Isnin, 23 Disember 2019

Doa Nabi Yunus A.S penawar segala musibah. 9465.


Doa Nabi Yunus A.S penawar segala musibah. Rugi jika tidak diamalkan
Written By  September 02, 2018
Rahsia doa Nabi Yunus a.s sangat besar maknanya ,amalkan setiap hari tidak kira di waktu senang atau susah .Ucaplah Alhamdullilah atas nikmat Allah S.W.T kurniakan kepada kita walau hanya sekecil zarah atau seluas lautan sentiasalah kita bersyukur atas nikmat itu. 

Berdoalah setiap hari sekurang - kurangnya tiga kali sehari tidak kira dalam apa jua keadaan sekali pun ,terutamanya bila kita dalam keadaan yang teramat sangat memerlukan pertolongan dari Allah S.W.T .Moga Allah S.W.T mendengar dan permudahkan segala urusan kita.

Sepertimana di dalam al-Quran terdapat kisah Nabi Yunus a.s. yang boleh dijadikan pengajaran dan jika di amalkan doa Nabi Yunus a.s ,Allah S.W.T akan lepaskan hambanya dari kesusahan atau musibah yang menimpa ,Insya Allah.

Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “ Sesungguhnya aku ketahui satu kalimah yang apabila dibaca oleh mereka-mereka yang ditimpa bala atau kesusahan, Allah akan lepaskan si pembacanya dari kesusahan. Kalimah tersebut ialah tasbih saudaraku Nabi Yunus a.s.

“La ilaha illa anta subhaanaka inni kuntu minazzholimiin.”

"Tiada tuhan { yang dapat menolong } melainkan Engkau {ya Allah} .Maha Suci Engkau ,sesungguhnya aku dari orang yang zalim"

Walaubagaimanapun doa hendaklah seiring dengan usaha kerana itu fitrah manusia dan apabila berdoa hendaklah bersertakan dengan sedikit usaha Insya Allah kita akan terselamat dari sesuatu malapetaka dari menjadi lebih teruk lagi.

Iktibar dari doa/tasbih Nabi Yunus a.s. semasa terperangkap di dalam perut ikan nun ,sabda Rasulullah SAW maksudnya:

“Barangsiapa mempunyai apa-apa hajat, hendaklah ia berwuduk, kemudian sujud kepada Allah, sambil membaca tasbih Nabi Yunus sebanyak 40 kali dengan cara jari telunjuknya menghadap ke arah kiblat ketika ia sujud. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian akan diperkenankan doa dan permintaannya.”

Baik dan buruk diri manusia itu bukan kita yang harus menilai sebaliknya DIA yang MAHA ESA.

"Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah.

Aku memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. Aku mencari segala bentuk rezki, tapi tidak menemukan rezki yang lebih baik daripada sabar". - Sayidina Umar bin Khattab.

Di antara amalan yang mujarab untuk melepaskan bala atau untuk menunaikan apa-apa hajat solat hajat 2 rakaat, kemudian selawat ke atas Nabi sebanyak 100 kali, istighfar 100 kali, kemudian bacalah tasbih ini sebanyak 70,000 kali atau 10,000 kali atau 313 kali. Diamalkan setiap hari selama 7 hari. Insya-Allah segala hajatnya akan ditunaikan oleh Allah.

Oleh itu amalkanlah doa ini sebagai wirid harian dan bacalah doa ini sentiasa sama ada dalam keadaan senang atau susah kerana betapa besarnya hikmah dan kebaikan doa yang terdapat di dalam al-Quran ini untuk menjadi amalan harian kita.


01:56
-00:00


Sumber:
https://mdruzaidaud.blogspot.com/2018/09/doa-nabi-yunus-as-penawar-segala.html
DISCLAIMER : Pelbagai bentuk imej ,gambar ,artikel ,video dan pautan yang terkandung dalam blog ini diambil dari sumber - sumber lain .Oleh yang demikian dengan itu HAK CIPTA /COPYRIGHT dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sumber / material tersebut .Sumber Youtube : Azwan Borneo .
.


Tiada ulasan: