, manakala Sultan Acheh, Sultan Iskandar Muda mangkat pada 1636 dan Sultan Iskandar Thani mangkat pada 1641 dan Acheh kemudiannya diperintah oleh Raja Perempuan Ratu Sultanah Tajul Alam. Pada 1641, Sultan Abdul Jalil Shah III datang ke tanah besar Johor iaitu pusat pemerintahan di Makam Tauhid. Selama dua tahun Sultan Abdul Jalil Shah III di Makam Tauhid sebelum berpindah menyeberangi Sungai Damar ke Pasir Raja yang juga dikenali sebagai Batu Sawar pada Oktober 1642. Sultan Abdul Jalil Shah III kekal di Pasir Raja hingga 1673 sebelum bermusuhan dengan Jambi dan meletusnya perang antara Jambi-Johor. Sultan Abdul Jalil Shah III melarikan diri ke Pahang dan bersemayam di Pahang selama empat tahun dan mangkat di Kuala Pahang disebut " Marhum Mangkat di Pahang @ Marhum Besar ". 

Sultan Johor ke-9- Sultan Ibrahim Shah (Raja Ibrahim/Putera Raja Bajau / 1677-1685)

Sultan Ibrahim Shah merupakan anak Sultan Abdul Jalil Shah III dilantik sebagai Sultan di Pahang pada 1677. Pada 1678, laksamana Tun Abdul Jamil mengajak Sultan Ibrahim Shah berpindah dari Pahang ke Riau. Sultan Ibrahim Shah cuba untuk membina semula Kota Johor Lama tetapi tidak kesampaian. Sultan Ibrahim Shah mangkat di Pulau Riau pada 1685 disebut " Marhum Bongsu ". 

Sultan Johor ke-10- Sultan Mahmud Shah II (Raja Mahmud / 1685-1699)

Sultan Mahmud Shah II ditabalkan menjadi sultan ketika berumur 10 tahun. Urusan pentadbiran dijalankan oleh Bendahara. Pusat pemerintahan berada di Kota Tinggi dan Johor Lama dijadikan istana hinggap. Di sinilah Temenggung menjaga Kota Johor Lama. Sultan Mahmud Shah II dikaitkan dengan kezaliman dan menimbulkan pergolakan dalam negeri. Pada tahun 1697, Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid meninggal dunia dan disebut " Marhum Padang Saujana ". Pada 1699, Sultan Mahmud Shah II mangkat pada usia 24 tahun, dipercayai ditikam oleh Laksamana Bentan dan disebut sebagai " Marhum Mangkat Di Julang " atau " Marhum Kota Tinggi ". 

Sultan Johor ke-11- Sultan Abdul Jalil IV (Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil / 1699-1720) 

Sultan Abdul Jalil IV ditabalkan sebagai Sultan kerana Sultan Mahmud Shah II tiada meninggalkan waris. Sultan Abdul Jalil IV merupakan sultan pertama dari keturunan Bendahara. Selepas bergelar Sultan Abdul Jalil IV, baginda menukar pusat pemerintahan ke Panchor pada tahun 1700. Pada tahun 1702, Istana di Bukit Tukul terbakar. Pada tahun 1708, Sultan Abdul Jalil IV berpindah ke Riau dan menjadikan pusat pemerintahan kerajaan Johor. Pada tahun 1716, Sultan Abdul Jalil IV berpindah ke tanah besar Johor dan bersemayam di Panchor. Sultan Abdul Jalil IV mempunyai istana di Makam Tauhid dan Johor Lama. Kota Johor Lama dibaiki dan digelar " Kota Lama ". Sewaktu pemerintahan Sultan Abdul Jalil IV, keadaan agak kucar-kacir kerana pembesar-pembesar kerajaan bersikap tamak, khianat dan cemburu ini memberi peluang kepada Raja Kecil menyerang Johor. Pada tahun 1717, Raja Kecil dan askar dari Siak (Minangkabau) menyerang Johor. Pada 21 Mac 1718, Raja Kecil menawan Panchor. Raja Kecil melantik sendiri dirinya sebagai Yang di Pertuan Johor bergelar Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah, pun begitu masih membenarkan Sultan Abd Jalil IV menetap di Johor tetapi tiada kuasa memerintah. Kemenangan Raja Kecil adalah atas bantuan pembesar Johor sendiri kerana yakin Raja Kecil adalah pewaris sultan. Raja Kecil menitahkan Laksamana Nakhoda Sekam ke Kuala Pahang membunuh Sultan Abdul Jalil IV dan disebut " Marhum Mangkat di Kuala Pahang ".

Sultan Johor ke-12-Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah 

Nama asalnya ialah Raja Kecil dan juga memakai gelaran Yang Dipertuan Johor dan seterusnya sebagai Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah, Sultan Johor ke12 pada 1718-1722. Raja Kecil merupakan orang Minangkabau, yang ingin merebut kuasa sultan dari Sultan Abdul Jalil IV dan 'mengaku' waris Sultan Mahmud Shah II yang sah.

Sewaktu pemerintahan Sultan Abdul Jalil IV, keadaan agak kucar kacir kerana pembesar-pembesar kerajaan bersikap tamak, khianat dan cemburu, ini memberi peluang kepada Raja Kecil menyerang Johor. Pada tahun 1717, Raja Kecil dan askar dari Siak (Minangkabau) menyerang Johor. Pada 21 Mac 1718, Raja Kecil menawan Panchor. Raja Kecil melantik sendiri dirinya sebagai Yang Dipertuan Johor dan bergelar Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah. Walaupun begitu, beliau masih membenarkan Sultan Abdul Jalil IV menetap di Johor tetapi tiada kuasa memerintah dan diberi jawatan Bendahara. Kemenangan Raja Kecil adalah atas bantuan pembesar Johor sendiri kerana yakin Raja Kecil adalah pewaris sultan.

Pada tahun 1719, cubaan merampas semula kuasa oleh Sultan Abdul Jalil IV dan anaknya Raja Sulaiman dan Tun Abas, yang berkubu di Seluyut gagal. Sultan Abdul Jalil IV lari ke Kuala Pahang.

Raja Kecil telah berpindah ke Riau dan mentadbir Johor dari Riau. Sultan Abdul Jalil IV berpindah dari Kuala Pahang ke Kuala Terengganu dan pada tahun 1720 balik semula ke Kuala Pahang. Raja Kecil telah menitahkan Laksamana Nakhoda Sekam ke Kuala Pahang membunuh Sultan Abdul Jalil IV. Raja Sulaiman dan Tun Abas dibawa ke Riau tetapi Raja Sulaiman dan Tun Abas tidak mahu tunduk kepada Raja Kecil dan berpakat dengan Bugis Lima Bersaudara dan berjaya mengalahkan Raja Kecil halau balik ke Siak.

Sultan Johor ke-13-Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah

Nama asalnya ialah Raja Sulaiman dan seterusnya bergelar Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah ditabalkan sebagai Sultan Johor-Riau ke13 oleh Bugis 5 Saudara. Kesultanan Johor diperintah semula oleh keturunan Bendahara. Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah kemudiannya dilantik Daeng Merewah (Kelana Jaya Putera) sebagai Yamtuan Muda Johor Pertama.

Di bawah naungan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, kuasa membuat keputusan bukan lagi dari menteri dan jemaah. Hubungan dengan Belanda terjalin melalui Perjanjian 1754. Kemudiannya, Perjanjian 1756 memberi hak monopoli perdagangan timah di Linggi, Kelang dan Kuala Selangor tanpa keizinan raja memerintah. Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah mangkat di Riau pada Ogos 1760 disebut "Marhum Batangan".

Sultan Johor ke-14-Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah

Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah dilantik sebagai Sultan Johor ke14 pada 1760-1761, menggantikan ayahandanya yang mangkat, tetapi Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah yang ketika itu menetap di Kuala Selangor sedang gering. Lima bulan selepas kemangkatan ayahandanya, tiba-tiba Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah pula mangkat, dipercayai diracun. Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah disemayamkan di Riau, berhampiran makam ayahandanya.

Sultan Johor ke-15-Sultan Ahmad Riayat Shah

Sultan Ahmad Riayat Shah, Sultan Johor ke15, dilantik pada 1761 bagi menggantikan ayahandanya. Ketika itu beliau baru berusia sembilan tahun. Kuasa pemerintahannya dipegang oleh Yang Dipertuan Muda Daeng Kemboja. Sultan Ahmad Riayat Shah bersemayam di Kampung Bulang, Riau. Pada tahun 1761, pegawai Belanda telah datang dari Melaka menuntut wang ganti rugi perang sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Sultan Sulaiman dahulu.

Yang DiPertuan Muda Daeng Kemboja sanggup membayar gantirugi tersebut dan ini mengukuhkan lagi kuasa Yang DiPertuan Muda Daeng Kemboja . Sultan Ahmad Riayat Shah mangkat di Riau dalam usia yang muda dipercayai diracun dan disebut "Marhum Tengah".

Sultan Johor ke-16-Sultan Mahmud Shah III

Sultan Mahmud Shah III merupakan sultan Johor-Riau-Lingga ke16 pada 1761-1812. Menurut sejarah, Raja Mahmud masih berusia setahun ketika dinobatkan sebagai Sultan menggantikan Sultan Ahmad Riayat Shah (Marhum Tengah) yang mangkat pada tahun 1761, dengan gelaran Sultan Mahmud Syah III. Yang Dipertuan Muda Daeng Kemboja membuat perlantikan dengan meriba Raja Mahmud. Semasa perlantikan, Daeng Kemboja berucap yang maksudnya, "Barang diketahui kiranya oleh suku-suku sebelah Melayu dan Bugis, bahawa sesungguhnya Raja Mahmud inilah Raja Johor dan segala daerah takluknya yang dilantik oleh Bugis sebagaimana melantik nendanya Sultan Sulaiman, iapun demikian jualah. Maka barang siapa yang tiada mematuhi aturan ini, maka pada hari dan waktu inilah kita berhabis-habisan."

Daeng Kemboja menghunus pedangnya. Dan tidak ada seorang pun yang hadir berani membantah keinginan Daeng Kemboja. Lalu Raja Mahmud pun dilantik menjadi Yang Dipertuan Besar atau Sultan Johor-Riau-Lingga-Pahang. Oleh kerana baginda masih bayi, maka pemerintahannya dipangku oleh Yamtuan Muda Daeng Kemboja dengan dibantu oleh penolongnya Raja Haji.

Daeng Kemboja menunjukkan kekuatan melantik Raja Mahmud sebagai Sultan kerana wujudnya perebutan kuasa antara pembesar Bugis dengan pembesar Melayu. Pembesar Melayu mahukan salah seorang daripada saudara-saudara Al Marhum Sultan Abdul Jalil (Raja di Baroh), sama ada Tengku Abdul Kadir atau Tengku Buang, dilantik Sultan. Sedangkan pembesar Bugis yang dipimpin Yamtuan Muda Daeng Kemboja mahukan adinda Al Marhum Sultan Ahmad Riayat Shah yang baru mangkat, iaitu Raja Mahmud.

Semasa pemerintahan Sultan Mahmud III, keadaan daerah takluk Baginda di Riau-Johor-Lingga-Pahang tidak aman kerana masalah perebutan kuasa antara puak Melayu dan Bugis berterusan. Pergolakan politik yang hebat berlaku yang melibatkan pihak Belanda. Dalam satu pertempuran antara Belanda dengan angkatan lanun dari Tempasok, Sultan Mahmud pura-pura membantu Belanda tetapi meriam yang digunakan untuk menyerang lanun tidak berpeluru. Akhirnya Belanda menyerah kalah di Tanjung Pinang dan terpaksa meninggalkan Tanjung Pinang tanpa membawa satu barang pun kembali ke Melaka.

Oleh kerana kuatir Belanda datang semula untuk menyerang balas, maka Sultan Mahmud beserta pembesar-pembesar baginda berangkat meninggalkan Riau (Tanjung Pinang) menuju Pulau Lingga (Daik). Baginda menitahkan agar pusat pemerintahan baru dibangunkan di tempat baru ini. Sejumlah 200 perahu mengiringi baginda ke Pulau Lingga. Sementara itu, Bendahara Abdul Majid yang ketika itu berada di Riau (Tanjung Pinang) bertolak meninggalkan tempat itu bersama 150 buah perahu, pulang ke Pahang. Setelah itu, ramailah orang-orang Melayu meninggalkan Riau menuju Bulang, Selangor, Terengganu, Kalimantan dan pulau-pulau lain di daerah Riau. Yang tinggal hanya orang-orang Cina yang bekerja di ladang gambir dan lada hitam. Kebanyakan ladang yang ditinggalkan oleh tuan punya yang terdiri daripada orang Melayu dan Bugis diambil alih oleh orang-orang Cina. Sejak itu semakin ramailah orang Cina tinggal di pulau itu.

Tidak lama kemudian orang Belanda datang semula ke Tanjung Pinang untuk memperkuatkan semula pertahanan mereka. Kompeni Belanda menempatkan 312 orang tenteranya. Belanda berpendapat jika mereka tidak menguasai Riau (Tanjung Pinang), kedudukan mereka akan terancam, tambahan pula ketika itu Inggeris telah membuka Pulau Pinang.

Pada tahun 1795, Belanda telah mengembalikan semula semua wilayah takluk Sultan Mahmud seperti Riau, Johor dan Pahang kepada Baginda.

Sultan Mahmud membuka Lingga dan menjadikannya pusat pemerintahan Riau-Johor-Lingga-Pahang. Namun akhirnya dengan campur tangan penjajah dan musuh-musuh politik dalaman maka akhirnya pusat kesultanan di Lingga mengecil untuk hanya berkuasa di Riau-Lingga sahaja di bawah naungan kuasa Belanda, manakala Johor-Pahang bernaung pula di bawah kuasa Inggeris. Akibat daripada perpecahan itu juga, pentadbiran kerajaan Riau-Jojor-Lingga dibahagi kepada tiga negeri dan diperintah oleh pemerintah yang berlainan, iaitu Singapura- oleh Temenggung, Riau – oleh Yamtuan Muda dan Lingga – oleh Sultan.
Semasa menjadi Sultan Riau-Johor-Lingga-Pahang, Sultan Mahmud mempunyai beberapa orang isteri:-
Anak Bendahara Abdul Majid di Pahang. Isteri ini mangkat pada tahun 1803 tanpa beroleh anak.

Cik Makuh, anak pembesar Bugis Daeng Maturang, yang juga dikenali dengan nama Encik Jaafar. Dari perkawinan ini lahir seorang putera bernama Tengku Hussain atau Tengku Long.

Cik Mariam anak pembesar Bugis bernama Bandar Hassan. Mereka beroleh seorang putera bernama Tengku Abdul Rahman (Raja Jumaat atau Si Komeng). Pulau Lingga diserahkan hakmiliknya kepada Tengku Abdul Rahman.

Pada tahun 1803, Sultan Mahmud berkahwin dengan Raja Hamidah atau Engku Puteri anak Al Marhum Raja Haji (Marhum Teluk Ketapang). Mereka mempunyai cahaya mata perempuan tetapi meninggal dunia tidak lama setelah dilahirkan. Kata sesetengah orang, Pulau Penyengat yang berhampiran Pulau Bintan dijadikan emas kahwinnya. Pulau ini diperindah dan digelar Pulau Penyengat Indera Mulia. Baginda menyerahkan pulau itu kepada Raja Hamidah sebagai hakmilik peribadinya.

Sultan Mahmud Shah III tetap bersemayam di Lingga dan mangkat pada 12 Januari 1812, setelah bertakhta selama 50 tahun. Baginda digantikan oleh Tengku Abdul Rahman.

Sultan Johor ke-17-Sultan Abdul Rahman Muazzam ShahDilahirkan sebagai Tengku Juma’at pada 1755.Perebutan kuasa oleh Tengku Abdul telah berlaku yang mana sepatutnya Tengku Hussain (Tengku Long) anak sulung Sultan Mahmud Shah III dilantik sebagai sultan.

Perlantikan Tengku Abdul Rahman disokong kuat oleh Belanda kerana akan mendapat kuasa mentadbir pelabuhan seluruh negeri Johor kecuali Riau dan Lingga. Beliau dengan itu dilantik Sultan Johor ke-17 dengan gelaran Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah pad 1812-1819

British mula hendak campurtangan atas kepentingan Singapura dan cuba mempengaruhi Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah melantik Tengku Husin sebagai sultan.

Sultan LinggaDalam tahun 1818, dengan sokongan Yang Dipertuan Muda Riau Raja Jaafar, baginda telah ditabalkan sebagai Sultan dan Yang di Pertuan Besar Lingga bergelar Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Rahman I Mu’azzam Shah ibni al-marhum Paduka Sri Sultan Mahmud III Alam Shah dan diperakui oleh pihak Belanda (NEI).Semasa pemerintahan baginda Riau telah menjadi pusat perkembangan dan penyiaran agama Islam.
Pada 1 Syawal 1249H (1823) baginda telah mendirikan Majid Raya di Pulau Penyengat di Riau yang masih ada sehingga hari ini.

Baginda mangkat di Lingga dan dimakamkan di Bukit Chengah (Chengkeh) di Daik, Kepulauan Lingga pada 9 Ogos 1832

Sultan Johor ke-18-Sultan Hussain Shah

Latar belakang

Sultan Hussain Muazzam Shah ibni Mahmud Shah Alam[1] (1776 – 5 September 1835) adalah Sultan Johor ke-18..Sultan Hussain Shah dilantik sebagai sultan pada 6 Februari 1819.

Sebelum Sultan Hussain Shah dilantik sebagai Sultan Johor, Stamford Raffles telah tiba di Singapura dan membuat perhubungan dengan Temenggung Abdul Rahman untuk mendapat kebenaran membina loji dan meletakkan satu kompeni askarnya di Singapura dengan menandatangani Perjanjian 30 Januari 1819. 

Raffles yang mengetahui mengenai krisis perebutan takhta Kesultanan Johor pada ketika itu telah mengambil peluang untuk melantik Tengku Husin @Tengku Long menjadi Sultan Johor bagi mengukukuhkan kedudukan Inggeris di Singapura.

Perebutan takhta

Sultan Johor-Riau, Sultan Mahmud Shah III mangkat pada 1812 setelah memerintah selama lebih 50 tahun, tanpa melantik pewaris takhta. Baginda meninggalkan dua orang putera berlainan bonda, kedua-duanya berketurunan Bugis. Sebagai putera yang sulong, Tengku Hussain, pada kebiasannya akan menggantikan Sultan Mahmud berbanding adinda tirinya, Tengku Abdul Rahman yang lebih muda.Walaubagaimanapun, Tengku Hussain, sedang berada di Pahang semasa ayahndanya mangkat.

Tengku Abdul Rahman dengan sokongan orang Bugis yang diketuai oleh Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar telah dilantik menjadi Sultan Johor sebelum Tengku Hussain sempat kembali. Sebagai balasan sokongan yang diberikan oelh Raja Jaafar, beliau telah dilantik sebagai raja muda dan diberi kuasa pentadbiran penuh. Tengku Hussain tinggal di Pahang dan menunggu angin monsoon tiba, dan tidak mengetahui perlantikan adindanya sebagai Sultan, walaupun Raja Jaafar telah menulis surat kepada Tengku Hussain untuk memaklumkan kemangkatan Sultan Mahmud, kerana isi surat tidak menerangkan perlantikan adindanya sebagai Sultan. Surat jawapan telah dihantar dari Pahang ke Lingga memaklumkan perlantikan Tengku Hussain sebagai Sultan oleh Bendahara Tun Ali di Pahang . Tengku Hussain belayar balik kke Lingga bila tibanya angin monsoon, dan telah disambut oleh Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah yang telah menawarkan untuk menyerahkan takhta kepada Tengku Hussain. Walaubagaimanapub, baginda dengan cepat menarik balik tawaran tersebut kerana diancam oleh Raja Jaafar.

Kesahihan pemerintahan Sultan Abdul Rahman dipersoalkan kerana alat kebesaran diraja berada di dalam tangan Raja Hamidah, parmaisuri terkanan Sultan Mahmud Shah III yang telah menyatakan pilihannya Tengku Hussain untuk menaiki takhta. Tambahan pula, Tengku Hussain mendapat sokongan Temenggung dan pembesar Melayu. Ini menyebabkan soal peralihan kuasa bertambah rumit.

Kesan Perlantikan Sultan Hussain

British telah berjaya mengetepikan pengaruh politik Belanda dengan perlantikan Sultan Hussain sebagai Sultan Johor dan Singapura. Ini membolehkan British mengukuhkan pengaruhnya di Singapura dan Semenanjung Malaysia. Walaubagaimanapun, kesahihan perlantikan Sultan Hussain sebagai Sultan Johor dan Singapura, tidak diiktiraf oleh raja-raja Melayu dan jawatan Baginda hanya sekadar nama. Sebaliknya kedudukan Temenggung Abdul Rahman menjadi bertambah kukuh dimana perjanjian yang ditandatangi dengan British membolehkan beliau memutuskan pengaruh Raja Jaafar ke atas beliau.

Belanda pula mengambil langkah berani untuk merampas alat kebesaran diraja daripada Raja Hamidah apabila mendengar khabar angin Sultan Hussain meminta bantuan British untuk merampas alat tersebut. Pada November 1822, Sultan Abdul Rahman telah dimahkotakan sebagai Sultan Lingga oleh Belanda dengan penuh alat kebesaran diraja.

Sultan Abdul Rahman, yang lebih mengabdikan diri kepada agama, menghadkan pengaruh politiknya di Lingga, dimana keluarga Baginda tinggal dibawah pentadbiran. Raja Jaafar yang memerintah dibawah pengaruh Belanda. Walaubagaimanapun, persoalan kekaburan kesahihan kepimpinan tempatan, seperti status Johor dan Pahang, yang merupakan de jure hakmilik Sultan Abdul Rahman dan penggantinya, tetapi Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 tidak membolehkan beliau berkuasa di Johor dan Pahang. 

Memandangkan hal ini, Temenggung dan Bendahara mula menjadi lebih berkuasa. Tambahan pula, penigkatan pengaruh British di Semenanjung Tanah Melayu dan perubahan politik semasa perlahan-lahan mengurangkan pertelingkahan tersebut. Pada tahun 1857, Sultan Lingga , Sultan Mahmud IV, yang merupakan de jure ketua Kesultanan Johor, Pahang dan Lingga, telah menuntut haknya sebagai pemerintah negeri-negeri tersebut dan menyebabkan perang saudara di Pahang.

Sultan Hussein on his part, did not pursue any active claim to his sovereignty rights over Johor, even after Temenggong Abdul Rahman died in 1825, and his successor, Temenggong Ibrahim was still a youth at the time of Temenggong Abdul Rahman's passing. Sultan Hussein spent much of his time at his Singapore residence in Istana Kampong Glam until 1834, when he moved to Malacca. Reports cited that he was a dispirited man, apparently with the lack of power and authority that he should be accorded as the Sultan.
 Pemerintahan

Sultan Hussain dikenali sebagai Sultan yang menandatangani dua perjanjian dengan Syarikat Hindia Timur Inggeris yang membolehkan penubuhan Singapura moden; dimana beliau telah diiktiraf sebagai Sultan Johor dan Singapura pada 1819, dan Sultan Johor pada 1824. Kuasa Sultan Hussain ke atas Singapura hilang setelah menandatangani Perjanjian 2 Ogos 1824 dengan British (John Crawford) untuk menyerahkan Singapura dan pulau sekitarnya.

Peranan Sultan Hussain lebih sebagai pemerintah boneka dibawah telunjuk Inggeris. Perlantilan beliau tidak mendapat pengiktirafan raja-raja Melayu terutama di tahun awal pemerintahannya. Pada akhir pemerintahannya dan diawal pemerintahan anaknya, Sultan Ali sebagai Sultan Johor, pengiktirafan terhad telah diberikan oleh sebahagian raja-raja Melayudan pihak Inggeris memperoleh kepentingan ekonomi dan politik.Sultan Hussain Shah berpindah ke Melaka pada 1834 dan mangkat di Tengkera, Melaka setahun kemudian pada September 1835, dan dimakamkan di Masjid Tengkera.

Sultan Johor ke-19-Sultan Muhammad Ali Iskandar Shah

Tengku Ali, anakanda Sultan Hussain Shah, diistiharkan sebagai Sultan Johor ke-19, pada 16 September 1840, dengan gelaran Sultan Ali Iskandar Shah ibni Hussain Muazzam Shah untuk menggantikan ayahndanya, apabila Baginda mangkat pada 1835. Walaubagaimanapun, perlantikan baginda tidak diiktiraf oleh Inggeris.Selama 20 tahun berikutnya, tuntutan Sultan Ali ke atas jawatan Sultan Johor hanya diiktiraf oleh pedagang dan beberapa orang Melayu. Seperti ayahndanya, Sultan Ali lebih merupakan pemerintah boneka dan memainkan peranan kecil di dalam pentadbiran negeri, yang terletak di bawah bidang kuasa Temenggung dan British. Baginda adalah seorang sultan yang lemah dan dibayangi oleh Temenggungnya, Temenggung Daeng Ibrahim. Satu peristyharan oleh the British pada bulan September 1840 memberikan baginda sebagai pewaris yang sah Sultan Hussain Shah, tetapi bukan pengiktirafan sebagai "Sultan Johor".
Pada 10 Mac 1855, Sultan Ali memeterai sebuah perjanjian dengan pihak British di Singapura. Dalam perjanjian ini, Sultan Ali bersetuju melepaskan haknya terhadap Johor (kecuali Kesang) kepada to Temenggung Daeng Ibrahim, dengan balasan pengiktirafan rasmi sebagai "Sultan of Johor" oleh British dan elaun bulanan. Selepas penyerahan Johor, Sultan Ali telah diberikan kuasa pentadbiran ke atas Muar sehinga kemangkatannya pada 1877, dan untuk tujuan pentadbiran Baginda dikenali sebagai "Sultan Muar".

Tahun-tahun awal

Pada tahun 1840, Johor mula menerima peneroka Cina (kebanyakannya daripada Swatow dan Chaozhou), Temenggung Ibrahim yang mentadbir negeri mengenakan cukai ke atas peneroka ini, sebagai sumber pendapatan beliau. Walaubagaimanapun, tidak seperti Temenggung Ibrahim, Sultan Ali tidak melibatkan diri di dalam hal ehwal negeri tetapi pada masa yang sama mengadu tidak menerima elaun yang mencukupi daripada British.Dalam pada itu, kesetiaan orang-orang Melayu di Johor kepada pemerintah mula berpecah belah diantara sokongan kepada Sultan Ali dan Temenggung Ibrahim. Walaubagaimanapun, perpecahan kesetiaan ini tidak menyebabkan sebarang persengketaan besar. Pada masa yang sama, seorang pedagang Inggeris, W.H. Read, menjaga cap mohor Sultan Ali sebagai balasan untuk melangsaikan hutang baginda. Read adalah penyokong kuat tuntutan Sultan Ali untuk diiktiraf sebagai pemerintah Johor yang sah serta berhak keatas hasil negeri, dengan Temenggung Ibrahim sebagai wakil baginda. Disebabkan tekanan ekonomi dan politik pedagang tersebut, Gobenor British telah menimbangkan untuk memberi pengiktirafan tersebut, tetapi telah mendapat tentangan hebat daripada Temenggung Ibrahim dan anaknya, Abu Bakar.
Pada awal tahun 1850an, Johor telah berada dibawah kuasa Temenggung; pengikut-pengikut Sultan Ali telah disingkirkan secara paksa oleh pengikut-pengikut Temenggung.

Penyerahan Johor

Beberapa rundingan diantara Sultan Ali dan Temenggung Ibrahim berlangsung dimana British telah menjadi orang tengah, selepas Sultan Ali menimbulkan persoalan mengenai hak Temenggung Ibrahim untuk menerima kesemua hasil negeri. Pada mulanya, the Temenggung Ibrahim bercadang untuk membahagi dua hasil negeri dengan syarat Sultan Ali menyerahkan hak untuk menuntut kedaulatannya ke atas Johor. Syarat tersebut tidak diterima Sultan Ali. Kedua-dua pihak bersetuju untuk mendapatkan campur tangan British, diantaranya,Gabenor British untuk Negeri-negeri Selat, Colonel William Butterworth, dan penggantinya, Edmund Blundell telah dilantik sebagai orang tengah.

Pihak British lebih menyenangi prospek Temenggung Ibrahim mengambilalih pentadbiran Johor daripada Sultan Ali. Tuntutan Sultan Ali berkenaan hak kedaulatannya ke atas Johor telah disangkal oleh British. Temenggung Ibrahim pula telah membangkitkan kenyataan bahawa ayahnda Sultan Ali, Sultan Hussain Shah tidak pernah membuat usaha untuk menuntut hak kedaulatannya ke atas Johor walaupun baginda telah diiktiraf oleh British di dalam Perjanjian Inggeris-Belanda 1824. Pada masa itu, Johor berada dibawah tanggungjawab Temenggung Abdul Rahman seperti juga Pahang yang berada di bawah tanggungjawab Bendahara. Dokumen-dokumen lain pula menunjukkan sekiranya Johor berada dibawah kuasa Sultan, de jure kedaulatan tersebut sepatutnya berada di bawah Sultan Lingga, Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah dan bukan Sultan Ali. Temenggung Ibrahim dan Sultan Ali menyerahkan cadangan mereka kepada Gabenor British pada bulan April 1854. Temenggong bersetuju keatas permintaan Sultan Ali untuk diiktiraf secara simbolik sebagai Sultan Johor, tetapi berkeras mahu mengekalkan kuasa penuh ke atas Johor. Sebaliknya Sultan Ali telah menyatakan hasratnya untuk memerintah wilayah Kesang yang terletak ditebing sebelah utara Sungai Muar sehingga ke sempadan Melaka dengan alasan sebahagian nenek moyangnya di makamkan di sana. British telah memujuk Temenggung Ibrahim untuk menerima permintaab Sultan Ali. Akhirnya, Temenggung Ibrahim telah bersetuju dengan permintaan tersebut.Satu perjanjian telah ditandatangani pada 10 Mac 1855, dimana Sultan Ali secara rasmi menyerahkan hak kedaulatannya ke atas Johor kepada Temenggung Ibrahim kecuali wilayah Kesang. Sebagai balasan, Sultan Ali telah diberi jaminan diiktiraf sebagai "Sultan" oleh Temenggung Ibrahim dan British. Baginda juga menerima pampasan berjumlah $5000 dan elaun bulanan sebanyak $500 sebulan daripada Temenggung.

Sultan Muar(Kesang)

Sultan Ali mewakilkan pentadbiran Kesang kepada Temenggung Paduka Tuan Muar dan banyak menghabiskan banyak masa di Melaka. Kesang tidak banyak penduduk pada tahun 1855 dan hanya ada 800 penduduk tanpa sebarang struktur kerajaan. Pada tahun 1860, Sultan Ali dilaporkan meminjam $53,600 daripada seorang Ceti, Kavana Chana Shellapah. Sultan Ali menandatangani satu perjanjian dengan Shellapah untuk menggunakan sebahagian daripada elaun bulanan baginda untuk membayar pinjaman tersebut. Walaubagaimanapun, Sultan Ali tidak dapat membayar pinjaman tersebut mengikut jadual. Ini menyebabkan Shellapah marah dan menulis surat kepada kerajaan British pada tahun 1866. Setelah dipaksa membayar pinjamannya mengikut jadual, Sultan Ali telah menyerahkan hak untuk berdagang di Kesang kepada Temenggung Ibrahim sebagai cagaran sekiranya baginda tidak dapat menjelaskan pinjaman mengikut jadual.Hubungan Sultan dan Temenggung Ibrahim tetap tegang; pada tahun 1860, Sultan Ali membenarkan seorang Bugis, Suliwatang, ketua Rembau dan Sungei Ujong untuk menetap di Kesang dan bersiap untuk menyerang Johor. Hubungan buruk diantara Sultan Ali and Temenggung Ibrahim berterusan sehingga anak Temenggung Ibrahim, Abu Bakar, yang menggantikan ayahandanya yang mangkat pada tahun 1862. Tidak lama selepas Abu Bakar menjadi Temenggung Johor, baginda menghantar surat kepada Sultan Ali untuk menegaskan kedaulatan Johor ke atas Segamat. Pertikaian yang berterusan berkenaan kedaulatan Segamat membawa kepada perperangan diantara pengikut Temenggung Abu Bakar dan Sultan Ali. Sebelas tahun kemudian iaitu pada tahun 1873, usaha Suliwatang untuk memungat ukai daripada penduduk di muara Sungai Kesang menyebabkan lebih banyak konflik dengan pengikut Temenggung Abu Bakar yang mula menggunakan gelaran Maharaja pada tahun 1868.

Semasa pemerintahan Sultan Ali, tidak banyak aktiviti ekonomi di Kesang. Walaubagaimanapun, baginda mewakilkan tugas memungut cukai kepada Suliwatang dan wakilnya. Pada tahun 1868, Sultan Ali melantik Babu Ramasamy, seorang guru berketurunan Tamil untuk memungut cukai di Kesang. Pada tahun 1872,seorang pelombong berbangsa Eropah telah diberikan hak melombong secara eksklusif di Kesang selama lima tahun oleh Sultan Ali. Tiga tahun kemudian, seorang rakyat Amerika telah diberikan konsesi untuk membeli tanah seluas 45 batu persegi di Kesang oleh Sultan Ali.

 Sultan Ali menghabiskan masa tuanya di Umbai, Melaka, dan menyara hidupnya dengan elaun bulanan yang diberikan oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris. Baginda mendirikan sebuah istana dan tinggal bersama permaisuri ke-3 iaitu Cik' Sembuk sehingga beliau mangkat pada 20 Jun 1877 dan Makam Sultan Ali terletak di Masjid Umbai, Melaka di Laluan Persekutuan 5.

Sebelum Baginda mangkat, Sultan Ali telah mewasiatkan wilayah Kesang kepada Tengku Mahmood yang berumur 11 tahun, putera Almarhum Sultan dan Cik Sembuk yang berasal dari orang kebanyakan. Keputusan baginda menerima tentangan daipada sebahagian orang Melayu di Singapura yang berpendapat Tengku Alam sepatutnya menjadi pewaris wilayah Kesang memandangkan beliau adalah putera sulong baginda dengan Daeng Siti, anak seorang pembesar Bugis.

Apabila Sultan Ali mangkat, hak penjagaan wilayah Kesang telah diletakkan di bawah kuasa Ungku Jalil, abang kepada Sultan Ali. Ungku Jalil telah menyerahkan hak penjagaan wilayah Kesang kepada Maharaja Abu Bakar, selepas kerajaan British mengadakan pemilihan Temenggung Paduka Tuan Muar dan ketua-ketua masyarakat di Kesang telah memilih Maharaja Abu Bakar untuk memimpin mereka. Gebenor British telah menyerahkan pentadbiran wilayah Kesang kepada Maharaja Abu Bakar. Ini menyebabkan Tengku Alam dan pengikutnya tidak berpuas hati. Tuntutan berterusan Tengku Alam ke atas wilayah Kesang telah menyebabkan Perang Jementah pada 25 Olktober 1879.

Sultan Johor ke-20-Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim

Sultan Abu Bakar ibni Ibrahim (Tulisan Jawi: المرحوم سلطان سير ابو بكر ابن المرحوم تماڠڬوڠ دايڠ إبراهيم سري مهاراج جوهر ) (lahir 3 Februari 1833 - mangkat 10 Mei 1895) telah menggantikan bapanya Temenggong Daeng Ibrahim bagi mentadbir Johor dari 1862-1895. Beliau berumur lebih kurang 28 tahun semasa bapanya meninggal dunia. Beliau memakai gelaran Maharaja Johor pada 1868. Beliau ialah sultan pertama Johor moden.
Temenggung Abu Bakar adalah seorang tokoh dan pemerintah Johor yang amat bijaksana. Beliau telah memajukan dan mengukuhkan kerajaan Johor di bawah Dinasti Temenggung dan membuat hubungan diplomasi dengan kerajaan Riau-Lingga. Pada 1 Januari 1866, beliau telah menukarkan nama Tanjung Puteri atau Iskandar Puteri kepada Johor Bahru dan menjadikannya pusat pentadbiran kerajaan Johor. Temenggung Abu Bakar memberi galakan kepada orang Cina membuka ladang lada hitam dan gambir dipanggil "Sistem Kangcu".

Temenggung Abu Bakar telah memajukan Johor dengan menggabungkan tradisi Melayu dengan kosmopolitan Barat dan digelar Bapa Johor Moden. Pentadbirannya yang cekap dan tersusun diakui sendiri British, lantas baginda tidak akan melantik pegawai British sebagai penasihat.

Beliau telah mendapat pendidikan Barat sejak kecil lagi. Oleh itu, beliau sangat terpengaruh dengan cara pemerintahan dan pentadbiran Barat. Baginda juga telah membuat banyak lawatan ke negara-negara Eropah terutamanya ke England, untuk mencari pengalaman dan mempelajari cara orang Barat memerintah dan mentadbirkan negara. Kebijaksanaannya menyebabkan baginda dihormati oleh pedagang dan pemerintah British. Baginda juga bersahabat baik dengan Ratu Victoria, ratu Great Britain pada masa itu. Ratu Victoria telah mengurniakan gelaran Maharaja Johor kepada Temenggung Abu Bakar pada tahun 1868 dan seterusnya beliau memakai gelaran Maharaja Johor.

Kemudiannya, baginda telah menguasai seluruh wilayah Johor, iaitu setelah Sultan Ali mangkat pada tahun 1877. Selepas Sultan Ali mangkat, Tengku Alam (anak Sultan Ali) membantah pemerintahan Muar/Kesang diserah sementara kepada Maharaja Abu Bakar dan melancarkan "Perang Jementah" pada 1879 tetapi gagal.

Baginda juga pernah merasmikan Penjara Johor Bahru pada tahun 1883.

Pada 1885, Johor telah menandatangani perjanjian persahabatan dengan kerajaan British. Melalui perjanjian ini, kerajaan British mengiktiraf Johor sebagai sebagai sebuah negeri yang bebas dan berdaulat. Maharaja Abu Bakar juga diiktiraf sebagai Sultan Johor. Baginda bersetuju menerima seorang pegawai British yang bertugas sebagai Konsul British di Johor dan bukan sebagai penasihat. British juga bersetuju melindungi Johor jika berlaku sebarang ancaman dari luar.

Maka mulai 1 Julai 1886, baginda memakai gelaran sultan dengan gelaran Sultan Abu Bakar Alkhalil Ibrahim Shah. Pada 14 April 1895, Sultan Abu Bakar Alkhalil Ibrahim Shah menubuhkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor.

Sultan Abu Bakar Alkhalil Ibrahim Shah mangkat di Eropah pada 10 Mei 1895 dan disemayamkan di Makam Mahmoodiah, Johor Bahru.

Sultan Johor ke-21-Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar

Sultan Sir Ibrahim Sultan Abu Bakar (17 September 1873 - 8 Mei 1959; gelaran penuh: Sultan Ibrahim al-Mashur ibni al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar) memerintah Johor dari tahun 1895 hingga 1959. Baginda merupakan sultan yang ke-22 di negeri Johor, Malaysia, dan yang ketiga di bawah Dinasti Temenggong. Dinasti Temenggong telah dimulakan dengan bantuan pihak British di bawah Sir Stamford Raffles.

Diputerakan sebagai Tunku Ibrahim Iskandar di Istana Bidadari, Serangoon, Singapura, Sultan Ibrahim merupakan anakanda tunggal kepada Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim dan Inche Zubaida binti Abdullah Inche Besar (isteri kedua Sultan Abu Bakar). Baginda belajar di bawah guru peribadi.

Pada 23 Mei 1891, Baginda dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor di Istana Besar, Johor Bahru. Sultan Ibrahim menaiki takhta pada 4 Jun 1895 semasa kemangkatan Sultan Abu Bakar. Baginda diisytiharkan sebagai sultan pada 7 September dan dimahkotai pada 2 November.

Berlatarbelakangkan pendidikan Inggeris sejak kecil, baginda diberi perhatian penuh sebagai bakal pengganti Sultan dan ketika menjadi Putera Mahkota pada usia 17 tahun, beliau pergi ke Eropah buat julung kalinya pada Jun 1890. Baginda melawat Jerman, Switzerland, Perancis dan England.

Pemerintahan
Sultan Ibrahim meneruskan usaha ayahandanya dan mengekalkan kebebasan dan kedaulatan Johor. Oleh sebab baginda tidak mahu dijajah oleh pihak British, baginda melakukan pelbagai perubahan dan pindaan terhadap perlembagaannya pada tahun 1895. Kerumitan pentadbiran kewangan negeri Johor dan kebarangkalian meletusnya perang besar di Eropah (Perang Dunia Pertama) menimbulkan kerisauan dan perasaan gelisah di kalangan pentadbir British. Mereka mendesak Sultan Sir Ibrahim untuk menerima Penasihat Inggeris untuk membantu mentadbir negeri Johor. Sultan Sir Ibrahim pada hakikatnya kehilangan kebebasan mentadbir negeri Johor. Sebagai balasan, Pentadbiran Negeri-Negeri Selat (British) bersetuju kepada penubuhan satu pasukan Askar Timbalan Setia yang berikrar taat setia kepada Sultan Johor. Askar Timbalan Setia boleh dilihat sebagai tentera peribadi Sultan Johor.

Melalui pindaan pada tahun 1914, Sultan Ibrahim telah membenarkan orang asing bukan rakyat Johor, termasuk rakyat British, menjadi ahli dalam Majlis Mesyuarat Negeri. Seterusnya pada tahun itu juga, Sultan Ibrahim menerima seorang Penasihat Am British. Tugasnya adalah menasihati baginda dalam bidang pentadbiran dan pemerintahan negeri Johor. Walau bagaimanapun, Penasihat Am tidak mempunyai kuasa seperti kuasa Residen di negeri-negeri Melayu yang lain, dan nasihatnya tidaklah semestinya dituruti oleh baginda. Pindaan ini telah menambahkan penguasaan British ke atas Johor secara tidak langsung.

Jasa dan sumbangan

Pembinaan hospital serta pejabat kerajaan.

Menaungi badan pakatan Bahasa Melayu (Pakatan Bahasa Persuratan Buku Di-Raja Johor)

Meneruskan pembinaan Masjid Abu Bakar yang diusahakan ayahandanya, Sultan Abu Bakar

Lagu rasmi Johor, 'Lagu Selamat Johor' ciptaan M Galistan (seorang pemuzik dan jurulatih pancaragam) wajib dinyanyikan murid sekolah di negeri itu

 Pelayaran dan pengembaraan

Bagi memperluaskan pengetahuannya, baginda sering ke Eropah khususnya ke England dan beberapa negara lain. pada 12 Mac 1934, beliau mengelilingi dunia diiringi Sultanah Helen dan Setiausaha Sulitnya, Kapten Sheikh Abdullah Yahya.Rombongan bertolak dari Singapura menaiki kapal Jepun, Fujiyama Maru menuju ke Jepun, kemudian singgah di Hong Kong dan Shanghai, China. Ketika di Jepun, Maharaja Jepun menganugerahkan baginda 'First Class Grand London of the Order of Rising Sun' sebagai tanda perkenalan dan persahabatan.Sultan Ibrahim meneruskan pelayaran menaiki kapal Chinchba Maru dari Yokohama menuju ke Honolulu, seterusnya ke Hollywood di San Francisco. Dari Los Angeles, baginda ke Chicago, kemudian ke Washington (Melawat Rumah Putih) dan ke New York.

Dari Amerika Utara, baginda kemudiannya ke England atas jemputan King George V dan Queen Mary.
Baginda turut melawat India, Australia, Indo-China, Thailand dan Kemboja.

Baginda berkahwin sebanyak enam kali, iaitu dengan:

1.Sultanah Maimuna (15 November 1876 - 2 September 1909): Berkahwin di Istana Tyersall, Singapura pada 5 Oktober 1892, Ungku Maimuna ialah anak perempuan Ungku Abdul Majid ibni al-Marhum Tengku Temenggong Sri Maharaja Daeng Ibrahim. Beliau dimahkotai sebagai Sultanah pada 2 November 1895, tetapi mangkat dengan awal pada umur 35.

2.Sultanah Ruqaiya (4 September 1880 - 8 Mac 1926): Beliau dimahkotai sebagai Sultanah pada 30 Ogos 1920.

3.Che Puan Hasana binti Ja'afar: Hasana ialah anak perempuan Dato Ja'afar bin Haji Muhammad, Menteri Besar Johor yang pertama, dan adik kepada Dato Onn bin Ja'afar.

4.Ungku Intan binti Ungku Ahmad: Berkahwin pada tahun 1926, Ungku Intan ialah anak perempuan Ungku Ahmad bin Ungku Muhammad.

5.Helen Bartholomew (21 Disember 1889 - 13 Ogos 1977): Dilahirkan di Glasgow, Bartholomew berkahwin dengan Sultan di Woking, Surrey pada 15 Oktober 1930 dan bercerai pada 31 Disember 1937. Bartholomew ialah janda kepada William Brockie Wilson, Esq., dan Sultan Ibrahim merupakan suaminya yang kedua. Beliau dimahkotai sebagai Sultanah di Istana Besar, Johor Bahru, pada 18 November 1931.

6.Sultanah Marcella Ibrahim (7 November 1915 - 1 Jun 1982): Sultanah Marcella Ibrahim dilahirkan di negara Jerman sebagai Marcella Mendel. Beliau ialah anak perempuan Edgar Mendel dari Rumania. Berkahwin di London pada 6 November 1940, beliau dimahkotai sebagai Sultanah pada 17 September 1955.

Sultan Ibrahim mangkat di Grosvenor House, London pada 8 Mei 1959 dan dikebumikan di Makam Mahmoodiah,Johor Bahru. Baginda mempunyai empat orang anakanda lelaki dan seorang anakanda perempuan. Anakanda-anakanda lelakinya adalah seperti berikut:

1.Seorang anakanda lelaki yang dilahirkan oleh Sultanah Maimuna dan yang mangkat pada Ogos 1893;

2.Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim, juga dilahirkan oleh Sultanah Maimuna;

3.Tunku Abu Bakar ibni al-Marhum Sultan Ibrahim, yang dilahirkan oleh Sultanah Ruqaiya;

4.Tunku Ahmad ibni al-Marhum Sultan Sir Ibrahim, yang dilahirkan oleh Che Puan Hasana.

Sultan Johor ke-22-Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim

Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim (lahir 28 Oktober 1894 - mangkat 10 Mei 1981) . Baginda menjadi Sultan Johor dari 8 Mei 1959 - 10 Mei 1981, menggantikan ayahandanya, Almarhum Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar . Baginda dimahkotai sebagai Sultan Johor di Istana Besar, Johor Bahru pada 10 Februari 1960 dan merupakan Sultan Johor terakhir setakat ini yang ditabal dan dimasyhurkan dengan penuh rasmi. Baginda juga merupakan Canselor pertama Universiti Teknologi Malaysia apabila tertubuhnya universiti tersebut. Setelah mangkat 1981, baginda diganti oleh anakandanya, Sultan Mahmood Iskandar Al-Haj. Baginda dimakamkan di Makam Mahmoodiah, Johor Bahru.

Sultan Ismail telah berkahwin sebanyak dua kali iaitu dengan:

1.Ungku Tun Aminah binti Ungku Ahmad yang mangkat pada tahun 1977 akibat kemalangan jalanraya di Muar pada tahun 1976. Baginda berdua dikurniakan 7 orang putera dan puteri tetapi hanya 3 orang anakanda baginda yang hidup hingga dewasa termasuk Sultan Mahmood Iskandar Al-Haj.

2.Tengku Nora binti Tengku Panglima Raja Ahmad

Sultan Johor ke-23-Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail

DYMM Sultan Mahmud Iskandar Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail al-Khalidi (8 April 1932-22 Januari 2010) merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kelapan mulai 26 April 1984 hingga 25 April 1989. Baginda mewarisi takhta ayahandanya Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim untuk menjadi Sultan Johor ke-24 berikutan kemangkatan ayahandanya pada tahun 1981.Seperti nendanya Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar, kebebasan buah fikiran Sultan Iskandar adakalanya menimbulkan ketegangan hubungan dengan kerajaan persekutuan Malaysia, lebih-lebih lagi ketika bertakhta Yang di-Pertuan Agong,[7] ketika baginda sendiri terlibat dalam beberapa peristiwa yang menarik perhatian awam.[8] Meskipun demikian, Sultan Iskandar terkenal kerana keprihatinan baginda terhadap rakyat jelata, dan daripada itu disanjung tinggi oleh ramai, khususnya orang Melayu dan Orang Asli.

Sultan Iskandar (dikenali sebagai Tunku Mahmud Iskandar sehingga tahun 1981) ialah anakanda ketiga kepada Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim dan Sultanah Ungku Tun Aminah binti Ungku Paduka Bena Sri Maharaja Utama Ahmad, yang lahi pada 8 April 1932 di Istana Semayam, Johor Bahru.(Baginda ada dua kanda, tetapi kedua-duanya meninggal dunia pada usia bayi.) Tunku Mahmud menerima pendidikan di Sekolah Rendah Ngee Heng Primary School dan Maktab Inggeris (kini Maktab Sultan Abu Bakar) di Johor Bahru. Pada 1952, baginda dihantar ke Australia untuk melanjutkan pelajaran di Trinity Grammar School. Setelah tamat pengajian pada tahun 1953, Tunku Mahmud pergi ke Isle of Wight di United Kingdom untuk memasuki Upper Chinese School selama tiga tahun.Setelah selesai menuntut ilmu, Tunku Mahmud kembali ke Tanah Melayu pada tahun 1956 untuk menyertai Perkhidmatan Awam Negeri Johor untuk masa yang singkat, di mana baginda menjadi pegawai kadet yang bertanggungjawab atas hal-ehwal dalam Jabatan Hal-Ehwal Daerah, Tanah dan Perbendaharaan sehingga dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor pada Mei 1959.

Pada tahun 1956, Tunku Mahmud mengahwini Josephine Trevorrow, dari Cornwall, United Kingdom, dan bersama-sama melahirkan empat orang anakanda, termasuklah putera mahkota, Tunku Ibrahim Ismail, sebelum bercerai pada tahun 1962.Sebelum bercerai dengan Trevorrow, pada tahun 1961, Tunku Mahmud mengahwini Tengku Zanariah dari kerabat diraja Kelantan, lalu bersama-sama memputerakan enam anakanda.Para penganalisa seperti Kate Wharton memerhati bahawa sebarang hubung kait Trevorrow dengan Sultan Iskandar tidak disebut dalam semua biografi rasmi.

Tunku Mahmud dilantik oleh Sultan Ismail menjadi Tunku Mahkota Johor dari tahun 1959 hingga 1961, kemudian menjadi Raja Muda dari tahun 1966 hingga 1981. Pada 29 April 1981, Tunku Mahmud dilantk sebagai Tunku Mahkota sekali lagi sebaik sahaja sebelum kemangkatan ayahandanya.

Keseluruhannya, Sultan Iskandar memputerakan 2 putera dan 8 puteri iaitu:

1.Tunku Kamariah Aminah binti Sultan Mahmud Iskandar (dengan Josephine), lahir 11 Julai 1956. Tengku Puteri Johor, berkahwin dengan Tengku Panglima Diraja Sulaiman Shah bin Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ,Selangor.

2.Tunku Azizah Aminah Maimunah binti Sultan Mahmud Iskandar (dengan Josephine), lahir 1961. 1986 berkahwin dengan Tengku Mahkota Abdullah bin Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Shah, Sultan Pahang.

3.Tunku Besar Zabedah Aminah binti Sultan Mahmud Iskandar (dengan Josephine)

4.Tunku Mahkota Ibrahim Ismail bin Sultan Mahmud Iskandar (dengan Josephine), berkahwin dengan Sultanah Zarith Sofiah binti al-Marhum Sultan Idris Al-Mutawakkil Alallahi Shah ,Sultan Perak.

5.Tunku Mariam Zaharah binti Sultan Mahmud Iskandar (dengan Tengku Zanariah)

6.Tunku Aminah Kalsom binti Sultan Mahmud Iskandar (dengan Tengku Zanariah)

7.Tunku Muna Najiah binti Sultan Mahmud Iskandar (dengan Tengku Zanariah)

8.Tunku Abdul Majid bin Sultan Mahmud Iskandar (dengan Tengku Zanariah), lahir 1970, Tengku Bendahara, berkahwin pada 13 January 2006 dengan Tunku Teh Mazni binti Tengku Yusof, lahir 1976, anak Tengku Yusof bin Tengku Muhammed Jewa dari Kedah.

9.Tunku Maimunah Ismiliah binti Sultan Mahmud Iskandar (dengan Tengku Zanariah)

10.Tunku Noraini Fatimah binti Sultan Mahmud Iskandar (dengan Tengku Zanariah)[30]

Sultan Johor

Pada 10 Mei 1981, Tunku Mahmud dilantik sebagai Pemangku Sultan Johor berikutan kemangkatan ayahandanya, lalu dimasyurkan sebagai Sultan sehari kemudian, beberapa ketika sebelum ayahandanya dimakamkan. Sehubungan dengan itu, adinda baginda Tunku Abdul Rahman ibni Al-Marhum Sultan Sir Ismail Al-Khalidi, bekas Tunku Mahkota Johor selama 20 tahun di bawah pemerintahan Sultan Ismail, dilantik sebagai Tunku Bendahara Johor lalu memegang gelaran tersebut sehingga meninggal dunia pada tahun 1989. Pada 12 Disember 1981, Sultan Iskandar dilantik sebagai Canselor Universiti Teknologi Malaysia.
Mengikut sistem beraja bergilir-gilir di Malaysia, Sultan Iskandar dilantik sebagai Yang Di-Pertuan Agong oleh Majlis Raja-Raja pada 9 Februari 1984, tidak lama sebelum berakhirnya penggal Sultan Ahmad Shah dari Pahang pada 26 April 1984.Sultan Iskandar memegang gelaran Yang-Di Pertuan Agong sehingga diambil alih oleh Sultan Azlan Shah dari Perak pada tahun 1989.


Pada 8 April 2006, Sultan Iskandar melantik cucundanya Tunku Ismail Ibrahim, iaitu anakanda Tunku Mahkota, sebagai Raja Muda (pewaris ketiga takhta Johor) dalam majlis pelantikan sempena hari keputeraanya.

Hal-ehwal dalam negeri

Sultan Iskandar menganjurkan acara rumah terbuka di kediaman rasminya di Istana Bukit Serene, atau di Istana Besar. Pada hari-hari inilah, Sultan dan putera sulungnya Tunku Mahkota mengadakan sesi khas untuk bertemu mesra dengan rakyat Johor. Mengikut adat istiadat, kerajaan negeri mewartakan 8 April sebagai cuti umum negeri untuk meraikan hari keputeraan baginda, yang mana baginda mengurniakan anugerah kehormat kepada rakyat Malaysia yang mempamerkan sumbangan dan pencapaian cemerlang
Tidak lama sebelum menjadi YDPA pada April 1984, Sultan Iskandar mengeluarkan usul agar Orang Asli digolongkan sebagai "Bumiputera Asli", kerana baginda berpendapat bahawa Orang Asli ini berbeza sekali identitinya dari orang Melayu kerana kebanyakan mereka bukan umat Islam. Namun, usul tersebut ditarik balik, sebaliknya kerajaan cuba mengasimilasikan Orang Asli dengan masyarakat Melayu arus perdana.Setelah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong, baginda mendermakan gaji baginda untuk jawatan YDPA kepada berbilang lembaga biasiswa yang dibuka kepada semua kaum di Malaysia.

Pada tahun 2007, Sultan Iskandar mengeluarkan titah perintah yang hanya membenarkan gelaran Istana dipakai oleh kediaman dan hartanah yang dimiliki oleh Sultan dan Tunku Mahkota, manakala hartanah yang dimiliki oleh kerabat diraja yang lain dikenali sebagai "Kediaman".Pada Disember 2008, Sultan Iskandar memperkenankan kerajaan negeri untuk mewartakan usul perundangan yang melarang umat Islam daripada mengamalkan senaman yoga, atas sebab bahawa yoga mengandungi unsur agama Hindu yang melanggar ajaran Islam. Permohonan agar meminta perkenan Sultan datang dari Majlis Agama Islam Johor yang bertindak atas arahan Majlis Fatwa Negara

Sultan Iskandar menyempurnakan pembukaan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Sultan Iskandar pada 1 Disember 2008, dengan kehadiran Tunku Mahkota dan beberapa menteri jemaah utama. Kompleks ini dinamakan sempena baginda,yang berpandangan optimis akan kejayaannya pada ucapan pembukaan baginda.

 Hubungan luar negeri

Semenjak menaiki takhta, Sultan Iskandar menjalin hubungan erat dengan Singapura, dengan mengembankan silaturahim dengan pemimpin tertinggi Singapura. Amalan ini juga menjadi ikutan anakandanya, Tunku Mahkota dan Tunku Bendahara.Laporan media sentiasa mengetengahkan sambutan mesra yang disampaikan sesama pemimpin kedua-dua negara ketika dalam lawatan, terutamanya pada Julai 1988, apabila kunjungan Sultan Iskandar ke Singapura menandakan[kali pertama seseorang Yang di-Pertuan Agong melawat negara pulau tersebut sejak tahun 1957.Timbalan Perdana Menteri Singapura ketika itu, Goh Chok Tong menerima pangkat Dato' Paduka Mahkota Johor (Kehormat) dari Sultan Iskandar.
Pada tahun 2007, Sultan Iskandar dikurniakan anugerah Honorary Master Parachutist Wing oleh Menteri Pertahanan Singapura, Teo Chee Hean dan Ijazah Kehormat Doktor Perundangan oleh Universiti Kebangsaan Singapura.
Hubungan dengan Singapura bertukar keruh setelah Mahkamah Keadilan Antarabangsa memutuskan bahawa kedaulatan Pulau Batu Puteh (Pedra Branca) adalah milik Singapura setelah lama direbut oleh kedua-dua negara. Di sesi pertama Dewan Undangan Negeri Johor ke-12 pada tahun 2008, Sultan menyabdakan pendirian bahawa Pulau Batu Puteh adalah milik Malaysia, n berikrar untuk mencari jalan yang tidak menyalahi undang-undang untuk mengembalikan pulau tersebut ke pangkuan negara.

Sultan Iskandar juga menjalin hubungan erat dengan Sultan Hassanal Bolkiah dari Brunei, lebih-lebih lagi sewaktu baginda memegang gelaran Yang Di-Pertuan Agong. Pada tahun 2006, sekali lagi kedua-dua sultan disaksikan bersama di khalayak ramai, ketika Sultan Hassanal Bolkiah mengunjungi negeri Johor untuk menyabdakan minat baginda terhadap Iskandar Malaysia.

Akhir hayat dan kemangkatan

Rencana utama: Istiadat pemakaman Sultan Iskandar Johor

Setelah menjalani pembedahan pintas arteri koronari di Amerika Syarikat pada tahun 2000, pihak-pihak yang terdekat dengan Sultan Iskandar melaporkan bahawa gaya hidup baginda semakin perlahan sehingga baginda sekali-sekala keluar bermain golf. Pada Januari 2000, baginda pernah dimasukkan ke dalam hospital tempatan untuk merawat penyakit bronkitis.

Pada 22 Januari 2010, Sultan Iskandar mangkat di Hospital Pakar Puteri, setelah dimasukkan pada awal hari itu kerana gering. Kemangkatan baginda pada 7.15 petang, diumumkan secara rasmi pada 11.20 malam oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman. Almarhum dimakamkan di Makam Mahmoodiah pada jam 2 petang keesokannya, sebaik sahaja tamatnya waktu orang ramai menziarahi persemayaman Almarhum Sultan Iskandar pada waktu pagi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memendekkan lawatan rasminya ke India untuk menghadiri upacara pemakamannya. Antara tetamu kehormat lain yang hadir termasuk Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah, serta Sultan Hassanal Bolkiah dari Brunei, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan Menteri Kanan Goh Chok Tong

Puteranya iaitu Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail dimasyurkan sebagai Sultan Johor yang baru, juga pada 23 Januari.

Sultan Johor ke-24-Sultan Ibrahim Ismail Ibni Sultan Mahmud Iskandar

 Sultan Ibrahim Ismail ibni Sultan Mahmud Iskandar adalah Sultan Johor ke-25 dan merupakan sultan ke-5 dari Dinasti Temenggong dan dilantik pada 23 Januari 2010 selepas ayahandanya mangkat pada 22 Januari 2010.
Sultan Johor


Pada 23 Januari 2010, perlantikan Sultan Johor dijalankan berdasarkan Undang-Undang Tuboh Kerajaan Johor 1895. Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman mengumumkan perlantikan itu di Istana Besar Johor Bahru pada pukul 10.21 pagi. Mengikut tradisi Kesultanan Johor, baginda mengangkat sumpah sebagai Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim.


 Biodata

Sultan Ibrahim Ismail dilahirkan pada 22 November 1958 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Baginda merupakan anak sulung daripada 10 adik-beradik. Ibunya isteri pertama Sultan Iskandar, Kalsom binti Abdullah (nama asal Josephine Ruby Trevorrow). Kemudian ditabalkan sebagai Tunku Mahkota Johor pada 3 Julai 1981. Pada 25 April 1984 semasa Sultan Iskandar dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelapan, baginda dilantik sebagai Pemangku Sultan Johor.

Pendidikan

Baginda belajar di Sekolah Temenggong Abdul Rahman 1, Johor. Kemudian belajar di Trinity Grammar School, Australia pada 1968 - 1970. Seterusnya kembali belajar di Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB).

Di samping itu belajar asas-asas agama Islam di Sekolah Agama Bukit Zaharah dan Sekolah Agama Air Molek, Johor Bahru. Seterusnya dihantar ke Pusat Latihan Darat (Pulada), Kota Tinggi untuk menerima latihan asas ketenteraan selama tiga bulan. Di Pangkalan tentera Amerika syarikat, Fort Bening, Georgia, Amerika Syarikat baginda mengikuti Kursus Asas Pegawai-Pegawai Infantri dan Udara. Seterusnya mengikuti Kursus Pegawai-Pegawai Pasukan Khas di Fort Bragg, Amerika Syarikat. Selepas itu, Tunku Ibrahim dilantik sebagai Timbalan Komander, Angkatan Tentera Johor.

 Sukan

Baginda menerima sayap penerbangan selepas menerima kursus latihan helikopter di Kem Tentera Kluang. Tuanku juga menamatkan tugas latihan selama dua bulan dalam Tentera Laut Diraja Malaysia.

Tuanku menyertai kejohanan polo antarabangsa di Singapura, Manila dan Brunei. Sukan lain ialah tenis, luncur layar, menembak dan memandu kereta.

 Sultan Ibrahim Ismail berkahwin dengan Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah II kerabat diraja negeri Perak pada 1982. Mereka mendapat 5 putera dan 1 puteri, iaitu Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar, Tunku Amina, Tunku Idris, Tunku Abdul Jalil, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Iman

ROYAL KESANG: SENARAI SULTAN-SULTAN JOHOR

Assalamualaikum Setelah membaca artikel dari Tan Sri Abdullah Ahmad bertajuk Siapa selepas Najib, Muhyudin? Saya merasakan ada sesuatu yang tidak kena yang disorokkan disebalik penubuhan UMNO di Malaysia selama ini? Maksud saya dari segi kontrak sosialnya dengan pihak kerabat raja-raja Melayu dan British. Mengapa beliau highlighkan perkara ‘DINASTI’ dalam pergerakkan sistem politik?

Baiklah saya mulakan dengan sejarah nusantara iaitu Indonesia. Seperti yang kita tahu sebelum dan selepas Indonesia dijajah Belanda, matawang mereka digunakan seperti Malaysia iaitu Ringgit dan Sen. Setelah merdeka ianya bertukar kepada Rupiah seperti mana di India. Mengapa perlu ditukarkan sebutan matawang ini? Tentu ianya melibatkan susut nilai mengikut profit emas di sesebuah negara itu. Dalam kata lain kekuatan matawang akan jadi lemah jika khazanah negara telah hilang dibawa ke negara lain. Negara yang menyerahkan itu menjadi negara miskin dimana rakyatnya menjadi papa kedana. Kita pelik tiba-tiba Amerika menjadi satu kuasa besar yang kaya raya diawal tahun 1960an. Tentunya kekuatan itu datang dari Indonesia asalnya bukan? Apakah kontrak sosial antara Amerika, Freemason dan Indonesia hingga dengan sukarela berlaku penyerahan tersebut? Tentunya bagi membantu Presiden Soekarno mencapai cita-citanya mengujudkan ‘Indonesia Raya’ sepertimana zaman hebat kerajaan Majapahit dulu.

Pakatan rahsia ini ingin menakluk Tanah Melayu melalui konfrontasi 1969. Tetapi dengan kebijakan pemimpin dan para ulama Islam, rancangan ini dapat digagalkan. Namun perjanjian sosial tersebut tetap dilaksanakan tanpa menyebut khazanah berharga itu hanya sebagai tempoh pajakan sahaja. Serupa juga masa Philipina menuntut kemerdekaan dari Portugis dahulu, mereka meminjam khazanah emas dari kerajaan Sulu. Malangnya hingga kini khazanah tersebut tidak dipulangkan kembali kepada yang empunya asal.

Sejarah Tanah Melayu.

Raja-raja Melayu kini jika disusur galur bukanlah dari darah raja-raja yang sebenar. Apakah perjanjian antara British dan raja-raja yang mereka naikkan itu? Adakah khazanah emas yang dirampas dari raja-raja Melayu sebenar yang berdaulat mesti disimpan di Kota London sebagai balasan mereka membantu? 

British telah melantik seorang Melayu dpd Riau (keturnan Daeng) sebagai Temenggung di Johor Baru dgn membelakangkan Sultan Johor yg asal dan sebenar yang bertakhta di Muar. Anakanda beliau telah dilantik oleh British sebagai Temenggung dan kemudian sebagai Maharaja Abu Bakar yang memerintah Johor. Kemudian beliau ditabalkan oleh British sebagai Sultan Johor yang baru. Sultan Johor yang sebenar disisihkan. British telah memberi gelaran Tengku kpd Sultan dan seluruh kerabat johor. Pendekar Sibongkok Teluk Dangga memimpin orang Melayu menentang rampasan kuasa ini. Kemudian pendekar ini dapat dibunuh.

Apabila Sultan Selangor mangkat , British tabalkan menantunya, iaitu Abdul Samad sebagai Sultan Selangor yang baru. Beliau bukan keturunan Raja Selangor. Sultan Samad telah membantu British untuk menjajah Selangor dan juga diberi gelaran Tengku kpd Baginda dan seluruh kerabat Selangor. Orang-orang Melayu di bawah pimpinan Raja Mahadi telah memberontak menentang British dan setelah 40 tahun berjuang akhirnya beliau ditawan dan dibunuh di Singapura. Dalam perang menentang orang-orang Melayu Selangor, British telah di bantu oleh Sultan Samad, Yap Ah Loy dan seluruh kaum Cina serta di bantu oleh orang-orang Melayu dpd Kedah (Tengku Kudin) dan Pahang (angkatan bendahara Wan Ahmad).

Sultan Kedah dpd keturunan Merong Mahawangsa disingkirkan oleh British dan Siam. Pada mulanya British iktiraf Sultan Ahmad Tajuddin (Raja Kota Setar, bukan Raja Kedah) sebagai Sultan Kedah yang baru. Kemudian British tabalkan seorang pembesar Kedah dpd Kuala Muda, Kedah, sebagai Sultan Kedah yg baru , iaitu Sultan Abdul Hamid dgn diberi gelaran Tengku oleh British. Hamid membantu British untuk menjajah Kedah.

Empat negeri Melayu - Patani, Legor, Satun dan Weng diberi oleh British kpd Siam.

Sultan Kelantan dpd keturunan Merong Mahawangsa disingkirkan oleh British dan digantikan oleh Long Senik dgn mengambil gelaran Sultan Muhammad ke 2 dan diberi gelaran Tengku oleh British. Pada 1915 Tok Janggut pemberontak Melayu Kelantan dibunuh oleh British dgn bantuan dpd Sultan Kelantan.

Sultan Trengganu dpd keturunan Merong Mahawangsa diturunkan takhta dan British telah melantik seorang Habib dpd Johor sebagai Sultan Trengganu yg baru dan diberi gelaran Tengku. Bagi pihak British, Sultan Trengganu telah menghantar orang-orang Melayu (orang-orang Sultan) untuk memerangi pemberontak Melayu, Haji Abdul Rahman Limbong di Ulu Trengganu. Setelah dua tahun berperang Rahman Limbong berjaya ditangkap dan berakhirlah perjuangan Melayu dan Trengganu selamat di bawah British.

Sultan Pahang yg asal dan sebenar di Chenor disingkirkan oleh British dgn digantikan oleh Bendahara Wan Ahmad di Pekan. British melantik Wan Ahmad sebagai Sultan Pahang dgn diberi gelaran Tengku. British berjaya menghalau pemberontak Melayu yg terdiri dpd Datok Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau keluar dpd Pahang dgn bantuan dpd Sultan Pahang. Pahang dijajah oleh British dgn bantuan Sultan Pahang.

Begitulah juga keadaannya di Perak, Negeri Sembilan dan Perlis - kesemua Sultan dilantik oleh British. Kesemua Raja-Raja Melayu yang sebenar dahulu adalah bergelar Raja , bukan Tengku. Tengku adalah dpd British yg berasal dpd Aceh. Padahal Raja dan seluruh kerabat Aceh sendiri tidak bergelar Tengku.
Raja-Raja Melayu sekarang bagi negeri-negeri Kelantan, Trengganu, Pahang dan Johor adalah dpd keturunan Tun Seri Lanang, talibarut British yang menulis Sejarah Melayu. Tun Seri Lanang adalah dpd keturunan mamak dpd India dan bukan dpd mana-mana keturunan Raja-Raja Melayu. Sejarah Melayu yg kononnya ditulis oleh beliau adalah pembohongan dan penipuan British. Mengapa British mengharamkan nama seorang tokoh terpenting iaitu Syeikh Hussien Jamaludin Al-Kubra didalam buku teks Sejarah Melayu? Sedangkan beliau adalah ketua bagi semua wali Songo di Tanah Jawa yang sebelumnya berpengkalan di Kelantan. Adik beliau Adi Putra adalah mahaguru kepada Hang Tuah 5 bersaudara. Mengapa kisah Cik Siti Wan Kembang dan kijangnya dihilangkan dalam teks Sejarah Melayu?

Raja-Raja Melayu bagi negeri-negeri Perlis, Kedah, Perak dan Selangor adalah kesemuanya talibarut British dan dilantik oleh British. Mereka bukanlah Raja-Raja Melayu yang asal dan sebenar. Raja Negeri Sembilan adalah dpd keturunan Raja yang asal dpd Minangkabau, Sumatera. Semua Raja-Raja Melayu menyokong British dalam menentang para pemberontak Melayu di Tanah Melayu.

Najib pertahankan kedudukan beliau sekarang ini dari fitnah ajen-ajen freemason yg sudah amat “tertekan” sekarang ini! Dahulu yang mahukan institusi beraja MELAYU dihapuskan dan juga bahasa MELAYU dihapuskan sama ialah “penceroboh" british freemason! Kalau dibuat perbandingan antara najib dgn mahadir dalam perkara “mendaulatkan” semula institusi beraja MELAYU dan bangsa MELAYU ini, maka amat jelas sekali bahawa najiblah orangnya yg “sebenar- benar” memperjuangkan perkara ini. Boleh jadi kerana ada kesedaran dalam diri beliau sebagai seorang yg berdarah keturunan MELAYU yg “sebenar” serta memiliki susur galur berdarah RAJA yg sebenar yg mengalir di dalam tubuh badan beliau itu. Janganlah kita semua darah keturunan MELAYU sekarang ini “tertipu” dengan apa yg ada di depan mata kepala kita sekarang ini. Sesungguhnya pembangunan material itu adalah mengikut kehendak zaman, bukannya PM. Sesiapa pun yg menjadi PM akan melakukan perkara yg sama bilamana diberi peluang dan ruang utk mendapatkan nama dan populariti masyarakat dunia oleh majlis raja raja MELAYU Malaysia. Sesiapa yg mahukan sistem beraja MELAYU berdaulat dan bangsa MELAYU berdaulat dikembalikan semula maka orang-orang Melayu keseluruhannya tanpa mengira fahaman politik perlulah bersatu hati.

Tujuan dan matlamat British Freemason dan ajen ajen mereka di tanah MELAYU ini dalam agenda mereka untuk menghapuskan “institusi beraja MELAYU” ialah kerana mahu mengambil alih semua “HARTA EMAS MELAYU” yang tersimpan, baik di dalam negara mahupun di luar negara “terutamanya” itu, sejak dahulu lagi. Berhati-hatilah dengan “perang saraf” ajen ajen freemason di tanah MELAYU sekarang ini yg hidupnya penuh dgn “bermuka muka”, sedangkan merekalah sebenarnya yg membaling batu itu tetapi sembunyikan tangan lalu menuduh orang lain pula yg melakukannya. Dah lama dah dia buat kerja ni. Ada yg dah mati, ada yg masih hidup sekarang ni.

Sebab apa emas dikembalikan dan disimpan di negara China?

1. Beberapa tahun lepas , India meminta balik emas yg disimpan di dlm US Federal Reserve dan World Bank. Emas yg dikembalikan tersebut telah ditukar menjadi Molybdenum . Hanya luaran sahaja emas.

2. Disebabkan peristiwa tersebut, maka Jerman pula menaruh kesangsian terhadap US Federal Reserve dan World Bank. Mereka takut emas tersebut hilang. Maka Jerman meminta balik emas dan menghantar surveyor utk menilai ketulenan emas di situ .

3. Sebagai persediaan WW3, Rothschild telah melarikan sebahagian US Dollar ke China. Asalnya, mereka merancang Yahudi bertempur dgn Islam. Tetapi sebaliknya, dgn Takdir ALLAH, Kristian pula yg ingin bertempur dgn Yahudi. Sebagai melawan kebencian Kristian (setelah 9-11), maka Yahudi memindahkan sebahagian besar US Dolar ke China dan emas pula dipindahkan ke USA.(http://mizichi.blogspot.com)

4. Disebabkan ekonomi US yg semakin tidak stabil, kadar pengangguran makin bertambah dan juga ketidak jujuran USFR dan World Bank(WB) terhadap simpanan emas, maka emas tersebut diminta balik oleh raja-raja Melayu utk dikembalikan kpd kita .

5. Disebabkan Yahudi telah membina pengkalan ekonomi di China, dan terlalu banyak politicking di dlm Bank Negara Malaysia, maka wang tersebut dipindahkan ke sebuah bank yg berpusat di China. Itupun World Bank tak mampu nak bayar. Sebab inilah cawangan WB ditubuhkan di Kuala Lumpur pada bulan 3/2014. Disebabkan banyaknya songel WB ini, maka bunga 4% setahun telah dikenakan kpd WB sekiranya mereka lambat memulangkan bon raja-raja Melayu tersebut .
Raja-raja Melayu melalui wakilnya Sultan Mizan (ketika menjadi Agong) telah meminta emas tersebut dikembalikan dlm bentuk US Dollar. Ianya perlu dihantar ke sebuah bank yg berpusat di China. Sebab itulah Bank Lehman Brother telah menjadi muflis beberapa tahun yg lalu, sebab mereka tak mampu utk membayar jumlah tersebut . Sekarang ni, Rothschild cuba main isu ini dgn menjatuhkan harga emas pula.

Di sini kita harus faham dan persoalkan, siapakah atau pihak manakah yg “membuka jalan” kepada majlis raja-raja MELAYU melalui wakilnya yakni agong ke 13 (Sultan Mizan ), menuntut kembali segala harta MELAYU yg tersimpan di luar negara itu dari pihak Rothschild dan Vatikan? Sangatlah mustahilnya majlis raja raja MELAYU dan raja raja dunia yg lainnya “dapat” menuntut semula semua harta ini dari pihak Rothschild jika ianya tidak di beri peluang dan ruang oleh satu pihak yg “lebih berkuasa” dari mereka. Perkara inilah yang cuba khabarkan kepada kalian semua selama ini! Bukan hanya membuka jalan untuk majlis raja raja MELAYU sahaja, malah untuk semua keturunan raja-raja “sebenar” di dunia sekarang ini! Sebelum ini perkara itu dirahsiakan dari pengetahuan keturunan raja raja MELAYU dan raja raja dunia lainnya kerana mereka mahu menguasai dunia dan mereka berjaya menguasainya utk sekelian lama! Hinggalah didatangkan tuhan “satu pihak” dari kelompok keturunan “MELAYU Malaysia” ini utk memikul “amanat tuhan” bagi menuntut kembali segala harta raja-raja dunia tersebut! Di sini jelas sekali bahawa “pengetahuan” tentang segala aset dan dana raja-raja dunia yg “disembunyikan” selama ini oleh pihak Rothschild dan Vatikan itu telah dikembalikan semula kpd yg berhak oleh “rabb” sekelian alam itu melalui utusannya (khalifah dunia baru ke 2).

KENAPA pula kita meminta emas tersebut dikembalikan dalam bentuk matawang US Dollar dan bukannya dalam bentuk emas fizikal? Sedangkan nilai jumlahnya sangatlah besar!! Apa tujuannya khalifah ini melalui orang-orangnya berbuat demikian? Jawapannya ialah kerana mahu menjatuhkan nilai matawang US Dollar seterusnya nilai matawang dunia lainnya yg terikat dengannya dgn cara inilah maka kita dapat “runtuhkan penjajahan” rangkaian empayar kewangan dan ekonomi Rothschild di seluruh dunia melalui “sistem perbankan” yg sedang berlaku sekarang ini!

PERSOALAN lain pula ialah kenapa kita mengguna pakai bank yg berpengkalan di negara china dan bukannya bank di Malaysia? Jawapannya ialah kerana kuasa ketenteraan dan kepentingan ekonomi yg ada pada negara china yg amat digeruni oleh negara negara besar lainnya termasuklah USA dan sekutunya. Sekiranya kita mengguna pakai bank yg berpengkalan di Malaysia, sudah tentu permintaan itu tidak akan dilayan oleh Rothschild malah Malaysia akan diugut dgn tindakan sekatan ekonomi dan ketenteraan dari proksinya yakni USA dan sekutunya! Sebab itulah kita mengguna pakai “suara” dari negara china!!! Kerana lambakan dana dlm sistem perbankan china ini lah maka kita lihat hari ini negara china seolah olah seperti kuasa baru kewangan dan ekonomi dunia utk menggantikan USA. Sebenarnya bukanlah mereka tetapi si empunya dana yakni MELAYU Malaysia itu atau pun negara MELAYU Malaysia NUSANTARA.

KITA harus berbangga dgn kuasa dan kelebihan yg kita miliki itu. Sesungguhnya kita MELAYU Malaysia sedang MENJAJAH dunia melalui sistem aset dan kewangan dunia yg kita diberi mandat oleh Allah untuk mentadbir uruskannya. Penjajahan kita termasuklah negara China dan negara-negara “taiko” lainnya sekarang ini. Ianya sama seperti penjajahan empayer Rothschild ke atas dunia sebelum ini tetapi tidak serupa wajahnya (kita tidak menjajah jiwa umat) yakni penjajahan dunia melalui kuasa aset dan kewangan di dlm sistem perbankan dunia. Ingat lagi cerita pasal duit syiling emas itu? Maka itu kita lihat negara China cukup baik dalam menjaga hubungan diplomatik dgn kita, termasuklah isu ketenteraan di perairan negara. Kehilangan MH370 merupakan usaha The Hidden Hand untuk merosakkan hubungan Malaysia dengan China sebenarnya.

ADAKAH pihak Rothschild mampu mengalahkan kita dgn cara menurunkan harga emas dunia melalui “world gold council” atau dari mana-mana saluran yg sah lainnya kalau ada? Jawapannya mereka tidak mampu utk mengalahkan kita melalui cara tersebut. Kerana apa? Kerana kita memiliki simpanan emas dunia yg terlalu mega jumlahnya, baik yg telah “dinampakkan” mahupun yg masih belum “dinampakkan” (Ahmad Albab yg punya lah!) lagi atas faktor keselamatan dan juga kerana faktor belum tiba masanya untuk dilambakkan di pasaran emas dunia (world gold council sedang dicuci sekarang ini!)!!

RASANYA dgn penjelasan ini, anda semua akan dapat faham dan percaya kenapa selepas ini nanti negara-negara di dunia akan ditadbir urus semula oleh raja-raja dan bukannya oleh rakyat jelata sepertimana sistem pemerintahan dan pentadbiran dunia sekarang ini (melalui pilihan raya umum) Salah satu sebab utamanya ialah kerana raja- raja di dunia sekarang ini sudah kembali memegang kunci kekayaan dunia di bawah kuasa kunci khalifah itu. Sebab itulah kenapa ada pihak dikalangan orang orang politik sedang cuba sedaya upaya sekarang ini utk menghalang ianya dari berlaku.

Negara yg memiliki simpanan emas yg banyak berbanding negara yang lain, akan menjadi peneraju umat sedunia. Itu semua kelebihan yg MELAYU ada berbanding bangsa lain skrg ini. Sesungguhnya MELAYU Malaysia ini adalah pengeluar bond/sukuk terbesar di dunia sekarang ini!!! Melebihi 60% di dlm pasaran sukuk/bond dunia berbanding negara pengeluar yg kaya lainnya! Semua “paper” aset yg MELAYU Malaysia keluarkan setakat ini memiliki sandaran “emas tulin” 100%.

Maknanya sekiranya berlaku huru hara mega kewangan dan ekonomi dunia nanti, kita di Malaysia tidak sekali pun tergugat dgnnya!!! Malah kita MELAYU Malaysia ini memiliki simpanan tunai yg tinggi di dlm sistem bank dunia melalui bank negara skrg ini yg bersandarkan emas 100% dan bukannya ekonomi yg bersandarkan kertas “tisu tandas” semata mata spt USA dan dunia lainnya!!! Dunia akan melihat kpd kita selepas itu, kerana kita memiliki keupayaan “pemampan” yg cukup tinggi! Atas sebab itu nanti maka kita dilihat berkelayakan utk meneraju dunia menggantikan empayer inggeris skrg ini!!! Oh ya baru aku diingatkannya, masalah dunia sekarang ini bukannya masalah kredit, tapi masalah tunai dan kita memiliki kelebihan tunai itu, berbanding dgn kuasa besar lainnya skrg ini! Lepas ini akan muncul kuasa besar baru dunia yg diterajui oleh MELAYU Malaysia NUSANTARA ini!

Sebenarnya kita sedang tumbangkan satu persatu rangkaian bank-bank utama dunia milik keluarga yahudi Rothschild itu yg berkuasa ke atas negara negara di dunia (PBB) selama ini! Lepas tu barulah kita boleh ambil alih memimpin (oleh “para” imam mahdi) pentadbiran negara-negara dunia (PBB) termasuklah Malaysia ini! Buktinya skrg ini cuba lihat kpd carta top 20 bank bank utama dunia (Top 20 World Prime Bank) berdasarkan kpd saiz aset semasa, jgn terperanjat kerana MAYBANK (MELAYU bank) berada di tangga ke 13 dunia(2013) dan ke 6(2014)!!!. Di manakah kedudukan bank bank utama yahudi yg dibanggakan selama ini oleh kita di dlm carta tersebut?
Cerita Tuanku Mizan arah World Bank pulangkan semua emas Raja-raja Melayu dalam bentuk US Dollar dan didepositkan ke Bank di China tu mungkin tidak benar. Simpanan emas Raja-raja Melayu sebenarnya berada di Kota London, bukan di US dan ianya diaudit oleh kerajaan kita setiap tahun. So kenapa saya kata yg cerita emas tukar kepada USD tu tak betul kerana USD ni dicetak oleh US FED tanpa perlu disandarkan kepada apa-apa seperti emas. Jadi asasnya USD ni tiada nilai kukuh dan bila-bila masa saja boleh collapse (tak perlu tunggu arahan Sultan Mizan) kerana US pun ekonominya bergantung penuh pada hutang, semua hasil negara dah pergi pada spekulator Zionis. Bila tak dapat cover hutang ataupun had hutang abis, abis le ekonomi US.
Berita yg negara-negara seperti Germany dan Venezuela nak bawa balik emas masing-masing tu memang betul. Tp tengok apa yg terjadi pada Presiden Huga Chavez lepas itu? Tiba-tiba dtg penyakit kanser pula. Jadi kenapa negara-negara ni nak bawak balik emas-emas mereka? Kerana emas-emas tu dipegang oleh sebuah negara yg boleh bankrup bila-bila masa. Siapa yg berani harta mereka dipegang oleh si muflis?

FREEMASON ialah suatu pertubuhan yg memperjuangkan kebebasan dan kelepasan perasaan dan fikiran manusia! Ahli-ahlinya terikat dgn peraturan pemikiran dan perasaan yg direka cipta oleh pengasas pertubuhan ini. Pemikiran dan perasaan ahlinya tidak mengira bangsa dan agama adalah sama dan serupa utk sesuatu yg diperjuangkan. Yg jelas pertubuhan ini tidak suka kpd sistem pentadbiran beraja di dunia! Agenda utama mereka ialah mahu menyesatkan jiwa umat manusia dari kembali ke jalan yg lurus yakni jalan utk mengenal dan kembali kpd tuhan yg esa. Mereka membangunkan kemudahan fizikal tapi mengetepikan kebesaran spiritual yg ada di dalamnya. Ahli-ahlinya adalah bertuhankan kpd akal fikiran dan bukannya kpd tuhan yg esa. Matlamat hidup mereka adalah dunia sebenarnya tapi berpura-pura seolah olah akhirat lah tujuan mereka. Strategi mereka ialah harus berlagak seperti kambing biri-biri di luar, tapi serigala di dalam sebenarnya.

“Give me control of a nation’s money and I care not who makes the laws.”

“I care not what puppet is placed on the throne of England to rule the Empire, The man that controls Britain’s money supply controls the British Empire. And I control the money supply.” – Rothschild.
NAJIB banyak membantu “pelepasan” kekayaan umat melayu berbanding mahadir yg banyak menghalang.

Atau menurut plan mahathir 2020? Bukan plan mahadir pun wawasan 2020. Pasal bukan duit dia tapi duit orang melayu kita sepenuhnya. dia gilakan kuasa, harta melayu dan nama.
Atau apakah akan tertangguh atas tindakan PKR atau DAP?

Keduanya itu sangat banyak membantu. Terima kaseh banyak-banyak kpd mereka berdua pasal tolong menyedarkan Melayu semula yg sedang disihir fikiran dan perasaannya oleh india india bertopengkan melayu selama ini.

Matlamat rukun islam itu bukan terletak pada nama, tapi pada perlakuan si manusia itu tak kira apa nama bangsanya, darah keturunannya dan bahasanya, mahupun berbeza ritual agamanya sekalipun, kerana yg peri pentingnya ialah penyerahan (MELAYU @ islam) diri kpd tuhannya ketika tiba harinya itu.
SYABAS!!!…pada anda punyai ciri-ciri anak keturunan MELAYU yg cerdas fikiran dan perasaan.

INfo Akhir Zaman - Siaran


Sultan Ali Iskandar Shah - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
Sejarah Johor - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas


Tiada ulasan: